BATU-batu yang dikutipnya sepanjang dia melalui gigi air tadi, dilemparkan terus ke dalam air. Kuat kedengaran bunyi air berkocak. Sekuat kocakan hatinya di saat ini. Biarpun begitu, dia redha. Jika inilah ketentuan oleh Dia, maka dia harus redha. Kerana dia yakin, takdir dan ketentuan Ilahi pasti ada hikmah disebaliknya. Pandangannya jatuh terus ke arah ombak yang sedang menderu menyembah muka pantai. Bunyi itu sangat menenangkan jiwanya. Lantas kaki terus dihayun mendekati air. Seluarnya sudah separuh basah dipukul air. Namun, dibiarkan sahaja. Dia sudah tidak kisah. “Ana… maafkan Reza.” Air mata Reza sudah jatuh membasahi pipi. Hari ini merupakan hari bahagia Ana. Selamat sudah Ana dinikahkan dengan Faisal. Reza sedar, dia bukanlah pilihan Ana sejak dari hari dia membuang gadi...
Ceritaku;Imaginasiku.