Skip to main content

pilihan aku vs pilihan mak aku 7

" Sa....sa...saya...," bergetar suara puan Juriah. Tersekat-sekat dan tidak mampu diluahkan. Matanya memerah menahan tangisan. Wajah insan kesayangannya kembali menikam di pandangan mata. Dia tertunduk sendiri.

" Apa salah Mira, Ju? Cuba Ju cakap dengan abang, kenapa benci sangat dengan dia?," suara encik Rahim mengendur. Dia tahu, jika menggunakan kekerasan dan maki hamun, sudah pasti tidak dapat mendengar apa-apa alasan dari bibir isterinya. Dia amat mengerti dengan sikap puan Juriah yang sangat sensitif.

Puan Juriah mengangkat wajah. Menempatkan pandangan matanya dalam mata encik Rahim. Pandangan sayu sarat dengan kesedihan. Dia kembali menekur lantai. Entah mengapa, bibirnya kaku, lidahnya kelu untuk bersuara. Jika selama ini, dia boleh dengan selamba menghina Mira tetapi mengapa hari ini, tiada suatu alasan pun yang meniti bibirnya untuk mempertahankan diri sendiri.

" Mak...," panggil Sarah dengan linangan air mata. Sarah mengeluh kecil. Dia tahu, dia tidak sepatutnya menggunakan nada yang sebegitu kasar dengan puan Juriah, wanita yang telah melahirkannya. Tetapi, dia terpaksa.

" Mak.... Sarah minta ampun! Sarah marah mak....," ucapnya sambil mencapai tangan puan Juriah. Ciuman kudus melekap di tangan puan Juriah. Sarah duduk rapat sambil mengenggam erat tangan puan Juriah. Tersentuh hati puan Juriah melihat perlakuan Sarah. Sarah sememangnya seorang anak yang baik.

" Tapi... Sarah nak tahu, kenapa mak bencikan Mira? Kenapa kena tuduh Mira bukan-bukan? Apa salah dia pada mak... cuba mak cakap apa yang ada dalam hati mak, biar Sarah dengan ayah tahu, apa sebenarnya perkara yang mengganggu minda mak.... kesian Mira mak, siapa yang dia ada selain kita," pujuknya lagi. Cuba melahirkan butir bicara dari mulut puan Juriah.

Puan Juriah menahan air matanya dari berlinangan. Namun, ia mengalir tanpa dapat ditahan. Dia menghela nafas. Cuba mengumpul kata melahirkan bicara. Kenapa dia benci Mira?

" Setiap kali Ju tengok Mira.... Ju nampak 'dia'," jawapan puan Juriah lebih kepada encik Rahim. Keluhan berat dilepaskan.

" Benda tu dah lama Ju... sepatutnya, itu bukan lagi masalah besar untuk Ju," pujuk encik Rahim lembut. Dia memahami perasaan puan Juriah. Kehilangan seorang nyawa yang dikandungnya memang perit. Tetapi, kewujudan Mira lebih membangkitkan amarah dan benci kerana gara-gara hendak menyelamatkan mak Mira dia telah kehilangan cahaya matanya.

" Tak boleh... Ju tak boleh nak buang rasa marah tu... abang tak faham apa yang Ju rasa!," keluhnya sendiri.

Encik Rahim beralih duduk di sebelah isterinya. Dicapai tangan puan Juriah. "Abang faham apa yang Ju rasa, sejak dulu sampai sekarang... apa yang terjadi ada hikmahnya sendiri Ju. Anak kita meninggal bukan sebab kemalangan kecil tu Ju... anak kita memang dah tak bernyawa dalam kandungan sejak seminggu sebelum kejadian. Ju sendiri dengar penjelasan doktor bukan... ," kata-kata encik Rahim didengarnya tanpa menyampuk. Sarah sekadar menadah telinga menjadi pendengar setia d situ.

" Tapi kenapa Ju menghukum Mira sebab kejadian tu... dia tak tahu apa-apa Ju! Macam Ju kehilangan anak... Mira pun kehilangan mak, lebih teruk, ayah dia pun takde. Allah itu maha Adil Ju... dia tak ambil semua dari kita, sebaliknya dia gantikan sesuatu yang lebih baik buat kita," lembut kata-kata yang meniti bibir encik Rahim supaya dapat menyedarkan puan Juriah. Namun, puan Juriah mendengus halus.

" Abang cakap macam ni, sebab abang sayangkan sangat si Mira tu kan? Abang memang takkan lupa si Suria sampai bila-bila kan? Ju benci dia...," sekali lagi puan Juriah tidak mahu mengalah. Panas hatinya apabila teringatkan Suria, mak kepada Mira.

" Sepatutnya Ju lebih tahu apa perasaan abang... memang abang sayangkan Mira, dia dah abang anggap macam anak kita sendiri. Tapi, Ju... sanggup Ju buat fitnah dengan perasaan abang. Suria tu adik Ju... takkan tergamak abang nak sukakan adik ipar sendiri.... Semua yang Ju pernah dengar dulu, adalah fitnah semata-mata....," encik cuba mempertahankan keadilan.

Tidak pernah sekali pun dia berperasaan serong terhadap mak Mira, Suria. Fitnah yang dilemparkan terhadap mereka berdua masih berbekas di hati puan Juriah, walaupun telah berkali-kali dijelaskan kebenarannya. Kasihan Suria, selepas diceraikan suaminya Abdul Rahim, dia telah kehilangan tempat bergantung. Tambahan pula, dia sedang membawa kandungan pada tika itu. Niat baik untuk membantu telah disalah tafsir. Fitnah pula menjadi-jadi.

Puan Juriah, isteri kesayangannya juga telah salah tafsir niat baiknya. Termakan fitnah orang dengan menganggap adiknya curang dengan suami kakak sendiri. Walaupun telah dijelaskan, puan Juriah tetap tidak percaya. Bertambah buruk, kemalangan kecil yang menimpa Suria dan isterinya telah menjadi sebab kehilangan bayi kedua mereka. Sejak dari itu, kebencian terhadap Mira makin bertambah-tambah.

Label 'perampas' telah menjadi sebati dengan diri Mira. Sedangkan pada hakikatnya, Mira tidak mengetahui apa-apa pun kebenaran di sebalik cerita ini. Kasihan gadis itu, dia cuma menyangka dia kehilangan ibu kandung, tetapi dia tidak tahu... ayah kandungnya, Abdul Rahim juga sudah tiada. Mira tidak tahu tentang itu. Entah bagaimana dia hendak menjelaskan pada Mira.

Kepala encik Rahim berdenyut-denyut. Pening. Spontan tangannya mula memicit kepalanya.

" Ayah, kenapa ni?," Sarah cepat menyoal melihat perlakuan ayahnya yang memicit kepala dengan dahi yang berkerut-kerut seolah menahan sakit yang amat. Puan Juriah turut menjadi risau.

Rasa bersalah mula mencengkam dalam hati. Tahulah, semua ini salah dia. Salahnya yang paling besar kerana tidak yakin dengan perasaan suaminya. Salahnya kerana mudah sangat termakan fitnah orang luar daripada mempercayai saudara kandung sendiri. Salahnya juga kerana menabur fitnah pada Mira yang tidak mengetahui apa-apa pun disebalik kisah-kisah lama ini.

Pandangannya beralih pada wajah suami kesayangan, simpati tertumpah di situ.

" Abang berharap sangat, Ju akan dapat terima Mira dengan ikhlas... dia anak kita Ju!," sayu sekali suara encik Rahim mengharapkan perubahan dari isterinya.

Puan Juriah terasa sebak. Entah kenapa, perasaan bersalah makin mendapatkan tempat dalam hatinya pada tika ini. Jika selama ini, hatinya keras bak batu kelikir... tetapi hari ini ia seolah-olah cair dengan kata-kata encik Rahim. Walaupun kata-kata yang sama telah pun diungkapkan sebelum ini tetapi hari ini baru kesedaran itu muncul. Perlahan bibirnya bertahmid. Bersyukur, dia sedar dengan kealpaan diri.

Dicapai tangan encik Rahim laju. " Ju minta ampun bang... Ju dah banyak salah sangka dengan abang...," dia mengucup lembut tangan encik Rahim. Air matanya menitis membasahi pipi.

" Abang sayangkan Ju....," encik Rahim turut mengucup lembut dahi isterinya. Sarah tersenyum kecil melihat kemesraan yang terpamer. Dalam hati, dia tidak putus-putus memanjatkan kesyukuran. Semoga hari yang mendatang adalah hari yang memberi berita bahagia buat Mira.

******


Mira tersenyum lebar. Rasanya hari ni, senyuman itu memang takkan luntur dari bibir. Tangan lincah mengemas kertas A4 di atas meja. Sejak dari tadi, dia bersama teman-teman lain bermastautin di library.


" Tersengih-sengih dari tadi... sewel ke?," pertanyaan itu menyentakkan fikiran Mira. Dia sekadar menjelirkan lidah. Azwan ketawa kecil melihat respon Mira.


" Kenapa dengan kau hari ni, terlebih gula ke? Dari tadi aku tengok asyik senyum je....," Azwan masih lagi dalam mode mengusik. Mira tersenyum lagi.


" Mak call aku....," ucap Mira teruja. Azwan turut terkejut mendengar kata-kata itu. Biar betul...


" Dah okey ke?," soal Azwan lagi.


" Insyaallah, dah rasanya. Aku rasa macam tengah mimpi pulak masa dapat call dari rumah... ingatkan ayah, tapi mak yang cakap. Kau nak tahu, dia siap tanya khabar aku... dah makan ke belum... dia tanya aku bila nak balik rumah.... seronoknya Wan. Aku rasa happy sangat mak cakap dengan aku...," ucap Mira dengan perasaan teruja.


Mendengarkan suara mak yang meniti corong telefon, benar-benar menggetarkan hati. Namun, siapa sangka... mak merisik khabarnya dengan nada yang sangat mesra. Dia terasa sangat bahagia. Kalau ikutkan hati, nak balik rumah masa itu jugak. Tapi komitmen dengan kelas dan tugasan, masih ada yang belum selesai. Perlu ditahankan juga kehendak hati yang meronta-ronta hendak pulang ke rumah.


" So, bila nak balik?," soalan Azwan kembali mengheretnya ke alam nyata. Pandangan Mira tertancap pada wajah Azwan. Sukar sekali hendak menafsir apa yang berada dalam fikiran lelaki itu.


" Bila?," soal Mira balik.


" Bukan nak balik sekarang ke?," Mira terpinga-pinga tidak faham butir bicara Azwan.


" Kau lupa ke, esok sampai jumaat kita takde kelas. Tak ingat ke puan Rozita dengan madam Mimi bagitahu... dah lupa?," kata-kata Azwan membuatkan Mira berfikir. Ah, baru dia teringat. Minggu ni, kelas agak lenggang sebab lecturer ada bengkel.


" Tapi takkan nak balik... kerja kan banyak tak settle..," ucap sambil melihat fail-fail tugasan di atas meja.


Azwan tersenyum kecil sambil mengenyitkan mata. " Tak payah balik sampai weekend, balik sampai jumaat sudah... weekend kita discuss la apa yang patut," lancar Azwan memberi cadangan. Mira sekadar pandang pelik.


" Takpe la... macam tak berbaloi pulak, balik sekadar dua hari... tak berbaloi duit tiket bus tu," Azwan mencebik.


" Kedekut punya minah.... nak balik pun berkira duit..," sindir Azwan. Mira malas nak layan. Terus je dia mengambil barang-barang yang masih bersepah atas meja.


" Kalau aku ajak dengan aku, nak join tak?," soal Azwan lagi. Mira masih tidak dapat menangkap maksud sebenar.


" Jom, balik dengan aku. Aku nak balik jugak....," lama Mira terdiam menganalisis ayat Wan. Lambat-lambat dia menarik senyum di bibir.


" Sayang kau...," ucap Mira spontan. Azwan tersengih. " Aku sayang kau jugak...," balasnya.


Hati Mira dah berbunga-bunga riang. Nak balik rumah terasa sangat seronok. Sebelum ni bukan tak pernah balik, tapi perasaan itu tak pernah sama macam sekarang. Sekarang balik, ada orang tengah tunggu kepulangannya.

Pantas dicapai telefon bimbit, nombor rumah didail. Apabila talian dah bersambung... "Mak, Mira balik hari ni....," ucapnya gembira.

"Balik dengan kawan, dia nak tumpangkan....," balasnya menjawab pertanyaan.

" Okey mak... jumpa nanti," talian dimatikan. Dia beralih pandang ke wajah Azwan yang tengah memandu.

" Terima kasih Wan....," ucapnya sekali lagi. Azwan sekadar tersenyum nipis.

" Mak sayang Mira," kata-kata itu semakin mencambahkan keriangan di wajah Mira. Mira tak sabar nak pulang, nak peluk mak, nak borak-borak dengan mak. Mira pun sayang mak. Mira tersenyum lagi.

Comments

  1. wah...
    mak dia dah insaf..
    hehehe
    entah2 azwan suka mira pa??
    hmmm..

    ReplyDelete
  2. bagusla..
    akhirnya berbaik gak..
    xsabar nak tunggu part ngan khairul lak

    ReplyDelete
  3. ooo....en.rahim tu pak sedara si mira...igtkn ayh kandung..jd ,mira ni xtau lah yg die ni ank yatim piatu? keciannye...

    ReplyDelete
  4. ooo....en.rahim tu pak sedara si mira...igtkn ayh kandung..jd ,mira ni xtau lah yg die ni ank yatim piatu? keciannye...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Cerpen: Lain di Mulut, Lain di Hati

JAMBANGAN bunga ros yang berada di atas mejanya itu dicapai. Tanpa melihat nama pengirim pun dia sudah boleh meneka, siapa pengirimnya. Terus dengusan tidak senang dilepaskan. Tanpa menunggu sesaat, jambangan bunga itu sudah terhumban ke dalam tong sampah di sudut bilik.             Huh! Apa dia fikir aku ni perempuan, nak cair kalau disogokkan dengan bunga. Kalau aku cakap benci, memang akan benci selamanya! rungutnya.             Serentak itu, pintu biliknya diketuk. Terjengul wajah Selina, setiausahanya.             “Encik Irfan, Puan Eryna nak jumpa.”             Sekali lagi dia melepaskan dengusan kasar. Tidak cukup dengan bunga yang merimaskan, sekarang, tuan punya badan pula muncul di depan mata. Ah, benci!             “Suruh dia balik! Saya tak nak jumpa dia.” Kuat dan lantang sekali suara Irfan sehingga begitu jelas buat pendengaran Eryna yang sedang duduk menunggu di luar bilik. Eryna tersentak. Riak wajahnya terus beruba

Cerpen: Hati ini [End]

BUNYI suara yang bertingkah dari ruang tamu mengkakukan langkah Ana di anak tangga terakhir. Dia yang turun ke bawah dengan niat untuk membasahkan tekak terkaku seketika. Tidak mahu menonjolkan diri di hadapan tetamu mama dan papa, tanpa berfikir panjang dia sudah memalingkan badan hendak bergerak ke atas semula. Namun sekali lagi, dirinya terus kaku di situ. Suara yang melaungkan namanya membuatkan badannya menjadi gementar secara tiba-tiba.             “Ana…” namanya dipanggil sekali lagi. Dia kenal suara itu. Terlalu kenal. Tetapi dia tidak mahu memalingkan wajahnya. Atas sebab apa, dia tidak pasti. Ikutkan sahaja kata hati.             Sentuhan di bahu membuatkan Ana tersentak. Pantas dia berpaling dengan wajah yang sudah berubah riak. Dia tidak suka dengan sentuhan itu. Sentuhan yang tidak menghormati dirinya sebagai seorang wanita muslim. Seketika mata mereka bertemu. Ana terkedu. Seakan tersedar dari mimpi… senyuman yang menghiasi

Cerpen: Dia yang aku cinta

Berdebar-debar rasanya saat menanti di ruang legar ini. Menanti kehadiran insan yang disayangi. Menanti saat yang ditunggu-tunggu selama ini. Disunting menjadi suri dalam hidup lelaki yang dicintai. Ah! Indah sungguh rasa…             “Tahulah nak tunggu insan tercinta. Kut iya pun… tak perlulah tayang riak wajah teruja, yang terlebih perisa pulak!” teguran berunsur perlian itu hanya membuatkan dia menjeling manja.             “Biarlah!” balasnya dengan menyampah.             Tiada siapa pun tahu apa yang dirasainya selama dua tahun ini. Hidup berjauhan dengan insan yang memenuhi ruang hatinya. Sungguh menyeksakan jiwa dan raga sahaja!             “Akak…” panggilan itu membuatkan dia melepaskan dengusan manja.             “Apa?!” soalnya geram. Geram saat khayalan indahnya dicantas dengan kejam. Sedangkan, hanya itu yang mampu dilakukan di saat ini.             “Tu…” mulut si adik sudah memuncung ke satu sudut.             Matanya turut berlari mencari. Seketika dia