Tuan 'Singa' Milikku
WAJAH Asad yang terlena itu kutatap dengan penuh
kasih. Ombak di dadanya membangkitkan ketenangan pada jiwaku. Setelah lebih
sejam berbual dan mengimbau kenangan lama, akhirnya Asad terlena juga dek
kerana kesan ubat yang masih bersisa.
Jemariku
berlari perlahan menyentuh hujung kening Asad. Kemudian bergerak ke hidungnya
pula. Kemudian melurut ke bibirnya yang terbuka sedikit.
Spontan
aku sudah tersenyum. Banyak pula cakap tuan singa ini tadi. Tak nampak langsung
seperti orang yang dilanda stress. Namun aku bersyukur juga, sekurang-kurangnya
Asad sudah tidak memikirkan perihal Elisa buat beberapa ketika ini. Imbauan
kenangan kami berdua berjaya membungakan senyuman tanpa henti di bibirnya.
“Ingat
tak… bila first time kita ‘dating’?” soalan Asad dengan nada mengusik itu
kembali menjengah mindaku. Aku tersenyum ketika itu.
Ada
ke patut, meeting diistilahkan sebagai dating!
Cuma
bezanya, meeting itu hanya perjumpaan kami berdua. Entah-entah dia sengaja
aturkan begitu? Aku tak pernah bertanya pula tentang hal itu.
“First
date kita yang Sham kena sound teruk tu… abang nak suruh Sham ingat?” aku
soalnya kembali. Dia tergelak.
“Bukan
sengaja nak sound, dah apa yang abang minta Sham tak siapkan… siapa yang takkan
naik angin…” jawabnya selamba. Aku mencebik. Bolehlah dia cakap macam itu,
bukan dia yang kena marah.
“Abang
ingat lagi… muka Sham dah jadi macam ayam berak kapur. Hahaha…” tawanya meletus
dengan galak. Aku menjeling. Eeeiii… kalau bagi peluang untuk tuan singa ini
mengusik, nyata tidak akan disia-siakan peluang itu.
“Tapi
abang suka sangat…” sambungnya lagi setelah puas ketawa.
“Abang
marah Sham, abang sukalah ya?” soalku dengan jelingan tidak puas hati.
“Bukan
suka dapat marah… suka dapat jumpa. Siapa tak suka kalau dapat jumpa orang yang
kita suka…”
“Bukan
abang cakap, abang pernah terfikir siapa lelaki malang yang kena kahwin dengan
Sham ke?”
Dia
tersenyum masa aku tanya soalan tu. Senyum punya lebar sampaikan aku pula
terkebil-kebil memandangnya.
“Abang
tak cakap ke… perempuan tu, walaupun selekeh yang amat tapi…” Asad berhenti. Sengaja!
Aku
pula sudah tidak sabar hendak mendengar luahan jiwanya itu.
“..
tak dapat nak hilang dari fikiran abang walau sesaat. Tak pernah abang jadi
gila bayang dengan mana-mana perempuan sebelum ni. Abang betul-betul tak
sangka… abang angau sakan dengan perempuan selekeh dekat bus stop tu, sampaikan
kawan abang cakap apa… kau pergilah tunggu dekat bus stop tu hari-hari, ada
jodoh boleh jumpa.”
“Iyalah
sangat kan!” aku sudah menjuihkan bibir tanda tidak percaya.
Ada
ke orang nak jatuh suka pada penampilan buruk aku itu?! Mustahil. Aku sangka
Asad jatuh cinta setelah aku muncul sebagai Sham versi ayu. Rupanya tidak.
“Tak
percaya sayang… nanti Sham boleh tanya dengan Mat, Saiful, Kamal… dia orang
tahu, macam mana keadaan abang masa angaukan Sham…”
Aku
mencebik lagi. Konon tidak percaya.
“Jatuh
cinta, tidak semestinya sebab rupa… ada sesuatu yang mungkin kita tak tahu.
Itulah jodoh yang telah Allah aturkan dalam hidup kita. Abang pun tak sangka…
dalam pada abang berdoa fikirkan siapa lelaki malang yang akan kahwin dengan
Sham, alih-alih… abang pulak yang tak boleh nak hilangkan bayang Sham dalam
kepala,” ucap Asad dengan penuh perasaan. Berlagu-lagu pula aku mendengar
ayatnya itu.
“Shamina…”
panggilan bernada lembut itu, menyentakkan minda aku. Pandanganku terus beralih
pada wajah Asad yang masih terlena. Mungkin dia masih mamai dan tersebut
namaku. Matanya masih terpejam dengan rapat.
“Ingin
saya dedikasikan lagu istimewa ini… buat insan teristimewa yang bertakhta dalam
hati ini…” seakan terlayar kembali ucapan bertahun sudah. Keadaan bilik yang
semakin sepi, mengheret mindaku untuk berkhayalkan kenangan lalu. Kenangan yang
begitu indah buat diri kami.
BILIK mesyuarat kelab kewangan agak riuh daripada
biasa. Aku pula sampai lebih awal daripada presiden kelab. Fuhhh!!! Lega. Kalau
tidak, mampus aku kena sound dengan dia.
“Awak
ni selalu sangat datang lambat! Tak ada disiplin langsung!!!” tidak mungkin
sama sekali aku lupakan jerkahan itu. Nada suara yang begitu tegas membuatkan
air mataku mengalir dengan laju. Nasib aku sempat cover. Kalau tidak,
bertambah-tambah malu.
Sejak
daripada peristiwa itu, aku sudah menanamkan azam untuk sentiasa tampil paling
awal di bilik mesyuarat. Biarlah kadang-kadang aku tidak ikhlas sekalipun,
asalkan aku bebas daripada terkena ‘ngauman’ singa itu.
“Ini
adalah perjumpaan terakhir kita untuk sesi ini…” mukadimah yang dimulakan oleh
Asad pada tika itu, benar-benar menyentakkan jiwaku.
Perjumpaan
terakhir?! Hatiku sudah mula dirundung pilu. Bagaimana aku boleh tidak sedar,
begitu cepat sekali masa berlalu mencoretkan satu persatu kenangan di dalam
jiwaku. Dan kini, aku akan bakal terpisah daripada Asad. Aduh… aku tidak
sanggup!
Wajahnya
yang begitu segak mengucapkan setiap patah kata, kutatap tanpa rasa jemu.
Sebenarnya aku takut… aku takut dan bimbang jika sudah tiada lagi peluang untuk
menatap wajahnya. Aku takut dan bimbang kerana aku tahu, aku bakal kecewa
melayan duka. Aku sayangkan dirinya tetapi untuk bersuara, pasti tidak!
Perpisahan ini bakal meresahkan jiwaku yang sedia gelisah.
“Sham…
apa yang awak menungkan dari tadi?” sekali lagi aku tersentak. Merah wajahku
bila disergah dengan soalan sedemikian rupa. Nampak sangat yang aku tidak
menjalankan tugas aku sebagai setiausaha dengan sempurna.
“Dan
kepada ahli jawatankuasa yang lain… untuk sesi akan datang, jangan pula pilih
setiausaha yang suka berkhayal…” selamba sahaja Asad berkata.
Mendengarkan
ayat itu, pantas sahaja aku menjeling. Amboi!
“Sebelum
saya terlupa… majlis makan malam kelab kewangan, dah confirm!” Seiring dengan
ayat itu, sorakan sudah mula memenuhi ruang bilik. Wajah Asad sudah tersenyum.
Sorakan yang begitu kuat sudah tidak kupeduli. Hanya wajahnya yang memenuhi
ruang mataku.
Ketika
semua teman sudah berlalu meninggalkan ruang bilik itu, tinggallah aku dan
Asad. Entah kenapa, kakiku sudah terasa berat untuk melangkah. Wajahnya yang
begitu tenang membuatkan aku pasrah. Biarlah aku pendam sahaja rasa ini. Aku
tidak ingin menjadi perigi mencari timba. Tidak mungkin untuk aku meluahkan
rasa.
“Awak
ada nak cakap apa-apa ke dengan saya?” soalan Asad membuatkan aku tersentak.
Sudah berapa kali dalam hari ini, aku asyik tersentak sahaja.
Laju
aku menggelengkan kepala. Dengan langkah yang berat, aku keluar juga
meninggalkan bilik itu. Dan atas desakan hati, aku berpaling untuk menatap
wajahnya lagi. Pandangan kami berlaga. Degupan jantungku menjadi pantas. Aku
berdebar-debar menatap renungannya yang seakan memberi makna kepada hatiku.
PANDANGANKU tidak berkelip. Betul ke apa yang aku
lihat pada ketika ini?
“Sham…
wah! Cantiknya makwe pengerusi kita…” pujian Sani benar-benar mengusik jiwaku.
Makwe Asad?
“Cantik…”
aku mengiakan sahaja ayat itu. Memang benar kata Sani, cantik sangat.
“Kau
ni… kenapa nampak sedih?” soal Sani lagi. Aku menjeling sekilas pada wajahnya
yang bertanya.
“Kan
ni majlis jamuan terakhir… lepas ni, dah susah kita nak jumpa…” ujarku
beralasan. Sedangkan, bukan susah mana pun kalau aku hendak berjumpa dengan
Sani. Kami senegeri. Pasti sahaja tidak akan ada masalah untuk berjumpa selepas
ini.
“Alah…
buat macam kita ni duduk jauh mana sangat! Kau call aje, aku pecut datang depan
rumah kau…” Sani pula cuba memujukku. Aku tersenyum nipis. Bukan itu pun
masalahku.
“Dah…
jom makan! Aku dah lapar ni…” Sani sudah mula menarik baju kurung moden yang
tersarung di badanku. Jelinganku sudah tidak dipedulikannya. Macam dia tak tahu
sahaja, aku bukan suka bab-bab sentuh-menyentuh macam ini. Mujur dia sentuh
baju, kalau dia sentuh aku, siaplah dia!
“Jangan
marahlah… jom makan,” ajak Sani lagi.
Melihatkan
mimik mukanya yang begitu lucu membuatkan aku tersenyum juga. Lantas aku bangun
dari dudukku dan mengikut langkahnya.
“Sham…
janganlah ambil sikit sangat. Ambil lebih sikit… tak habis tak apa, aku ada
untuk habiskan…” ujar Sani dengan selamba. Sengih begitu lebar di wajahnya. Aku
tersenyum sahaja sambil menggelengkan kepala. Apa-apa sajalah kawan aku yang
seorang ini.
“Ambil
ni… tak nak yang tu…” ucap Sani buat kesekian kali.
Aku
sudah menjeling geram. “Sebenarnya siapa yang nak makan sekarang ni?!” soalku
geram. Apa yang aku nak makan, dia tak nak. Disuruh pula aku ambil semua yang
dia nak makan sahaja. Mana boleh… perutku ikut selera aku la!
Sani
tersengih lagi.
“Kenapa
ni…?” suara itu.
Tiba-tiba
sahaja aku menjadi serba tidak kena. Asad sudah berdiri di sisiku. Gadis cantik
itu juga ada bersamanya. Wajahku segera kupaling ke arah Sani.
“Tak
ada apalah abang Presiden… Sham ni, saja nak bermanja dengan saya…” balas Sani
dengan nada mengusik. Aku sudah menjegilkan biji mata.
“Banyaklah
kau punya manja!” balasku geram. Tanpa menunggu Sani, aku sudah berlalu ke meja
makan. Dengan perasaan marah yang sudah membengkak di hati, aku jamah juga
makanan yang terhidang dalam pingganku.
“Sham…
marah sangat ke dengan aku? Kenapa sampai macam tu sekali makannya…” teguran
Sani sudah tidak diendahkan. Aku pekakkan sahaja telinga. Entah apa yang aku
marahkan sangat. Rasanya bukan pada Sani marahku. Tetapi pada adegan yang telah
bersiaran langsung di depan mataku sebentar tadi.
Sempat
mataku menangkap aksi perempuan cantik di sisi Asad membetulkan kolar bajunya.
Ah! Setakat betulkan kolar baju pun aku hendak kecoh. Bukannya Asad itu kekasih
aku sampaikan aku hendak cemburu ke tahap ini.
“Sham…
marah dengan aku ke?” takut-takut sahaja suara Sani menyoal.
Aku
masih memasamkan muka. “Tak!” tanpa perasaan juga aku menjawab.
Terkulat-kulat
wajah Sani merenungku. Pasti sahaja dia pun tidak mengerti dengan tingkahku
ini.
“Shamina…”
namaku disebut lagi.
“Apa
ni Sani?! Kau tak faham ke aku cakap tak marah!” marahku.
“Apa
Sham…? Bukan aku panggil…” wajah Sani sudah berubah riak.
Erk!
Aku pula yang terpinga. Bukan Sani yang panggil? Habis, siapa yang panggil?
“Shamina...”
namaku diulang sebut sekali lagi. Ketika ini baru aku sedar, namaku disebut
menggunakan pembesar suara. Dan siapakah gerangan yang mengalunkan namaku
dengan nada yang begitu membuai jiwa?
“Ingin
saya dedikasikan lagu istimewa ini… buat insan teristimewa yang bertakhta dalam
hati ini…” suara itu. Aku menjadi berdebar menanti butir bicara yang
seterusnya.
“Khas
buat si gadis yang bernama… Shamina…” serentak dengan itu, tepukan sudah mula
bergema, meriuhkan keadaan. Aku tergamam. Lagu Nur Kasih berkumandang selepas
itu. Dan tanpa menunggu lama, air mata sudah mula membasahi pipiku.
“SHAMINA… dah ke mana sayang?” suara itu kembali
menarik lamunanku.
Wajah
Asad yang sudah terjaga singgah di ruang mata. Begitu segar sekali wajahnya.
Tangannya sudah mula bergerak mencuit pipiku.
“Berangankan
siapa sepanjang abang tidur tadi?” soalnya.
Aku
tersenyum kecil. Timbul niat nakal di dalam hati. “Boyfriend lama…” jawabku
selamba. Asad sudah mencebik dan aku ketawa.
“Boyfriend
lama yang mana satu?” soalnya lagi.
“Yang
satu tu la… yang mana lagi…”
“Nama?”
Asad nampaknya begitu berminat untuk tahu tentang ‘boyfriend’ lamaku itu.
“Presiden
kelab kewangan…”
Aku
nampak, Asad sudah tersenyum simpul.
“Sayang
dengan dia?” soalnya dengan senyuman meleret.
“Mestilah
sayang…” jawabku dengan penuh perasaan.
“Kalau
sayang… tolong, buatkan milo panas untuk abang.”
“Abang!!!”
Asad sudah ketawa gembira.
Sangkaku, dia akan mengucapkan
perkara yang sama. Rupanya nak request air pula. Potong mood romantik aku aje!___________
Update yang lambat, saya tahu. Tapi nak buat macam mana, baru nak biasakan diri dengan jadual baru. Insya-Allah, TSM akan disambung lagi. Harap semua akan terhibur. Terima kasih atas sokongan anda :)
best sesangat.....
ReplyDeletesuka10x... ^_^
best nak lagi Umi.
ReplyDeleteterbaik...
ReplyDeletebest kak umi..
sambung lagi...
sweetnya percintaan dorang ni,,
ReplyDeletebest umi,,thumbs up
so sweet la cerita cinta mereka...sambung lagi ye... hope cinta asad and sham tetap teguh altho whatever problems come in their life ;)
ReplyDeleteape la agknye plan si elisa tu smpai jd stress dibuatnye si asad tu..comey je mereka ni..tp xckp plak spe girl yg bikin sham hangat hati waktu dinner kelab tu..nk tau gak..mesti sesje je asad tu..heheh
ReplyDeletenext2 ^_^
sukanya ada n3 br...semoga Asad cpt sembuh dan mslh Elisa psiko cpt selesai...kesian Asad dgn Sham...
ReplyDeletewah2...romantik asad...patot sham cair:)
ReplyDeletemcm biasa..thumbs up! hehehe mmg lawak n surprise gan asad ni ya. best sgt cara olah, kira kita boleh tau apa yg belaku sepanjang kisah pertemuan sebelum ni.tahniah kerana kebijaksanaan umi.
ReplyDeleteHehehe.. layan feeling, dapat milo panas satu! Best bangat.. thanks Umi, dlm kesibukan sempat lagi hiburkan hati pembaca Tuan Singa & Sham ni... sweet couple... :-)
ReplyDeleteterbaik~
ReplyDeleteumi, mula2 tgk tajuk ni kat p2u mmg tak berminat nak baca pun, tp mlm ni i kebosanan yg amat sgt...tak tau kenapa terklik baca dan terus search your blog dan akhirnya marathon sampai episode terakhir ni...
ReplyDeletemenyesal pula tak baca awal2 dulu kalau tak boleh feeling2 dgn pembaca2 lain yg komen disini...kelakar baca komen diorg..berbagai perasaan...hihi
cerita ni mmg terbaiklah...tahniah umi...
ps: kampung girl mmg i baca nak tunggu versi cetak mesti akan beli.
best la umi....ko mmg superp rrr!!!!syg ko!!heh
ReplyDeletesufi (",)
best sesangat..
ReplyDeletecepatla sambung...
plizz33!!
bestnya..sampai tak tidur lagi semata-mata nak baca TSM bab 1-18. nice sgt2. buat kak umi, thnkz sbb buat e-novel nie.nak lagi.... please..^_^
ReplyDeleteperrgghhh!!! romantik btol asad... wat dedikasi lagu utk sham tu...
ReplyDeletesaya nk sokong coment nina......
ReplyDeletesayaa pon bru je maraton cerita kak umi nie...sebab bru je terigt cerita kampung girl...so cari karya akk umi...
jumpe cerita nie....2 yg baca.... tp serius mmg best la kak...terkesan kat hati baca....best sgt3...