Skip to main content

pilihan aku vs pilihan mak aku 9

Renungan yang tajam dilemparkan oleh puan Salmi pada kedua-dua wajah yang berada di hadapannya. Kemudian, dia mengalihkan tumpuan pada bancuhan tepung dalam bekas. Nak buat cucur udang petang ni.

" Mak please......," suara Khairul memecah kesunyian di antara mereka. Penuh mengharap. Namun, puan Salmi tidak segera bereaksi. Dikekalkan aksi wajah pegun dan tak berperasaan di hadapan Khairul dan encik Kassim. Dia dah tahu ayat yang akan diucapkan oleh Khairul, tapi saja tak nak layan. Dipandang ke arah encik Kassim yang juga senyap dari tadi.

" Abah, cakaplah kat mak..," Khairul menyiku perlahan badan encik Kassim. Ingatkan ajak abah boleh minta tolong, tapi orang tua ni diam saja dari tadi. Tak faham betul aku dengan warga-warga veteran dalam rumah ni.

" Mak....," ucap Khairul lagi penuh mengharap. Harapannya sangat besar, nak pujuk mak supaya dapat terima pilihan hati. Tapi, melihatkan reaksi dari mak, nampak macam makin tipis sahaja harapan untuk perkara ini. Takpe Khairul, kuatkan semangat! Ucapnya pada diri sendiri.

Kalau kepala Mira yang keras macam keluli tu pun dapat dilentur inikan pula mak, small matter la Khairul.

" Mak tak nak cakap apa-apa pasal benda ni!," dengan mengucapkan sepotong ayat itu, puan Salmi berlalu sambil meninggalkan Khairul dan encik Kassim terpinga-pinga. Bahu Khairul makin mengendur, tak bersemangat langsung. Encik Kassim tersenyum kecil melihat wajah Khairul yang kecewa.

" Rul tunggu dekat ruang tamu, kejap lagi abah datang bawa good news," Khairul pelik mendengar arahan dari abah. Encik Kassim pula sekadar tersenyum simpul. Malas hendak bersoal panjang, Khairul terus melangkah ke ruang tamu mahu memberi ruang kepada abah untuk memujuk mak.

Entah kenapa, susah sangat perkiraan jodoh aku ni. Nampak gaya macam tak dapat kahwin je dengan pilihan aku. Terpaksa pasrah dengan pilihan mak jugak ke? Khairul mengeluh sendiri.

Dilabuhkan punggung ke atas sofa yang terletak di hujung sudut ruang tamu. Laju sahaja tangannya mencapai sebuah majalah yang elok terletak di atas meja kopi. Diselak sehelai demi sehelai tanpa perasaan. Jujur, dia memang tidak berminat dengan isi kandungan majalah itu buat masa ini. Berserabut fikirannya dengan perkara yang lebih penting. Mira!

Baru sekarang dia tahu, bukan senang nak memujuk mak untuk mengubah apa yang telah dipilihnya.

*******

"Rul, positif!," suara abah mengejutkan Khairul yang hampir terlena di sofa. Lama tak lama abah memujuk mak. Tapi, mak dah ubah keputusan. Cayalah abah! Kredit untuk abah.

" Betul ke abah?," soal Khairul tidak percaya. Wajahnya terus bercahaya melihat anggukkan dari encik Kassim. Refleks dari Khairul, terus dia bangun memeluk abahnya. Akhirnya, segalanya dapat berakhir dengan baik. Mudah-mudahan.

" Tapi tak semudah tu dia nak masuk dalam rumah kita!," tiba-tiba muncul suara mak dari belakang. Khairul mengerutkan dahi. Entah apa lagi yang menganggu fikiran mak sebenarnya.

" Apa lagi mak?," soal Khairul. Wajah puan Salmi yang serius tanpa segarit senyuman itu benar-benar mencuakan hatinya. Gelisah, resah dan segala sah-sah la dalam hati. Risau sangat kalau mak tak setuju. Mana boleh kahwin kalau mak tak restu.

Mak diam lagi, tak cakap apa-apa even dah bagi intro yang meresahkan hati. Dialih pandang ke wajah abah, cuba meminta penjelasan. Tapi abah sekadar jungkit bahu, tidak mengerti apa yang hendak dibicarakan oleh mak.

Khairul mengatur langkah menuju ke arah puan Salmi yang statik di pintu dapur. Perlahan dicapai tangan mak, dicium penuh syahdu. Air mata dah bertakung, tinggal nak meleleh je. Aduh, Khairul! Apahal yang emo sangat ni. Namun, siapa sangka... air mata lelaki itu mengalir jua.

"Mak, Rul minta maaf. Kalau mak memang tak suka, Rul takkan paksa. Rul akan ikut cakap mak...Rul akan ikut pilihan mak....," ucap Khairul tersedu-sedan. Khairul apa ambil role perempuan pulak ni. Masih tiada respon dari mak. Khairul masih tunduk menekur lantai. Tak sanggup nak menatap wajah mak, dengan mukanya yang basah dengan air mata. Malu!

Puan Salmi pandang Khairul yang tertunduk menekur lantai dengan tidak berkelip. Hendak ketawa, kesian!

Betullah, Khairul ni cepat sikit bab-bab melayan perasaan sedih ni. Cepat cair hatinya kalau berkaitan dengan hal mak. Mata puan Salmi bertemu pandang dengan wajah encik Kassim yang sudah menahan mulut dari melepaskan tawa. Masing-masing tersenyum sesama sendiri. Lucu melihat gelagat anak teruna yang sudah meleleh air mata, tanpa menyedari..... dia hanya dipermainkan.

Comments

  1. hish3x..
    kesian kat khairul..

    ReplyDelete
  2. walawei..
    kemain syahdu syahdan lak c kerul ni..
    cian kena permain ngan mak sendri,..
    kuikuikui

    ReplyDelete
  3. hahahaha
    ap ni khai..
    haish~~
    touching aja lebih
    hahaha

    ReplyDelete
  4. haha..kene perdajal dgn mak sendiri..cian keyrul..;))

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Cerpen: Lain di Mulut, Lain di Hati

JAMBANGAN bunga ros yang berada di atas mejanya itu dicapai. Tanpa melihat nama pengirim pun dia sudah boleh meneka, siapa pengirimnya. Terus dengusan tidak senang dilepaskan. Tanpa menunggu sesaat, jambangan bunga itu sudah terhumban ke dalam tong sampah di sudut bilik.             Huh! Apa dia fikir aku ni perempuan, nak cair kalau disogokkan dengan bunga. Kalau aku cakap benci, memang akan benci selamanya! rungutnya.             Serentak itu, pintu biliknya diketuk. Terjengul wajah Selina, setiausahanya.             “Encik Irfan, Puan Eryna nak jumpa.”             Sekali lagi dia melepaskan dengusan kasar. Tidak cukup dengan bunga yang merimaskan, sekarang, tuan punya badan pula muncul di depan mata. Ah, benci!             “Suruh dia balik! Saya tak nak jumpa dia.” Kuat dan lantang sekali suara Irfan sehingga begitu jelas buat pendengaran Eryna yang sedang duduk menunggu di luar bilik. Eryna tersentak. Riak wajahnya terus beruba

Cerpen: Hati ini [End]

BUNYI suara yang bertingkah dari ruang tamu mengkakukan langkah Ana di anak tangga terakhir. Dia yang turun ke bawah dengan niat untuk membasahkan tekak terkaku seketika. Tidak mahu menonjolkan diri di hadapan tetamu mama dan papa, tanpa berfikir panjang dia sudah memalingkan badan hendak bergerak ke atas semula. Namun sekali lagi, dirinya terus kaku di situ. Suara yang melaungkan namanya membuatkan badannya menjadi gementar secara tiba-tiba.             “Ana…” namanya dipanggil sekali lagi. Dia kenal suara itu. Terlalu kenal. Tetapi dia tidak mahu memalingkan wajahnya. Atas sebab apa, dia tidak pasti. Ikutkan sahaja kata hati.             Sentuhan di bahu membuatkan Ana tersentak. Pantas dia berpaling dengan wajah yang sudah berubah riak. Dia tidak suka dengan sentuhan itu. Sentuhan yang tidak menghormati dirinya sebagai seorang wanita muslim. Seketika mata mereka bertemu. Ana terkedu. Seakan tersedar dari mimpi… senyuman yang menghiasi

Cerpen: Dia yang aku cinta

Berdebar-debar rasanya saat menanti di ruang legar ini. Menanti kehadiran insan yang disayangi. Menanti saat yang ditunggu-tunggu selama ini. Disunting menjadi suri dalam hidup lelaki yang dicintai. Ah! Indah sungguh rasa…             “Tahulah nak tunggu insan tercinta. Kut iya pun… tak perlulah tayang riak wajah teruja, yang terlebih perisa pulak!” teguran berunsur perlian itu hanya membuatkan dia menjeling manja.             “Biarlah!” balasnya dengan menyampah.             Tiada siapa pun tahu apa yang dirasainya selama dua tahun ini. Hidup berjauhan dengan insan yang memenuhi ruang hatinya. Sungguh menyeksakan jiwa dan raga sahaja!             “Akak…” panggilan itu membuatkan dia melepaskan dengusan manja.             “Apa?!” soalnya geram. Geram saat khayalan indahnya dicantas dengan kejam. Sedangkan, hanya itu yang mampu dilakukan di saat ini.             “Tu…” mulut si adik sudah memuncung ke satu sudut.             Matanya turut berlari mencari. Seketika dia