Skip to main content

Min

Mak… ada orang datang ni….,” kuat Aminah melaung dari depan. Tetamu yang hadir sekadar menelan liur. Uish! Anak dara…menjerit sampai bergegar gegendang telinga.

“ Aminah…berapa kali mak dah pesan jangan menjerit-jerit! Kamu ni….,” Mak Timah yang muncul dari dapur terus merungut-rungut.

“ Eh…eh… kak Pah..,” terus nadanya berubah ceria. Senyuman tersungging di bibir. Drama swasta sebentar! Hehe..

Aminah sekadar memandang kosong. Dia masih statik di tempat asal. Apa watak-watak yang tetamu ni bawa. Kenapa aku tak pernah tau pun! Ah, lantaklah. Tak penting pun. Bukan masuk exam.


Baru saja dia memalingkan badan dan memulakan langkah…


“ Aminah… buatkan air!,” arahan mandatori dari mak. Aduhai mak ni…. Saja je nak test skill membancuh air aku time-time macam ni. Dibuatnya muka seposen. Kot-kot lah mak nak consider pasal arahan tadi… tapi nampak gaya… tetamu mengaburi mata mak. Aku pun dia dah tak layan.

Dengan langkah yang berat, kakinya diatur ke dapur. Mengigil tangan masa buka penutup bekas air. Apa ke benda ni…vibrate pulak dah! Bancuh air je pun…cool Min…cool… aku kan pakar bab-bab ni.

Tak sampai beberapa minit, air telah pun siap dihidang. Berkerut muka tetamu time meneguk air hasil tangannya. Dia perasan renungan tajam dari mak. Tapi buat don’t know jela.. .

*****


Gelak tawa memenuhi ruang makan. Masing-masing mempamerkan aksi tidak percaya.

“ Berani gila kau ye!,” Ruby mencelah.

“ Tu ar…kau ni..agak-agak ah! Mau orang tu cirit birit ke apa, tak ke haru!,” ujar Pe’ah pulak sambil ketawa. Teruk betullah kawan aku ni…hampeh! Hehe….

“ Dah tu…aku nak buat macam mana… korang tau jela mak aku. Bukan boleh nampak yang standard sikit. Takkan aku nak strongkan lagi dia punya harapan…nak berlagak lemah lembut…pandai masak…pandai buat kerja rumah…oh never and ever!,” ujar Aminah lantang.

“ Nanti tak pasal-pasal, tak sampai sebulan korang dah dapat invitation perkahwinan aku…,” sambungnya lagi. Kedua-dua temannya masih terkekek-kekek sambil memegang perut.


PAP! Buku Biologi tepat mengenai bahu Pe’ah. Berkerut kening. Tahu sakit.


“ Tak payahlah gelak macam orang tak pernah gelak,” marah Aminah. Gila over gelak… sampai terduduk-duduk. Hisy!

“ Okey… sorrylah…hehe…Cuma lawak la… mesti kawan gila menyesal minum air yang kau buat semalam. Entah berapa kali keluar masuk toilet!,” ketawa lagi.

Aminah tersenyum sumbing.

“ Jom ar masuk kelas… ,” ketiga-tiga mereka bergerak meninggalkan kantin sekolah yang riuh macam pasar malam tu.

Di dalam kelas…


“ Min….dengar cite, ada orang masuk meminang kau,” sampuk Mia dari belakang. Belum sempat Aminah melabuhkan punggung atas kerusi plastiknya. Aduhai.. kepoci betul! Mana ntah dia pergi kutip khabar angin ni… tak releven langsung!

“ Yang kau sibuk sangat dengan benda tu apasal…,” balas Aminah dingin. Ruby dengan Pe’ah dah standby kat sebelah…heh! Aku ni macam ada bonzer la pulak…tapi dua-dua bonzer kecik…hehe…


Mia menjungkit kening. Berlagak!


“ Eleh… kau jangan nak perasanlah anak mak cik Pah tu nanti berkenan kat kau. Aku seribu kali cantik dari kau… mesti aku yang dapat dia!,” ujar Mia tiba-tiba. Eeiii..riak betul! Aminah tersenyum jengkel…

“ Aku peduli apa… anak mak cik Pah ke…kuih pau ke…sampah ke…apa-apa ke…kau amik jelah…yang mana-mana yang sesuai dengan kecantikan kau yang tiada tandingan ni….. I don’t care ok! Just mind your own business!,” serentak itu ketawa meletus. Semua orang ketawakan Mia. Mia geram! Kaki dihentakkan manja ke lantai…dan terus dia berlalu keluar dari kelas.

“ Pelik betul aku dengan minah tu… baru form 5, dah kalut-kalut nak bersaing pasal lelaki. Entah siapa anak Mak cik Pah tu…eh, siapa ye mak cik Pah tu?,” soal Aminah slumber dengan muka poyo tak tau nak kata.


Dahinya diketuk!


“ Hei…kepala-kepala jangan main ar. Hilang ilmu aku…kutip balik..,” marah Aminah.

“ Kau la… mak cik Pah mana pulak dah! Yang datang rumah kau tulah…hisy!,” Ruby dan Pe’ah geleng kepala. Aminah tersenyum kelat. Yeke! Hehe… tak kenal…

*****


Selepas 3 tahun….

“ Mak… Min tak nak!,” tegas Aminah bersuara.

“ Kenapa.. give me one good reason?,” wow! Speaking mak aku…hehe…dia tergelak dalam hati. Melihatkan wajah serius di hadapannya itu, tak terkeluar rasanya ketawa. Macam ada benda je yang tersangkut kat kerongkong ni.

“ Min… tak nak. Itu je. Tak taulah nak fikir reason apa. Kalau boleh boleh mak bagi Min seminggu… Min prepare paper work sekali..,” sempat lagi dia bercanda.


PAP! Pantas je tangan mak naik ke bahunya. Adus….sakit wooo~~


“ Orang cakap serius… dia main-main pulak ye. Mak tanya lagi sekali, kenapa tak nak…,” wajah mak serius sangat tak terkata.

“ Sebab Min tak suka purple… Min suka merah!,” ok that’s it. Aku takkan pakai baju ni. Never!

*****


Riuh sekali suasana rumah Aminah pada petang itu. Aduhai mak…janganlah bagi Min rasa segan. Mak ni….

“ Assalamualaikum…,” suara itu menyapa dari belakang. Aku nak buat apa ni. Cabut lari nak! Idea bodoh…tukar plan… dijeling sekilas tangannya…mak aih, vibrate tahap Parkinson gila teruk ni!

Baju kurung Pahang yang berwarna ungu elok tersarung di tubuhnya yang lampai itu. Ini semua sebab mak la…pandai je basuh baju favourite aku, sedangkan tak pakai pun. Taktik tengok…aku kena ambil kos la dengan mak…nampak gaya…

“ Assalamualaikum…,” sekali lagi salam dihulur. Alamak lupa… ada orang lah. Berat sekali rasa nak angkat kepala ni. Tapi digagahkan jugak. Dipandang sekitar kawasan luar rumahnya… gaya macam first time datang sini. Heh! Nervous!

“ Nur Aminah Abdul Fahim!,” amik kau… dia dah panggil full name. kali ni, nak tak nak… kena pandang jugak. Mata bertemu mata… la.. dia ke! Betul ke apa yang aku lihat ni… mata aku tak menipu! Yes Min…. senyuman secara spontan memekar di bibir.

“ Kenapa? Terkejut?,” soalnya orang itu lagi. Aminah menggeleng.

“ Tak sangka je,” lantas dia tertawa kecil.

“ So… amacam! Still tak nak….,” soalnya dengan penuh makna.

“ Masih dalam pertimbangan,”

“ Main tarik tali… hhhmmm…takpe…kita tengok siapa yang menang!,” selamba dia menjawab. Aminah mencebik. Berlagak nak mampus!

“ Aminah….ajak Faisal masuk,” laung mak kuat dari dalam rumah. Ye mak! Tak perlu kot buat announcement sekuat tu…


Aminah masih lagi degil dengan keputusannya. TAK NAK! Keras kepala betul.


“ Macam mana Kak Timah, kita nikahkan jela diorang tu!,” tercekik Aminah dengar ayat tu. Gila ke apa. Takde ribut… takde taufan.. tiba-tiba NIKAH!

“ Mak… Min tak setuju!,” ceh… macam bagus je Min melahirkan pendapat. Faisal dah tergelak kecil namun cepat jugak dia mendapat jelingan pedas dari Min.

“ Kenapa mak kalut sangat nak nikahkan Min ni?,” soalan cepu emas itu terkeluar jugak.

Namun reaksi yang diterima, agak-agak mengelirukan. Err… Aminah terkelu lidah. Aku tersalah soalan ke. Kenapa semua pandang pelik ni. Janganlah ! janganlah !

“ Siapa pulak yang cakap nak nikahkan Min… mak Pah cakap pasal Kak Sofiya la,” what! MAK!!!!! Malunya…. Ya Allah…gila malu! Mana aku nak nyorok ni… belakang sofa boleh tak. Nampak macam muat je. Malu! Huhuhu….

Semua dah gelak. Aminah malu. Kenapalah mulut ni terlebih perisa sangat…kan dah malu. Depan umum pulak tu. Aduhai~ dijeling ke arah Faisal di sebelah. Terkekek ketawa, tak ingat dunia. Over!


*****


“ Hahahahahahahaha……,” hanya itu saja yang keluar dari mulut member Aminah. Dia menjeling geram! Aku malu gila..korang seronok ketawa pulak.

“ Kau ni…kenapa kalut sangat Min…,” Pe’ah ketawa. Tau jela si Pe’ah ni..kalau gelak sampai terduduk-duduk. Perangai tak ubah-ubah.

“ Mana aku tau…mak cakap tak clear. Faisal pun…tanya soalan ala-ala macam nak ajak aku kahwin… hehehe…mana aku tak terkonfius!,” Aminah tersenyum kelat..hehe…aku malu!

“ Suka ke dengan Faisal tu… dulu siap tanya… anak mak cik Pah yang mana..kan-kan Ruby…aku ingat lagi time tu…,” Pe’ah tersenyum nakal. Ruby pun! Jahat betul la korang ni.

“ Aku suka la!,” ZAPPP!!!! What did I said just now… alamak! Dah terlepas ke… kantoi!

Pe’ah dengan Ruby berlagak selamba. Kenapa sejak akhir-akhir ni orang kat sekeliling aku tak react dengan sepatutnya.

“ Aku dah agak dah… time kau curi-curi pandang dia dulu pun aku dah tau!,” Ruby membuat ulasan.

“ Saya pun dah agak…,” Pe’ah….eh wait! Itu suara Pe’ah ke… kenapa lain je!

Dikalih wajahnya ke kiri, memang terlopong betul! MALUNYA!!!!!!!!!!!!!!

Muka dah panas…. Faisal tersengih kat sebelah. Ni idea bengong sape ni…!!aku dapat tau sape… aku ketuk-ketuk kepala orang tu.

“ Idea baik punya dari mak cik Timah…hehehe..,” semangat gila Pe’ah menjawab bagi pihak mak.


MAK….. aduhai~


Mak ni……………. Suka bagi Min malu! Orang malu mak… malu!

“ So… nak ke tak nak,” straight foward punya soalan. Semua memandangnya sambil tersengih.

Aminah pura-pura merajuk. Sebenarnya nak cover malu je tu.

“ Offer last for ten second only!,” perlahan kedengaran suara Faisal. Aminah kalut.

“ Nak la….,” serentak itu mereka ketawa. Sekali lagi Aminah terpinga-pinga! Eii…tak suka betul la dikelilingi manusia yang pelik-pelik ni.


*****


“ Aku terima nikahnya Nur Aminah binti Abdul Fahim dengan mas kahwin sebanyak seratus ringgit tunai!,” lancar sekali Faisal menuturkan lafaz nikah.

Cincin disarungkan ke jari manis, dan ciuman kasih terpahat di dahi. Aminah menitiskan air mata gembira.

“ Lepas ni tak boleh tidur dengan bantal busuk dah Min!,” tiba-tiba suara mak Timah di celah keriuhan tetamu.

Memerah muka Aminah. Semua dah tak tahan nak gelak. Lagi-lagi si Faisal dengan senyuman nakal dia.

Mak ni……….saja je! Min malu….

Comments

  1. besh~~~
    yang flashback pun sgt best...
    walaupun pening cikit jalan cerita dia...tukar2. haha...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Cerpen: Lain di Mulut, Lain di Hati

JAMBANGAN bunga ros yang berada di atas mejanya itu dicapai. Tanpa melihat nama pengirim pun dia sudah boleh meneka, siapa pengirimnya. Terus dengusan tidak senang dilepaskan. Tanpa menunggu sesaat, jambangan bunga itu sudah terhumban ke dalam tong sampah di sudut bilik.             Huh! Apa dia fikir aku ni perempuan, nak cair kalau disogokkan dengan bunga. Kalau aku cakap benci, memang akan benci selamanya! rungutnya.             Serentak itu, pintu biliknya diketuk. Terjengul wajah Selina, setiausahanya.             “Encik Irfan, Puan Eryna nak jumpa.”             Sekali lagi dia melepaskan dengusan kasar. Tidak cukup dengan bunga yang merimaskan, sekarang, tuan punya badan pula muncul di depan mata. Ah, benci!             “Suruh dia balik! Saya tak nak jumpa dia.” Kuat dan lantang sekali suara Irfan sehingga begitu jelas buat pendengaran Eryna yang sedang duduk menunggu di luar bilik. Eryna tersentak. Riak wajahnya terus beruba

Cerpen: Hati ini [End]

BUNYI suara yang bertingkah dari ruang tamu mengkakukan langkah Ana di anak tangga terakhir. Dia yang turun ke bawah dengan niat untuk membasahkan tekak terkaku seketika. Tidak mahu menonjolkan diri di hadapan tetamu mama dan papa, tanpa berfikir panjang dia sudah memalingkan badan hendak bergerak ke atas semula. Namun sekali lagi, dirinya terus kaku di situ. Suara yang melaungkan namanya membuatkan badannya menjadi gementar secara tiba-tiba.             “Ana…” namanya dipanggil sekali lagi. Dia kenal suara itu. Terlalu kenal. Tetapi dia tidak mahu memalingkan wajahnya. Atas sebab apa, dia tidak pasti. Ikutkan sahaja kata hati.             Sentuhan di bahu membuatkan Ana tersentak. Pantas dia berpaling dengan wajah yang sudah berubah riak. Dia tidak suka dengan sentuhan itu. Sentuhan yang tidak menghormati dirinya sebagai seorang wanita muslim. Seketika mata mereka bertemu. Ana terkedu. Seakan tersedar dari mimpi… senyuman yang menghiasi

Cerpen: Dia yang aku cinta

Berdebar-debar rasanya saat menanti di ruang legar ini. Menanti kehadiran insan yang disayangi. Menanti saat yang ditunggu-tunggu selama ini. Disunting menjadi suri dalam hidup lelaki yang dicintai. Ah! Indah sungguh rasa…             “Tahulah nak tunggu insan tercinta. Kut iya pun… tak perlulah tayang riak wajah teruja, yang terlebih perisa pulak!” teguran berunsur perlian itu hanya membuatkan dia menjeling manja.             “Biarlah!” balasnya dengan menyampah.             Tiada siapa pun tahu apa yang dirasainya selama dua tahun ini. Hidup berjauhan dengan insan yang memenuhi ruang hatinya. Sungguh menyeksakan jiwa dan raga sahaja!             “Akak…” panggilan itu membuatkan dia melepaskan dengusan manja.             “Apa?!” soalnya geram. Geram saat khayalan indahnya dicantas dengan kejam. Sedangkan, hanya itu yang mampu dilakukan di saat ini.             “Tu…” mulut si adik sudah memuncung ke satu sudut.             Matanya turut berlari mencari. Seketika dia