Skip to main content

kampung girl

“ Maaflah, saya tak berkenan pun dengan awak!,”

PAP! Rasa macam ada batu besar yang menghempap kepala ni. YA ALLAH, malunya. Ain sekadar tunduk menekur tanah. Malunya bila orang dah datang rumah, katanya nak masuk meminang tapi ini sadis ceritanya, bila kena tolak lamaran sebelum apa-apa perbicaraan.

“ Saya dah cakap kat mak saya, tapi dipaksanya jugak datang tengok dulu,” ucapnya lagi. Ain masih statik tak berkata apa-apa. Muka dah tebal berinci-inci,pipi dah kebas macam kena bius. Masuk ni, dah dua kali aku kena reject, nasib yang sebelum ni secara online, bukan face to face macam sekarang.

You don’t have nothing to say?,” Ain pantas mengangkat mata. Tajam pandangan pemuda itu menikam wajahnya.

“ Kenapa tak tengok foto je dulu? Kenapa kena datang sampai rumah, baru nak cakap tak setuju? Malu la kalau orang dah tahu!,”

Ashraf menghela nafas yang panjang. Ain tertunduk kembali.

“ Saya dah tengok. Dah cakap tak setuju dah pun kat mak saya, tapi dipaksanya jugak suruh tengok awak face to face!,” sedikit tinggi nada suaranya.

Ain tersentak. Rasa macam nak menangis sekarang jugak! Apalah nasib badan, sebelum tengok the real Ain, orang dah tak berkenan. Macam ni, bilanya aku nak kahwin? Yang mamat ni pun satu, apa salah ke kalau kenal-kenal dengan aku dulu, then baru reject. Baru tengok gambar dah tak setuju. Nampak sangat pentingkan personaliti. Aku sedar, aku ni cuma budak kampung yang tak setanding dengan budak bandar macam dia.

“ Awak cakaplah sendiri dekat mak dengan abah saya, yang awak tak berkenan dengan saya. Saya tak kisah…,” perlahan Ain menuturkan kata. Mesti mak dengan abah kecewa. Tadi dia dapat lihat wajah mak dengan abah yang excited nak sambut tetamu dari jauh ni.

“ Macam mana saya nak tolak, saya tak nak mak saya sedih!,” balas Ashraf dengan muka selamba.

Ewah-ewah mamat ni!

“ Habis, saya suka la mak dengan abah saya sedih!,” soalan berbentuk kenyataan dihamburkan ke wajah Ashraf.

“ Tolonglah, saya tak ada cara dah…,” pujuknya. Ain dah pening. Dua-dua belah nak kena jaga hati, so that, sapa pun takkan sakit hati.

“ Kita buat janji!,” Ashraf kerut dahi.

What janji?,”

“ Janganlah cepat sangat cakap tak setuju, kita cakaplah bagi masa untuk kenal-kenal. Lepas tu, pandai-pandailah reka alasan cakap kita ni tak serasi.. takde la nampak macam tak mencuba langsung,” semangat Ain menerangkan master plannya.

“ Boleh pakai ke?,” Ain mendengus kasar mendengarkan soalan itu.

“ Kalau tak boleh pakai, awak bagilah idea lain!,” balasnya marah.

“ Okey-okey… janganlah marah Ainnur!,” Ashraf mengenyitkan mata nakal pada Ain. Terkebil-kebil Ain melihat aksi itu.

Ain terus memalingkan badan dan mengatur langkah hendak kembali ke dalam rumah.

Di dalam rumah, rancak perbualan berjalan. Mendengarkan salam yang dihulur dari luar, membuatkan semua mata tertumpu pada pintu.

Ain dan Ashraf sama-sama masuk melangkah ke dalam rumah. Mak Ashraf, Pn. Siti dah tersenyum-senyum melihat gandingan itu. Begitu juga dengan mak dan abah Ain.

“ Apa keputusan kamu? Jangan kecewakan mak ye Ashraf…,” pinta Pn. Siti begitu berharap. Ashraf terasa serba salah. Dikerling ke arah Ain yang bersimpuh tidak jauh dari situ agar bersuara.

“ Mak, abah… mak cik Siti,” perlahan Ain memulakan bicara. Kesemua pandangan tertumpu padanya.

“Ain dengan Ashraf dah bincang tadi. Soal hati ni bukannya kita boleh paksa-paksa, tambah-tambah yang ni bukan berkait dengan perasaan Ain dengan Ashraf je, tapi kita sekeluarga… jadi kami minta supaya semua faham dan hormat dengan apapun keputusan yang kami bakal ambil ni. Bolehkan?,” soalnya lembut.

“ Takpe, Ain teruskan…,” ujar abah.

“ Kami fikir biar masing-masing berkenalan dulu dengan hati budi masing-masing,”

“ Ha…elok benarlah tu!,” terus je mak menyampuk. Abah dah geleng kepala sambil tersenyum, tahu Ain masih belum habis bicaranya.

“ Mak, dengar dulu… Ain tak sudah cakap lagi,” Ain dah masuk mode tegas. Pantang kalau ada menyampuk time-time orang tengah serius ni.

“ Ye…ye.. Mak dengar..,”

“ Kalau lepas kami dah kenal, kami masih tak rasa serasi, mak, abah atau mak cik Siti tak boleh paksa kami kahwin jugak!,” tegas Ain bersuara.

“ Cikgu Ain, janganlah garang sangat! Kamu kat rumah ni, bukan di sekolah…,” sempat lagi abah mengusik.

Ashraf keliru. Cikgu? Kata mak, Ain tu budak kampung, yang tak buat apa-apa habis SPM. Biar betul cikgu. Dress code memang kampung habis! Takkan aku kena kelentong dengan mak sendiri kot.

“ Abah ni… mana ada orang garang!,” Ain dah merajuk manja sama abahnya. Yang lain hanya tertawa geli hati.

“ Baiklah, kalau tu yang kamu berdua setuju, kami takkan halang. Kak Siti, kalau ada jodoh budak berdua ni, kita berbesanlah ye, Insyaallah. Sama-samalah kita doa, semoga baik jadinya,” kata-kata abah memenuhi ruang itu. Pn. Siti angguk tanda bersetuju.

Satu ciuman kudus hinggap di dahi Ain. Ain terkesima! Melihatkan wajah Pn. Siti yang begitu mengharap, membuatkan hatinya terasa sayu.

“ Maafkan Ain mak cik!,” ucapnya perlahan. Pn. Siti tersenyum.

“ Mak cik tak nak dengar ucapan maaf ni. Apa yang mak cik nak dengar, berita gembira dari kamu berdua,” Ain semakin dihimpit rasa bersalah.

“ Jangan terlalu berharap mak cik… nanti Ain rasa bersalah, Ain tak boleh nak paksa perasaan ni…,” ucapnya bersungguh-sungguh.

“ Mak cik tahu, kamu ni berhati lembut. Yang keras tu kat sana tu hah!,” dijeling sekilas pada Ashraf yang duduk di atas sofa. “ Mak cik yakin dia akan setuju, kalau kamu pandai ambil hati dia. Pikat dia secara semula jadi, dia mesti suka tu. Mak cik dah lama berkenankan kamu, Insyaallah ada jodoh Ain jadi menantu mak cik,” bisikan Pn. Siti benar-benar mengusik jiwa Ain. Dia tersenyum nipis sambil membuang pandang ke wajah Ashraf yang setia membalas renungan matanya.

Selesai solat Asar, Pn. Siti dan Ashraf berkemas-kemas mahu berangkat ke kota. Enjin kereta telah dihidupkan, tetapi emaknya masih di dalam rumah. ‘Tak sampai hati nak tinggalkan kampung ke mak?,’ desisnya.

Kelihatan Ain keluar dari pintu belakang dengan bungkusan di tangan. Diamati gadis itu, dengan baju kurung berwarna coklat, berbunga-bunga kecil dipadankan dengan tudung bawal putih. Jelas amat kekampungan gayanya itu. Gadis itu melangkah ke arahnya dengan senyuman tidak lekang di bibirnya.

“ Apa ni?,” soalnya pada Ain.

“ Mak bekalkan lauk and some…,” perlahan saja bunyi hujungnya. Ain kenapa terlepas and pulak dah…

“ Ada lauk sikit, boleh makan dalam perjalanan nanti,” ayat disusun dengan lebih berhati-hati. Dilihatnya, Ashraf macam tak perasan je. Dia lebih sibuk melayan handphone di tangannya.

“ Berapa nombor?,” soal Ashraf.

“ Nombor apa?,” Ain berlagak blur. Macamlah tak tau nombor apa, confirm dia minta nombor handset. Orang kat dalam rumah tu dah beratus kali duk pesan.

Ashraf tak menjawab, sebaliknya dilayangkan handset di pandangan mata Ain.

“ Orang mana ada telefon bimbit, telefon rumah adalah….,” Ain ketawa dalam hati. Ashraf dah berkerut dahi.

“ Jangan nak kelentong, bagi cepat,” gesanya. Ain mencebik. Ek eleh, orang Bandar, janganlah kerek sangat.

“ 04-6455266,” Ain tersenyum puas menatap wajah Ashraf. Jelas terserlah ketidakpuas hatian di situ.

“ Elok-elok la….,” Ashraf bengang. Nak main-main pulak budak, ketuk dengan penukul kang!

“ 012-4646464,” sekali lagi Ashraf menjeling.

“ Main-main ek!,”

“ Mana ada, serius la. Nombor saya la tu….cuba telefon,mesti bunyi dering tu,” Ashraf masih lagi dengan pandangan tidak percaya, namun ditekan juga butang hijau untuk dail. Deringan masuk. Betullah tu.

“ Nasib masuk line!,” Ain dah get ready nak chow. Satu.. dua..tiga…

“ Memanglah, sebab tu nombor abah….,” pecut. Ashraf dah jegil biji mata. Ya Allah, sabar jelah!

*****


- Kampung girl!

Ain kerut dahi, siapa ni malam-malam buta hantar mesej. ‘Budak kampung….,’

+ May I know,who’s the person nex door? Sy xde no. ni…awk salah org kot!

- Kampung girl!speaking?!my2x…u impress me…

Ain pelik, dia ni kenal aku ke. Kenapa asyik sebut kampung girl….

+ Sapa ni? Seriously I don hv dis no. if u really know me, then let me know who r u? if not, sekadar nk kacau2 or wateva, pls stop sending me msg!

- Saya la…

+ Saya tu xbernama ke?sapa?

- Ashraf Muslim…haha…juz kidding! ;)

Ain tersentak. Ya Allah….kenapa tak menjadi plan aku. Dah terkantoi awal-awal. Tiba telefon berbunyi. Nombor yang sama. Alamak!

“ Assalamualaikum…Ain…,” lembut suara itu menyapa.

“ Waalaikumsalam, err…rr… Ain dah tidur!,” logik tak jawapan ni.

“ Tapi dia reply mesej saya,”

“ Saya yang tolong reply, sebab Ain susah sikit nak layan nombor yang tak dikenali,” lagi la nampak tak logik.

“ Owh…yeke! Takpelah…bagi tahu dia, Ashraf call. Assalamualaikum,” talian terputus. Ain terkebil-kebil tidak percaya. Walawei…dia percaya cakap aku! Biar betul? Takkan tak cam suara kot. Tapi…baguslah kalau macam tu. Bolehlah aku teruskan my master plan.

Ain tersenyum sendiri.

*****


“ Mak, Ain tu betul ke tak kerja?,” soal Ashraf musykil. Sejak balasan sms tempoh hari dia masih lagi tidak menghubungi Ain. Otak ni dah pusing, asyik fikirkan logik jawapan yang diberi oleh tukang jawab telefon pada malam tu.

Pn. Siti buat acuh tidak acuh melayan soalan itu. Hari tu, katanya tak berkenan. Hari ni tiba-tiba berminat pulak dengan soal pasal Ain.

“ Kenapa?,” diajukan balik soalan pada anaknya.

“ Ashraf pelik… mak cakap dia tak kerja. Belajar pun setakat SPM je. Tapi macam terdengar hari tu, abahnya kata Ain ni cikgu, betul ke mak? Mak kelentong saya ye?,” soal Ashraf tidak puas hati. Dia kena dapat jawapan hari ni jugak.

“ Betullah apa yang mak cakapkan dulu…,” malas saja Pn. Siti membalas. Terus sahaja dia bangun menuju ke dapur, meninggalkan Ashraf yang semakin pening memikirkan hal ini.

Pantas tangan Ashraf menekan punat di telefon. Aku dah tak boleh fikir dan penat memikir andaian yang tak berapa nak munasabah ni.

- Ain!

Tidak sampai beberapa minit, mesejnya berbalas.

+ ada apa2 yg bisa dibantu?

Spontan Ashraf tersenyum.

- banyak yg perlu dibantu. Sibuk ke?

+ tak la sibuk sangat, nak tlg apa?

- saya nak call bleh?

+ boleh je, tapi xblh lama2.

Terus je nombor didail.

“ Kenapa?,” suara Ain kedengaran. Suara yang sama!

“ Tengah buat apa?,” itu pulak soalan yang keluar dari mulut Ashraf.

“ saya tak buat apa-apa pun. Cakap nak minta tolong, tolong apa?,”

“ Takde apa. Saja je, nak sembang dengan awak. Kita kan dalam proses pengenalan,” Ashraf tersenyum mengusik.

“ Oh.Ok, cakaplah… tapi sekejap je..,” jawapan itu membuatkan kening Ashraf berkerut.

“ Kenapa?,” dia kalau boleh, hendak cuba mencungkil rahsia yang cuba disembunyikan oleh semua darinya.

“ Saya ada janji dengan orang…,” pendek saja jawapan Ain.

“ Siapa? Boyfriend?,” soalnya dengan nada cemburu. Cemburukah aku kalau Ain ada teman lelaki? Bukankah akan lebih mudah kerjanya untuk menolak lamaran ini.

Kedengaran tawa Ain di hujung talian. “ Mana ada… kalau dah ada boy, tak perlulah saya susah-susah nak berkenalan dengan awak. Saya ajak je orang tu datang meminang saya!,” betul jugak.

So….,” baru dia ingin meneruskan kata, namun keriuhan di hujung talian mematikan suaranya.

Miss Ain, your students are here!,” jelas sekali ayat itu menerpa gegendang telinganya.

Your students?,” soal Ashraf tiba-tiba.

“ Awak, maaf! Saya kena pergi. Assalamualaikum,” terus talian dimatikan. Ashraf termangu. Drama apa yang dimainkan ni? Kalau Ain tu ada pendidikan, kenapa perlu disembunyikan? Jelas, dia tidak dapat merungkai persoalan ini.

Ain dah pucat tak berdarah. Sebentar tadi dia benar-benar kalut.

Your students?,” masih jelas kedengaran ayat itu.

Ain what’s wrong? Kenapa pucat ni?,” soal Alia, teman rapat Ain.

“ Ashraf….,”

“ Kenapa dengan Ashraf?,” soal Alia pelik. Dia tahu siapa itu Ashraf, dan dia juga tahu rancangan Ain untuk mengenakan Ashraf.

don’t tell me he already knew your plan Ain?,” tekanya.

I think so….mati aku Lia…mengamuk sakan orang tua aku nanti kalau tahu aku tipu calon pilihan dia orang,” risau pulak fikirkan benda tu. Tapi masa nak laksanakan tak dapat fikir consequence macam ni semua.

“ Ala…. Relaks la.. lagipun kau kan ada full support dari bakal mertua kau tu,” Ain mengeluh.

“ Tapi rasa macam tak bestlah, lepas ni mesti dia nak tahu? Mesti aku kena terus terang? Baru je aku rasa nak start game ni… dah takde thrill,” keluh Ain.

“ Tapi kan, kenapa bakal mertua kau pun support sangat nak kenakan anak dia? Kenapa nak suruh kau berlagak macam takde education dan suruh act totally like a kampung girl?,” soal Alia sambil menggaru-garu kepalanya yang dilitupi tudung.

Ain mencebik, “ Dah mamat tu kerek tak kena tempat, sebab tu aku bersemangat sangat nak kenakan dia! Mak cik Siti cerita kat aku, mamat kerek tu demand gila masa mak dia cakap nak jadikan aku ni as future wife dia,” luah Ain dengan muka tak puas hati. Alia pula semakin berminat nak mendengar cerita.

“ Apa yang dia demand?,” soal Alia dengan penuh minat.

Ain angkat kening, “My students are waiting!,” ucapnya sambil bangun hendak keluar berjumpa dengan tiga orang muridnya yang telah berjanji hendak datang bertemu dengannya.

Alia mendengus tidak puas hati. “ Nanti aku cerita, jangan risau,” ucap Ain sambil mengenyitkan mata dan terus berlalu keluar.

*****


Matanya tertancap pada wajah puan Siti yang cekap memotong daun pisang itu. Katanya nak buat tepung pelita dan kata mak jugak, ada tetamu istimewa hari ni. Siapa? Bila ditanya, suruh aku tunggu dan lihat.

“ Mak, sapa yang nak datang? Kenapa yang suspen sangat ni?,” soalnya lagi, mencuba nasib.

“ Adalah!,” puan Siti membalas dengan kerek. Ashraf tergamam. Huk aloh! Kerek pulak mak aku ni.

“ Patutnya dah sampai ni, kenapa lambat pulak,” puan Siti berkata-kata sendiri sambil pandangannya silih berganti pada muka pintu dan jam di dinding.

“ Assalamualaikum….,” kedengaran salam diberi. Terus berbunga senyuman wajahnya. Tergesa-gesa dia meluru ke arah pintu. Ashraf hanya diam memerhatikan gelagat yang dipersembahkan oleh puan Siti.

“ Masuk, masuk…. eh, datangnya berempat je? Cakap semalam berlima,” suara puan Siti kedengaran ceria. Ashraf masih belum melihat siapakah gerangan tetamu itu.

“Dia ada kenduri, so tak dapat nak ikut kami,” suara itu! Terus sahaja mata Ashraf menangkap wajah Ain melangkah masuk ke dalam rumah itu. Sekuntum senyuman mekar di bibir gadis itu. Sudah masuk tiga minggu mereka tidak berhubungan, Ashraf makin bingung dan keliru memikirkan siapa Ainnur ni?

Langkah Ain turut mati di situ apabila pandangannya bersatu dengan Ashraf. Jantungnya dah berdegup pantas, takut! Namun melihatkan Ashraf menghadiahkan senyuman manis buatnya, rasa macam kena simbah dengan ais pulak, lega!

“ Hai, sihat?,” soal Ashraf mesra. Jaga kau Ain, kau main-mainkan aku hidup-hidup!

“ Alhamdulillah…,” Ain turut tersenyum. Eleh mamat kerek, aku rasa aku masih berpeluang lagi nak tanam kau hidup-hidup!

Teacher, this is your fiancé?,” soal Maisarah. Ain dah menjegilkan biji matanya. Anak murid aku yang sorang ni, time suruh praktis speaking tak nak! Kat sini jugak dia mengada-ngada nak test skill English dia. Elok aku tengah baik hati ajak diorang berjalan ke sini, tinggalkan terus baru padan muka!

We need to talk!,” ucap Ashraf tegas. Ain dah telan liur. Kenapa? Ingatkan mak cik Siti cakap mamat kerek ni pergi outstation, sebab tulah aku datang. Lain pulak jadinya…. Mak cik Siti, tolong Ain!

Who are you?,” soal Ashraf dengan nada yang sangat tegas. Ain nak tayang gigi pun kena fikir berjuta kali. Ain mencuri pandang Ashraf yang berdiri betul-betul berhadapan dengannya. Pandangannya sangat tajam dan menikam. Aduh Ain! Apa yang aku nak kelentong ni? Jangan-jangan… jangan berbohong Ain, nanti memakan diri sendiri.

Ainnur… just tell me the truth!,” suara Ashraf masih tegang. Entah kenapa, otak ini terasa beku sebentar. Tak dapat nak berfikir dengan logik. Apa perlunya dirahsiakan identiti Ain yang sebenar? Apa faedahnya? Tak dapat dikenal pasti.

I have reason for all this. Saya cuma tak nak awak pandang rendah pada gadis kampung macam saya…or should I say, don’t you ever underestimate people without knowing the person!,” Ain mendapat semangat untuk bersuara. Mamat kerek macam Ashraf ni perlu diberi teladan. Ashraf kerut dahi. Underestimate? Siapa yang dia underestimate? Tak dapat nak proses lagi. Otak dah beku.

You need my help to refresh the memory?,” soal Ain lagi. Ashraf sekadar pandang kosong. Ain yang tadi kelihatan gelabah, tiba-tiba dapat semangat nak berbicara. You impress me gadis kampung.

“ Okey, mari kita tengok flashback satu-satu…,” Ain bersuara lagi. “ Masa mak awak tunjuk gambar untuk merisik, you say… typical kampung girl, I bet she wont be my perfect match in any terms,” berubah wajah Ashraf mendengar ayat yang diucapkannya, kini didengarkan kembali padanya. Takkan dia berkata begitu pada Ain? Ah, aku tak kenal dia masa tu. Memang la aku akan create macam-macam alasan sebab nak elak dari kena paksa kahwin. Itu pun nak kecoh-kecoh ke? Namun, kata-kata itu setakat terluah dalam hati. Hakikatnya, Ashraf masih mendiamkan diri.

“ hari awak datang merisik… you saw me, for the first time. Again you say… typical kampung girl, she wont even able to speak simple English. How will I bring her to meet my friend… mak please end this crab!,” sekali lagi ayat yang diucapkannya berulang tayang. Apa pulak alasan aku untuk ini? Ligat Ashraf berfikir.

So, knowing me.. the real me, what do you think?,” soal Ain sinis. Ashraf tersenyum kelat. Terasa betapa biadapnya diri melepaskan kata-kata sebegitu depan tuan punya badan. Walaupun orang tu tak faham sekalipun, dia tidak patut mengeluarkan kata-kata sedemikian rupa.

It was my fault… saya minta maaf. My bad,” pinta Ashraf ikhlas. “ Saya tak patut cakap macam tu semua. Percayalah, saya buat macam tu bukan sebab saya pandang rendah kat awak… bukan sebab awak gadis kampung. Percayalah… saya bukannya kacang lupakan kulit, saya takkan lupakan asal- usul saya jugak. Anak yang berendam dengan lumpur sawah jugak…,” sambung Ashraf lagi.

Ain pula dah pelik. Bukan sebab pandang rendah? Habis tu, cakap main ikut sedap mulut bukan pandang rendah kat orang lain ke namanya. Macam tu la yang dia dengar dari Puan Siti. Takkan salah informasi kot. Mustahil.

“ Sebab apa?,” soal Ain. Nak clearkan semua benda.

“ Saya tak nak kahwin lagi. Sebab tu saya create macam-macam alasan, macam-macam komen saya bagi… tapi langsung tak jalan dengan keras kepala mak. Lastly, sampailah kita berkenalan ni…,” Ain tersenyum kelat. Kenapa story yang aku dengar lain dari yang lain. Puan Siti pun dah salah faham dengan anak sendiri ke?

“ Tapi awak tak payah risau dah lepas ni…,” suara Ashraf kembali menyinggah gegendang.

“ Risau kenapa?,” lurus Ain bertanya.

“ Sebab saya dah buat keputusan pasal hubungan kita,” ucap Ashraf serius. Namun Ain masih berwajah selamba.

“ Tak rasa risau ke?,” soal Ashraf pelik. Wajah Ain seolah-olah tidak beriak. Tak fikir langsung pasal future kami. Aik, sejak bila jadi kami Ashraf? Sejak dari hari pertama lagi. Dalam diam hati sudah berbunga cinta lestari. Tapi bukan dengan Ain version baru ni, perasaan tu dah ada untuk Ain dalam versi totally kampung style.

“ Nak risau kenapa pulak? Awak memang confirm akan pilih saya, betul tak?,” ucap Ain selamba sambil tersengih nakal. Ashraf terkaku sebentar. Suppose, aksi dan kata-kata ni lahir dari bibir aku. Kenapa, terbalik pulak!

I’m your perfect match, right?,” tambah Ain lagi sambil mengeyit mata. Ashraf perlahan-lahan menarik senyum di bibir. Bakal isteri aku ni nakal jugak ye. Wah, sudah nobat bakal isteri. Insyaallah. Dia terus tersenyum sendiri.

*******


“ Ini dikatakan berkat ikut cakap orang tua,” ucap Puan Siti pada Ashraf dan Ain yang sudah selamat diijabkabulkan semalam. Ashraf dan Ain sama-sama tersenyum. Mengakui kebenaran kata-kata Puan Siti. Betullah, tanpa berkat dan restu mak dan ayah, takkan mereka berpeluang merasakan perasaan bahagia ini. Walaupun masing-masing tidak mengenali antara satu sama lain, tetapi perasaan yang satu itu menguatkan lagi perhubungan hati.

“ Mak dengan abah nak yang terbaik je untuk anak kami,” tambah mak Ain. Ain sekadar tersenyum nipis. Tidak berkata apa-apa. Tahulah dia, semua yang dirancang oleh mak, abah dan puan Siti adalah untuk kebaikan mereka.

“ Tapi kan abah…,” Ashraf bersuara sambil tersenyum nakal. Ada rahsia yang perlu dikongsi dengan abah. Saat ini jugak.

“ Abah tak tahu pasal pakatan Ain dengan mak nak kenakan saya…,” ucap Ashraf. Spontan membulat biji mata Ain. Dia berharap sangat Ashraf takkan menceritakan perkara itu dengan abah. Takut abah marah. Abah paling tak suka bab-bab kenakan orang! Aduh!

“ Ain….,” nada suara abah dapat dikesan keseriusan. Ain telan liur. Dijeling sekilas pada wajah Ashraf yang sedang tersenyum bahagia. Ain geram. Dengan sekuat daya, tangannya mencubit lengan Ashraf. Mendengarkan jeritan dari mulut Ashraf, Ain tersenyum puas. So, kalau kena berleter dengan abah lepas ni pun tak kisah. Abah you may proceed the leteran.

“ Garangnya cikgu Ain… yang ni suami kamu la. Tak payah garang-garang sangat,” dari nada serius, abah dah berubah mode mengusik pulak. Menyerbu darah ke wajah Ain. Malu pulak diusik begini. Lagi-lagi depan Ashraf a.k.a suaminya.

“ Sejak bila pandai pakai blusher Ain?,” bisik Ashraf lembut di telinga. Hanya untuk pendengarannya. Ain tersenyum simpul namun wajahnya masih merah disapu darah.

“ Sejak kahwin dengan abanglah,” ucapnya malu-malu dan terus berlalu dari ruang tamu. Ashraf tersenyum sendiri melihat reaksi Ain. My kampung girl… lucky I have found you.



dengan kerja banyak menggunung,

dengan hal event yang semakin menyerabutkan otak aku...

atleast dengan mereka cerita mengarut macam ni, release sikit tension aku.

serius, aku sangat serabut fikirkan event jumaat minggu depan! :$ ottoke...


* asyik2 skang story pasal kahwin kan? owh. this is a normal phenomena when i'm surrounded by 'tunang2' orang yang bakal berkahwin xlama lagi. Fikir kahwin je...=)



Comments

  1. hahahaha..
    comey2
    xp ain keja apa??
    ckgu tadika ka??

    ReplyDelete
  2. lupa pla nk spesifik ain cikgu apa...
    bleh je assume as cikgu mn2 asal xlari dr profesion tu...=)

    ReplyDelete
  3. kalu pensyrah pon best gak..
    hehehe..

    ReplyDelete
  4. klo smbg pon best jgk cite nie...

    ReplyDelete
  5. sungguh sronok cter nie..best..best..best..wt lgi..keep up da gud work..chaiyok!

    ReplyDelete
  6. salam..n0t bad..kra uat cerpen niee time event ary tuee yerkk..sury arr lm dh x bka k0 pnya bl0g..bla adr blik sndri n jd pa tyme prktkl niee..
    bru bc..hehee..msa byk kosg arr k0nun..hehe..
    ap2 p0wn..i sntsa s0kg u..x kra dimn2 p0wn..w0key..u kn0w me rite..

    ReplyDelete
  7. Bile WC bace yg novel pnye, WC teringat yg cerpen.. Nanti kt novel die tu laen sikit ke dr cerpen?

    ReplyDelete
  8. WC, novel Kampung Girl, lain byk kot dr cerpen ni. Cuma kekalkan nama watak je. Story line, berbeza =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. assalamualaikum kak umi kalsom

      saya dah baca buk kak umi best saaaangat..boleh tak kak umi buat kampung girl 2?

      Delete
  9. xsangke ek dari cerpen lahir novel. kekeke. ^^

    ReplyDelete
  10. best cerpen nie...die punye novel lagi bestttt...buatlah kampung girl 2 kak umi..please...

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum kak umi.novel kampung girl best sgt.sy harap akak akn buat novel yg best lagi.

    ReplyDelete
  12. novel kampung girl da kluar agak2 bile drama bersiri kampung girl pulak nak kluar ye..

    ReplyDelete
  13. umi...best gile rr bace noyel nii.... hope buat lagi.... :)

    ReplyDelete
  14. Eh ni cerita yg kat tv tu kan? woahhh !

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Cerpen: Lain di Mulut, Lain di Hati

JAMBANGAN bunga ros yang berada di atas mejanya itu dicapai. Tanpa melihat nama pengirim pun dia sudah boleh meneka, siapa pengirimnya. Terus dengusan tidak senang dilepaskan. Tanpa menunggu sesaat, jambangan bunga itu sudah terhumban ke dalam tong sampah di sudut bilik.             Huh! Apa dia fikir aku ni perempuan, nak cair kalau disogokkan dengan bunga. Kalau aku cakap benci, memang akan benci selamanya! rungutnya.             Serentak itu, pintu biliknya diketuk. Terjengul wajah Selina, setiausahanya.             “Encik Irfan, Puan Eryna nak jumpa.”             Sekali lagi dia melepaskan dengusan kasar. Tidak cukup dengan bunga yang merimaskan, sekarang, tuan punya badan pula muncul di depan mata. Ah, benci!             “Suruh dia balik! Saya tak nak jumpa dia.” Kuat dan lantang sekali suara Irfan sehingga begitu jelas buat pendengaran Eryna yang sedang duduk menunggu di luar bilik. Eryna tersentak. Riak wajahnya terus beruba

Cerpen: Hati ini [End]

BUNYI suara yang bertingkah dari ruang tamu mengkakukan langkah Ana di anak tangga terakhir. Dia yang turun ke bawah dengan niat untuk membasahkan tekak terkaku seketika. Tidak mahu menonjolkan diri di hadapan tetamu mama dan papa, tanpa berfikir panjang dia sudah memalingkan badan hendak bergerak ke atas semula. Namun sekali lagi, dirinya terus kaku di situ. Suara yang melaungkan namanya membuatkan badannya menjadi gementar secara tiba-tiba.             “Ana…” namanya dipanggil sekali lagi. Dia kenal suara itu. Terlalu kenal. Tetapi dia tidak mahu memalingkan wajahnya. Atas sebab apa, dia tidak pasti. Ikutkan sahaja kata hati.             Sentuhan di bahu membuatkan Ana tersentak. Pantas dia berpaling dengan wajah yang sudah berubah riak. Dia tidak suka dengan sentuhan itu. Sentuhan yang tidak menghormati dirinya sebagai seorang wanita muslim. Seketika mata mereka bertemu. Ana terkedu. Seakan tersedar dari mimpi… senyuman yang menghiasi

Cerpen: Dia yang aku cinta

Berdebar-debar rasanya saat menanti di ruang legar ini. Menanti kehadiran insan yang disayangi. Menanti saat yang ditunggu-tunggu selama ini. Disunting menjadi suri dalam hidup lelaki yang dicintai. Ah! Indah sungguh rasa…             “Tahulah nak tunggu insan tercinta. Kut iya pun… tak perlulah tayang riak wajah teruja, yang terlebih perisa pulak!” teguran berunsur perlian itu hanya membuatkan dia menjeling manja.             “Biarlah!” balasnya dengan menyampah.             Tiada siapa pun tahu apa yang dirasainya selama dua tahun ini. Hidup berjauhan dengan insan yang memenuhi ruang hatinya. Sungguh menyeksakan jiwa dan raga sahaja!             “Akak…” panggilan itu membuatkan dia melepaskan dengusan manja.             “Apa?!” soalnya geram. Geram saat khayalan indahnya dicantas dengan kejam. Sedangkan, hanya itu yang mampu dilakukan di saat ini.             “Tu…” mulut si adik sudah memuncung ke satu sudut.             Matanya turut berlari mencari. Seketika dia