GAGANG telefon yang dihulurkan oleh Puan Amina disambut dengan tangan yang terketar. Entah lawak apa yang hendak dipersembahkan oleh Puan Amina. Selamba sahaja meminta dirinya untuk beramah mesra dengan bakal mak mentua. Oh, nak disebut pun masih terasa janggalnya. Telefon yang sudah melekap di telinga dipegang seerat mungkin. Bimbang pula kalau terlolos daripada pegangan. Memalukan. “Apa khabar Anis?” “Sihat… mak cik?” Anis cuba berbasa-basi. Hendak bina chemistry bukan satu kerja mudah. Tetapi, kalau bukan mudah… bagaimana dengan mudahnya dia berkata ya untuk Iman Anas? “Alhamdulillah… sihat jugak. Mak cik lagi ya? Bukan dah boleh panggil mak?” ...
Ceritaku;Imaginasiku.