Skip to main content

Klik [6]

Bab 27
MATA Adam sudah tidak dapat dikelipkan. Terkejutnya bukan kepalang. Terasa macam dalam mimpi pun ya juga.
            "Mummy... ulang lagi sekali," pintanya. Masuk ini, sudah sepuluh kali mummy mengulang ayat yang sama padanya. Jelas sekali matanya menangkap wajah mummy yang sudah berubah. Geram mungkin dengan permintaannya.
            "Malaslah mummy nak layan kamu ni... tak nak percaya sudah. Bang... tak payah bersiap, tak jadi pergi. Si Adam tak nak percaya...," laung mummy kuat dari ruang tamu. Daddy yang sedang mengatur langkah menuruni tangga terus saja naik kerutan di dahi. Tadinya suruh bersiap, sekarang tak jadi pula. Kenapa?
            "Kenapa ni Maz?" soal Daddy. Pantas saja mummy menjuihkan bibir pada anak terunanya yang sedang mempamerkan wajah tidak percayanya.
            "Betul ke daddy?" Adam menyoal daddy pula. Rasa macam tak boleh nak percaya. Betul ke?
            "Betullah. Kan mummy dah cakap. Hah! Masuk ni... dah sebelas kali mummy cakap... kita nak pergi meminang Latifah Hasnan. Percaya tak? Kalau tak percaya mummy cancel terus!" ucap mummy separuh mengugut. Terus saja Adam ditimpa rasa cuak.
            "Eh... janganlah. Apa ni mummy... Adam tanya saja. Takkan sebab tu pun nak cancel... teruskan saja. Adam suka... suka sangat...," ucapnya dengan kalut. Sempat lagi dia menarik sengih panjang.
            Saat kereta Honda CRV chrome bergerak keluar dari kawasan rumah daddy, Adam menghela nafas lega. Semoga semuanya berjalan dengan lancar tanpa gangguan. Itu saja doanya. Senyuman terus saja meleret di bibir. Wajah Pah sudah mula memenuhi ruang mata dan jiwanya. Walaupun hatinya sedikit terkilan kerana menurut mummy Pah ikut saja kehendak ibu tetapi sekurang-kurangnya gadis itu tidak membantah. Semoga Pah dapat menerima diri ini seadanya. Doa Adam dalam hati.
           
"NO CALLING! No messaging! Jumpa pun tak boleh! Why?" soal Adam dengan terkejut. Apa syarat ni? Pelik sangat bunyinya. Mummy sekadar menjungkit bahu. Mana nak tahu kenapa.
            "Biarlah... dia dah cakap macam tu... dah tetap tarikh untuk nikah dah pun. Kamu tak payah terkejut setakat tak boleh buat tiga benda tu. Ada baiknya jugak. Mengelakkan segala yang tak patut...," ucap daddy yang seakan menyokong dengan syarat yang dikenakan oleh Pah. Rasanya tak ada yang pelik pun dengan benda tu. Orang dulu-dulu kahwin boleh saja, tak berjumpa, tak call. Adam ini saja terkejut lebih. Mungkin agak tak kena dengan gaya dia. Biarlah. Dia dah sukakan Pah, dia kenalah belajar cara gadis itu. Itu yang bermain di fikiran daddy Adam.
            "Mummy pun setuju jugak! Okay apa Adam...," Adam sudah memuncung mendengar kata-kata mummy dan daddy.
            Agak-agaklah kalau iya pun nak kenakan aku!
            "Mummy... daddy... kalau nak nikah lagi sebulan, Adam bolehlah nak terima lagi... ini nak nikahnya lagi enam bulan... enam mummy... enam!" ulang Adam berkali-kali. Enam bulan... lama rasanya.
            "Alah... enam bulan saja... bukannya setahun. Nak postpone jadi setahun ke?" soal Mummy. Sengaja hendak mendera perasaan Adam. Wajah Adam yang sudah masam mencuka itu hanya mengundang tawa kecil di bibir mummy dan daddy. Apalah anak teruna mereka, hal kecil ini macam ini boleh nak masam-masam muka ke.
            "Mummy....," Adam merengek manja. Terasa macam berat sangat syarat Pah. Berat kenapa? Sebab memang Adam tak mungkin dapat patuhi syarat itu. Susahnya!
            "Adam tak kira! Adam nanti call dan mesej jugak! Kalau tak nak jumpa tak apa... yang tu boleh kompromi...," ucap Adam dengan bersemangat. Suka hati saja dia menolak syarat Pah walaupun empunya diri tidak ada di depan mata.
            "Adam buatlah macam tu... Pah batalkan terus majlis kahwin!" ayat tambahan dari bibir mummy hanya membuatkan Adam melopong. Biar betul Pah ni... tak pernah dibuat orang!
           "Mummy tak main-main kan? Bukan saja-saja nak kenakan Adam kan?" soal Adam yang masih tidak percaya.
            "Tak percaya ya... sekejap...," mummy sudah berlalu dan mencapai phone. Nombor didail. Mata mummy tepat pada wajah Adam. Tiba-tiba mummy menekan butang loudspeaker dan meletakkan gagang.
            "Pah... mummy ni," Adam diam saja melihat mummy tersenyum.
            "Kenapa mummy...," lembut saja suara Pah singgah di pendengaran Adam. Nak saja dia angkat gagang telefon dan bercakap dengan Pah. Namun kata-kata yang diucapkan mummy tadi sedikit sebanyak menyeramkan jiwanya. Takut juga kalau-kalau betul dibatalkan majlis dia dan Pah.
            "Pah ulang balik syarat yang Pah cakap tadi... ada orang tu tak nak percaya... dia ingat mummy saja nak kenakan dia...," mummy tersenyum nipis memandang Adam.
            "Err... nak cakap pada dia ke? Dia dengar ke..."
            "Mummy dah pasang loudspeaker... cakap saja... biar berguling biji mata dia. Ingat orang tak ada kerja lain agaknya nak main tipu-tipu dia...," Adam sudah mengetap bibir. Amboi mummy ni, bukan main lagi ya dengan Pah! Baru beberapa jam Pah menjadi tunangnya, mummy dah mengibarkan bendera "PAH". Tak patut betul.
            "Tak boleh mesej, tak boleh call, tak boleh jumpa...." Pah terdiam seketika. Adam masih sabar menanti patah perkataan yang seterusnya. "kecuali kalau ada yang temankan".
            "Lagi?" soal Adam tidak sabar. Sekurang-kurangnya ayat penghujung yang diucapkan oleh Pah melegakan perasaan. Boleh saja nak jumpa. Apa susah... ajak saja Eja untuk jadi teman. Aku boleh ajak Faizul. Adam sudah merangka dalam minda. Senyuman sudah menghiasi bibir.
            "Kalau tak ikut... ter- tak ikut pun... there'll be no wedding!" uish! Seperti panah menusuk ke dalam hati. Kejam gila syarat si Pah ni.
            "Mesej tak boleh ke? Tak apalah tak boleh call pun...," Adam cuba memujuk. Pandangan dari mummy dan daddy tidak dipedulikan. Mana boleh syarat dari sebelah pihak saja. Kena dari dua-dua belah, barulah adil namanya.
            "No compromy!" tegas saja suara Pah singgah di pendengaran Adam.
            "Mummy...," Pah memanggil. Nadanya sudah berubah lembut. Adam hanya melepaskan keluhan saat tangan mummy mencapai gagang dan meneruskan perbualan dengan Pah. Aduh! Nasib kaulah Adam, dapat bakal isteri macam Latifah Hasnan ni. Kau juga yang tergilakan dia. Entah apa yang nak jadi dalam enam bulan ni. Boleh ke aku bertahan dengan tiga syarat yang Pah bagi? Memang benar tidak masuk dengan jiwa Adam Fahmi.

WAJAH Pah yang sedang tersenyum manis hanya mengundang rasa cemburu di jiwa. Dia benar-benar marah dan kecewa. Kenapa Pah buat macam ini padanya. Bukankah telah dia katakan yang dia ikhlas. Apa yang ada pada lelaki fotografi itu sehingga Pah memilih lelaki itu dan bukan dirinya.
            "Happy nampak?" sinis saja soalan yang meniti bibir Hafiz. Mati terus senyuman yang bergayut di bibir Pah. Bila pula penyibuk ini muncul dekat sini? Mengacau saja. Omel Pah dalam hati.
            "Sampai hati Pah buat saya macam ni!" sambung Hafiz lagi bila Pah buat-buat tak layan dengan kehadirannya di situ.
            "Buat apa?" soal Pah, pura-pura bendul. Sedangkan, dia tahu saja apa yang dikatakan oleh lelaki itu.
            "Awak dah bertunang dengan photographer tu kan?"
            "Kalau ya kenapa?" soal Pah semula dengan malas. Rasanya dia tak perlu pun nak terangkan panjang-panjang pada lelaki ini. Entah dari mana Hafiz tahu tentang pertunangannya, pasti saja Kak Yati yang memaklumkan. Kak Yati ni... memang betullah tak boleh simpan rahsia. Semuanya hendak dimaklumkan pada adik kesayangannya ini.
            "Kenapa? Awak tanya saya kenapa?" Hafiz sudah berang. Masakan Pah tidak tahu akan perasaannya selama ini. Bohonglah jika Pah mengatakan yang dia tidak tahu bahawa dirinya sangat menyayangi gadis itu.
            "Kenapa?" dengan wajah yang tidak berperasaan, soalan yang sama meniti bibir Pah. Semakin berapi wajah Hafiz dengan layanan gadis itu. Dingin sangat! Apa lebihnya lelaki fotografi itu jika hendak dibandingkan dengan dirinya?
            "Kenapa dia Pah? Kenapa bukan saya?" bergetar suara Hafiz menyoal Pah. Kecewa rasa hati kerana Pah tidak pernah mempedulikan perasaannya.
            Pah melepaskan keluhan berat.
            "Saya tak boleh nak beri alasan kenapa saya pilih dia dan bukannya awak. Awak dan dia... dua-duanya berbeza," ucap Pah dengan nada yang tenang. Sememangnya dari dulu lagi dia tidak pernah tertarik pada Hafiz. Kenapa? Mungkin kerana sikap lelaki itu yang suka berlagak angkuh dan sentiasa bangga dengan kedudukannya dirinya sebagai anak orang berada. Pah tidak suka! Hafiz juga seorang yang suka mendesak. Gaya Hafiz sememangnya tidak kena dengan rentak jiwa Pah.
            "But why him?" soal Hafiz sekali lagi.
            "Awak tolonglah faham. Saya dengan awak... we are not meant to be together!"
            "We are not meant because you said so! Awak tak pernah nak bagi peluang pada saya pun! Tak pernah kan? Langsung tak pernah!!!" wajah Hafiz sudah merah. Marah sangat! Entah kenapa, saat mendengar berita pertunangan Pah dari bibir Kak Yati, dadanya terasa hendak meletup. Sia-sia sajakah usahanya untuk menawan jiwa Pah selama ini?
            "Awak tak boleh faham ke kalau saya cakap tak suka!!!" suara Pah ikut naik sekali. Cakap lembut-lembut tak nak faham. Dia ingat aku suka sangat nak jerit macam orang kena histeria ni. Mata Pah sudah tajam menikam wajah Hafiz. Kalaulah pandangan itu boleh menusuk ke atas kulit pasti saja sudah berdarah wajah Hafiz ditoreh oleh pandangan tajam itu.
            "Kenapa?" itu juga yang ditanya oleh Hafiz. Pah melepaskan keluhan buat sekian kalinya. Terasa sakit kepala berbicara dengan orang yang tak faham bahasa seperti Hafiz ini.
            "Saya malaslah nak cakap dengan awak. Awak fikir sajalah apa yang awak nak fikir... kalau itu yang menyenangkan jiwa awak... fikir sajalah macam mana pun...," suara Pah dengan rasa malas. Menyampah sangat rasanya kena berdepan dengan orang spesies macam Hafiz ini. Patutlah dia boleh sukakan Aliya. Kedua-duanya ada sifat yang sama. Tak dapat nak terima hakikat kebenaran.

Bab 28
PAH melangkah keluar dari biliknya dan laju saja mengatur langkah hendak ke kawasan parkir kereta dengan perasaan yang mendongkol marah. Ditinggalkan saja Hafiz itu biarpun dia tahu lelaki itu tidak akan berpuas hati dengan sebarang penjelasan yang diberikan olehnya. Geram rasanya bila orang tak nak faham dengan apa yang dia cakap. Dia cakap tak suka, maknanya tak sukalah! Sudahlah dipanggil-panggil Adam dengan gelaran fotografi... dia ada nama tau! Adam Fahmi! Apa, tak boleh ke aku dengan photographer. Itu pun bukan dikira sebagai satu pekerjaan ke?
            Pah baru saja hendak melintasi laluan pejalan kaki di situ. Tiba-tiba saja tangannya ditarik dari belakang. Dia tidak melihat gerangan itu, namun hatinya seolah dapat mengagak siapa si mangkuk lagi tak beradab itu.
            "Awak takkan faham ke kalau saya cakap tak suka!!!" marah Pah sebelum melihat wajah yang menarik lengannya. Namun, saat mata mereka bertemu, dia hanya mampu terkedu. Kelu sudah lidahnya melihat wajah yang terkulat-kulat di depannya.
            "Sorry la... kalau marah. Tapi, dah ternampak... so tertarik tanganlah...," ucap Adam sambil tersengih kelat. Ini pun termasuk dalam larangan juga ke? Boleh kena cancel kenduri ke kalau macam ni? Soalnya sendiri. Takut juga kalau fikirkan kemungkinan itu. Wajah Pah yang kelihatan berang seketika tadi hanya menimbulkan tanda tanya di mindanya.
            "Err...rrr...," Pah pula yang tergagap-gagap. Sudahlah dia tersilap orang. Boleh pula kan main marah macam tu saja. Nasiblah dengan Adam, kalau dengan orang tak kenal... nak kata apa pula.
            "Sorry... silap orang, so... tersilap marah," ucap Pah perlahan meminta maaf.
            "Sibuk ke?" Adam sudah mula mengalihkan topik. Rasa macam bulan jatuh ke riba saja dapat jumpa dengan Pah. Mana tahu lembut hati gadis itu, boleh juga dia ajak pergi makan ke... 'Ah, berangan sajalah Adam! Gaya macam nak saja Pah ikut aku...'
            "Sibuk juga".
            "Tak boleh keluar sekejap".
            "Dah lupa syarat," Adam sudah mengetap bibir. Aiseh! Dia ingat lagi rupanya dengan syarat tu. Manalah tahu, kot-kot Pah terlupa buat saat ini tentang syarat yang tak berapa nak masuk akal tu. Bagi Adamlah, dia rasa macam tak kena saja dengan syarat-syarat tu.
            "Yang ni, macam mana boleh terjumpa kat sini?" sengaja Pah menekankan perkataan 'ter' dalam ayatnya.
            "Eh... jangan salah tafsir pula... saya datang tengok kawan. Bukan nak tengok awak. Saya pegang pada syarat tau. Tak lupa pun... ingat lagi. Siap tampal kat setiap sudut dalam bilik...," agak kalut Adam memberi jawapan pada Pah. Pah terasa seperti hendak melepaskan tawa, namun ditahankan juga. Tidak pernah dia melihat reaksi Adam sebegini. Pertama kali dia melihat lelaki itu gelabah. Nampak comel saja. Comel? Pah... kau cakap dia comel!!! Err... silap ke?
            "tapi... dah alang-alang terjumpa kat sini... tak boleh ke, kita keluar makan ke? Nak juga saya sembang sekejap dengan bakal isteri saya... tak boleh ke?" pinta Adam dengan harapan yang tinggi. Wajah Pah statik saja. Senyum tidak. Marah pun tidak. Bakal isteri aku ni, memang tak ada perasaan ke?
            Pah menyeluk tangan ke dalam saku lab kot. Telefon bimbit dikeluarkan. Wajah Adam dipandang dengan senyuman sinis.
            "Nak batal ke?" membulat terus biji mata Adam dengan soalan Pah. Wah!!! Nampak sangat si Pah ni tak main-main dengan syarat dia. Adam, beware!
            "Eh... janganlah. Sekarang jugak saya balik. Assalamualaikum...," dengan perasaan yang agak gelabah, Adam terus saja melangkah ke keretanya yang terparkir di hujung jalan. Sempat lagi dia berpusing memandang Pah yang sedang berdiri sambil memeluk tubuh.
            "Jangan batal tau!" laung Adam kuat. Pah sudah memalingkan wajahnya. Dia sudah tidak tahan. Lahir juga senyuman yang ditahan-tahan sejak tadi. Kejam sangat ke syarat yang dia kenakan? Hurm... rasanya biasa saja!
            Pah mengalihkan wajah semula hendak mencari wajah Adam. Sudah bergerak ke keretanya? Namun, sekali lagi Pah tersentak.
            "Nak bermanja-manja pun, tolong cari tempat lain!" sinis saja kata-kata Hafiz singgah di pendengarannya. Pah mencebik. Menyampah! Ada saja yang dia tidak puas hati dengan aku.
            "Suka hati sayalah nak bermanja dekat mana pun. Tak mengganggu awak pun kan?" sinis juga Pah memulangkan soalan. Malas hendak berlama di situ, dia sudah mula memanjangkan langkah kakinya.
            "Pah...," Hafiz memanggil. Bengang dengan sikap acuh tak acuh Pah. Gadis itu memberhentikan juga langkah kaki tetapi tidak berpaling. Dia bergerak mendekati Pah. Jelingan tajam sudah jadi teman setia gadis itu.
            "Apa kurangnya saya dan apa lebihnya dia?" soalan Hafiz hanya melahirkan keluhan kasar di bibir Pah. Sangkanya sudah selesai bicara tentang perkara itu, tetapi Hafiz nampaknya tidak akan berpuas hati selagi dia tidak mendengar jawapan yang jelas dari Pah.
            "Tak ada yang kurang... tak ada yang lebih. Terima sajalah hakikat, yang saya dengan awak... tak ada jodoh," mudah saja jawapan yang bermain di bibir Pah. Suaranya dah cuba dilembutkan supaya nadanya senang didengar oleh telinga Hafiz. Cubalah belajar untuk terima hakikat wahai Tengku Hafiz! Bukan semua yang kita nak... akan jadi milik kita.
            "Awak sengaja nak sakitkan hati saya kan Pah!" itu pula yang dibalas oleh Hafiz. Pah sudah mengetap bibirnya geram. Memang betul spesies yang tak faham bahasa kebangsaanlah si Hafiz ni!
            "Tak ada pasal saya nak sakitkan hati awak... awak ingat saya suka nak main sakit-sakit hati orang. Ingat saya tak ada kerja lain... dari dulu saya dah cakap saya tak suka kan... maknanya saya tak sukalah!!! Awak tu yang kaki paksa. Semua kena dengar cakap awak. Awak nak apa saja... awak fikir awak boleh dapat dengan mudahnya... Perasaan ni, bukannya boleh main paksa-paksa Tengku Hafiz... kenapa awak tak faham?!" puas hati Pah meluahkan segala yang berselirat di mindanya. Kalau tak faham juga anak tengku ini dengan kata-katanya, memang dia sudah hilang akal hendak beritahu guna ayat apa lagi.
            Hafiz terdiam terus mendengar ayat yang diucapkan oleh Pah. Kaki paksa. Benarkah dia begitu selama ini? Disangkanya dia dapat memenangi hati Pah dengan cara itu tetapi dia tersilap tafsir sebenarnya. Pah bukan suka tetapi makin menyampah.
            "Sebab tu saja awak tak suka saya Pah?"
            Pah memandang wajah Hafiz tanpa berkelip. Memang sah, lelaki ini tidak akan faham bahasa. Tengok sajalah respon yang dia bagi. Sebab tu saja? Eh... kalau bukan sebab tu pun, aku tak suka juga kot. Macam mana nak suka, kalau tak rasa nak suka.
            "Awak, saya nak gerak dululah... letih saya bercakap dengan awak," Pah sudah malas hendak bercakap panjang lebar dengan Hafiz. Dia sudah tidak mahu mendengar patah perkataan dari bibir lelaki itu. Suara Hafiz yang memanggil namanya sudah tidak dipedulikan. Rimas rasanya!

"DIA tanya macam tu?" laporan harian Pah pada kaunselor peribadinya Eja yang sudah duduk menongkat dagu di meja makan.
            "Naik penat mulut aku nak terangkan pada dia. Menyampah gila," luah Pah.
            "He's seriously annoying! Macam Aliya jugak!" komen Eja. Terus tersedak Pah dibuatnya.
            "Aku terfikir yang dia orang berdua, perfect match!" balas Pah. Eja pula mengangguk-angguk dengan semangat.
            "Apa kata kita rapatkan semula silaturrahim budak berdua tu yang terputus... sekurang-kurangnya, tak adalah yang nak mengacau kau dan Adam...," cadangan yang bernas lahir dari otak geliga Eja. Pah menjungkit kening.
            "Busybody gila, nak main rapat-rapat silaturrahim orang lain..."
            "Eh... tak ada busybody mana pun. Kebaikan apa... untung dia orang kahwin, kan bagus!" Eja bersemangat melahirkan pendapatnya. Namun Pah hanya menggelengkan kepala. Entah kenapa, dia rasa rancangan macam ini takkan berjaya.
            "Kau sajalah buat... aku rasa nak muntah kalau nak kena ada urusan dengan Tengku Hafiz tu," pandai saja Pah melahirkan dalih.
            "No! No! No!" Eja menggoyangkan jari telunjuk di depan mata Pah, tidak setuju. Aci nak lepas tangan saja. Apa salahnya satukan semula kekasih yang terpisah lama. Ada untung juga, bukannya bawa rugi!
            "Kau kena tolonglah...,"
            "Tak nak lah... tak berkenan aku!" Pah masih menolak.
            "Pah... kau nak ke, Aliya tu menggedik-gedik dengan Adam? Dari cerita yang aku dengar... dia dah makin rajin duk menyinggah kat ofis tunang kau! Hah! Nanti di'grab'nya Adam dari kau... baru padan muka! Dah la buat syarat yang orang lain tak pernah buat!" bebel Eja. Pah sudah memuncung bila tiga syaratnya dipertikaikan. Tak ada luar alam sangat pun syarat tu. Kena saja dengan jiwa Latifah Hasnan.
            "Kalau ada jodoh... tak ke mana... kau juga yang cakap kan..."
            "Pandai menjawab ya... orang nak tolong memudahkan keadaan...,"
            "Aku rimaslah nak tengok muka-muka yang suka bagi aku menyampah," ucap Pah jujur. Memang dia menyampah dengan Hafiz dan juga si Aliya.
            "Siapa suruh kau tengok muka dia orang... tak perlu pun!"
            "Habis... macam mana nak buat? Nak bagi rapat silaturrahim yang kau cakap tu?"
            "Adalah caranya...," Eja sudah tersenyum penuh makna. Pah sudah menggaru-garu kepala. Tak fahamlah!

KAMERA yang tergantung elok di leher diletakkan atas meja. Dia baru saja selesai sesi photo shoot di Putrajaya. Lepas tu berkejar semula ke office. Walaupun penat dengan sesi fotografi yang bersusun di dalam schedule, tapi kepalanya tak pernah rasa serabut begini.

"Adam!" panggil Faizul sebaik saja wajah Adam kelihatan di depan mata. Faizul menghela nafas panjang. Pening betul dengan kepala Eja ini. Ada saja benda dalam fikiran dia.
            "Eja call aku...," dia memulakan bicara bila Adam sudah berdiri di depan mata. "Dia cakap... dia dengan Pah nak buat sesi penyatuan semula... Suzana dengan ex-boyfriend dia, Hafiz...," Faizul menghembuskan nafas lagi.
            "Sebab?" soal Adam pelik. Apa ke benda nak buat sesi penyatuan semula. Tak ada kerja lain ke?
            "Entahlah aku dengan budak berdua tu. Eja especially. Dia kalau bab-bab macam ni... bersemangat saja!"
            Adam dah berkerut dahi. Manalah dia orang ni dapat idea untuk nak buat benda ni.
            "Kau cakap apa kat dia?" soal Adam.
            "Aku cakap tak payah nak menyibuk hal orang. Tapi si Eja tu... macam nak dengar... semangatnya berkobar-kobar sangat," Faizul mengeluh lagi. Dia dan Eja pun tak tersatu lagi, sibuk-sibuk nak satukan orang lain. Itulah yang dibalas pada Eja. Namun hanya dengusan manja saja singgah di telingannya. Memang sah! Eja takkan dengar bebelannya.
            "Biarkan sajalah... asal jangan bawa mudarat pada orang lain...," itu saja yang lahir dalam fikiran Adam. Namun jauh di sudut hati, dia bersetuju juga. Sebabnya... Suzana makin meningkatkan usaha untuk memenangi hatinya. Kalau dia cakap, dia tak rasa bersalah... bohonglah! Ada juga rasa tu. Tapi... nak buat macam mana... dia nak pilih Pah. Dalam hatinya sudah terbingkai besar wajah Pah. Tak mungkin yang lain.
            Klik!
            Flash kamera menyilaukan mata Adam. Melihatkan wajah Faizul yang merenungnya tajam membuatkan dia tertanya.
            "Kenapa?" dah tak boleh panggil pakai mulut, nak kena guna flash kamera pula?
           "Tu...," panjang saja muncung Faizul menunjukkan ke arah pintu kaca. Kali ini, Adam pula mengeluh panjang. Memang spesies takkan mengalah.

Bab 29
BUAT SEKIAN kalinya kerutan naik di dahi. Dia semakin pelik. Masuk yang ini sudah dua minggu berturut-turut dia menerima sekuntum mawar merah dari pengirim misteri. Hanya coretan kata-kata indah sebagai pengenalan diri. Matanya melingas ke sekeliling bilik. Pelik! Terus saja tangannya meletakkan bunga itu ke dalam pasu yang sudah memuatkan bunga yang sebelum ini.
            "Kak yati...," Hafiz sudah mula mencari kakak kesayangannya. "Akak nampak tak siapa-siapa yang ke tempat Hafiz?" kak Yati hanya menggeleng kecil dengan soalan itu. Hafiz hanya mengeluh hampa. Susahnya nak meneka walaupun dia macam boleh agak, pengirim itu berada dekat saja di kawasan ini.
            Pah yang khusyuk berkerja, lebih tepat dikatakan pura-pura khusyuk sebenarnya, diam-diam memasang telinga hendak melihat reaksi lelaki itu. Hatinya tersenyum sendiri. Jangan tertangkap sudah Pah! Kalau tak nahas.

"APA macam?" soal Eja dengan nada riak. Pah menjungkit kening sebelah. Berlagak gila si Eja ni. Baru setakat dua minggu bagi bunga, dia dah mula target respon yang positif daripada si Hafiz tu. Ini baru Hafiz, part Aliya, siapa pun tak tahu. Susah juga sebab gadis itu bukannya kerja di bawah bumbung yang sama dengannya.
            "Tak payah nak yakin sangat dengan rancangan gila ni...," ucapan Pah seolah hendak melemahkan semangat Eja.
            "Kau jangan risaulah Pah... lepas saja kenduri kau, aku confirm, budak berdua ni pula yang naik pelamin," ucap Eja dengan senyuman bangga. Pah melepaskan tawa kecil melihat semangat utuh yang dipamerkan Eja dalam hal ini. Semangat sangat bab-bab penyatuan jiwa ni!
            Bunyi mesej alert menggangu perbualan mereka. Pah mencapai telefon yang diletakkan di meja kopi. Senyum nipis menghiasi bibirnya. Eja pula sudah tersenyum mengusik.
            "Adam ke?" soal Eja nakal. Pah menjelirkan lidah. Eja ketawa galak dengan reaksi Pah yang agak kebudak-budakan itu.
            "Ehem!!!" Eja sengaja berdehem. "Ke mana sudah lesapnya tiga syarat Latifah Hasnan yang aneh itu?" soal Eja skema. Dalam sekelip mata, wajah Pah sudah memuncung.
            "Ibu marah aku!" adunya manja. Lagi sekali, Eja lepas gelak. Padan muka!
            "Ibu cakap, Adam call ibu tanya bila nak tempah baju, bila nak beli cincin... lepas tu, bila ibu call aku, masa tengah kerja, aku kadang-kadang tak perasan orang call... terus saja kena marah dengan ibu," bibir Pah makin memuncung. Tak sangka pula ibu marahkan dirinya sebab syarat itu. Kata ibu, macam menyusahkan saja. Benda yang senang pun jadi rumit.
            "Ibu kata, jangan duk buat pelik-pelik... boleh saja Adam nak call untuk urusan-urusan penting macam tu...," sambung Pah lagi. Renungan makin manja dengan muncung yang tidak hilang lagi di bibir.
            Eja tersenyum mengusik. Bagus betul ibu. Pandai sungguh dia brainwash kepala otak Latifah yang selalu agak tak berapa nak sama dengan manusia normal yang lain.
            "So, dah boleh call... dah boleh mesej... dah boleh jumpa...," cepat saja Pah menggeleng.
            "Untuk benda penting saja!" tekan Pah. Kepala otaknya masih nak teruskan syarat yang tak disetujui oleh orang lain itu.
            "Dia mesej kenapa?" soal Eja yang masih dengan nada mengusik.
            Pah sudah mula memainkan mulutnya. Takkan nak cakap? Malulah...
            "Pah... benda yang paling penting...," usik Eja lagi. Sebab, kalau tak silap matanya terpandang... pipi Pah kelihatan merona merah tadi. Rasanya si romeo Adam itu ada menghantarkan sesuatu yang agak luar alam bagi jiwa normal Latifah. Dia sudah tidak mampu hendak menahan tawanya.
            "Kau ni... janganlah tanya... malulah...," balas Pah manja. Makin ternaik kedua-dua kening Eja.
            "Makin manja ya kau sekarang ni...," usikan Eja dibalas dengan cubitan padat pada lengan. Terus saja Eja mengaduh kecil. Main-main cubit pula.
            "Kau ni... usik-usik aku... kau tu bila? Kenapa macam lambat sangat abang Long nak balik dari Jepun tu?" soal Pah cuba mengalihkan topik tentang diri Eja pula.
            "Ahhh...," meleret pula si Eja menarik suara. Pah mencebik. Nak mengelatlah tu!
            "InsyaAllah... lagi dua bulan," ucap Eja tenang dengan senyuman manis. Pah sudah melopong besar. Lagi dua bulan?
            "Nikah?" anggukkan kecil Eja menjawab persoalan.
            "Abang Long dah balik?" Eja mengangguk lagi.
            "Tak cakap pun!" Pah sudah mengeluarkan aura merajuk. Sampai hati Eja, tak cakap pun dah tetap tarikh nikah. Eja mula menarik lengan Pah supaya menghadapnya.
            "Hei... aku pun baru tahulah. Mak dah bincang dengan mak Zul sebelum abang Long balik lagi... dia baru saja sampai Malaysia seminggu sudah. Mak kata, buat majlis nikah dulu... kenduri tu nak tunggu cuti sekolah, baru semua boleh balik kampung...," terang Eja dengan gelabah. Kali ini Pah pula sudah tersenyum simpul.
            "Saja je... nak usik kau. Janganlah gelabah macam ni!"
            "Kau ni Pah... buat aku takut saja,"
            "Kau nak kahwin dah Eja," ucap Pah dengan nada sayu.
            "Kau pun nak kahwin dah Pah," sambung Eja pula.
            "Kita dah takkan duduk sekali dah lepas ni," serentak mereka berkata.
            "Eja...,"
            "Pah...," keduanya bertentang mata. Terasa panas pula di tubir mata. Air mata Pah sudah jatuh membasahi pipi. Begitu juga dengan Eja. Seakan mula terasa dengan saat perpisahan yang bakal menjelang tidak lama lagi. Walaupun boleh saja hendak berjumpa, namun pastinya keadaan itu tidak akan sama seperti sekarang.
            Segala kenangan sejak dari zaman sekolah sehingga mereka melangkah ke alam pekerjaan. Kini, mereka sama-sama akan melangkah ke fasa yang dinantikan bagi setiap insan. Sama-sama hendak membina keluarga bahagia dengan jodoh yang ditakdirkan buat mereka.
            Pah mendepakan tangan. Eja pantas membalas. Adegan sayu yang sudah melenyapkan gelak tawa antara keduanya, digantikan dengan tangisan dan air mata mengenangkan perpisahan mereka kelak.
            "BFF Pah,"
            "BFF Eja,"

KALI PERTAMA dalam sejarah Latifah, keluar berdua dengan lelaki yang bukan muhrimnya. Ikutkan hati, dia tak nak. Tapi nak buat macam mana, terdesak. Eja pula ada kelas ganti hari-hari minggu macam ni. Nak ajak ibu, lagi banyak alasan dari bibir tua itu. Dia cuba pujuk mummy tapi sama juga, mummy sudah ada temujanji dengan teman. Maka, beginilah akhirnya. Pah sedang berjalan beriringan dengan Adam yang sudah tersengih lebar sejak dirinya berada dalam kereta lelaki itu.
            Macam gila pula bila difikirkan diri Adam ini. Pah dah kata, tak ada kerja lain agaknya, si Adam dari Damansara turun ke Klang semata-mata nak menjemputnya. Selepas itu, sama-sama mereka bergerak ke Kuala Lumpur ke butik kenalan Adam. Tak ke macam buat dua kerja? Boleh saja dia berjumpa dengan Pah di KL. Tapi lelaki itu degil sangat, berkeras juga nak menjemput dia.
            Kaki mereka sudah melangkah masuk ke dalam butik yang menempatkan berbagai fesyen busana pengantin. Dari yang labuh meleret-leret sehingga ke pendek separas lutut. Semuanya ada di situ. Mata Pah sudah berbinar melihat kilauan manik dari satu-satu rekaan yang digantung kemas bagi tatapan pengunjung.
            "Adam... my boy...," seorang wanita sudah keluar di balik tirai dalam butik itu. Pah melihat saja kenalan Adam yang sudah menghampiri mereka. Tersentak Pah apabila dengan selambanya wanita yang berbadan gempal itu memeluk Adam dengan erat. Apa ni? soal hatinya keras. Tak cukup peluk, dihadiahkan ciuman pula di pipi tunangnya.
            "Adam!" tegur Pah tidak senang. Adam tersenyum kelat. Wajah itu nyata kelihatan serba salah. Tetapi wanita itu tampak selamba saja.
            "Mana your fiancee?" sekali lagi Pah tersentak. Dia boleh tanya mana tunang Adam? Hoi mak cik, aku ada kat sebelah, apa kau buta ke??? Geram pula hati Pah dengan sikap selamba wanita itu. Dengan badannya yang sedikit gempal, disarungkan baju yang menampakkan segala aset perempuan. Huh!!! Dia ingat lawa sangatlah.
            "Pah... kenalkan, Suzy... kawan Adam," Adam dengan serba salahnya mengenalkan diri mereka. Mudah saja Pah mengesan riak terkejut di wajah wanita yang bernama Suzy itu. Senyuman sinis Pah hadiahkan sebagai salam pertemuan mereka.
          "Ini???" Pah makin panas dengan reaksi Suzy. "apa dah jadi dengan your taste Adam!!! You ni betul sihat ke?" Pah laju saja mengetap bibir. Wajah Adam ditenungnya tajam.
            "Adam, saya nak balik!!!" keras Pah mengeluarkan arahan. Dia sudah malas hendak berada di butik itu. Ini butik kenalan apa ni? Macam hantu saja! Ada ke melayan tetamu macam ni?
            "Suzy, inilah tunang I...," ucap Adam pada Suzy dan terus saja mengalih pandang pada wajah Pah. "kita tengok dululah... dia salah faham saja," Adam cuba memujuk lembut. Namun pandangan berapi di mata Pah sudah menjelaskan segalanya.
            Tanpa menunggu lama, Pah sudah mula mengatur langkah keluar dari kedai. Sebelum keluar, sempat dia berkata...
            "Tuan kedai... lain kali nak sambut tetamu, tak perlulah kiss kiss pipi dan peluk bagai macam orang tak ada maruah!!!"
            "Pah...," Adam memanggilnya kuat. Laju saja Pah mengatur langkah. Dalam kepalanya dah berselirat dengan macam-macam tanda tanya.
            "Pah tunggulah!" Adam sudah mula berlari mengejar langkah kaki Pah. Pantas saja dia dapat menghalang. Jelingan tajam masih setia di wajah Pah. Tahulah dia bahawa gadis itu sangat marah. Aduh! Menyesal pula aku ke butik ni. Tak sangka pula jadi macam ni.
            "Janganlah macam ni... saya minta maaf," Pah hanya diam. Tak kuasa nak menjawab. Renungan sudah menjadi beku, dingin dan kaku.
            "Saya pun tak tahu yang dia akan buat macam tu," ucap Adam lagi.
            "Suka hati awaklah nak buat apa pun!" balas Pah dingin.
            "Pah wait!" terhenti semula langkah Pah yang mula mengorak ke depan.
            "Jom!"
            "You still expect that I will follow you?" soal Pah sinis. "Never Mr. Adam!" jawab Pah dengan dengusan kasar.
            "Pah... please... it wasn't my fault," muka Adam sudah resah dan cuak. Takut kalau pelamin anganku musnah. Tengok dengan reaksi Pah yang dingin macam ni, ada kemungkinan juga untuk benda tu nak jadi.
            "Do whatever you want to do! Don't ask me... even a word!" laju juga Pah bergerak menghampiri kereta. Kaku dia di sisi kereta menanti Adam. Sakit sungguh hati ini, semua ini sebab si Suzy tak tahu malu tu! Kalau dia punya kudrat yang tinggi, sudah pasti ditolak saja perempuan, biar jatuh berguling macam nangka busuk. Ada hati nak peluk cium bakal suami aku! Hatinya mendengus marah.
            Kereta Adam sudah mula bergerak. Sunyi sepi antara mereka. Baru pertama kali keluar berdua, tak terasa pun indahnya. Pah menala pandangan ke luar kereta saja sehingga sampai di bawah kawasan rumahnya.
            "Pah...," suara Adam perlahan saja mencecah telinganya. "I'm sorry," Pah diam juga. Tidak membalas.
            "Kita... still on ke? I mean, our wedding?" soal Adam dengan nada risau. Bimbangnya hati ini, hanya Tuhan saja yang tahu.
            Pah sudah membuka pintu kereta. Kakinya sudah melangkah keluar. Sempat dia berpaling dengan pandangan dinginnya.
            "Awak nak tahu tak... hanya orang gila saja yang akan kahwin dengan awak!!!" Adam mengetap bibir. Hatinya tersentap. "And I guess...," Pah menyambung lagi dengan nada yang sama. Dingin.
            "sayalah orang gila tu!!!" pintu sudah terkatup rapat dan Pah sudah melangkah laju menaiki tangga. Adam seakan terpana.

Bab 30
"YANG kau pandai sangat ajak dia ke butik Suzy tu kenapa? Kau pun tau kan kegedikan Suzy tu macam mana...," Adam tayang muka seposen bila Faizul mula membebel.
            "Yela... yela... aku tau, aku silap. Aku ajak ke situ pun sebab baju-baju kat situ lawa-lawa. Tambah pula Suzy kan kenal aku dah lama... mana tau boleh dapat special price," ucap Adam membela diri. Walaupun dia dah rasa menyesal habis bawa Pah ke butik pengantin itu.
            "Habis tu... Pah macam mana sekarang? Marah dengan kau?"
            "Aku tak tahulah... muka dia dah back to normal, macam first time aku tengok dia. Dingin, beku, macam ais batu. Silaplah bro... aku baru berangan nak beromantik bagai dengan dia. Potong stim betul," ucap Adam dengan tangan menepuk dahinya.
            "Kenduri?" soal Faizul dengan nada yang risau juga.
            "Still on!" Faizul menghembuskan nafas lega. Uish!!! Nasib baik.
            "Kau ni... memang kira beruntung la. Kejadian hari tu, boleh kira sebagai titik maut untuk perkahwinan kau dengan Pah. Nasib dia tak suruh batalkan kenduri," Adam mengangguk, setuju. Dia punya cuak tak ingat hari tu. Takut juga kalau-kalau si Pah minta putus tunang.
            "Aku pun risau juga pasal tu... tapi kan, dia kata macam ni... hanya orang gila saja yang akan kahwin dengan aku... and she guess, dialah orang gila tu!" wajah Adam dah tak serupa orang bila mendengar ayat itu. Tapi dipanjatkan juga rasa syukur sebab Pah tak buat keputusan drastik untuk minta putus.
            "Amboi...," Faizul dah berubah rentak. Mood mengusik sudah kembali. Macam tak percaya saja Pah cakap macam itu. "Sayang juga ya Pah tu kat kau... kalau aku kat tempat dia, aku memang takkan setuju nak kahwin dah. Iyalah... bakal suami kena peluk dan cium depan mata... uish! Sakit hati gila... she adore you that much hah!"
            "Dia sayang aku ke?" soal Adam blur. Pantas tangan Faizul meluku kepala Adam.
            "Ngok betullah!!! Kalau dia tak sayang... dia dah minta putus tau. Tak ada masa dia nak kahwin dengan mamat kasanova macam kau ni...," marah Faizul. Adam pula sudah tersengih kelat. Takut juga kalau Pah dah tak sayangkan dia, sudahlah reputasi diri dah tercemar depan bakal isteri.
            "Lepas ni, tak bolehlah nak tempah baju kahwin sama-sama la ye...," perli Faizul. Adam mengangguk saja. Lepas keluar saja dari keretanya tempoh hari, Adam menerima kiriman pesanan ringkas dari Pah.
            - This will be the last msg between us. Kalau nak tanya apa2 pasal kenduri, direct dgn ibu saja. I don't want to see u, until our wedding day. Kalau jmpa jugak... kali ni, betul2 saya akan batalkan kenduri. I really meant it. Till then... t.c.
            Walaupun dia sedih sebab dah tak boleh nak berhubung dengan Pah, tapi ayat t.c itu mampu membungakan senyuman di wajahnya. Lega rasa hati ini. Dingin-dingin Pah pun... ada juga rasa prihatin dalam hati. Tak apa... tak lama lagi. Pejam celik dah sampai hari kenduri.
            "Lepas ni, aku kena deal dengan ibu saja... tak apalah, tak kisah... sabarkan saja hati ni. Cuma, aku tak boleh jumpa dia dah... kali ni, kalau betul jumpa... dia akan batalkan kenduri, for good!"
            "Gila!!!" Faizul pecah gelak. Nasib kaulah Adam, dapat bakal bini yang determine macam Pah.
            "By the way... kau punya persediaan macam mana?" Adam sudah mengalihkan topik.
            "Alhamdulillah... mak dah uruskan semua kat sana. Kerja aku cuma kena pergi jumpa kadi... lepas tu confirm balik waktu nikah. Kalau tak aral yang melintang... InsyaAllah, lagi sebulan aku jadi suami orang...," terasa cepat saja masa berlalu. Dari dua bulan hari tu, kini lagi sebulan. Pejam celik saja.
            "Kau jadi senior la nanti...," ucap Adam dengan senyuman penuh makna.
            "Senior beza berapa bulan ja... still dalam tahun yang sama juga...," kedua-duanya tersengih panjang. Entah apa saja yang ada dalam kepala otak bakal-bakal suami orang ini.

"PAH... okey tak?" Eja sudah berpusing-pusing ala-ala nak buat fashion show. Pah membulatkan biji. Vogue sungguh.
            "Cantiklah... glamour kau Eja," baju kebaya putih yang tersarung di tubuh Eja tampak mewah dengan manik-manik kristal di hujung baju dan tangan.
            "Kau tempah dekat tempat biasa ke?" soal Pah. Eja mengangguk.
            "Yela, akak tulah. Cantik kan dia jahit. Aku suka part manik ni... even upah dia agak nak terbuntang biji mata aku... tapi berbaloi rasanya," Pah mengangguk sekali. Memang berbaloi rasanya.
            "Kau tempahlah kat akak tu Pah...," cadang Eja. "Kau boleh minta fesyen apa saja. Kain ni pun akak tu yang belikan... masuk sekali dalam charge la...," pujuk Eja. Pah diam saja berfikir.
            "Tengoklah...," itu saja yang dibalasnya. Eja dah menjegil geram. Kepala Pah diluku perlahan.
            "Tengoklah...," ajuknya. "Gaya macam tak mau kahwin ja!" marah Eja.
            "Nak lah...," cepat saja Pah menyambut. Tak ada pun dia kata nak batal kenduri kan. Dia nak saja kahwin dengan Adam sebab... sebab... tak tahulah sebab apa... sayang kot?
            "Habis tu... kenapa tak nak ikut Adam pergi tempah baju, yang jadi hari tu bukan salah dia pun...," Eja memujuk.
            "Memanglah bukan salah dia... tapi menyampah tau aku tengok perempuan tu. Dah lah ikut suka dia peluk tunang aku. Cium kat pipi siap punya cupp lagi... Eeeiii... ikut rasa hati aku tak nak kahwin dah dengan Adam!" ucap Pah beremosi.
            "Kenapa tak batalkan kenduri?" soalan Eja membuatkan Pah tersentap.
            "Err...rrr... sebab...,"
            "Tak payahlah Pah kahwin dengan dia," Eja sengaja hendak menduga. Nak tahu juga sejauh mana sayang Pah untuk Adam kasanova itu. Bukan senang Pah nak sayangkan seseorang. Kalau sayang pun, tak nampak macam sayang. Dingin saja reaksinya.
            "Mana boleh... aku kena kahwin dengan dialah...," Pah sudah bersuara manja. Tak sampai hati nak batal-batal kenduri. Itu semua hanyalah propaganda semata-mata. Dia takkan buat macam itu pun. Sebabnya hanyalah satu... hatinya sudah melagukan kata-kata kasih buat lelaki yang bernama Adam Fahmi itu. Tapi nak mengaku secara jujur tentang perasaannya di depan Eja seperti yang sebelum ini, dia terasa malu pula.
            "Rasa sayang kan? Even ada orang peluk cium dia... kau tak boleh nak lepaskan dia kan...," usik Eja. "Tak salah kau cemburu Pah... dia tunang kau. Kalau orang buat macam tu dengan Zul pun aku nanti marah. Silap-silap orang tu dah masuk hospital apa kena serang dengan aku...," ucap Eja sambil tertawa.
            "Kalau aku serang orang tu... silap-silap aku yang masuk hospital," ucapan selamba dari Pah membuatkan Eja merancakkan lagi tawanya. Dia ingat lagi deskripsi Pah tentang wanita bernama Suzy itu. Berbadan gempal dan padat. Mana mungkin cukup kudrat Pah untuk berlawan dengan wanita itu.
            "Nak pergi tempah tak?" dahi Pah berkerut. Tempah apa pula dah? Tempah nahas?
            "Apa?"
            "Baju kendurilah...," oh itu! Pah menepuk dahi. Akhirnya dia mengangguk sambil tersenyum. Mestilah nak.
            "Amboi... semangat nak kahwin na...," usikan Eja disambut baik oleh Pah dengan senyuman malu.
            "Dia pun sama juga kan... semangat saja nak kahwin dengan abang Zul dia...,"
            "Eh... of course!" balas Eja bersemangat. Mereka ketawa riang.

HARI minggu menjelma lagi. Pah dengan Eja sibuk di dapur. Sibuk apa sangat... Pah tengah jadi sifu ajar Eja memasak makanan kegemaran Zul. Bebelan di bibir Pah tidak dipedulikan Eja. Asal dia dapat belajar masak sudah. Desisnya.
            "Ayam sambal... cuba sebut balik step yang aku ajar tadi?" soalan dari chef Pah. Eja sudah mula menggaru-garu kepala. Ayam sambal...
            "Kau masukkan pudina kan tadi. Untuk apa ya?" dia pula yang menyoal Pah kembali. Pah menjeling sekilas. Fungsi pudina pun dia tak tau untuk apa.
            "Nak bagi wangilah...," Eja terangguk-angguk. Dicatit juga point itu dalam buku catatan masakannya.
            "Cepat, sebut balik...," desak Pah. Nasib badan dia, dapat anak murid macam Eja. Bila dia bagi cadangan, dia akan guide dan Eja memasak. Pantas saja Eja menolak. Disuruhnya Pah masak dengan alasan dia nak mencatit. Sekarang bila suruh ulang balik, Eja buat-buat muka blur pula.
            "Bak sini... nak tengok, apa yang kau catit...," Eja terus saja menyembunyikan buku catatan itu ke belakang bila Pah menghulurkan tangan. Sengihan lebar ringan saja terukir di bibir Eja.
            Pah dah menjeling, mesti duk berangan masa aku sibuk memasak.
            "Eja... lagi tiga minggu nak jadi bini orang tau!!!" suara Pah bergegar dalam gegendang telinga Eja.
            "Okay... okay aku ulang... kalau silap jangan marah!" balas Eja dengan gelabah. Bila dengar saja countdown untuk nak kahwin, rasa seram sejuk satu badan. Tak cukup dengan bebelan Mak Ton dari kampung yang asyik bertanya dah lepas test masakan ke.
            Pah tahan senyum. Gertak sikit baru nak gelabah. Tahulah dah mula cuak nak kahwin.
            "Mula-mula masukkan bawang... kayu manis, bunga lawang dan lagi satu... kecik kuning tu.. apa nama dia?" Pah menjegil mendengar soalan Eja.
            "aku ingat... aku ingat... buah pelaga," Pah mengangguk. Dengan usaha yang keras, dia menyembunyikan senyuman di wajah. Seronok pula tengok wajah Eja yang gelabah ini.
            "Tumiskan sekejap, lepas tu masukkan halia dengan bawang putih yang dah di blend... lepas tu tuangkan bawang kisar...,"
            "Sebab apa kena guna bawang kisar?" sengaja Pah menyelitkan soalan. Eja dah mendengus kecil. Nak ingat step pun punya payah. Ini pula dia nak ingat kenapa nak kena kisar bawang. Eja, baik kau jawab, soalan simple saja ni. Hatinya beringat.
            "Sebab sambal kan... sama jugak kalau nak buat sambal tumis ikan... kena kisar bawang juga," dengan yakinnya Eja memberi jawapan.
            "Bagus anak muridku...," pujian Pah pantas saja mengembangkan hati Eja. Uhuk!uhuk! Tersedak pula. Perasan sangat punya pasal.
            "Tak payah nak kembang setaman... cepat sambung step tu...," balasan Pah mengkempiskan hati Eja yang sudah kembang setaman.
            Bunyi deringan telefon bimbit yang kuat dari poket apron Eja mengganggu konsentrasinya. Seperti biasa dengan sengihan ala kerang busuk, Eja memohon kebenaran dari Pah untuk keluar sebentar dari dapur. Dengan apron yang masih tersarung di badan, Eja sudah bergerak ke ruang tamu.
            "Gaya macam dia saja yang memasak, dengan apron semua...," ucap Pah perlahan sambil menggelengkan kepala. Aku yang memasak ini pun tak pakai apron. Dah berbau bawang dah satu badan. Nak kena mandi lepas ini. Diintainya Eja yang sedang berbual dengan manjanya di ruang tamu, dia sudah dapat mengagak siapa gerangan yang menelefon itu.
            Sudahnya dikemasnya semua barang yang telah digunakan. Dia hendak mandi. Kalau nak tunggu Eja habis bergayut, naik berkulat rasanya badan ini.
            "Jangan duk mengatal lama sangat dalam telefon tu...," sempat saja Pah melaung sebelum masuk ke tandas.

Bab 31
            Makanan sudah terhidang atas meja. Eja baru saja sudah bergayut. Pah hanya menggeleng kecil. Bergayut kalau dah tak ingat benda lain. Eja dengan apron mickey mouse yang masih tersarung di tubuh gadis itu, nampak kelakar saja. Tambah pula dengan gaya Eja yang sekejap-sekejap berubah posisi dari duduk, lepas itu bertenggek pula di birai tingkap. Spontan saja senyuman terukir di bibir Pah.
            Dia seperti sudah perasan akan perubahan diri sejak akhir-akhir ini. Dia semakin mudah tersenyum. Terkena tempias Adam Fahmi ke? Mungkin juga. Lelaki itu terlebih gula sangat, sampai aku pun dah dapat reflection. Sebutkan nama Adam Fahmi, entah apa khabar lelaki itu. Akur sungguh Adam dengan permintaan Pah. Takut sangat agaknya kalau-kalau aku batalkan majlis perkahwinan kami.
            Hati Pah sudah disapa rasa aneh. Setelah menyaksikan 'freeshow' saat pertama kali dia dan Adam keluar berdua, kenapa dia masih hendak meneruskan perkahwinan ini? Begitu sayangkah dia pada lelaki itu? Entah kenapa, hatinya seakan tidak mahu melepaskan lelaki itu walaupun dalam masa yang sama dia masih mempersoalkan apa yang dirasakan dalam hati. Aneh bukan. Haish!
            Keluhan sudah meniti bibir Pah. Susahnya kalau tak dapat nak faham dengan kehendak hati dan perasaan sendiri.
            "Pah... this is nice," suara Eja sudah kedengaran dari belakang. Wajah Eja yang sudah segar menyapa wajah Pah dengan senyuman lebar.
            "Syukran ya Shazriza... hal anti turidu an takkulu al'an?" mendengarkan ayat arab dialunkan di bibir Pah, Eja sudah menjeling ke arah Pah dengan ekor mata.
            "Yang kau speaking arabic ni kenapa pulak dah? Tau lah orang tu arab A1, aku cukup-cukup makan ja!" balas Eja dengan muncung.
            "Itu yang aku tanya... kau nak makan sekarang ke?" selamba saja balasan dari Pah. Walaupun dia sudah tidak sabar hendak melepaskan tawa dengan muncung sedepa di wajah Eja, tetapi ditahankan juga. Bukan susah mana pun untuk Pah menahan tawanya. Dia sudah biasa mempamerkan reaksi kayu dengan mudah.
            "Iyalah! Jom makan...," balas Eja yang masih mengekalkan muncung di bibir. Pah sudah tersenyum nipis.
            "Amboi... orang usik sikit dengan bahasa Arab pun dah tak boleh...," ucap Pah. "Basic saja pun... macam kau dah tak ingat semua... takkan hilang ingatan terus kot," usik Pah lagi.
            "Lupa!" balas Eja dengan jelingan manja. Manalah dia nak ingat, kalau tak praktis. Kenapalah, waktu-waktu macam ini juga Pah nak buka kuliah bahasa Arab. Pah tak apalah... best student. Bahasa Arab untuk dia, macam kacang kuda saja. Pejam mata pun dah boleh skor. Aku... pejam mata, alamatnya tak lepas-lepaslah exam Arab.
            "Lupa konon! Cakap bahasa lain boleh saja. Sekejap-sekejap... saranghae... lepas tu... te amo... lagi apa entah yang aku dengar... yang bunyi comel sikit bila kau sebut...," Pah cuba mengingatkan kembali perkataan yang didengar sekejap tadi. Matanya sudah bercahaya. Dia sudah ingat. "Aishiteru...," perli Pah dengan gaya manja, betul-betul kena atas batang hidung Eja.
            "Pah!!!"
            "Apa?"
            "Janganlah... malulah macam ni!"
            "Kalau malu... lain kali cakap telefon, duduk dalam kelambu. Aku pun takkan dengar ayat-ayat jiwang karat kau... kuat pula tu. Dengar habis satu rumah. Silap-silap... kak Jamilah yang kat sebelah tu pun dengar apa...," Eja sudah melopong. Takkan kot dengar sampai rumah sebelah. Dia rasa dia menggunakan volume yang paling rendah saja. Tapi, Pah boleh dengar pula. Jelas semuanya. Aduh! Malu cheq!
            "Pah ni...," rengek Eja manja. Sebenarnya dah tak tahu nak kata apa! Nak menutup rasa malu dalam diri, terpaksa buat-buat manja dengan Pah macam tak jadi apa-apa.
            "Yes... Pah ni... memang macam ni...,"
            "Aku takkan buat dah!"
            "Boleh percaya ke?"
            "Bolehlah... dapat saja call lepas ni, aku lari masuk bilik... kunci pintu. So that, kau takkan dengar,"
            "Baguslah kalau macam tu,"
            "Jomlah makan...," pantas saja Eja bangun menceduk nasi ke dalam pinggan. Ini juga merupakan salah satu kaedah nak cover malu. Sudah termosyeh(malu) lebih dah depan Pah hari ini.
            "Oh ya... sebelum aku lupa...," Eja seakan teringat satu perkara. Kalau tak bagi tahu, memang sah dia akan terlupa terus. "Kita kena stop bagi bunga pada kekasih misteri berdua tu,"
            "Kenapa?" Pah mengerutkan dahi. Pelik pula rasanya. Kenapa hendak dihentikan penghantaran bunga sedangkan belum ada bunga-bunga cinta yang berputik di antara mereka.
            "Biar dia orang rindu-rinduan," makin bertambah kerutan di dahi Pah mendengar jawapan Eja. Boleh pakai ke hipotesis si Eja ni?
            "Kau ni... confirm ke ada rindu-rindu?"
            "Confirm punyalah!" ucap Eja bersemangat dengan sengih yang begitu lebar sekali. Pah hanya mencebik. Eja kalau bab-bab macam ini, semangat dia melantun-lantun. Cuba kalau bab masakan? Ada dia bersemangat macam ini.
            "Eja, praktis masak esok," terus mati sengihan lebar di wajah Eja. Erk! Rasa macam nak tercekik tulang pun ada, sedangkan nasi pun belum telan.
            "Okey," lemah saja jawabnya. Akur dengan arahan Pah. Tak apa, untuk kebaikan juga. Lagi tiga minggu saja nak jadi bini orang. Bila lagi nak rajin-rajin belajar masak.

"KAK YATI...," suara Hafiz sudah kedengaran. Pah yang baru nak masuk dalam lab, terus tak jadi nak melangkah. Disebabkan Tengku Hafiz ada dalam itu, jadi dia nak pergi merayap tempat lain dulu.
            "Akak nampak tak siapa-siapa yang datang ke tempat Hafiz hari ni?" walaupun sudah melangkah menjauhi lab, sempat juga Pah menangkap suara Hafiz. Terus terhenti langkahnya. Dia ingin mendengar dengan lebih lanjut. Bukan nak jadi busybody, tapi nak tahu jika benar tekaannya.
            "Tak ada pula," jawapan kak Yati jelas juga di gegendang telinga Pah.
            "Ya ke... tak apalah," derapan kasut Hafiz seakan sudah hampir dengan pintu. Pantas saja Pah berlari nak bersembunyi belakang tembok. Hendak lari jauh-jauh mana sempat. Nanti tertangkap 'basah', buat malu tak sudah. Latifah Hasnan curi-curi dengar perbualan orang, aish! Itu bukan aku namanya.
            "Kenapa Hafiz?" soalan kak Yati bergema kembali. Mata Pah dapat menangkap Hafiz sudah memalingkan wajah menghadap kak Yati. Langkahnya juga sudah dimatikan.
            "Tak ada apa. Saja tanya... mana tau, ada orang datang tadi nak bagi bunga,"
            Pah sudah menekup mulutnya yang sudah terbuka luas dek rasa terkejut. Macam mana boleh mengena hipotesis Shazriza Sahak ni? Ilmu apa yang dia pakai sampai boleh ramal tentang perkara ini. Pah rasa macam nak telefon Eja sekarang juga cakap pasal benda ini. Tiba-tiba saja Pah jadi teruja dengan idea penyatuan Hafiz-Aliya yang disangkakan mengarut pada mulanya. Tidak sangka, mengena juga ramalan pakar cinta, si Eja! Mesti bangga habis mak cik seorang tu...
            Pah terus saja bersandar di dinding sebelahnya. Tangannya sudah menyeluk saku lab coat. Alamak! Kosonglah pula. Mesti dah tertinggal telefon bimbit dalam handbag. Baru saja dia hendak berpaling.
            "Pah...," terus Pah tersentak. Aduh! Nasib tak luruh jantung ini. Terkejut sungguh rasanya bila tiba-tiba kalih saja muka, wajah Hafiz sudah terpampang depan mata. Pandangan lelaki itu pula sangat pelik. Pah seakan dapat mentafsir maksud pandangan yang bertanya, buat apa disini? Agaknya itulah yang bermain di fikiran lelaki itu.
            "Buat apa dekat sini?" soalan yang sama diucapkan Hafiz. Pah cuba berlagak tenang. Takkan nak jadi bendul cakap saya mengintip awaklah.
            "Tak ada apa... saja nak bersandar kat dinding. Rasa seronok pula," jawapan ini lagi kedengaran tak masuk akal. Berkerut seribu dahi Hafiz yang seakan tidak mahu percaya dengan jawapan yang diucapkan oleh Pah.
            "Saya masuk dulu ya...," pantas saja Pah meminta diri untuk berlalu.
            "Pah...," panggil Hafiz dengan lembut. Pah sudah mematikan langkah. Dia nak tanya apa lagi? Agak-agak? Hendak tak hendak saja Pah memalingkan wajahnya menghadap Hafiz yang sememangnya setia memandangnya. Sengaja Pah menaikkan kening untuk bertanya, ada apa?
            "Awak pernah nampak tak, orang yang hantar bunga pada saya?" refleks tanpa mampu dikawal, Pah terus saja mengangguk. Namun sekejap saja, dia bagaikan tersedar. Allah!!! Macam mana boleh terlepas tindakan di luar kawalan. Mampus dah! Renungan Hafiz yang makin pelik membuatkan Pah terasa nak lari jauh.
            Kalau Eja tahu aku hampir nak terbuka rahsia kerajaan besar, habislah aku nak kena dengar leteran mak cik itu.
            "Latifah...," ada suara yang mencelah di antara dirinya dan Hafiz. Pah pantas saja beralih pandang. Wajah Dr. Haziq terbias di depan mata.
            "Prof. Zaini nak jumpa awak," Pah menghembuskan nafas lega. Dia sudah ada alasan untuk melarikan diri.
            "Okey... thanks, saya pergi dulu," kelam kabut saja Pah meminta diri. Renungan Hafiz yang menikam wajahnya membuatkan dia jadi tak tentu arah. Bukannya sebab berdebar tapi sebab dia takut lelaki itu dapat tahu perkara sebenar. Pandangan Hafiz yang sangat musykil buat dirinya itu hanya membuatkan dia terasa menyesal yang amat. Kenapalah Latifah Hasnan mengangguk? Kenapa tak digelengkan kepala?
            Walaupun kakinya melangkah ke depan dengan laju ke bilik Prof. Zaini namun mindanya lebih terarah di belakang, di depan bilik makmalnya.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Cerpen: Lain di Mulut, Lain di Hati

JAMBANGAN bunga ros yang berada di atas mejanya itu dicapai. Tanpa melihat nama pengirim pun dia sudah boleh meneka, siapa pengirimnya. Terus dengusan tidak senang dilepaskan. Tanpa menunggu sesaat, jambangan bunga itu sudah terhumban ke dalam tong sampah di sudut bilik.             Huh! Apa dia fikir aku ni perempuan, nak cair kalau disogokkan dengan bunga. Kalau aku cakap benci, memang akan benci selamanya! rungutnya.             Serentak itu, pintu biliknya diketuk. Terjengul wajah Selina, setiausahanya.             “Encik Irfan, Puan Eryna nak jumpa.”             Sekali lagi dia melepaskan dengusan kasar. Tidak cukup dengan bunga yang merimaskan, sekarang, tuan punya badan pula muncul di depan mata. Ah, benci!             “Suruh dia balik! Saya tak nak jumpa dia.” Kuat dan lantang sekali suara Irfan sehingga begitu jelas buat pendengaran Eryna yang sedang duduk menunggu di luar bilik. Eryna tersentak. Riak wajahnya terus beruba

Cerpen: Hati ini [End]

BUNYI suara yang bertingkah dari ruang tamu mengkakukan langkah Ana di anak tangga terakhir. Dia yang turun ke bawah dengan niat untuk membasahkan tekak terkaku seketika. Tidak mahu menonjolkan diri di hadapan tetamu mama dan papa, tanpa berfikir panjang dia sudah memalingkan badan hendak bergerak ke atas semula. Namun sekali lagi, dirinya terus kaku di situ. Suara yang melaungkan namanya membuatkan badannya menjadi gementar secara tiba-tiba.             “Ana…” namanya dipanggil sekali lagi. Dia kenal suara itu. Terlalu kenal. Tetapi dia tidak mahu memalingkan wajahnya. Atas sebab apa, dia tidak pasti. Ikutkan sahaja kata hati.             Sentuhan di bahu membuatkan Ana tersentak. Pantas dia berpaling dengan wajah yang sudah berubah riak. Dia tidak suka dengan sentuhan itu. Sentuhan yang tidak menghormati dirinya sebagai seorang wanita muslim. Seketika mata mereka bertemu. Ana terkedu. Seakan tersedar dari mimpi… senyuman yang menghiasi

Cerpen: Dia yang aku cinta

Berdebar-debar rasanya saat menanti di ruang legar ini. Menanti kehadiran insan yang disayangi. Menanti saat yang ditunggu-tunggu selama ini. Disunting menjadi suri dalam hidup lelaki yang dicintai. Ah! Indah sungguh rasa…             “Tahulah nak tunggu insan tercinta. Kut iya pun… tak perlulah tayang riak wajah teruja, yang terlebih perisa pulak!” teguran berunsur perlian itu hanya membuatkan dia menjeling manja.             “Biarlah!” balasnya dengan menyampah.             Tiada siapa pun tahu apa yang dirasainya selama dua tahun ini. Hidup berjauhan dengan insan yang memenuhi ruang hatinya. Sungguh menyeksakan jiwa dan raga sahaja!             “Akak…” panggilan itu membuatkan dia melepaskan dengusan manja.             “Apa?!” soalnya geram. Geram saat khayalan indahnya dicantas dengan kejam. Sedangkan, hanya itu yang mampu dilakukan di saat ini.             “Tu…” mulut si adik sudah memuncung ke satu sudut.             Matanya turut berlari mencari. Seketika dia