Advs

Followers

August 13, 2012

Sambung Kampung Girl 2?

Assalamualaikum,
Salam Ramadan (Yang sudah makin menemui penghujungnya, moga dipanjangkan usia kita agar akan terus bertahan sehingga ke akhir nanti)
 
Semenjak dua menjak ni, ada saja yang request minta sambungkan Kampung Girl part II. 

Maaf, bukan saya tak nak melayan permintaan tu, tapi saya betul-betul takut tak dapat nak buat.
Sekarang ni pun, saya tengah cuba-cuba siapkan manuskrip walaupun tidak digesa oleh penerbit. Manuskrip apa? Akan saya kongsikan bila dah siap sepenuhnya. :) I'm working hard supaya dapat siap dengan jayanya.

Disebabkan saya ni student, dan ada komitmen dengan study, jadinya masa untuk menulis memang sangat terhad. Tapi saya masih menulis kalau ada ruang masa. Cuma tak dapat nak post macam selalu, takut kalau kala posting tu naik turun, sebab mood menulis saya pun naik turun. Tak macam dulu, everyday pun mesti tulis. 

Sekarang ni, weekend aje saya akan spend time atleast 2 jam untuk tulis. Weekdays penuh dengan kerja praktikal. Balik rumah, saya memang dah penat sebab kerja semuanya di luar daripada ofis. Menuntut tenaga dan kesabaran bergerak dengan motor di tengah Pulau yang panas terik ni.

Apa pun, saya akan cuba-cuba sambung. Bukan sekarang. Nanti bila ada masa. Bila ada idea. Mungkin bukan untuk publish, sekadar untuk pembaca di blog. InsyaAllah. Doakan. :)

Cumanya, boleh saya tau... apa lagi sambungan KG yang readers rasa saya perlu cerita? Sambungan kisah any watak yang khusus? Atau teruskan cerita Ain dan Ash? (Oh, kalau yang ni... saya sendiri rasa macam akan boring. Sebab saya bukan peminat novel yang ada kisah susulan. Melainkan ada watak lain yang ingin diketengahkan)

Voice out. Share dekat sini. Saya akan cuba... :)

Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pembaca yang terus setia menyokong penulisan saya. :)

4 comments:

  1. hai umi kalsom.. mb crta ain airina dgn faisal.mcam mna faisal boleh terima ain. kalo nak buat smbungan KG 2 rsanya Kampung Girl yg dh kuar ni pun mcuit hati readers. utk smbgn rsanya baik buat mini novel tu jer sya nak share

    ReplyDelete
  2. a'a baek wat kisah ain airina ngn faisal...

    ReplyDelete
  3. Hi kak umi.saya harap kak umi blh buat kg 2 yng novel. sambung kisah ainnur & ash dan juga ain airina & faisal..saye berharap sangat sangat

    ReplyDelete
  4. betul tu sambunglah KG 2 buat cerita Cikgu Ainnur yang comel dan Ash yang dah jadi suami yang penyayang .... hehehe.... tentu Ainnur yang takut bila Ash terlebih manja.... dan kisah Faisal dan Airina selit sikit-sikit....

    ReplyDelete