Skip to main content

pilihan aku vs pilihan mak aku 6

Wajah Sarah tanpa segarit senyuman menyapa pandangan puan Juriah dan encik Rahim. Hanya renungan tajam dihadiahkan buat pandangan puan Juriah yang setia mengekor langkah kakinya.

Pintu bilik dikunci. Dihempaskan beg tangan ke atas katil. Hatinya masih tidak berhenti mendidih sejak meninggalkan rumah Khairul tadi. Badannya disandarkan pada dinding bilik. Cuba bertenang. Cuba berfikir dengan kewarasan akal yang diberikan oleh Allah pada semua hambaNYA.

Wajahnya diraup kasar. Sungguh dia tidak menyangka, sampai ke tahap begini keseriusan perkara ini. Mak! ucap hatinya pedih. Kenapa mak begitu tega menabur fitnah pada Mira. Apa dosa Mira pada mak?

" kelapa ditebuk tupai, sapa yang nak," berdesing telinga Sarah mendengar tuduhan yang dilemparkan pada Mira.

" Adik Sarah bukan macam tu mak cik. Mak cik jangan nak tuduh sebarangan!," bentak Sarah. Kalau tuduhan biasa-biasa, kiranya masih boleh diterima. Tapi ini melibatkan maruah Mira.

" Mak Sarah yang bagitahu," bergenang air mata Sarah mendengarkan ayat yang diucapkan puan Salmi. Kenapa mak begitu kejam melemparkan tuduhan pada Mira.

Kelapa ditebuk tupai. Ayat itu berlegar-legar di ruang mindanya. Bibirnya bergetar menahan sebak. Air matanya mengalir perlahan membasahi pipi.

Mira adik aku. Mira anak yang baik. Mira takkan buat perbuatan keji macam yang mak tuduh. Mira sangat suci. Aku yakin dengan adik aku. Mira adalah sebaik-baik adik yang aku pernah ada.

Sarah bangkit dari tempat duduknya. Perkara ini perlu diselesaikan dengan segera. Dikesat air matanya. Pantas dia mengatur langkah ke ruang tamu. Dilihatnya mak dan ayah sedang menonton rancangan TV.

" Sarah ada benda nak cakap!," ucapnya senafas. Pandangan puan Juriah dan encik Rahim tertancap padanya. Encik Rahim kerut dahi.

" Sarah... menangis? Ada masalah apa sayang?," lembut sekali ayahnya bertanya. Ditarik tangan Sarah supaya duduk disisinya. Air mata Sarah mengalir tanpa perlu ditahan. Puan Juriah menjadi resah.

" Kenapa Sarah? Kenapa menangis ni?," lembut suara puan Juriah bertanya. Namun Sarah berasa jengkel mendengar intonasi sebegitu daripada mak sendiri.

" Mak zalim!," tersentak puan Juriah mendengar kata-kata itu.

" Sarah! Kenapa cakap dengan mak macam ni?," tegur encik Rahim tidak senang. Dilihatnya mata Sarah seolah mengepung kemarahan yang amat dalam.

" Mak zalim! Tergamak mak buat macam ni? Apa salah Mira mak? Apa dosa Mira? Kenapa mak tergamak fitnah Mira? Fitnah anak mak sendiri...," bertalu-talu soalan yang dilemparkan oleh Sarah. Bercucuran juraian air matanya. Tidak dapat menahan kepedihan di hati. Terasa seperti fitnah itu, seolah-olah dilemparkan buat dirinya. Agaknya, apa perasaan emak pada masa tu?

Puan Juriah tergamam, tidak berkata apa-apa. Bibirnya terketar-ketar menyusun bicara. Melihatkan amarah Sarah yang begitu memuncak, membuatkannya kehilangan kata-kata.

Encik Rahim pula penuh dengan tanda tanya. Melihat keadaan Sarah dan isterinya, dia masih tidak dapat menangkap maksud Sarah. Fitnah? Mira?

" Apa maksud Sarah? Mak fitnah Mira?," terus encik Rahim bertanya. Kegugupan makin terserlah di wajah puan Juriah. Liur ditelan!

" Mak fitnah Mira, ayah.... mak cakap, Mira tu kelapa ditebuk tupai! Mak buruk-burukkan nama Mira pada mak cik Salmi. Sebabnya, mak tak nak Mira rampas Khairul dari Sarah...," tersentap hati encik Rahim mendengar kata-kata itu. Membuak-buak kemarahan dalam hatinya. Pandangan tajam dilemparkan buat puan Juriah.

" Kenapa mak? Kenapa mak kena guna cara kotor macam ni? Sekalipun mak nak Sarah yang jadi menantu mak cik Salmi, kenapa mak kena fitnah Mira? Apa dosa Mira pada mak? Cuba mak cakap... terus terang, apa yang ada dalam hati mak?," teresak-esak Sarah menuturkan kata. Entah mengapa, kepedihan ungkapan kelapa ditebuk tupai lebih dirasainya. Baginya, tindakan puan Juriah itu terlalu melampau.

Puan Juriah terdiam. Dua pandangan mata yang seolah-olah menanti untuk menjatuhkan hukuman ke atasnya. Dia tidak punya sebarang hujah untuk membela diri. Bahunya makin mengendur. Dia makin hilang semangat sejak Sarah meninggikan suara dengannya. Sarah amat marah padanya.

" Cakap Ju! kenapa diam?," tinggi suara encik Rahim menjerkah. Tersentak puan Juriah sehingga terduduk di sofa. Perlahan dadanya diurut. Ligat otaknya memikirkan alasan, namun tiada suatu pun mampu diungkapkan. Dia benar-benar kehilangan kata-kata. Dua insan yang disayanginya kini, menunggu untuk menghumbannya ke dalam kandang pesalah. Sekali lagi, dia menelan liur. Perasaan berkecamuk.


Comments

  1. xpa2.. at least dpt lepaskn rindu jgak..
    hehehe...
    asal mak sarah benci sgt dkt mira??

    ReplyDelete
  2. o-o..
    xbaik mak cakap cenggitu..
    xpe sis..take ur time ya

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Cerpen: Lain di Mulut, Lain di Hati

JAMBANGAN bunga ros yang berada di atas mejanya itu dicapai. Tanpa melihat nama pengirim pun dia sudah boleh meneka, siapa pengirimnya. Terus dengusan tidak senang dilepaskan. Tanpa menunggu sesaat, jambangan bunga itu sudah terhumban ke dalam tong sampah di sudut bilik.             Huh! Apa dia fikir aku ni perempuan, nak cair kalau disogokkan dengan bunga. Kalau aku cakap benci, memang akan benci selamanya! rungutnya.             Serentak itu, pintu biliknya diketuk. Terjengul wajah Selina, setiausahanya.             “Encik Irfan, Puan Eryna nak jumpa.”             Sekali lagi dia melepaskan dengusan kasar. Tidak cukup dengan bunga yang merimaskan, sekarang, tuan punya badan pula muncul di depan mata. Ah, benci!             “Suruh dia balik! Saya tak nak jumpa dia.” Kuat dan lantang sekali suara Irfan sehingga begitu jelas buat pendengaran Eryna yang sedang duduk menunggu di luar bilik. Eryna tersentak. Riak wajahnya terus beruba

Cerpen: Hati ini [End]

BUNYI suara yang bertingkah dari ruang tamu mengkakukan langkah Ana di anak tangga terakhir. Dia yang turun ke bawah dengan niat untuk membasahkan tekak terkaku seketika. Tidak mahu menonjolkan diri di hadapan tetamu mama dan papa, tanpa berfikir panjang dia sudah memalingkan badan hendak bergerak ke atas semula. Namun sekali lagi, dirinya terus kaku di situ. Suara yang melaungkan namanya membuatkan badannya menjadi gementar secara tiba-tiba.             “Ana…” namanya dipanggil sekali lagi. Dia kenal suara itu. Terlalu kenal. Tetapi dia tidak mahu memalingkan wajahnya. Atas sebab apa, dia tidak pasti. Ikutkan sahaja kata hati.             Sentuhan di bahu membuatkan Ana tersentak. Pantas dia berpaling dengan wajah yang sudah berubah riak. Dia tidak suka dengan sentuhan itu. Sentuhan yang tidak menghormati dirinya sebagai seorang wanita muslim. Seketika mata mereka bertemu. Ana terkedu. Seakan tersedar dari mimpi… senyuman yang menghiasi

Cerpen: Dia yang aku cinta

Berdebar-debar rasanya saat menanti di ruang legar ini. Menanti kehadiran insan yang disayangi. Menanti saat yang ditunggu-tunggu selama ini. Disunting menjadi suri dalam hidup lelaki yang dicintai. Ah! Indah sungguh rasa…             “Tahulah nak tunggu insan tercinta. Kut iya pun… tak perlulah tayang riak wajah teruja, yang terlebih perisa pulak!” teguran berunsur perlian itu hanya membuatkan dia menjeling manja.             “Biarlah!” balasnya dengan menyampah.             Tiada siapa pun tahu apa yang dirasainya selama dua tahun ini. Hidup berjauhan dengan insan yang memenuhi ruang hatinya. Sungguh menyeksakan jiwa dan raga sahaja!             “Akak…” panggilan itu membuatkan dia melepaskan dengusan manja.             “Apa?!” soalnya geram. Geram saat khayalan indahnya dicantas dengan kejam. Sedangkan, hanya itu yang mampu dilakukan di saat ini.             “Tu…” mulut si adik sudah memuncung ke satu sudut.             Matanya turut berlari mencari. Seketika dia