Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2010

Klik [8]

Bab 37 SEHARIAN berada di luar, Adam seperti tak mahu pulang ke rumah saja. Pah jeling-jeling bagi isyarat nak balik, Adam buat tak faham.             "Jom... makan ikan bakar!" ajak Adam sambil tangan Pah untuk mengikuti langkahnya.             "Abang... tau tak Pah penat! Orang nak baliklah...," rungut Pah dengan jelingan tajam. Dia benar-benar keletihan. Tak pernah dia keluar seharian suntuk macam yang dilakukan hari ini. Semuanya sebab Adam! Disuruh isterinya untuk berposing untuk setiap petikan kameranya.             "Jomlah... makan dulu, lepas tu kita balik...," pujuk Adam sambil mengeratkan simpulan jemarinya dan Pah.             "Tak nak jugak!" Pah berdegil. Dia letih sangat. "Kita baliklah... dah makan nasi kan tadi. Nak makan ikan bakar pulak ke? Tak makan tak boleh?" suara Pah sudah mengendur sedikit. Dengan wajah sedikit mencuka dia cuba meraih persetujuan Adam untuk menurut kehendakny