Advs

Followers

November 11, 2010

Klik [4]

Bab 17
            KLIK!
            Klik!
            Klik!
            Butang kamera ditekan bagi merakamkan panorama yang dirasakan menarik.
            Klik!
            Sekali lagi butang kamera dipetik. Gambar di skrin dilihat. Argh!!! Terasa seperti hendak baling saja kamera yang berada dalam pegangannya. Tangannya terketar-ketar. Angle gambar yang dirakamkan tidak menarik. Kurang sharpness. Tangan tak steady! Apa sudah jadi?
            Entah kenapa, sejak kebelakangan ini mindanya mudah saja bercelaru. Fikirkan apa, dia pun kurang pasti. Hendak kata risaukan Pah, dia sudah selamat discharge dari hospital. Info yang dia dapat dari Faizul. Hendak kata risaukan projek photoshot dengan Pah, pun tidak juga kerana dia sudah berjaya terpilih sebagai top ten dan gambar yang dirakamkan olehnya mendapat pujian dari big bos. Terima kasih pada Pah.
            Dan lagi satu, mungkin kerana ini mindanya tidak mampu fokus. Ya, benar. Ini adalah sebabnya. Fikirannya menerawang memikirkan perbualan tempoh hari. Semakin tidak senang duduknya.
            "Dia kenal Pah!" kata-kata yang terbit dari bibir Faizul yang mampu membuatkan nafasnya terasa sesak.
            "How?"
            "Dia orang kawan lama...," penerangan Faizul semakin menyesakkan minda. Dia tidak ingin berprasangka tetapi hatinya kuat mengatakan ada sesuatu yang tidak kena dengan gadis itu. Dia mampu untuk lakukan sesuatu yang di luar jangkaan pada Pah.
            Deringan telefon membuatkan Adam tersentak. Pantas saja tangannya menyeluk saku mengeluarkan telefon bimbit.
            "Ya mummy,"
            "Oh. Okey... Adam datang," pendek saja jawapannya. Pemandangan tasik yang terbentang indah di hadapannya di pandang sepi. Air itu tenang sekali tanpa sebarang kocakan. Alangkah bagusnya kalau jiwa aku setenang itu.
            'Buat perubahan untuk DIA...' kata-kata Eja menyapa minda. Adakah jiwa aku tidak tenang sebab aku sering lupakan DIA?
            Keluhan berat dilepaskan. Pantas saja dia menyimpan kamera dalam beg galasnya. Langkah kaki diatur menuju ke kereta. Enjin dihidupkan dan laju saja pedal minyak ditekan meluncur ke rumah mummy.

PANDANGAN TAJAM yang diterima dari Adam tidak dipedulikan. Pegangan erat jari-jemari mummy yang bersulam dengan jarinya semakin menambahkan semangat. Serentak itu juga senyuman manis menghiasi bibir buat tatapan Adam, namun lelaki itu membalasnya dengan senyum sinis.
            "Kamu berdua duduk dulu, sembang-sembang, mummy nak naik atas kejap...," ujar mummy sambil melangkah meninggalkan ruang itu. Terasa sunyi dan sepi walaupun masih ada dua jasad yang berdiri bertentang muka antara satu sama lain.
            Perlahan langkahnya dibuka menghampiri Adam. Merapati tubuh lelaki itu. Tangannya ingin menggengam jemari yang pernah bersimpul dengannya. Tetapi reaksi Adam di luar dugaannya. Adam menepis kasar.
            "You buat apa ni?" soal Adam kasar. Marahnya meluap-luap. Dia tidak mahu ambil peduli pandangan Adam yang jelas mempamerkan perasaan tidak suka padanya. Dicapai lagi tangan itu dan kali ini juga Adam menepis kasar malah lebih kasar.
            "Oh... sekarang dah tak suka kalau I pegang?" soalnya dengan berang.
            "You buat apa dekat sini? Kenapa you datang sini?" soal Adam marah.
            Serentak itu senyuman sinis menghiasi bibir itu. Perlahan tangannya menguak rambut yang menutupi mata. Ingin melihat wajah Adam dengan lebih jelas.
            "Kenapa nak marah-marah ni... mummy you okey saja dengan I. Dia suka I datang sini. Dia siap complain lagi, you lambat sangat nak perkenalkan bakal menantu dia... sebab tu I datang sendiri...," dengan lenggok tubuh yang manja, kata-kata itu dialunkan buat pendengaran Adam.
            Adam menjeling tajam. Benar, dia sudah tidak mengenali gadis yang bernama Suzana ini. Sinis kata-katanya. Sinis riak wajahnya. Namun dia tetap berlenggok manja. Apa motif gadis ini sebenarnya?
            "Suzana...," ucap Adam perlahan. Dia tidak mahu memanaskan keadaan. "Kalau you masih terasa dengan apa yang I dah buat pada you, I minta maaf. I am extremely sorry okay!" Adam cuba beralah dengan ucapan maaf. Dalam diam, dia mengakui bahawa kesalahan terletak di bahunya.
            "You... ingat senang-senang you boleh tinggalkan I," ucap Suzana keras dan separuh berbisik.
            "I wont let you go! Kalau you masih nak tinggalkan I, you better watch out! I wont simply let both of you be happy...," kening Suzana sedikit terjungkit memandang wajah Adam yang seakan tidak percaya dengan apa yang diucapkannya.
            "Atas sebab apa you nak buat semua ni? Dendam dengan I?" soal Adam lagi. Suzana benar-benar berbeza.
            "Dendam dengan you... mana boleh... I kan sayang you... mestilah I kena always stay by your side, right?" ucapnya manja. Namun dalam hati, dia menyumpah seranah.
            "Adam....," suara mummy mengalihkan tumpuan Adam. Tetapi mindanya tidak berhenti-henti memikirkan kata-kata Suzana yang nyata dia tidak faham. Tidak dendam, tapi nak balas dendam! Itu yang dia pasti.
            "Put this on her...," mummy menyerahkan sesuatu di tangan Adam. Adam sudah membulatkan biji mata. Tidak mungkin!
            "Mummy...," dengan pantas tangan mummy dicapai. Tanpa mempedulikan Suzana yang terpinga-pinga dengan tindakan, Adam terus saja mengheret mummy ke ruang dapur.
            "Kenapa ni Adam?" mummy turut bingung.
            "Mummy, she is not your future daughter in law... and wont be! Dan ini... mummy tak boleh bagi pada dia... Adam tak beli ni untuk dia...," mummy jelas mempamerkan riak wajah yang sangat blur. Cuba memproses kata-kata yang diucapkan Adam yang nyata kontra dengan apa yang diucapkan oleh Suzana. Seorang cakap bakal menantu, seorang cakap bukan!
            Keluhan kecewa dilepaskan. Haish! Lambat lagi nampaknya aku nak menimang cucu sulung. Anak sulung tak kahwin-kahwin lagi.
            "Habis... siapa bakal menantu mummy? Kamu dah siap beli cincin suruh mummy simpan, tapi orangnya tak tunjuk lagi...," soal mummy ingin tahu. Sebenarnya dia sudah tidak sabar hendak melihat anak sulungnya bersanding. Sudah banyak angan-angan yang dia simpan untuk hari bahagia itu.
            "This is not the right time mummy... Adam akan kenalkan tapi bukan sekarang. Dan dia...," ucapnya merujuk pada Suzana yang masih tercegat di ruang tamu. "takkan jadi menantu mummy...," tegas kata-kata yang diucapkannya.
            "tapi mummy tengok... dia ni pun nampak okey...," sempat lagi mata mummy melirik dengan penuh harapan pada Adam.
            "Mummy....,"
            "Okey... okey... mummy faham!" akur mummy dengan kehendak anak terunanya.

"ALIYA!!!" ucap Pah terkejut. Mana tak terkejut. Tiba-tiba saja gadis itu muncul di hadapan rumahnya di Hulu Langat. Bertahun-tahun menghilang dan kini baru nampak bayang. Mimpi apa gadis ini. Desisnya sendiri.
            Ibu nampaknya suka benar dengan kehadiran Aliya di rumah mereka. Entah kenapa, dia tidak begitu teruja. Malah terasa seperti malas hendak melayan setiap patah soalan yang terbit dari mulut Aliya. Tidak sudah-sudah gadis itu bertanyakan tentang perihal seseorang yang memualkan jiwa Pah. Siapa? Eh... eh... jangan salah sangka. Bukan Adam! Memikirkan tentang Adam sudah mampu membuatkan Pah tersenyum sendiri. Perihal seseorang itu bukan Adam... tetapi siapa lagi, kalau bukan si anak tengku itu.
            Entah dari mana mereka berkenalan pun dia tidak tahu. Tup!Tup! Datang nak merisik khabar. Nampaknya Aliya sudah silap orang. Pah bukanlah seorang yang menyenangi Tengku Hafiz. Asal bangkit saja nama Hafiz, dia terasa mual. Dia tidak suka. Sudah beberapa minggu, dunianya aman di rumah. Tetapi kini sudah ada yang menggoyahkan keamanan itu. Aliya!
            "Pah... kenapa diam saja? Tak suka ke aku datang sini?" suara Aliya memecahkan lamunan Pah.
            "Hah!?" hanya itu saja reaksi yang diberikan Pah.
            "Pah... sembanglah dengan Aliya, dia dah lama tak jumpa dengan kamu...," suara ibu pula menyampuk.
            "Tak apalah mak cik... dia tak suka saya datang. Lain kali saya tak datanglah," ucap Aliya berjauh hati. Sejak dari tadi Pah tidak berkata walau sepatah pun dengannya. Bertanya khabarnya jauh sekali. Dia berada di situ, tetapi seolah-olah tiada. Hanya ibu Pah saja yang rancak melayannya dengan cerita-cerita dulu.
            "Pah....," tegur ibu kurang senang. Matanya melirik tajam pada Pah yang bersandar di sofa.
            "Kau buat apa sekarang?" hendak tak hendak, lahir juga sebaris soalan dari bibir Pah. Tidak ikhlas dan terpaksa.
            Mendengarkan soalan itu, terus saja wajah Aliya berubah teruja. Seperti ada banyak perkara yang hendak diperkatakan pada Pah. Dia terus saja rancak bercerita dengan wajah yang ceria. Pah sekadar mengangguk dan mengiakan sebarang pertanyaan yang muncul di tengah-tengah penceritaan Aliya.
"Kamu makan tengah hari di sini ya?" soalan dari ibu mencelah. Aliya tersenyum lebar sambil mengangguk.
            Sebaik saja ibu beredar dari ruang tamu, pandangan Aliya tertancap pada wajah Pah. Dia tidak berubah langsung. Malah makin dingin dan beku. Apa yang menarik sangat pada dia, sampai berebut-rebut lelaki yang hendakkan! Hati Aliya mendesis sinis.
            "Kau dah ada calon ke Pah?" soal Aliya tiba-tiba. Pah mengjungkit kening. Elok saja tadi tengah rancak sembang tentang kerja, tentang dunia study. Tiba-tiba beralih pasal soal peribadi. Jangan harap aku nak kongsi! Kata-kata hati Pah bergema. Dia benar-benar tidak menyenangi kehadiran Aliya di rumahnya pada saat ini. Kenapa? Tidak dapat diberi spesifikasi.
            "Belum...," itu saja jawapan yang diucapkan.
            "Kau ni... tipulah... takkan dah cun melecun macam ni, tak ada siapa pun berkenan!" kata-kata berbaur sindiran diucapkan dengan wajah yang dibuat-buat ceria.
            "Aku tak minatlah!" hambar saja balasan dari Pah. Aliya sudah mencebik. Pembohong!
            "Habis, kau dengan Adam, tak jadi ke?" pantas saja Pah mengalih wajah. Adam? Macam mana dia boleh kenal Adam? Dan apa maksud soalan yang baru saja diucapkan Aliya... tak jadi ke? Tak mungkin tak jadi.... err... walaupun akal keras menafikan perasaan yang mula berbunga, tetapi hati tetap tidak dapat dibohongi.
            Namun, persoalan yang lebih besar sekarang... bagaimana gadis itu boleh mengenali Adam? Bagaimana? Pah tidak mahu bersoal lebih lanjut tatkala dia perasan akan senyum sinis yang mula menghiasi bibir Aliya. Pah terasa tidak sedap hati. Apa motif yang membawa diri Aliya ke rumahnya? Apa motif?
            "Aliya...," suara ibu yang memanggil dari dapur, pantas saja gadis itu bergerak. Mata Pah tidak lepas pandang atur langkah Aliya yang meninggalkannya di ruang tamu. Who's she?


Bab 18
WALAUPUN jejak Aliya sudah beberapa hari meninggalkan rumahnya, namun Pah terasa tidak mampu untuk bertenang. Dia muncul macam ribut, dia pulang macam petir! Ada lagi satu, sempat lagi dia mengharu-birukan perasaan aku.
            Aliya! Gadis yang dikenali sejak mereka sekolah rendah. Lagi lama dari dia mengenali Eja. Tetapi keserasian mereka seolah-olah berubah bila saat mereka melangkah ke peringkat menengah. Sama-sama mereka melanjutkan pelajaran di sekolah yang sama tapi silap di mana ya? Penyebab mereka putus kawan. Bukan Pah yang putuskan, Aliya yang tinggalkan.
            Pah berfikir dalam-dalam, cuba mengingati satu persatu perihal Aliya yang satu masa dahulu yang tidak boleh berenggang dengannya. Aliya merupakan insan pertama yang tahan dengan sikapnya yang dingin beku. Selepas itu muncul pula Eja sehinggalah kini. Aliya.... mindanya cuba memproses perlahan.
            Aliya! Matanya terbuka luas. Dia?! Benarkah itu adalah Aliya yang pernah jadi sahabat baik aku di sekolah dulu? Sejarah mula berlayar kembali di dalam minda Pah. Dia seakan tidak percaya. Baru kini dengan jelas dia dapat mengingati punca mereka putus kawan. Sebabnya hanya satu... tiada yang lain.
            Lelaki!!!
            Pah menelan liur. Dulu sebab lelaki Aliya memutuskan persahabatan mereka. Dan kini, sebab lelaki juga Aliya kembali menjejaknya. Apakah dia masih tidak berubah dari dulu hingga sekarang. Walaupun usia sudah semakin meningkat, dia masih tidak dapat untuk membuang sikapnya yang satu itu.
            Ya! Aliya mempunyai satu sikap yang begitu tidak disenangi Pah. Dari dulu lagi... Aliya sememangnya mencemburui Pah. Dan perpisahan yang terjadi kerana lelaki itu, atas sebab Aliya mendakwa Pah hendak merampas kekasih hatinya. Sedangkan Pah kenal lelaki itu pun tidak. Aduh! Susah kalau bercakap dengan orang yang cemburu tak siasat ini.
            Lama mereka tidak bertegur sapa dan Pah pun seolah malas hendak ambil tahu. Alih-alih dapat berita, Aliya sudah berpindah. Terkedu Pah buat seketika. Dia pindah, tetapi langsung tidak maklumkan pada Pah. Terkilan juga rasa di hati. Apa erti persahabatan yang mereka jalin sejak kecil itu? Tiada bererti! Dan kini... dia dapat menjejaki Pah. Tetapi sekadar untuk berkata ini...
            Hati Pah terasa sakit!
            "Kau... jangan bermimpi nak rampas kekasih aku! Adam tu kekasih aku, faham!!!" bergema ayat itu dalam fikiran Pah. Mana mungkin dia lupa. Tidak akan padam walau sedikit pun saat ayat itu terucap dan riak wajah yang dipamerkan oleh Aliya Suzana. Ya, dialah yang berjaya menyandang gelaran kawan baik aku pada suatu ketika dahulu. Tetapi kini...
            Tanpa disedari, air mata Pah mengalir membasahi pipi. Hatinya terasa sakit. Kenapa setiap kali, hanya dia saja yang mendapat pertuduhan sebegitu. Dia tidak pernah berniat untuk merampas siapa-siapa pun dari Aliya. Dia bukan spesies kawan makan kawan. Tetapi kenapa gadis itu seolah-olah menuduhnya seratus peratus? Dan Adam...
            Pah terasa sakit lagi. Dia tidak pernah merasakan apa-apa seperti ini. Namun kata-kata yang diucapkan Adam pada malam itu seolah-olah mengetuk pintu hatinya. Dia turut merasai getaran itu. Tetapi... kini dia meragui. Apakah Adam juga turut berdusta padanya? Adam hanya hendak memainkan hati dan perasaannya... itulah kata-kata yang lahir dari bibir Aliya. Benarkah?
            "Dia memang macam tu... playboy! Tapi, macam mana pun... dia tetap akan cari aku. Sebab aku kan... his future wife...," pada saat ini kata-kata Aliya sudah menjadi lembut. Jika dibandingkan dengan tadi, dia seperti singa kelaparan.
           "Aku cakap ni semua... sebab aku tak nak kau jadi mangsa mainan cinta lelaki Pah. Kau tak ada pengalaman... senang sangat orang nak tipu kau nanti... lagi-lagi dengan orang macam Adam!," ucap Aliya dengan suara yang makin lembut. Pah terkebil-kebil. Pertama kali dia melihat perwatakan Aliya yang berubah-ubah dalam sekelip mata.
            "Kau jangan layan dia sangat. Jangan!!!" suara Aliya bergema-gema di gegendang telinganya. Hatinya sakit. Jiwanya parah.
            Itulah Pah, kau mudah sangat termakan pujuk rayu seorang lelaki. Kau bukannya kenal sangat dengan dia pun. Kata-kata hatinya bergema, sinis!
            Tapi Adam tak pernah ambil kesempatan pada kau Pah! Dia tak tahu pun yang kau tahu perasaan dia! Sebelah lagi kata hati yang menyokong.
            Itu semua taktik lelaki muka buaya macam dia!
            Adam tak macam tu!!!
            Pah sudah mula menekup telinga. Kata-kata hatinya seolah mensiat-siat perasaannya sendiri. Terasa sakit yang amat mendalam. Lebih sakit dari kesakitan yang dialaminya ketika kemalangan. Air matanya terus mengalir tanpa henti. Hatinya pedih!

EJA DIAM. Begitu juga dengan Faizul. Masing-masing berpandangan sudah hampir beberapa minit.
            "Zul...,"
            "Eja...," serentak mereka berkata. Lantas senyuman kecil terukir di bibir. Lamanya mereka tidak berjumpa. Selepas Pah pulang ke Hulu Langat, Eja sudah makin sibuk dengan kerja. Peperiksaan akhir pelajarnya bakal tiba. Faizul pula sibuk dengan photoshot sana-sini. Hujung tahun macam ni, banyak pula pak cik Faizul dapat tempahan untuk photoshot outdoor wedding. Side income katanya.
            "Ladies first...," ucap Faizul sambil tersenyum.
            "Eja nak tanya something...," perlahan Eja menyusun kata. Dia perlu berhati-hati. Tidak mahu salah terpilih ayat. Tetapi untuk meneruskan ayat itu dia terasa kelu. Dia sudah berjanji tetapi dia tidak sampai hati.
            "Tanyalah... senyap pula dia," Eja mengetap bibir.
            "Zul jangan marah tau...," tambah Eja lagi. Faizul tersenyum.
            "Pernah ke Eja kena marah dengan Zul?" Eja mengangguk kecil. Mati terus senyuman di bibir Faizul. Bila aku marah dia?
            "Bila?" soalnya gopoh.
            "Masa Eja langgar kereta Zul...," jawapan Eja diselitkan dengan senyuman mengusik. Faizul sudah menjeling tajam tetapi dia akhirnya tersenyum juga.
            "Orang panggil tu as early treatment!" entah istilah dari mana Faizul cekau, main hentam saja. Nak goreng si Eja, bukan susah mana pun... dia tersenyum dalam hati, "at least, Eja dah boleh agak dah, nanti lepas kahwin kalau Zul marah... muka dia macam tu... macam singa!" mimik mukanya sengaja digarangkan. Eja sudah mencebik.
            "Ingat orang gerunlah?" Eja tidak mahu mengalah. Faizul masih tersengih. Berlagak tahap tak ingat Eja ni!
            "Ingat orang tak nampaklah... macam mana tangan orang tu duk vibrate gila-gila punya time tengok muka singa ni for the first time...," usik Faizul. Eja menjelirkan lidah. Menyampah!
            "Dah-dah... back to the topic...," ucap Eja tegas.
            "Okay... okay...," kedua-duanya kembali berwajah serius.
            Eja kembali resah. Dia perlu bertanya, tetapi kenapa terasa susah sangat nak merangka ayat. Rasanya, merangka soalan untuk student dia pun tidak terasa mencabar macam ini. Keadaan kembali sepi antara mereka berdua.
            "Eja I'm waiting. Awat yang lama sangat? You nak tanya soalan Who Wants To Be A Millionaire ke," mode mengusik Faizul kembali ke dalam jasad. Terasa lama benar nak tunggu soalan yang hendak ditanyakan oleh Eja. Dia tiada sebarang klu.
            "Adam...," ucap Eja teragak-agak. Mata Faizul tertancap tepat dalam anak mata Eja. Adam?
            "Dia... dia...," Eja sudah tergagap-gagap. Faizul dapat mengesan keresahan pada riak wajah Eja.
            "Kenapa dengan Adam? Apa yang Eja nak tanya ni sebenaqnya... cakap ja terus. Dengan Zul ja pun...," Faizul cuba menenangkan. Entah mengapa Eja gabra sebegini. Selalu cakap cool saja.
            "Okey! Macam ni... susah sangat nak cari ayat. Eja dah janji... takkan cakap pada siapa-siapa pun. Tapi Eja tak sampai hati tengok dia menangis macam tu...," ucap Eja dengan kekalutan yang terserlah. Faizul tanpa membuang masa, pantas saja mempamerkan riak blur. Apa yang Eja cakap ni? Tak dapat nak catch up!
            "Eja... boleh terang one by one dak? Jangan duk pi laju macam bullet train... Zul tak faham apa pun. Lagi blur adalah...," sekali lagi Faizul cuba untuk menenangkan Eja.
            Eja tersengih kelat. Dia cuba menarik nafas dan menghembuskan kembali. Mungkin dengan cara ini jiwanya dapat bertenang sedikit.
            "okeylah... Eja cerita dari A sampai Z...," ucapnya setelah kembali tenang.
            "You may proceed!"
            Dengan penuh emosi Eja membuka bicara. Menceritakan segala yang dia tahu tentang apa yang terjadi. Faizul juga mendengar dengan penuh khusyuk dan kadangkala kepalanya terangguk-angguk kecil tanda faham.
            "So, sekarang... you want me to go and ask him? Macam tu?" soal Faizul setelah Eja selesai bercerita. Namun pantas saja Eja menggeleng.
            "Janganlah! Nanti nampak sangat Eja dah buka cerita ni kat Zul...," bangkangnya keras.
            "Then... what's the point? Tak guna Eja cerita kat Zul semata-mata... lagi bagus kali face to face cakap direct. Settled!" Faizul nyata tidak setuju dengan cara Eja. Tetapi Eja masih menggeleng.
            "Tak bolehlah!"
            "Eja... niat yang baik, akan membuahkan hasil yang baik!"
            "Tapi...," Eja masih tidak mahu akur.
            "Tak ada tapi-tapi. Tommorow you follow me and you talk directly to him... itu baru betul!" Faizul sudah bersuara tegas. Eja sekadar tunduk tidak berkata apa-apa. Hendak membangkang, nanti kena dengar ceramah dari segmen mutiara FM pula. Katanya, jangan ingkar cakap bakal suami.
            Huh! Bakal suami... kaki buli! Marahnya dalam hati. Tapi tak berani nak luahkan di alam realiti.


Bab 19
"INGAT buat kerja main-main ke?" suaranya bergema di dalam studio. Tengah elok nak mulakan sesi photoshoot, ada pula orang yang main sembunyi-sembunyi dengan ball head.
            "Jangan ball head tu sampai kat kepala kamu pula!" marahnya. Angin hari ini tidak berapa bagus.
            "Rilex bro!" ujar Zakwan sampai menepuk bahu Adam. Ball head diserahkan. Wajah Adam yang jelas tegang itu memberi peringatan kepada semua orang, jangan nak buat lawak bodoh masa-masa macam ini.
            Ball head dipasang pada tripod. Serius wajah Adam yang sedang melaraskan peralatan yang dipasang.
            Tepukan padu di bahu mengerutkan kening. Siapa yang berani-berani hendak melawak dengannya waktu angin monsun tak berapa nak baik. Wajah diangkat dengan matanya yang sedang berapi-api. Namun, saat mata itu menyapa wajah Faizul yang sedang tersengih serta-merta terasa sejuk seluruh jiwa dan raga. Hanya sahabat dunia akhirat yang mampu membuatkan jiwanya terasa tenang.
            "Kau ni bro! Kenapa yang moody sangat hari ni? Orang-orang dalam studio ni tengok kau pun naik gerun...," tegur Faizul dalam nada mengusik. Tak seronoklah nak bergambar dalam keadaan serius. Model tengok muka jurugambar yang macam singa terus lari nanti. Fikirnya sambil tersengih lagi.
            Wajah Adam yang kelihatan berserabut menyapa pandangannya. Tanda tanya memenuhi fikirannya.
            "Fai... aku nak berborak panjang dengan kau! Aku tau kau cuti hari ni... tapi kau tolong tunggu sampai aku habis shoot ni... I really need a talk with you bro!" ucap Adam dengan wajah mengharap. Faizul terus saja mengangguk dengan senyuman kecil. Tidak kisah sebenarnya untuk menunggu kerana dia pun ada benda yang hendak dibualkan dengan Adam.
            "Thanks bro!" ucap Adam menghargai.
            Kehadiran Faizul yang mengubah mood Adam agak melegakan krew kerja di studio B itu. Iyalah, Adam ketua dalam set itu. Mahu dengan mood yang tak berapa elok tadi, semua orang pun akan disemburkan dengan kata-kata pedas.
            "Linda...," Adam memanggil set designer yang sedang sibuk mengarah anak buah yang lain menyusun peralatan untuk setup.
            "Almost done Adam," tinggal sedikit lagi sentuhan akhir untuk memberikan jiwa bagi menghidupkan setup kali. Bukan main lagi, konsep ala Inggeris kurun ke-19.
            "Model... take your place, kita test lighting dulu!" arahan sudah bermula. Semuanya menurut.
            "Okay... all get ready. Lighting on...," suara Adam sudah mula memberi arahan pada krew setelah semuanya telah siap sedia.
            Klik!
            Gambar yang dirakam terus terpapar di skrin PC yang sudah siap dipasang. Kecerahan dan keserasian dengan model diperhatikan. Mulut Adam mula lagi memberi arahan untuk menambahkan brightness.
            Klik!
            Gambar kedua dirakam. Jari telunjuknya dinaikkan, another shoot.
            Klik!
            Setelah berpuas hati barulah model diteruskan dengan dandanan rambut pula. Make up yang ditempekkan sudah cukup. Setengah jam kemudian barulah sesi photoshoot sebenar bermula.
            Klik!
            Klik!
            Klik!
            Tangkapan bagi shot yang pertama. Model itu kelihatan mudah saja mengikut arahan yang diberikan. Gaya dan riak wajahnya juga menjadi. Walaupun kali pertama, model itu nampaknya tidak kekok dan benar-benar menjiwai gaya wanita Barat kurun ke-19.
            "Another shoot!".
            Selepas beberapa jam, semuanya sudah selesai. Semua krew menghembuskan nafas lega. Barang-barang dikemas dan studio kembali seperti sedia kala. Adam sempat memohon maaf kerana dia terlalu emosi pada awal tadi. Semua nyata tidak kisah. Biasalah, waktu kerja. Kekusutan kerja, habis masa kerja. Bila dah keluar, jumpa balik berbual macam biasa.
            "So... kita nak ke mana?" soal Adam ceria. Terasa macam dapat jumpa girlfriend pula. Wajahnya sudah berseri-seri dengan senyuman.
            Faizul mengerling jam di pergelangan tangan. Lantas dia tersenyum kecil.
            "Jom! Aku nak bawa ke satu tempat ni...," terus saja tangan Adam ditarik mengekorinya.
            "Eh lepaslah tangan. Jatuh saham aku...," ucap Adam sambil menarik tangan yang dipimpin oleh Faizul. Terasa benar-benar seperti berkasih pula. Eeuuuwww!!! Minta simpang. Aku bukan gay okay! Kata-kata melontar dalam hati.
            Faizul pula sudah melepaskan tawa galak. Semuanya terjadi secara spontan, bukan ada niat pun nak pimpin tangan Adam Fahmi ini.
            "Tak apa... setakat aku yang pegang, tak jatuh banyak mana pun saham kau tu...," balas Faizul mengusik sambil menarik semula tangan Adam ke dalam genggaman.
            Adam terasa kembang tekak. Tak sanggup dia nak bayangkan apa yang ada dalam fikiran orang yang memandang tingkahnya dan Faizul dalam keadaan begini. Terus ditarik kembali tangannya.
            "Kau jalan sudah lah... tak perlu pimpin-pimpin. Aku bukan budak kecik okay!".
            Faizul tidak membalas apa-apa, tetapi dia tidak henti-henti dengan tawanya. Adam yang mulanya menarik jelingan tajam, tetapi lama-kelamaan terasa seperti jiwanya yang serabut terubat dengan gelak tawa sahabatnya itu. Perlahan-lahan bibirnya mengukir senyum. Thanks bro! Ucapnya dalam hati.

WAJAH Faizul yang tenang berdiri disebelahnya dipandang lama. Sahabatnya itu mengukir senyuman sambil menepuk bahunya memberi semangat. Dia menelan liur. Gulp! Inikah masanya.
            Aku berazam saja, tapi aku tak ambil sebarang langkah. Namun kali ini, langkah kaki Faizul telah membawanya ke sini. Apakah ini masanya? Wajah Faizul dipandang lagi. Kakinya teragak-agak untuk meneruskan langkah.
            Kata-kata Faizul yang diucapkan tadi masih jelas kedengaran, 'You enter here, than hundred percent I can guarantee, you can simply take step to win Pah's heart!'. Sekali lagi Adam menelan liur. Tapi aku buat semua ini untuk Pah atau untuk kebaikan diri sendiri.
           "Adam...," Faizul sudah mula memanggil. Adam pandang lagi dengan renungan yang dia sendiri kurang pasti. "Jangan tunggu lama-lama... aku dah pimpin kau sampai depan ni. Kalau kau berpatah balik, kau yang rugi... mungkin ini peluang terakhir yang kau ada...," ayat Faizul umpama peluru yang menusuk masuk kalbu.
            Adam menarik nafas dalam. Dia perlu betulkan apa yang salah. Dia perlu betulkan niat yang salah. Dengan penuh keyakinan, langkah kanan dibuka. Perubahan ke arah kebaikan, akan membawa manfaat.
            Senyuman Faizul melebar saat Adam membuka langkah kanan kehadapan.
            "Kau buat ni semua untuk siapa?" sengaja Faizul hendak menduga Adam. Kali ini Adam kelihatan yakin. Dia melemparkan senyuman manis.
            "Kerana Allah... aku akan berubah kerana DIA," jawab Adam yakin.
            "Alhamdulillah...," sambut Faizul sambil menyapukan kedua telapak tangan ke mukanya. Kemudian sama-sama mereka melangkah masuk ke perkarangan masjid. Seorang dengan wajah yakin dan seorang dengan wajah berpuas hati.
            Solat Asar berjemaah dikerjakan. Adam cuba menyesuaikan diri di antara jemaah-jemaah yang hadir di masjid. Harus diakui banyak bacaan yang dia terlupa kerana terlalu lalai dan alpa dengan tanggungjawab pada DIA. Mujur saja dia masih ingat Al-Fatihah. Hanya itu saja diisi sepanjang empat rakaat Asar.
            Doa yang dialunkan oleh imam masjid cuba dihayati dengan khusyuk. Biarpun doa yang dibacakan dalam bahasa Arab, namun dia tidak lupa untuk menyelitkan doa buat diri sendiri. Semoga perubahan ini berkekalan. Semoga perubahan ini membawa kebaikan. Semoga niatnya hanya kerana Allah. Doanya.
            "Rasa apa?" soal Faizul sebaik saja kaki mereka melangkah keluar dari masjid. Adam tersenyum.
            "Tenang!" mendengar balasan jawapan dari Adam, Faizul turut mengukir senyuman.
            "Bila kita mengingati Allah, Allah juga akan mengingati kita... ada disebut dalam.. firman Allah dalam hadis qudsi, apabila dia mendekatiku dalam jarak sejengkal, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sehasta. Apabila dia mendekatiku sehasta, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sedepa. Apabila dia datang kepadaku dalam keadaan berjalan seperti biasa, nescaya Aku akan datang kepadanya dalam keadaan berlari-lari anak...," lancar saja bibir Faizul menyebutkan tentang salah satu ayat potongan hadis.
            Adam memandangnya dengan perasaan kagum. Jawatan ketua Imam semasa zaman sekolah memang secocok dengan Faizul. Tengoklah dia macam mana. Walaupun gaya ala-ala santai tapi berjiwa ustaz belaka.
            "Aku banyak dosa," balas Adam menyedari kealpaan diri. Faizul masih dengan senyumannya.
            "Dosa boleh taubat. Tapi kena ada usaha... jangan taubat hangat-hangat tahi ayam, kita kena selalu tambahkan antobodi iman kita... okay!".
            Tangan Adam ditarik lagi. Adam mula pandang pelik.
            "Nak ke mana pula?" soal Adam hairan. Jika tadi Adam ingatkan agenda mereka melepak bersantai di kedai makan. Tetapi destinasi sudah berubah arah.
            "Aku ada suprise untuk kau!!!" ucap Faizul teruja. Adam semakin tertanya-tanya. Mereka melangkah ke dalam kereta. Faizul awal-awal sudah menyatakan yang dia hendak drive sama seperti tadi.
            "Aku yang tahu destinasi suprise ni dekat mana!" tambah Faizul apabila Adam mengatakan boleh saja kalau dia yang drive.
            Berkerut kening Adam melihat tingkah Faizul yang kelihatan teruja. Saat itu juga dia tersedar mereka berdua sedang bergerak dalam keretanya saja! Mana kereta Faizul?
            "Kereta kau mana Fai?" soal Adam. Dia fikir mungkin Faizul terlupa, boleh saja nak berpatah balik ke pejabat pergi ambil kereta.
            "Ada orang drop aku. Kau tak payah risau pasal kereta... hari ni, special day untuk kau... aku ada suprise nak bagi. Kau nak tidur dulu pun tak apa... tunggu sampai kita tiba di destinasi," ucap Faizul dengan senyuman penuh makna. Keningnya dijungkit-jungkit sedikit.
            Adam diam saja menurut kata-kata Faizul. Perlahan matanya dilelapkan, tetapi dia tidak lena. Entah apa kejutan yang dikatakan oleh Faizul. Baru tadi aku rasa tenang. Tapi sekarang pak cik Fai dah kembali bagi aku jadi tertanya-tanya. Ya Allah, entah kejutan apa yang menanti...
            Melihatkan Adam sepi di tempat duduknya, Faizul terus tarik senyum. Tidak sabar hendak melihat reaksi Adam. Adam suka atau tak suka... agak-agak? Tunggu dan lihat sajalah Faizul. Ucap hatinya yang malas hendak berteka-teki.


Bab 20
"OKAY... sudah sampai!" ucap Faizul sambil tersenyum lebar. Enjin kereta sudah dimatikan. Wajahnya dikalih memandang Adam. Amboi! Sedap punya duk lena.
            "Cik abang... kita sudah sampai di destinasi. Sila buka matanya...," dengan gaya slanga mana entah, Faizul mengucapkan kata. Suaranya sengaja dilunakkan. Adam tidak memberi sebarang respon. Uish! Tidur mati ke apa ni?
            "Hoi Adam!!!" suara naik pada volume paling maksima. Bergegar kereta dengan suara Faizul. Mata Adam dari terpejam rapat terus saja terbuka luas. Tersentak! Ingatkan gempa bumi.
            "Nasib tak gugur jantung aku!" marah Adam. "Kejut la lembut-lembut sikit...," rungut Adam lagi.
            "I bukan bini you okay... nak kejut lembut-lembut," Faizul sempat lagi menjelirkan lidah sesudah membalas kata. Adam menjeling. Menyampah.
            Dua-dua umur sudah cecah 3 abad. Tapi perangai, MasyaAllah! Kalah budak-budak agaknya.
            "Dah sampai dah?" soal Adam kembali dengan wajah yang blur. Matanya yang masih pedih melilau di kawasan sekeliling.
            "Dah sampai... jom! Dah lama orang tu tunggu kita...," ucap Faizul sambil membuka pintu.
            "Siapa?" Adam masih kabur-kabur.
            "Kau turunlah... then baru boleh tahu siapa... Jom! Jom!" Faizul sudah keluar dan menutup pintu kereta. Lambat-lambat Adam melangkah keluar dengan perasaan teragak-agak. Rumah teres dua tingkat yang berdiri utuh di depan mata masih belum dapat menjelaskan apa-apa.
            Mindanya penuh dengan tanda tanya. Di mana mereka sekarang? Rumah siapa yang mereka nak pergi? Yang paling utama, apa tujuan mereka berada di sini? Faizul cakap nak buat suprise, apa suprise tu?
            "Wei... lambat mengalahkan perempuan la kau ni Adam... cepat sikit jalan tu...," bebelan Faizul singgah di telinga. Dengan wajah yang blur juga, Adam terus mengatur langkah.
            "Assalamualaikum...," lantang suara Faizul memberi salam. Adam diam saja memerhatikan tindak-tanduk Faizul.
            Salam bersambut dari dalam. Muncul seorang gadis yang manis bertudung dengan senyuman.
            "Abang Faizul ya?" soal gadis itu. Faizul mengangguk dengan senyuman di bibir.
            "Masuk dulu..," pintu pagar dibuka dan gadis itu mempelawa Faizul dan Adam untuk duduk di ruang tamu.
            Mata Adam melilau lagi di ruang tamu. Matanya bertembung dengan mata gadis itu. Sejenak dia terpaku. Namun cepat saja dia mengukir senyuman. Berbalas.
            "Kejap ya... Ain pergi panggil ayah...," terus saja dia melangkah menaiki anak tangga.
            Sebaik saja gadis itu hilang dari pandangan mata. Adam beralih pandang pada wajah Faizul yang kelihatan tenang.
            "Wei... kau tak ada apa-apa plan nak memusnahkan hidup aku kan?" soalan Adam mengundang tawa di bibir Faizul.
            "Mana ada... aku plan ni semua untuk kebaikan kau...," balasan Faizul semakin membuatkan Adam tidak tenang.
            "Kau bukan nak suruh aku kahwin dengan budak tu kan?" soal Adam lagi. Kali ini makin galak tawa yang dilepaskan oleh Faizul. Apa ke gelabah sangat si Adam Fahmi ni? Namun dalam hati terasa hendak mengusik. Apa salahnya, sekali sekala. Senyuman jahat menghiasi bibir.
            "Kalau ada jodoh Adam...," ucap Faizul dengan wajah tenang. Dalam hati terasa hendak gelak berguling. "Niat yang baik... Allah akan permudahkan jalan kita... budak tu pun cun apa...," sambung Faizul lagi.
            Adam menelan liur. Terasa kelat. Sejak bila Faizul buka agensi cari jodoh? Main cari-cari jodoh untuk aku? Entah-entah....
            "Mummy call kau ke? Suruh cari jodoh untuk aku?" persoalan yang muncul di minda terus saja diluahkan. Faizul tersenyum lagi. Niat jahat, jangan didedahkan.
            Tanpa menunggu balasan dari Faizul, Adam terus saja mencapai telefon bimbit. Faizul terus musykil dengan tingkah Adam.
            "Eh, kau nak buat apa? Call mummy? Tak payah... tunggu la ayah budak tu turun dulu... tak sabar-sabar ya...," usik Faizul lagi. Tangannya juga dengan cekap merampas telefon bimbit dari pegangan Adam. Adam menjeling tidak puas hati.
            "Bagilah balik!!!" marahnya.
            "Assalamualaikum...," sapaan suara baru itu membuatkan Adam berhenti bertindak. Pandangan mata terus beralih pada tuan punya suara dan spontan bibirnya terbuka kecil. Terkejut! Senyuman dihadiahkan buatnya.
            "Apa khabar Adam?" mata Adam terkelip-kelip seketika. Seolah tersedar dari mimpi, terus saja dia bangun dan bersalaman. Terasa bahu ditepuk lembut. Bibir Adam juga turut mengukir senyuman.
            "Lama tak jumpa...," Adam mengangguk sambil kalih pandang pada Faizul yang tersenyum juga. Suprise yang benar-benar bermakna.

"DATANGLAH lagi bila-bila senang...," ucapan dari bibir wajah separuh abad itu membuatkan Adam tersenyum dan mengangguk lagi.
            Perlahan-lahan kereta Toyota Vios meninggalkan perkarangan rumah itu. Di dalam kereta Faizul tidak berhenti-henti tersenyum mengusik.
            "Suka dapat jumpa dengan bakal pak mentua?" soalnya sekadar bergurau. Tanpa menunggu lama, tangan Adam pantas saja mengetuk kepala Faizul. Nak mengusik dirinya, bukan main lagi.
            "Banyaklah kau punya bapa mentua!!!" ucap Adam geram. Tidak mahu dirinya diusik dengan gadis manis itu lagi.
            "Eh... kau ni tak baik tau cakap macam ni kat aku... bapa Eja tu dah lama meninggallah... tak banyak pun bapa mentua aku. Tak ada pun, tak sempat nak jumpa...," ucap Faizul dengan nada yang rendah. Adam sudah mengetap bibir. Erk! Dia tak tahu...
            "Wei... sorry. Aku mana tau...,"
            Kepala Faizul dah tergeleng-geleng. "Dengan aku tak apalah. Tapi jangan terlepas gurau-gurau macam ni dengan Eja. Dia tu sensitif bab-bab pasal bapa ni... cepat sangat nak leleh...," Faizul tersenyum kecil, terkenangkan sesuatu mungkin.
            "Tapi... kenapa kau ajak aku datang sini?" soal Adam tiba-tiba. Faizul pula tayang wajah tidak percaya.
            "Kita dah pergi dan nak balik dah pun... kau still tak dapat tangkap kenapa aku bawa kau ke sini?" Adam tersengih tidak menjawab pertanyaan Faizul. Bukan tak dapat nak tangkap... kurang nak nampak alasan kukuh saja.
            "Satu-satunya orang yang dapat brainwash Adam Fahmi hanyalah dia... aku rasa otak kau ni dah terlebih suci dah hari ni... ya kan?" Adam tersengih cuma.
            "Sengih-sengih... jawablah!" perli Faizul. Dari tadi tersengih macam orang hilang skru.
            "Aku seronok...," ucap Adam dengan gembira. Faizul dah mencebik. Aku tahulah seronok sebab apa!
            "Dapat jumpa awek lama... takkan tak seronok...," usik Faizul lagi. Adam tersengih lagi.
            "Mana ada awek lama... budak tu kecil lagi dulu... lagipun mana ada feeling apa-apa masa tu...," sangkal Adam. Faizul melepaskan tawa.
            "Budak? Kau tau tak... yang kau duk sebut budak ni... umur dia dah 24 tahun... dah boleh kahwin dah... kalau kau nak pergi meminang pun boleh... tak ada masalah. Cikgu Badri memang sayang gila kat kau pun...," Faizul makin seronok menggiat Adam.
            Wajah Adam yang masam mencuka hanya mengundang tawa dibibirnya. Cikgu Badri, cikgu kesayangan Adam dan Adam pula... anak murid kesayangannya. Satu-satunya insan yang mampu memotivasikan diri Adam dan dapat mengubah mind setting si Adam Fahmi yang sentiasa bercelaru ini.
            Tujuan Faizul membawa Adam ke sini, supaya cikgu dapat beri khidmat dan nasihat bagi anak muridnya yang sudah lama hilang arah tuju dalam pencarian 'nur'. Orang lain nasihat, liat benar dia nak dengar. Faizul sendiri sudah banyak kali memberi nasihat... tapi tak ada nampak simptom-simptom perubahan pun. Makin jauh dari jalan lurus adalah!
            Kebetulan yang sangat bermakna bila Faizul terserempak dengan Cikgu Badri ketika pertemuannya dengan Eja sewaktu membincangkan perihal Adam. Cikgu sangatlah teruja untuk bertemu dengan Adam. Pertemuan ini juga diatur dengan harapan Adam akan berubah for good! InsyaAllah.
            "Aku nak kahwin dengan orang tu... tapi tak tahu lah... kalau dia sudi dengan aku ke tidak...," ucap Adam tiba-tiba. Faizul yang tengah memandu mengalih pandang.
            "Pah?" tidak perlu kad klu, Faizul sudah dapat mengagak. Adam mengangguk perlahan.
            "Adam... aku ada benda nak beritahu ni...," ujar Faizul.
            "Pasal Pah ke?" Faizul mengiakan.
            "Aku tak nak dengar lagi boleh? Aku dah happy sangat hari ni... I just don't want to spoil the mood...," ucapan Adam membuatkan Faizul tersentak.
            "Kau tak berminat nak tau?"
            "Bukan tak berminat... tapi, nanti-nantilah...," ucap Adam dengan perlahan. Mungkin dia takut. Ya! Dia takut dia akan kehilangan Pah. Jika hendak dibandingkan dengan Pah, siapalah dia... bagai langit dan bumi.
            "Eh... yang kau ni, memusing dengan kereta aku tanpa hala tuju, nak ke mana sebenarnya? Kau tak nak balik ke?" Adam sudah mengalih topik. baru dia tersedar mereka sudah lama berada di atas jalan raya dan Faizul sudah mula memusing-musing di tempat yang sama.
            "Aku drive balik rumah aku ni... lepas tu kau drive sendiri balik rumah kau... boleh?" soal Faizul dengan lagak bendul.
            "Mestilah boleh. Kalau kau drive sampai rumah aku... nanti aku juga yang kena hantar kau balik rumah kan? Lagi jadi dua kerja..." perli Adam. Faizul sudah tersengih terasa seperti mangkuk benar soalan yang diutarakan olehnya.
            Kereta diberhentikan di depan pagar masuk apartmen tempat tinggal Faizul. Namun Faizul masih tidak keluar dari perut kereta. Adam pandang pelik.
            "Kenapa?" soalnya.
            "Macam tak complete lagi," ucap Faizul. Kening Adam terangkat.
            "Tapi tak apalah... jumpa esok," terus saja Faizul melangkah keluar meninggalkan Adam terpinga-pinga. Apa yang tak complete?
            Adam sudah pun beralih duduk di tempat pemandu. Tiba-tiba cerminnya diketuk. Terkejut bukan kepalang, ingatkan apa. Wajah Faizul yang tersengih lebar menyapa pandangan mata. Cermin diturunkan dengan wajah yang mencuka.
            "Kau ni... panggil elok-elok la... main ketuk-ketuk tingkap pula!" marah Adam. Namun Faizul buat tak endah.
            "Nak ingatkan kau... esok, bangun pukul enam! Selamat malam...," langkah kaki Faizul sudah hilang di pandangan mata. Bangun pukul enam? Oh... dia tahu. Adam juga mengukir senyuman dan menekan pedal kereta berlalu dari situ.

TELEFON berdering sebaik saja langkah Faizul masuk ke dalam rumah. Nama yang tertera di skrin membuatkannya tersenyum.
            "Assalamualaikum...," ucap Faizul menyindir Eja yang tak menyempat bertanyakan perkembangan sampai salam pun tak dihulurkan.
            Kedengaran tawa Eja di corong telefon. Tahu dia disindir.
            "Belum cakap lagi. Dia cakap... dia tak nak spoil mood malam ni... maklumlah... jumpa awek lama kot. Pandai tak Zul arrange...," senyuman bergayut di bibir. Namun orang di sebelah sana sudah membebel-bebel marah. Awek lama mana pula? Soal Eja.
            "Awek lama, anak cikgu yang kita jumpa hari tu... tak apa, tak jadi dengan Pah pun... Zul boleh tolong adjust dengan anak cikgu Badri... cikgu mesti suka punyalah Adam jadi menantu dia...," Faizul dengan seronoknya mengusik Eja yang sudah makin berapi di sebelah sana.
            "Zul!!!" pecah suara Eja di dalam telefon. Faizul sudah menjarakkan telefon sedepa. Marah benar Eja bila Faizul tak nak tolong berkenaan hal Pah.
            "Bukan tak nak tolong la cheq... Pah tu betoi ka suka dengan Adam... satgi kita sibuk duk adjust... nanti depa tak suka macam mana... bukan boleh buat pandai-pandai hal ni semua...," Faizul membalas kata-kata Eja yang masih marah dalam talian.
            "Okay... okay... nanti Zul cakap kat dia. Hari ni... biaq pi lah dia enjoy mood gembira tu dulu. Kawan dah melangkah masuk masjid kot... bagilah dia tenangkan jiwa dan perasaan... kita tak payah duk buat kalut. Eja especially!!!" sindirnya pada Eja. Dengusan marah jelas kedengaran. Faizul terus saja melepaskan tawa.
            "Orang bukan buat kalut tau..." suara Eja jelas dan marah menampar gegendang telinganya. "orang risau si ex-girlfriend Adam... merangkap kawan lama Pah tu... buat macam-macam hal... Eja tengok dia pun... dah pelik sangat sekarang ni. Macam mental disorder pun ada jugak!" Faizul tersentak. Mental? Takkan...
            Setelah talian dimatikan. Faizul duduk di sofa menghadap TV. Namun otaknya tidak fokus. Mindanya terus berfikir... mental? Hendak mengaku... macam tak percaya pula kalau-kalau Adam tu boleh tersangkut dengan orang yang ada sakit-sakit mental ni. Tapi, aku pernah tengok Suzana. Tak pernah pula nampak tanda-tanda macam pesakit mental. Tak ada pula perempuan tu pernah mengamuk ke? Bunuh orang ke? Hisy!!! Nauzubillah Min Zalik... minta dijauhkan. Nanti dia buat betul-betul. Naya!!!

Bab 21
"HUJUNG minggu ni abah ingat nak buat kenduri sikit...," suara abah memecah kesunyian di ruang tamu. Pah yang tengah bersandar di sofa menegakkan badan sambil memandang ke arah abah.
Justify Full            "Kenduri?" soal Pah. Abah mengangguk kecil tanpa menjawab dengan lebih lanjut. Sejak keluar dari hospital, Pah dengan abah sudah boleh berbicara dengan normal. Tanpa ada sebarang kecederaan jiwa. Itu yang penting. Pah rasa bersyukur sangat, walaupun nada suara abah macam tidak mesra, tetapi dia tahu... abah memang sayangkan dirinya.
            "Nak buat majlis kesyukuran sikit... kan Pah dah sembuh. Sebelum Pah mula kerja... abah nak buat la doa selamat...," terang ibu yang muncul dari dapur. Kepala Pah terangguk-angguk. Baru faham.
            "Abang pergi solat dulu...," terus saja abah keluar meninggalkan Pah dan ibu yang berada di ruang tamu. Ibu sedang mengupas bawang nak buat telur dadar katanya. Pah hanya memerhati saja. Sejak jadi pesakit ini, satu kerja pun ibu tak bagi buat. Jangan buat kerja berat-berat katanya. Aduhai... adakah buat kerja-kerja memotong sayur boleh dikategorikan sebagai kerja berat? Aku tak faham!
            "Nanti masa majlis kesyukuran... panggillah Eja dengan Faizul sekali. Nak ajak kawan Pah dekat HUKM pun tak apa...," ucap ibu. Mesti nak mula buat perangkaan untuk jemput siapa semua.
            "Okay...," balas Pah sepatah. Akur.
            "Ha... Pah...," suara ibu menjadi perlahan seolah berbisik. Pah menjungkitkan kening. 'Takkan ibu nak bergosip pula dengan aku'.
            "Jangan lupa...," ucap ibu.
            "Jangan lupa apa ibu?"
            "Ajak Adam sekali... ibu dah lama tak tengok dia," mendengar nama itu dari bibir ibu membuatkan hati Pah berdetak kencang. Sejak kedatangan Aliya, dia sudah berusaha untuk tidak memikirkan tentang lelaki itu. Pah tidak mahu terus-terusan melayan kehendak jiwa yang berangankan sesuatu yang tidak kena dengannya.
            "Buat apa nak ajak dia?"
            "Eh... jemput sajalah... Pah tak nak tengok dia, tak apa. Ibu nak tengok dia... rindu nak sembang dengan dia. Dia tu dah la peramah... sopan santun... kacak... Ibu tengok dia, macam cukup serba serbi...," puji ibu melambung tinggi. Pah diam tidak bereaksi. Wajah yang dulu mampu tersenyum apabila mendengar nama Adam, kini diajar untuk menjadi kebal kembali.
            Pah tidak mungkin akan kalah dengan bisikan dan godaan hatinya yang sentiasa tercari-cari bayangan lelaki itu. Tidak mungkin aku akan tertarik pada dia. Dia bukan siapa-siapa pun untuk aku. Tiada kelebihan pun untuk aku ingat tentang dia.
            "Pah jangan lupa... jemput Adam!" suara ibu mengingatkan lagi sekali. Terus saja Pah melepaskan dengusan. Tidak suka!
            Petang itu sengaja Pah memerapkan diri di dalam bilik. Sejak tadi, ibu tidak sudah-sudah menyebut nama Adam. Adam itulah. Adam inilah. Entah apa yang ada pada Adam itu pun dia tidak tahu. Lelaki playboy yang pandai nak main-mainkan perasaan orang macam aku, itulah kelebihan lelaki itu agaknya.
            Dia main-mainkan kau ke Pah? Ada dia declare dengan kau ke? Terdengar suara hati Pah yang memerli diri sendiri.
            Argh!!! Pah hanya membentak geram. Kenapa perlu ada suara-suara kecil yang menyokong lelaki itu.
            Telefon bimbit yang berkelip-kelip menganggu Pah. Skrin dipandang sekilas sebelum punat hijau ditekan.
            "Pah... how are you today?" soal Eja ceria.
            "Alhamdulillah...," itu saja jawapan yang diberikan oleh Pah.
            "Ibu call tadi...," ucap Eja. Pah sudah tersentak. Ibu call Eja, sudah pasti ibu sudah menyampaikan tentang perkara itu. Ah, ibu! Tidak sabar-sabar.
            "Pasal majlis kesyukuran ke?" Eja mengiakan.
            "Ibu pesan suruh jemput Adam sekali...," mendengar nama Adam yang meniti dari bibir Eja pula membuatkan Pah semakin tidak senang. Perlahan matanya dipejam rapat. Cuba dibuang segala rasa hati yang bertandang.
            "Kau seronok tak... ibu suka sangat dengan Adam...," ucap Eja dengan teruja. Pah diam tidak memberi respon.
            "Nanti kalau kau nak kahwin, tak payah risau Pah... ibu dah bagi green light. Abah senang ja ibu nanti convince...," tambah Eja lagi dengan teruja. Pah membuka mata. Nafas ditarik panjang.
            "Eja, jangan jemput dia!" kata-kata Pah menoktahkan perasaan Eja yang teruja. Terus saja benaknya tertanya-tanya. Kenapa?
            "Kenapa? Kau tak suka?" soal Eja tanpa bertangguh.
            "Jangan jemput Adam...," hanya itu yang diulang Pah. Eja mengeluh hampa. Apa masalah dengan Pah sekarang? Dia tidak mengerti. Berbual melalui telefon tidak membolehkan dia melihat reaksi wajah Pah. Dia juga tidak boleh tahu apa yang ada dalam fikiran Pah.
            "Nanti kita sembang lagi. Aku ada hal sekejap," Eja meminta diri.
            Sebaik saja talian dimatikan, terus saja Pah mematikan telefon bimbit. Dia mahu bersendirian. Dia tidak mahu diganggu oleh sesiapa pun. Lebih-lebih lagi, dia tidak hendak mendengar nama itu. Adam! Dia tidak mahu!

EJA MUNDAR-MANDIR di dalam pejabatnya. Reaksi Pah sudah pelik. Kali ini Eja terasa hendak bersetuju dengan kata-kata Faizul. Betul ke Pah sukakan Adam? Atau mata aku yang tersalah tafsir. Ah! Mustahil... aku tak pernah salah tafsir Pah. Aku memang dah kenal dengan sikap dia. Ini mesti ada yang tak kena.
            Otak Eja ligat berfikir. Pah tidak mahu Adam dijemput. Ibu pula beria menyuruhnya menjemput Adam. Nampaknya... hanya ini saja jalan yang boleh Eja gunakan. Ibu!
            Pantas tangannya mendail nombor dan menunggu talian disambungkan.

PANDANGAN Adam melekap pada lap top. Tangannya cekap saja melakukan editing pada gambar-gambar yang telah diambil. Berkecimpung dalam bidang fotografi merupakan minatnya sejak dahulu lagi. Walaupun dihalang keras oleh daddy dengan alasan kerjaya ini tak menjamin masa depan, laju saja Adam menyangkal. Demi mengejar minat, ijazah pengurusan perniagaan disimpan saja buat kenangan.
            Adam tahu daddy kecewa pada permulaannya kerana dia menolak mentah-mentah untuk membantu perniagaan daddy, sebaliknya dia memilih untuk bekerja makan gaji. Namun, kini dia sudah mampu membuktikan bahawa tanggapan daddy salah. Adam pun mampu berjaya dengan kerjaya yang dipilihnya. Perniagaan daddy pula dibantu oleh adiknya Haziq yang baru saja grad dari Universiti Malaya. Haziq sememangnya minat dalam bidang perniagaan, lain pula baginya, dia dipaksa minat. So, memang susah nak ngam!
            "Adam...," seperti biasa, dengar suara saja dah tahu siapa. Faizul sudah terpacak di hadapan mejanya.
            "Weekend ni ada apa-apa?" soal Faizul. Adam menggeleng sekilas sambil memandang schedule yang terletak di sisi meja.
            "Kenapa?"
            "Tak ada apa... saja tanya," Faizul terus berlalu meninggalkan Adam terpinga-pinga. Adam hendak memanggil Faizul semula, tetapi deringan telefon mematikan tindakannya. Keningnya berkerut melihat nombor baru yang naik di skrin.
            "Helo...,"
            "Assalamualaikum... Adam ke?"
            "Waalaikumsalam... Adam bercakap," Adam ligat berfikir siapa gerangan yang menelefonnya. Dia tidak dapat mengecam suara itu.
            "Ini ibu...," ibu? Adam cuba berfikir lagi. Ibu mana?
            "Err... ibu? Siapa ya, saya kurang pasti?"
            "Ibu Pah...," terus saja Adam tersentap! Ibu Pah... call aku? Ada apa hal? Namun, Adam cuba bertenang.
            "Oh... ya, ya... ibu. Adam ingat lagi. Ibu sihat?"
            "Ibu sihat. Ingatkan Adam dah lupa dekat ibu ni... sejak Pah keluar hospital tak datang jenguk pun...,"
            "Adam sibuk ibu... nanti ada masa, Adam datang ya...," ucap Adam lembut. Terharu dengan kata-kata ibu Pah yang masih ingatkan dirinya. Terasa disayangi.
            "Sebab tu yang ibu call... hari minggu ni datanglah rumah. Ada buat majlis kesyukuran... nak datang ajak family pun tak apa... datang tau Adam, ibu tunggu...," lembut suara ibu menyapa gegendang telinga Adam. Aduh, terharunya.
            "InsyaAllah... Adam cuba datang," hanya itu yang mampu diucapkan.
            Talian sudah dimatikan. Adam merenung skrin lap top macam nak tembus. Pergi rumah parents Pah? Tak rasa macam buat kerja gila ke? Eh... kerja gila apa pula! Ibu dah jemput mestilah kena pergi.
            Tapi... bukan Pah yang jemput. Mungkin kalau yang telefon tadi tu Pah... dan Pah yang menjemputnya, Adam akan rasa gembira sedikit. Mungkin. Err... tapi, perlukah aku pergi situ? Adam bingung... dia tidak sampai hati hendak menolak, dalam masa yang sama... dia tidak punya keinginan untuk pergi. Kenapa? Dia sendiri tidak mengerti.

4 comments:

  1. wah..
    penipuan yang berjaya la..
    cian adam..

    ReplyDelete
  2. ayoppp bis r adam
    ni nnt cik pah ngn spe?
    adam kah? or faizul kah?

    ReplyDelete
  3. ex-pa say:hahaa..si0t..senyp2 kna tipu..adam p0wn 1..eg0..
    ini arr laki skrg..
    dh suke tp nx kta..at last prmpuan
    dh adr 0wg laen bru mrna..
    wah..mcm prnh almi jer..
    kan cik c0m.

    ReplyDelete
  4. to EX-PA,
    diam2 awak sindir saya ye...

    nywy,enjoy ur reading =)

    ReplyDelete