Renungan yang tajam dilemparkan oleh puan Salmi pada kedua-dua wajah yang berada di hadapannya. Kemudian, dia mengalihkan tumpuan pada bancuhan tepung dalam bekas. Nak buat cucur udang petang ni. " Mak please......," suara Khairul memecah kesunyian di antara mereka. Penuh mengharap. Namun, puan Salmi tidak segera bereaksi. Dikekalkan aksi wajah pegun dan tak berperasaan di hadapan Khairul dan encik Kassim. Dia dah tahu ayat yang akan diucapkan oleh Khairul, tapi saja tak nak layan. Dipandang ke arah encik Kassim yang juga senyap dari tadi. " Abah, cakaplah kat mak..," Khairul menyiku perlahan badan encik Kassim. Ingatkan ajak abah boleh minta tolong, tapi orang tua ni diam saja dari tadi. Tak faham betul aku dengan warga-warga veteran dalam rumah ni. " Mak....," ucap Khairul lagi penuh mengharap. Harapannya sangat besar, nak pujuk mak supaya dapat terima pilihan hati. Tapi, melihatkan reaksi dari mak, nampak macam makin tipis sahaja harapan untuk perkar...
Ceritaku;Imaginasiku.