Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2010

klik [2]

Bab 6 “LATIFAH HASNAN,” namanya disebut lembut. Dituruti dengan sejambak bunga mawar merah. Pah mendengus geram. Lelaki tak faham bahasa, dah aku tak suka, masih mahu datang juga.             “Jom, lunch dengan saya hari ni,” ajakkan yang dituruti bersama senyuman mesra. Pah menjeling tajam.             “Sorry la, saya banyak kerja hari ni,” balasnya dingin. Hafiz hanya tersenyum sinis. Tahu sangat dengan sikap Pah yang suka sangat mengelak setiap kali dia mempelawa.             “Takkan banyak kerja, sampai kena skip lunch?,” soal Hafiz tidak puas hati.             Pah makin panas. Dah orang menolak, maknanya orang tak berminat. Lagi mau paksa ke?! Ikutkan rasa hati, nak saja dia menyembur si anak Tengku ni dengan ayat pedas-pedas. Tapi kerana rasa hati yang bimbang, disabarkan dan dirasionalkan segala tindakan yang hendak diambil.             “Saya boleh makan, bila-bila yang saya nak makan. Tengku tak perlulah nak beria-ria ajak saya keluar lunch