Tuan 'Singa' Milikku WAJAH Asad yang terlena itu kutatap dengan penuh kasih. Ombak di dadanya membangkitkan ketenangan pada jiwaku. Setelah lebih sejam berbual dan mengimbau kenangan lama, akhirnya Asad terlena juga dek kerana kesan ubat yang masih bersisa. Jemariku berlari perlahan menyentuh hujung kening Asad. Kemudian bergerak ke hidungnya pula. Kemudian melurut ke bibirnya yang terbuka sedikit. Spontan aku sudah tersenyum. Banyak pula cakap tuan singa ini tadi. Tak nampak langsung seperti orang yang dilanda stress. Namun aku bersyukur juga, sekurang-kurangnya Asad sudah tidak memikirkan perihal Elisa buat beberapa ketika ini. Imbauan kenangan kami berdua berjaya membungakan senyuman tanpa henti di bibirnya. “Ingat tak… bila first time...
Ceritaku;Imaginasiku.