Skip to main content

Klik [1]

Bab 1
PANGSAPURI Angkasa, jam 6.00 pagi.
            KRING!!!
            Tangannya pantas mematikan jam loceng sementelah dia telah terjaga dari pukul 5.00 pagi tadi. Azan Subuh yang berkumandang memenuhi ruang itu. Al-Quran di tangan ditutup dan diletakkan di atas rak buku. Langkah diatur menuju ke arah sejadah yang sedia terbentang Solat sunat dua rakaat dikerjakan.
            Eja, teman serumah menuju ke arahnya sambil membentangkan sejadah di sebelah.
            “Jemaah?” soalnya. Eja mengangguk sambil melaungkan iqamat.
            Doa dipohon sebagai tanda kesyukuran kepada ILAHI. Mereka bersalaman.
            “Kerja?” soal Eja.
            Angguk. “Masuk lab saja hari ni. So, boleh pergi lambat sikit,” balasnya. Eja tersenyum penuh makna. Dia pandang pelik.
            “Jom Pah, pi pekena roti canai dengan teh tarik kat mamak,” ajak Eja. “Aku pun masuk kerja lambat,” tambahnya lagi. Dia mengangguk bersetuju.
            “Okey,” sepatah dia membalas.
            “Okey, aku pergi siap dulu,” Eja bangun meninggalkan bilik itu. Sudah menjadi kemestian dia bersiap dulu sebelum Pah. Sebabnya, dia bersiap teramatlah lambat. Nak tengok Pah mengamuk, buatlah main siap lambat-lambat.
            Pah melangkah ke arah almari. Baju blouse labuh yang siap bergosok dicapainya. Baju yang berwarna hijau pucuk pisang itu dipadankan dengan slack hitam seperti selalu. Ditempekkan bedak di wajahnya. Terasa segar apabila menghidu wangian bedak Johnson&Johnson itu. Tudung yang juga sudah siap bergosok dicapai. Tidak sampai lima minit dia sudah siap. Dikerling ke arah jam di dinding. Hurm, baru 6.30. Eja confirm tak siap lagi. Macam tak kenal mak cik seorang itu, kalau nak tunggu dia bersiap, berzaman!
            Komputer riba di atas meja belajar dihidupkan. Broadband di dalam laci dikeluarkan. Sebentar sahaja menunggu, dia sudah mula mengakses internet. Seperti biasa, pagi-pagi dia lebih senang membaca berita secara online. Sekadar mengambil tahu sedikit sebanyak perkembangan yang berlaku disekeliling. Leka membaca, tak sedar jam sudah pukul 7.00 pagi.
            “Pah, jom!” ajak Eja yang dah lengkap bersiap.
            “Okey. Coming,” laptop dimatikan dan dibiarkan atas meja belajar. Beg tangan dicapai dan langkah diatur keluar dari biliknya.
            “Makan kat mana?” soalnya.
            “Kalifah Bistro, dekat sikit,” tenang sahaja kereta membelok masuk simpang. Walaupun berlainan tempat kerja, namun sudah menjadi kebiasaan Eja tumpang kereta Pah. Kalau Pah sibuk atau dia masuk kerja lambat, barulah keretanya akan bergerak. Tetapi lebih kerap berasingan saja.
            Sampai di depan restoran, Eja sudah tersengih-sengih. Pah sekadar geleng kepala. Selalu makan pun, tapi excited gila setiap kali datang ke kedai mamak. Pelik sungguh!
            Anne, roti telor, teh terik onne!” semangat Eja membuat pesanan.
            “Tosai dengan milo suam,” pesanan Pah. Muka masih tidak beriak. Eja mendengus kecil.
            “Ni kenapa pagi-pagi lagi dah monyok. Cuba senyum sikit cik adik manis… barulah nampak berseri,” usiknya selamba. Namun, Pah masih dengan wajah yang tidak beriak. Haih! Nak suruh senyum pun susah. Dari dulu sampai sekarang. Tunggu hujan emas, baru nak senyum agaknya.
            “Penatlah!” ucap Pah perlahan. Eja tersenyum nipis. Agak-agak hari ini hujan lebat tak. Latifah Hasnan buat pengakuan kata dia penat.
            “Kenapa? Banyak sangat ke kerja kat HUKM tu?” soal Eja prihatin. Kesian jugak tengok budak Pah ni. Masuk kerja selalunya pukul lapan tepat. Tapi belum tentu lagi pukul berapa balik rumah. Susah sangat ke jadi microbiologist dan pensyarah dalam masa yang sama. Nak kena handle research, mengajar pun ya jugak. Tak dapat den nak komen lebih-lebih, bukan tahu pun pasal bidang Pah.
            “Bukan penat kerja. Tapi penat dengan gangguan orang gila!” luah Pah. Tertekan jugak rasanya setiap kali nak masuk kerja. Kewujudan makhluk bernama Tengku Hafiz yang selalu mengganggu ketenteraman hidupnya.
            “Kenapa? Siapa yang kacau kau, habaq mai? Nak aku turun padang, bagi advice ke apa? Nak, nak?” reaksi Eja yang selalu overacting membuatkan Pah tersenyum segaris. Lagi terbeliak biji mata Eja.
            “Ala my sayang… you are smiling la…nah, kan sweet macam ni,” ucapnya lagi sambil tersenyum senang. Walaupun senyuman itu tak lekang lama, walaupun senyum macam tak cukup gula, tapi senyuman yang boleh memukau pandangan mata. Itulah dia, senyuman Latifah!
            “Hafiz,” sebaris nama disebut.
            “Pakwe kau ke?” Eja menyampuk. Namun renungan tajam dari Pah membuatkan mulutnya terkunci.
            “Entah la mamat tu, he is messing up my life. Hari-hari nak menempel dalam lab aku, sedangkan partner aku kak Yati. Aku dah la kurang dan amat tak selesa dengan laki-laki yang gedik santai macam Hafiz ni,” luah Pah. Eja sekadar mengangguk. Tak nak sampuk lagi, sebab tak tahu lagi keseluruhan cerita.
            Sambil menadah telinga, pantas juga tangannya memulakan proses makan pagi. Anne kedai tu baru saja hidangkan makanan di meja mereka. Pah juga dah mula menjamah tosai yang dipesan.
            “Dia suka kau ke?” Eja mengetap bibir. Rasa tadi tak nak tanya, tapi terlepaslah pula. Dipandang ke wajah Pah. Eh, eh… dia tak marah atau jeling atau apa-apa yang sewaktu dengannya. Lega!
            Keluhan kecil meniti bibir Pah.
            “Kenapa Pah? Cakaplah… jangan pendam sorang-sorang, aku kan ada nak dengar semua story kau,”
            “Dia cakap….dia..,” Pah teragak-agak. “..dia.. dia suka aku!”
            So, apa problem sebenarnya sekarang?” tenang suara Eja menyoal.
            “Aku tak suka dia,” Pah berterus-terang.
            “Kau cakap jela dekat dia, takkan tak boleh faham kot,” Pah geleng perlahan.
            “Dia memang tak faham! Takkan faham pun! Aku dah cakap tak suka…sudahlah kan. Ni tak… makin menjadi-jadi. Dia heboh kat satu department, cakap aku nak tunang dengan dia… tak melampau ke?,” ucap Pah geram.
            “Kiranya, dia ingat kalau dia buat macam tu, kau akan setuju la…,” teka Eja. Pah mengangguk.
            “Kenapa cetek sangat otak,” sindir Eja. Alahai… ada juga makhluk-makhluk yang seangkatan dengan Hafiz ini zaman sekarang. Tak bertamadun langsung. Pah sudah mendiamkan diri. Runsing barangkali.
            “Anak orang berada?” sekali lagi Eja meneka. Pah mengangguk.
            “Macam-macam dia hadiahkan kat aku, bracelet, rantai, handbag…. tapi aku tak ambil, dah bagi balik semua. Dia marah sangat kat aku…,” Pah mengetap bibir. Hatinya terasa tidak tenang. “Aku takut la Eja!” ucapnya risau. “Kalau dia buat apa-apa nanti, sebab aku selalu bagi sakit hati dia,” tambahnya lagi. Muka yang tak beriak itu berubah pucat.
            Pantas Eja menggengam tangan Pah. Sejuk! Ini betul-betul cuak ni.
            “Dah, jangan risau. InsyaAllah, dia takkan buat apa-apa. Okey..,” Eja memberikan semangat. Genggaman dieratkan.
            “Takut,” ucap Pah sekali lagi.
            Be tough Pah! Kau doa la banyak-banyak bagi prince Charming kau muncul cepat sikit. Baru si Hafiz tu takkan berani nak kacau…,” sempat lagi Eja mengusik dalam pada bagi kata-kata semangat. Eja tersenyum nakal walaupun dihadiahkan jelingan tajam dari Pah.
            “Agak-agak prince Charming kau tengah buat apa ye sekarang? Tidur?,” Eja makin seronok menggiat. Pah sekadar menggeleng kepala. Prince Charming, entahlah!

ASTANA Kondominium, jam 9.30 pagi.
            KRING!!!
            “Argh!!!,” bunyi jam tidak dipedulikan. Gembar ditarik menutupi seluruh tubuh. Bunyi jam makin membingitkan telinga. Dengan mata yang terkejip-kejip dia berusaha melihat jam. 6 setengah, awal lagi! Namun, sekejap sahaja…
            “Alamak!!!,” dengan kelam kabut dia sambil mencapai tuala di ampaian. Tidak sampai 10 minit, segalanya sudah siap dikemas. Dikerling ke arah jam, 9.40 pagi. Nasib!
            Lagu Iyaz: Solo berkumandang di ruang bilik. Nokia 5800 di atas meja dicapai. Tertera nama Faizul.
            “Helo,” tenang suara orang di sini.
            “Wei kau kat mana?” Faizul dah gelabah. “Dah pukul berapa ni? Pukul 10 dah nak mula!” bebelnya lagi.
            “Sepuluh minit lagi aku sampai,” ucapnya. Muka masih tenang.
            You better hurry up. Kau buat drama tak muncul macam projek sebelum ni, aku cincang kau hidup-hidup!” Faizul memberi amaran.
            “Ye, ye… aku on the way dah ni!” bohong sunat. Sedangkan, baru tengah sarung kasut.
Sepuluh minit…
            Faizul melepaskan nafas lega apabila Adam dah terpacak depan mata. Oh., mamat seorang ini jangan dibuat main! Mahu dia tak muncul hari ini, nak kena basuh teruk dengan big bos kot.
            “Ingatkan tak nak datang dah!” sempat lagi dia menyindir. Adam senyum saja.
            “Kau jangan nak spoilkan morning aku. Aku tengah mood gumbira ni,” ucap Adam sambil tersenyum nakal.
            “Awek baru la tu,” Faizul mengusik.
            “Oit, tak baik tau menuduh… setakat ni aku masih boleh bertahan dengan Suzana. Tak fikir nak bertukar pun…,” ucapnya jujur. Asal gembira saja dituduh ada awek baru, tak patut betul! Apa, ingat aku ni berlagak Romeo sepanjang zaman ke.
            Faizul ketawa kecil. “Iyalah, tak tuduh. Serkap jarang saja. Dah, jom masuk. Nak mula dah…,” mereka bersama-sama beriringan melangkah ke dalam bilik seminar yang ditetapkan.
            “Dah fikir konsep untuk projek kali ni?” soal Faizul sambil mengacau kopi dalam cawan. Seminar untuk projek terbaru baru sahaja selesai. “Kalau kita create something yang interesting dan lain dari yang lain, rasanya senang saja nak bolot hadiah,” sambung Faizul lagi.
            Adam mendiamkan diri. Matanya dibiarkan meliar di kawasan sekeliling. Cuba mencari ilham. Love the Nature. Nature. Okay, got it!
            “Kita tekankan konsep natural. Means, model untuk projek ni kena ada aura natural beauty. Aku tak nak guna muka-muka lama, yang nak kena tempek bedak, make up bertan-tan. Kita cari yang simple,” dia meluahkan idea. Faizul mengangguk.
            “Boleh jugak. So, bila nak cari wajah baru?”
            “Esok,” sepatah jawapan dari Adam. “Kita…,” baru hendak menyambung perbualan, getaran terhasil dari poket seluar. Nama yang tertera di skrin dipandang sekilas sebelum menjawab.
            “Suzana…,” dia memaklumkan pada Faizul sebelum melangkah ke arah ruang kosong.
            “Baby…,” sebaik sahaja phone melekap di telinga kedengaran suara Suzana merengek manja.
            “Kenapa call sekarang?,” serius suara Adam.
            “Alah… kenapa? Tak boleh ke? I miss you la…,” manja suara Suzana meniti corong telinga. Adam mengeluh kecil.
            I told you, jangan ganggu I time kerja kan,” nada yang masih sama. Sudah banyak kali dia mengingatkan Suzana, waktu kerja untuk kerja. Tidak boleh diganggu sama sekali. Mungkin kalau dilihat pada gaya hidupnya, orang takkan percaya yang dia sangat mementingkan semua itu.
            You ni… saja je tau. Orang call dia sebab rindu, dia nak marah-marah pulak… dah la, pergilah buat kerja you tu!” TAP! Talian dimatikan. Adam memandang kosong ke arah skrin telefon. Entah kenapa, rengekan manja itu walaupun mempesonakan jiwa namun sedikit pun tidak berbekas di hati.
            Dia ke orang yang aku cari? Dia ke yang aku nak jadikan soulmate? Dia ke….
            Adam melangkah semula ke arah Faizul.
            “Apasal muka macam tempe ni?” soal Faizul melihat perubahan air muka di wajah Adam.
            “Aku rasa macam nak break up!” ucapnya senafas.
            “Pulak dah!” Faizul menepuk dahi. Sungguh aku tak faham dengan mamat bernama Adam Fahmi ni. “Apa yang jadi?” soal Faizul. Adam sekadar menggeleng.
            “Entah, suddenly feeling… macam nak tukar angin!” Faizul mencebik mendengar kata-kata Adam. Macam silap dengar pula tadi pagi ada orang itu cakap tak terfikir nak bertukar. Sudah masuk balik roh kasanova dia tu.
            “Cakap besar tadi pagi… boleh bertahan. Blah la kau ni!” sindirnya. Adam menjelirkan lidah. Dengki!
            “Aku rasa macam tak kena saja la kalau dengan Suzana ni…,” rungutnya. Eh, ini dah masuk sesi luahan perasaan. Dating dengan awek waktu kerja dan membincangkan perihal hati waktu kerja, macam lebih kurang sama juga. Aku marah Suzana, siapa pula nak marah aku?
            “Kalau kau nak tahu….,” ayat Faizul yang tergantung membuatkan Adam tertunggu-tunggu. Dia mengangkat kening bertanya. “…dulu sebelum break dengan Farah, ayat yang sama jugak kau cakap kat aku…,” muka Faizul tidak bereaksi. Muka kayu habis. Adam sudah tersengih kelat. Iya ke? Aku tak dapat nak ingat la pula.
            “Kau silap dengar kot!” dia cuba menegakkan benang yang basah. Faizul mencebik lagi.
            “Tak payah nak deny. Aku ni dah masak dengan perangai kau…,” mana tidaknya, perkenalan antara mereka, bukan sehari dua. Dah dekat tiga belas tahun kenal budak bernama Adam Fahmi ni. Memang semua perangai Adam, baik ke, buruk ke, lengkap tercatit dalam memori.
            “Cuba-cubalah bawa berubah perangai romeo kau tu…umur dah lanjut. Tapi tak jumpa-jumpa jodoh lagi. Kerjanya asyik nak tackle anak dara orang, lepas tu break! Hah… elok sangatlah tu perangai. Buatlah perangai romeo kau tu, nanti tak dapat bini sampai ke tua….,” bebel Faizul panjang. Dah gaya ala-ala mak cik pulak aku membebel dengan si Adam ni. Ini kerana pengaruh kuat dari mak di kampung. Kerjanya kalau aku call, membebel pasal calon menantu. Susah jugak umur dah tiga puluh tapi tak kahwin lagi. Semua pakat duk risau.
             Adam tersenyum mendengar leteran dari bibir Faizul. Apa ambil alih tugas mummy aku pula. Mummy kat rumah tu pun dah bising-bising tanya bila nak kahwin. Tapi setiap kali dia nak kenalkan mummy dengan girl yang dia pilih, langsung mummy tak berkenan. Mummy tanya balik.. ni ke calon yang kamu nak buat jadi menantu mummy? Masalah betul!
            “Dah tersenyum-senyum pulak!” ucap Faizul lagi. Adam tidak berkata apa-apa. Sekadar mendiamkan diri. Rasanya cakap apa pun sekarang ni, sudah pasti sangat, akan kena dengar bebelan dari pak cik Faizul ni. Sebab dia dah ambil aura, mode berleter! Mesti kena tempias Cik Jah dia di kampung tu. Cik Jah a.k.a emak Faizul.


Bab 2
TANGANNYA bermain-main dengan straw dalam gelas. Minuman yang dipesan sudah habis dua gelas, namun apa yang dicari-cari masih belum ditemui. Terasa seperti sia-sia pula duduk dan bertapa sepanjang hari di port ini. Sekali lagi dia mencapai kamera dan memulakan random snap.
            Klik!
            Klik!
            Klik!
            Kamera di tangan dipetik dengan pantas bagi merakamkan wajah-wajah yang ada di pandangan mata.
            Sekali lagi keluhan meniti bibirnya. Bila apa yang dicari-cari tidak ditemui, hanya itu tindakan yang muncul di minda, mengeluh! Faizul geleng kepala melihat aksi temannya itu. Adam ni kalau dah mula mencari sesuatu, memang tekun. Sekali dia dah jumpa apa yang dia nak, gerenti dia takkan lepaskan.
            “Apa rupa yang kau nak cari ni?” soal Faizul. Mungkin dia dapat membantu. Tapi kalau ikut-ikut logik, citarasa Faizul dan citarasa Adam memang takkan capai keserasian. Jadi lebih afdal kalau Adam yang membuat pilihan.
            “Aku nak something refreshing,” tuturnya sambil matanya meliar di kawasan itu.
            “ Macam?” soal Faizul.
            Mata Adam masih ligat meliar di kawasan itu. Sekejap-sekejap dilihat kembali ke arah skrin kameranya. Melihat gambar-gambar yang sempat dirakamkan, mana tahu kalau ada yang dia berkenan. Pandangan terhenti buat seketika. Dalam banyak-banyak gambar yang diambil, ada satu yang berjaya memikat pandangannya, membuai hatinya. Dia!
            Wajahnya diangkat, matanya laju mencari-cari gerangan yang sudah memenuhi ciri yang dia perlukan.  Sebentar kemudian matanya terpaku. Tanpa berkelip dan berkutik, dia merenung dengan penuh minat. ‘That’s all what I need!’ desisnya yakin.
            That girl!” dia menunjukkan ke arah wanita yang bertudung putih bidang dipadankan dengan blouse separas lutut bercorak abstrak dan seluar slack putih. Faizul mengangkat kening. Biar betul mamat ni!
            “Kenapa orang tu? Dah la gaya alim semacam, nak ke dia tu? Kau ni, dah habis fikir ke? Kita bukan nak buat photo shoot untuk busana muslimah tau!” soalnya bertubi-tubi sambil mengingatkan Adam. Tiada jawapan hanya senyuman terukir di bibir itu.
            “Macam mana kau nak approach orang tu? Dah la tak kenal bro! Takkan nak main serbu saja,” Faizul masih memberi reaksi yang negatif, seolah-olah tidak yakin. Pilihan yang dilakukan oleh Adam kali ini dirasakan agak kontra dengan jiwa sebenar lelaki itu.
            “Serahkan kat aku,” terus dia bangun sambil tangannya mencapai kamera Canon 350D di atas meja. Langkah diatur menuju ke arah sasaran. Dalam hati dah rasa berdebar-debar, tapi masih mampu kawal macho. Disebak rambut yang jatuh di dahi ke tepi. Rimas!
            Kini, dia berdiri betul-betul dua tapak sahaja dari wanita tadi. Lama dia begitu sambil matanya tertancap tepat pada wanita yang tidak dikenali itu.
            “Hai,” ucapnya perlahan. Tiba-tiba rasa macam suara tak nak keluar. Bukan setakat wanita itu, satu meja sekali angkat kepala. Adam tersengih kelat. Suara dah tersangkut di kerongkong.
            “Ya, cari siapa?” ucap salah seorang di meja itu. Pandangan setiap manusia di meja itu macam nak telannya hidup-hidup. ‘Kenapa? Aku tak nampak macam manusia ke?’ soalnya sendiri.
            “Saya nak cakap dengan cik ni…,” terus sahaja tangannya terarah pada wanita tadi. Wajah yang tidak beriak itu memandangnya dari hujung kepala ke hujung kaki. ‘Perempuan ni nak analyse aku ke? Ala-ala sinar X-ray’.
            “Saya kenal awak ke?” tanpa segarit senyuman soalan diajukan. Adam tarik senyum lebar berinci-inci. Masa-masa macam inilah kena aplikasi teknik komunikasi yang dipelajari dulu. Komunikasi interpersonal.
            “Memang kita tak kenal… tapi…,” baru saja Adam nak teruskan kata-kata.
            “Okey. Tak kenal kan, jadi tak ada apa-apa urusan antara kita!” perempuan itu sudah memotong. Adam mengetap bibir. Kenapa yang berlagak sangat ni? ‘Aku kena kumpul kesabaran setinggi yang boleh’.
            I need your help miss. Sekejap saja, boleh kita bincang dulu,” Adam masih lagi mengekalkan nada yang lembut. Dikerling ke arah teman-teman wanita itu yang tersenyum-senyum melihatnya.
            “Dengarlah dulu apa yang dia nak cakap Pah. Nampak macam betul-betul nak minta tolong kau…,” ada suara yang memujuk. Pah! Nama dia Pah. Pah stand for what? Afifah? Sharifah? Zirafah? Amboi Adam, mengata orang sesedap hati. Dia tersenyum dalam hati.
            “Encik ni siapa ya?” soal salah seorang daripada mereka. Adam tepuk dahi. Patutlah! Entah teknik apa yang aku aplikasi, sampai nama pun tak cakap. Memanglah orang akan ragu-ragu nak bagi kerjasama. Itulah, waktu dalam kuliah dulu selalu tidur, tak dapat nak ingat apa yang pensyarah ajar.
            Perlahan dia menarik keluar kad nama dari dalam purse coklat. Diletakkan di atas meja.
            “Saya, Adam Fahmi. Panggil Adam saja. Photographer New Vision. Sekarang tengah join Program Love the Nature kerjasama dengan Jabatan Alam Sekitar. Sebab tu saya ada hal nak bincang dengan cik ni…,” intro ringkas yang diberikan oleh Adam. Masing-masing tarik senyum.
            “Patutlah dia cari kau Pah. Memang kenalah dengan alam sekitar,” komen salah seorang di situ. Kawan-kawan yang lain turut menyambutnya sebagai gurauan dan tertawa kecil. Namun wajah empunya diri masih serius tanpa segarit senyuman.
            “Eh… Pah bukan kerja di UKM ke? Bila pula dia pindah kerja kat Jabatan Alam Sekitar?” Adam dengar saja soalan yang berlayar di bibir salah seorang teman Pah. Wajah penyoal itu nampak blur saja. Tiba-tiba teman yang di sebelah kirinya sudah menepuk bahu si penyoal dengan laju. Berkerut dahi gadis itu, sakit agaknya.
            “Kau ni apalah… bila pula yang Pah tukar kerja!”
            “Habis dia cakap sesuai dengan alam sekitar… bukan tukar kerja ke?”
            “Memanglah… Pah kan banyak research dengan benda-benda alam sekitar ni… apasal kau orang ajak dia ni join sekali. Dah lah tahap kebendulan tak dapat nak kawal!” Adam berusaha menahan senyum dengan dialog-dialog yang diucapkan oleh teman cik Pah itu. Tapi, dia tak boleh buang masa. Terus saja dia berdehem kecil untuk mendapatkan perhatian mereka yang sudah melupakan dirinya yang sedang menanti persetujuan sang bidadari seorang ini.
            “Ya encik Adam?” soal teman Pah.
            “Boleh saya cakap dengan cik Pah sebentar?” ayat formal habis. Adam masih ramah menghadiahkan senyuman. Mestilah kena mesra-mesra alam kan, dah nama pun nak minta tolong. Matanya tertancap pada wajah Pah. Resah bertandang di hati, mata gadis itu tak sudah-sudah membeleknya.
            Pah mengerling sekilas wajah lelaki yang memperkenalkan diri sebagai Adam. Entah turun dari planet mana orang ini. Dari atas sampai bawah dibeleknya. Rambut dah karat, selalu sangat kena air hujan kot. Stail rambut, memualkan mata. Macam ayam serama pun ada. Sungguhlah tak kena dengan selera aku.
            “Pah!!!” panggilan dari Eja mematikan tindakan Pah yang tekun menganalisa Adam Fahmi sejak tadi. Eja menjegilkan biji mata menyedarkan Pah. Dia tak perasan ke, Adam dah tak senang tengok dia dibelek dari atas ke bawah.
            “Cik Pah?” sekali lagi Adam memanggil perlahan dan tenang. Dalam hati dah seribu macam rasa. ‘Apa hal insan bernama Pah belek aku sampai macam ni? Aku ni tak nampak macam orang bumi ke?’.
            Call me Latifah,” keras nada suara Pah. Kedinginan terserlah di situ.
            “Boleh kita cakap sebentar, cik Latifah,” aduhai Adam. Apalah nasib badan sampai kena keluar ayat baku semua. Nama orang ini pun klasik habis. Agaknya kalau aku dah mula deal dengan dia, hari-hari kena cakap bahasa baku ke? Bagus jugak Adam, boleh memartabatkan bahasa sempena bulan bahasa ni! Sempat lagi dia bersoal jawab sendiri.
            “Encik Adam…,” suara teman Pah yang tidak diketahui nama timbul lagi. “Kenapa daripada banyak-banyak orang, encik nak minta tolong dari dia juga? Kami yang lain-lain ni tak boleh ke?” soal gadis yang bertudung warna peach sambil melemparkan senyuman comel pada Adam.
            Adam tarik senyum. Ditelitinya wajah-wajah yang duduk di samping Pah, namun semua itu tidak memikat hatinya melainkan si gadis yang berwajah dingin ini.
            “Maaflah… saya rasa cik Latifah yang paling sesuai untuk benda ni…,” pandangan Adam kembali pada wajah Pah.
            “Pergilah Pah….,” Eja menolak perlahan bahu Pah. “Orang datang nak minta tolong, bukan nak cari gaduh. Kalau tak boleh tolong, tolak saja. Tapi dengarlah dulu, jangan ignore terus. Tak baik kan buat macam tu,” lembut suara Eja memujuk. Bukannya dia tak kenal dengan perangai Pah yang agak susah hendak beramah mesra terutamanya dengan lelaki.
            Pah menjeling sekilas. Haih! Lemah betul dengar suara Eja kalau dah masuk mode memujuk ni. Entah apa yang nak dibincangkan oleh manusia bernama Adam itu. Ikutkan hati, rasa malas! Tapi, dengar cakap Eja, tak sampai hati. Dengar dulu, itu yang terbaik. Dia mengangkat punggung sambil melemparkan pandangan ke wajah Eja. Eja tersenyum puas.
            Dia mengatur langkah berat mengekori Adam yang sedang menuju ke arah meja kosong. Malas-malas dia melabuhkan punggung di kerusi. Muka, tak payah cakap. Tak berminat langsung. Tapi orang request nak minta tolong, jadi tadah telinga sekejap.
            Okay, here we go,” Adam memulakan bicara. “Macam yang saya cakap tadi, sekarang ni saya tengah join Program Love the Nature. So, for that I am searching for new face. Something refreshing for this new project,” Pah masih diam dan hanya mendengar setiap butir bicara tanpa sebarang reaksi. Adam tarik nafas. Okey, serius rasa macam tengah bercakap dengan tembok. Tak apa Adam,  bawa-bawa bersabar!
            “Saya nak cadangkan awak sebagai wajah baru untuk projek ni,” sebaris ayat yang telah berjaya mencuri tumpuan pendengaran Pah. Matanya terbuka luas.
            What?,” soalnya sepatah dengan nada terkejut.
            “Dalam ayat yang mudah,  I want you to be my model for this project,” terang Adam tenang.
            No way! I’m off!,” Pah terus berdiri hendak berlalu. Huh! Model. Gila! Dia baru saja hendak mengatur langkah namun dihalang oleh Adam yang berdiri betul-betul dihadapannya. Jarak hanya beberapa inci yang memisahkan keduanya.
            “Tolong duduk dulu cik Latifah. Saya belum review lagi kat awak pasal keseluruhan projek ni,” pujuk Adam. I will not let you go! Sekali aku dah pilih, means that’s it.
            Pah menjarakkan diri. Kurang selesa dengan keadaan yang begitu dekat. Jelingan tajam dihadiakan buat Adam. Nak tak nak, dia mengambil balik tempat duduknya. Argh! Malasnya aku nak deal dengan benda yang tak kena dengan jiwa ni. Model, huh! Come again…. memang sangatlah tak sesuai dengan Latifah.
            Adam mengeluarkan sesuatu dari beg silangnya. Proposal ringkas mengenai projek tersebut diletakkan di hadapan Pah.
            “Tengoklah,” suruhnya apabila melihat Pah yang kaku di tempat duduk. Malas-malas Pah membuka helaian-helaian kertas tersebut. Muka teramat tidak ikhlas. Matanya meneliti setiap butiran yang bertaip dalam helaian kertas tersebut. ‘Wah! Not bad’ pujinya ikhlas. Namun, tidak diluahkan.
            Diletakkan semula proposal tersebut di hadapan Adam. Adam mengangkat kening, meminta respon.
            “Kenapa saya pulak yang kena jadi model? Saya bukannya ada kaitan pun dengan bidang ni,” soal Pah. Nada suara makin menyenangkan. Adam tarik senyum lebar. Namun Pah masih dengan muka ketat. Tak ada alasan rasanya nak balas senyum mamat ni.
            “Saya nak wujudkan konsep yang berbeza,”
            “I read that!,” balas Pah sinis. Menyindir. Benda dah tertulis dalam proposal, diulang balik.
            Adam terkedu. Kenapa cik Latifah bereaksi macam ni? Dingin macam ais batu. Ais batu pun kalau disimbah air, boleh cair. Tapi ni batu apa? Tak cair-cair langsung. Dingin memanjang!
            “Okey. Konsep berbeza maksudnya saya nak show benda baru. Fresh, yang orang tak pernah guna. Tambah pula, saya pilih konsep muslimah macam awak. Awak ni nampak simple. Sesuai dengan konsep nature, you are natural. Natural beauty yang nak dibangkitkan kat sini…,” mata Adam menikam wajah Pah. Masih tak beriak. Pah diam sambil merenung tepat ke meja. Berfikir mungkin.
            “Kenapa saya?,” Pah menyoal lagi.
            “Because I want you,” berkerut kening Pah mendengar ayat itu. Gaya sebut I want you tu, macam nak buat bini saja. Hisy!
            “Pardon me?,”
            “Saya… err… tak tahu macam mana nak explain. Tapi, I am strongly begging you to help me. Konsep yang saya nak bawa sesuai dengan awak. Trust me. Saya bukan pilih tangkap muat, tapi apa yang saya pilih untuk menghidupkan konsep yang saya nak bawa dalam projek ni,” terang Adam. Dalam hati dah berdoa, please say yes. Tak nak pun, kena nak juga!
            Pah diam. Berfikir lagi. “Saya tak boleh bagi jawapan sekarang,” ucapnya lambat-lambat. Adam melebarkan senyum yang sedia ada di bibirnya.
            “Tak apa, take your time. But, please… bagi respon yang positif,” pinta Adam dengan penuh mengharap.
            “I’ll try,” ucapan Pah yang membolehkan Adam menghembuskan nafas separa lega.
            “Kalau dah decide, please call me. This is my number,” hulurnya sekeping kad untuk Pah.
            “Okey,” hanya itu yang diucapkan oleh Pah. Pah sudah mula mengatur langkah kembali ke mejanya.
            “Cik Latifah,” panggilan Adam mematikan langkahnya. Apalagi? Perlahan dia berpaling pada lelaki itu. Adam tersenyum lagi. Apahal yang suka sangat senyum?
            “Hope to hear from you soon. Thanks,” ucap Adam dan semestinya dengan senyuman tak lekang dari bibir. Namun tiada sebarang reaksi dari Pah. Dia terus berpaling dan melangkah. Adam sekadar memerhatikan langkah yang diatur sehingga Pah mengambil tempat duduknya.
            Apasal yang dingin sangat ya? Muka ketat dan tak nak balas senyuman orang. Matanya masih melekat pada wajah Pah yang duduk di meja tidak jauh dari situ. Lama dia memerhati. Cantiknya dia! Wajah yang sangat bersih. Kening yang cantik, mata yang galak disebalik spectacle, tambah dengan hidung yang mancung. Diserikan lagi dengan seulas bibir yang sangat comel, tapi sayangnya, tuan punya bibir langsung tak senyum. Adam tersenyum sendiri. Walaupun duduk dengan teman baik dia pun, tak reti senyum. Harapanlah kalau aku berangan dia nak senyum kat aku.
            Sementara itu disebuah meja lagi, Faizul sekadar diam memerhati dari jauh. Bukan dia tak nampak mata si Adam asyik mengusha ke arah meja yang dia pergi approach tadi. Lepas tu senyum sorang-sorang. Angau ke member aku ni? Dah lupa kot pada si Suzana buah hati dia. Oh, aku yang lupa..dia dalam proses nak break dengan awek tu.
            Ketawa dari meja itu menarik perhatian Adam. Matanya terus tertancap ke wajah Pah. Gadis itu senyum segaris. Sekejap cuma, namun begitu mempesonakan. Makin tertarik-tarik matanya untuk terus melekap ke wajah gadis itu.
            “Sudah-sudahlah mengusha anak dara orang!,” teguran yang menyentakkan Adam. Faizul sekadar tersengih apabila mendapat jelingan tajam.
            “So, apa cerita?,” soal Faizul.
            “Tunggu dia fikir, then dia akan inform!,” ucap Adam memaklumkan.
            “Aku cadang, better kau cari orang lain. Aku yakin sangat dia takkan setuju,” PAP! Laju je tangan Adam melibas bahu Faizul.
            “Cuba fikir positif, orang tu belum fikir pun lagi,” marah Adam.
            “Yang kau nak marah ni kenapa? Suka sangat usha cik tu… dah berkenan ek?,” usik Faizul sambil tersenyum nakal. Adam mencebik.
            “Aku professional ya,” ucapnya bangga. Faizul pula yang mencebik.
            “Professional la sangat. Gaya macam aku tak nampak saja mata gatal kau mengusha orang tu… tak malu! Tengok anak dara orang macam nak tembus,” sindir Faizul.
            “Dia cantik.. aku nak buat macam mana. Aku tengok saja la… pemandangan indah yang ada depan mata, rugi kalau tak dihayati,” balas Adam selamba. “Dah la, jom gerak. Nak kena survey tempat ni,” sekilas dia mengerling lagi ke arah meja itu. Pah pun sudah hendak beredar dari situ.
            “Nak ikut dia sekali ke?,” usik Faizul lagi. Adam menjeling tajam. Tanpa kata, terus dia bergerak menuju ke arah kereta yang terparkir di situ.
            Langkah diatur ke arah Toyota Vios berwarna hitam. Kunci dikeluarkan.
            “Eh, cik Adam,” satu suara menegur. Adam berpaling, lalu membalas senyuman. Kawan Pah!
            “Saya Shazriza, panggil saja Eja. Pasal projek tu, jangan risau… I’ll convince her,” Eja memberi semangat.
            “Terima kasih…,” dia cuba mengingati nama.
            “Eja,” balas Eja mesra.
            “Eja, kau nak kena tinggal ke?,” soal Pah serius dari dalam kereta. Eja tersenyum kelat.
            “Go to go!,” terus dia meloloskan diri ke dalam kereta Suzuki Swift berwarna hitam itu. Adam sekadar melemparkan senyuman nipis.
            Latifah. Hati Adam mendesis. Tarikan wajah mulus itu terlalu kuat. Sekali pandang, rasa macam nak pandang lagi. Boleh ke macam tu? Ala.. boleh, aku pandang saja pun. Bukan buat apa! Dia tersenyum nakal. Tapi, kalau nak fikirkan balik pandangan Pah terhadapnya, uish! Pah belek dia macam nak telan hidup-hidup. Bukan dia tak perasan reaksi mak cik tu bila pandang dia dari hujung kepala ke hujung kaki.
            Tepukan yang singgah di bahu membuatkan Adam menjegil biji mata. Faizul ni, kacau stim aku nak ambil feel fikir pasal Latifah.
            “Mengaku sajalah… kau dah sangkut kat.. siapa nama miss tadi?,” soalnya kembali.
            “Pah!,” rendah nada suara Adam. “ha..yes, miss Pah. Kau dah ada feel dengan dia kan..,” pantas saja disambut oleh Faizul.
            “Kau rasa, dia suka tak dengan laki macam aku. Tadi pandang pun macam nak telan aku hidup-hidup..,” soalnya meminta pendapat. Mana tahu ada harapan, bolehlah dia nak mula pasang angan-angan. Menyimpul kasih dengan si bidadari ais batu, wajahnya dingin dan beku! Hatinya tersenyum sendiri.
             Faizul tersenyum kecil sebelum membalas. “Aku boleh jamin pada kau, seratus peratus. Gaya cik Pah tu.. mesti standard nak pilih stok-stok budak masjid. Anak-anak pak Imam ke, imam ke, ustaz ke… kau? Jauh panggang dari api kot!,” tersedak Adam mendengar  jawapan Faizul. Amboi Faizul! Bagi chance punya pasal, kaw-kaw kau kutuk aku. “Dah la, tak payah duk berangan di siang hari. Cari saja perempuan lain, Pah bukan untukmu Adam.. Pah milik siapa, kita pun tak tahu…,” sambung Faizul dengan ayat dramatik.
            Adam membuang pandang ke arah lain. Cari yang lain. Bukan dia seorang saja perempuan lawa atas muka bumi ini. Tapi, dia seorang saja yang aku nak… bisikan hatinya terus bergema. Mudahnya rasa hati ini berubah.


Bab 3
MUG berisi milo panas diletakkan di atas meja kopi. Pandangan dihala ke kaca televisyen. Cerita apalah yang dilayan oleh Pah ini.
            “Pah..bak remote tu. Kau ni…cuba jangan tersekat kat zaman evergreen lagi…tengoklah cerita baru,” bebel Eja sambil mencapai remote control dari Pah. Lantas channel ditukar.
            “Ha…ni baru best!,” ucapnya gembira. Dikalih pandang ke wajah Pah. Amboi, sedapnya dia menguap. Dari tadi melayan cerita klasik tak mengantuk, aku buka saja cerita baru dan-dan tu jugak dia nak menguap sakan. Memang padan betul minat dengan nama dia tu. Klasik nasional!
            “Pah…,” Eja cuba memancing minat Pah untuk berbual.
            Pah bersandar malas di sofa. Mulut tak henti-henti menguap. Penatnya.
            “Kenapa Eja?,” sahutnya. Mata pejam celik. Mengantuk dah sebenarnya.
            “Kau dah fikir belum…,” tak ada salam, tak ada intro, terus direct dia bagi soalan. Pah terkebil-kebil. Nak fikir pasal apa.
            “Fotografi, New Vision, encik Adam… dah tak ingat,” Eja cuba mengembalikan memori Pah. Baru seminggu lepas kot. Takkan dah lupa. Lagi-lagi muka handsome macam Adam Fahmi tu, mana nak boleh lupa. Asyik tersenyum siang malam je. Eja tersenyum sendiri. Bukan dia tak faham dengan Pah ni, mesti ligat fikir alasan nak tolak offer Adam.
            “Pasal model tu ke?,” soal Pah dengan nada tidak berminat.
            “Ha!!! Yang tulah…,” Eja pula terlebih excited dalam hal ini.
            “Belum lagi!,” Pah dah ambil position untuk nak berlayar lebih jauh. Matanya terasa pedih menahan mengantuk. Bantal atas sofa dicapai dan dipeluk erat. Sedapnya tidur.
            “Pah!!!,” jeritan Eja bersama tepukan di bahu, memaksa Pah membuka semula matanya. Eja dah mengancingkan gigi. Geram betul dengan si Pah. Aku tengah ambil mode serius nak discuss dengan dia pasal hal fotografi tu, dia boleh sedap punya duk adjust position nak landing. Dah siap lena pun.
            “Eja…,” suara Pah antara sedar tak sedar. “nanti la kita sembang. Aku mengantuk sangat!,” terus matanya terpejam rapat.
            Eja dah melopong. Dikerling ke arah jam di dinding. Pukul sembilan setengah. Ini apa spesies macam mak aku, tidur punya awal. Gaya macam esok kerja saja. Bukan cuti ke. Dalam hati dah mula bersungut itu dan ini. Bosan kena layan movie sorang-sorang. Akhirnya, Eja pun turut terlentok sama di atas sofa hingga ke pagi. Cakap orang, dia pun dah mengantuk sebenarnya, mengantuk sebab bosan.

            SARAPAN yang terhidang atas meja membangkitkan selera. Eja tersengih-sengih pandang Pah. Pah jungkit kening. Pagi-pagi dah kena badi siapa, asyik tersengih. Macam aku nak marah dia bangun lewat, tak tolong buat sarapan sekali.
            “Apasal yang tersengih macam kerang busuk ni?,” tanya Pah. Eja sengih lagi. Pah menggeleng kepala. Apa kena dengan anak Mak Ton ni. Belum kahwin otak dah mereng. Dah tak center, asyik tersengih. Macam warga dekat Tanjung Rambutan pun, ada juga iras dia bila asyik tersengih memanjang.
            “Kau kutuk aku ye Pah?,” soalan yang menyentakkan Pah. Pah senyum segaris.
            “Kau ada belajar ilmu-ilmu yang aku tak tahu ke Eja?,” soalnya balik pada Eja. Rasanya sejak sekolah di SMAKL (Sekolah Menengah Agama Kuala Lumpur), tak ada pulak mak cik Eja ini ambil apa-apa subjek extra macam mantik ke. Semuanya sama je dengan aku kecuali dia ada ambil extra akaun lepas drop fizik. Sejak bila jadi mind reader ni.
            “Mana ada, aku agak saja. Kau tu kalau dah senyap, mesti ada tengah berdesis-desis dalam kepala… dah kenal kau lama, boleh agak la apa yang ada dalam kepala kau tu,” balas Eja bangga.          
            “Jom makanlah, aku lapar..,” terus saja Eja mengambil pinggan dan menyendukkan nasi goreng special buatan Pah.
            Cakap siap, memang akan sedap hingga menjilat pinggan. Latifah anak pak cik Hasnan, siapa tak kenal skill memasak dia. Siapa-siapa rasa nak merajuk time Pah masak, memang rugi besar tak dapat rasa makanan yang sangat lazat itu. Tapi Pah ini jenis tak suka kalau orang puji masakan dia, sebab takut hilang skill katanya, ada ke macam tu? Desis Eja sendiri.
            Sesuap nasi selamat masuk dalam mulut. Eja memejamkan mata, nikmatnya. Pah terkebil-kebil pandang Eja. Apa over sangat reaction. Kut iya pun, tak payah buat aksi yang agak melampau ni. Setakat makan sudah, sampai pejam-pejam mata. Over!
            “Pah… sedapnya!,” gaya upin ipin dah cara Eja mengekspresikan kesedapan masakan Pah.
            “Tak payah puji melambung!,” ucap Pah. Tengok, kan aku dah cakap. Dia mesti tak suka orang puji masakan dia. “tengah hari kau masak!,” Pah dah bagi order. Tersedak Eja mendengarnya.
            “Aku ke?,” soal Eja, pura-pura bendul. Sedangkan kalau ikut schedule memang giliran dia untuk memasak hari ni.
            “Sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula,” ambik! Dia dah masuk mode klasik dia dah! Eja tersengih mendengar kata-kata Pah. “Masaklah!,” lagi sekali arahan menyinggah di telinga. Eja tarik sengih lagi. Pah dah naik pening. Kenapalah asyik tersengih panjang. Confius aku dibuatnya.
           “Kita keluar makan nak?,” Eja mengutarakan cadangan. Dari tadi pagi tengah fikir pasal benda ni sebenarnya. Alasan dan sebabnya, tak ada mood nak masak. Sekian. Mari kita lihat respon dan reaksi spontan cik Latifah Hasnan. Pah dah jegil biji mata. Aku dah agak!
            “Kenapa malas sangat nak masak ni?,” Pah dah masuk aura mak di kampung. Eja dah standby nak kebalkan telinga. “…mak Ton kat kampung asyik complain kat aku, Eja makin malas nak masak sejak duduk dengan Pah. Nama aku jugak yang naik, sedangkan bukan aku yang manjakan kau, tak bagi kau masak. Asal suruh masak je, asal turn dia je, ajak aku makan kat luar. Macam mana nak pandai kalau macam ni. Nanti dah kahwin, mak mentua suruh masak, kau akan ajak macam ni ke…’mak, makan kedai jom!’… buatlah perangai malas-malas macam ni. Demam mak Ton kat kampung fikir anak dia ni malas nak masuk dapur. Risau orang tua tu fikir pasal anak bongsu dia ni…,” Pah menoktahkan bebelan. Eja tersenyum-senyum kambing.
            Tahu sangat, bebel panjang berjela penuh satu kertas kajang sekali pun, orang yang kat depan ni takkan layan. Penat mulut aku je membebel panjang-panjang. Jenuh duk nasihat suruh masak, macam-macam alasan yang Eja bagi. Sedangkan masaknya seminggu sekali je. Hari-hari kerja langsung tak sempat. Nak tunggu jejak kaki dalam rumah, baru nak jamah makan, alamat kebulurlah perut ni.
            “Aku belanja Pah. Jomlah!,” Eja cuba masuk line nak memujuk. Pah bebel-bebel pun, kalau dah nama aku yang pujuk, mesti cair punya. Kembang kempis hidung Eja menahan riak bangga. Bangga sendiri.
            “Masaklah!,” Pah pun cuba memujuk. Jangan asyik nak beralasan. Last week pun macam ni jugak, dibasuhnya kepala aku dengan janji dusta. Cakap kalau makan kat luar minggu lepas, minggu ni sure dia akan masak di rumah. Hampeh. Nak mengelak jugak.
             Eja tersenyum lebar lagi. Pah berwajah serius. Kalau dia repeat balik ayat last week, siap dia dengan aku hari ni. Pah dah pasang tekad. Tak nak termakan pujukan Eja kali ni. Skill memujuk Eja, boleh tahan. Sampai susah benar aku nak menolak.
            “Pah… jomlah. Sebenarnya aku nak kena singgah pejabat kejap. Nak ambil barang, semalam tertinggal gara-gara kekalutan,” Pah angkat kening. Alasan lain dari yang lain. Belum pernah alasan ni terbit dari mulut dia.
            “Barang apa?,” soal Pah meminta kepastian. Kalau dah barang penting, takkan nak dipaksa jugak si Eja ni suruh masak.
            “Lap top dengan exam papers budak-budak. Macam mana boleh cuai sangat tertinggal. Kalau tak ambil, tak siaplah kerja aku!,” terang Eja jujur. Memang lalai sangat dia semalam sampai boleh tertinggal barang penting macam tu. Dipandang muka Pah. Dia tersenyum dalam hati. Kan sudah dibilang, ayat aku mesti bikin Pah cair punya. Gerenti.
            “Nak gerak pukul berapa?,” mendengarkan soalan itu, terus Eja tersenyum lebar. I love you Pah!
            “Sebelas. Lagi cepat dah ambil, lagi cepat balik rumah,” Pah mengangguk. Mengiakan. Meja makan dikemas. Masing-masing melangkah ke bilik nak bersiap. Eja cuba bersiap seringkas mungkin. Jangan lambat-lambat, nanti angin pulak si Pah tu. Dalam hati dah hembuskan nafas lega. Tak payah masak hari ni. Pemalas gila. Memang patut pun kena bebel dengan Pah. Tapi skill bebelan dia belum cukup mantap nak menginsafkan aku yang sangat pemalas ni. Eja tersengih sendiri lagi.
            Tidak sampai lima belas minit, Pah dah bersiap dan tunggu di ruang tamu. Macam tak biasa tunggu Eja. Perlahan dia melabuhkan punggung di sofa. Matanya melilau mencari remote control. Pandangannya berhenti atas meja kopi. Remote control ada di situ beserta kad nama Adam. Pah mengeluh kecil. Dia belum buat keputusan lagi.
            Perlu ke aku tolong dia? Soalnya sendiri. Pada matanya, Adam memang benar-benar ingin dia bersetuju, atas sebab apa dia tidak mendapat gambaran yang begitu jelas. Adam juga kata, konsep yang akan digunakan sesuai dengan dirinya. Konsep apa yang dia nak pakai? Aku buta kayu sikit hal-hal fotografi ni. Yang aku tahu, berdiri, posing, snap gambar. Mungkin untuk seorang yang berada dalam bidang tersebut, lagi banyak pengetahuan mereka tentang maksud sesuatu posture gambar.
            Aku tolong, Adam untung. Aku tak tolong, aku untung. Latifah… kenapa bersikap kejam dengan orang yang minta bantuan. Bukan dia ajak buat benda maksiat. Program untuk kesedaran alam sekitar, nak menjaga alam, nak menjaga bumi yang Allah cipta. Bukankah itu pun satu tanggungjawab manusia juga. Mungkin dengan gaya Adam, tanggungjawab dari segi lain tak terlaksana. Dia dapat mengagak yang itu. Tapi tanggungjawab dengan alam, insyaAllah dapat membantu kot.
            Aku setuju, agak-agak kena pancung dengan abah tak? Sudahlah hubungan aku dengan abah pun tak berapa elok. Yang tu lagi satu masalah. Abah yang garang semedang. Abah yang serius memanjang. Nanti, di’basuh’nya aku sebab masuk alam snap-snap foto ni. Abah memang tak suka. Tak bagus katanya. Mungkin dunia modeling yang menayangkan segala yang tidak dibenarkan boleh dikategorikan sebagai haram, tapi yang aku nak buat ni masuk kategori apa? Hati dah boleh dipujuk nak tolong, tapi was-was dengan hukum. Kalau tanya Eja, lagi dia boleh agak jawapan mak cik tu. Tolong orang dapat pahala, itu sajalah tagline yang akan meniti bibir Eja setiap kali nak minta tolong.
            Cepat decide Pah. Akal menggesa hati. Akal berfikir logik, hati meminta hukum. Patut ditolong atau aku biarkan saja.
            “I am strongly begging you to help me,” ayat Adam kembali di ruang fikiran. Pah melepaskan keluhan kecil. Hatinya tidak sekeras itu mendengarkan alunan suara Adam yang begitu bersungguh-sungguh. Mungkin patut ditolong, asal tak membawa apa-apa keburukan. Pah yakin ke? soalnya sendiri. Nafas dihembuskan perlahan, mungkin boleh tapi kali ini sahaja.
            Betul ke apa yang aku nak buat ni? Soalnya sendiri. Masih tidak yakin, namun separuh hatinya bagaikan rela.
            Telefon dicapai, perlahan-lahan nombor di atas kad didail. Bergetar tangan Pah. Bercakap dengan lelaki yang tidak dikenali, itu bukan aku! Urusan kerja, redah je Pah.
            Deringan kedengaran. Masih belum berjawab. Talian disambungkan. Pah dah kelu lidah.
            “Assalamualaikum,” perlahan salam dihulurkan. Suara perempuan yang menjawab disebelah sana. Isteri dia mungkin. “Boleh saya cakap dengan encik Adam?,” Pah menyusun ayat formal. Tidak mahu wanita itu tersalah anggap.
            “Adam… call sayang,” suara wanita itu kedengaran. Memang sah, his wife. Pah, sejak bila jadi nosy pasal hal orang.
            “Siapa mummy?,” erk! Mummy. Mak dia ke? Pah dah menggaru-garu kepala yang tak gatal.
            “A girl, bakal menantu mak ke?,” soalan itu membuatkan Adam ketawa. Pah dah serasa nak tercekik. Apalah anak dengan mak ni. Cepat sikit passing telefon tu. Aku dah pasang telinga untuk perbualan percuma yang tak patut diambil perhatian.
            “Hello,” suara Adam menerpa gegendang telinga. Pah telan liur. Nervous sebab tak kenal Adam.
            “Sa.. saya Pah!,” tergagap-gagap pulak dah. Itulah, tanda-tanda besar aku gugup. Gugup cakap dengan lelaki yang aku kurang kenal. Kalau face-to-face boleh tayang muka garang, akan kurang sikit kadar kegugupan tu. Tapi, terbalik pulak kalau pakai telefon tak boleh nak handle.
            “Pah. Latifah. Oh my, I’m glad to hear from you,” suara Adam ceria. “So, dah decide? Seminggu saya tunggu call dari awak,” soalnya tidak sabar.
            “Dah!,” jawabnya sepatah. Sepi sekejap antara mereka.
            “Jangan buat suspen cik Latifah, awak setuju tak?,” soal Adam apabila Pah masih mendiamkan diri. Belum sempat Pah nak jawab, dah ada suara menyampuk di hujung talian.
            “Bakal menantu mummy ke Adam? Kamu dah propose tak cakap kat mummy pun?,” Pah diam tak berkutik. Mak dia dah tak sabar nak dapat menantu ke? Ketawa Adam singgah lagi di telinga.
             “Mummy, Adam propose this girl untuk tolong projek Adam, bukan propose jadi menantu.. mummy pergi duduk jauh-jauh! Kami tengah deal business ni…,” Adam masih berinteraksi dengan mummy.
            “So cik Latifah, maaf sedikit gangguan,” Pah senyum segaris. Hanya itu yang termampu.
            “it’s okay,” dia menarik nafas panjang, cuba mengumpul semangat dan meyakinkan hati. Dengan senada dia mengungkapkan, “Saya setuju nak tolong,” lancar saja dia memberi persetujuan. Dapat didengar dengan jelas Adam dah bersorak riang.
            “Thank you so much.”
            “Bila nak mula?,” soal Pah. Lagi cepat habis, lagi bagus. Tak adalah aku dibelenggu dengan bermacam rasa. Sekarang ni pun dah rasa resah!
            “As soon as possible.”
            “Weekend only,” ucap Pah. Adam diam.
          “Give me your schedule, saya akan arrange time. Kalau dah tak ada masa jugak, memang kena weekend jela,” ucap Adam.
            “Okay!,” dengan mudahnya Pah bersetuju.
            “Apa-apa nanti saya contact awak. Number ni kan?,” soal Adam.
            “Yes. Anything else?,”
            “Nothing. Thanks again,” ucap Adam.
            “Your are welcome, Assalamualaikum”. Salam berbalas dan talian dimatikan. Pah memandang telefon di genggaman tangan lama. Apa yang aku dah buat ni? Soalnya sendiri. Aku dah tidak waras ke? Sejak bila? Hatinya tidak tenang, namun nalurinya juga ingin turut membantu. Argh, awak memang manusia yang sangat pelik cik Latifah Hasnan.
            Sebaik sahaja wajahnya diangkat, pandangan mata disapa wajah Eja yang tersengih nakal. Siap menjungkit-jungkit kening lagi.
            “Aku nampak…,” usiknya. Pah menjeling geram. Apa yang dia nampak. Aku ada buat reaksi pelik-pelik ke? Rasanya tidak.
            “You were smiling while talking just now… siapa tu?,” soal Eja penuh makna. Tak ada la kebal sangat pipi kawan aku ni. Boleh je nak senyum. Tapi susah sangat nak suruh senyum depan orang. Mahal sangat harga senyuman cik Latifah Hasnan ni.
            Pah terasa panas kedua-dua pipinya. Aku senyum ke? Tak sedar pun. Entah-entah tu taktik Eja nak korek-korek aku cakap dengan siapa. Tau sangat mak cik ni dengan skill nak cungkil rahsia orang.
            “Siapa Pah? Sampai boleh buat pipi kau yang kebal ni terbius dengan senyuman manis. Tau pun anak pak cik Hasnan ni nak senyum. Ingatkan kebal sangat. Aku nak tahu siapa tu?,” desaknya lagi, sebab adalah satu perkara yang sangat sukar dan teramat sukar untuk mengukir senyuman di wajah Latifah. Orang yang bercakap dalam telefon tadi dah buat dia senyum. I wonder siapalah tu?
            Pah hanya mendiamkan diri. Mata Eja merayap pada jemari Pah yang memegang sekeping kad. New Vision. Pandangannya tertancap di wajah Pah. Senyuman yang sudah sedia terukir dilebarkan lagi. Patut blushing semacam kawan aku ni. Bercakap dengan Adam Fahmi rupanya. Pah blushing, aku pula yang suka!
            “Patutlah ada orang tu tersenyum-senyum cakap telefon. Berbual bicara dengan prince charming ya!,” Eja makin seronok mengusik. “so, princessa.. setuju dengan proposal prince charming kamu tu?,” jelingan tajam dari Pah tidak dipedulikan. Eja mengkekek ketawa. Seronok dapat bergurau senda dengan Pah, tambah-tambah bila orang tu dah tak balas-balas setiap kata-kata yang dilontarkan. Makin seronoklah nak menggiat.
            “Jomlah! Nanti lambat..,” terus Pah berdiri. Eja masih lagi dengan sisa tawanya. Pah ni saja nak mengelak dari jawab soalan aku.
            “Kau setuju tak?,” Eja nak tahu jawapan jugak.
            “Aku setuju! Dah, jom gerak,” balas Pah serius. Eja tersenyum-senyum melihat Pah yang dah laju melangkah ke hadapan. Nasib dia setuju, kalau tak memang aku dah plan nak buat drama swasta incase kalau dia tolak tawaran Adam tu.
            “Eja cepat!,” laung Pah dari luar apabila Eja masih kaku berdiri. Terus sahaja Eja mengatur langkah. Kasut di rak dicapai. Pintu pagar dikunci. Mereka beriringan turun ke kawasan parkir kereta. Pah mengeluarkan kunci. Pantas dihalang oleh Eja.
            “Kereta aku pulak,” ucapnya sambil mengeluarkan kunci keretanya. Perlahan kereta Perodua Myvi putih meluncur meninggalkan kawasan pangsapuri itu.
            Keadaan sepi dalam kereta Perodua Myvi milik Eja. Hanya muzik dari siaran radio yang mengisi kesunyian antara mereka. Eja menumpukan perhatian terhadap pemanduan, dalam masa yang sama matanya sekejap-sekejap melirik ke wajah Pah yang diam tak berkata apa-apa. Pandangan Pah juga menunjukkan seolah dia sedang memikirkan sesuatu. Spontan Eja menarik senyuman seinci.
            “Fikir apa sayangku Latifah?,” soalnya mengusik. Pah melirik pandangan ke wajah Eja yang sedang memandu. Keluhan kecil dilepaskan.
            “Kau tak pelik ke Eja?,” dia menyoal Eja kembali.
            Eja mengerutkan dahi. “Nak pelik kenapa?,” soal Eja.
            “Aku… macam mana boleh bersetuju dengan Adam?,” mendengarkan soalan dari bibir Pah, sekali lagi Eja menarik senyum. Ingatkan apa tadi.
            “Apa salahnya. Orang minta tolong Pah, bukannya cari gaduh. Apa salahnya kau tolong Adam… aku nampak dia macam okey saja. Tak adalah nampak macam pengganas pun..,” ucap Eja sambil tertawa lucu. Pah pula masih dengan wajah kayu, tidak tersenyum walau seinci pun.
            “Tapi… tak salah ke?,” Pah menyoal lagi. Entah kenapa, sejak menyatakan persetujuannya tadi hatinya terasa tidak tenang. Aku dah salah pilih jalan ke?
            “Salah apa pulak Pah… Orang berbudi, kita berbahasa. Orang cari pasal, kita belasah!,” selamba saja Eja menuturkan kata membuatkan Pah yang serius melepaskan tawa kecil.
            “Apa ni Eja… tak serius langsung!,” marahnya dalam tawa. Eja pula tayang wajah selamba. Aku nak memperkasakan bahasalah Pah! Semangat Eja dalam hati.
            “Okey, okey! Aku serius… ikhlas aku bagi pendapat, rasanya tak salah kau tolong Adam. Dapat jugak aku menumpang tengok muka handsome dia tu setiap kali kau ada sesi photoshot!,” Eja masih lagi memberikan jawapan dengan nada main-main.
            Pah dah menjeling geram. Tadi cakap nak serius, tapi masih lagi main-main bagi pendapat kat aku.
            “Eja!!!,” ucap Pah geram.
            “Pah!!!,” Eja ketawa sambil mengalih pandang ke wajah Pah. Fokusnya terhadap pemanduan telah beralih pada Pah.
            “Eja kereta!!!!,” suara Pah menjerit. Belum sempat apa-apa, elok saja Myvi Eja dah merempuh belakang kereta Honda Jazz berwarna Merah di hadapannya.


Bab 4
            “WOI!!!,” pekiknya di corong telefon.
            “hmmm,” hanya itu saja respon yang diterima.
            “Bangunlah… anak teruna apa ni! Tidur lagi, matahari dah meninggi, tak reti-reti nak bangun lagi,” sindirnya. Kedengaran dengusan kasar dari orang di sana.
            “Kau dekat rumah mummy bolehlah nak berlagak baik, bangun awal! Cuba kalau dekat kondo kau tu, aku gerenti time-time macam ni still tengah membuta jugak!,” balas Faizul geram. Kacau masa aku nak tidur je. Dah la penat sepanjang minggu lepas. Orang nak berehat puas-puas hari ni, ada pulak ‘hantu’ yang nak mengacau. Kaki dengki betul. Tak boleh senang hati kalau tengok aku senang. Rungutnya dalam hati.
            “Bangun!Bangun!Bangun!,” Adam masih lagi dengan versi alarm clock yang tak sudah-sudah. Senang hati!
            “Kau cakap cepat apa yang kau nak cakap. Kalau penting, aku dengar. Kalau tak penting, aku nak sambung tidur,” ucap Faizul malas. Selimut melingkar tubuhnya. Terasa sejuk dengan aircond dalam bilik. Makin terbuai-buai dirinya untuk sambung tidur. Ikutkan hati nak saja dimatikan telefon. Tapi fikir balik, yang telefon tu Adam Fahmi. Teman dunia akhirat. Jadi, tadah jela telinga dengar apa yang dia nak merepek.
            “She agree!,” berkerut kening Faizul. Siapa she itu?
            “Who?,” soalnya kembali. Cakapnya tak ada mukadimah. Dengan keadaan aku yang tengah mamai ni, lagilah tak mampu nak berfikir.
            “Latifah. My model…no I mean our model,” ucap Adam teruja. Seronok sakan, entah kenapa.
            “She what?,” soal Faizul sekali lagi, tidak percaya.
            “She did!,” suara Adam yang ceria masih menyapa telingan Faizul. Bulat biji mata Faizul. Terus bangun terduduk atas katil. Biar betik! Latifah tu setuju dengan proposal mamat ni. Wah! Dasyat jugak skill perhubungan awam Adam ni. Sampai boleh pengaruh that girl untuk setuju.
            “Aku target, dia takkan mau punya!,” balas Faizul. Memang dia dah bajet, that girl memang takkan setuju. Sebab, stail dia yang macam tu dengan gaya Adam. Macam tak dapat nak gabung pulak dua alam tu. Bezanya macam utara dan selatan. Seorang gaya alim. Seorang gaya kasanova. Boleh ke dua alam tu kerja bawah satu payung.
            Faizul runsing. Memang sekarang dah setuju, tapi lepas dah mula kerja, mahunya si Adam tu bagi posing bukan-bukan yang tak kena dengan jiwa cik Latifah tu… aku tengok drama percuma la jawabnya.
            “Kau tengoklah siapa yang memujuk. Ini Adamlah. Mana mungkin cik Pah tu menolak muka aku yang hensem ni,” balas Adam berlagak. Faizul dah terbatuk-batuk kecil. Perasan punya member. Berlagak tak hingat!
            “Wei…kau dah bangun belum?,” Adam dah tukar topik.
            “Kenapa?,” aku fikir nak sambung tidur balik, tapi gangguan ni dah menyebabkan mata aku yang stim terbuka dengan luas.
            “Mummy ajak lunch sekali. Cepat siap, datang sini,” Adam dah bagi arahan.
            “Kau… agak-agaklah. Dah pukul berapa ni, nak suruh aku lunch,” dikerling ke arah jam di dinding. Eh, eh.. baru pukul sebelas. Parasit punya Adam! Mengganggu waktu istirehat aku je.
            “Cepatlah siap datang. Special item hari ni. Tak datang memang rugi,” Adam dah memulakan skill PR nak memujuk Faizul. Bukannya dia tak tahu, Faizul kalau sebut je mummy yang masak, memang sapu kasi licin.
            “Yela aku datang,” dengan malasnya dia melangkah turun dari katil. Dalam hati dah rasa  nak teriak. Oh, waktu tidurku. Si kejam Adam tu, tak bagi peluang pun kat aku nak berehat hari-hari minggu macam ni.
            Lambat-lambat dia bersiap. Dah nama pun hari minggu, nak berkejar apa sangat. Nak pergi makan je pun. T-shirt POLO putih dipadankan dengan jeans Levi’s hitam. Berdiri di hadapan cermin sambil menyisir kemas rambutnya. Ada ke rambut kaedahnya! Dia tersenyum sendiri. Memang kalau boleh nak bagi botak licin, tapi takut kilat sangat. So, hairstyle memang rambut kasi rapat. Kemas pun kemas. Aku tak rasa semak, orang yang pandang pun tak rasa muak.
            Handsome jugak kau ni Fai, bangga sendiri. Tapi kenapa sampai sekarang single-mingle lagi. Rasanya dirinya sendiri tak berapa kisah, tapi mak di kampung tu tak sudah-sudah bertanya bila nak bawa pulang menantu sulung. Aduh mak, anak mak yang handsome ni, tak ada siapa pun nak berkenan.
            Bunyi deringan telefon mematikan monolog Faizul. Nama yang tertera di skrin dipandang sekilas sebelum butang hijau ditekan.
            “Abang, dating jom!,” tanpa salam diberi, terus saja diterjah.
            “Assalamualaikum,” sindir Faizul. Kedengaran orang di sana ketawa kecil.
            “Sorry, sorry, lupa. Waalaikumsalam. Jom bang… Aini tengah boring ni. Kawan-kawan semua keluaq berjalan. Abang ajaklah Aini pi jalan-jalan,” macam bertih jagung, Aini bercakap tanpa henti. Aini, adik bongsu Faizul yang sedang menuntut di Uitm Shah Alam. Mentang abang dia ada kat sini, tau nak ambil kesempatan je. Minggu lepas dah ajak date, minggu ni pun ajak lagi.
            “Abang nak pi rumah abang Adam ni. Dah janji. Aini call lambat sangat..,” tolaknya halus. Aini ni bukan boleh sangat. Dah tolak permintaan dia, nanti mulalah nak merajuk memanjang. Kalau dah mula teriak, mau sebaldi air mata palsu dia.
            “Alah… abang ni!!! tak syoklah. Aini boringlah… abang hari-hari jumpa abang Adam, hari ni ja pun suruh mai jumpa adik ni, tu pun tak boleh ka?,” Aini tak puas hati. Permintaan kecilnya ditolak.
            “ Call la abang ngah… ajak dia date,” saran Faizul. Rasanya si Fitri tu mesti tengah bersenang-lenang hari-hari minggu macam ni. Aini mendengus halus.
            “Tak syok date dengan abang ngah. Nak date dengan abang long..,” ucap Aini manja. Faizul mencebik. Memanglah takkan syok date dengan abang ngah hang tu. Macam aku tak tau perangai kedekut dia. Dengan aku bolehlah si Aini ni nak pau duit lebih sikit. Kalau dengan Fitri, harapan. Bermimpi di siang hari jela.
            Faizul pada mulanya hendak menolak. Tapi, tengok balik, adik aku je pun yang ajak. Kesian pulak dengan budak kecik ni. Terperuk kat dalam hostel, nanti mati kebosanan pulak.
            “Yela, abang mai. Siap cepat sikit!,” arahnya.
            “Dah siap pun,” amboi! Dia dah tau aku akan setuju.
            Talian dimatikan, pantas tangan menaip mesej ringkas nak dihantar pada Adam. Nanti pak cik tua Bangka tu pulak merajuk aku tak pergi rumah dia.
            - Adik ajak date. Tak boleh nak tolak, kesian. Cakap kat mummy sorry xbleh join.
            Send.
            + Aku nak ikut. hehe.
            Cepat je dapat reply dari Adam. Faizul menggeleng. Saja je pak cik ni.
            - Duk umah. Tak payah nak sibuk. c(:
            Send.
            + Eleh. nanti aku pergi date dengan Su, tak nak ajak kau!
            - Gaya macam aku nak ikut je. Dah2, pergi tlg mummy masak kat dapur tu anak teruna. hahaha.
            + Diam la lu!
            Faizul ketawa sendiri. Telefon dimasukkan dalam sarung. Dicapai kunci kereta. Sempat diambil beg kertas, hadiah tak sempat nak bagi kat Aini. Birthday mak cik tu aku terlupa, tak henti-henti hantar mesej nak claim hadiah dari abang dia. Angah yang kedekut tu pun dah bagi katanya.

           Bumper belakang kereta kesayangannya dipandang dengan hati yang panas. Apa nasib hari ni. Tidur tak puas. Aini ajak date, belum sempat apa-apa ada orang langgar kereta pulak.
            Pandangan ditala ke arah Myvi Putih yang berada di belakang keretanya. Ditenung betul-betul ke arah kerusi pemandu. Perempuan. No wonder la, kelam kabut semacam bawa kereta. Faizul mengutuk dalam hati.
            Pintu pemandu dibuka dari dalam. Seorang perempuan muncul dari dalam kereta. Macam pernah tengok je muka ni. Tapi, macam tak kenal. Apa-apa pun, sekarang ni dia dah langgar kereta aku. So, memang kena kenal! Desisnya geram.
            Dilihat wajah pemandu tersebut sangat resah. Tau takut. Aini turut muncul dari dalam kereta. Dilihatnya bumper kereta abang longnya. Tak ada la teruk sangat. Abang aku saja nak buat havoc ke dalam universiti ni. Dikalih pandang ke arah kereta di belakang. Mulutnya ternganga kecil.
            “Abang, jomlah masuk balik! Kena langgar sikit je pun!,” bisiknya perlahan. Faizul dah menjeling tajam. Nak saja jerkah si Aini ni. Sebab nak date dengan adiklah kereta abang kena langgar.
            “Sorry encik. My fault!,” ucapan yang menarik perhatian Faizul. Aini pura-pura tengok ke arah lain. Namun, dapat juga menarik perhatian orang di hadapannya.
            “Aini…,” ucap Eja perlahan. Aini telan liur. Gulp! Miss Sha nampak aku. Oh tidak.
            “Macam mana ni cik, awak langgar kereta saya?,” terus je Faizul mencelah. Tidak perasan pula adiknya sedang menggelabah biawak di sisinya.
            “Tak tau nak cakap apa selain sorry,” wajah Eja terpampang se-tan rasa bersalah. “Saya akan bayar untuk kos repairing,” tawarnya ikhlas. Memang kena tawar pun, dah terang lagi bersuluh salah aku. Sesuka hati je bawa kereta tapi sedap memandang wajah Pah dari tengok jalan. Sekali dah terlanggar bumper kereta orang. Tak tambah lagi dengan bebelan Pah dalam kereta tu.
            Faizul mendengar dalam masa yang sama ligat berfikir, macam pernah tengok muka ni. Muka serius habis tengah berfikir.
            “Agak-agak berapa ya encik?,” soal Eja. Takut jugak tengok muka pemuda di hadapannya yang teramat serius. Sempat jugak dia mengerling pada pelajarnya di sebelah. Pucatnya muka. Terasa nak ketawa pun ye. Memang semua budak-budak kat sini gerun dengan Miss Sha. Mana tidaknya, kejamnya mengalahkan Hitler.
            “Aini, tak perlu awak pucat sampai macam tu sekali,” sempat Eja mengusik. Aini tersenyum malu. Memang kecut perut rasanya nak berdiri depan Miss Sha ni. Nasib ada abang.
            “Aini kenal?,” Faizul dah mencelah. Eja masih lagi menanti quotation harga yang nak disebut oleh pemuda itu. Nama pun tak tahu. Sempat dikalih ke belakang, Pah masih setia dalam kereta. Kalau tidak Pah nak ikut turun sekali, tapi dipaksanya Pah duduk je dalam kereta.
            “Lecturer Aini.. Miss Sha,” Aini memberi pengenalan ringkas. Faizul sekadar mengangguk. Aku nak pau duit dengan pensyarah adik aku ke? Tapi, dia yang offer nak bayar ganti rugi. So, rezeki jangan ditolak.
            “Miss Sha..,” panggil Faizul sambil tersenyum nipis. Eja ketawa kecil. Skemanya. Miss Sha.
            “Kenapa?,” Faizul pelik.
            “Dalam uni je semua panggil Miss Sha… awak outsiders, panggil Eja cukup,” sesi perkenalan. Faizul angkat kening. Kepala terangguk sedikit. Begitu!
            “… ni card saya. Nanti awak nak bayar ganti rugi, call je,” dia menyerahkan kadnya. Kening Eja berkerut. Sepatutnya aku yang bagi nombor, so orang tu boleh inform harga baiki kereta tapi yang ini dah terbalik pula. Dipandang kad yang berada dalam pegangannya. New Vision. Faizul Sulaiman.
            “New Vision?,” soalnya sepatah. Faizul mengangguk. “Kenal Adamlah ye?,” soal Eja lagi. Faizul mengangguk terus. Namun, kemudian baru terfikir.
            “Mana kenal?,” soal Faizul.
            “Tak kenal sangat pun.. tapi last week dia ada minta tolong kawan saya untuk projek Love the Nature,” terang Eja. Mata Faizul terbuka. Patut macam pernah tengok. Kawan that girl.
            “Lah.. yeke,” Eja terangguk-angguk. Aini tak faham apa dah. “Awak sibuk ke sekarang? Boleh kita lunch sekali?,” tiba-tiba Faizul mempelawa. Untuk apa aku invite dia lunch sekali? Ah, bedal je. Dah ajak.
            Eja pandang pelik. Lunch. Dikalih pandang ke belakang sekali lagi. Nak kena ketuk kepala dengan Pah, ikutlah lunch dengan lelaki ni.
            “Untuk apa ye? Saya memang nak lunch pun, tapi dengan kawan saya..,” ucap Eja sopan. Takkan nak main tolak macam tu je.
            Kawan? Faizul turut menebarkan pandangan ke arah kereta Myvi putih yang terletak elok di belakang keretanya. Terpampang dengan jelas wajah.. apa namanya... cik Latifah. Bagus sangatlah tu.
            “Kawan awak tu kan..,” jarinya menuding ke belakang. Eja mengangguk.   “ Baguslah, boleh saya explain serba sedikit tentang projek tu...,” ucap Faizul. Namun kepala dah ligat berfikir. Aku nak explain apa benda. Tahu dekat Adam ni, aku kena pancung hidup-hidup.
            “Oh... pasal tu ke. Kalau macam tu bolehlah,” Eja bersetuju tanpa berfikir impak yang akan datang. “Awak jalan dulu, saya follow,” ucap Eja lagi. Faizul mengangguk. Eja berlalu ke kereta. Pah merenungnya dalam.
            “Apa lama sangat discuss. Mahal sangat ke rate yang di bagi?,” soal Pah concern. Tak adalah teruk mana sangat bumper kereta  orang tu. Tapi Myvi mak cik ni yang lagi teruk.
            “Dia suruh belanja lunch!,” kelentong Eja. Pah dah terlopong. What! Eja tersenyum melihat reaksi itu. “Jangan risau, student aku ada sekali. Sebab tu aku berani. Kalau dia seorang, aku seorang.. takkan aku nak setuju kot,” terangnya. Pah dah geleng-geleng kepala.

            Hidangan makan tengah hari, tom yam campur, sayur bayam merah ditambah dengan telur bungkus. Aduh sedapnya. Bangkit seleraku. Eja tersenyum lebar sampai ke telinga.
            Aini tersenyum kecil melihat reaksi Miss Sha yang terlebih excited. Selama ni kenal Miss Sha yang garang semedang. Tapi, yang di hadapannya kini, macam lucu la pula.
            “Sebenarnya nilah yang aku nak masak kat rumah tadi. Pah, ada nampak macam aku masak tak?,” soal Eja selamba sambil senyum tersungging di bibir. Terlupa yang dia bukan berdua dengan Pah.
            “Aku complain kat Mak Ton, kau rasuah aku dengan makan tengah hari!,” Pah ikut layan kepala gila si Eja. Eja mencebik.
            “Eleh...sikit-sikit complain. Satu hari nanti kau dengan Mak Ton jangan terkejut makan air tangan aku. Baru tahu langit tinggi ke rendah,” balas Eja sambil meneguk air.
            “Bila harinya tu Eja?,” soal Pah. Tersedak Eja dibuatnya.
            “Itulah..berat bibir nak berkata-kata… tapi, macam tulah, aku pun tak tau bila harinya tu… tunggu Mak Ton pancung aku dulu kot,” ucapnya selamba. Pah menggeleng kepala. Suka merapu lebih si Eja ni.
            Terdengar ketawa halus berpadu dengan suara garau di sebelah. Pah dah buat-buat pandang ke arah lain. Eja telan liur. Adakah aku telah memalukan diri sendiri. Ya, dengan jayanya. Depan student sendiri pulak tu. Tambahan, ada abang kepada Aini sekali. Peristiwa memalukan yang paling terbesar di abad ni.
            “Minta maaflah, saya memang macam ni..,” ucap Eja bagi menutup malu yang dah menebal. Pipi dah rasa kebas. Statement menjatuhkan saham jela. Ada mamat handsome kat depan, boleh buat macam ni. Itulah kebaikan kalau jadi serius dan kurang bercakap macam Pah.
            Faizul dengan Aini dah tersenyum-senyum.
            “Tak apa, tak kisah…,” sengaja Faizul berkata begitu. Muka Eja dah mula memerah nampaknya. Dikerling ke arah Pah, Pah buat-buat tak tahu. Aduh, Pah. Aku sangatlah malu!

            BAHU Adam ditampar kuat. Berkerut-kerut dahi Adam menahan sakit. Dijeling tajam ke arah Faizul yang tersenyum-senyum sambil melangkah ke arah mejanya. Bukannya nak tegur elok-elok. Main libas-libas pulak. Apa? Ingat aku ni anak lipas ke? Pandangan terus mengikuti langkah Faizul yang menuju ke pantry. Ambil minuman mungkin. Terus saja Adam kembali melemparkan pandangan pada computer riba yang baru saja dihidupkan.
            “Nak dengar story?,” macam jembalang, wajah Faizul terus terpampang di hadapan Adam. Nasib baik aku bukan jenis yang melatah. Faizul masih tayang gigi. Dapat dikesan kemarahan Adam. Peduli apa aku. Agenda hari ni, adalah menyakat Mr. Adam Fahmi.
            “Story apa?,” soal Adam malas. Pandangan dihadap pada komputer riba.
            “Aku date dengan Pah semalam,” ucap Faizul ceria. Di samping senyuman nakal tersungging di bibir. Wait and see, apa respon Adam.
            “So?,” eh,eh. Aku tersilap dengar ke. Adam just reply so? Faizul pandang Adam tidak percaya.
            “Aku date dengan Pah, Latifah!,” diulang sekali lagi ayat itu. Ditekankan nama Latifah. Satu saat. Dua saat. Tiga saat. Empat saat.
            “What!!!!,” this is what I want to hear. Faizul makin tersenyum lebar melihat reaksi Adam. Wajahnya dah tak boleh nak state. Sama ada dia marah atau kecewa atau dukacita.
            “Macam mana kau boleh keluar dengan dia?,” soal Adam tak puas hati. Sedangkan Pah telefon aku, tapi keluar dengan mamat ni. Macam tak masuk dengan logik akal pulak. Entah-entah si Faizul tengah kelentong aku kaw-kaw punya. Bukan boleh percaya mamat ni.
            “Jodoh aku agaknya, dapat jumpa dia kat Shah Alam semalam. Jodoh jugak kot, dapat keluar makan sekali,” ucap Faizul dengan memaniskan ayat sebaik mungkin. Dapat dikesan secara terang-terang reaksi perubahan wajah Adam. Eleh! Macam tersilap je aku dengar ada orang tu cakap dia professional. Ni apa kes, tayang-tayang muka cemburu. Ikutkan hati, nak saja dia gelak guling-guling kat sini. Tapi dikawal agar tawanya tidak pecah.
            “Dia setuju nak keluar dengan kau?,” soal Adam lagi. Nada suara dah lain. Entah kenapa, dia akui dia berasa cemburu. Walaupun tidak patut, perasaan cemburu itu datang dengan sendiri. Tak mampu nak dikawal.
            Faizul mengangguk kecil. Ditahan tawa lagi melihat wajah Adam dah tukar macam tempe basi!
            “Dia kerja kat pusat perubatan UKM. Pensyarah jabatan Mikrobiologi dan Immunologi Perubatan. Umur… 26 tahun. Tinggal dekat... apa ye nama tempat yang Pah sebut semalam,” ujar Faizul walaupun Adam tidak bertanya. Faizul menekan-nekan dahi cuba mengingati nama tempat yang disebut oleh Eja.
            Sementara itu renungan tajam dari Adam tidak dipedulikan. Berdetak hebat jantung Adam mendengar Faizul memanggil Latifah dengan singkatan Pah saja. Bunyi macam mesra saja.
            “Ha… dah ingat. Dekat area Klang. Pangsapuri Angkasa. Taman Bayu Perdana,” ucap Faizul satu-persatu. “Eh, wait a minute...,” ligat otaknya berfikir. Pangsapuri Angsana, Taman Bayu Perdana. Macam familiar je dengan aku. Lailahailallah. Ditepuk dahinya. Dikalih pandang ke wajah Adam yang dah kelat.
            “Dekat dengan rumah aku la brader!,” tambah Faizul girang. Adam angkat kening.
            “Prima Bayu Apartment. Tak jauh. Dah dekat sangat dah tu…,” Faizul ketawa sendiri. Sebenarnya tak lucu pun. Tapi, nak tarik perhatian Adam.
“Kenapa tinggal di Klang sedangkan kerja dekat tengah-tengah kota?,” soal Adam tiba-tiba. Faizul terkedu. Aku tak harapkan maklum balas tu. Tak terfikir pulak pasal jarak rumah Pah dengan tempat kerja dia.
            “Rumah tu, rumah abang Pah. Sebab tu tak kisah tinggal jauh sikit, asal boleh jimat duit sewa rumah,” terang Faizul. Fakta yang diberitahu oleh Eja memang sangat padat dan mutakhir. Minah tu teramatlah peramah. Sampai tak cukup mulut aku nak bertanya soalan.
            Kebetulan jugak, dia dan Eja dari negeri yang sama. Penang mai! Tak sangka aku berkenalan dengan orang kampung. Bukan sekampung, Eja di Teluk Kumbar dan dia di Teluk Bahang. Tapi, memang semalam bantai cakap utara. Terkebil-kebil Pah yang duduk di antara mereka.
            “Aku tau.. utara dah bertemu utara. Tapi, tolong kurangkan sikit loghat-loghat yang aku kurang faham.. tak dapat nak join conversation korang,” ucap Pah. Muka macam cicak tertelan skru. Kesian gila. Mana tidaknya, tiga orang Penang berpadu dengan seorang dari Selangor. Dan loghat si Eja, tak payah cakap memang pekat gila.
            Faizul tersenyum teringat peristiwa hari minggu. Tak sangka seronok pulak dapat kenalan baru. Shazriza Sahak. Pensyarah Akaun di Uitm Shah Alam. Teman dunia akhirat Latifah Hasnan. Kenal sejak sekolah menengah.. apa entah nama sekolah diorang, ha! SMAKL. Sekolah Menengah Agama Kuala Lumpur. Eja kena hantar sekolah kat Kuala Lumpur sebab kat Penang dia nakal sangat. Mak Ton dah tak mampu nak handle kenakalan dia.
            Lastly, kena hantar datang KL. Abang long dia arrange sekolah kat sini. Dengan paksa rela, selama lebih sepuluh tahun dah hidup Eja kat negeri orang. Bila nak balik menetap dengan mak pun tak tau. Rungutnya semalam.
            “Seronok nampak. Tak henti-henti senyum dari tadi,” teguran Adam mematikan lamunan Faizul. Faizul balas senyum jugak.
            “Aku rasa Mak Jah tak payah duk risau pasal calon menantu sulung dah la…,” terbeliak biji mata Adam. Takkan…
            “Budak tu comel. Peramah. Sama negeri dengan aku pulak tu. Yang penting, didikan agama bagus.  I think, I should tackle her,” ucapnya seolah-olah bertanya pada Adam. Adam dah kaku. Kelu lidah.
            “Go ahead. Kalau kau dah suka..,” balas Adam dengan semangat yang sudah rapuh. Berkecai luluh hatinya. Faizul tersenyum lagi. Aku mention pasal orang lain, mesti dia ingat aku nak tackle Latifah Hasnan yang dia berkenan tu. Muka empat belas terpampang jelas, masih nak nafikan kat aku yang dia berkenan dengan Pah.
            Tapi, memang dia juga akui, Pah ada tarikannya yang tersendiri. Walaupun, dressing dia tak tip top. Walaupun, muka dia sekadar bertempek bedak dan ada shining lip gloss sikit. Walaupun, tudung dah macam out of fashion code. Yela, zaman orang berlilit selendang, zaman orang main sarung arianni, zaman orang main silang-silang, belit-belit. Dia dengan simplenya pakai tudung bidang. Sekali tengok macam gaya budak sekolah pun ada. Adik aku lagi up-to-date.
            Itukan life dia. Orang kisah apa sangat pasal dressing. Ilmu dah melangit dalam otak. Dr.Latifah tu… baru 26, dah tamat PHD. Gila tak gila. Straight study dari degree sampai PHD. Aku ni nak habiskan degree pun terkemut-kemut.
            “Tak habis berangan lagi ke?,” nada Adam sarkastik gila. Faizul mencebik.
            “Aku nak blah la ni…,” terus saja dia mengatur langkah ke meja. Ditarik schedule. Oh tidak. Aku ada sesi photoshot untuk pre-wedding Chinese couple. Dikerling ke arah jam di tangan. Lagi lima belas minit. Chantekkk!!! Dilarikan pandangan mata pada venue yang tercatat. Kelam-kabut Faizul mengambil segala barang keperluan. Itulah, sakan nak mengenakan orang. Last-last aku yang kelam kabut.


Bab 5
“KENAPA sekarang ni nak jumpa pun susah,” sampai-sampai je terus kena dengar lecture dari Suzana. Dipandangnya Adam atas-bawah. Macam nak ketuk-ketuk je kepala mamat ni. Dulu, awal-awal couple janji manis gila. Whenever you need me, I will be right away. Sekarang ni, asal telefon je.. kenapa telefon? I busy, you faham ke tidak! Lain kali jangan ganggu time I kerja. Dengusan kasar dilepaskan.
            Tengok tu, datang pun muka tak bersalah langsung. Tayang muka kayu je.
            “At least ada jugak sehari yang kita boleh jumpa, daripada tak ada langsung,” jawab Adam malas. Dah la kerja aku tengah melambak. Sikit punya bagus aku datang jugak nak date dengan kau hari ni.
            “Eeeeiiii… you ni kan! Saja je kan, nak sakitkan hati I!,” rungut Suzana lagi. Adam ketap bibir. Tolong jangan react macam budak-budak. I am not in a good mood, yang you boleh ajak melawak, manja-manja tak kena gaya. Kepala ni sarat dengan persoalan yang entah nak kata penting or tak penting.
            Adam menekan-nekan pelipis kepala. Pening. Keningnya berkerut-kerut, seolah-olah menahan sakit yang amat.
            “Adam.. kenapa ni?,” terus berubah riak Suzana. Risau melihat wajah Adam yang berkerut-kerut. Tak sihat ke dia?
            “Adam, you okay? Tak sihat ke?,” soalnya prihatin. Adam masih tertunduk menekur lantai. Sakit kepala.
            “Adam… I bawa you pergi klinik jom! You tak sihat ni…,” suara Suzana kendur. Cuba memujuk Adam yang masih mendiamkan diri dari menjawab soalan-soalannya. Riak Suzana sangat risau.
            Suzana memegang tangan Adam erat. “I am so sorry…,” ucapnya lembut ke telinga Adam. Sekejap cuma, dia mendengar tawa halus yang terlepas dari mulut Adam. Perlahan Adam angkat muka sambil tersenyum.
            “Risau ye you dengan I?,” ucapnya sambil mengelus pipi Suzana lembut. Kan elok cakap lembut-lembut macam ni. Seronok aku nak dengar. Suzana tersenyum manja.
            “Nakal ye you… main-mainkan I?,” dia memukul bahu Adam manja.
            “I tak main-main la. I betul sakit kepala ni...,” adu Adam. Suzana pantas melekapkan tangan di ubun-ubun Adam. Mengurut perlahan.
            “Nak pergi klinik, I hantar. Nanti sakit teruk, kesian you…,” pujuknya lagi. Adam menggeleng kecil.
            “Tak payahlah…,” perlahan dia menolak tangan Suzana yang elok melekap di dahinya. Suzana mengerutkan dahi.
            “Marahkan I lagi?,” soalnya manja. Adam tersenyum cuma. Kepala digeleng perlahan.
            “Jom, kita makan… I lapar,” Adam dah bangun berdiri. Dicapai tangan Suzana. Serentak itu, senyuman terukir di bibir Suzana. Langkah diatur masuk ke dalam restoran yang seringkali menjadi pilihan Suzana.
            Adam sekadar membiarkan gadis itu membuat pesanan. Suzana tahu kegemarannya. Suzana memang arif tentang dirinya. Mungkin sebab itu dia sayangkan Suzana, gadis itu mudah memahami dirinya. Melainkan satu perkara. Waktu kerja!
            Sakit di kepala terasa berkurangan. Suzana berceloteh tentang itu dan ini. Kadang-kadang ketawa meletus di bibirnya mendengar cerita yang dihidangkan oleh buah hati. Ah! Adam… kau memang makhluk yang sangat pelik. Baru hari itu aku usulkan pada Faizul, nak break up. Tapi, hari ini aku sedang bergelak ketawa dengan dia. Susahnya nak memahami hati ini.
            Memang dia akui, dia kasihkan Suzana. Suzana berbeza dengan gadis-gadis lain yang dikenalinya. Suzana menerimanya kerana dirinya.
            “Baby… you fikir apa tu? I tanya dari tadi, tak jawab-jawab pun…,” suara manja Suzana kembali menerpa pendengaran. Adam melemparkan senyuman. Wajah Suzana melekap di matanya. Dengan rambut separas bahu dibiarkan lepas. Wajah itu memang kelihatan sangat indah di pandangan matanya.
            “I nak fikirkan apa lagi, you dah ada depan mata,” ayat kasanova sudah masuk trek. Suzana tersenyum sipu. Adam pandai mengula-gulakan jiwa wanitanya. Untuk menutup perasaan malu bertimpa, dia menghadiahkan cubitan manja di lengan Adam. Adam sekadar tertawa bahagia.
            “Jom!,” ajak Suzana. Adam jungkit kening. Ke mana? soalnya sendiri. Namun langkah diatur juga mengikut atur langkah Suzana. Dilihat wajah Suzana yang dicalit senyuman bahagia. Happy ke dia dengan aku? Aku pulak, happy ke spend time dengan dia? Persoalan yang kembali menyesakkan minda Adam.
            Kalau aku bahagia dengan dia, kenapa aku tak berani melamar dia lagi. Aku tak bersedia atau aku memang tak nak? Adam bingung. Bukankah aku dah berjanji takkan permainkan hati wanita yang aku sayangi lagi. Aku takkan permainkan hati Suzana? Ya, takkan. Aku yakin ke? Errr… Adam kelu sendiri. Tak berani memberikan jawapan yang dia sendiri tidak pasti. Masih tidak pasti dengan hati dan perasaan sendiri.
            Langkah kakinya berhenti. Pandangan meneliti di segenap sudut yang menjamah pandangan mata. Pandangannya bertaut dengan pandangan Suzana. Pandangan yang meletakkan seribu satu harapan. Pandangan yang meletakkan seluruh kepercayaan padanya. Mampukah aku?
            “Ingat tak tempat ni?,” soal Suzana ceria. Wajahnya makin berseri dengan senyuman. Adam turut ikut tersenyum. Dia mengangguk. Mana mungkin dia lupakan tempat ini. Tempat yang menjadi saksi pertemuan pertama mereka. Pertemuan pertama yang macam cat and dog yang akhirnya bertukar pada romeo and Juliet. Adam tersenyum lagi.
            “Senyum sorang-sorang!,” tegur Suzana apabila Adam tersenyum sambil merenung jauh.
            “Ingatkan pertemuan pertama kita…,” ucapnya.
            “Macam tak percaya kan…,” tambah Suzana. Tangan Adam ditarik ke arah satu sudut yang menempatkan bangku duduk. Punggung dilabuhkan di situ.
            “You memang marah tahap dewa dengan I masa tu…,” Adam ketawa.
            “You tu la, ada ke baling air sirap kat muka I,” Suzana sengaja menjegilkan biji mata.
            “You pun apa kurangnya, ada ke muka handsome macam I ni you baling kulit pisang. Lepas tu siap cakap muka I macam pak Mat jual tempe. Habis jatuh saham I kat tengah-tengah public ni,” Adam tak nak mengalah.
            “Salah siapa?,” Suzana pun tak nak kalah. Spontan Adam jelir lidah. Suzana mengancingkan gigi. “Macam budak-budak!,” ucapnya geram-geram manja.
            Adam pantas meraih bahu Suzana sambil merapatkan posisi mereka berdua. “Tak guna fikir salah siapa dulu, yang penting sekarang,” ucapnya lembut di telinga Suzana. Masing-masing saling berpandangan melayan perasaan di kala keadaan sekeliling yang sunyi seolah-olah memberi peluang pada merpati sejoli itu untuk bermadu kasih.
            “Yes. Siapa kita sekarang”.

            TANGANNYA cekap menyusun cawan di rak. Bebelan dari mulut ibu dibuat tak endah. Macam tak biasa. Dah jadi rutin setiap kali dia balik rumah.
            “Sekarang dah jarang sangat balik rumah. Abah dah selalu bising…,” dah mula dah. Desisnya. “..tau la sibuk sangat kerja, tapi dah lupa kat kami ke? Takkan tiap-tiap hujung minggu tak ada masa sekejap pun nak menjenguk ibu dengan abah ni..,” bebel lagi. Telinga terpasang dalam masa yang sama tangannya masih pantas mengelap pinggan dan mangkuk yang telah bersih dibasuh.
            “Tengok tu… orang bebel macam nak tercabut anak tekak, dia boleh buat dek je,” bebel lagi. Pah memusingkan badan, menghadap ibu face to face. Pandangan terus pada mata ibu. Ibu terbius. Mati terus kata-kata yang hendak diluahkan. Pandangan tajam Pah menikam.
            “Asal balik je ibu membebel macam tak cukup hari, mana Pah larat nak dengar. Ibu ni…,” suara Pah dah serak. Nak menangis. “Khabar anak dia pun tak tanya… terus-terus je dia bebel dari tadi…,” air mata dah tumpah. Mana tak sedih. Langkah setapak dalam rumah terus kena bebel dengan ibu.
            Ibu kaget. Pah tengah menangis. Anaknya yang seorang ni bukannya jenis cengeng. Tapi kalau dah menangis macam ni, hati ibu mana tak tersentuh. Bukan niatnya nak membebel tak tentu pasal. Bebelannya kerana risau. Mana tak risau, walaupun masih di bawah bumbung negeri yang sama, tapi mereka jarang bersua. Pah asyik sibuk. Dulu masa belajar, sibuk dengan buku. Jarang juga balik rumah. Sekarang dah kerja, sibuk dengan virus dengan bakteria dia tu. Tak balik-balik rumah juga.
            Langkah kakinya menghampiri Pah yang sedang mengesat air mata yang mengalir. Pandangan penuh kasih melekap di wajah Pah. Tangan Pah diraih dan digenggam erat. Bibirnya mengukir senyuman manis buat tatapan anak yang amat dirinduinya.
            “Janganlah macam ni… ibu bebel sebab risau. Sebab sayangkan Pah… bukannya nak marah…,” ucap ibu memujuk. Pah mengangkat anak mata. Matanya berkaca-kaca. Dia pun sayang ibu juga. Refleks, Pah terus mendakap ibu.
            “Pah bukannya tak nak balik… Pah sibuk ibu. Ibu fahamkan?,” ucapnya lembut. Lembut juga tangan ibu berlari-lari di celah rambut ikal mayang itu membahagiakan hati.
            “Iye sayang.. ibu tau Pah sibuk. Pah banyak kerja. Tapi kami risaukan Pah…,” wajah ibu kembali menghadap wajah Pah. “Kenapa kerja keras sangat? Ibu dengan abah risau tengok Pah macam ni…,” mata ibu meliar-liar di wajah Pah. Pah puterinya yang bongsu yang perangai tak serupa macam anak bongsu tetapi mengalahkan anak sulungnya. Bekerja tekun siang malam macam nak kena sara anak bini.
            “Pah ada cita-cita… Pah buat apa yang Pah suka. Pah nak abah tahu, Pah bukan macam anak perempuan yang lain…,” ucapnya perlahan. Ibu mengeluh. Dah bertahun Pah. Dah bertahun.. tapi Pah masih ingat!
            “Kan dah lama Pah…,” ucapan ibu tidak diendahkan. Pah menggeleng keras.
            “Lama ke. Baru ke. Semuanya tetap sama. Pah memang takkan lupa semua yang abah cakap pada Pah…,” Pah mengetap bibir.
            “Pah… abah kan sayangkan Pah. Pah macam tak kenal dengan ayah.. cara dia cakap memang macam tu. Abah memang bangga dengan Pah. Ibu tau tu Pah…,” lembut kata-kata ibu meresap ke dalam naluri. Tangan ibu kembali memeluk Pah erat.
            Latifah anak yang lembut perwatakannya, namun siapa sangka hatinya begitu keras. Dikeraskan hati, dibekukan rasa, semuanya hanya kerana kata-kata yang mengguris jiwa.

            “Makanlah banyak sikit Pah… ibu masak semua lauk kesukaan kamu ni,” tangan ibu mencedukkan lauk asam pedas ke dalam pinggan Pah.
            “Dah lama tak makan masakan ibu…,” ucap Pah diluar sedar.
            “Dah tak reti nak balik rumah, macam mana nak makan,” suara garau itu menerpa pendengaran. Pah terus tergam. Abah! Aura garang abah terus meresap segenap sudut di rumah.
            “Abang… sudah-sudahlah. Dia baru je balikkan… jangan nak mulakan lagi,” perlahan ibu menegur. Abah sekadar berdehem keras.
            “Sokonglah anak awak tu. Dia buat macam tak ada mak bapak je. Rumah sekangkang kera, baliknya berbulan-bulan sekali. Hanis yang dekat Perlis boleh je balik selalu. Husna yang dekat Kelantan pun boleh jenguk kita selalu. Hazira yang kat Sabah, selalu jugak balik tengok kita….,” Pah diam. Pandangan menghadap pinggan nasi. Seleranya mati. Terus dia bangun berdiri. Pandangan tajam ayah tidak dipedulikan. Tangannya dibasuh di singki. Dia melangkah mendekati ibu.
            “Pah balik dulu…,” terus dicapai tangan ibu, disalam. Nak salam tangan ayah. Nak cium tangan abah. Tapi, abah macam tak sudi.
            “Pah tunggu dulu. Abah tak ada niat Pah cakap macam tu… tinggallah lama sikit..,”pujuk ibu. Pah menahan sebak.
            “Pah nak balik! Kalau abah tak suka tengok muka Pah kat sini, tak apa. Pah boleh je tak balik langsung,” kasar ayat yang meniti bibirnya. Pah mengetap bibir, tidak sangka dia boleh mengeluarkan ayat selancang itu.
            “Kurang ajar!,” jerkah abah. Pah memejamkan matanya. Suara kasar itu. Wajah tanpa senyuman itu. Semuanya tentang lelaki itu masih kemas dalam kotak memori.
            “Abang!!!,” suara ibu ikut naik sekali. “Dia tak balik, abang selalu tanya pasal dia. Sekarang dia dah ada depan mata, abang selalu cakap bagi sakit hati dia… kenapa bang? Dia anak perempuan kita bang. Layanlah dia macam abang layan anak-anak abang yang lain jugak,”
            “Anak awak ni kurang ajar sangat. Macam mana saya nak layan dia macam anak kita yang lain. Degil sangat. Orang cakap sikit mula tak nak duduk sini…,” abah tak nak mengalah. Pah menangis. Menangis semahunya. Ini adalah sebab utama dia tak suka balik rumah. Perasaan bersalah yang akan menghantui dirinya. Bila agaknya hari perdamaian antara dia dan abah akan tiba? Bukannya dia tidak sayangkan abah, tapi, tidak pernah ada hari yang mereka tidak berselisih faham antara satu sama lain. Akhirnya, yang makan hati, Pah juga!
            Tubuh Pah dirangkul ibu. Hari ini saja dah dua kali Pah mengalirkan air mata depannya. Dia tidak sanggup melihat keadaan anak dan suaminya yang sentiasa tegang. Tidak pernah bermesra antara satu sama lain. Namun tak dapat dinafikan, walaupun mereka tidak akrab tetapi sifat mereka berdua saling tak tumpah. Pah memang mewarisi kedegilan suaminya. Memang dua-dua kepala ego!
            “Pah… jangan macam ni…,” pujuk ibu lembut. Abah dah berlalu dari ruang itu. Meninggalkan drama swasta yang berlangsung di hadapan mata. Meninggalkan Pah tanpa rasa bersalah. Tiada sekelumit pun rasa ingin memujuk puteri bongsunya itu.
            “Pah…jangan melawan cakap abah Pah…tolong buat ni untuk ibu Pah. Ibu tahu, abah sayangkan Pah, sama macam abah sayangkan adik-beradik Pah…,” Pah diam tidak berkata. Hanya esakan memenuhi ruang itu.
            Dia tidak tahu sama ada hendak percaya atau tidak segala kata-kata yang diluahkan oleh ibu. Hanya satu sahaja doanya pada tika ini, supaya abah dapat memaafkannya. Ya Allah, ampunkan dosaku.
            “Ibu….,” dalam keheningan waktu malam, suara Pah memecahkan kesunyian antara mereka. Walaupun siang tadi, Pah hampir bergaduh teruk dengan abah, namun demi ibu, diketepikan semua rasa hati. Dibuang jauh-jauh perasaan amarah yang membuak-buak. Demi menggembirakan hati ibu, dia bermalam juga untuk melepaskan rindu yang menggunung.
            “Kenapa Pah?,” soal ibu apabila Pah terus mendiamkan diri. Pandangan Pah tertancap terus ke dalam anak mata ibu. Pah melepaskan keluhan.
            “Pah sayangkan abah sama macam Pah sayangkan ibu!,” hanya itu yang mampu diucapkannya. Terus dia tunduk menekur lantai. Ya, sememangnya dia sayangkan abah. Walaupun abah seringkali mengatakan dia anak yang degil. Dia anak yang tak dengar kata. Tapi, dia tahu bahawa abah hanya kasar dalam berkata-kata tetapi tidak dalam hatinya.
            Ibu tersenyum. “Abah pun memang sayangkan Pah, tapi yang ibu tak faham, asal kamu berdua jumpa saja, mesti ada yang tidak kena. Ada saja benda yang akan jadi isu untuk tambah lagi pergaduhan antara Pah dengan abah. Sedangkan, kalau kamu tak telefon sehari pun, mulut abah kamu tu…mana pernah diam. Asyik sibuk tanya je, Pah tak telefon lagi,” Pah terasa sayu mendengar kata-kata ibu.
            “ Ada sekali tu Pah…,” ibu masih lagi bercerita, Pah mendengar dengan penuh minat “ kamu tak telefon dekat seminggu. Yang Pah pergi Australia, cakap ada seminar tu…,” ibu ketawa sendiri, mungkin ada sesuatu yang lucu di sebalik cerita tu “ orang tua tu mengamuk sakan dengan ibu, dia tanya macam ni, ‘Awak biarkan anak dara kita pergi Australia sorang-sorang, entah okey ke dia kat sana. Siapa nak jaga makan minum dia. Duduk negara orang putih tu..boleh ke dia sorang-sorang. Abang risau, abang nak pergi tengok dia jugak!,” ibu ketawa lagi. Pah masih terpinga-pinga, tak faham cerita.
            “Sebenarnya, ibu tipu abah.. ibu tak kata kamu pergi untuk seminggu je. Ibu cakap Pah pergi sana terus, takkan balik Malaysia dah…,” melopong Pah. Tak sangka ibu ni boleh tipu abah kaw-kaw. Abah pulak main percaya macam tu je. Dan statement yang tak boleh tahan, Abang risau, abang nak pergi tengok dia jugak! Abah memang sayangkan aku, Cuma hari perdamaian antara aku dan abah, bila nak muncul entah.
            “Ibu ni… kenapa main-mainkan abah?,” soal Pah. Ibunya masih ketawa. Mungkin lucu benar reaksi abah pada tika itu.
           “Biarlah Pah, ha… masa tu baru nak turun ego dia. Baru nak gelabah tak tentu arah. Sampai marah-marah ibu, sebab benarkan kamu pergi. Sedangkan, kalau kamu kat depan mata dia, asyik nak cari pasal je..,” nada suara ibu dah berubah serak. Sedih kerana perhubungan dia dengan abah tidak mesra. Sebab apa? Dia pun tak dapat nak jelaskan.
            “Ibu, salah Pah jugak. Selalu sangat suka lawan cakap abah,” suara Pah turut mengendur. Dia memang anak yang degil.
            Tanpa ibu dan Pah sedari, disebalik pintu ada jasad yang mengalirkan air mata mendengarkan ayat yang diucapkan Pah. Abah mengalirkan air mata! Dalam hati turut rasa bersalah kerana sering mewujudkan pergaduhan antara Pah, sedangkan anaknya itu tidak pernah melakukan kesalahan apa pun melainkan sikap degilnya. Ya, Pah memang sangat degil. Namun dia juga harus akui, kedegilan itu adalah warisan daripada sikapnya juga.
            Walaupun hatinya terasa sebak, tetapi tidak mungkin dia akan mengalah. Apabila bertentang mata dengan anaknya, Pah, kemarahan singgah tanpa dipinta. Entah bila agaknya mereka berdua dapat duduk berdua, bergelak ketawa macam orang lain. Abah minta maaf Pah.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Cerpen: Lain di Mulut, Lain di Hati

JAMBANGAN bunga ros yang berada di atas mejanya itu dicapai. Tanpa melihat nama pengirim pun dia sudah boleh meneka, siapa pengirimnya. Terus dengusan tidak senang dilepaskan. Tanpa menunggu sesaat, jambangan bunga itu sudah terhumban ke dalam tong sampah di sudut bilik.             Huh! Apa dia fikir aku ni perempuan, nak cair kalau disogokkan dengan bunga. Kalau aku cakap benci, memang akan benci selamanya! rungutnya.             Serentak itu, pintu biliknya diketuk. Terjengul wajah Selina, setiausahanya.             “Encik Irfan, Puan Eryna nak jumpa.”             Sekali lagi dia melepaskan dengusan kasar. Tidak cukup dengan bunga yang merimaskan, sekarang, tuan punya badan pula muncul di depan mata. Ah, benci!             “Suruh dia balik! Saya tak nak jumpa dia.” Kuat dan lantang sekali suara Irfan sehingga begitu jelas buat pendengaran Eryna yang sedang duduk menunggu di luar bilik. Eryna tersentak. Riak wajahnya terus beruba

Cerpen: Hati ini [End]

BUNYI suara yang bertingkah dari ruang tamu mengkakukan langkah Ana di anak tangga terakhir. Dia yang turun ke bawah dengan niat untuk membasahkan tekak terkaku seketika. Tidak mahu menonjolkan diri di hadapan tetamu mama dan papa, tanpa berfikir panjang dia sudah memalingkan badan hendak bergerak ke atas semula. Namun sekali lagi, dirinya terus kaku di situ. Suara yang melaungkan namanya membuatkan badannya menjadi gementar secara tiba-tiba.             “Ana…” namanya dipanggil sekali lagi. Dia kenal suara itu. Terlalu kenal. Tetapi dia tidak mahu memalingkan wajahnya. Atas sebab apa, dia tidak pasti. Ikutkan sahaja kata hati.             Sentuhan di bahu membuatkan Ana tersentak. Pantas dia berpaling dengan wajah yang sudah berubah riak. Dia tidak suka dengan sentuhan itu. Sentuhan yang tidak menghormati dirinya sebagai seorang wanita muslim. Seketika mata mereka bertemu. Ana terkedu. Seakan tersedar dari mimpi… senyuman yang menghiasi

Cerpen: Dia yang aku cinta

Berdebar-debar rasanya saat menanti di ruang legar ini. Menanti kehadiran insan yang disayangi. Menanti saat yang ditunggu-tunggu selama ini. Disunting menjadi suri dalam hidup lelaki yang dicintai. Ah! Indah sungguh rasa…             “Tahulah nak tunggu insan tercinta. Kut iya pun… tak perlulah tayang riak wajah teruja, yang terlebih perisa pulak!” teguran berunsur perlian itu hanya membuatkan dia menjeling manja.             “Biarlah!” balasnya dengan menyampah.             Tiada siapa pun tahu apa yang dirasainya selama dua tahun ini. Hidup berjauhan dengan insan yang memenuhi ruang hatinya. Sungguh menyeksakan jiwa dan raga sahaja!             “Akak…” panggilan itu membuatkan dia melepaskan dengusan manja.             “Apa?!” soalnya geram. Geram saat khayalan indahnya dicantas dengan kejam. Sedangkan, hanya itu yang mampu dilakukan di saat ini.             “Tu…” mulut si adik sudah memuncung ke satu sudut.             Matanya turut berlari mencari. Seketika dia