Skip to main content

Cerpen: Hati ini [Part 1]

         
  "NAMA?" soalnya sambil memandang gadis di hadapannya.
            "Suzana. Panggil Ana je!"
            Matanya tidak beralih lagi dari wajah gadis itu. Segarit senyuman sinis dihadiahkan buat insan bernama Suzana itu.
            "Kenapa nak kerja kat sini?" soalnya lagi.
            Suzana pandang saja wajah pemuda yang sedang menemuduga dirinya di saat ini. ‘Muka kerek gila. Dah la pandang aku macam tak pernah tengok manusia sebelum ni. Baru keluar dari hutan tropika ke?’ desis Suzana.
            "Hello....miss... kalau nak berangan, baik tak payah datang. Duduk rumah je, dua puluh empat jam boleh berangan dengan sewenang-wenangnya..." suara mamat sinis itu kedengaran. Berdesing telinga Suzana.
            "Saya bukan berangan, tapi saya berfikir!" Eceh....boleh ke jawapan tu?! Ah, bedal ajelah Ana!
            "Saya nak kerja kat sini sebab ada jawatan kosong, kebetulan saya pun tengah cuti semester jadi saya nak gunakan masa yang ada dengan sebaiknya. Daripada saya duduk berangan di rumah, baik saya datang bekerja. Dapat isi masa saya dengan benda yang berfaedah."
            Mamat itu memandangnya dengan tajam. Kalau ikutkan hati Suzana, hendak saja dijeling tajam pada mamat sinis tu, tapi dah dia interview aku.. buatnya aku tak dapat kerja, tak ke haru. Dia perlukan kerja. Tekadnya dalam hati.
            Baik jangan cari pasal. Betul tu Ana.... cool sudah!
            "Awak nak kerja kat sini ke?" soal mamat itu lagi dengan nada yang sinis.
            Ek eleh... dah aku datang ni, memang aku nak kerja la. Apa susah sangat nak faham ni??? Bengangnya aku!!! Tidak henti-henti, Suzana membentak dalam hati.
            "Ya... encik. Saya. Nak. Kerja." sebutnya satu-satu. Lelaki itu masih seperti tadi. Masih dengan senyuman sinisnya.

***

"KAU belajar kat mana? Ambil kos apa?" soal Fiqa teman sekerja Ana. Hari ini merupakan hari pertama baginya bekerja di sini. Kerjanya tidak susah mana pun... jadi typist. Tak susah ke??? Juling jugaklah biji mata nak menghadap komputer tu.
            "Aku study dekat sini je," balas Ana ringkas sambil tersenyum. Fiqa sudah menjeling tidak puas hati.
            "Kau belajar course apa?? Jurutaip," balas Fiqa geram. Dari tadi pagi rasanya dia cuba untuk berkenal-kenalan dengan Ana dengan lebih rapat, tapi budak seorang ini perahsia sangat.
            Ana ketawa kecil. "Aku belajar la, course apa pun... kenapa? Kalau kau tau aku belajar kat mana, ambil kursus apa... baru kau nak kawan dengan aku ke?? Tak penting pun... cukuplah kau tau yang aku ni Ana yang comel..." sambungnya sambil ketawa. Fiqa sekadar tersenyum. 
            'Ana yang comel,' tersentak langkah kakinya sebentar ketika melintasi ruangan itu. Comel ke dia tu??? Huh!!! tak sedap pun mata aku memandang.
            Dipandang sekilas ke arah gadis berdua itu. Rancak sembang, tapi rancak juga buat kerja. Kalau nak kenakan si Ana tu pun tak boleh.. tak ada alasan nanti.
            Senyuman sinis muncul kembali. Tak apa... nanti-nanti. Takkan tak ada hari untuk aku kan???
            "Fiqa...." suara garau itu menyentakkan Ana dan Fiqa. Serentak mereka mengangkat muka. Matanya berlaga. Senyum sinis tersungging di bibir.
            "Alia mana?" soalnya apabila terpandang meja Alia yang kosong itu.
            "Dia ikut encik Bakar ke Segambut."
            "Segambut???" dijeling lagi ke arah Ana.
            Ana terus saja memandang skrin komputer. Renungan yang merimaskan itu tidak dipedulikan. Apahal jeling-jeling ni??? Sekeh baru padan dengan muka. Dah la asyik tersenyum sinis dengan aku.
            "Oh... baru saya teringat. Semalam saya yang suruh Alia ikut Bakar ke Segambut." Fiqa sekadar mengangguk mendengar jawapan bosnya itu.
            "Ana..." dipanggil Ana pulak. Ana sudah mendengus kecil.
            "Buatkan saya kopi!" Terus dia menuju masuk ke bilik yang tertulis nama 'Tengku Faisal Tengku Zaid'.
            Ana menjeling tajam. "Aku minta kerja typist. Tak sangka kena jadi tea lady pulakkan..." ujarnya sinis pada Fiqa.
            "Buat jela... dia kan bos," Fiqa memujuk.
            "Bos..." sambung Ana malas sambil melangkah ke pantry.

***

PINTU ditutup perlahan. Rumah sunyi. Tak ada siapa-siapa ke? Lantas perlahan dia mengatur langkah ke tangga.
            "Ana..." berdetak jantung Ana mendengar suara itu. Distatikkan langkah kakinya.
            "Pergi mana? Keluar awal pagi, sekarang baru balik," ucap mama lembut. Ana diam lagi.
            "Ana bukan cuti semester ke sekarang ni? Ana pergi mana, keluar lama-lama ni?" soal mama lagi.
           "Ana kerja ma..." perlahan suara Ana mengetuk gegendang mama. Jelas wajah itu mempamerkan riak terkejut.
            "Kerja? Kenapa? Kalau papa tahu, mesti dia marah Ana..." luah mama yang sudah risau.
            "Ana tak nak bergantung pada siapa-siapa ma... Ana bukan anak papa pun," ujarnya lirih.
            "Siapa cakap??? Ana ni... anak yang mama kandung... Ana anak mama dengan papa... kenapa Ana cakap macam ni?" soal mama lembut. Ana melemparkan pandangan tepat pada wajah mama. Pandangan mereka bertaut.
            "Ana naik dulu mama..." Ana tidak sanggup melihat wajah mama yang sayu itu. Sememangnya ini semua kerana kesalahannya. Kalau diberi peluang, dia tidak akan melukakan hati papa dan mama. Maafkan Ana. Bukan ini yang Ana pinta, tapi... yang ini juga yang terjadi.

            ***

            "PAPA... Su ingat nak tukar keretalah?" rengek Suraya pada papa. Ana diam saja sepanjang di meja makan.
            "Kereta yang kamu pakai ni pun baru tukar kan... nak tukar apa lagi? Membazir duit je..." sampuk mama. Suraya sudah menarik muka masam.
            "Yang awak risau sangat pasal duit tu kenapa? Saya yang nak belikan untuk anak saya... biarlah..." papa menyokong Suraya. Suraya kembali tersenyum lebar.
            "Baik abang belikan untuk Ana je... bukan senang dia nak berulang-alik ke kolej, naik bas je," mama merungut.
            "Ma... Ana pergi dulu," terus Ana mencium tangan mama dan berlalu dari situ. Suraya memandangnya dengan ekor mata sambil tersenyum sinis.
            "Dia ke mana?" serius papa menyoal.
            "Dia ke mana-mana je bang. Tak payah risau... dia lagi pandai jaga diri dari anak abang ni..." sindir mama. Tersirap darah Suraya. Mama ni kenapa suka sangat sokong si Ana tu??!!

            ***

            Gadis yang bertudung ungu lembut itu diperhatikannya dari tadi. Tekunnya dia buat kerja! Tak ambil tahu hal keliling ke? Kerja apa sangat yang dia ada hari ni? Oh, terlupa.. aku dah longgokkan se-tan file untuk di recheck typing error. Tapi, macam ada yang tak kena la kalau tak ganggu hidup si Ana ni... kepala dah mula bertanduk. Sengih panjang sudah mula menghiasi bibir.
            Interkom ditekan. "Ana... coffee please."
            Senyuman menghiasi bibir saat melihat wajah yang muncung itu bergerak menuju ke pantry. Puas hati aku!
            Deringan telefon bimbit mematikan konsentrasinya. 'Suraya' tertera di skrin. Keluhan kecil dilepaskan. Rimas dengan anak kawan papa seorang ni.
            "Hello," jawabnya malas.
            "Buat apa sayang?" soal orang di hujung sana manja.
            "Kerjalah. Time office kan... macam tak tahu pulak!" balas Faisal mendatar. Sesungguhnya dia rimas!
            "Yeke... baru ingat nak ajak keluar. Pergi shopping jom?" alahai minah ni... dah aku cakap kerja, diajak shopping pulak. Tak faham betul aku...
            "I kerja la.. nak shopping macam mana? Next time jela..." balasnya malas.
            "I got works to do... bye!" terus talian dimatikan.
            Pintu diketuk. Tuk!Tuk!Tuk!
            "Masuk," wajah Ana menjengah bilik. Mukanya tidak semuncung tadi. Seperti biasa, Ana akan disajikan dengan senyuman sinis oleh jejaka di kerusi depannya itu.
            "Ada apa-apa lagi encik?" soal Ana malas.
            "Tak ada apa dah!"
            Mendengarkan jawapan itu Ana sudah mula melangkah ke pintu.
            "Ana...." namanya dipanggil. Ana mendengus kecil. I bet, mesti dia cakap tak ada apa-apa, desisnya dalam hati.
            Ana berkalih memandang muka Faisal. Faisal tersenyum sinis.
            "Nothing..."
            Ana sudah mengetap bibir. See... told ya! Meluat betul! Dengan perasaan geram Ana berpaling semula hendak melangkah ke pintu.
            "Ana..." lagi sekali namanya dilaung.
            "Ada apa Tengku?" tekan Ana geram. Faisal tertawa.
            "Nice clothes." Ana terdiam. Dipandang ke arah baju kurung yang tersarung di tubuhnya. Baju berlatarkan putih dengan bunga-bunga ungu kecil. Dipadankan dengan tudung rona yang sama. Nice???
            "Thanks..." ucap Ana tanpa segarit senyuman dan berlalu keluar dari bilik Faisal.
            Membulat biji mata Faisal. Aku puji sikit punya ikhlas, ada ke jawab macam tu! Tak puji baru tau! Eleh, Faisal... macam la si Ana tu kempunan sangat nak dengar pujian dari kau. Berlagak macho je lebih.
            Rasanya, sejak Ana kerja di sini mereka berdua memang tak pernah ada perbualan yang menyenangkan. Sama ada Ana memuncung panjang dan dia tersenyum sinis. Rasa macam tak sah pulak bila tak kenakan Ana. Motif, tak ada apa. Saja sebenarnya. Dia tersenyum sendiri.
            Sementara itu, di luar bilik Faisal.
            "Bos kau tu Fiqa... dah hilang skru kot. Tersenyum-senyum sendiri je aku tengok dari tadi..." ujar Ana pada Fiqa. Namun mata masih statik di skrin komputer. Keadaan senyap. Tiada balasan dari Fiqa.
            "Fi..." Ana mengalihkan pandangan. Statik terus mulut daripada nak berkata-kata lebih lanjut. Patut senyap. Tak sempat nak reply or komen apa-apa, dah ada orang kat sebelah.
            "Ana." Dia dah panggil dah. Ana dengan berat hati mengalihkan wajah. Mata dilarikan ke arah lain. Tak nak tengok senyum sinis di bibir Faisal.
            "Ada nak kutuk-kutuk lagi ke?" aiseyman, sindir punya pedas. Tapi mana ada aku kutuk dia. Cakap dia hilang skru je kot. Termasuk dalam kategori kutuk ke? Ana mendiamkan diri. Malas nak layan mamat yang tengah senyum sinis bangga tepi Fiqa tu.
            "Ana..." panggil Faisal lagi. Ana sekadar menggeleng. Nanti aku buka mulut lagi, makin melebar pula senyum sinis dia tu. Baik diam, itu yang terbaik.
            Faisal pandang tidak berkutik. Eh, eh! Ana dah insaf. Dah tak balas-balas cakap aku. Takkan dah boring kot. Baru sebulan je. Masalahnya, aku boring kalau tak cari pasal dengan dia. Pelik betul. Datang ofis, semata-mata bersemangat nak cari pasal dengan si Ana ni. Bibirnya terus tersenyum.

***

            "Kau buat apa kat sini???" kasar dia menyoal. Mata tu kalau boleh, nak buka seluas-luasnya. Macam nak terkeluar biji mata tengok si Ana duduk dalam pejabat ni.
            Ana melemparkan pandangan ke arah lain. Malas nak layan orang gila kena sawan!
            "Hei!!!" marahnya. "Aku tanya kan... tak reti-reti nak jawab!" geram dengan Ana yang bersikap selamba di hadapannya. Ana pandang Suraya atas bawah.
            Aku tengah bersabar, dia datang cari hal. Karang, ada yang berlebam biji mata, jangan nak mengadu lebih-lebih kat papa kesayangan dia tu. Bisik Ana cuba menenangkan hatinya sendiri.
            "Hei Ana!!!" sekali lagi naik suara Suraya.
            Ana menggenggam tangannya kuat-kuat. Sabarlah duhai tangan. Walaupun kau teringin sangat nak merayap kat muka dia pun, jangan kat sini. Never! Sabar Ana...sabar separuh daripada iman.
            Matanya mencerun memandang wajah Suraya. Tajam pandangan itu menikam. Sehingga kecut perut Suraya melihat wajah bengis itu.
            "Sebelum apa-apa yang teruk jadi kat sini, aku nak kau hilang dari pandangan mata aku," serius nada suara Ana. Suraya telan liur. Gulp! Tapi, mana boleh dia mengalah dengan si Ana ni... takkan sama sekali.
            "Kau..." tangannya dah menuding ke wajah Ana.
            "Su... Ana... kenapa ni?"
            Dah muncul dah pak cik sibuk, desis Ana. Dilihatnya aksi Suraya terus berubah 360 darjah. Meliuk lentok. Manja semacam dengan Faisal. Pakwe dia kot. Malas aku nak layan.
            "Dia ni lah...cari pasal dengan I," adu Suraya. Ana sudah menjegilkan biji mata. Ewah-ewah. Sesedap mulut dia. Nak kena basuh dengan clorox agaknya. Tak pun petrol..eh, tak payah membazir. Clorox sudah. Murah sikit.
            "Ana..." mendatar nada suara Faisal menyebut nama Ana. Meminta penjelasan.
            "You kenapa nak tanya-tanya kat dia ni. Tak percaya cakap I?" Suraya dah merengek manja. Ana dah terasa geli-geleman yang amat. Aduh, ampun. Aku tak mengaku ni adik aku.... memalukan kaum je. Meliuk lintuk dengan laki, ingat bagus sangat lah tu. Diperhatikan tangan Suraya memeluk erat lengan Faisal. Dengan tubuh yang sudah bergesel-gesel dengan lelaki itu. Okey, ini sudah melampau! Macam orang tak reti hukum. Dah la dengan pakaian entah apa-apa. Dah tegur sampai sakit anak tekak, tak pernah si minah gedik ni tunjukkan tanda-tanda nak berubah. Kalau tak fikir adik.. aku malas nak layan. Tapi, dah ada perkongsian darah.. So, memang nak kena tegur juga.
            "Kau lepaskan tangan dia sekarang!," ucap Ana tegas. Tajam matanya menikam wajah Suraya. Suraya terkejut, Faisal lagi terkejut.
            "Suka hati akulah!," balas Suraya angkuh. "Ana, kenapa nak marah-marah ni!," Faisal pun dah masuk campur dengan cubaan nak berlembut dengan Ana.
            "Kau diam! Jangan nak masuk campur hal kami!," sedas kata-kata yang dilemparkan kepada Faisal. Terkejut Faisal melihat reaksi Ana.
            Ana bergerak menghampiri Suraya. Suraya dah kecut perut. Tapi diberanikan juga diri. Mana boleh kalah dengan Ana. "Kau nak lepas elok-elok, atau kau nak aku lempang kau kat sini?," serius raut wajah Ana.
            "Berani kau nak lempang aku. Aku takkan lepas," Suraya masih lagi bermain dengan api. Wajah Ana yang merah padam menikam pandangan matanya. Jantung dah berdegup kencang. Takut!
            PANG!!!! Tanpa menunggu, tangan Ana dah sedap landing atas pipi Suraya. Mata Suraya dah berkaca-kaca. Pedih.
            "Ana!!!," Faisal terkejut.
            "Anak tak tau malu. Memalukan mama dengan papa je... tau nak keluar foya-foya dengan laki, menghabiskan harta mama dengan papa. Study semua entah ke mana. Sosial tak ingat hukum Allah! Kau ingat bagus sangatlah perangai macam tu!," Ana menghamburkan segala kemarahan di situ. Dia tidak peduli dengan pandangan pelik yang diterima.
            Mulut Suraya terkumat-kamit ingin mengucapkan sesuatu.
            "Bagus lagi dari kau yang dah hilang dara!," Ana terpana. Terkaku di situ. Suraya tersenyum puas. Sakit yang dirasa terasa ringan bila mana dapat sakitkan hati Ana. "Kau bertutup bagai macam ni, ingat baiklah. Aku yang terbuka sana-sini, kira jahatlah. Sejahat-jahat aku, aku tak pernah buat kerja terkutuk tu... tak macam kau... Kotor!!!," ucapnya tanpa perasaan.
            "Kalau tak tahu apa-apa, baik kau jangan cakap!," hanya itu yang diucapkan Ana. Sakit yang dahulu diungkit kembali. Luka yang hampir sembuh, ditoreh kembali. Ditahan air mata yang dah bertakung di tubir mata. Sakit! Ana terduduk di situ. Malu dan sakit!
            Faisal terpinga-pinga dengan keadaan yang berlaku. Apa semua ni. Dia tak faham.
            "Jom .. jangan dilayan perempuan gila ni!," terus saja ditarik tangan Faisal keluar dari bangunan tersebut. Faisal masih lagi berpaling melihat Ana walaupun kakinya menonong mengikut langkah Suraya. Ana!
            "Ana....," bahu Ana disentuh lembut. Ana mengangkat muka. Wajah Fiqa terlayar di ruang mata. Habis lencun muka Ana dengan air mata. Fiqa pandang Ana dengan pandangan yang sayu.
            "Aku kotor Fiqa!," ucapnya pedih.
            "Ana....," seru Fiqa perlahan. "come...," Ana diraih dalam pelukannya. Bergetar bahu Ana menahan tangisan. Biarpun tidak tahu mengenai kisah silam Ana, tapi dapat dirasakan bebanan yang ditanggung oleh Ana amat perit.
            "Fiqa... aku kotor Fiqa tapi aku tak pernah rela... tak pernah aku terfikir nak buat benda terkutuk tu... aku tak pernah rela tangan yang tak halal tu sentuh aku... aku...," dia menghambur segala yang berbuku di hati. Sakitnya menanggung penghinaan yang tak pernah lupus.
            "Syhhh...kau tenangkan fikiran. Jangan fikir sangat," ditepuk bahu Ana perlahan seolah ibu mendodoikan anaknya. Ana menangis tanpa henti.

******

            "Siapa dia tu untuk you?," soal Faisal ingin tahu. Suraya dah tayang muka tak puas hati. Dari tadi asyik sebut Ana! Ana! Ana! Bosan!
            "Tak perlu tahu la... makan cukup!," balasnya rimas. Dalam hati sedikit pun dia tak terasa terkilan sebab dah aibkan maruah kakak sendiri. Biar padan muka dia. Dia ingat selama ni, semuanya dia je yang lebih. Sekarang ni, aku dah buktikan aku yang lebih semuanya.
            "I nak tahu juga!," balasnya keras. Otak dah tak boleh berfikir melainkan kalau dia tahu lebih lanjut tentang Ana. Ana...
            Suraya dah menjeling geram. Dihentakkan sudu dan garpu. Geram dengan Faisal yang tidak mengendahkannya. Dari keluar ofis sampai masuk restoran ni, mulutnya tak berhenti sesaat pun nak bertanya lebih-lebih pasal Ana. Dah la selalu mengelak je tiap kali aku nak jumpa dia, dah dapat jumpa, mulut tak henti-henti nak tanya pasal si Ana tu. Menyampah!
            "Kakak saya! Puas!," balasnya geram. Terbuntang biji mata Faisal.
            "You malukan kakak you sendiri dalam ofis I?," soal Faisal tidak percaya. Di wajah Suraya tidak terpalit sedikit pun rasa bersalah. Suraya mencebik.
            "Dia tampar I, boleh pulak kan...," balasnya selamba. Malasnya. rimasnya kalau apa-apa yang dibangkitkan berkait dengan Ana. Benci betul dengan perempuan tu.
            "You yang cari pasal dengan dia kan?," Faisal mula membela Ana. Setahunya Ana bukanlah sengaja akan cari pasal dengan orang. Dah dekat dua bulan Ana berkerja di bawah pantauannya, dia amat memahami sikap gadis itu. Suraya semakin geram. Diketap bibirnya kuat-kuat.
            "You pun nak jadi penyokong Ana pulak sekarang!," pekiknya. Mukanya merah padam mengepung marah. Kenapa setiap yang berkaitan dengan dia akan ada hubung kait dengan Ana.
            "Patutnya you buang je pekerja macam dia tu! Jijik I pandang dia...," selamba sahaja dia menuturkan kata. Faisal dah mencerun pandangan pada Suraya.
            "Jijik? You cakap jijik kat kakak sendiri!" Faisal tidak berpuas hati. Apa punya adik ni, kutuk pasal akak sendiri depan aku. Even dia tak ada la suka sangat nak ambil tahu pasal Ana tu.... tapi, takkan dia dapat terima kutukan pasal orang tu.
            "You nak dengar cerita ke?" soal Suraya malas. "Cerita pasal staf you tu...merangkap anak kesayangan mama I!" ucapnya lagi dengan nada yang paling menyampah. Faisal mendiamkan diri. Tidak mahu bercakap lebih-lebih. Kalau nak cerita, cerita. Kalau tak nak sudah!
            "Papa dengan mama memang sangat sayangkan Ana. Dia anak emas keluarga tau. Pandai, cantik, baik, sopan santun... dah segala-gala plus point memang akan ditujukan untuk dia pun..." Suraya sudah mencebik. Kenapa aku buka cerita yang memualkan tekak aku sendiri.
            Faisal sekadar menadah telinga mendengar. Maknanya... Suzana Shahir. Suzana anak Dato' Shahir. Anak kawan baik papa! Macam mana aku boleh tak kenal dia. Dan lagi satu... cantik ke dia?
            "Ana memang budak smart. So, dapat offer oversea. Mama dengan papa tak bagi, sebab tak nak berpisah dengan dia. Semua yang mama dan papa fikir, pasal Ana je!!!! Semuanya Ana!Ana! Ana!" bentak Suraya.
            Kes cemburu la ni, fikir Faisal. Sebenarnya umur Ana berapa ya sekarang? Tiba-tiba pula terfikir. Sebelum ini, tak pernah nak ambil tahu pasal detail Ana.
            "Dia tu, anak yang tak reti nak jaga kepercayaan yang mama dan papa bagi pada dia, dah masuk universiti, buat onar dengan jantan mana entah! Sejak tu, baru papa sedar. Anak yang dia sanjung sangat tu, bukan boleh harap pun!"
            Faisal dapat menangkap riak puas di wajah Suraya.
            "You suka kalau kakak you dipulaukan dari keluarga?" soal Faisal sekadar berbasa-basi.
            "Suka. Suka sangat! Kalau kena halau terus pun, I lagi suka," ucapnya tanpa berselindung. Suraya tersenyum puas. Namun jawapan itu membuatkan riak wajah Faisal berubah. Suraya penuh dengan hasad dengki dengan kakak sendiri. Dia menghadiahkan senyuman hambar buat Suraya yang kelihatan ceria selepas mewar-warkan cerita sadis Ana.

*****

            "Kenapa?" suara Faisal memenuhi ruang bilik itu. Rasanya baru cukup dua bulan Ana di sini, masih ada beberapa minggu kontraknya nak habis. Dilihatnya Ana tertunduk menekur lantai. Ana...
            Ana dah berubah menjadi pendiam. Sejak seminggu yang lalu, Ana langsung tidak menyapanya. Sekadar menjawab yang perlu dan menjalankan segala yang disuruh. Dan hari ini, dia bagi notis 24 jam.
            "Awak ada lagi a couple of weeks…" ucap Faisal. Ana perlahan-lahan angkat muka. Mata Faisal singgah di ruang matanya. Dia tidak punya kekuatan untuk melihat sesiapa pun. Kekuatan yang dia ada selama ini dah dirobohkan. Dia tidak kuat. Dia pengecut. Kisahnya yang sadis dah sampai ke telinga Faisal, bosnya sendiri. Dia malu. Dia cuba berlagak biasa dan orang sekeliling juga tidak berkata apa-apa. Tetapi, hatinya hanya tuhan saja yang mengerti. Malunya bertimpa-timpa.
            "Saya tak mampu..." ucapnya lirih. Dia benar-benar tidak mampu!
            "Kami ada sakitkan hati awak ke Ana..." Faisal masih lagi memujuk. Matanya tepat memandang ke anak mata Ana yang berkaca-kaca. Sayu sekali pandangan itu. Ana tertunduk sendiri.
            "Saya tak boleh teruskan, walaupun untuk sehari..." ucap Ana lagi.
            "Kenapa tak berhenti dari hari tu?" Faisal sudah mula menyoal dengan lagak pegawai FBI. Dia bangun dan bergerak menghampiri Ana.
            Ana tertunduk lagi. Kenapa aku jadi macam ni? Mana hilangnya semangat yang aku bawa selama ni? Ana, wake up!
            Faisal sedang elok bersandar di meja sambil membiarkan matanya singgah di laman wajah Ana. Cantik ke dia ni? Teringat pada kata-kata Suraya, Ana cantik. Matanya meneliti dari alis mata, mata, hidung, bibir. Cantik? Ana masih tidak menala pandangan ke wajahnya. Perlahan Faisal mengangkat tangan, dengan beraninya dia menarik keluar kaca mata yang terletak elok di wajah Ana.
            Ana terkejut. "Apa ni encik?" marahnya. Matanya jelas menangkap wajah Faisal yang tersenyum nipis.
            "Awak ni memang specky ke?" soalan Faisal dah terpesong jauh. Ana menjeling tajam. Aku datang nak hantar surat. That's it! Ini dah lebih, suka-suka hati dia saja tarik-tarik speck aku.
           Faisal tersenyum panjang. Wajah Ana dah kembali muncung. Muncung yang hilang dari minggu lepas. "Ana... jawablah," Faisal bersuara lembut.
            Kelu lidah Ana. Apasal mamat sarkastik ni jadi baik semacam hari ni.
            “Ana…”
            "Tak!" jawabnya keras.
            Mata Faisal masih mendarat di wajah Ana. No wonder lah, adik awak cemburu sakan! I need to admit it. Dengan spek yang tebal macam Betty, sesiapa pun boleh nampak lain.
            "Jom ikut saya!" ajak Faisal. Ana merenungnya tajam. Jawapan yang aku nak, belum dapat lagi.
            "Saya tak nak ikut ke mana-mana. Saya nak tau, apa jawapan encik Faisal," suaranya tegas. Faisal tersenyum nipis.
            "Saya terima...jangan risau, tapi dengan syarat..." ucapnya meleret. Ana mengangkat kening bertanya. "Jom, pergi date," selamba Faisal mengajak. Bulat biji mata Ana. Namun, sekejap cuma wajah yang serius itu bertukar sayu.
            "Encik Faisal pun dah anggap saya murah sangat kan! Kenapa sebagai syarat nak berhenti kerja, saya kena spend time saya dengan seorang lelaki."
            Faisal menjadi serba salah mendengar ucapan Ana, dia tidak bermaksud macam tu.
            "Ana... sorry, saya tak bermaksud macam tu. Saya cuma nak treat awak, for the last time... please, jangan salah faham," ucapnya bersungguh-sungguh. Dia tidaklah sekeji itu sehingga hendak menggunakan Ana untuk kepuasan diri sendiri. Ana merenung ke dalam anak mata Faisal, cuba mencari keikhlasan. Faisal mengangguk yakin.

*****

            "Makan banyak sikit, saya belanja kan..." Faisal kelihatan ceria. Ana hanya mendiamkan diri. Menjawab bila perlu saja. Entah angin apa yang datang, beria nak belanja makan pula.
            "Awak study dekat mana Ana? Ambil kos apa? Lagi berapa tahun study?" Faisal cuba beramah mesra dan terlebih-lebih mesra la pulak hari ni. Kenapa yang aku baik sangat dengan Ana hari ni? Entah lah... kesian pulak tengok muka dia yang monyok sejak seminggu lepas. Dan... rindu jugak nak tengok muncung dia, setiap kali aku cari pasal.
            "Kolej area sini je…" bertubi-tubi soalan yang ditanya oleh Faisal, sepatah je dijawab. Faisal tersenyum cuma. Nak beramah mesra tak kena tempat kot aku ni.
           "Hey, Fai..." Faisal angkat muka. Terus bibirnya mengukir senyuman. Terpampang wajah Reza di hadapannya. "Lama tak jumpa, sihat?," soal Reza sambil bersalaman dengan Faisal.
            "Kau sorang je ke?," Reza mengangguk kecil. Pandangan Reza beralih pada gadis semeja dengan Faisal yang tertunduk memandang pinggan. "Tak nak kenalkan? Special friend ke?," sempat Reza mengusik dengan senyuman manis. Namun saat pandangan matanya bertemu dengan mata gadis itu. Bibirnya terus kaku. Ana!
            Lama mereka bertatapan sehingga Faisal berdehem kecil melihat aksi kedua insan yang pegun secara tiba-tiba di hadapannya. Reza kembali mengalih pandang pada wajah Faisal. Ana juga kembali tertunduk.
            "Awek kau ke?" soal Reza bersahaja namun ia kedengaran sangat sinis di pendengaran Ana. Hatinya kembali pedih. Kenangan yang hendak dibuang semakin menyeksakan jiwanya. Kenapa setelah rahsianya terbongkar dan kini dia harus dipertemukan kembali dengan Reza pula? Hatinya makin sakit tetapi dia cuba bertahan.
            Senyuman Faisal nyata tidak menyenangkan hati Reza. Wajahnya kembali merenung Ana yang lebih senang menghadap pinggannya. Begitu mudah gadis itu mendapatkan pengganti? Ah! Gadis seperti Ana... susah apa nak cari lelaki. Berikan saja sedikit 'habuan', pasti segalanya berjalan lancar. Macam Ana tak ada pengalaman sebelum ini. Kutuknya dalam hati. Bayangan peristiwa 5 tahun sudah kembali berlayar dalam mindanya. Perasaan marah dan geram berpadu buat insan yang bernama Suzana.
            "Kau kenal Ana ke?" soalan Faisal dibiarkan sepi tanpa jawapan. Matanya tidak sudah-sudah berlayar di wajah Ana. Dia masih seperti dulu. Aku rindukan dia tapi... semuanya dah tak berguna lagi. Ana sudah menghancurkan kepercayaan yang diberi.
            "Kau orang nak pergi mana lepas ni?" soal Reza dengan mood yang sengaja diceriakan.
            Pandangan Faisal tertancap pada Ana yang membatukan diri di antara mereka. Sudahlah makanan di pinggan langsung tidak dijamah gadis itu.
            "Ana..." belum sempat Faisal meneruskan kata Ana sudah lebih dulu memintasnya.
            "Saya nak balik!" ucap Ana tegas. Bukan meminta izin tetapi memberi kenyataan. Faisal terpinga. Ana kelihatan angin secara tiba-tiba.
            "Saya hantar."
            "Tak payah! Saya tahu jalan balik sendiri. Terima kasih Encik Faisal untuk makanan ni... dan terima kasih sebab sudi menggajikan saya selama tiga bulan ni. Saya balik dulu. Assalamualaikum." Tanpa sedikit pun menoleh ke arah Reza, Ana begitu pantas mengaturkan langkahnya. Faisal terkedu sendiri. Reza berubah terus riak di wajahnya. Matanya menemani setiap langkah Ana hingga ke luar pintu restoran.
            "What's wrong with her? Kau bergaduh dengan dia ke?” sengaja Reza menyoal. Hatinya begitu membuak-buak untuk mengetahui status Ana dengan Faisal. Benarkah mereka kekasih seperti yang diandaikannya. Ah!!! Kenapa aku masih nak ambil tahu tentang perempuan itu.
            Aku masih sayang… sahut hati Reza.
            “Entahlah… Ana…” mata Faisal ikut sekali dengan langkah Ana yang sudah hilang dari pandangan mata. Kenapa? Hatinya menjadi tidak senang dengan reaksi Ana. Marahkah gadis itu?
            Aku ingin sekali memujuk hati yang dingin itu… sambung hati Faisal.

****

WAJAHNYA disembamkan pada katil bercadar hijau pucuk pisang bercorak flora itu. Air mata yang ditahan sejak dari tadi, akhirnya tumpah juga membasahi pipi. Hatinya makin tertikam. Pandangan itu masih mendebarkan hatinya. Sama seperti dulu. Tiada yang berubah. Masih sama!
            “Kenapa Ana sanggup buat Reza macam ni?!” tengkingan itu masih segar dalam minda. Di saat itu, dia sendiri terasa hendak lenyap terus dari muka bumi ini. Dengan keadaan dirinya yang sudah tidak suci bercampur dengan tuduhan Reza yang meletakkan kesalahan di pundaknya, hanya membuatkan hatinya terluka. Hilang sudah kepercayaan lelaki itu ke atas dirinya.
            “Ana tak tahu!”
            “Tipulah Ana… takkan Ana tak tahu, sedangkan lelaki tu pun keluar dari bilik Ana.” Tuduhan Reza membuatkan Ana terasa sesak.
            Air matanya mengalir terus. Dia benar-benar tidak tahu. Siapa lelaki itu? Kenapa dia begitu tega meragut kesucian diri aku? Apa dosa yang aku lakukan pada dia? Hati Ana sudah merintih pilu.
            “Ana tak salah… Ana betul-betul tak tahu!” dalam pada dirinya masih terkesan dengan perbuatan tidak bermoral itu, dia masih hendak mempertahankan tentang kebenaran kejadian yang telah pun berlaku. Dia benar-benar tidak mengenali lelaki yang didakwa keluar dari biliknya.
            “Ana dah hancurkan kepercayaan Reza! Jadi betullah selama ni apa yang Reza dengar tentang Ana...” luahan bibir Reza membuatkan Ana terkaku. Apa yang didengar oleh Reza tentang dirinya?
            “Ana…” baru saja dia hendak membuka mulut untuk berbicara. Pantas lagi Reza memotong ayatnya.
            “Biarlah semuanya berakhir di sini!”
            “Reza!!!” tangisan Ana sudah makin lebat. Segalanya sudah berakhir? Segala impian cinta mereka sudah musnah? Seakan terbayang di ruang mata, lamaran Reza untuk menyunting dirinya menjadi suri hidup lelaki itu. Apakah semuanya… berakhir?
            “Reza sayangkan Ana… sangat sayangkan Ana… tapi Ana…” dengan kata-kata itu, Reza sudah berlalu. Jauh melangkah meninggalkan Ana sendiri menghadapi kesepian hidup. Tomahan dan tuduhan menghiasi kehidupannya. Hancur luluh hati saat papa melayangkan tamparan hebat ke pipinya.
            Detik itu, Ana sudah kehilangan segalanya. Kepercayaan. Harga diri. Insan yang disayangi sepenuh hati. Mujur dia masih ada mama yang sentiasa memberi sokongan moral padanya. Mama…
            Usapan lembut di kepala membuatkan Ana tersentak. Wajahnya yang basah dengan air mata, dikalihkan dengan segera daripada terkesan pada pandangan mama.
            “Kenapa Ana? Kenapa Ana menangis?” soalan mama yang bernada sayu itu membuatkan hati Ana semakin hiba. Dia tidak pernah berkongsi rasa luka yang pernah dialami selama ini. Dipendamkan saja semuanya menjadi debu dalam hati. Tidak pernah disangka, segala luka akan segar kembali. Membuatkan hatinya kembali merintih.
            “Ana tak berguna mama…” ucapnya perlahan. Lemah terasa mencengkam seluruh badan. “Ana tak berguna sebab memalukan mama dan papa… Ana tak berguna sebab tak pandai jaga maruah keluarga. Ana tak berguna sebab tak pandai jaga kepercayaan insan yang sayangkan diri Ana… Ana ni anak yang tak berguna mama…” Ana terus berkata-kata tanpa noktah. Air mata mengalir seiring dengan bicara.
            “Ana!” tegur mama tidak senang. “Mama percayakan anak mama… walau apapun yang telah terjadi, mama sentiasa percayakan Ana… anak mama tak bersalah!”
            “Kenapa mama percayakan Ana?” dalam tangisan, Ana menyoal. Kenapa saat semua manusia membuangnya ke tepi, masih ada insan yang menerima dirinya. Mama!
            “Mama kenal anak mama… lebih pada orang lain.” Cukup ayat itu. Cukup sebaris kata itu untuk meredakan hati Ana yang sudah dibanjiri pilu. Itu sudah cukup buat masa ini.

*****

SEAWAL pagi lagi Reza sudah terpacak di depan pejabat Faisal. Perasaan ingin tahu sudah tidak dapat dibendung. Dia ingin mengetahui segalanya tentang Ana. Langkah mula diatur memasuki ruang pejabat berlatar dinding berwarna biru itu. Tenangnya hanya di luaran. Sedangkan dalaman sudah berkecamuk. Semenjak bertentang mata dengan Ana, dia sudah tidak dapat mengawal debaran dalam hatinya. Dipisahkan dengan jarak masa yang lama nyata tidak mengubah perasaannya pada Ana walaupun gadis itu tidak menghargai cinta yang telah diberikan pada satu ketika dulu.
            “Encik Faisal ada di dalam…” maklum Fiqa menjawab pertanyaan yang diajukan oleh pemuda bernama Reza ini.
            “Hah… mimpi apa kau, pagi-pagi dah datang ke sini?” teguran suara Faisal membuatkan Reza pantas berpaling. Wajah kacak Faisal ditatap lama sebelum hembusan nafas dilepaskan perlahan-lahan.
            “Saja… nak ajak kau berbual.” Dalih Reza. Sedangkan agenda kedatangannya bukan itu.
            Faisal ketawa. “Jomlah… aku nak pergi breakfast ni, join sekali?”
            “Bolehlah…” akur Reza. Biarlah di mana pun, yang penting dia dapat mengumpulkan maklumat yang dia mahu.
            “Err… Ana?” tersentak Reza mendengar nama yang meniti bibir Faisal. Matanya terus tertancap pada susuk tubuh yang sedang berdiri berhadapan dengan Faisal. Raut wajah yang dahulu sering tersenyum riang, kini begitu serius di ruang matanya. Dan ada sesuatu yang pelik di wajah Ana. Specky? Lain pula raut wajah Ana dengan sepasang kaca mata berbingkai tebal itu. Sungguh aneh dan berbeza.
          “Maaf Encik Faisal… ada barang saya yang tertinggal. Boleh saya minta izin nak kemaskan apa yang patut…” Ana bersuara. Sedikit pun dia tidak mengalihkan wajah pada insan yang turut berada di sisi  Faisal.
            Faisal sudah tersenyum riang. Hatinya sangat gembira dengan kehadiran Ana. Sangkanya, semalam adalah kali terakhir mereka bersua. Nampaknya tidak. Dia akan pastikan, tidak terlepas walau selangkah jejak Ana.
            “Mestilah boleh… awak masih pekerja saya. Lepas ni, setiap kali cuti… awak boleh datang kerja dekat sini. Tempat tu, saya reserve untuk awak…” ceria nada Faisal menuturkan kata.
            Dahi Ana berkerut. Nada Faisal itu hanya membuatkan dia terpinga. Apa yang sudah jadi dengan lelaki sarkastik ini?
            “Tak perlu. Saya dah berhenti… lepas ni, tak mungkin saya datang kerja di sini lagi. Terima kasih.” Tegas dan serius Ana berkata. Tanpa menunggu lama, dia sudah berlalu ke mejanya. Mengemas apa yang patut.
            “Ana…” ketukan di meja membuatkan pergerakan Ana terbantut. Wajah Faisal muncul lagi. Ana mengeluh.
            “Ada apa Encik Faisal? Jangan risaulah… saya takkan curi barang dalam office ni!” ucap Ana geram. Namun Faisal tersengih terus.
            “Kalau awak curi… lagi bagus!” balasnya bersahaja.
            Ana menjeling. Pelik pula pak cik seorang ni.
            “Tak apalah Encik Faisal… saya masih ingat hukum dosa dan pahala.”
            Jawapan dari bibir Ana membuatkan Reza mencebik. Hukum dosa dan pahala? Ana? Seakan tidak dapat diterima oleh akal warasnya.

******

            “ANA tu macam mana?”
            Pertanyaan Reza itu membuatkan suapan Faisal terhenti. Perlahan-lahan sudu diletakkan pada sisi pinggan. Bibirnya cuba untuk tersenyum nipis dengan soalan itu walaupun hati sudah dapat meneka, ada sesuatu yang tidak kena dengan nada yang digunakan oleh Reza.
            “Ana… okey. Sangat okey…” jawapan yang sangat umum dibalas oleh Faisal.
            “Okey?”
            “Ya… okey. Kenapa? Kau nampak dia macam tak okey ke?” soal Faisal menduga. Riak Reza berubah kalut seketika.
            “Tak adalah… aku cuma tanya. Kau dengan dia, macam mana? Dah okey?”
            Faisal mengerutkan dahi. Tadi Reza bertanya sama ada Ana okey. Sekarang ini ditanya pula, adakah dia dan Ana okey. Pelik. “Kau sebenarnya tengah bercakap pasal apa?” soal Faisal terus. Malas hendak berteka-teki.
            “Aku cakap pasal kau dan Ana. Bukan ke semalam kau berdating dengan dia. She’s not your girl?” sengaja Reza bersoal begitu. Serentak itu, hatinya sudah mula berdebar sendiri. Gusar pula hendak menghadapi jawapan dari bibir Faisal. Senyuman di bibir jejaka itu makin menambahkan gelisah dalam hati.
            “Kau rasa dia girl aku…” Faisal tersenyum kecil. Bayangan wajah Ana sudah mula menghiasi ruang mindanya. Ana… “Aku pun rasa macam nak jadikan dia, teman hidup aku.”
            Reza tergamam. Paluan jantung sudah tidak menentu. “Maksud kau?”
            “Dia tak adalah nak layan lelaki ikut suka hati. Lagi-lagi aku… pandang sebelah mata pun dia tak sudi.”
            “Sebab?” soal Reza yang sudah mula dihurungi dengan rasa pelik. Ana tak layan lelaki? Peliknya…
            Faisal mengeluh. Mungkin sebab dia terlalu sinis atau Ana yang terlalu berhati-hati dek kerana pengalaman hidup yang pernah dilalui. Namun untuk menyatakan secara terperinci pada Reza, Faisal merasakan tidak patut begitu. Maruah diri Ana perlu dijaga. Dia bukanlah keji sehingga sanggup menjatuhkan maruah seorang gadis yang sudah sedia calar dengan sejarahnya yang tersendiri.
            “Mungkin dia berjaga-jaga.”
            “From what?”
            Faisal tersenyum. Tenang. Nada Reza sudah seakan hendak memprovok Ana, sedangkan kenal gadis itu pun tidak. “Daripada lelaki-lelaki yang tak berguna… yang hanya tahu merosakkan hati wanita suci macam Ana…”
            Reza terdiam. Faisal tersenyum.
            Tanpa disedari, ada air mata yang sedang berlinangan di sudut yang tersorok daripada meja yang diduduki oleh dua jejaka itu.

*****

“KENAPA Ana…? Nampak tak tenang aje dari tadi. Ada masalah ke? Cuba cerita dengan mama…” lembut suara mama mencecah gegendang telinga Ana. Lantas dia mengeluh kecil. Tahu sangat apa harapan mama. Mama cuma mahu dia berkongsi suka dan duka dalam kehidupan bersama insan yang telah bersusah-payah melahirkan dirinya. Dia sedar! Namun terlalu sukar untuk dilakukan satu perkara itu. Berkongsi?! Bukan mudah bagi dirinya…
            “Ana risaukan apa ni?” soal mama lagi apabila Ana masih berdiam tanpa memberi maklum balas. Wajah Ana yang mendung itu hanya mengalirkan rasa sayu dalam hatinya. Sebagai ibu, dia hanya mahukan yang terbaik untuk anak-anaknya. Tetapi Ana…
            “Mama…” perlahan Ana bersuara. Mama sudah melirik senyuman ikhlas.
            “Ya sayang…”
            “Ana…” lidah Ana kelu. Dia masih teragak-agak untuk membuka pekung di dada.
            Mama tersenyum. “Tak apa Ana… cerita bila Ana dah sedia. Mama boleh tunggu.”
            Ucapan yang lembut itu membuatkan Ana terasa sayu. Tanpa menunggu sesaat pun, dia sudah lemaskan diri dalam pelukan mama. Dia benar-benar kasihkan wanita itu.
            “Terima kasih mama sebab sentiasa percayakan Ana…” ucapnya dengan tangisan.
            “Mama kenal anak mama…”
            Ana tersenyum sayu. Ayat mama itu sudah cukup untuk mengubat parut di hatinya.
            Namun di balik pintu bilik yang berwarna coklat itu, sudah ada wajah yang dipalit dengan rasa tidak puas hati. Suraya sudah mengepal jemarinya. Hatinya makin dihurung dengan amarah. Kenapa mama masih percayakan perempuan jalang seperti Ana?! Aku benci dia!

*****

MATANYA tidak mampu untuk dipejam. Fikirannya menerawang jauh. Mengimbau detik-detik manis yang pernah dirasai. Sesungguhnya semua itu masih utuh dalam fikirannya.
            “Ana…” bibirnya mengalun lembut.
            “Ya Reza… kenapa call? Dah tak boleh tunggu esok ke…” tawa Ana sudah mula meniti saluran gegendang. Serentak itu otak menafsir impuls bahagia yang dirasa. Detik itu. Saat itu. Segalanya masih segar terasa.
            “Reza rindu…” ucapnya lagi. Matanya tertancap pada bingkai gambar yang masih setia menghiasi ruang mejanya. Gambar yang sama dan tidak berganti sama sekali. Wajah Ana yang diserikan dengan senyuman manis berlayar di ruang mata. Manis sungguh wajah itu. Ternyata masih tiada sebarang cacat cela di wajah itu melainkan penambahan cermin berbingkai tebal.
            “Ana tak salah... Ana betul-betul tak tahu.”
            “Kalau Ana tak salah… kenapa Ana biarkan lelaki tu ‘makan’ Ana? Reza kecewa dengan Ana…” ucapnya sendiri. Tanpa sedar, pipinya sudah mula berasa panas. Tangisan yang pernah diluahkan sebaik sahaja dia memutuskan perhubungan dengan Ana kini kembali lagi. Semuanya untuk Ana.
            Bagaimana dia hendak berlagak biasa? Hatinya sudah cukup terseksa dengan keputusannya sendiri. Namun kejadian lima tahun sudah yang masih berbekas di hati seakan menghalang rasa hati.
            “Reza…” panggilan serta ketukan di pintu bilik menyentakkan fikiran Reza. Pandangan sudah beralih. Wajah ibunya sudah terjengul di muka pintu.
            “Dari balik tadi asyik terperap dalam bilik. Makan pun tak… kenapa ni?” soal ibunya yang sudah melangkah dan melabuhkan punggung di sisi.
            Reza mengeluh kecil. “Ana…” ucapnya perlahan.
            “Perempuan tu! Reza masih ingat lagi dengan perempuan tak tahu malu tu…!” ibu sudah mula marah. Bengang rasanya bila bibir anaknya masih mengalunkan nama perempuan seperti Ana. Perempuan tidak bermaruah! Bentak hatinya marah.
            “Reza sayangkan Ana, bu…” nada Reza masih perlahan dan sayu. Kemarahan serta ketegangan suara ibu seakan tidak memberi sebarang kesan kepada dirinya.
            “Reza sebut nama perempuan tu lagi dalam rumah ni… ibu tak redha Reza! Ibu tak redha!” marah ibu. Wajahnya yang lembut tadi, sudah berubah tegang. Sebaris nama itu sudah cukup untuk membuatkan darahnya mendidih.
            “Reza nak kahwin dengan Ana!”
            “Reza!!!” suara ibu sudah bergema di ruang bilik itu. “Reza sedar tak apa yang Reza cakap ni? Dia tu dah tak suci. Dia dah serahkan tubuh dia pada lelaki lain… Reza nak perempuan macam tu untuk dibuat bini?”
            “Reza dah tak peduli semua tu… Reza sayangkan Ana… Reza nak Ana dengan Reza sentiasa. Reza dah tak sanggup kehilangan dia…” serentak dengan itu, air matanya mengalir dengan laju. Dia tidak menangis untuk meraih simpati ibu tetapi hatinya dengan sendiri menjadi sayu. Entah kenapa, dia tidak tahu.
            Kehilangan Ana? Dia tidak sanggup untuk menghadapi perkara itu. Tidak untuk sekali lagi.
            Ibu pula seakan kaku melihat tangisan anak terunanya. Tidak sama sekali dia menyangka, Reza masih mengharapkan kuntum bunga yang sudah tercemar itu. Tidak sama sekali dia menyangka, permintaan di luar fikiran ini akan disuarakan oleh anaknya.
            “Ibu… Reza nak kahwin dengan Ana. Tolong bu…” rayu Reza.
            Ibu terdiam. Tidak mampu berkata apa-apa. Hatinya langsung tidak rela namun untuk menolak di hadapan Reza, lidahnya menjadi kelu tiba-tiba.
           

[bersambung]
p/s: Siapa yang anda akan pilih? Reza atau Faisal?
Terima kasih semua =)




Comments

  1. baik ana pilih faisal.. reza pernah tidak percaya kt ana...

    ReplyDelete
  2. Faisal la.....Biar ana ngan faisal

    ReplyDelete
  3. better pilih faisal.....reza je suke tp maknye x ..krg lg sian kt ana....rasa mesti ada yg aniaya ana ni 5 thn dulu.....

    ReplyDelete
  4. dgn faisal j la...reza 2 buang jauh2..heheheh

    ReplyDelete
  5. dengan faisal...buat dia cpt2 dgn faisal tau...hehehehe..

    ReplyDelete
  6. sy sokong sumer d ats.. faisal yg terbaek utk ana...

    ReplyDelete
  7. Faisal !kalau Reza betul2 sayangkan Ana , Reza sepatutnya percayakan Ana . Biar Ana dengan Faisal lah yea :)

    ReplyDelete
  8. pili faizal.hehe..cepat2 sambung ye kak.

    ReplyDelete
  9. reza atau faisal...hohoe...nak tau...

    ReplyDelete
  10. aaa...
    nape reza ni..
    faisal o faisal cepatla

    ReplyDelete
  11. i vote for faisal jgk..sbb :

    1)dh knl lme,berksh syg sgale,tp bile jd perkre mcm tu,tuduh ana mcm xpernah knl lgsg ana tu mcm mne b4 tu

    2)kepercyaan pntg dlm satu2 relationship

    3)walaupun reza syg ana,tp reza jge manusia..wlaupun die cube try utk trime,tp akn ade jgk mse die ungkit balik perkre yg die sndri percye ana buat tu..di mulut @ sekadar terdetik di hati

    4)restu mak ayh penting..mak mertua xberkenan,lg sengsara ana nnt

    5)utk trime seseorg yg trime diri kite seadanya,trime baek buruk kte,xpndg mse lepas kite...is betttttteeeerrr dr trime sumone yg kte syg tp pernah meragui kite plus tgglkn kte pd waktu sepatutnye die menjadi tunggak tmpt kte bergntng pd mse kte paling memerlukan

    6)saling mencintai xsemestinye bersma..

    sekian..hahaha..rse cm nk jwp soklan penulisan spm ^_^

    neway,it's ur story,ur choice

    cpt smbg cik writer..berdebar nk tau ending..hehe

    ReplyDelete
  12. nk faisal jugak2....akak...betul ke ana da xsuci?ke senanye laki mne2 ntah tu xbuat pape pn...just msuk then keluar blek?kalau mcm tu lg la sy nk faisal yg ngn ana...tp ana mcm msh syg reza la plak...adei

    ReplyDelete
  13. INTERESTING...
    best cite nie...
    i think better faisal...

    ReplyDelete
  14. pilih faisal dan bknnya reza...sebab reza x pernah nk percayakan ana masa dia dlm masalah...

    ReplyDelete
  15. best2... better pilih faisal then reza yg x mghargai ana time dye ade masalah.. hehe... nice cerpen..

    ReplyDelete
  16. wah ramai nya komen.. I pn plih faizal..

    ReplyDelete
  17. pilih faizal la, bagi hero ni menang. lagipun si suraya tu cam tak ngam ngan dia. better lg ana

    ReplyDelete
  18. saya cuma nk happy ending je untuk ana nanti. cepat2 sambung tau, tk sabar ni (chah)

    ReplyDelete
  19. tgk2 suraya punya kerja upah org wat kakak dia camtu sbb dengki punya psl... jeng3 (pandai2 plak wat cite kan kan... ngehehehehe) cpt sambung yea.....

    ReplyDelete
  20. Faisal....lah yer...:)

    ReplyDelete
  21. hahaha...stju dgn panda_chomot.... faisal pls.....hehe;)

    ReplyDelete
  22. alamak rasa kesian kat reza, 2 2 masih cinta tu. er tak tau nak pilih sapa sebenarnya..ok nak baca yg next plk..thanks ya

    ReplyDelete
  23. repeat again for this st0ry..jalan cerita yg x membosankan..penulisan ok not bad..ada part2..s0, g0 n go..teruskan usaha..sya ada kat belkg awak..nak jd mcm stalker..haha
    #u frezz..sja buat gempak.^^

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Cerpen: Lain di Mulut, Lain di Hati

JAMBANGAN bunga ros yang berada di atas mejanya itu dicapai. Tanpa melihat nama pengirim pun dia sudah boleh meneka, siapa pengirimnya. Terus dengusan tidak senang dilepaskan. Tanpa menunggu sesaat, jambangan bunga itu sudah terhumban ke dalam tong sampah di sudut bilik.             Huh! Apa dia fikir aku ni perempuan, nak cair kalau disogokkan dengan bunga. Kalau aku cakap benci, memang akan benci selamanya! rungutnya.             Serentak itu, pintu biliknya diketuk. Terjengul wajah Selina, setiausahanya.             “Encik Irfan, Puan Eryna nak jumpa.”             Sekali lagi dia melepaskan dengusan kasar. Tidak cukup dengan bunga yang merimaskan, sekarang, tuan punya badan pula muncul di depan mata. Ah, benci!             “Suruh dia balik! Saya tak nak jumpa dia.” Kuat dan lantang sekali suara Irfan sehingga begitu jelas buat pendengaran Eryna yang sedang duduk menunggu di luar bilik. Eryna tersentak. Riak wajahnya terus beruba

Cerpen: Hati ini [End]

BUNYI suara yang bertingkah dari ruang tamu mengkakukan langkah Ana di anak tangga terakhir. Dia yang turun ke bawah dengan niat untuk membasahkan tekak terkaku seketika. Tidak mahu menonjolkan diri di hadapan tetamu mama dan papa, tanpa berfikir panjang dia sudah memalingkan badan hendak bergerak ke atas semula. Namun sekali lagi, dirinya terus kaku di situ. Suara yang melaungkan namanya membuatkan badannya menjadi gementar secara tiba-tiba.             “Ana…” namanya dipanggil sekali lagi. Dia kenal suara itu. Terlalu kenal. Tetapi dia tidak mahu memalingkan wajahnya. Atas sebab apa, dia tidak pasti. Ikutkan sahaja kata hati.             Sentuhan di bahu membuatkan Ana tersentak. Pantas dia berpaling dengan wajah yang sudah berubah riak. Dia tidak suka dengan sentuhan itu. Sentuhan yang tidak menghormati dirinya sebagai seorang wanita muslim. Seketika mata mereka bertemu. Ana terkedu. Seakan tersedar dari mimpi… senyuman yang menghiasi

Cerpen: Dia yang aku cinta

Berdebar-debar rasanya saat menanti di ruang legar ini. Menanti kehadiran insan yang disayangi. Menanti saat yang ditunggu-tunggu selama ini. Disunting menjadi suri dalam hidup lelaki yang dicintai. Ah! Indah sungguh rasa…             “Tahulah nak tunggu insan tercinta. Kut iya pun… tak perlulah tayang riak wajah teruja, yang terlebih perisa pulak!” teguran berunsur perlian itu hanya membuatkan dia menjeling manja.             “Biarlah!” balasnya dengan menyampah.             Tiada siapa pun tahu apa yang dirasainya selama dua tahun ini. Hidup berjauhan dengan insan yang memenuhi ruang hatinya. Sungguh menyeksakan jiwa dan raga sahaja!             “Akak…” panggilan itu membuatkan dia melepaskan dengusan manja.             “Apa?!” soalnya geram. Geram saat khayalan indahnya dicantas dengan kejam. Sedangkan, hanya itu yang mampu dilakukan di saat ini.             “Tu…” mulut si adik sudah memuncung ke satu sudut.             Matanya turut berlari mencari. Seketika dia