Skip to main content

alfro & maggi (ramadhan)

Semua mata tertumpu di kaca televisyen. Semangat nak tengok pengumuman bulan puasa. Amira dengan Safwan dah berdebar-debar. Fikir nak puasa penuh buat kali pertama. Dikerling sekilas ke arah mama dengan papa, nampak cool je menghadap TV.

" Assalamualaikum warahmathulahi wabarakhatu," dah mula dah.

" Bagi menyempurnakan titah perintah seri paduka baginda yang dipertuan Agong, setelah diperkenankan oleh duli-duli yang Maha Mulia Raja-raja," Safwan pandang Amira, dan begitu jugak sebaliknya.

" Maka dengan ini saya mengisytiharkan bahawa....," tangan digenggam erat. Sofina dan Adam yang melihat gelagat mereka berdua macam nak terhambur ketawa je. Anak-anak aku ni gelabah biawak betul! Nak puasa je pun. Puasa je? Sofina... dulu kau pun macam tu jugak. Hehehe..

" Tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Sabtu, 22 haribulan Ogos tahun 2009," Safwan terus kalih belakang.

" Ma... puasa bila?," soalnya. Sofina dengan Adam terlopong. Gila khusyuk dengar pengumuman tadi, tapi tak dapat input ke.

" Hari sabtu la abang! Tak dengar ke???," sampuk Amira. Safwan menjegil marah.

" Ma... kena puasa ke?," soalnya lagi. Sofina mengangguk. Ditahan mulutnya agar tak terlepas ketawa.

" Abang nak minta tangguh puasa tahun depan boleh?," Safwan meminta dengan penuh mengharap. Muka sayu yang amat.

" Apalah abang ni!!! Puasa jela... tak malu minta tangguh-tangguh tahun depan," marah Amira. Sekali lagi Safwan menjegil. Sibuk je Amira ni.

" Ma... abang tak tahan lapar!!," terus je Sofina ketawa.

" Mai sini.. duduk dekat dengan ma...," ditarik tangan Safwan dan didudukan ke atas ribanya. Muka Safwan risau sangat.

" Kenapa kita kena puasa? Sebab itukan rukun islam, jadi sebagai orang islam... ma..pa..abang dengan kakak... semua kena puasa," terang Sofina.

" Tapi ma... tak lapar ke?," soalnya lagi. Sofina cuma tersenyum.

" Kalau tak nak lapar, abang kena bangun bersahur sebelum subuh. Makan waktu pagi ni akan bagi tenaga kat kita untuk buat aktiviti dalam hari tu... memang akan lapar," Safwan telan liur. Gulp! Lapar??!!

" tapi kita kena tahan laparlah, baru Allah bagi ganjaran banyak kat kita,"

" Ganjaran apa ma?," soal Amira pula yang dah duduk di atas riba Adam.

" Kita akan dijanjikan masuk ke syurga. Semua amal yang baik akan dijanjikan dengan balasan yang baik daripada Allah," kedua-duanya mengangguk-angguk tanda faham.

" Abang nak jadi orang yang dapat balasan baik ke, yang tak baik?,"

" mestilah yang baik ma...," cepat je Safwan menjawab.

" Jadi, nak puasa tak?,"

" Nak la...," Sofina tersenyum memandang Adam. Your son ni, banyak kerenah betul!

*********

HARI PERTAMA....

" Mana budak-budak?," Sofina pandang pelik. Disuruh Adam kejutkan budak berdua tu, tapi datangnya seorang jugak.

" Abang tak sanggup la... maggi jela kejutkan," PAP!!! sudip mengenai tepat pada bahu Adam.

" Kenapa???," soalnya sambil berkerut-kerut dahi.

" Berapa kali dah pesan... tak nak maggi-maggi semua... lagi sekali saya dengar...," Adam dah mula berdiri di hadapan Sofina.

" Kenapa?," soalnya sambil memandang tepat ke wajah Sofina. Sofina telan liur. Adam dah mula mendekatkan wajahnya.

" Jangan nak ngada-ngada...," dia menolak tubuh Adam jauh darinya. Adam lepas ketawa. Sofina terkulat-kulat di situ.

" Tau takut.... pergi kejut budak-budak tu...," arahan mandatori dah dikeluarkan. Sofina menjelirkan lidah sebelum berlalu.

Di dalam bilik, Safwan tidur gaya tenggiling. Amira pula dah buat sujud sejadah.

" Abang... kakak... bangun, makan sahur...," digerakkan bahu dua-dua beradik tu.

" Ma...esok la...," suara Safwan yang serak-serak mula kedengaran.

" Bangun!!!," suaranya berubah lantang. Terus terpacak 90 darjah Safwan dengan Amira. Menonong je mereka bergerak ke tandas. Awal-awal pagi, sejuk pulak tu.

Dah sudah gosok gigi dan cuci muka, Safwan dengan Amira dah mula duduk di meja makan.

" Ma...cereal please...,"

" Makan nasi sikit... lapar nanti," Sofina tak berkompromi. Safwan dah tayang muka seposen. Tapi Amira tak peduli, nasi dengan ayam goreng dah selamat mendarat dua suap dalam perut.

" Ma...please...," Safwan mencuba lagi.

" Abang....makan nasi. Kalau lapar nanti...," sengaja Sofina meleretkan suara.

" Ala...maggi...kasi jela budak tu cereal," sampuk Adam. Sofina dah jegilkan biji mata.

" You Alfro...don't call me maggi!!! Safwan...makan nasi!!!," Safwan telan liur. Arahan tegas dari mama....tak berani lawan.

*******

Jam berdenting pukul 12 tengah hari. Safwan berlari menuju ke dapur. Amira sempat menangkap kelibat ala-ala toyol tu. Perlahan dia mengekor dari belakang. Safwan take slow... pandang kiri, pandang kanan. Line clear! Pintu peti sejuk dibuka.

" Ehem! Ehem!," Safwan terus freeze depan fridge tu. Macam mana boleh kantoi ni.

" Oooooooooo....," panjang Amira menarik.

" Tak puasa ye???," kuat suaranya pecah memenuhi ruang dapur. Safwan dah berubah muka kelabu asap.

" Mana ada!!! Orang saja nak bagi sejuk muka," PAP! Pintu fridge ditutup, perlahan dia melangkah keluar dari dapur. Sempat jugak dia menghadiahkan jelingan sedas pada Amira. Kacau line~

********

" Amira....," suara mama memanggil. Tiada sahutan. Sofina kerut dahi. Jam dah pukul 5 setengah.

" Safwan....," senyap jugak. Pelik! Mana anak-anak aku ni??? Pengsan berpuasa ke???

" Yes my dear....," tiba-tiba je Adam muncul dari belakang. Lain yang dipanggil, lain pulak yang muncul.

" Orang panggil budak-budak la....," Adam dah tersenyum.

" Ingatkan panggil papa budak-budak tu," Sofina menjeling melihat Adam yang tersenyum mengusik.

" Abang... pergi tengok mana budak-budak tu? Tidur ke?? Tak menyahut pun,"

" Abang ke kena tengok?," soal Adam sambil buat muka malas. Sofina rasa macam nak lekapkan je tepung karipap tu kat muka Alfro ni.

" Tak nampak ke Sofi tengah buat apa.... abanglah yang kena tengok...," tangannya pantas memasukkan inti ke dalam tepung karipap yang dah diuli tu.

" Yela... abang pergi! Karipap extra untuk abang...," Sofina kerut dahi.

" Untuk???," pelik benar suami aku!

" Claim upah!," Sofina jeling sebelah je. Adam terus berlalu dari situ. Aku buat untuk satu family nak makan, main claim-claim upah pulak~ Adoi.... suami sapa la tu?!!

Adam mula menapak ke ruang tamu. Matanya melilau dari satu-satu sudut. Depan tv takde pun budak berdua tu. Bergerak ke bilik. Pun takde! Mana pergi budak berdua ni?? Pengsan ke???

Adam patah balik hendak melangkah ke dapur. Namun kakinya tergam di ruang makan. Safwan dah terbaring lesu atas kerusi. Amira pun sama. Gaya macam baru balik dari berperang. Muka exhausted habis!

" Maggi....," selamba Adam memanggil. Sofina keluar dari dapur dengan muka berapi.

" Tengok anak-anak awak ni....," dia tergelak kecil tanpa mempedulikan wajah merah padam Sofina. Sofina buang pandang ke arah meja makan. Ya ALLAH! Kesiannya....

Dia mula melangkah dan mengambil di situ. Tangan Safwan dicuit. Safwan membuka mata sedikit.

" Ma...," suara takde tenaga langsung.

" Penat sangat ke?," Sofina tersenyum sambil melurut perlahan rambut Safwan yang sebijik macam Alfro tu.

" Dahaga ma.....," keluh Safwan.

" Tunggu kejap je lagi.... nanti mama buatkan air favourite abang ye," pancingnya. Terbuka sedikit mata Safwan yang kecil itu.

" Yeke ma...," Sofina mengangguk.

" Sekarang tak boleh ma.... abang dahaga ni," ujar Safwan beria-ria.

" Tunggu buka la... kejap je lagi," terus berubah wajah Safwan.

" Buka ke....takpelah," kepala didaratkan atas meja kembali. Matanya terkatup. Sofina pandang Adam. Adam angkat kening.

" Mesti abang dulu macam ni kan...," Adam dah menjegil biji mata. Sofina terus ketawa.

*********

SEMINGGU.....

Setelah berbuka mereka sekeluarga solat maghrib bersama. Lepas solat, mengaji kejap. Matanya mencari kelibat Safwan. Tadi nampak macam ada sebelah Amira.

" Abang mana?," soalnya.

" Tadi ada kat sini," Amira pun pelik.

Sofina bangun. " Kejap mama pergi cari dia!".

Elok je dia melangkah ke dalam dapur, Alfro junior dengan senior sekali tengah makan mee kari. Bagus! Papa dengan anak... sama je

" Makanlah banyak sikit bang...," perlinya. Adam tersengih. Safwan turut tersengih sambil buat muka comel.

" Tadi dah makan dua mangkuk dah! Kejap lagi nak pergi solat terawih.... mengantuk masa pak imam duk mengaji...baru padan muka!!!," Sofina dah masuk mode membebel. Semalam baru Adam cakap, makan banyak sangat rasa mengantuk masa nak solat. Hari ni, makan jugak. Bukan nak tunggu pergi terawih dulu....

Adam terhenti suapan seterusnya. Pandang muka Sofina yang gaya macam nak telan orang dah. Safwan turut berhenti. Papa tak makan, jadi tak berani jugak nak lawan mama. Kena piat telinga nanti. Pedih!

" Kami habiskan yang ni je, lepas ni dah tak tambah dah," serentak Adam dan Safwan mengangguk.

" Apa-apa jela...," Sofina malas nak layan. Dia terus berlalu ke bilik.

Keesokan paginya, Adam dengan Safwan muka berkerut-kerut. Nasi di pinggan sedikit pun tak berusik. Kenyang katanya. Sofina dah bengang. Mana tak kenyang... kalau bedal mee kari macam baru keluar dari hutan je gayanya. Sekarang ni, nak makan untuk sahur pun dah takde space.

" Lain kali, lepas berbuka tu... makan la banyak-banyak lagi. Sofi masak letak dalam satu periuk... abang dengan Safwan makan je dari malam sampai pagi," sindirnya.

Last-last.... Sofina dengan Amira je makan pagi tu. Adam dengan Safwan teguk air je. Tak berani dah nak cakap apa-apa bila nampak muka Sofina yang bengang.

Pada petangnya...

Elok je, papa dengan anak sekali, dua-dua tersadai lemah dalam bilik. Sofina geleng kepala je. Anak dengan papa sebijik. Takde yang beza sikit pun. Haru betul~

" Kakak penat ke?," soalnya pada Amira yang duduk bertenggek di pintu dapur melihatnya melayur daun pisang. Amira menggeleng kecil.

" Bosan!!! Abang asyik tidur je.... takde kawan nak main," rungutnya.

" Nak tolong mama?," terus bercahaya biji mata Amira. Mengangguk dengan pantas sekali. Namun, Sofina mengetap bibir. Betul ke ni??? Amira tolong aku kat dapur... alamatnya, tunggang terbaliklah masakan aku.

Seperti yang dijangka. Idea suruh Amira tolong kat dapur patutnya cancel je tadi. Tapi dah terlajak terajak budak tu, memang pening kepala Sofina.

" Mama.. kakak nak kacau ni!,"

" Mama...kakak nak lipat lepat pisang ma,"

" Mama... yang tepung ni nak tolong....," semua benda pun dia nak tolong tapi sekerat-sekerat. Takde yang dia buat sampai habis. Tiba-tiba.....

" Ma... bosanlah... kakak nak duduk depan," Sofina tersenyum lega.

" Pergilah kakak....," ma tak halang pun, sambungnya dalam hati.

********
SEBULAN....

" Baju ni cantik tak? Masuk tak ma kalau abang pakai dengan seluar ni....,"

" Ma... Amira nak pakai baju warna apa esok??," Kecoh mulut budak berdua sejak mendengar takbir berkumandang.

Mak Leha yang sedang memasang langsir tergelak kecil.

" Pakai je baju mana-mana pun. Tak kisah...," Sofina dah tak tau nak jawab apa. Sebab dari semalam lagi asyik mengulang soalan yang sama.

" Kenapa ni?? Wan dengan Mira nak pakai baju apa esok?," Mak Leha mencelah. Sofina mula bangun perlahan. Biar nenek mereka pula melayan merapu budak berdua ni.

" Macam nak pakai yang kelabu...tapi nek, biru ni pun cantik. Yang mana yang sesuai dengan Wan ye nek??," Safwan menayangkan baju-bajunya.

" Mira pun tak tau nek...mana satu nak pakai," Amira ikut tayang sekali bajunya.

" Nenek rasa.... yang ni macam lawa tapi yang ni pun cantik jugak!," Safwan dah pening.

" Nek... betul-betullah! nak pakai yang mana?," Mak Leha dah berkerut seribu.

" Mana-mana pun bolehlah Wan....," Safwan senyap terus. Dapat jawapan sebijik macam yang mama bagi. Amira pun tak jadi nak soal. Confirm akan dapat answer yang sama jugak.

Sofina yang tengah susun biskut raya dalam balang kuih, ketawa kecil. Mengarut kalau melayan budak berdua tu. Senyuman terus tersungging di bibirnya.

" Ni apa senyum sorang-sorang ni?," Sofina tersentak. Namun kembali tersenyum.

" Salah ke?,"

" Makruh," ketawa lepas.

" Banyak la abang ni!!,"

" Abang satu je maggi....," terus mati ketawa Sofina.

" Again....," dia meleretkan suara. Adam dah tersenyum-senyum.

" Abang melawak jela....lama tak panggil maggi la sayang...,"

" Ni apa? Tengah ambil mood romantik ke?," soal Sofina direct. Adam tersengih.

" Papa.... baju mana lawa pa?," Safwan dah datang menyerbu. Sofina tepuk dahi. Semua pun dia tak lepas. Adam dah menggaru-garu kepala. Cuba minta tolong Maggi...tapi tak dilayan~

" Yang kelabu ni, nampak smart!," dah select.

" Betul pa...," Safwan ragu-ragu.

" Betul!!!," Safwan berlalu sambil tersenyum riang.

" Sofi cakap baju yang sama... sepuluh kali dia mengulang soalan tu jugak!!!," Sofina pulak tak puas hati.

" Sofi takde skill macam abang," balas Adam riak. Sofina dah buat muka menyampah.

" Berlagak nak mati!!!" balas Sofina geram.

*********

" Selamat hari raya ma....," pipi Sofina dicium. Sofina dah memerah muka.

" Janganlah lebih-lebih!," marahnya. Adam tersenyum nakal.

" eh...bini saya...saya punya sukalah...nak lebih-lebih," balasnya selamba.

" Cepat, salam!," tangan dihulurkan.

" Selamat hari raya... Sofi minta maaf zahir dan batin," tangan Adam dikucup. Dah salam, tak nak lepas pulak.

" Sofi nak jumpa mak pulak!," dia menarik tangannya tapi tak berjaya. Adam menunjukkan ke arah pipi, kiri dan kanan.

" Abang dah bagi... sayang la pulak...," rengeknya. Sofina jelir lidah.

" Baru minta maaf, dah jelir lidah....,"

" Papa!!!! Mama!!!!," kedengaran suara dari luar. Sofina angkat kening. Adam tayang muka tak berperasaan.

" Mama!!!," suara Safwan. Adam mendengus kecil. Tak sabar betul si kecik tu.

" Nanti abang claim....," tangan Sofina dilepaskan.

Di ruang tamu, mereka berkumpul sekeluarga. Semua bersalam-salaman. Safwan dah melekat dengan mama. Sofina dah dapat sense something. Sengihan lebar Safwan membuatkan andaiannya terjawab.

" Mama... duit raya tahun ni, ma nak bagi berapa ye?," tersengih sambil menyoal.

" Puasa penuh tak?,"

" Sehari je abang puasa penuh!," Sofina terlopong. Biar betul? Jujurnya anak aku. Bagus betul!

" Abang tak puasa la ni....,"

" Bukan... kadang-kadang masa ambil wuduk, abang minum air sikit...," Sofina terdiam.

" Kamu mengajar anak kamu ye Adam?," tiba-tiba Mak Leha menyampuk. Sofina dah tergelak. Adam merah muka.

"Dulu dia pun macam tu ye mak?," anggukan pasti dari Mak Leha membuatkan Sofina pecah gelak.

Safwan dengan Amira blur. Senyap je tengok mama mereka yang ketawa bagai nak terguling kat ruang tamu tu. Papa pulak muka dah merah, macam pakai blusher pun ada.

" Kenapa nek? Mama gelakkan papa...,"

" Papa kamu dah kantoi depan mama...," Mak Leha ketawa. Amira dan Safwan berpandangan sesama sendiri. Masing-masing jungkit bahu. Tak penting kot!



* at last, dpt jugak post something.
hope all of u enjoy ur reading... :)

Comments

  1. alololo~
    jangan lupe claim yea..
    hikhikhik

    ReplyDelete
  2. cerpen..huhu..em..suka la baca cerpen ni..keluarga bahagia..what a happy family.. :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Cerpen: Lain di Mulut, Lain di Hati

JAMBANGAN bunga ros yang berada di atas mejanya itu dicapai. Tanpa melihat nama pengirim pun dia sudah boleh meneka, siapa pengirimnya. Terus dengusan tidak senang dilepaskan. Tanpa menunggu sesaat, jambangan bunga itu sudah terhumban ke dalam tong sampah di sudut bilik.             Huh! Apa dia fikir aku ni perempuan, nak cair kalau disogokkan dengan bunga. Kalau aku cakap benci, memang akan benci selamanya! rungutnya.             Serentak itu, pintu biliknya diketuk. Terjengul wajah Selina, setiausahanya.             “Encik Irfan, Puan Eryna nak jumpa.”             Sekali lagi dia melepaskan dengusan kasar. Tidak cukup dengan bunga yang merimaskan, sekarang, tuan punya badan pula muncul di depan mata. Ah, benci!             “Suruh dia balik! Saya tak nak jumpa dia.” Kuat dan lantang sekali suara Irfan sehingga begitu jelas buat pendengaran Eryna yang sedang duduk menunggu di luar bilik. Eryna tersentak. Riak wajahnya terus beruba

Cerpen: Hati ini [End]

BUNYI suara yang bertingkah dari ruang tamu mengkakukan langkah Ana di anak tangga terakhir. Dia yang turun ke bawah dengan niat untuk membasahkan tekak terkaku seketika. Tidak mahu menonjolkan diri di hadapan tetamu mama dan papa, tanpa berfikir panjang dia sudah memalingkan badan hendak bergerak ke atas semula. Namun sekali lagi, dirinya terus kaku di situ. Suara yang melaungkan namanya membuatkan badannya menjadi gementar secara tiba-tiba.             “Ana…” namanya dipanggil sekali lagi. Dia kenal suara itu. Terlalu kenal. Tetapi dia tidak mahu memalingkan wajahnya. Atas sebab apa, dia tidak pasti. Ikutkan sahaja kata hati.             Sentuhan di bahu membuatkan Ana tersentak. Pantas dia berpaling dengan wajah yang sudah berubah riak. Dia tidak suka dengan sentuhan itu. Sentuhan yang tidak menghormati dirinya sebagai seorang wanita muslim. Seketika mata mereka bertemu. Ana terkedu. Seakan tersedar dari mimpi… senyuman yang menghiasi

Cerpen: Dia yang aku cinta

Berdebar-debar rasanya saat menanti di ruang legar ini. Menanti kehadiran insan yang disayangi. Menanti saat yang ditunggu-tunggu selama ini. Disunting menjadi suri dalam hidup lelaki yang dicintai. Ah! Indah sungguh rasa…             “Tahulah nak tunggu insan tercinta. Kut iya pun… tak perlulah tayang riak wajah teruja, yang terlebih perisa pulak!” teguran berunsur perlian itu hanya membuatkan dia menjeling manja.             “Biarlah!” balasnya dengan menyampah.             Tiada siapa pun tahu apa yang dirasainya selama dua tahun ini. Hidup berjauhan dengan insan yang memenuhi ruang hatinya. Sungguh menyeksakan jiwa dan raga sahaja!             “Akak…” panggilan itu membuatkan dia melepaskan dengusan manja.             “Apa?!” soalnya geram. Geram saat khayalan indahnya dicantas dengan kejam. Sedangkan, hanya itu yang mampu dilakukan di saat ini.             “Tu…” mulut si adik sudah memuncung ke satu sudut.             Matanya turut berlari mencari. Seketika dia