Skip to main content

Posts

Showing posts from 2011

Kampung Girl [4]

Nantikan kemunculan novel ini di pasaran, pertengahan Januari 2012 terbitan KaryaSeni. :) Selamat Membaca.     Bab 4 “ PERGI mana Ain?” soal Puan Masyita apabila kaki Ainnur melangkah masuk ke dalam rumah.             “Saja… ambil angin dekat belakang sawah. Awat mak?” soal Ainnur sambil membaringkan badan di atas kusyen. Tangannya sudah menarik tudung yang tersarung di atas kepala dan diletakkan pada sisi bahunya.             “Tak ada apalah… saja mak tanya. Hah! Lupa mak nak bagitahu, Samihah ada duk cari Ain tadi… dah jumpa?”             “Dah… sembang dengan dialah tadi. Dia nak kahwin bulan depan mak,” maklum Ainnur. Matanya sudah tertala pada televisyen yang memaparkan siaran berita. “Dengan siapa ya mak?” soalnya sekadar ingin tahu.             “Dengan budak tu… anak Haji Zakaria.”             Ainnur sudah terlopong. Wah!!! “Abang Aslam?” soal Ainnur tidak percaya. Tetapi anggukan Puan Masyita telah menjelaskan segalanya. “Idola Ain tu mak… suka sangat tengok

Kampung Girl [3]

Nantikan kemunculan novel ini di pasaran, pertengahan Januari 2012 terbitan KaryaSeni. :) Selamat Membaca.  Bab 3 SEJAK pulang dari rumah Sakinah, mindanya asyik terimbau kenangan lama. Kenangan zaman kanak-kanak. Kakinya terus saja melangkah ke kawasan sawah padi di belakang rumah. Warna hijau padi itu sangat mendamaikan pandangan mata. Tepat dari tempat berdirinya, dia dapat merakamkan kedudukan Gunung Jerai yang terletak tidak jauh dari situ.             Inilah kampungnya. Desa tercinta seperti nyanyian lagu Nora pada satu ketika dahulu. Kedamaian yang dapat dirasakan pada suasana kampung ini nyata tidak sama walau ke mana pun kakinya melangkah.             Puas dia cari kedamaian itu semasa menuntut di Johor. Namun tiada. Puas juga dia cari kegembiraan semasa menuntut di New Zealand. Namun hatinya tetap di sini. Dan kini, walaupun jauh mana pun dia melangkah pergi, hatinya tetap di sini. Yan, Kedah sentiasa dekat di hati.             Matanya terus dilarikan pada

Kampung Girl [2]

Nantikan kemunculan novel ini di pasaran, pertengahan Januari 2012 terbitan KaryaSeni. :) Selamat Membaca. Bab 2 SENYUMAN sudah menghiasi bibirnya saat kereta sudah melintasi Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Yan. Perasaannya begitu teruja dapat menjejakkan kaki ke kampung semula. Hampir bergenang air mata. Ainnur, don’t be emotional!             Hampir sebulan lamanya dia tidak dapat pulang ke rumah gara-gara sibuk dengan urusan kerja. Nasib baik ada juga cuti seminggu ini, dapatlah dia melampiaskan segala rasa rindu yang diperap buat sebulan lamanya. Al-maklumlah… Ainnur kan, anak manja!             Saat beranda di depan rumahnya sudah begitu jelas di pandangan mata, menitis juga setitik air mata. Ah, rindu! Bila nampak wajah emak dan abah yang setia menanti dirinya di beranda itu, lagilah dia rasa terharu.             “Mak… abah…” Ainnur sudah melompat keluar dari kereta, gaya bertahun tidak berjumpa dengan mereka. Sedangkan baru sebulan yang lepas dia menjengukka