Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2013

Jangan biar aku pergi 2

Nota kaki: Jangan terkeliru dengan Anas. Seorang Anas dan seorang lagi Iman Anas. ;) Peace, enjoy your reading, and drop by your comments. Bab 4 CEPAT sungguh berlalu seminggu. Hari ini sudah kembali ke Jumaat lagi satu. Masih bernafas dia di sini. Masih berkudrat memasakkan hidangan untuk anak-anak yang dihantar ke taman asuhan ini.             Jam sudah berdetik ke angka lapan. Tidak mahu membuang masa, Asma terus ke singki. Isi ayam yang dikeluarkan dari peti sejuk seawal pagi tadi mula dicuci. Mengikut kepada jadual, hidangan yang perlu disediakan hari ini ialah sup ayam. Maka, lebih mudah kerjanya.             Beras sudah dibasuh dan dimasukkan ke dalam periuk nasi. Sekali tekan sahaja, periuk sudah mula menjalankan tugasnya sendiri. Tiada apa yang susah dengan kerja yang dilakukannya kini. Untuk itu, Asma bersyukur. Dia masih mempunyai ruang untuk bekerja tanpa menyusahkan sesiapa.

Jangan biar aku pergi 1

Bab 1 SEBUNGKUS besar plastik yang berisi barang dapur diletakkan di atas meja. Asma yang baru keluar dari dapur tersenyum melihat Hanina. Terduduk lesu gadis itu di kerusi kecil yang tersedia untuk anak-anak kecil di situ. “Penat sangat kot…” Asma menghulurkan segelas air kosong kepada Hanina. Kebiasaannya, itu adalah menu wajib yang akan dipinta oleh Hanina. Air kosong untuk isi kekosongan dalam perut. “ Thanks Asma … awak tahu sangat rutin minuman saya.” Hanina menyambut gembira air kosong yang dihulurkan oleh Asma. Dengan lafaz bismillah, diteguk perlahan. Terasa air melalui tekak. Bagai ada bayu sejuk yang mendamaikan. Mendinginkan tekak kering akibat bahang cuaca di luar. Walaupun waktu mulai menginjak ke senja namun bahang kepanasan di siang hari masih terasa.