Skip to main content

Cerpen: Kausar (Part I)


Maaf di atas kekalutan bahasa yang agak merapu. Sekadar cerpen untuk menghiburkan anda. Enjoy, Part I. :) 
____________________

CINTA! Cinta! Cinta!
            Hari-hari pun aku asyik dengar benda yang sama. Kenapa? Kalau tak bercinta, tak sah rasanya hidup ni! Bergayut sini-sana. Bermesej siang malam! Membazir kredit. Sakit ibu jari duk ketuk-ketuk keypad handphone tu! Bercakap pun, berbisik-bisik… macam orang lepas operate buang tonsil.
            Huh! Aku tak suka langsung.
            “Hang cakap besaq! Cuba nanti time hang bercinta, aku nak tengok jugaklah ada dak orang tu bergayut macam tarzan siang malam. Jangan setiap satu jam… entah-entah setiap saat orang tu call tanya orang sini duk buat apa!” bebel kawanku, Rosnina. Aku mencebik.
            Eleh! Dah aku cakap tak suka, mestilah aku takkan buat. Dia ingat aku macam dia. Punyalah beria mempertahankan hujah, nak bercinta selepas kahwin. Dan paling penting, berkahwin dengan pilihan keluarga sahaja! Noktah. Itu kata dia…
            Tup… tup… aku digemparkan dengan berita, dia bercinta dengan sepupu dia dalam diam. Hah! Tidak ke jatuh rahang aku sampai susah nak tutup mulut. Sangat terkejut.
            Sekarang ni, kawan aku tu dah selamat berkahwin dengan sepupu kesayangan dia dan bakal bersalin dalam sedikit masa lagi. Hemmm… jodoh dia, macam tu. Jodoh aku ni, macam mana?! Aku pun tak tahulah. Pasrah aje. Otak aku ikut juga peredaran zaman tapi kalau bab bercinta nak mencari teman… aku macam tak berapa nak berkenan.
****
“CIK Kausar…” ada suara yang memanggilku. Siapa itu? Pantas sahaja aku mengangkat muka mencari gerangan suara itu.
            Seorang jejaka. Yang pasti kacak! Aduh… siapa pula ni?
            “Ada masa?” dia tanya macam tu. Aik… kenalkan diri pun tidak, terus tanya ada masa. Direct to the point. Aku suka… tapi macam gopoh sangatlah pula. Kan elok kalau dikenalkan dirinya terlebih dahulu. Boleh juga aku timbang-timbang. Mana tahu, sesuai jadi menantu emak dan abah aku. Amboi, ada hati! Macam terlupa pula ikrar aku tentang malas bercakap hal cinta.
            “Boleh saya tahu, masa untuk apa tu?” soalku dengan lagak professional. Sambil-sambil itu, mataku tidak henti-henti membelek wajah lelaki yang tidak sama sekali kukenali ini. Ugh! Dosa. Dah tahu… tapi buat jugak! Nak buat macam mana… siapa suruh dia kacak sangat. Aku yang tak ada hati nak bercinta pun, boleh ter…. jatuh cinta dengan tidak sengaja.
            “Hello miss… masa untuk discussion la! Takkan masa untuk bercinta pulak!” tempelak lelaki itu secara tiba-tiba.
           Ewah! Dia marah aku…?! Aku macam tak percaya bila dia marah aku dan menggunakan isu bercinta pulak tu! Argh! Langsung tak dapat diterima dek akal. Kalau pasal lain, aku boleh terima. Tapi dia kaitkan cinta… aku langsung tak boleh mengalah. Bila masa aku kata nak bercinta dengan dia.
           “Hello mister… bila masa pulak saya nak bercinta dengan awak?!” soalku laju. Muka aku dah cukup bengang. Sikit lagi nak jadi bangang.
            Lelaki itu tersenyum sinis. Huh! Makin bertambah kacak. Boleh tak jangan senyum macam tu! Jeritanku hanya bergema di dalam hati.
            “Whatever la miss… gila cinta! Sekarang… saya ada tiga puluh minit aje untuk menghadap awak dan discuss pasal majlis pelancaran software Easy bee tu… awak kan yang handle bahagian protokol?” dia soal dengan nada yang begitu menjengkelkan telinga aku. Dalam pada rasa menyampah yang tengah bertimbun macam sampah, aku angguk juga kepala.
            “Can we start now… atau awak tak puas lagi belek muka saya?” sindiran itu terus membuatkan aku tergamam. Perlahan aku menggigit bibir.
            Dia nampak?! Of course la dia nampak… dia bukan buta!
            “Jom… jom… discuss. Saya pun ada banyak kerja lagi!” balasku tegas, konon habis protokol. Padahal… sekadar hendak menutup malu yang sudah menunjukkan tapak peninggalannya di muka.

“KAUSAR!!!” jeritan Hani mengegarkan telingaku. Ish, apa sajalah mak cik seorang itu! Aku ada dekat sebelah pun, jerit macam aku ni dekat Jakarta pulak. Kasi gegar otak aje.
            “Mamat handsome tu tak datang ke hari ni?”
            “Mamat mana pulak dah?!” soalku malas. Dalam banyak-banyak mamat yang aku kenal, mamat manakah yang dimaksudkan oleh Hani ini?!
            “Ala…” suaranya terus menggedik manja. “Yang tinggi lampai… handsome tak terkata tu… yang panggil kau, gila cinta tu…”
            Hani sebut aje perkataan gila cinta, terus aku rasa macam nak jadi gila.
            “Kenapa kau ingatkan aku dengan mamat gila tu?!”
            Argh!!! Tension aku. Elok aku tengah senang-lenang tanpa sebarang gangguan minda, dah ada yang mengocakkan ketenangannya.
            “Cik Kausar…” belum sempat apa-apa, sudah ada suara yang memanggil namaku lagi.
            Aku dengar saja nada suara tu, terus aku paling kepala pada Hani. Aku dah tahu siapa. Tapi kalau aku nak buat-buat tak pandang, boleh tak?!
            “Hai handsome… lambat datang hari ni?” tegur Hani dengan ramahnya. Eh, minah ni! Kenapa merenyam semacam?! Macam terlupa pula yang dia itu sudah bertunang.
            “Lambat ke Hani… I rasa macam on-time je…” dia ketawa. Dan aku rasa nak termuntah. Lagi-lagi bila dia sebut Hani. Telinga aku dengar macam… honey aje. Ugh! Kembang tekak.
            “Cik Kausar you ni… nampak ke tidak I dah terpacak macam tiang dekat sini?” soalnya, menyindirku. Ini yang aku nak hangin!
            “Alah… Kausar, dia ni… kalau yang berdiri depan dia handsome tahap Tom Cruise pun, belum tentu dia pandang…” jawab Hani. Memandai saja Hani keluarkan ayat kurang objektif yang menghukum pandangan aku pada lelaki. Macamlah aku ni hati kering tahap tak mampu untuk menilai kekacakan ciptaan Ilahi! Suka hati kau je Hani…
            “Oh ya… kenapa?” soal mamat gila itu. Sibuk! Bentak hatiku.
            “Dia alergik sikit… lagi-lagi kalau bab cinta, sama alahnya dengan lelaki kacak…” suara Hani sudah makin berbisik. Dan aku sudah tidak dengar apa-apa.
            “Okey jom!” terus aku bangun sebelum Hani terangkan secara terperinci pasal aku dekat mamat gila ni. Lelaki itu tersenyum sinis lagi. Sinis pun sinis la… janji, aku pandang, nampak sedap saja. Makin kacak!
            Eh, sebenarnya aku bukan menyampah ke dekat dia?! Entahlah, keliru aku dibuatnya!

“YOU tak suka lelaki Cik Kausar?” dia soalku tiba-tiba. Mujur tidak tersembur air hundred plus dalam mulut aku. Kalau tersembur pun, sasarannya, dia juga!
            “Kenapa tanya macam tu?”
            “Hani cakap tadi… umur dah 28 tahun… pakwe, sorang pun tak pernah ada. Lelaki pun you tak pandang… kenapa? Alergik sampai ke tahap tak boleh nak pilih untuk buat suami ke?”
            Aku sudah mengetap bibir geram. Pandai saja si Hani tu! Menokok tambah tentang informasi yang dia tak tahu. Tapi bila dengar lelaki ini mention part umur, aku rasa sensitif sikit. Iyalah… umur dah 28. Gaya dia sebut tu… macam umur aku ini, dah 68 tahun saja!
            “Mana ada…” bila dah rasa malas nak menjawab, aku ringkaskan saja balasan untuk soalannya.
            “Dah la… jangan cakap apa, kalau tak tahu…” potongku laju sebelum dia terus menyambung bicara.
            Mataku terus saja menghala ke pintu masuk ballroom Cempaka Sari yang bakal dijadikan tempat pelancaran software Easy bee. Aku sudah tidak mempedulikan dia yang turut mengekor di sebelah. Seiring langkah kami ketika melangkah masuk ke dalam ballroom yang meriah dengan kilauan cahaya. Cantik!
            Rasa macam tengah kahwin pula. Sama-sama melangkah ke dalam ballroom ni. Spontan aku terpandang sebelah. Melihat wajah dia. Erk!
            Dia senyum. Gaya senyum tu, macam dia tahu saja apa yang ada dalam kepala aku yang sewel ni. Ke… dia boleh baca minda orang?! Gulp!
            “Kausar…” lembut sekali dia menyebut. Sampaikan aku rasa… aku rasa… aku rasa…
            “Welcome Miss Kausar and you, handsome… Kamal! Lama tak jumpa…” belum sempat aku nak rasa apa-apa, Cik Serina sudah mencelah. Cehhh! Kacau aku layan feeling saja.
            “Yup. Long time no see… how are you?” Kamal sudah beramah mesra dengan Cik Serina. Dan ketika itu aku terasa, dia sudah tak nampak aku pula. Hurm… iyalah, Cik Serina yang lawa. Cun! Siapa yang tak nak pandang. Letak sepuluh Kausar pun, sudah tentu orang pandang Cik Serina seorang.
            Tahu tak apa, Kausar!
            “Miss Kausar… come, let me show you the arrangement…” suara Cik Serina kembali menggamit pandanganku. Kamal dan Cik Serina sudah berlalu terlebih dahulu menuju ke pintu di tepi ballroom. Pandanganku lama menyorot mengikuti langkah mereka. Lambat-lambat sahaja aku membuka langkah dan mengikuti mereka.

SUDAH hampir seminggu aku berulang-alik dengan Kamal untuk meninjau perkembangan di ballroom Cempaka Sari. Maknanya, sudah hampir dua bulan juga kami berdua sering menempel sekali. Bila hari-hari sudah terbiasa tengok Kamal, aku jadi tak biasa pula bila tak dapat tengok dia untuk sehari. At least, sesaat dapat tengok muka dia yang tersenyum sinis pun jadilah.
            Aku dah jatuh cinta?! Macam tak boleh nak percaya!!!
            Kamal tu… okeylah! Not bad. Ada banyak kriteria yang perempuan boleh suka dengan dia. First of all, yang aku tak boleh nak tolak langsung ialah wajah dia yang kacak. Tapi aku takkan la nak cakap hiperbola sangat dengan menyamakan wajahnya sekacak Tom Cruise pula. Handsome ala-ala lelaki asia la…
            Perangai dia… ini memang tip top. Sampaikan Hani tu cakap, kalau status dia bukan tunang orang, sudah lama dia ajak Kamal bertunang. Sampai ke tahap itu! Sememangnya Kamal punya aura yang menyenangkan hati semua orang. Kecuali aku. Asal tengok muka aku aje, pasti kelakuannya juga tidak serupa dengan orang lain. Tapi tak tahu kenapa, aku makin suka pula. Dalam diam… aku sudah mula ada ‘rasa’.
            Kamal… hatiku menyeru perlahan.
            Aduh! Aku rasa memang sah.
            “Sah kau dah jatuh cinta!!!”
            “Allahuakhbar!!!” jeritku kuat. Macam tarzan saja si Hani itu menyampuk lamunan aku. kacau daunlah. Aku nak bayangkan wajah Kamal yang kacak itu pun tak senang. Ada saja yang cemburu. Sedangkan, itu saja yang ku mampu.
            “Cakaplah Kausar…” Hani sudah mula mengusikku dengan nada meleret.
            “Cakap apa?!”
            “Jatuh cinta lagi… lagi lagi ku jatuh cinta…” dengan suara dia yang lagi teruk daripada katak, dia menyanyi juga lagu depan aku. Aduhai.. kalaulah tunang dia dengar, aku pasti sangat. Tujuh hari tujuh malam menangis tak henti-henti.
            “Jatuh cinta dengan siapa?” sengaja aku bertanya. Nak juga aku tahu, siapa suspek utama dia.
            “Tu… Encik Leman, duda anak dua tu… kan dah lama dia duk mengayat kau.” Mataku membuntang.
            Eh, please!!! Aku tahu la aku ni bukan lawa mana. Tapi janganlah sampai nak memadankan aku dengan Encik Leman, senior manager dekat company ni! Umur anak sulung dia lagi tua dari aku. Tua setahun la!
            “Tolonglah!” aku ucap dengan dengusan kasar. Menyampah betullah. Kalau nak padan, padankan dengan yang muda sikit. Ini tak, asal tua… semua dengan aku. Kalau yang muda-muda, semua dia sapu.
            “Eh… okey apa. Encik Leman… ada rupa. Ada nama… yang penting, fulus!”
            Aku mencebik. Mata duitan!
            “Betul kan handsome…”
            Eh, Kamal! Aku pantas mengangkat wajah. Mencari-cari kelibatnya. Tapi, tiada! Saat itu baru aku tersedar, aku sudah terkena. Senyuman mengejek di bibir Hani menyapa mata sebelum dia menghilang dari pandangan mata.

“CIK Kausar… jauh mengelamun!” tersentak aku dengan teguran itu. Lantas aku berpaling. Makin tersentak melihat orang itu. Bibirnya tersenyum. Indah sekali.
            “Dah lupa… kita ada date hari ni.”
            Dahi aku berkerut. Date?!
            “Date… tak ingat?!”
            Perlahan aku menggeleng. Date?! Dengan dia?! Macam tak kena aje dengan agenda harian.
            “Kausar… you ni, memang betul dah tua la!” sindiran itu membuatkan aku mencebik. Huh!
            “I tahu I tua… tak perlu nak ingatkan berkali-kali.” Dengan rasa yang marah aku membalas kata. Entah kenapa, sensitif sangat bila Kamal menyebut-nyebut hal usia. Padahal, 28 itu bukanlah tua mana pun. Kan? Aku tahu, pasti ramai yang menyokong aku.
            “Dah tua… beremosi pulak tu! Itulah… mak pesan suruh kahwin cepat-cepat, tak nak. Degil!” bicara Kamal lagi yang makin memanaskan pendengaranku. Eeeiii! Ada juga yang hendak menerima pelangkung percuma daripada aku.
            “Biarlah orang nak kahwin ke tidak… menyibuk je!” aku menggumam dengan rasa geram. Entah Kamal dengar atau tidak. Dia sudah berhenti membalas kata tetapi senyumannya terus terserlah. Aduh, makin kacak!
            “Jangan marah-marah... Follow my step… I surely will make you happy dear…” ucapnya dengan nada yang begitu lembut. Terpana aku seketika dengan senyuman mesra yang tersungging di bibir kacak itu. Ah, Kausar… wake up! Kau kalau nak bermimpi pun, tak perlulah over sampai ke tahap ini. Ujarku pada diri sendiri.
            Aku dapat rasakan semua ini seakan sebuah mimpi.
            “Kausar… follow me.”
            Aku terkaku. Suara itu… bukan mimpi? Aku keliru.
            “Kausar…” sekali dia menyebut. Tetapi aku hairan, suara yang garau tadi, tiba-tiba jadi macam tikus. Macam…
            “Kausar!!!”
            “Aduh mak!”
            “Ya Allah… haih! Apa nak jadilah dengan hang ni… gerak macam nak ribut, tak reti nak bangun!” Mak sudah bercekak pinggang di hadapanku. Menjegil dengan mata yang tajam bak helang itu.
            Aku sudah menggosok belakang yang terasa pedih. Aku rasa macam tengah mimpi Kamal tadi? Betullah aku mimpi aje… alah… Frust!!!

PINGGAN yang tengah sarat ‘bertandang’ dalam sinki tu aku bilas perlahan-lahan. Malas hendak ke depan sebab mak aku dah dapat teman bergosip. Hujung-hujung minggu macam ni, itu ajelah agenda Mak Sal a.k.a mak aku. Tak ada kerja lain, selain duk bergosip. Ha, dan yang kawan dia tu pula… aku tak pernah kenal. Aku boleh bet, itu mesti salah seorang kawan dia yang ada anak teruna. Apa lagi, mesti hati mak tengah berbunga-bunga nak pasangkan dengan anak dia ni yang tak berapa nak laku ni?
            Hisy! Aku ni… kalau bab nak buruk sangka dengan mak, memang laju aje. Bawa-bawa la bertaubat.
            “Kausar…” lembut aje suara mak dari depan.
           Aku dah agak dah. Mesti ada something fishy! Elok nak bertaubat tadi, terus aku mengumpat lagi dalam hati.
            “Kausar… mai sini nak…” dah,  mak duk bawa verse penang lemah longlai dah. Aku tau sangat!
            Tak nak biadap depan tetamu, aku pergi juga ke depan. Tayang muka. Mak cik tu senyum aje. Tadi kami dah salam, mungkin tak sempat dia nak belek muka aku lama-lama. Mata dia merenung lama, gaya macam nak tembus masuk sampai ke liang roma.
            Aku berdehem. Tak selesa.
            “Ni kawan mak…”
            Saya tau mak. Aku jeling ‘manja’ dengan mak. Berapa kali mak nak ulang intro yang sama.
            “Dia ada anak lelaki umuq Kausar…”
            Dan betullah segala andaian aku tadi.
            “Kalau boleh, nak suruh kenal-kenal dulu…” mak cik itu pula mencelah.
            Saya tak nak kenal. Laju aje hati aku menjawab. Kalau mak dengar ni, mesti dia marah!
            “Kamal kan nama dia?” soal mak.
Aku macam terkaku sekejap. Eh, Kamal?
            Boleh jadi, Kamal ni dengan Kamal tu, sama tak? Boleh jadi, ada keajaiban yang macam tu tak? Aku pula tenung muka mak cik tu sampai dia tak selesa. Eh, macam tak kena dengan teori. Tak mungkinlah! Kamal tu… tak ada iras langsung dengan mak cik ni.
Dan apahal aku nak ingat Kamal tu anak mak cik ni? Aku ingat ni drama ke? Boleh ada possibilities yang tak masuk akal macam ni?

TELEFON aku mula ‘melalak’ kuat saat kaki aku nak bergerak ke pantry. Masa-masa perut aku tengah laparlah, ada yang nak mendengki! Aku patah balik, sebab tak nak bagi havoc pejabat kami yang sentiasa sunyi ni. Walaupun, pada hakikatnya ada dekat sepuluh orang dalam section ni. Termasuklah Hani yang bingit tu.
            Belum sempat aku capai, bunyi dah berhenti. Tidak sampai seminit, ada mesej pula masuk. Aku capai juga, mana tahu berita penting. Nombor yang tidak dikenali? Aiseh… hati aku dah tak sedap.
            Kamal here…
            Kamal here? Mak aku memang pantas kan. Rasa macam baru seminggu lepas duk cakap suruh kenal-kenal. Tak sempat aku nak berfikir, nombor dah sampai dekat Kamal sana.
            Aku nak kena balas apa? Kausar here? Macam tak ada idea lain. Yang mangkuk ni pun satu, apasal nak mesej aku sekadar nak beritahu itu? Hangin pula aku…
            Tengah rancak aku mengumpat, ada lagi satu mesej masuk. Aku buka laju.
            Kalau free hari ni, nak ajak bincang kejap. Boleh?
            Dia nak ajak bincang? Mengikut tafsiran aku yang sememangnya kurang berpengalaman ni, nampaknya macam dia tak setuju. Eloklah tu. Aku pun tak berapa nak setuju. Laju aje aku balas. Siap tanya nak jumpa dekat mana.
            Medan selera. Boleh makan sekali.
            Ini sebenarnya, nak ajak bincang ke, nak ajak berkelah?
Tapi memandangkan nak jumpa pukul enam petang, jadi tak kisahlah. Aku pun mesti tengah lapar waktu tu. Eh, bukan sekarang pun aku tengah lapar ke?
            Lepas balas okey, aku teruskan langkah ke pantri. Kesian dengan penderitaan perut aku yang dah mula pedih ini.

“KAUSAR.” Satu suara yang begitu asing menegur. Aku buat muka pelik. Aku tak kenal. Tapi orang tu, lambai tangan pula. Err… dia kot, Kamal.
           Teragak-agak aku melabuhkan punggung di depan ‘Kamal’ ini. Kamal? Memang bukan Kamal yang aku suka, tapi Kamal ini macam… Ya Allah, over kacak la pulak! Memang patut dia reject aku. Nasib baik aku tak rasa kecewa.
            Dia senyum sebagai menyapa. Aku senyum balik cepat-cepat, sebab perut dah lapar.
            “Tak makan ke?” laju soalan aku yang direct to the point. Aku dah tak mampu nak bertahan sebab last perut aku jamah makanan, masa aku balas mesej dia pagi tadi.
            “Dah lapar?” dia soal. Senyum juga. Tapi senyum dia, tak semanis Kamal tu.
            Selesai membuat pesanan, sepi seketika. Aku kekok pula. Sudahlah tak kenal, nak ajak bincang pula. Ini, aku keluar pun tak roger dekat mak. Mak tahu nanti, mampus aku! Pandai-pandai keluar, tak minta pendapat mak.
            “Awak nak bincang apa?” soalku apabila mulai merasa sedikit bosan.
            Dia mengeluh.
            “Mak saya cakap, suruh kenal.”
            Aku angguk. Itulah agenda orang tua kami yang sebenarnya.
            “Saya bukan tak nak kenal…” dia berjeda. Eleh, berkias-kias pula. “Tapi macam tak sesuai… awak dengan saya.” Dia tuding jari ke arah aku. Sentap!
            Adakah dia sedang menyampaikan dengan cara yang halus, aku ini tak ada rupa? Nasib, aku tak ada hati dengan dia. Kalau tak, memang aku mengamuk dah.
            “Tak apa, saya faham…” aku jawab tanpa nada. “Awak boleh cari yang lebih sesuai.” Tambahku berbahasa. Mataku dah menjeling ke arah akak yang berjalan dengan menatang dulang di tangan. Makanan! Oh… lega.
            “Jangan salah faham ya, kak Kausar.”
            Aku diam… seketika. Tapi, apa dia cakap tadi? Akak? Terus terbatuk.
            “Akak?”
            Dia angguk.
            “Akak?” aku ulang lagi dengan kuatnya.
            “Saya baru 24 tahun.” Jawab dia, serba salah. Aku dah macam nak pengsan. Kenapa mak aku macam desperate sangat, sampai nak padankan aku dengan budak umur 24 tahun? Ya Allah, adakah ini sebagai peringatan, aku bakal menyambut hari lahir ke 29 tahun dalam sikit masa lagi? Aku bakal jadi tua setahun lagi?
            Dan muka Kamal yang serba salah itu, aku tatap lama. Kesian dia, hampir menjadi mangsa keadaan. Tapi, bukan ke hari tu mak cakap…
            “Dia ada anak lelaki umuq Kausar.”
            Dan Kamal, cakap macam ni pula. Aku analyse balik muka dia dengan sedikit rasa sangsi. Betul ke 24? Macam dah 34 aje? Hati aku ni, cepat aje nak berburuk sangka dengan orang.
            “Tapi mak saya cakap, mak cik ada anak umur saya?” aku soal juga, dengan rasa tak puas hati. Muka dia dah lain.
            “Mak mention pasal jiran rumah sebelah kot.” Jawabnya dengan muka tak bersalah.
            Aku ketap bibir geram. Mangkuk! Tak suka, cakap ajelah direct. Tak perlu la nak buat bagi aku rasa tua, pada hakikatnya aku rasa, kami ni sama-sama tua aje.

“AKU perasan, kau dah macam kurang ceria aje sekarang ni?” Hani sudah mula dengan operasi korek rahsia dia. Gaya dia, macam aku tak dapat nak tangkap aje. Jadinya, aku diam. Teruskan aje mengetuk keyboard bagi menyiapkan kerja.
            “Hujung minggu ni dinner, kau pakai baju apa?” tanyanya lagi. Habis tak ada idea agaknya. Dinner? Aku baru teringat. Dek teringat pertemuan aku yang menyakitkan hati dengan Kamal-entah-anak siapa itu, aku terlupa habis dengan semua benda lain. Sakit hati, sebab dia tolak aku dengan alasan tua. Argh! Yang aku sakit hati bagai nak rak, buat apa? Bukannya aku suka dia pun.
            “Pakai baju ikut temalah. Nak pakai baju apa lagi…” jawabku malas. Pun, aku tak angkat muka tengok dia.
            “Eh Kamal…” ucap Hani teruja. Aku senyap. Tidak berespon juga. Nama Kamal ini, seakan membuatkan aku histeria.
            Sepi. Aku melepaskan nafas lega. Pasti Hani sudah berlalu, malas hendak melayan aku.
            “Peliklah…”
            Laa… ada lagi, mak cik tu.
            “Aku panggil Kamal pun, kau tak angkat muka. Kau frust dengan dia ke?” soalnya prihatin. Aku pandang Hani lama. Memang aku berkenan dengan Kamal, sampai termimpi-mimpi. Tapi, bukan sebab tu aku berdiam diri. Dan, teruk sangat ke muka aku di kala ini?
            “Aku okey. Macam biasa.”    
            Hani geleng. “Luar biasa.”
            Aku jungkit kening. “Apa yang luar biasa?”
            “Intonasi suara kau, jelas menunjukkan kau frust.”
            Dan aku frust kenapa? Aku tak faham teori apa yang Hani pakai!

MALAM dinner, memang meriah. Bergemerlapan sini-sana. Tapi aku macam tak berapa nak selesa. Sebabnya, tema malam ni, ‘Hitam itu menawan’. Dah jadi kelibut aku geledah almari dalam rumah tu cari baju warna hitam. Mesti pelik kan, sebab aku tak ada baju warna hitam. Sedangkan, hitam tu warna paling wajib setiap manusia perlu ada. Alasan, mak aku tak bagi. Mak aku tu, pelik sikit. Bab-bab warna pun dia nak argue dengan aku. 
            Dan berdirilah aku di sini, dengan baju cap ‘Pinjam’ milik kak Umairah, kakak sulung aku. Itu pun lepas paksa-ugut suruh bagi pinjam, baru minah tu nak bagi. Sayang sangat dengan baju hitam berlabuci dia ni. Dan disebabkan baju ini sarat dengan labuci, aku jadi begitu tidak selesa sekali. Seakan ada paparazzi yang duk ikut dari tadi. Aku vogue sangat ke hari ni?
            “Amboi, Kausar…” Hani. Orang pertama yang menyapa aku dalam majlis ni. Macamlah dalam company yang besar ni, tak ada orang lain kan. Aku kalih muka, menarik senyum segaris.
            “Blink-blink…” mata dia membulat. “Lawa gila.”
            “Eh awek baru…” itu suara Lukman. Officemate aku. “Kak Kausar…” ucapnya teruja. Dia ni muda lagi, baru 23 tahun. Aku tak kisah sangat nak panggil aku kakak. Sebab dah hampir sebaya dengan, Fakrul, adik aku. Tapi yang aku nak marah, bila lelaki tua-sebaya-aku macam Kamal tu, panggil aku akak. Aku memang betul  nak marah. Motif Kamal masuk dalam situasi sekarang ni? Err… pelik!
            “Kausar…” dan ini siapa?
            Aku berkalih ke sebelah. Terkaku seketika. Disebabkan dah suka, tengok dari sudut mana pun orang tu nampak terlalu kacak. Kamal! Agak mendukacitakan apabila mataku beralih ke sebelah lagi.
            “Amboi handsome… siapa si jelita tu?” kepoh Hani dah bersuara. Ribut aje!
            Kamal senyum. Menunjukkan betapa gembiranya dia. “My fiancé.”
            Aku lagi rasa macam pengsan. Kamal! Memang betul, aku dengan manusia bernama Kamal ni, susah nak jadi. Kamal tu, tolak aku dengan alasan tua. Kamal yang aku suka, dah berpunya pula. Last-last, aku jadi anak dara tua.
            Mungkin ini padah sebab selalu sangat duk kutuk kawan aku masa duk bercinta dekat kolej. Sekarang ni, aku dah jatuh suka… tapi macam ni pula!
            “Kausar… sorry, aku tak tahu macam ni pula kisahnya.” Suara Hani berbisik perlahan. Terkedu aku. Jadi, kenalah dengan teori dia. Aku frust dengan Kamal. Memang ini bukan frust dalam mimpi lagi, realiti benar terjadi.

MEE KARI. Menu makan malam hari ini. Mak yang masak, sebab aku minta. Aku betul-betul kecewa sejak jatuh cinta ni. Kecewa dengan hati sendiri. Bencilah macam ni! Awalnya, aku rasa macam biasa-biasa aje. Tapi bila asyik ingat lama-lama, otak aku ni… tak henti buat kesimpulan, dengan memberi label ‘tak laku’ dekat muka aku.
            Mee dalam mangkuk, aku kunyah perlahan. Kak Umairah tarik kerusi di sisi. Dia datang bertandang di rumah hari ini. Macamlah mak rindu sangat nak tengok muka dia. Tengok?! Aku ni sekarang, nak cemburu tak pasal dengan kakak sendiri.
            “Mak cakap, hang nampak macam kecewa. Kenapa?”
            “Tak ada apalah. Macam biasa aje.”
            “Jangan duk tipulah… hang ni, antara anak mak yang paling pelik. Lagi pelik, kalau hang duk buat perangai pelik-pelik.” Kak Umairah menebak. Aku terhenti sekejap. Agak-agak, kalau aku cerita, dia boleh bagi sesi kaunseling yang berjaya tak? Sebab aku rasa, hati aku ni agak parah. Perlukan pembaikpulihan dengan kadar segera.
            “Aku jatuh cinta la… Umai.”
            Senyap seketika. Kak Umairah terkejut. Tidak sampai beberapa saat lepas tu, dia gelak macam orang baru kenal maksud gelak. Over gila!
            “Hang… jatuh cinta?”
            Aku angguk.
            “Duk merepek apa!” Kak Umairah cakap kuat. Gelak lagi.
            Terbuntang biji mata aku. Aku jatuh cinta, dia kata merepek apa?! Aku ni duk buat lawak ke? Kecil hati aku. Adakah perkara serius ini, harus dianggap sebagai satu bentuk komedi? Aku jatuh cintalah! Pekikku dalam hati.
            “Merepek.” Gumam Kak Umairah. Aku dengar biarpun perlahan. Tawanya masih bersisa. Aku jadi sedih gila. Perasaan suci aku dipersendakan. Huh!
            Kak Umairah yang gelak berdekah, tiba-tiba berhenti mengejut. Mungkin dia dah perasan muka aku dah jadi tempe basi. Kecewa.
            “Eh… betul ke? Baguslah. Mak dapat menantu nombor dua.” Baru dia keluarkan ayat nak menyenangkan jiwa aku. Tapi tak kena juga. Kamal sudah bertunang, dari mana hendak muncul calon menantu nombor dua? Memang tidaklah!
            “Dia tu tunang orang.” Ucapku perlahan. Kak Umairah tepuk dahi kuat.
            “Pulak dah… habis tu? Tepuk sebelah tanganlah ni?” sinis aje aku dengar soalan tu. Tapi, itulah namanya hakikat. Benda-benda yang benar belaka, memang ada kalanya memedihkan jiwa dan raga.
            “Tak tahulah, apa yang aku berkenan dekat dia. Tapi aku suka… nak buat macam mana, memang dah nasib aku tertulis nak jadi anak dara tua kot.” Pasrah aku menelan ayat pahit ini.
            Kak Umairah tak menunggu sesaat untuk pelangkung kepala aku. “Doa bukan-bukan, Allah makbulkan, baru ada akai!”
            “Habis tu?”
            Kak Umairah dah menggeleng perlahan. “Hang ni… mana tahu, Allah dah tetapkan yang lagi baik buat hang. Ada orang umur 40 tahun baru jumpa jodoh. Tak ada pasrah macam hang ni. Usaha pun tak ada, terus nak menyerah…. Dah macam devdas aku tengok rupa orang patah-riuk bercinta ni!” komennya lagi.
            Aku mengeluh. Teruk juga rupanya kalau dah mula ada rasa cinta ni. Parah! Lagi kes tak masuk akal macam aku ni, lagi parah!
            “Tapi, mak duk cerita tadi… ada anak kawan mak nak kenal dengan hang? Tak jadi ke?” 
            Dan aku tersentak. Ini pasal si Kamal mangkuk tu ke? Yang tega menolak aku dengan meletakkan alasan aku tua? Sedangkan…
            “Dia kata, dia muda lagi pada aku. Tak naklah!” jujur aku berterus terang.
            “Muda???” Kak Umairah terkejut gila.
            “Mak!!!” kuat dia melaung. “Berapa umuq laki tadi tu, yang mak cerita?” soalnya kuat.
            “35.” Mak pun jerit balik.
            Dan serentak menyembur terus kari yang sedang aku hirup. Tanpa kawalan. Harap dapat dimaafkan sebab muka Kak Umairah dah basah teruk. Jelingan tajam Kak Umairah dah menusuk urat saraf aku.

to be continued. :)

Comments

  1. sambung lagi!!!!best3...:)

    ReplyDelete
  2. best la citer awak ni umi, kelakar pun ada sedey pun ada hihihi. cepat2 la sbg x sbr nk tau kesudahannya.

    ReplyDelete
  3. nk lg.pliz..best.sempoi hbs la.kta suka..o_O

    ReplyDelete
  4. besttttt.... suka sgt kat kausar... tq umi

    ReplyDelete
  5. ermm kamal wh0 guys??hehe..hari niee aku bca cerita cik kalsom tp mcm ada bnda berkaitan lak..hehe..apa2 pun ok dan aku ternanti siapa pilih siapa..mcm kisah hidup realiti..^_^

    ReplyDelete
  6. kesiannye kausar... Kamal da ade tunang rupenye... xpe, nanti ade la jodoh dengan org laen...
    lawak btol part tersmbur kuah mee kari tu... hahaha...
    mesti umairah bengang giler dgn kausar...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Cerpen: Lain di Mulut, Lain di Hati

JAMBANGAN bunga ros yang berada di atas mejanya itu dicapai. Tanpa melihat nama pengirim pun dia sudah boleh meneka, siapa pengirimnya. Terus dengusan tidak senang dilepaskan. Tanpa menunggu sesaat, jambangan bunga itu sudah terhumban ke dalam tong sampah di sudut bilik.             Huh! Apa dia fikir aku ni perempuan, nak cair kalau disogokkan dengan bunga. Kalau aku cakap benci, memang akan benci selamanya! rungutnya.             Serentak itu, pintu biliknya diketuk. Terjengul wajah Selina, setiausahanya.             “Encik Irfan, Puan Eryna nak jumpa.”             Sekali lagi dia melepaskan dengusan kasar. Tidak cukup dengan bunga yang merimaskan, sekarang, tuan punya badan pula muncul di depan mata. Ah, benci!             “Suruh dia balik! Saya tak nak jumpa dia.” Kuat dan lantang sekali suara Irfan sehingga begitu jelas buat pendengaran Eryna yang sedang duduk menunggu di luar bilik. Eryna tersentak. Riak wajahnya terus beruba

Cerpen: Hati ini [End]

BUNYI suara yang bertingkah dari ruang tamu mengkakukan langkah Ana di anak tangga terakhir. Dia yang turun ke bawah dengan niat untuk membasahkan tekak terkaku seketika. Tidak mahu menonjolkan diri di hadapan tetamu mama dan papa, tanpa berfikir panjang dia sudah memalingkan badan hendak bergerak ke atas semula. Namun sekali lagi, dirinya terus kaku di situ. Suara yang melaungkan namanya membuatkan badannya menjadi gementar secara tiba-tiba.             “Ana…” namanya dipanggil sekali lagi. Dia kenal suara itu. Terlalu kenal. Tetapi dia tidak mahu memalingkan wajahnya. Atas sebab apa, dia tidak pasti. Ikutkan sahaja kata hati.             Sentuhan di bahu membuatkan Ana tersentak. Pantas dia berpaling dengan wajah yang sudah berubah riak. Dia tidak suka dengan sentuhan itu. Sentuhan yang tidak menghormati dirinya sebagai seorang wanita muslim. Seketika mata mereka bertemu. Ana terkedu. Seakan tersedar dari mimpi… senyuman yang menghiasi

Cerpen: Dia yang aku cinta

Berdebar-debar rasanya saat menanti di ruang legar ini. Menanti kehadiran insan yang disayangi. Menanti saat yang ditunggu-tunggu selama ini. Disunting menjadi suri dalam hidup lelaki yang dicintai. Ah! Indah sungguh rasa…             “Tahulah nak tunggu insan tercinta. Kut iya pun… tak perlulah tayang riak wajah teruja, yang terlebih perisa pulak!” teguran berunsur perlian itu hanya membuatkan dia menjeling manja.             “Biarlah!” balasnya dengan menyampah.             Tiada siapa pun tahu apa yang dirasainya selama dua tahun ini. Hidup berjauhan dengan insan yang memenuhi ruang hatinya. Sungguh menyeksakan jiwa dan raga sahaja!             “Akak…” panggilan itu membuatkan dia melepaskan dengusan manja.             “Apa?!” soalnya geram. Geram saat khayalan indahnya dicantas dengan kejam. Sedangkan, hanya itu yang mampu dilakukan di saat ini.             “Tu…” mulut si adik sudah memuncung ke satu sudut.             Matanya turut berlari mencari. Seketika dia