Skip to main content

Kampung Girl: Carta Bestseller

Alhamdulillah, syukur pada Dia. Atas semua sokongan yang diberikan oleh para pembaca... dan dengan rezeki daripada-Nya, novel Kampung Girl menduduki No. 1 carta bestseller Popular dan No. 4 carta bestseller MPH bagi minggu ini.

Dengan respon yang diterima setakat ini, Alhamdulillah, boleh membuatkan saya tersenyum gembira. Saya akui, novel ini mungkin banyak kelemahannya. Sekadar novel yang santai dan tidak sarat dengan konflik yang kadangkala mampu membuatkan pembaca teruja. Namun mungkin kerana santai itu juga yang mampu memikat hati pembaca.

Sebagai penulis baru yang hendak mengorak langkah dalam bidang ini, saya begitu mengharapkan komen daripada para pembaca. Tidak kira, pujian atau kritikan, insyaAllah, saya mampu terima dengan hati yang terbuka. Kerana saya tahu, bukan semua mempunyai citarasa yang sama. Bukan semua dapat menerima cerita kahwin paksa yang dah jadi macam fenomena penulisan zaman kini. Namun, ini adalah hasil  nukilan pertama, yang tidak seberapa daripada saya. Insya-Allah, jika panjang usia dan dengan ilham yang ada, saya akan cuba pelbagaikan corak penulisan dengan mencoretkan kisah berlainan genre pula.

Akhir kalam, saya ingin mengucapkan terima kasih pada semua pembaca yang begitu setia menyokong hasil penulisan Karya Umi yang tidak seberapa ini.

Salam sayang kepada anda semua,
Umi Kalsom. =)

Comments

  1. saya dah beli n baca, besh. x rugi. kagum btul dgn ain, dia giler nekad nk buat abg ash jtuh chenta dkt dia, part pling sedih msa ash xguna tu halau ain blik malam2 buta coz psal xnak kongsi blik jer pung, sampai nagis2 ain, kejam btul.. menci taw. apa2 pun tahniah yer...

    ReplyDelete
  2. sokong2..memang best sangat2 KG ni~~~ semoga karya2 selepas ini pon mantap! :D

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum......betul kata umi ..bukan semua dpt trm kn novel kisah kawen paksa @ jodoh ditentukn keluarga. x dinafikn kebykkn jln cite same walau penulis lain2...apa yg membezakn adalah cara penulisan pengarapan ,,bhs yg digunakn...itu yg memberi kelainan bg satu2 novel....cara penyampaian umi mmg lain n menghibur dgn gaya bhs yg digunakn..buat pembaca x jemu n ternanti2 part seterusnya....walau saya hanya membaca diblog je tp saya tahu KG ni mmg best...andai sy kt msia mmg dah lama beli tp ni terpaksa tunggu le.n sabar novel tu sampai.....hari tu x sempat nk order melalui umi trs....moga umi akan trs berkarya n selamat maju jya...tahniah sekali lg....Insya Allah will support.....

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum umi..
    akak dah terima KG smlm...

    ReplyDelete
  5. congrats! hehe sy pun tukang penyumbang jgk.hehe dah beli tp lom sempat baca lagi. tp tau mmg meletop pya lah.

    ReplyDelete
  6. Terima kasih pada semua.
    Pada semua yang sokong karya umi, tak kira la yang dah beli atau belum novel KG ni... semuanya umi hargai. Terima kasih yang tak terhingga. =)

    selamat membaca dan semoga terhibur dengan kisah Ash dan Ain <3

    much love from me :)
    umi Kalsom.

    ReplyDelete
  7. salam..sy dh beli n dh bce..besttt sgt..xsangka ash boleh jd smpai mcm tu.romantik jgk..hehe
    nmpk mcm cinta bersegi2 tahap xhengat,tp main point is..jodoh di tangan Allah.sweet =)

    tahniah again n again cik writer..keep on writing ;)

    ReplyDelete
  8. Dah 2X baca.... best sangattt.... Baca rasa santai ja.... x terlalu berat .... baca pun boleh gelak sendiri.... anak akak baca pun cakap besttt... santai....
    Bila baca ada Adam dan Ifa lagi hilang rindu pada gelagat Adam...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Cerpen: Lain di Mulut, Lain di Hati

JAMBANGAN bunga ros yang berada di atas mejanya itu dicapai. Tanpa melihat nama pengirim pun dia sudah boleh meneka, siapa pengirimnya. Terus dengusan tidak senang dilepaskan. Tanpa menunggu sesaat, jambangan bunga itu sudah terhumban ke dalam tong sampah di sudut bilik.             Huh! Apa dia fikir aku ni perempuan, nak cair kalau disogokkan dengan bunga. Kalau aku cakap benci, memang akan benci selamanya! rungutnya.             Serentak itu, pintu biliknya diketuk. Terjengul wajah Selina, setiausahanya.             “Encik Irfan, Puan Eryna nak jumpa.”             Sekali lagi dia melepaskan dengusan kasar. Tidak cukup dengan bunga yang merimaskan, sekarang, tuan punya badan pula muncul di depan mata. Ah, benci!             “Suruh dia balik! Saya tak nak jumpa dia.” Kuat dan lantang sekali suara Irfan sehingga begitu jelas buat pendengaran Eryna yang sedang duduk menunggu di luar bilik. Eryna tersentak. Riak wajahnya terus beruba

Cerpen: Hati ini [End]

BUNYI suara yang bertingkah dari ruang tamu mengkakukan langkah Ana di anak tangga terakhir. Dia yang turun ke bawah dengan niat untuk membasahkan tekak terkaku seketika. Tidak mahu menonjolkan diri di hadapan tetamu mama dan papa, tanpa berfikir panjang dia sudah memalingkan badan hendak bergerak ke atas semula. Namun sekali lagi, dirinya terus kaku di situ. Suara yang melaungkan namanya membuatkan badannya menjadi gementar secara tiba-tiba.             “Ana…” namanya dipanggil sekali lagi. Dia kenal suara itu. Terlalu kenal. Tetapi dia tidak mahu memalingkan wajahnya. Atas sebab apa, dia tidak pasti. Ikutkan sahaja kata hati.             Sentuhan di bahu membuatkan Ana tersentak. Pantas dia berpaling dengan wajah yang sudah berubah riak. Dia tidak suka dengan sentuhan itu. Sentuhan yang tidak menghormati dirinya sebagai seorang wanita muslim. Seketika mata mereka bertemu. Ana terkedu. Seakan tersedar dari mimpi… senyuman yang menghiasi

Cerpen: Dia yang aku cinta

Berdebar-debar rasanya saat menanti di ruang legar ini. Menanti kehadiran insan yang disayangi. Menanti saat yang ditunggu-tunggu selama ini. Disunting menjadi suri dalam hidup lelaki yang dicintai. Ah! Indah sungguh rasa…             “Tahulah nak tunggu insan tercinta. Kut iya pun… tak perlulah tayang riak wajah teruja, yang terlebih perisa pulak!” teguran berunsur perlian itu hanya membuatkan dia menjeling manja.             “Biarlah!” balasnya dengan menyampah.             Tiada siapa pun tahu apa yang dirasainya selama dua tahun ini. Hidup berjauhan dengan insan yang memenuhi ruang hatinya. Sungguh menyeksakan jiwa dan raga sahaja!             “Akak…” panggilan itu membuatkan dia melepaskan dengusan manja.             “Apa?!” soalnya geram. Geram saat khayalan indahnya dicantas dengan kejam. Sedangkan, hanya itu yang mampu dilakukan di saat ini.             “Tu…” mulut si adik sudah memuncung ke satu sudut.             Matanya turut berlari mencari. Seketika dia