Nota kaki: Jangan terkeliru dengan Anas. Seorang Anas dan seorang lagi Iman Anas. ;) Peace, enjoy your reading, and drop by your comments. Bab 4 CEPAT sungguh berlalu seminggu. Hari ini sudah kembali ke Jumaat lagi satu. Masih bernafas dia di sini. Masih berkudrat memasakkan hidangan untuk anak-anak yang dihantar ke taman asuhan ini. Jam sudah berdetik ke angka lapan. Tidak mahu membuang masa, Asma terus ke singki. Isi ayam yang dikeluarkan dari peti sejuk seawal pagi tadi mula dicuci. Mengikut kepada jadual, hidangan yang perlu disediakan hari ini ialah sup ayam. Maka, lebih mudah kerjanya. Beras sudah dibasuh dan dimasukkan ke dalam periuk nasi. Sekali tekan sahaja, periuk sudah mula menjalankan tugasnya sendiri. Tiada apa yang susah dengan kerja yang dilakukannya kini. Untuk itu, Asma bersyukur. Dia masih mempunyai ruang untuk bekerja tanpa ...
Ceritaku;Imaginasiku.