BAB 10 “TERSENGIH panjang… menyampah aku tengok!” Perkasa Armana yang baru masuk ke dalam rumah dengan beg barang dapur di tangan, cepat sahaja melaungkan komen pada Mirza Haidar. Selalunya waktu begini, Mirza Haidar pasti menggantikan tidur yang tidak cukup di malam hari. Tetapi hari ini, mata itu cerah. Secerah langit hari ini. “Aku ada sorang adik yang sangat comel, yang suka buat benda bukan-bukan!” Mirza Haidar tergelak. Membaca kiriman emel daripada Marlisa pada ketika ini hanya menerbitkan rasa lucu dalam hatinya. Ada-ada saja! Sementara itu minda Perkasa Armana terus terpanggil dengan nama Putra Azad. Cebikan terzahir di bibir mengenangkan si Doraemon yang kini sudah menjelma menjadi Prince Charming itu. “Huh? Sorang adik yang sangat comel? Aku ada sorang adik yang perasan sangat kacak dan suka jugak buat benda yang bukan-bukan. Ki...
Ceritaku;Imaginasiku.