Skip to main content

Cerpen: Dia yang aku cinta


Berdebar-debar rasanya saat menanti di ruang legar ini. Menanti kehadiran insan yang disayangi. Menanti saat yang ditunggu-tunggu selama ini. Disunting menjadi suri dalam hidup lelaki yang dicintai. Ah! Indah sungguh rasa…
            “Tahulah nak tunggu insan tercinta. Kut iya pun… tak perlulah tayang riak wajah teruja, yang terlebih perisa pulak!” teguran berunsur perlian itu hanya membuatkan dia menjeling manja.
            “Biarlah!” balasnya dengan menyampah.
            Tiada siapa pun tahu apa yang dirasainya selama dua tahun ini. Hidup berjauhan dengan insan yang memenuhi ruang hatinya. Sungguh menyeksakan jiwa dan raga sahaja!
            “Akak…” panggilan itu membuatkan dia melepaskan dengusan manja.
            “Apa?!” soalnya geram. Geram saat khayalan indahnya dicantas dengan kejam. Sedangkan, hanya itu yang mampu dilakukan di saat ini.
            “Tu…” mulut si adik sudah memuncung ke satu sudut.
            Matanya turut berlari mencari. Seketika dia terkapa-kapa. Melayarkan pandangan mata, tanpa arah. Namun hanya seketika… segala mimpi indah mulai berbunga dalam hati.
            “He’s back.” Bibirnya berkata perlahan.
            “Akak…” panggilan Amni disambut dengan pandangan bercahaya. Dia gembira.
            “Yang tu… siapa?” Zatilhusna terpinga-pinga. Siapa? Matanya kembali fokus pada figura yang dirinduinya. Siapa?
            “Siapa?”
            “Yang rambut blonde… pakai spek hitam tu!”
            “Mana?” Zatilhusna tidak nampak. Pandangannya hanya dipenuhi wajah Derrick yang sudah semakin dekat dengannya. Senyuman di bibir lelaki itu dibalas tanpa bertangguh.
            “Hi sweetheart…” sapaan Derrick makin melebarkan senyuman. Confirm, dia tidak bermimpi di siang hari. “How are you?
            “Alhamdulillah… super fine with His bless. And you?” Zatilhusna menyoal mesra.
            “Yeah… I’m fine too…
            “Meet my sister, Amni…” ujar Zatilhusna mesra.
            Amni tersenyum kecil. Melihat wajah Zatilhusna yang teruja, makin melebar senyumnya. Hai… dua tahun punya angau, bakal hilang tidak lama lagi.
            “Zatil…” panggil Derrick perlahan.
            “Yes…
            “Derrick…” satu suara dari belakang mula menyapa. Zatilhusna terpinga. Melihat seorang gadis tinggi lampai. Hampir menyamai ketinggian buah hatinya. Berdiri di sisi lelaki itu dan tersenyum mesra. Saat itu matanya sudah menangkap wajah Derrick beriak serba salah. Apakah?
            “Who is this darling?” soalan si gadis berambut blonde itu membuatkan Zatilhusna tersentak. Terus sahaja pandangan tajam dihadiahkan buat Derrick. Dia memerlukan penjelasan atas perkara ini. Amni di sisi, terus memegang tangannya erat sekali. Mungkin bimbang jika ada yang bergusti di KLIA ini.

KEPALANYA dipegang kuat. Cuba memastikan tiada apa-apa yang tertanggal. Kemungkinan ada komponen di dalam kepala sudah beralih posisinya disebabkan tekanan di luar kawalan ini. Perlahan, nafas ditarik dan dihembuskan. Dia cuba bertenang sehabis yang mungkin. Matanya sudah beralih ke hadapan. Wajah Derrick dipandang tajam. Kalau boleh dibuat gulai, sudah dibuatnya sekarang.
            “Dear…” lembut suara Derrick mengalun kata.
            “Apa dear-dear?! Dah bagi sakit hati aku, boleh pulak duk panggil dear. Ikutkan hati tengah panas ni… saya campak awak dekat luar. Biar kena gilis dengan kapal terbang!” marah Zatilhusna. Dihamburkan sahaja kata-kata kerana dia amat yakin, Derrick tidak memahami walau sepatah.
            Tawa Derrick membuatkan dia mencebik geram.
            “Tahulah tengah marah… tapi sanggup nak tengok saya mati kena gilis kapal terbang?”
            Zatilhusna tergamam. Apa yang dia dengar sebentar tadi? Bukan dari meja sebelah kan? Wajah Derrick dipandang dengan rasa tidak percaya.
            “Surprised sayang?” soal Derrick mengusik.
            Zatilhusna yang seakan tergamam, mencebik semula. “Menyampahnya saya dengar awak panggil sayang. Huh!”
            “What? Sampah?”
            “Menyampahlah!” ditekan geram.
            “Okay… okay… don’t be angry. I’m here to explain.” Pujuk Derrick.
            “Explain what? You are married with that lady. What else that left to be explained?” Zatilhusna mulai berangin. Sakit hati. Sakit jiwa! Lepas ini, dia hendak minta tukar masuk wad psikatrik pula. Biar jadi gila. Hesy! Nauzubillah.
            “Of course there is one more thing to be explained. I am here to meet you… to propose you… to marry you, sweetheart.
            “In your dream, Mister Derrick!” Zatilhusna sudah bangun dari bangkunya. Tidak cukup dengan menghancurkan harapannya. Lelaki itu masih mengimpikan untuk berkahwin dengannya.
            “Zatil…” Derrick memanggil. Biarpun Zatilhusna sudah berlalu tanpa mempedulikan panggilannya itu.
            “Zatil… call me Zafar.
            Terkaku langkah Zatilhusna. Biarpun sudah jauh, telinganya masih mampu mendengar. ‘Zafar…’
            “When I became a muslim, I want to be called as Zafar.” Kata-kata berulang di ruang minda. Zatilhusna masih ingat akan momen yang pernah dilaluinya.
            “Why Zafar?” soal Zatilhusna ceria. Wajah Derrick yang tersenyum gembira ditatap lama.
            “It means, victory, success. I want to be success with His bless.
            Zatilhusna masih ingat. Ia merupakan nama yang diidamkan Derrick. Sering disebut-sebut oleh lelaki itu. Zafar!
            “Assalamualaikum… I’m Ahmad Zafar Martell Abdullah.
            Zatilhusna tergamam lagi. Dia semakin tidak faham. Jika dihadapannya kini bukan Derrick, tetapi Zafar. Dan siapa pula gerangan yang mengaku sebagai isteri kepada Zafar tadi?

“APA yang Zatil cakap ni? Zatil sedar tak?” soalan itu dibalas dengan anggukan yang yakin. Sudah puas dia memikirkan. Dia yakin, inilah jawapan yang harus diberi. Ya dan ya… dan tetap ya. Walau berkali-kali orang di sekelilingnya bertanya kenapa. Jawapannya mudah sahaja, kerana hatinya tersangat menyintai lelaki itu. Ya, dia sangat menyintai Ahmad Zafar.
            “Zatil!” tekan Mak cik Ramlah dengan geram. Tidak faham dengan sikap anaknya yang seorang ini. Semalam, bermatian-matian kata tidak mahu. Tetapi hari ini, lain pula ceritanya. “Cuba cakap dengan mama… kenapa?”
            “I love him, mama.”
            “Ya… tu mama tahu. Tapi kenapa nak kena kahwin jugak? Cakap dia dah kahwin dengan perempuan rambut blonde tu… apa nama dia? Jes?”
            “Jeslina, mama.” Sepatah jawab Zatil. Hancur hatinya menyebut nama perempuan itu. Tapi apakan daya, kena sebut juga. Bakal madunya bukan. Madu? Ditelan dalam-dalam perkataan itu. Dah macam kena telan hempedu. Pahit dan sakit.
            “Jeslina… orang Melayu ke?”
            Zatilhusna menjeling kecil. “Orang Islam ma…”
            “Samalah tu…”
            “Tak sama. Banyak bezanya.” Malas-malas Zatilhusna menjawab. Malas sangat. Biarlah orang apa sekalipun, dia malas hendak ambil kisah. Tapi yang dia hairan sangat sekarang ini, macam mana Encik Zafar yang tercinta boleh tersangkut dengan minah mat salihitu? Banyak sangat teori dan andaian yang tidak begitu mengena.
            “Dah fikir masak-masak ke Zatil?” soal Mak cik Ramlah lagi.
            Zatilhusna mengeluh tidak sudah. “Muktamad!” akhirnya, itu sahaja yang mampu dikatakan. Ya, muktamad.
            Serentak itu dia sudah berlalu memanjat tangga. Ingin direbahkan badan seketika di atas tilam yang empuk. Biar berkurang sedikit bebanan yang menghantui minda. Namun untuk melelapkan mata, tidak semudah yang disangka. Wajah Jeslina bermain-main di tubir mata. Makin naik menyampahlah jadinya biarpun si Jes itu kerjanya tersenyum tidak kira masa. Makin sakit hati apabila senyuman itu mendapat sambutan daripada Zafar dan bibirnya, hanya terkaku bak kayu di antara mereka berdua itu.
            Bunyi ‘beep’ daripada telefon bimbit di tepi katil itu dipandang sepi. Malas hendak melihat, lantas ditarik sahaja bantal menutupi seluruh wajahnya. Tidur lagi baik!

SHOW me the meaning, of being lonely…
            Seakan terngiang-ngiang di ruang telinga. Seperti pernah didengar dan agak mesra buat pendengarannya. Tapi, apa ya? Fikir Zatilhusna, sambil matanya leka berlari pada rekod bacaan seorang pesakit di Wad 5. Tidak sampai beberapa minit kemudian, bunyi yang sama kedengaran. Lantas dia kalih ke sebelah, memandang wajah Hajar, jururawat pelatih yang sedang berdiri di sampingnya.
            “Awak dengar tak?”
            Hajar terpinga. “Err… dengar apa Doktor Zatil?”
            “Bunyi…show me the meaning?” soal Zatilhusna lagi. Lagaknya kelihatan bingung sahaja. Hendak dikatakan tidak cukup tidur, rasanya dah terlebih ‘qada’!
            “Bukan telefon doktor ke?” soal Hajar lambat-lambat. Rasanya dari tadi, telinganya sudah menangkap bunyi itu, namun sayup-sayup sahaja.
            “Telefon saya?” Zatilhusna memasukkan tangan ke dalam kocek seluar yang dipakainya. Sekilas nama yang terpapar di skrin dilihat, tanpa rasa dia menekan butang cancel bagi menghentikan bunyi yang agak membingitkan telinga di kala ini.
            Hajar yang melihat, tidak mampu berkata apa-apa. Mood Doktor Zatil pada pagi ini begitu aneh pada pandangan matanya.

KOPI yang dipesan itu dikacau berkali-kali. Asap yang tadinya kelihatan berkepul-kepul, sudah mulai surut. Namun sesisip pun masih belum dihirup. Runsing sungguh kepala otaknya.
            “Kenapa yang nampak serabai sangat ni?” teguran Faizah, rakan setugas membuatkan Zatilhusna mengeluh seketika.
            “Rasanya dua minggu lepas, kau happy macam menang sepuluh bongkah emas. Ni kenapa aku tengok macam orang dah jatuh muflis?” soalan Faizah membuatkan Zatilhusna mendongak.
            “Kau pernah tengok orang jatuh muflis ke?”
            Geleng.
            “Habis tu?”
            Sepi. Faizah tidak menjawab.
            Zatilhusna mengeluh. “Tak tahulah Faizah… aku ni pening.”
            “Kenapa? Cuba cerita, mana tahu aku boleh tolong…” Faizah sudah menarik bangku di sebelah Zatilhusna. Cermin mata yang sudah hampir kelabu itu ditarik dan dilap seketika. Sibuk bertugas, sampai naik berpinar mata. Tapi itu tak bermakna, tak boleh nak bersosial dengan rakan sekerja buat seketika.
            “Aku nak kahwin.” Zatilhusna memberitahu, tanpa rasa.
            “Alhamdulillah.”
            “Tapi orang yang aku nak kahwin tu, dah kahwin sebenarnya. Dia suruh aku tunggu dan dah dekat tiga tahun aku tunggu… tiba-tiba dia muncul, nak kahwin dengan aku, tapi dalam masa yang sama, dia dah kahwin dengan orang lain.”
            “Rumit ni.” Faizah sudah menekan pelipisnya yang mulai terasa pening. “Kau memang nak kahwin dengan dia?”
            “Aku tak rasa aku akan kahwin dengan orang lain,” jawab Zatilhusna. Pandangannya kosong. Tidak tahu apa yang dirasakan pada ketika. Tiada cinta, mahupun benci. Jadi, apakah ini?
            “Mama kau?”
            “Mama pun dah pening sebab aku tetap nak kahwin dengan dia.”
            “Payah ni Zatil. Kahwin dengan suami orang, hidup bermadu bukan senang macam kita duk tengok dalam cerita madu tiga tu. Kalau tak adil, jenuh nak kena berjawab dekat sana nanti.” Faizah sekadar memberi pendapat. Lagipun atas sebab apa hendak mengamalkan poligami ini? Hukum harus didahulukan kalau tidak seiring dengan sunnah yang diamalkan oleh rasul kita.
            “Aku tahu. Tapi…” Zatilhusna tidak punya jawapan.
            Faizah menghulurkan senyuman nipis sambil meletakkan tangan kanannya di atas jemari Zatilhusna. Zatilhusna tersenyum kelat. Tidak berperasa dan berperisa. Kelatnya memanjang sahaja.
            “Fikir masak-masak. Hal nikah kahwin ni, tak boleh buat main. Jangan ikutkan sangat perasaan tu, sebab cinta manusia ni kadang-kadang boleh melukakan banyak jiwa tanpa kita sedar…” tenang sahaja Faizah memberi pandangan.
            “Habis tu, aku nak buat apa ni?
            “Kalau semata-mata kerana cinta, kau nak bermadu… aku cadangkan, kau tolak aje.” Saran Faizah. “Tapi ini hanya pandangan aku, sebaiknya kau fikir dulu sehabis boleh… doa dengan Allah, biar Dia lapangkan dada kau untuk buat keputusan yang terbaik.”
            “Kalau aku tetap nak kahwin dengan dia?” soal Zatilhusna lagi.
            Dah Faizah hanya menggelengkan kepala. “Daripada kau kahwin dan hidup bermadu, lebih baik kau terima Doktor Fathi. Suami pun dapat… anak pun dapat. Lagi bagus daripada dapat madu.” Faizah terus ketawa dengan kata-katanya. Ayat itu terkeluar secara spontan bila dia nampak wajah Doktor Fathi yang baru sahaja melabuhkan punggung selang dua meja daripada mereka.
            “Mulut!!!” Zatilhusna sudah geram. “Aku cilikan nanti.”
            “Eh… okey sangatlah tu. Buat apa nak susah-susah layan kerenah madu yang belum tentu kau mampu. Baik kau layan budak, lagi mudah. Lagipun, anak-anak Doktor Fathi tu… calon anak soleh dan solehah. Mana nak dapat…” giat Faizah.
            “Shut up you…” malas saja Zatilhusna membalas. Merajuk dengan Faizahlah kalau macam ni!
            Baru sahaja Zatilhusna hendak bangun beredar, tersentak jiwanya. Senyuman Doktor Fathi sudah menghiasi ruang mata. Entah bila pula dia itu duduk di belakangnya, langsung tidak sedar.
            “Bolehlah tu…” sekali lagi suara Faizah tercetus dengan tawa halus.
            Zatilhusna hanya mampu menghadiahkan jelingan maut di saat itu.

“SAYA tanya ni, kenapa tak jawab?” suara itu meninggi sedikit. Zatilhusna yang tadinya kelihatan tenang mulai nampak berang.
            “Jangan nak marah-marah saya boleh tak? Saya sibuk kerja. Awak tak boleh nak harapkan saya jawab segala call dan mesej awak. Macam saya tak ada kerja lain!” senada juga Zatilhusna membalas.
            Serentak itu, jelas kedengaran dengusan yang menampar cuping telinga. Zatilhusna sedar, keadaan mood mereka berdua terumbang-ambing bagai dipukul ombak. Tetapi masalah ini berpunca daripada siapa? Ahmad Zafar jugak! Hatinya yang geram hanya membuatkan dia bersetuju tanpa berfikir dengan andaian itu.
            “Zatil… please. Let don’t make this thing worse… I’m already here for you.” Suara Zafar merendah. Dan Zatilhusna pula mengeluh.
            “Awak bukan seorang…” Kecewa nada Zatilhusna. Walaupun dia tahu keputusan hatinya, tapi rasa kecewa itu terus menghantui diri. Tidak mahu terus berbicara, dia terus mematikan talian telefon. Tanpa dipinta, air matanya sudah mulai jatuh. Dia terasa begitu lemah. Walaupun ujian ini tidaklah sebesar mana jika hendak dibandingkan dengan orang lain yang mempunyai masalah lebih besar daripadanya.
            Bunyi mesej masuk kedengaran. Lantas Zatilhusna mengesat air mata. Tidak kuasa hendak berdrama air mata lebih-lebih di tempat kerja.
            Do you love me, Zatil? If you think yes, then we will proceed. If no, then I’ll just leave. But… I won’t be here if it is not of HIS will…
            Mesej yang diterima itu makin menghilangkan rasa sedangkan Zatilhusna tahu, lelaki itu yang dicinta. Cinta ini benar-benar mendukacitakan jiwanya.
Benarlah kata orang, cinta manusia boleh berubah bagai pantai yang dilanda ombak. Sekali air bah, sekali pantai berubah. Namun tidak jika yang dikejar itu cinta Allah. Allah tidak pernah berpaling daripada hamba-Nya. Bahkan terbentang sejuta kasih buat hamba-Nya yang beriman dan memohon taqwa pada-Nya.
“Jauh termenung Doktor Zatil…”
Zatilhusna tersentak. Melihatkan figura yang bertandang di depan mata, hatinya yang sememangnya tidak tenang menjadi makin tidak senang.

TANGAN yang dikepal sejak tadi akhirnya dibenamkan dengan penuh rasa geram pada dinding rumah berwarna putih itu. Sakit hatinya!
            “Tak perlu nak marah lebih-lebih… semua ni salah siapa?”
            Soalan itu membuatkan dengusan kasar dilepaskan. “Salah dia! Why she has to be so nice with that guy? Sampaikan I telefon pun dia tak jawab, dia reject call.”
            Ketawa Jeslina bergema seiring dengan jawapan yang diterima. Lama-kelamaan ketawa yang galak berubah menjadi sinis. “Zafar, you started all this.” Sinisnya pada lelaki yang wajahnya sudah mula menjadi merah. Dan itu petanda Zafar benar-benar marah.
            “You yang paksa I!”
            Jeslina ketawa besar. “I tak paksa pun, I cuba nasib… tak sangka, you akan menurut tanpa usul periksa. Well, I always have the luck.
            Melihatkan wajah gembira milik Jeslina, Zafar terduduk. Seandainya Zatilhusna yang tertawa gembira di hadapannya, pasti hatinya akan menjadi bahagia. Tetapi, disebabkan kewujudan Jeslina di sini… di saat ini… segala harapan yang diberikan kepada Zatilhusna sebelum gadis itu berangkat ke Malaysia, seakan punah begitu sahaja. Bagaimana diri ini mencari gelaran munafik itu dengan sendiri tatkala tidak dapat memenuhi janji. Malah lebih teruk, dilukakan hati Zatilhusna.
            “Jes… I love her.
            Jeslina tersenyum. “I tahulah apa yang I nak buat. Tapi, you tak boleh lupa dengan janji yang you dah buat dengan I. Jangan bila dah dapat Zatil, you terus lupa dengan I. You masih bertanggungjawab, okey…” ugut Jeslina namun tidak serius nadanya. Wajah Zafar yang makin cemberut melahirkan rasa lucu dalam hati.
            Sudah masak dengan sikap Zafar, Jeslina berlalu masuk ke dapur rumah yang dibeli oleh Zafar sebelum menjejakkan kaki ke Malaysia. Dia tahu, perancangan Zafar begitu teliti dalam hal Zatilhusna. Kalau tidak, masakan lelaki itu sudah nekad untuk tinggal di sini. Memohon kerja di sini hanya kerana ingin memudahkan Zatilhusna. Semuanya menunjukkan besarnya kasih Zafar kepada Zatilhusna, dan Jeslina memahaminya. Tapi, janji tetap janji. Zafar harus tetap bertanggungjawab dengan dirinya!

“TERIMA KASIH, Doktor Fathi… susah-susah saja.” Zatilhusna serba salah apabila Fathi, doktor senior di sini tolong belikan minuman pagi buat dirinya. Lebih daripada serba salah, Zatilhusna rasa serba tidak kena.
            “Kenapa pula nak susah… kebetulan saya nampak Zatil termenung sorang-sorang, maybe a cup of coffee can help.” Serentak itu Fathi sudah melabuhkan punggung di hadapan Zatilhusna. Spontan juga matanya menangkap wajah Zatilhusna yang mempamerkan riak terkejut. Sama sahaja reaksi itu seperti yang berlaku dua hari lepas.
            Terhimpit perasaan tenang Zatilhusna apabila berdepan dengan lelaki berusia lewat 30-an ini. Sesak nafas pula biarpun Fathi hanya menikmati sarapan tanpa terus bersoal jawab dengannya. Melihat gaya yang penuh tertib di hadapan mata, Zatilhusna terasa kagum seketika. Bukan dia tidak pernah mendengar kisah hidup Doktor Fathi yang kacak ini. Semuanya daripada mulut Faizah yang tidak pernah miss waima satu cerita.
            Khabarnya isteri lelaki itu telah memohon cerai sebaik sahaja melahirkan anak mereka yang kedua. Aduh, sedihnya! Tidak sayangkah perempuan itu dengan anak-anak mereka yang sangat comel dan tidak jemu dipandang mata? Zatilhusna yang terpandang sekali-sekala pun boleh terjatuh sayang.
            “Fikirkan apa?”
            Bibir Zatilhusna tersenyum tanpa sedar, dan seraya bibirnya mengorak jawapan, “Jehan dan Fasha,” ucapnya gembira.
Dan itu adalah nama anak-anak Fathi. Seakan tersedar daripada mimpi, mata Zatilhusna terhala ke hadapan. Jantungnya berdegup kencang.
“Saya ada sebut apa-apa ke?” soalnya kalut.
            Fathi tersenyum. “Awak sebut nama anak-anak saya… kenapa?”
            Srappp! Bagaikan ada pisau yang menoreh ke muka, Zatilhusna terasa pucat seketika. Apa perlunya dia menyebut nama anak lelaki itu? Kau dah gila ke Zatil??? Rasa macam hendak pengsan pula apabila melihat Fathi yang tersenyum manis di hadapannya. Alamak, macam mana nak cover line supaya Doktor Fathi ini tidak berfikir yang bukan-bukan?
            “Lama tak nampak dia orang, doktor hantar ke nurseri ke?” Kononnya soalan cover line.
            “Rasanya baru semalam dia orang singgah, siap berselisih dengan awak lagi.”
            Erk! Zatilhusna terasa tercekik. Walaupun dia hanya menghirup air kopi buatan mesin. Hendak senyum pun, seakan tidak menjadi di wajahnya ini. Malunya!!! Bertambah malu dengan pandangan Fathi yang sudah berlainan makna.
            “I like you…”
            Dan cukup ucapan itu yang hampir menggugurkan jantung Zatilhusna. Karang gugur betul, tak bernyawa pula jadinya!

I TOLD you before… dia memang ada hati dengan kau.” Faizah mengungkapkan kata dengan kening yang terangkat. Sengaja dibuat begitu untuk mengucar-kacirkan perasaan Zatilhusna yang sedia berkecamuk. Lihat pada raut wajah itu pun dia sudah tahu. Mood not in a stable condition.
            Zatilhusna menjeling seketika pada Faizah sebelum kembali menghadapkan muka ke luar tingkap di bangunan hospital ini. Terus matanya tertancap pada kesibukan jalan raya yang dipenuhi oleh kenderaan. Sesaknya keadaan itu seolah sama kesesakan di hatinya pada ketika ini.
            “Aku cadangkan…” baru sahaja Faizah hendak mengutarakan cadangannya. Tetapi laju lagi dipintas oleh Zatilhusna.
            “Tak payahlah nak brainwash aku suruh kahwin dengan Doktor Fathi pulak.”
            Faizah terpinga, “Aik, bila masa… aku cakap pun tak habis, kau dah potong. Don’t jump into conclusion too early my dear… listen first.”
            Wajah Zatilhusna tidak menanti sesaat pun sebelum bertukar menjadi merah. Aduh! Terlebih gopohlah pulak… seakan dirinya terlalu memikirkan Fathi sebenarnya. Tapi, hakikatnya… tidak!!! Baik fikirkan Zafar. Tapi, apa bezanya? Dua-dua pun sudah berkahwin juga…
            “Cuba bincang dengan mama kau. Duduk sama-sama, fikir… aku tahulah dalam hati kau ada nama siapa. Tapi kan, kadang-kadang benda dalam hidup ni selalunya sesuatu yang kita tak sangka pun. Mungkin aje jodoh kau bukan dengan Doktor Fathi mahupun Zafar… mungkin ada orang lain pula.”
            Bahu Zatilhusna diusap perlahan. Faizah mengukir senyuman pembekal semangat untuk Zatilhusna. Biarlah hilang segala kecelaruan dalam kepala gadis itu.
            “Mungkin ada orang lain ke… mana pulak aku nak cari? Kenapa lambat sangat dia nak muncul ni!” Zatilhusna tergelak kecil.
Dalam pada segala tengah berserabut dengan Zafar, dia masih dapat fikirkan mungkin ada orang lain pula yang akan muncul dalam hidup dia. Yang dapat tarik dia keluar daripada semua benda yang memeningkan kepala ini. Kalau ada…
            Faizah ikut tergelak. “Doalah… mana tau, tiba-tiba aje muncul depan mata.”
            Zatilhusna tersenyum nipis. Semuanya hanya sekadar angan-angan minda.

BAJU kurung berwarna hijau berbunga merah jambu itu dicapai. Malas lagi hendak berfikir tentang baju apa yang sesuai. Mama hanya menyebut hendak ke rumah Amni, bukannya hendak ke majlis yang memerlukan dia vogue sangat. Dan kalau iya pun begitu, dia tidak ada kemahuan pun untuk terlalu bergaya.
            Tudung yang sudah sedia digosok, dicapai. Cepat sahaja dipakai dan dipin kemas. Selesai semuanya, Zatilhusna sudah mencapai beg tangan di atas katil dan melangkah keluar dari bilik. Suara mamanya sudah kedengaran dari bawah. Sudah tidak sabar-sabar untuk berjumpa dengan Amni agaknya. Mestilah… sejak Amni mengkhabarkan tentang berita berbadan dua, mama kelihatan begitu gembira. Katanya sudah sampai masa bermain dengan cucu pula. Dan ketika itu, Zatilhusna terkedu.
            “Bila pulak giliran anak mama ni?”
            Soalan itu hanya berjawab dengan kebisuan.
            Perjalanan yang memakan masa selama 15 minit itu ditemani suara DJ radio yang riang berceloteh. Zatilhusna mengerling ke sebelah, mamanya asyik tersenyum tidak henti. Spontan, bibirnya turut sama tersenyum. Sekurang-kurangnya Amni mampu menghadirkan rasa bahagia itu dalam hati mama. Untuk itu, Zatilhusna rasa bersyukur.
            Sampai sahaja di kediaman Reza, sudah kelihatan Amni dengan wajah yang berseri melambai riang. Macam budak-budak. Tapi hakikatnya, nak jadi emak budak!
            “Happy nya mak buyung.” Usik Zatilhusna. Terasa lenyap segala belenggu dari minda. Suasana ini sangat menenangkan jiwa.
            “Siapalah yang takkan gembira…” Amni sudah tersengih-sengih. Jelas benar di wajah tentang keindahan taman yang sedang kembang mekar dalam hati.  Mendengarkan laungan Reza dari dalam rumah, segera mulutnya mencicit menjemput tetamu masuk ke dalam rumah.
“Akak, mak cik… masuklah. Semua dah ada dekat dalam.”
Kening Zatilhusna terangkat. Semua? Siapa sahaja semua itu?
Dan semua itu bermaksud, makhluk yang Zatilhusna tidak kenal rupanya. Mungkin dia tidak perlu terlalu sibukkan diri dengan perkataan semua itu. Datangnya ke sini untuk menggembirakan hati. Usah disemakkan fikiran itu lagi.
Tidak tahu hendak berbuat apa di ruang tamu yang diduduki oleh sebuah keluarga yang tidak dikenali itu, Zatilhusna membiarkan sahaja mamanya meneruskan sesi perbualan. Kakinya diangkat menuju ke dapur. Mengintai Amni yang sempat lagi bergurau manja dengan Reza. Amboi! Bukan nak dikira dengan tetamu dalam rumah.
“Ehem…” Dua suara berdehem berpadu. Amni dan Reza tersentak.
Dan Zatilhusna juga ikut terkejut. Terkejut memikirkan suaranya yang sudah berubah menjadi garau. Takkan kronik sangat masalah yang ditanggung sehingga boleh menyebabkan pertukaran suara, memang tak masuk logik akal. Untuk mengesahkan itu, sekali lagi dia mencuba.
“Ehem…”
Dan memang sah!
“Amni… apa suara akak dah macam laki pulak!” ujarnya risau. Saat itu dirinya masih terasa pelik. Rasa macam suara dah kembali normal. Tawa Amni yang meletus membuatkan Zatilhusna terpinga-pinga. Adakah dia sedang mempersembahkan satu program lawak antarabangsa?
“Yang gelak-gelak ni kenapa? Suka kalau suara akak macam laki?” soal Zatilhusna geram. Bibirnya diketap.
“Sayangnya… suara awak sangat merdu bak buluh perindu.”
Bagaikan bisikan halus, suara yang menyinggah di telinga. Suara makhluk mana pula? Laju sahaja Zatilhusna memusingkan kepala.
Dan spontan matanya terbuka luas.
Dan sekali lagi spontan, refleks tangan akibat impuls yang diterima otak.
“Aduh!!!”
Itu adalah isyarat daripada kesan tolakan yang maha kuat daripada Zatilhusna.

BELUM hilang rasa geram, disuruh pula menghadap wajah itu dengan alasan… dia pesakit! Huh… Entah kenapa, Zatilhusna merasakan semua ini adalah drama semata-mata. Siapa manusia di depannya ini, langsung tidak dikenali. Jauh sekali untuk ingin dikenali. Tetapi dengan tidak malunya berusaha untuk ‘menjual’ diri di hadapannya ini.
            “Kalau you senyum, I rasa lebih cantik kot.”
            Diam.
            “Kalau mata you boleh tengok muka I yang handsome ni, mungkin lebih asyik kot.”
            Diam lagi.
            “Kalau… tangan I boleh sentuh tangan you, mungkin…”
            “Boleh kena karate kot!” Laju Zatilhusna menyahut. Jelingan matanya begitu tajam. Kalau dia ada pisau, akan dicucuk mata gatal yang melekat kuat di wajahnya. Kalau bukan kerana lelaki itu luka disebabkan dia, langsung tiada keinginan dia duduk di meja ini dan meletakkan ubat di dahi yang terhantuk dinding tadi. Tolak sikit pun dah berpusing kena dinding. Lembik!
            “I dah kena tadi, so I boleh pegang…” bibir itu mengusik lagi.
            “Kalau nak rasa macam mana kalau kepala pecah, mungkin boleh try kot.” Sinis Zatilhusna.
            Namun lelaki itu ketawa dengan riangnya. “Sayang, jangan garang sangat. You are too lovely to act fiercely. Tak sesuailah…”
            “Why should I be nice to you?” soal Zatilhusna. “Give me one reason, Azhar?
            Dan Azhar tersenyum… nakal. “Kenapa tak boleh? Kitakan bersaudara.”
            “Who said so?” Marah benar Zatilhusna.
            “Semua orang Islam kan namanya bersaudara… tak perlukan pertalian darah pun.”
            Dan jawapan itu sangat tidak kena seiring dengan reaksi yang dipamerkan oleh tuan punya suara. Azhar Ahmad! Sepupu kepada Reza. Dan kenapa pula Zatilhusna harus berkenalan lagi dengan manusia yang menghadiahkan dirinya sakit kepala.
            “Azhar… sudah-sudahlah nak cuba pancing. Ikan ni tak makan pancing. Kalau nak, kena pakai jala… tapi, tu pun belum tentu mengena…” Alunan kata yang dihadiahkan oleh Reza.
            Azhar berkalih menghadap sepupunya. “Tak cukup besar ke umpan aku? Susah sangat ke ikan ni nak sangkut?” soalnya serius.
            Dan keseriusan itu hanya menambahkan rasa panas pada suasana. Zatilhusna terasa begitu berbahang badannya. Ikan? Dia dipanggil ikan? Sekali lagi… IKAN!!!
            “Apa yang I boleh buat untuk menang hati you, ikan…” selambanya soalan itu meluncur daripada bibir Azhar. Seketika sahaja dia kelihatan terpinga. “Eh, sorry. Zatilhusna…”
            Turun naik nafas Zatilhusna. “Sedap aje mulut you berdua mengikankan I!!!” jeritnya kuat. Bagaikan guruh yang berdentum pada ketika hari tenang. Hampir sahaja kedua lelaki di hadapannya itu tumbang ke belakang.

“TAK NAK!!!” ucapnya keras. “Zatil tak suka… mama cakaplah apa pun, Zatil tak suka jugak.” Sejak pulang dari rumah Amni, ayat itu sahaja meniti bibir Zatilhusna.
            “Kenapa?” suara mama cuba berlembut. Hendak mencuba nasib.
            “Mama tahu kan, Zatil dah janji dengan Zafar.” Ditimbulkan nama Ahmad Zafar pula dalam sesi ini meskipun Zatilhusna mengerti hatinya masih berbolak-balik. Lebih-lebih lagi dengan kehadiran insan bernama Jeslina bersama Zafar. Aduh, peningnya hidup!
            “Zafar kan dah ada isteri, kenapa Zatil nak ragut kebahagian isteri dia. Dah ada yang bujang nakkan Zatil ni, terima ajelah. Mama tengok pun, nampak elok. Fikirkan Zatil… mama tak nak nanti orang duk mengata Zatil… jadi isteri kedua, macam-macam dugaan.” Lembut sahaja suara mama menasihati. Dan Zatilhusna hanya mampu terkedu tanpa jawapan di situ.
            Kalaulah semudah itu untuk memberi keputusan. Dan kalaulah itu sahaja pilihan yang ada untuk dibuat.
            “Zatil fikirlah dulu… mama cuma nakkan yang terbaik untuk Zatil.”
            Zatilhusna memerhatikan sahaja langkah mamanya yang sudah menaiki tangga sebaik menuturkan ayat itu kepadanya. Sayu menyapa hati. Dia sebagai satu-satunya anak mama, tidak dapat membahagiakan hati wanita itu.
            Badan dibawa ke sofa L shape di hujung ruang tamu. Lalu direbahkan tubuh di situ. Matanya merenung jauh ke siling putih berhiaskan ukiran bunga pilihan mama. Memang cantik! Harus diakui, mama sentiasa hendakkan yang terbaik. Tapi adakah ini bermakna pilihan Zatilhusna tidak mungkin menjadi yang terbaik?
            Telefon bimbit berdering. Malas sahaja Zatilhusna mengaut dari sisi. Makin malas melihat hanya nombor tertera di skrin. Tetapi dijawab juga.
            Sebaik sahaja suara di sebelah sana kedengaran, laju sahaja Zatilhusna hendak marah. Siapa tidak akan marah, kalau yang kedengaran itu hanya suara Azhar yang pandai-pandai menghasut minda mamanya.
            “Nak apa?” kasar Zatilhusna menyoal. Tetapi balasan yang dia dapat, hanya sebuah melodi tawa riang. Bahagianya kau Azhar…
            “Jangan marah.”
            “Lagi…”
            “Itu aje yang I nak pesan… jangan marah. Benda yang elok, tak elok dimarah-marah…” lembut pula suara Azhar meniti pendengaran Zatilhusna.
            “Mana awak tahu saya marah?” Tidak mahu mengaku kalah, Zatilhusna menyoal.
            Sekali lagi kedengaran Azhar ketawa. Bahagianya… desis Zatilhusna.
            “Jadi, tak marah?”
            “Tak!”
            “Jadi, suka?”
            “Ha’ah.”
            “Suka???” suara Azhar yang menaik nadanya membuatkan Zatilhusna terpinga. Bibirnya digigit laju. Entah apa sahaja yang meniti bibirnya sebentar tadi.
            “Jangan nak perasanlah!!!” Serentak itu, talian dimatikan.
            Tetapi, Azhar bukan seorang lelaki yang mengerti dengan perkataan putus asa. Itulah penilaian Zatilhusna apabila sekali lagi telefonnya berdering. Tertera lagi nombor baru di skrin. Sungguh gigih makhluk bernama Azhar itu. Dengan semangat hendak menghamburkan kemarahan, Zatilhusna menekan butang untuk menjawab panggilan.
            “You don’t have to convince me, because the answer will be… no. It will be forever no!!!” tekannya geram.
            Sepi seketika. Hanya desah nafas yang meniti corong telefon.
            “Kalau itu jawapannya… Insya-Allah, saya redha. Maaf sebab dah menyusahkan awak Zatilhusna. Mungkin bukan jodoh kita… dan percayalah, saya sentiasa menghargai perkenalan kita. Tentang sayang saya, janganlah awak ragu… kerana itu adalah perasaan istimewa yang saya rasakan tentang awak.”
            Zatilhusna terkedu. Tidak sempat dia membalas apa-apa, talian sudah dimatikan.

KELAM-kabut jadinya langkah Zatilhusna gara-gara hendak mengejar seseorang itu. Seorang yang telah mendapat tempat di hatinya sejak bertahun lagi. Seorang yang telah setia menantinya selama ini. Seorang yang sentiasa memahami dirinya walaupun dia hampir menolak kehadiran lelaki itu di sisi.
            Sungguh, dia tidak sanggup untuk melepaskan lelaki itu. Biarlah siapa hendak kata apa pun. Biarlah jika mama hendak tampilkan seribu lagi Azhar pun. Biarlah kalau Doktor Fathi hendak mengaku sukakan dia pun. Yang dia tahu, hanya lelaki itu yang menghuni hati. Hanya dia yang aku cinta… ucapan yang bergema di ruang hati Zatilhusna.
            “Zafar!!!” jeritnya kuat.
            Malas pula dia hendak berlari lagi. Sementelah matanya sudah pun menangkap figura lelaki itu yang mula menarik bagasi. Ah, sungguhlah drama!
            “Zafar, baik awak datang sini kalau betul tak nak mati kena gilis dengan tayar kapal terbang.” Sekali lagi kuat suara Zatilhusna memenuhi ruang itu. Biarpun sudah ada mata-mata yang memandang dirinya dengan aneh, tapi dia malas hendak ambil hairan dengan perkara itu. Apa yang lebih penting sekarang ini adalah pandangan terkejut Zafar.
Lelaki itu kelihatan terpinga-pinga apabila seluruh pandangan Zatilhusna menghala ke arahnya.
“Baik awak ikut saya balik, kalau tak nak menyesal!” Sekali lagi, hanya ugutan yang meniti bibir gadis itu.
Perlahan-lahan kaki Zafar melangkah dan kiri berdirinya tegak di hadapan Zatilhusna. Merah benar wajah gadis itu. Dan itu adalah tanda Zatilhusna marah. Dan itu juga adalah persamaan mereka. Mengenangkan itu, bibir Zafar tersenyum.
“Awak berani nak tinggalkan saya?” marah Zatilhusna.
“Saya rasa, saya tak silap dengar bila awak cakap, no!
Stupid guy!!!” gumam Zatilhusna perlahan. “Lain kali jangan main letak telefon macam tu aje. Dan kalau bercerita tu, biar jujur dengan saya. Pandai ya awak mereka cerita. Pandai sangatlah tu nak kenakan saya? Dan awak berjaya kenakan saya sampai mama saya berusaha carikan calon suami lain. Awak suka macam tu? Nasib saya tak setuju aje dengan mama saya… memang itu agaknya impian awak!!!” Tidak mahu memberi peluang, Zatilhusna menyerang Zafar bertubi-tubi.
“Awak jangan nak pandai-pandai balik sana selagi awak tak akad nikah dengan saya!” sambung Zatilhusna lagi.
Zafar terpinga sebelum menyoal. “Jadi awak setuju nak kahwin dengan saya?”
“Awak tak dengar ke saya cakap apa tadi?” Zatilhusna mengetap bibir dengan rasa geram. Peluh yang mulai kelihatan di dahi, dikesat kasar. Mengahnya mulai terasa apabila sedari tadi dia terpekik macam monyet kehilangan mak. Bencinya bila dia menjadi tontonan umum di kawasan lapangan terbang ini. Benci! Tapi kerana lelaki ini…
“Baik awak masuk meminang saya dengan segera!”
Usai memberi arahan itu, dia berpaling dan melangkah. Penat!
Tak pernah dia sangka, dia… Doktor Zatilhusna, akan terpekik macam orang pendek akal dekat kawasan umum macam ini. Memang memalukan! Tapi, hanya untuk sekali seumur hidup… mungkin, tidak mengapa. Lagipun, siapa yang kenal dia dekat sini?
“Zatilhusna… are you okay?” Muncul satu pertanyaan yang menyapa.
Terus berubah hijau wajah Zatilhusna. Nampaknya, dia masih dikenali walaupun kawasan ini begitu luas dibanjiri oleh ribuan manusia.
“Zatil…” Masih terdengar suara itu.
“I okey. Boleh tak you buat macam tak nampak aje apa yang terjadi tadi.” Ucap Zatilhusna tanpa berpaling. Kerana suara itu sahaja, dia sudah tahu siapa. Seakan terasa, ada senyuman di bibir itu.
“Tapi I tak boleh ignore apa yang I dengar kan?” soal Azhar.
Yes… pastinya. Sebab itu adalah jawapan…” balas Zatilhusna dengan perasaan yang begitu lega. Wajah Zafar menjadi sasaran telunjuknya dari jarak beberapa langkah itu. Walaupun lelaki itu langsung tidak tersenyum pada ketika itu, tetapi Zatilhusna tidak kisah. Cukuplah jika dia masih dapat menatap wajah itu. Cukup!

JESLINA tersenyum kecil. Melihat Zafar yang terkedu di hadapannya hanya melahirkan rasa lucu. Bertambah lucu apabila mata itu seakan hendak terbuntang melihat kelibat Zatilhusna yang keluar daripada dapur rumah itu.
            “It’s makan time!” ujar Zatilhusna. Mujur tidak terhambur tawanya dengan kekagetan yang dipamerkan oleh Zafar.
            “What are you doing here? How did she get here? You better give a good answer for this Jeslina!” Seketika sahaja, wajah Zafar sudah berubah. Moodnya juga berubah rentak. Marah menyelubungi diri. Matanya tajam menikam Jeslina yang tersenyum lebar.
            Mati terus senyuman Jeslina. Difikirkan Zafar suka, tetapi takkan sebaliknya. Dan bertambah luas bukaan matanya apabila arahan tidak masuk akal meniti bibir Zafar.
            “Zatilhusna, you better go back now!
            “What???” Zatilhusna terkejut. Kenapa dengan Zafar ini? “Kenapa? Tak suka saya datang sini?” soalnya terluka. Gelengan Zafar singgah di ruang matanya, namun reaksi wajah itu sungguh berlainan daripada apa yang dizahirkan.
            Perlahan-lahan, kaki Zatilhusna mengundur. Terasa begitu kerdil dirinya. Harus diakui, kesilapan diri yang begitu ghairah menerima pelawaan Jeslina. Dengan siapa lagi yang dia boleh beramah mesra, kalau bukan keluarga Zafar sendiri?
            “Saya balik…” Dan langkah diheret ke pintu utama.
            “Dan ini yang you nak ke, Zafar???” suara Jeslina pula menaik.
            “I cuma nak my wife dalam rumah ni.”
            Kuat sekali balasan itu berlayar buat pendengaran Zatilhusna. Terkesan dengan kata-kata itu, menitis terus air matanya. Terpaku seketika langkah dek diganggu emosi.
           
BAGAIKAN mayat hidup, langkahnya diatur tanpa sebarang rasa. Sedih dengan kejadian minggu lepas cuba dikikis perlahan-lahan. Zafar tidak pula datang untuk masuk meminang walaupun dia sudah menyatakan dengan terang.
            Entah apa nasibnya ini. Entah mana silapnya kali ini. Bukan dia sengaja hendak ke rumah Zafar. Kakinya terheret ke situ pun hanya kerana ajakan Jeslina. Dan Zafar, begitu tega menyuruhnya pulang! Sungguh kejam lelaki itu…
            “Hai…”
            Terpaku langkah Zatilhusna dengan sapaan yang tiba-tiba itu. Jeslina tersenyum riang di hadapannya. Bingung seketika Zatilhusna menganalisa senyuman itu. Dia perasan Jeslina kelihatan terlalu gembira. Dan begitu juga riak wajah itu apabila bertemu dengannya dua minggu lalu dan berusaha menyuruhnya memujuk Zafar agar tidak pulang meninggalkan Malaysia.
            “Apa sedih-sedih ni? Bakal pengantin kena berseri…” usik Jeslina selamba.
            Zatilhusna bertambah bingung.
            “Zafar macam tak suka… awak nak suruh saya bergembira?”
            “You… apalah! Kan Zafar dah cakap, dia cuma nak wife dia dalam rumah tu. You tak faham ke?” Membulat biji mata Jeslina menjelaskan keadaan itu. Namun, dahi Zatilhusna hanya makin berkerut.
            “Awaklah wife dia… apa yang awak duk merepek ni!” Tidak semena-mena, Zatilhusna hendak marah. Tidak faham dengan permainan yang dilihat semakin rumit.
            “Zatilhusna… you ni amnesia ke? Kan I dah cerita dengan you…” Makin membulat mata Jeslina.
            Zatilhusna melopong. Telapak tangannya sudah singgah di dahi. Sudah amnesiakah dia? Bagaimana mungkin dia melupakan begitu sahaja kisah yang dibawakan oleh Jeslina? Sebenarnya itu semua adalah rancangan Zafar untuk kenakan dirinya dan seperti apa yang dikatakan oleh Jeslina, mana mungkin Zafar kahwin dengan orang lain! Bodohnya dia….
            “Zafar?” soalnya laju. Risau pula kalau lelaki itu benar-benar pulang kali ini. Mahunya dia pula kena ke Glasglow untuk memujuk Zafar.
            Jeslina tersenyum. “Dia tengah buat, apa yang dia patut buat.”
            “Awak?”
            Jeslina tersenyum lagi. “Dan I pun tengah buat, apa yang I patut buat dari dulu…” mata itu terus berpaling ke arah kanan yang turut diikuti oleh pandangan Zatilhusna. Ternoktah mata keduanya pada wajah segak Doktor Fathi yang mula menukar haluannya.
            “Mungkin I kena berusaha lebih kuat lagi. Dia langsung tak nak pandang I…” nada Jeslina berubah rentaknya.
            “Dah jumpa anak-anak awak?”
            Sebaris soalan itu makin menambahkan mendung di wajah Jeslina. Kepalanya tergeleng laju. “Mak Fathi tak bagi I tengok. Mungkin I patut terima ni, dosa sebab dah tinggalkan dia tanpa sebarang sebab… I bodoh, Zatil. I tinggalkan dia padahal I sayangkan dia… I just don’t have the chance to explain because…” terhenti bait kata Jeslina. Tidak tahu hendak memberikan alasan apa lagi. Alasan apa pun, tetap salah itu berada di pihaknya. Benang yang basah, mustahil dapat ditegakkan. “I love him, forever…” akuinya jujur.
            “And still you choose to leave me… adakah itu maksud frasa cinta you, Jeslina Martell Abdullah?”
            Dan keadaan menjadi kaku. Kelam dan beku.

MALAM yang nyaman ditemani hembusan sang angin, begitu nyaman sekali. Berkuntum senyuman di bibir apabila matanya singgah pada sebentuk cincin yang tersarung di jari manisnya Ya, Zafar dah lakukan apa yang patut dibuat. Dan ia berlaku dengan restu mamanya setelah mereka duduk berbincang dengan seriusnya.
            Sempat juga Zafar kena marah dengan bakal mak mentua, “Jangan duk buat main-main dengan anak mama lagi! Silap-silap, mama bagi kahwin dengan orang lain…” ugutan itu hanya membangkitkan tawa di bibir Zatilhusna. Mama memang sempoi.
            Bunyi beep telefon bimbit makin melebarkan senyuman. Tahulah dia, siapa pengirim mesej itu.
            Thanks
            “Sama-sama…” bibir Zatilhusna menuturkan kata seiring dengan jemari yang membalas pesanan ringkas itu.
            After our nikah, kena tolong Jes pulak. Saya sedih tengok dia asyik menangis thinking about her fate. But, one good news, dia dapat jumpa Jehan tadi, and he recognize Jes. He hugged her…
            Zatilhusna tersenyum kecil. Dapat membayangkan wajah Jeslina yang tersenyum ceria. Pasti bertambah seri di wajah itu kerana dapat bertemu dengan Jehan. Putera sulung yang dilahirkan oleh wanita itu. Benar, kini baru Zatilhusna perasan… Jehan mewarisi sepasang mata seperti ibunya. Manakala Fasha lebih kepada iras Doktor Fathi.
            Teringatkan perbualan antara dirinya dengan Jeslina, Zatilhusna menjadi simpati. Tidak tahu hendak dikatakan apa, tetapi hanya satu yang dia jelas. Jeslina tidak pernah mengharapkan adanya perpisahan dengan Fathi. Apa yang terjadi, adalah satu percaturan yang tidak dapat dielak. Jeslina terpaksa menurut kata…
            “Apa yang I boleh buat Zatil? I diugut… nyawa Fathi jadi taruhan. I tak boleh terus dengan dia…” Tangisan Jeslina menampar cuping telinga. Perbualan yang masih segar dalam minda Zatilhusna.
            “Siapa yang ugut awak?”
            “My ex-boyfriend. Dia berdendam dengan I sejak I kahwin dengan Fathi. Dan bila I datang Malaysia, I ingatkan dia dah takkan cari I lagi. I silap… I silap buat penilaian. Lelaki tu bukan orang sembarangan… dia terlalu berpengaruh sehingga dapat menghancurkan kebahagiaan I. I lost my family, my love...
            Tidak mampu berkata apa-apa, Zatilhusna hanya dapat menjadi pendengar kisah yang dituturkan oleh Jeslina. Hendak dikatakan sebagai suatu kisah rekaan, mustahil. Ketelusan jelas tergambar di kaca mata gadis berambut perang itu. Dan ada suatu rasa terdetik dalam sanubari Zatilhusna.
            “Mungkin… ini dugaan untuk awak.”
            “Dugaan?”
            “Dugaan kerana tidak mengutamakan agama.”
            Wajah Jeslina terpana. Berubah merah ronanya. Tertunduk seketika menghadap lantai. “I tahu, niat I salah. I masuk Islam… hanya kerana inginkan Fathi. I belajar agama, sekadar ingin kagumkan dia. Betul kata you, I tak mengutamakan agama… walaupun I dah dipilih untuk mendalami agama yang suci ni… dan sekarang ni pun, I cuba belajar. Zafar banyak tolong I. Dia lebih arif daripada I yang lebih awal mengucap kalimah syahadah.”
            “Kali ni, cuba lakukan perubahan hanya kerana Allah. Insya-Allah, jangan risaukan tentang perkara lain.. Allah pasti akan menolong hamba-Nya yang berusaha untuk agama-Nya.” Jemari Jeslina dipaut erat.
            “Awak dah ada dekat sini. Cerita dulu tu, tak usah diungkit lagi… mulakan langkah baru dengan azam baru. Kuatkan keyakinan bahawa Allah sentiasa bersama kita… dia akan permudahkan segala urusan. Awak kena yakin…”
            Mengenangkan ungkapan itu, Zatilhusna tersenyum. Hanya bersandarkan keyakinan kepada Allah, perjalanan hidup ini akan lebih mudah untuk ditempuh. Setiap apa yang telah berlaku, lihat dengan kaca mata Islam. Mungkin dugaan itu untuk menjadikan kita lebih baik daripada sebelumnya. Usah diraung dan diratapi kejadian kelmarin kerana tiada gunanya juga andai kita masih tidak mampu mengenalpasti kelemahan dan kekurangan dalam diri.
            Serentak itu, kedengaran bunyi menandakan ada lagi mesej yang masuk. Mata Zatilhusna jatuh ke skrin. Sekali lagi, senyumannya terus meleret. Menemani tidur malam ini yang pasti bahagianya dengan izin Allah.
            Langkah ini moga dengan berkat-Nya. Perjalanan yang akan dilalui, moga dimudahkan dengan izin-Nya. Cinta ini, moga hanya kerana kasih kepada-Nya. Sama-sama kita kejar cinta Dia yang Maha Agung. Insya-Allah :)

“KENAPA baru hari ni you nak ucapkan semua alasan you? Do you think I care?” Kasar kata-kata itu. Langkah Zatilhusna yang tadinya laju, terus terpaku. Matanya cepat sekali menangkap bayangan Jeslina yang sudah tertunduk menekur jalan tar di kawasan letak kereta ini.
            Fathi nampak begitu marah. Zatilhusna mengeluh kecil. Fathi yang sering dikenali dengan sandaran doktor terbaik, kini tidaklah begitu ‘terbaik’ dalam mengendalikan soal hidup. Setiap yang diberi kelebihan, pasti ada kelemahannya. Kerana itu, Allah ciptakan manusia untuk melengkapi antara satu sama lain. Tidak kira sebagai pasangan, sebagai sahabat, sebagai teman… semuanya saling melengkapi.
            “Fathi… I tak pernah berniat untuk tinggalkan you dan anak-anak. You tak percayakan hal tu, I tak kisah… I cuma nak you izinkan I jumpa dengan anak-anak… I rindu,” sayu permintaan Jeslina.
            “Sekarang baru rasa rindu? Apa gunanya? Anak-anak pun bukan ingat dengan you!”
            “Jehan ingat I, Fathi. You jangan buat I macam ni… I tahu salah I, untuk tu… I minta maaf. I minta maaf banyak-banyak… tapi, tolong… I nak tengok anak I. I takkan minta lebih, cukup kalau sejam untuk sehari. I won’t ask for more… trust me. I just want to spend some time with them before… I leave…” sekali lagi Jeslina mencuba. Harapannya besar. Semoga Fathi mengizinkan. Dia tidak mahu lelaki itu marah lagi kepadanya.
            “If you want to leave, you can leave! I just don’t care… and please, jangan ganggu ketenteraman hidup I lagi!”
            Langkah Fathi sudah meninggalkan Jeslina sendirian. Sedikit pun tidak ada ruang untuk Fathi berpaling ke belakang. Seakan sudah keras hatinya. Zatilhusna menggeleng kecil sebelum berpaling semula ke arah Jeslina.
            “Ya Allah!” jeritan kecil Zatilhusna meletus.

PINTU bilik yang menempatkan Jeslina ditutup rapat. Kesan ubat yang masih bersisa memberikan ruang untuk Jeslina terus berehat. Biarlah begitu daripada terus sakit kepalanya dengan layanan Fathi yang seakan berubah menjadi manusia yang tiada perasaan.
            Senyuman terus terukir di bibir Zatilhusna apabila wajah Zafar muncul di hadapannya.
            “How is she?” soal Zafar.
            “Okey… tapi kena berehatlah. Awak tahu pasal ni?” Botol yang mengandungi ubat dilayarkan di depan mata Zafar. Dan anggukan lelaki itu melahirkan keluhan di bibir Zatilhusna.
            “Dan awak tak pantau pun… dia dah tak makan ubat ni berapa hari. That will effect her health condition…” tegur Zatilhusna serius. Sebagai seorang pesakit, Jeslina tidak patut memandang remeh dengan preskripsi ubat yang telah diberikan. Dan Zafar juga, harus lebih bertanggungjawab.
            “That’s why I’m asking you, how is she? Boleh ke dia bertahan?” Zafar menyoal dengan rasa risau yang tidak berhenti menerpa diri.
            “Jangan risau… insya-Allah, doakan dia bertahan.”
            “Saya nak tengok Jes.”
            “Dia baru tidur. Apa kata… awak teman saya makan, saya lapar…” pinta Zatilhusna sengaja.
            “Tak makan lagi?”
            Zatilhusna menggeleng.
            “Dari dulu sampai sekarang, tak pernah nak jaga masa makan… dah jom!” Sambil membebel juga, Zafar melangkah bersama Zatilhusna. Sehingga ke hujung jalan, sempat Zatilhusna berpaling untuk melihat sesuatu. Dan sesuatu itu terjadi juga biarpun dia tidak meletakkan harapan yang terlalu tinggi. Fathi melangkah masuk ke dalam bilik Jeslina. Memang itu pun harapan Zatilhusna. Biar lembut sedikit jiwa Fathi yang sememangnya sentiasa terkenal dengan kelembutan semasa menjalankan tugas seorang doktor itu.
            “I saw that Zatilhusna…
            Zatilhusna tersentak. Spontan bibirnya diketap. Wajah Zafar seakan serius di hadapannya. Tetapi, sekejap sahaja.
“Tapi saya tak marah… love. They need some space, so do us.” Dan mata itu dikenyitkan nakal buat tatapan Zatilhusna yang sudah melopong di tempat berhentinya.

SELENDANG yang dililit atas kepala dibetulkan buat beberapa ketika. Kekoknya terasa, tetapi ditelan juga segala hasutan dalam minda kerana ini yang dipilihnya. Matanya terus berlayar pada tetamu yang tidak putus-putus hadir sejak tengah hari lagi. Majlis perkahwinan Zafar dan Zatilhusna berlangsung dengan meriah sekali. Rasa syukur itu dipanjatkan kepada Ilahi. Dia sangat gembira kerana masih diberikan peluang melihat Zafar bahagia.
            “Mama…”
            Jeslina berpaling dan tersenyum. Jehan sudah merapat ke sisinya.
            “Mama dah makan? Nak Jehan ambilkan?” Prihatin soalan yang meniti bibir kecil itu. Jeslina tersenyum terus dan menggeleng.
            “Mama tak lapar… Jehan dah makan?”
            Jehan menggeleng.
            “Kenapa? Jom makan ya… mama suapkan.”
            Tetapi Jehan menggeleng juga.
            “Kenapa?” raut wajah Jeslina berubah mendung.
            “Papa cakap, mama kena makan… kalau tak makan macam mana nak sihat. Mama nak tinggalkan Jehan lagi ya?”
            Hampir sahaja menitis air mata Jeslina dengan pertanyaan itu. Langsung, Jehan ditarik ke dalam pelukannya. “Mama takkan tinggalkan Jehan dan adik… kalau mama pergi pun, sebab Allah yang panggil.” Perlahan kata-kata di hujung ayat. Air matanya jatuh juga menitis.
            “Menangis takkan sembuhkan apa-apa…” Keras ucapan yang menampar cuping telinga. Fathi berdiri di hadapannya dengan sepinggan nasi berserta air. “Makan dulu, lepas ni kena makan ubat pulak. Jangan nak mengelak lagi, sebab… sekarang ni, you are my patient.
            Arahan Fathi itu disambut dengan senyuman hambar. Hanya kerana dirinya seorang pesakit, maka kini Fathi berubah wajah. Mungkin itu lebih baik daripada langsung tidak mendapat ruang dalam hidup mereka. Jika tidak, mana mungkin dia berpeluang duduk rapat begini dengan Jehan. Cuma Fasha sahaja yang tidak mahu hampir dengannya. Salah diri sendiri yang menyebabkan anak kandung pun tidak mengenalinya.
            “Mama makan ya, Jehan suapkan…” Laju Jehan menyambut pinggan berisi nasi daripada papanya. Tangan kecil itu sudah mula menggaulkan nasi dan disuakan ke mulut yang kelihatan pucat itu. Melihat mulut itu menelan nasi yang disuap, Jehan tersenyum lebar.
            “Mama sayang Jehan…” ucap Jeslina perlahan.
            “Jehan pun sayang mamalah… sekarang mama makan ya.” Persis seorang dewasa, Jehan terus menyuap mamanya.
            “Habis, mama tak sayang papalah?”
            Terpaku Jeslina melihat Fathi yang sudah bercekak pinggang di hadapannya.
            “Alah… papa ni, buat-buat tanya pulak… mestilah mama sayangkan papa. Kan mama?” Dan jawapan comel itu penyelamat keadaan yang menjadi kekok seketika buat Jeslina. Bibirnya terus tersenyum dan menghadiahkan kucupan di dahi Jehan. Bijak macam papa!

“SAYA seronok tengok dia happy.” Jemari Zatilhusna digenggam erat oleh Zafar. Sejak dari tadi dia memerhatikan Jeslina yang begitu sibuk berbual dengan Jehan seolah dunia ini hanya milik mereka berdua.
            “Tapi… kesian pulak tengok Doktor Fathi…” sahut Zatilhusna.
            “Jes tu… bukan apa, dia rasa macam dia tak layak. Tambah lepas semua benda yang dia dah buat pada Fathi. Biarlah… masa sebelum ni, dia ikut saya datang sini pun sebab anak-anak. Dia nak spendtime yang dia ada dengan mereka.”
            “Dia masih boleh dirawat… pesakit Leukimia macam Jes, bukannya semua pendek hayat. Cuma satulah, kena berdisiplin ambil rawatan… awaklah kena jaga dia!” Bahu Zafar ditepuk memberi peringatan.
            “I will, love.” Dengan senyuman nakal jawapan diberikan. “Dan sekarang ni, bukan tanggungjawab awak ke untuk jaga saya?” Zafar menyoal dengan kenyitan di mata.
            “Siapa yang nak jaga awak? Jaga diri sendirilah!” Berani sahaja jawapan yang diberikan oleh Zatilhusna.
            “Sure?” bisikan yang kedengaran betul-betul di telinga. “Kalau tak nak jaga abang, tahulah nanti abang nak buat apa dengan sayang.”
            Bisikan itu halus sekali. Hampir sahaja meremangkan bulu roma Zatilhusna. Tetapi, lebih daripada itu, terasa ada sesuatu yang menggelikan hati. “Abang???” Zatilhusna ketawa.
            “Macam comel sangat, awak sebut… abang.” Ulangnya lagi. Ketawanya makin menjadi-jadi.
            “Why?
            “Macam mana entah… abang?” Zatilhusna ketawa lagi dengan jawapannya. Tidak sanggup hendak dikatakan Zafar kelihatan begitu melucukan apabila membahasakan diri sebagai abang. Mujur sahaja tiada slanga dalam sebutan itu. Kalau tidak, mahu tiap-tiap hari Zatilhusna ketawa tidak berhenti.
            “Zatil! Tak baik gelakkan suami…” Zafar mengetap bibir geram. Wajahnya mulai merah. Menahan malu dan marah.
            “Ya abang…” dan Zatilhusna, masih mahu mengusiknya.
            “Sayang… jangan usik lebih-lebih. Sekarang ramai, nanti berdua…” Usikan balas daripada Zafar yang terus menzipkan mulut Zatilhusna.
            Seketika sahaja, bibir Zatilhusna mencebik.
            “Saya tak takutlah…” balas Zatilhusna berani.
            Kening Zafar terangkat. “Iya?” Dan lelaki itu ketawa.
            “Iyalah… you are the men I’m in love with… why should I scare?
            Serentak itu dahi Zatilhusna dikucup. Sama seperti yang dilakukan ketika upacara akad nikah. Spontan juga Zatilhusna memejamkan matanya. Syahdu itu masih terasa. Dia yang aku cinta… bisik hatinya. Moga Allah memudahkan perjalanan hidup mereka yang seterusnya.
“Dan pengantin kita masih duk feeling berdua… sudah-sudah la. Mari bersalam dengan tetamu dulu. Nanti boleh sambung kisah kasih sayang kamu tu.”

Usikan yang entah daripada siapa, yang meronakan wajah kedua mempelai itu. Tersentak seketika sebelum Zatilhusna perlahan-lahan mengundur ke belakang dek kerana rasa malu yang menyinggah. Zafar pula… tersengih sahaja.

___________________
Cerita biasa-biasa. Ada masa, rasa nak buat sequel untuk Jes n Fathi pulak :)
Oh ya, kalau perasan la, ni sequel ke-3 lepas cerpen Hati Ini, Kerana Cinta dan sekarang Dia Yang Aku Cinta. Next? Apa tajuknya... heh. Enjoy, dan Salam Maulidur Rasul. 

Comments

  1. kiranya jes tu kakak zafar la. boleh buat main pulak ye hal madu2 ni. sentap! haha kesian jes. yg fathi tu suka cakap je la.haha papepon best sangat :)

    ReplyDelete
  2. Patot rasa mcm kenal je nama watak zatil ngn amni tu. WC memang ingt yg zafar ni da kawen ngn jes rupenye saja gurau2. naseb baek zatil xstuju ngn pilihan mama dia tu. kalau xmemang kecewa la zafar. Lagi yang buat WC teruja, jes ni ex wife Dr. Fathi rupenya. Kisah derang pon sedih gak. xsabar nk tnggu Umi sambung kisah derang...

    ReplyDelete
  3. bagus jugak buat cerita pasal jes n fathi tu..lagi best kalau umi buat novel :)

    ReplyDelete
  4. rupenya kisah...jes ni ex fathi..buat jiwa kacau jap klu x baca betul..hehe

    ReplyDelete
  5. mula2 bace mcm geram..da bercinta dgn zatilhusna,,tp kawen dgn org lain..tp rupanya akak dia..sronok bace cerita mcm ni..good job sis..

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  7. nice story..

    silahkan kunjungi web kami yang ingin punya penghasilan tambahan by kerja part time
    klik disini

    ReplyDelete
  8. Moga dkembgkan lagi jalan cerita. Excited nak bc

    ReplyDelete
  9. boring.. ssh nk di fhmi... ubah cra pnulisan pliss

    ReplyDelete
  10. kran cerpenua gan..
    makasih banyak buat informasinya gan..

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum kak umi ... sequel untk fathi dan jeslina dah ade ke ... ape tajuk die ... nak bace laa .. nak sangat tahu kisah diorang pulak. .. huhuuuu

    ReplyDelete
  12. Nak sambungan. Best bah. Baca sebelum tidur. Nanti mimpi indah. Hahahak

    ReplyDelete
  13. Susah untuk difahami jalan cerita.
    Sakit kepala baca.
    Improve lagi gaya penulisan ya. :)

    ReplyDelete
  14. citer best..........p bebelit lahhhh improvekn lg gaya penulisannn yeee😊😊

    ReplyDelete
  15. suka bila zafar kata hanya isteri dia je yang ada dalam rumah tu. sekarang dah jadi cam trend kalau bakal berkahwin dah datang-datang rumah padahal belum sah...kipidap!!huhuhu...

    ReplyDelete
  16. Nak cerpen pasal jes dgn dr fathi plak huhuhu. Cerita ni best but wht happend to azhar?

    ReplyDelete
  17. Bagi anda yang gemar bermain poker
    SINIDOMINO Menawarkan Berbagai Jenis Permainan Menarik.
    1 ID untuk 7 Permainan
    Agen Judi Poker , Domino , Capsa , Adu Q dan bandar q bandar poker, Sakong
    Dapatkan Berbagai Bonus Menarik..!!
    - Bonus Cashback 0.5%. Dibagikan Setiap hari SENIN
    - Bonus referral 20% SELAMANYA
    - Minimal Deposit dan Withdraw hanya 20rb Proses Aman & cepat
    - 100% murni Player VS Player (NO ROBOT)
    Untuk pendaftaran silahkan klik link yang ada dibawah ini
    http://www.sinidomino.com
    Untuk info lebih lanjut Silahkan hubungi CS SINIDOMINO
    BBM : D61E3506
    LINE : +6285598249684
    WHATSAPP : +6285598249684
    LiveChat : goo.gl/hz1e3C
    Skype : SiniDomino
    24 Jam Online
    Terima Kasih.
    dewa poker

    ReplyDelete
  18. http://sisisusu260.blogspot.com/2017/10/ibu-kosku-wowwww.html
    http://sisisusu260.blogspot.com/2017/10/aborsi.html
    http://sisisusu260.blogspot.com/2017/10/kehidupan-anak-gamers.html
    http://sisisusu260.blogspot.com/2017/10/sahabat-sma.html
    http://sisisusu260.blogspot.com/2017/10/jatah-nikmat-driver.html

    Let's Join With Us At
    - BBM : D8809B07 / 2B8EC0D2
    - WHATSAPP : +62813-2938-6562
    - LINE : VIPDOMINO99
    - No Hp : +855-8173-4523

    ReplyDelete
  19. http://taipanqqculinary.blogspot.co.id/2018/04/3-tempat-di-bandung-yang-pas-buat.html

    QQTAIPAN .ORG | QQTAIPAN .NET | TAIPANQQ .VEGAS |
    -KARTU BOLEH BANDING, SERVICE JANGAN TANDING !-
    Jangan Menunda Kemenangan Bermain Anda ! Segera Daftarkan User ID nya & Mainkan Kartu Bagusnya.
    Dengan minimal Deposit hanya Rp 20.000,-
    1 user ID sudah bisa bermain 8 Permainan.
    • BandarQ
    • AduQ
    • Capsa
    • Domino99
    • Poker
    • Bandarpoker.
    • Sakong
    • Bandar66
    Kami juga akan memudahkan anda untuk pembuatan ID dengan registrasi secara gratis.
    Untuk proses DEPO & WITHDRAW langsung ditangani oleh
    customer service kami yang profesional dan ramah.
    NO SYSTEM ROBOT!!! 100 % PLAYER Vs PLAYER
    Anda Juga Dapat Memainkannya Via Android / IPhone / IPad
    Untuk info lebih jelas silahkan hubungi CS kami-Online 24jam !!
    • WA: +62 813 8217 0873
    • BB : D60E4A61
    • BB : 2B3D83BE
    Come & Join Us!

    ReplyDelete
  20. Ehy ghaseis.happy new years.2019.nober telephon.(0102689784)

    ReplyDelete

  21. Yuk segera join di KHARISMAPOKER situs poker terpercaya, teraman dan tercepat. Pelayan terbaik dan tercepat oleh CS yang berpengalaman dan ONLINE 24 jam.

    PROMO TERBARU KHARISMA POKER:

    * Bonus Referral 20% Seumur Hidup
    * Bonus Turnover 0,5% Setiap Harinya

    KEUNGGULAN KHARISMA POKER:

    * SEMUA BANK KAMI ONLINE 24 JAM !!
    * NO ROBOT & ADMIN
    * 100% Fair Play Member Vs Member
    * Proses Withdraw & Deposit Tercepat
    * Customer Service yang baik, ramah dan cantik.

    MELAYANI TRANSAKSI VIA BANK :

    * BCA
    * BNI
    * BRI
    * MANDIRI
    * DANAMON

    Dengan syarat minimal deposit hanya Rp 20.000 !!

    PENDAFTARAN GRATIS HANYA DENGAN MENGISI DATA DI : http://www.kharismapoker.com/Register

    SITUS POKER ONLINE TERPERCAYA

    LIVE CHAT ; DISINI
    Telp :+85587983703
    BBM ; khpk02
    WA : +85587983703
    LINE ; khpk02

    Link Alternatif Kharismapoker :
    http://wwwkharismacash.com

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Cerpen: Lain di Mulut, Lain di Hati

JAMBANGAN bunga ros yang berada di atas mejanya itu dicapai. Tanpa melihat nama pengirim pun dia sudah boleh meneka, siapa pengirimnya. Terus dengusan tidak senang dilepaskan. Tanpa menunggu sesaat, jambangan bunga itu sudah terhumban ke dalam tong sampah di sudut bilik.             Huh! Apa dia fikir aku ni perempuan, nak cair kalau disogokkan dengan bunga. Kalau aku cakap benci, memang akan benci selamanya! rungutnya.             Serentak itu, pintu biliknya diketuk. Terjengul wajah Selina, setiausahanya.             “Encik Irfan, Puan Eryna nak jumpa.”             Sekali lagi dia melepaskan dengusan kasar. Tidak cukup dengan bunga yang merimaskan, sekarang, tuan punya badan pula muncul di depan mata. Ah, benci!             “Suruh dia balik! Saya tak nak jumpa dia.” Kuat dan lantang sekali suara Irfan sehingga begitu jelas buat pendengaran Eryna yang sedang duduk menunggu di luar bilik. Eryna tersentak. Riak wajahnya terus beruba

Cerpen: Hati ini [End]

BUNYI suara yang bertingkah dari ruang tamu mengkakukan langkah Ana di anak tangga terakhir. Dia yang turun ke bawah dengan niat untuk membasahkan tekak terkaku seketika. Tidak mahu menonjolkan diri di hadapan tetamu mama dan papa, tanpa berfikir panjang dia sudah memalingkan badan hendak bergerak ke atas semula. Namun sekali lagi, dirinya terus kaku di situ. Suara yang melaungkan namanya membuatkan badannya menjadi gementar secara tiba-tiba.             “Ana…” namanya dipanggil sekali lagi. Dia kenal suara itu. Terlalu kenal. Tetapi dia tidak mahu memalingkan wajahnya. Atas sebab apa, dia tidak pasti. Ikutkan sahaja kata hati.             Sentuhan di bahu membuatkan Ana tersentak. Pantas dia berpaling dengan wajah yang sudah berubah riak. Dia tidak suka dengan sentuhan itu. Sentuhan yang tidak menghormati dirinya sebagai seorang wanita muslim. Seketika mata mereka bertemu. Ana terkedu. Seakan tersedar dari mimpi… senyuman yang menghiasi