Skip to main content

Posts

Showing posts from 2016

Husna [2]

Bab 2 SUDAH masuk tiga jam dia berteleku di meja food court Queensbay Mall ini seorang diri. Sudah masuk tiga jenis air yang ditelan. Rasa nak terkencing pun ada. Tapi dia masih memilih untuk setia duduk di situ. Matanya masih ralit berlari ke kiri dan kanan mengikut langkah kaki setiap individu yang diperhatikannya.             Oppsss!!! Jangan salah sangka.             Dia bukan spy . Dia cuma seorang gadis comel yang diberi nama Husna. Sudah lebih tiga tahun dia berjinak-jinak dalam dunia penulisan. Sekarang ini dia cuba mengalihkan minatnya untuk menjadi spy pula!             “Cubalah hang pergi duduk satu tempat, tengok gelagat orang, tengok persekitaran dan tengoklah apa-apa saja. Mungkin dengan cara tu boleh bantu otak hang membebaskan diri daripada segala sekatan yang sedang hang alami sekarang ni.” Cadangan yang dialunkan Hanani terngiang di telinga.             “Kalau hang boring nak pergi sorang, aku temankan.” Ayat itu meniti sekali bibir adiknya. Dan tidak Hus

Husna [1]

“ARGHHH!!!” Jeritan Husna memenuhi ruang biliknya yang turut diiringi alunan kipas berpusing di siling. Mata yang bersaiz sederhana itu makin tajam merenung ke arah komputer riba yang terpasang sejak sejam lalu di hadapannya itu. Apa yang terpapar di skrin, hanyalah imej putih suci mewakili page Microsoft Word yang dibukanya. “Ini kalau dah boleh masak, aku masak jugak buat satay bakaq!” ucapnya lagi. “Boleh aku tau, adakah itu monolog dalaman hang yang terlepas suara secara tidak sengaja?” soal si Hanani yang turut berbaring sama di atas katil dalam bilik itu. Mendengarkan soalan itu, Husna menjadi makin stress ! “Bila masa pulak hang ada dalam bilik ni sekali? Tak nampak pun dari tadi?” soal Husna sedikit menjerit. Rasa tension yang mengambil tempat dalam diri sedari tadi makin memarak bila bebola matanya menangkap visual tubuh Hanani yang terbaring cantik di atas katilnya. Katil itu pula, baru sahaja selepas dikemas rapi dan segala bucu ditarik kemas serta tajam sebenta