Skip to main content

Manner please...

Assalamualaikum...

Sejak blog ni ditinggalkan dan dibiarkan bersawang, rasa macam dah banyak sawang yang menyemakkan mata. Maaf, saya sibuk.

Again, maaf.

Blog ini dibuka umum kepada sesiapa sahaja untuk baca, free jugak untuk dikomen dan dikritik. Positif dan negatif, tak ada masalah. Saya terima aje. Tak akan didebatkan pun. Cuma, kecik hati saya yang dah memang kecik ni... bila yang tak "bernama", komen... letak bullshit je. Apa tu bullshit? Sejenis hidangan pembuka selera?

Please... biarpun ruangan ni bukan ruangan peribadi, tolonglah jaga bahasa tu. Biarpun saya tak kenal baik dengan pengkomen di blog ini, tapi saya yakin, anda semua manusia yang budiman. 

Don't mess this blog, with those 'crazy2' word. I just don't like it. 

Lagi baik kalau ada yang letak, "apa cerita yang kau tulis ni umi, bosan sampai aku tertidur". 

Don't bullshit on my story if you can't ever critic in a very good manner. Kritik la, orang tak marah... tapi kritik yang ada isi. Kritik yang you boleh buat I realise, how bad is my writing. Not BULLSHIT. 

Saya dah pun remove komen yang menyakitkan mata dengan 'budi bahasa' yang sangat indah tu.

*dah tak pasal-pasal, umi kalsom duk emo-emo pagi-pagi buta ni!* sangat tak normal, okey.

Manner please! Ingat, apa yang kita tuturkan menunjukkan refleksi diri. Bukan dekat blog aje, di mana pun... pelihara bahasa, tuturkan yang baik-baik. :)

Sekali lagi saya nak ulang, saya bukan nakkan komen yang cakap cerita saya bagus, best, terbaik! I'm not that good, I know. Komen kritikan juga boleh ditulis dengan bahasa yang elok. Boleh. Boleh dan boleh. Okey!

p.s: Ketahuilah, bahawasanya... saya tegur apa yang saya rasa tak senang. Maaf kalau saya agak 'over' buat posting macam ni.

Comments

  1. memang no manner betul la siapa yang tulis ayat tu.kalau redbull orang tahu la.ni bullshit???what is that???

    ReplyDelete
  2. betul. nak komen, komen elok-elok, betul-betul. dah masuk rmh org, walaupun rumah terbuka, adab dgn tuan rumah tetap kena jaga.

    ReplyDelete
  3. tak pe dek,sebenar orang sengal yg kuar kan ayat cam tu,benda tu tuju kat die balik!!!cittttt memang sah akai tak kat pala lutut!!!!!!!!!!!!!!!!abai kan je dek parasit cam tu,usah dilayan dek sah gatai tangan tu tapi akai ooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooo

    ReplyDelete
  4. Salam kak umi. Lama saya tak menjengah ke teratak kak umi ni. hihihi. Emm... siapa yang komen dengan perkataan yang tak cerdik tu? Penulis juga manusia biasa. Ada hati dan perasaan. Please, kalau nak tegur gunalah bahasa yang elok. Tak susah pun. Sabar ya kak Umi. Dalam dunia ni memang ada macam-macam ragam manusia. I'm still support u kak. ^__^

    ReplyDelete
  5. Sebenarnya...org tu jeles lah.
    Positive thoughts always have positive outcome. May Allah gives u patience to overcome such people.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Cerpen: Lain di Mulut, Lain di Hati

JAMBANGAN bunga ros yang berada di atas mejanya itu dicapai. Tanpa melihat nama pengirim pun dia sudah boleh meneka, siapa pengirimnya. Terus dengusan tidak senang dilepaskan. Tanpa menunggu sesaat, jambangan bunga itu sudah terhumban ke dalam tong sampah di sudut bilik.             Huh! Apa dia fikir aku ni perempuan, nak cair kalau disogokkan dengan bunga. Kalau aku cakap benci, memang akan benci selamanya! rungutnya.             Serentak itu, pintu biliknya diketuk. Terjengul wajah Selina, setiausahanya.             “Encik Irfan, Puan Eryna nak jumpa.”             Sekali lagi dia melepaskan dengusan kasar. Tidak cukup dengan bunga yang merimaskan, sekarang, tuan punya badan pula muncul di depan mata. Ah, benci!             “Suruh dia balik! Saya tak nak jumpa dia.” Kuat dan lantang sekali suara Irfan sehingga begitu jelas buat pendengaran Eryna yang sedang duduk menunggu di luar bilik. Eryna tersentak. Riak wajahnya terus beruba

Cerpen: Hati ini [End]

BUNYI suara yang bertingkah dari ruang tamu mengkakukan langkah Ana di anak tangga terakhir. Dia yang turun ke bawah dengan niat untuk membasahkan tekak terkaku seketika. Tidak mahu menonjolkan diri di hadapan tetamu mama dan papa, tanpa berfikir panjang dia sudah memalingkan badan hendak bergerak ke atas semula. Namun sekali lagi, dirinya terus kaku di situ. Suara yang melaungkan namanya membuatkan badannya menjadi gementar secara tiba-tiba.             “Ana…” namanya dipanggil sekali lagi. Dia kenal suara itu. Terlalu kenal. Tetapi dia tidak mahu memalingkan wajahnya. Atas sebab apa, dia tidak pasti. Ikutkan sahaja kata hati.             Sentuhan di bahu membuatkan Ana tersentak. Pantas dia berpaling dengan wajah yang sudah berubah riak. Dia tidak suka dengan sentuhan itu. Sentuhan yang tidak menghormati dirinya sebagai seorang wanita muslim. Seketika mata mereka bertemu. Ana terkedu. Seakan tersedar dari mimpi… senyuman yang menghiasi

Cerpen: Dia yang aku cinta

Berdebar-debar rasanya saat menanti di ruang legar ini. Menanti kehadiran insan yang disayangi. Menanti saat yang ditunggu-tunggu selama ini. Disunting menjadi suri dalam hidup lelaki yang dicintai. Ah! Indah sungguh rasa…             “Tahulah nak tunggu insan tercinta. Kut iya pun… tak perlulah tayang riak wajah teruja, yang terlebih perisa pulak!” teguran berunsur perlian itu hanya membuatkan dia menjeling manja.             “Biarlah!” balasnya dengan menyampah.             Tiada siapa pun tahu apa yang dirasainya selama dua tahun ini. Hidup berjauhan dengan insan yang memenuhi ruang hatinya. Sungguh menyeksakan jiwa dan raga sahaja!             “Akak…” panggilan itu membuatkan dia melepaskan dengusan manja.             “Apa?!” soalnya geram. Geram saat khayalan indahnya dicantas dengan kejam. Sedangkan, hanya itu yang mampu dilakukan di saat ini.             “Tu…” mulut si adik sudah memuncung ke satu sudut.             Matanya turut berlari mencari. Seketika dia