Skip to main content

pilihan aku vs pilihan mak aku (end)

"Aku terima nikahnya Amira binti Abdul Rahim.....," dengan sekali lafaz upacara akad nikah telah selesai berlangsung di ruang tamu rumah teres milik encik Rahim. Menggeletar tangan Khairul sewaktu berjabat tangan dengan tok kadi sebentar tadi. Nafas lega dihembuskan.

Terdengar suara usikan, kenapa pengantin lelaki menggeletar. Namun tidak dihiraukan. Resah dan gementar di hati hanya Tuhan sahaja yang tahu.

Khairul mula mengangkat wajah mencari-cari bayang wajah Mira. Sekilas pandang, dia sudah menangkap susuk tubuh Mira yang sedang duduk bersimpuh dikelilingi oleh tetamu wanita. Langkah kaki diatur mendekati Mira. Hatinya berbisik perlahan, my wife.

"Thanks," bisiknya saat tangan Mira berada dalam genggamannya. Mira tersenyum.



Majlis yang sederhana, namun meriah berlangsung di perkarangan rumah encik Rahim. Kenalan yang dijemput semuanya hadir bagi memeriahkan lagi majlis penyatuan dua hati.

"Mana kak Sarah?," dalam kesibukan majlis, sempat lagi Razin merisik pada Mira. Namun Mira lebih senang tersenyum dari menjawab pertanyaan abangnya itu. Jelingan dari Razin tidak diendahkan.

"Aik.. takkan ada hubby kat sebelah, nak jawab soalan abang yang simple ni pun tak boleh?," rungut Razin. Mira senyum lagi. Khairul dah melepaskan tawa.

"Kau pergi cari sendiri la bakal isteri kau tu...," ucap Khairul dengan nada gurau. Razin mencebik. Huh!

"Laki bini sama je!," sempat lagi Razin menjelirkan lidah.

"Mana Sarah?," soalan yang sama tetapi diajukan oleh Khairul pula. Kening Mira terangkat.

"Kenapa masing-masing tanya kak Sarah? Takkan tak nampak dia tadi...," Khairul dengan renungan pelik merenung tepat ke dalam mata Mira. Mira tersengih nakal.

"Yang mana?," soal Khairul lagi. Tak puas hati.

"Tu....," Mira menuding jari telunjuk ke arah sesusuk tubuh yang sedang ramah melayan tetamu.

"Seriously!!! Lain gila... kalau macam ni, sampai ke esok Razin cari pun dia takkan jumpa your sister la dear....," Khairul ketawa sendiri. Dalam kepala dah bayangkan wajah cemberut Razin yang mungkin kecewa tak dapat jumpa Sarah.

"She is pretty.....," mata Mira leka memerhatikan Sarah yang turut sibuk melayan tetamu yang hadir pada majlisnya. Senyum kecil terukir di bibir Khairul. Perlahan tangannya memeluk bahu Mira. Mira terkedu. Matanya beralih, bertentang mata dengan si suami di sebelah.

"Isteri abang ni....lagi cantik," bisiknya perlahan. Hanya untuk Mira. Mira tersenyum simpul sambil tertunduk malu. Segan pula mendengar pujian sebegitu dengan renungan nakal Khairul.



Matanya masih ligat mencari kelibat seseorang itu. Dari tadi. Tidak... rasanya sejak bila dia sudah pandai mencari kelibat seseorang yang telah berjaya mengalih tumpuannya.

"Cari saya ke?," teguran dengan senyuman nakal di bibir tukang yang bertanya mengkakukan segala pergerakannya. Mata itu ralit sekali merenung wajahnya.

"Cantik sangat awak hari ni....," ucapan separuh berbisik itu membuatkan darah menyerbu ke wajah. "Baju pun sedondon...," sambung lagi.

Dia masih mendiamkan diri. Bukan tak nak bercakap, tapi tak tahu nak cakap macam mana.

"Tak suka ke, nak cakap dengan saya...," bibir diketap perlahan. Apa aku nak cakap.

"Nak cakap apa....," mahu tak mahu, terkeluar juga ketul emas dari mulut. Senyum lebar terus orang kat depan mata ni.

"Jom, teman saya makan.... tak makan dari tadi lagi. Lapar sangat ni....," alahai, buat suara manja pulak dah. Sapa suruh tak makan. Bukan ke nama pun self-service, ambil dan makan sendiri la. Namun ucapan itu hanya terluah dalam hati. Tidak sampai hati hendak menolak ajakan orang itu sebenarnya.

"Jom," balasnya sepatah. Makin bertambah lebar senyuman. Seiringan mereka berjalan menuju ke arah meja bufet. Spontan tangannya mencapai pinggan tolong cedukkan nasi dan lauk-lauk sekali.

"Dah praktis siap ye? Bagus-bagus... saya suka!," senyum nakal lagi. Jelingan tajamnya dibuat tak endah je.

Meja yang kosong di penjuru khemah membuka ruang untuk mereka berdua duduk melayan perasaan. Matanya ralit memerhati wajah dihadapannya itu. Sukanya! Ya Allah... apa ke angau ni? Tengok dia makan nasi pun boleh suka.

"Sayang nak abang suapkan ke?," soalan berbalas senyuman. Namun sekejap saja. Melihatkan senyuman mengusik dari bibir nakal itu membuatkan dia menjeling tajam.

"Lastik mulut tu baru tau...," Razin terus ketawa besar.

"Nak lastik? Nanti cacat mulut saya... tak sayang ke..," Razin makin giat mengusik. Seronok dengan keadaan ini. Seronok dapat berdua dengan Sarah.

"Padan muka!," selamba saja jawapan Sarah. Sekejap saja, suasana sepi semula antara mereka.

"Terima kasih Sarah," ucap Razin tiba-tiba. Kening Sarah terangkat. "sebab jaga adik saya macam adik kandung awak...," oh, yang itu.

"Dia kan adik saya juga...," senyum ikhlas menghiasi bibir Sarah.

"Sekarang ni...tak boleh ke saya nak jaga kakak kepada adik saya pula?," soalan bertukar nada. Nada serius. Sarah diam. Razin pun diam, diam menunggu maklum balas.

Lama Sarah diam. Sabar Razin menanti.

"Saya dah bagitahu kat mak dengan ayah...," Sarah mula berkata. "Awak....," dia berhenti. "Awak....," dia berhenti lagi.

"Ya awak...," Razin mengusik. Dalam hati dah tak boleh nak sabar dengar apa yang nak diucapkan Sarah.

"Awak boleh datang jumpa mak dengan ayah... dengan proper," lancar saja Sarah menuturkan kata. Bulat biji mata Razin.

"Betul?," soalnya tak percaya. Senyuman dan anggukkan Sarah memberi kepastian.



Jeritan Mira membuatkan semua beralih tumpuan pada mempelai. Mira tertunduk malu, dalam masa yang sama jelingan tajam dihadiahkan buat suami tercinta. Terima kasih abang! Buat Mira malu...

"Sorry tak sengaja," Khairul dengan wajah serba salahnya memohon maaf. Ingat nak mengusik. Sekali muka Mira yang macam tikus tadi dah berubah macam singa. Manalah aku nak tahu, dia alah kalau orang pegang pinggang dia. Alah sampai menjerit. Jerit lepas tu siap jeling tajam dengan maut sekali.

"Buat Mira malu je... nasib tak bergegar rumah dengan jeritan Mira tadi...," Mira mendengus tak puas hati. Tiba-tiba pula buat lawak tarzan suami aku ni. Nak main usik-usik depan public.

"Pengantin baru....," panggilan itu membuatkan Mira beralih pandang. Wajah Razin tersenyum lebar.

"Aku dah positive bro!," ucapnya pada Khairul. Terbuka luas mata Khairul. Teruja.

"Tahniah.... lepas ni kau pulak."

"InsyaAllah. Doakan yang terbaik...,"

"Hai abang... tak nak cakap thanks pada Mira ke...dah dapat jawapan positif," sindir Mira halus. Razin tarik pandangan pelik.

"Apa sumbangan Mira dalam hal ni?," pelik!

"Mira yang brainwash kak Sarah tau," kelentong Mira. Sedangkan macam mana kak Sarah boleh kata setuju dekat abang Razin pun dia tak tahu. Razin dengan wajah yang tidak percaya langsung dengan kata-kata Mira.

"Susah abang nak percaya, Mira yang bakat tak seberapa ni dapat brainwash kak Sarah tu...," serentak Khairul dan Razin ketawa. "Tapi apapun... thanks la...," masih bersisa ketawa.

"Seronok ketawakan orang!," marah Mira. Khairul ketawa lagi. Razin angkat bahu sambil berlalu ke dalam rumah. Tak nak masuk campur.

Tangan Khairul pantas memeluk bahu Mira. "Abang seronok... semua yang jadi pada kita ada hikmah terbaik kan Mira...," Mira angkat kening, bertanya. " sebab abang nak kahwin dengan pilihan abang, Razin dapat tackle Sarah... sebab abang nak kahwin dengan pilihan abang, sayang dapat tahu rahsia dalam keluarga... bapa Im dengan abang Razin, takdir Allah dah temukan mereka dengan kita semula...," Mira tersenyum. Betul.

"tapi, pilihan abang atau pilihan mak, bukan isu yang nak dibangkitkan kat sini... tapi semua orang dah ditentukan jodohnya sejak azali lagi... dan Mira adalah jodoh abang... InsyaAllah. Semuanya adalah kehendak Allah..," Khairul dan Mira tersenyum sesama mereka.

Semoga kebahagiaan akan sentiasa melingkari kehidupan kita. Berusahalah untuk mencapai kebahagian itu kerana sesungguhnya orang yang paling bahagia itu bukanlah selalu memiliki hal-hal yang terbaik, tetapi dia hanya berusaha menjadikan yang terbaik perkara-perkara yang hadir dalam hidupnya.

"Selamat pengantin baru abang....,"

"Selamat pengantin baru Mira....," senyum simpul keduanya.




* Selamat pengantin baru buat kakak kesayanganku... semoga berbahagia hingga ke akhir hayat. =)
* Pembaca, tukang komen... terima kasih =) hopefully anda terhibur. InsyaAllah... ada masa yang terluang.. ada story baru... tapi buat masa ni, semakin sibuk kat tempat praktikal...

Comments

  1. akhirnya..
    tamau wat part 2 ke

    ReplyDelete
  2. may_lin : yg ni pun terkemut-kemut nak abis.
    kalau ada masa,i'allah bleh usaha utk part 2. =) thanks for reading.

    ReplyDelete
  3. salam....tahniah akhirnya tamat juga ceritanya ye dn sy enjoy baca cite keseluruhannya. bila pula nk buat cite baru?

    ReplyDelete
  4. Anor : cerita baru. tak dapat nak cakap. Bila2 ada idea, bila2 ada masa.. ada la post baru kat sini. Thanks for reading =)

    ReplyDelete
  5. saya suka ENDING.
    hahaha...
    cerita lain tu, sambung lah ye. ^^
    teruskan karya anda...^^
    GAMBARRE!

    ReplyDelete
  6. hahahha,.........dari awal ----akhir , semua best...buat bab razin n sarah pula...

    ReplyDelete
  7. best! especially razin n sarah
    sweet gler :)

    ReplyDelete
  8. sweet..

    xnak buat edisi razin dgn sarah ke? hehe

    ReplyDelete
  9. I LIKE SANGAT2.....

    ReplyDelete
  10. so sweet lah..
    ske2
    ^_^

    ReplyDelete
  11. akhirnya..best lar..nk buat story sarah dengan razin pulak ke?he..he..tahniah kak umi

    ReplyDelete
  12. akhirnya abes pun...curi baca ms k0je.. ralit abes..
    best2...

    ReplyDelete
  13. akak!!!cter nie best...
    bru follow arini..heehhe...
    kak~~~
    xnk wat kisah cinta si sarah n razin pulak ke?cam sweet couple je diorang nie..heheeh..=D
    -just cdgn je...

    ReplyDelete
  14. wat la part 2 plak.. citer razin & sarah.. =)

    ReplyDelete
  15. salam kak umi...bru hbs maraton cerita nie plak.....best la cerita akk....cerita best sgt2.......

    sokong dgn pambaca yg lain..buat la cerita pasal sarah n razin lak......hehehe

    thumb up...cerita kak umi sume best

    likelikelikeeeeeeeeeeeee

    ReplyDelete
  16. salam..ok niee nak bgi nasihat..nsib baik jalan cerita tak macm bercinta-->muncul kekasih lama--->dengki n musnahkan pasgan bercinta ---> bahgis..penat sudah..hehe..best jalan cerita niee ngah pikir nx pilihn sndiri or keluarga..^^

    #u frez

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Cerpen: Lain di Mulut, Lain di Hati

JAMBANGAN bunga ros yang berada di atas mejanya itu dicapai. Tanpa melihat nama pengirim pun dia sudah boleh meneka, siapa pengirimnya. Terus dengusan tidak senang dilepaskan. Tanpa menunggu sesaat, jambangan bunga itu sudah terhumban ke dalam tong sampah di sudut bilik.             Huh! Apa dia fikir aku ni perempuan, nak cair kalau disogokkan dengan bunga. Kalau aku cakap benci, memang akan benci selamanya! rungutnya.             Serentak itu, pintu biliknya diketuk. Terjengul wajah Selina, setiausahanya.             “Encik Irfan, Puan Eryna nak jumpa.”             Sekali lagi dia melepaskan dengusan kasar. Tidak cukup dengan bunga yang merimaskan, sekarang, tuan punya badan pula muncul di depan mata. Ah, benci!             “Suruh dia balik! Saya tak nak jumpa dia.” Kuat dan lantang sekali suara Irfan sehingga begitu jelas buat pendengaran Eryna yang sedang duduk menunggu di luar bilik. Eryna tersentak. Riak wajahnya terus beruba

Cerpen: Hati ini [End]

BUNYI suara yang bertingkah dari ruang tamu mengkakukan langkah Ana di anak tangga terakhir. Dia yang turun ke bawah dengan niat untuk membasahkan tekak terkaku seketika. Tidak mahu menonjolkan diri di hadapan tetamu mama dan papa, tanpa berfikir panjang dia sudah memalingkan badan hendak bergerak ke atas semula. Namun sekali lagi, dirinya terus kaku di situ. Suara yang melaungkan namanya membuatkan badannya menjadi gementar secara tiba-tiba.             “Ana…” namanya dipanggil sekali lagi. Dia kenal suara itu. Terlalu kenal. Tetapi dia tidak mahu memalingkan wajahnya. Atas sebab apa, dia tidak pasti. Ikutkan sahaja kata hati.             Sentuhan di bahu membuatkan Ana tersentak. Pantas dia berpaling dengan wajah yang sudah berubah riak. Dia tidak suka dengan sentuhan itu. Sentuhan yang tidak menghormati dirinya sebagai seorang wanita muslim. Seketika mata mereka bertemu. Ana terkedu. Seakan tersedar dari mimpi… senyuman yang menghiasi

Cerpen: Dia yang aku cinta

Berdebar-debar rasanya saat menanti di ruang legar ini. Menanti kehadiran insan yang disayangi. Menanti saat yang ditunggu-tunggu selama ini. Disunting menjadi suri dalam hidup lelaki yang dicintai. Ah! Indah sungguh rasa…             “Tahulah nak tunggu insan tercinta. Kut iya pun… tak perlulah tayang riak wajah teruja, yang terlebih perisa pulak!” teguran berunsur perlian itu hanya membuatkan dia menjeling manja.             “Biarlah!” balasnya dengan menyampah.             Tiada siapa pun tahu apa yang dirasainya selama dua tahun ini. Hidup berjauhan dengan insan yang memenuhi ruang hatinya. Sungguh menyeksakan jiwa dan raga sahaja!             “Akak…” panggilan itu membuatkan dia melepaskan dengusan manja.             “Apa?!” soalnya geram. Geram saat khayalan indahnya dicantas dengan kejam. Sedangkan, hanya itu yang mampu dilakukan di saat ini.             “Tu…” mulut si adik sudah memuncung ke satu sudut.             Matanya turut berlari mencari. Seketika dia