Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2016

Husna [1]

“ARGHHH!!!” Jeritan Husna memenuhi ruang biliknya yang turut diiringi alunan kipas berpusing di siling. Mata yang bersaiz sederhana itu makin tajam merenung ke arah komputer riba yang terpasang sejak sejam lalu di hadapannya itu. Apa yang terpapar di skrin, hanyalah imej putih suci mewakili page Microsoft Word yang dibukanya. “Ini kalau dah boleh masak, aku masak jugak buat satay bakaq!” ucapnya lagi. “Boleh aku tau, adakah itu monolog dalaman hang yang terlepas suara secara tidak sengaja?” soal si Hanani yang turut berbaring sama di atas katil dalam bilik itu. Mendengarkan soalan itu, Husna menjadi makin stress ! “Bila masa pulak hang ada dalam bilik ni sekali? Tak nampak pun dari tadi?” soal Husna sedikit menjerit. Rasa tension yang mengambil tempat dalam diri sedari tadi makin memarak bila bebola matanya menangkap visual tubuh Hanani yang terbaring cantik di atas katilnya. Katil itu pula, baru sahaja selepas dikemas rapi dan segala bucu ditarik kemas serta tajam sebenta