Skip to main content

pilihan aku vs pilihan mak aku 12

Mira ada abang? Pelik! Teramatlah pelik bila Mira bertanya tentang perihal yang dia sendiri tidak tahu. Semalam ketika disoal oleh Sarah, dia sekadar menggeleng kepala tanda tidak tahu. Tetapi, otaknya masih ligat memikirkan tentang hal itu. Kad nama yang dihulurkan oleh Sarah semalam diamati. Kalau benar.... Syukur!


******


Pagi itu, di meja makan. Wajah Mira pucat lesi. Demam terkejut rasanya. Bangun tidur pun, kepala terasa berat yang amat.

"Mira... demam ke?," soal puan Juriah sambil melekapkan tangannya di dahi Mira. Panas. Terpancar riak risau di wajah. Pantas dia bergerak ke dapur mengambil sesuatu. Sarah yang baru sahaja turun mengambil tempat di sebelah Mira. Sempat matanya menangkap wajah adiknya yang pucat itu.

"Mira demam panas ni...," belum sempat Sarah membuka mulut untuk bertanya, mak dah muncul dari dapur membawa dua biji panadol. Sarah juga bertindak melekapkan tangannya di dahi Mira.

"Mira... panasnya," Sarah dah risau. Mira menggeleng kecil. " Panas sikit je," jawabnya.

"Mana boleh macam ni, jom ke klinik!," ajak Sarah. Mira tertawa kecil.

"Ada doktor dalam rumah pun, kena ke klinik jugak ke?," soalnya manja. Matanya terasa pedih. Panas badan terasa dari pagi lagi.

"Akak boleh check je, habis ubatnya sapa nak bagi?," soal Sarah balik. Dalam keadaan kalut fikir Mira demam, dah terlupa dia pun boleh memeriksa adiknya sendiri.

"Boleh beli kat farmasi kan akak...," selamba jawapan Mira membuatkan Sarah menepuk dahi. Kenapa aku tak terfikir benda-benda macam ni. Tapi sekejap saja, Sarah dah geleng-geleng kepala balik.

"Jangan nak buat macam-macam alasan kat sini, macam akak tak tau Mira saja nak ngelat... dah, pergi siap cepat...," paksa Sarah. Puan Juriah dah geleng-geleng kepala.

"Sarah check la dia.. tak payah la pergi klinik. Mira tak nak kan...," puan Juriah dah masuk parti Mira. Mira angkat kening, berlagak. Sarah hadiahkan jelingan tajam. Tak padan sakit, ada hati main kening double-jerk dengan aku. Ditoleh ke arah puan Juriah.

"Baguslah doktor in the house bersuara. Orang nasihat nak bagi dia sembuh.. mak sokong dia nak bagi dia sakit lagi...," sindir Sarah.

"Tengok tangan dia ni...," ditariknya lengan Mira. "dah lebam-lebam. Tengok leher tu...," dibelek pula ke arah leher Mira. Dah bengkak. "Mira ni.. kalau demam, setakat akak yang treat...takkan jadi apa-apa. Kalau masuk wad, baru kena dengan gaya...," Sarah dah mula mengugut. Badan dah lebam-lebam menunjukkan Mira demam teruk. Dari dulu sampai sekarang memang akan macam tu.

Perangai ngelat Mira, takkan dia tak tau. Boleh je beli ubat kat farmasi, lepas tu jadi pameran dalam rumah. Jangan haraplah budak ni nak makan even satu tablet pun.

"Akak...tak nak la...," Mira merengek-rengek. Tak suka makan ubat! Nak saja dia menjerit kat situ. Ubat yang puan Juriah ambil tadi pun masih suci berada atas meja makan.

"Hospital. Sekarang!," Sarah bersuara tegas. Mira dah rasa macam nak tercekik. Tadi klinik sekarang hospital. Lagilah dia tak nak. Dipandang ke arah puan Juriah, meminta pertolongan.

"Sarah....tak payah la paksa-paksa Mira, dia kan tak nak..," ucap puan Juriah nak membantu. Jelingan tajam dari Sarah sebagai balasan kepada kata-kata puan Juriah. Puan Juriah mati kata. Kalau Sarah dah jeling-jeling tajam, maknanya memang tak boleh lawan kata-kata.

"Cepat!," suara Sarah dah naik volume. "Akak cakap lembut-lembut tak nak dengar, nak kena cakap kasar-kasar jugak. Badan tu sakit, bukan orang nak ajak pergi hospital tu nak main-main. Orang nak bagi dia cepat sembuh... tu pun tak nak... nak beralasan lagi. Nak mengelak-elak lagi! Mak pulak sokong-sokong dia... ha! Bagus sangatlah tu... sokong dia lagi... dia tak nak makan ubat, mak sokong dia...," Sarah dah mula marah-marah. Merah padam mukanya. Mira tertunduk, tak tau nak cakap apa. Puan Juriah sekadar mendiamkan diri. Sarah ni, jarang-jarang marah, tapi kalau sekali dia marah... memang boleh bagi orang tersentap.

"Ha... tak nak siap? tak nak pergi klinik? tak nak pergi hospital? ha...baguslah, buat perangai macam budak-budak...," Sarah masih marah lagi. Kelibat ayah yang muncul dari ruang tamu tak menghentikan bebelannya. Mira dengan puan Juriah diam tak berkata apa-apa. Jangan, nanti silap timing kena lagi teruk. Bukan boleh agak dah tindakan Dr. Sarah kalau kepala dah penuh angin.

"Kenapa ni Sarah? Bising-bising ni...," encik Rahim yang baru saja melangkah dalam rumah pelik mendengar suara Sarah sedang membebel. Sarah membebel? Macam tak kena.

"Dah la... malas orang nak cakap banyak-banyak. Bukan ada yang dengar pun!," terus saja Sarah bangun meninggalkan ruang makan. Encik Rahim pula terpinga-pinga. Dipandang pada puan Juriah, kening diangkat bertanya kenapa. Puan Juriah sekadar menggeleng perlahan. Tidak sampai beberapa minit kemudian, Sarah dah lengkap berpakaian, dah bersiap-siap nak keluar.

"Mak, ayah... Sarah keluar!," dicapai kunci kereta, terus berdesup hilang. Mira tahan air mata yang bertakung. Kak Sarah langsung tak pandang aku. Kak Sarah marah sangat dengan aku. Itulah kau, elok dia ajak ke klinik buat manja-manja beruang. Takut ubatlah, apalah. Kan dia dah marah. Mira angkat wajah pandang mak.

"Mak.... dia marah dengan Mira," muka Mira serba salah. Puan Juriah ikut rasa tak kena. Encik Rahim tak faham apa-apa. Apa yang jadi dengan persatuan wanita dalam rumah aku ni. Perang saraf ke?


******


"Boleh jalan," soal encik Rahim sambil memimpin tangan Mira keluar dari Klinik Joe Fernandez. Mira tersenyum nipis.

"Orang bukan budak keciklah ayah...," guraunya. Tadi lepas kena marah dengan kak Sarah, terus je dia bercerita pada ayah. Dia dah buat kak Sarah angin satu badan. Telefon pun tak nak angkat. Ah, sudah! Time tu dah blur, tak tau nak buat apa. Ayah punya cadangan....

"Mira telan je ubat depan dia, gerenti dia cool balik...," oh. senangnya ayah bercakap. Yang nak kena telan ubatnya aku. Aduh! Tapi takpelah, demi nak memujuk kak Sarah, dia ikut jugak ayah ke klinik. Walaupun hati tak rela. Walaupun, ubat yang doktor bagi mak aih! Saiz macam anak gajah, besar gila. Akan ku besarkan juga ruang tekak ni untuk nak menelan ubat... Demi kak Sarah.

"Aduh!!!," Mira mengaduh sakit apabila bahunya terlanggar seseorang.

"Sorry. Tak sengaja...," orang itu meminta maaf. Mira angkat muka. Dia! Terus dipandang ke wajah ayah. "awak? yang semalam tu kan?," soal pemuda itu. Rasanya macam pernah tengok muka budak ni. Dialih pandang ke kiri, ayah budak ni kot. Salam dihulur tanda hormat.

"Minta maaf pak cik, tak sengaja," ucapnya sekali lagi apabila tiada respon dari Mira.

"Eh... takde apa kot. Mira okay kan?," soal encik Rahim pula. Pelik juga melihat pandangan Mira, seolah-olah nak cakap sesuatu.

"Mira okay...," keluar jugak suara Mira. Dialih pandang ke wajah Razin yang berdiri betul-betul dihadapannya. Kenapa perasaan aku lain. Aku rasa lain bila pandang dia.

"Mira...," panggil Razin apabila Mira seperti tidak sedar merenungnya lama. "awak okay ke? Tak sihat ke?," ucap Razin lagi. Pelik pulak tengok budak ni.

"Mira demam terkejut. Semalam hampir-hampir nak kemalangan," terang encik Rahim bagi pihak Mira. Mira pulak terus diam. Razin membulatkan biji mata. Demam terkejut.

"Pak cik, saya minta maaf sekali lagi... saya tak sengaja semalam. Nasib baik saya sempat brek, kalau tak... tak dapat nak bayang kalau saya dah langgar anak pak cik...," ucap Razin jujur. Risau jugak, nanti jadi apa-apa kat anak orang. Encik Rahim terdiam sejenak. Kemalangan? Langgar? Razin!

"Kamu ni Razin Abdul Rahim ke?," soal encik Rahim. Razin pantas mengangguk. Pandangan encik Rahim menusuri wajah Razin yang bersih tanpa cacat cela. Wajah itu.... subhanallah. Bibirnya bergerak perlahan. Memang sama. Dipandang pula ke arah Mira yang memandang Razin tanpa berkelip. Mira jangan risau, ayah akan tolong Mira.

"Kami gerak dulu ye Razin," ucap encik Rahim meminta diri. Kalau berdiri berjam-jam macam ni, sampai bila pun Mira takkan nak gerak. "Ni kad pak cik... ," dihulurkan sekeping kad berwarna biru kepada Razin. Kad bertukar tangan. Razin tersenyum kecil.

"Pak cik, Abdul Rahim... bapa saya pun Abdul Rahim. Kebetulan," ucapnya tanpa dipinta. Encik Rahim menarik nafas. Peluang.

"Oh.. mana bapa Razin?," sengaja soalan itu diajukan. Serta merta wajah Razin berubah keruh. Encik Rahim mengerutkan kening. "Kenapa?," soalnya lagi.

"Bapa sakit tenat... ada kat wad. Nak pergi tengok dia lepas ni...,"

"Wad mana?,"

"IJN. Okaylah pak cik. Saya pun nak gerak dulu... Mira...," Mira yang sedia dari tadi merenung Razin, "Jaga diri...," Mira mengangguk kecil. Kacau sungguh perasaan ini. Kenapa aku tak boleh nak lepas pandang dia. Lepas Razin berjalan melepasi mereka pun, pandangannya masih tertarik-tarik hendak melihat wajah itu. Wajah yang terasa dekat di hati ini.

"Ehem, ehem!," ayah mendehem sambil tersenyum kecil. Mira angkat kening bertanya. "tunang orang, jangan pandang orang lain lama-lama," ucap encik Rahim sekadar mengusik. Masakan Mira akan berpaling dari tunangnya. Kalau terjadi sekalipun, bukan dengan Razin.

*****

Pintu bilik itu ditolak perlahan. Sekujur jasad terbaring lemah di atas katil. Perlahan encik Rahim mengatur langkah mendekati jasad itu. Ya Allah. Dia meraup wajahnya pedih. Sedih melihat keadaan jasad yang seolah-olah tidak bernyawa itu.

Kerusi ditepi katil ditarik perlahan. Punggungnya dilabuhkan dan bergerak ke sisi katil.

"Assalamualaikum," ucapnya perlahan. Tiada respon. Tidur, keletihan mungkin.

"Kenapa jadi macam ni Im? Selama dua puluh dua tahun kau hilangkan diri, dalam keadaan ni jugak aku ditakdirkan untuk jumpa kau...," matanya dah bergenang air mata. Bekas suami adik iparnya yang gagah perkasa kini terbaring lemah atas katil.

"Aku baru terfikir nak bahagiakan anak perempuan kau dengan berita gembira yang aku dah jumpa ayah kandung dia... tapi, macam mana aku nak cakap kat dia sekarang dengan keadaan kau macam ni....," air mata mengalir lagi namun tidak diseka.

"Kau kenapa buat dia macam tu Im? Kau bencikan aku dan Suria, tapi kau buang Mira. Mira anak kau Im, anak kandung kau dengan Suria... kau kena percaya dengan aku. Semua yang terjadi dulu, fitnah manusia Im...," dia masih meneruskan kata-kata walaupun tiada balasan.

"Tolong bangun Im... jumpa Mira.... anak kau Im. Amira Abdul Rahim, anak kandung kau Im...,"

"Siapa anak kandung?," soalan itu mematikan kata-kata encik Rahim. Pantas diseka air mata yang masih mengalir. Pandangannya beralih ke wajah Razin yang penuh dengan tanda tanya. Pandangan tajam Razin menikam terus ke wajahnya.


*****

Suasana sepi. Dia atau Razin masing-masing sepi tanpa kata-kata.

Razin sekadar melemparkan pandangan kosong. Entah apa yang berada di fikirannya. Dia pening. Seminggu yang lepas dia terserempak dengan pak cik yang diketahui sebagai ayah Mira. Kini, drama apa pulak yang dimainkan oleh pak cik ni. Amira Abdul Rahim anak kandung Im. Ayat tu berulang kembali dalam mindanya. Amira, Mira.... anak bapa?

"Razin...,"

"Pak cik...," serentak mereka bersuara.

"Takpe, pak cik cakap dulu. Razin nak dengar...," tenang Razin berkata. Encik Rahim tarik nafas kemudian menghembuskan perlahan-lahan.

"Mungkin Razin akan terkejut, tapi.... pak cik bukan ada-adakan cerita. Mira tu sebenarnya anak kandung bapa kamu...," ucapnya perlahan. Razin masih dengan wajah tenangnya.

"teruskan... Razin dengar," ucap Razin.

Hikayat kisah hidup Suria-Abdul Rahim dibuka kembali. Kisah yang telah berakhir selama dua puluh dua tahun lamanya, kini dikongsi kembali dengan anak muda di hadapannya. Suria yang berkahwin dengan Abdul Rahim atas dasar cinta namun kahwin tanpa restu keluarga. Perkara pertama yang menyebabkan Suria dibuang keluarga.

Malang bertimpa-timpa buat dirinya, apabila suaminya, Abdul Rahim menceraikannya tidak sampai setahun usia perkahwinan. Kenapa? Semuanya kerana fitnah. Fitnah sememangnya musuh yang paling digeruni manusia. Fitnah yang menyebabkan hidup Suria kucar-kacir. Fitnah yang sama menimpa Suria di saat kelahiran permata hati, Amira. Kasihan Mira, menjadi mangsa benci emak saudara sendiri berpunca daripada fitnah.

"Mira cuma tahu, yang Juriah bukan mak kandungnya. Tapi dia tak tahu, pak cik juga bukan ayah kandungnya. Pak cik takut, kalau tiba-tiba cakap pasal benda ni, dia akan rasa tersisih. Dia akan rasa dia takde sapa-sapa kat sini. Selama ni pun, bukan isteri pak cik suka dengan Mira. Tapi, alhamdulillah... sekarang hubungan mereka dah pulih. Pak cik rasa syukur. Alhamdulillah jugak, sekarang pak cik dah jumpa Im... bolehlah Mira jumpa ayah kandung dia...," mata encik Rahim berkaca-kaca.

"Mak Mira?," soal Razin yang dari tadi khusyuk mendengar cerita.

"Dah takde," Razin tersentak. Tapi, betulkah semua ni.

"Macam mana saya nak percaya dengan kata-kata pak cik ni? Pak cik takde bukti...," ucap Razin tegas. Dia tidak boleh sewenang-wenangnya percayakan apa saja yang dikatakan oleh orang itu. Zaman siber macam ni, mana ada orang nak percaya setakat membacakan Hikayat sang penglipur lara.

Encik Rahim tersenyum kecil. Bukti. Lebih dari cukup.

*****

"Emmm.....sedapnya bau! Sapa nak datang mak?," soalnya mesra. Puan Juriah tersenyum.

"Mak pun tak tahu, ayah suruh masak. Dia kata, tetamu istimewa," Mira kerut dah. Istimewa? Sapa? Khairul... macam tak mungkin. Yela, dah terbang beberapa hari lepas. Haish, baru terasa rindu-rinduan bila pak cik tu dah mula terbang tak pijak darat. Agak-agaknya lepas kahwin nanti, mesti aku selalu kena tinggal.

"Fikir apa Mira?," soal puan Juriah. Mira tersenyum sambil geleng kepala. "Akak mana?," soal puan Juriah lagi.

"Kat depan tu... buat kerja. Mira ke depan ye mak...," dia terus melangkah ke ruang tamu. Sarah tengah khusyuk menghadap lap top. Menyiapkan report kot? Agaknya...

"Akak...," tegur Mira perlahan.

"Hhmmm," itu saja yang Sarah reply.

"Akak... marahkan Mira lagi ke? Dah seminggu lebih akak tak nak cakap dengan Mira...," ucap Mira sayu. Sarah mengerling ke arah Mira dengan ekor mata. Tau takut kalau aku merajuk.

"Lain kali nak buat lagi macam ni?," soal Sarah serius. Pantas Mira menggeleng kepala.

"Tak, Mira janji... takkan...," ucapnya bersungguh-sungguh. Sarah dah tersenyum. Pantas tangannya hinggap di hidung Mira. "Sakitlah akak...," Mira mengaduh manja. Dalam hati dah bersorak riang. Nasiblah akak aku tak rancang nak mogok lama-lama.

"Dah makan ubat?," soal Sarah kepada Mira, namun matanya kembali terarah pada lap top.

"Tak!," jujur jawapan Mira. Opsss! Pantas dia menekup mulut. Terlepas...

"Mira!!!!!!!!!!," bergegar rumah teres dua tingkat milik encik Rahim dek jeritan lantang cik Sarah. Mira hendak bertindak pantas mencabutkan diri ke tingkat atas. Namun tak sempat jugak. Tangannya sudah dicapai oleh Sarah.

"Memang nak kena dah kamu ni....," pipi Mira dicubit geram. "Dah pergi klinik pun tak reti-reti nak makan ubat," Sarah mengancingkan gigi tanda geram. Mira tersengih menayang gigi. Kalau cakap apapun sekarang, dia jugak yang akan kena. So, baik diam dan terima je apa-apa yang kak Sarah buat.

"Hey, kamu berdua ni tak siap-siap lagi?," sergahan ayah membuatkan mereka berdua terdiam. Masing-masing pandang pelik.

"Nak siap ke mana?," soal Sarah.

"Tak cakap nak keluar pun," tambah Mira.

"Kan ada tetamu istimewa nak datang... pakailah lawa-lawa sikit, takkan...," encik Rahim berhenti seketika. Matanya melihat pakaian Sarah dan Mira. Seorang dengan kain batik dan t-shirt, siap bertocang dua, tengah menaip dekat lap top. Sekali pandang macam mak cik zaman siber. Anak aku la tu...

Dialih pandang ke wajah Mira. Dengan tocang ekor kuda, t-shirt lengan suku dengan seluar. Erk! Seluar apalah yang anak aku pakai ni. Siap berkartun mickey mouse... tak matang sungguh.

"Pergilah salin baju... pakai tudung. Ayah dah kasi warning suruh tukar, nanti kamu yang segan sendiri. Sorang dengan kain batik ala-ala mak cik yang lagi sorang macam terlepas dari disneyland dengan seluar mickey mouse tu....," sindir encik Rahim debuk kena kat batang hidung Sarah dengan Mira.

"Ayah.. kain batik ni ok kot... mickey mouse ni yang kena tukar," ucap Sarah bangga. Dia turut memerhatikan Mira dari atas ke bawah. "Apa punya fesyen la yang Mira bawak ni...," Sarah melepaskan tawa. Baru perasan yang Mira ni fail bab-bab fesyen. Mana tidaknya, tengoklah baju dia... ada ke patut, seluar mickey yang terang-benderang warna oren dipadankan pula dengan t-shirt warna hijau. Apa ke cerdik sangat adik kesayangan aku ni. Pemusnah warna betul!

"Dalam rumah je pun....," Mira tak habis cakap lagi. Dah kedengaran salam di depan pintu. Lintang pukang Sarah dengan Mira berlari ke tingkat atas. Encik Rahim dah tersenyum simpul sambil melangkah keluar menuju ke arah pintu pagar.

"Masuklah....," jemputnya. Tetamu yang ditunggu-tunggu telah tiba. Encik Rahim tersenyum senang.

*****



Comments

  1. makin saspen dah nie... mgkn encik razin kot

    ReplyDelete
  2. no no no
    saspen lak ehhh
    t wat r razin couple ngn sarah hehehe

    ReplyDelete
  3. suke sgt2..biar p0wn yg seblm nyerr x bc lg..hehe..
    gud luck cik c0m..
    ^_^

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Cerpen: Lain di Mulut, Lain di Hati

JAMBANGAN bunga ros yang berada di atas mejanya itu dicapai. Tanpa melihat nama pengirim pun dia sudah boleh meneka, siapa pengirimnya. Terus dengusan tidak senang dilepaskan. Tanpa menunggu sesaat, jambangan bunga itu sudah terhumban ke dalam tong sampah di sudut bilik.             Huh! Apa dia fikir aku ni perempuan, nak cair kalau disogokkan dengan bunga. Kalau aku cakap benci, memang akan benci selamanya! rungutnya.             Serentak itu, pintu biliknya diketuk. Terjengul wajah Selina, setiausahanya.             “Encik Irfan, Puan Eryna nak jumpa.”             Sekali lagi dia melepaskan dengusan kasar. Tidak cukup dengan bunga yang merimaskan, sekarang, tuan punya badan pula muncul di depan mata. Ah, benci!             “Suruh dia balik! Saya tak nak jumpa dia.” Kuat dan lantang sekali suara Irfan sehingga begitu jelas buat pendengaran Eryna yang sedang duduk menunggu di luar bilik. Eryna tersentak. Riak wajahnya terus beruba

Cerpen: Hati ini [End]

BUNYI suara yang bertingkah dari ruang tamu mengkakukan langkah Ana di anak tangga terakhir. Dia yang turun ke bawah dengan niat untuk membasahkan tekak terkaku seketika. Tidak mahu menonjolkan diri di hadapan tetamu mama dan papa, tanpa berfikir panjang dia sudah memalingkan badan hendak bergerak ke atas semula. Namun sekali lagi, dirinya terus kaku di situ. Suara yang melaungkan namanya membuatkan badannya menjadi gementar secara tiba-tiba.             “Ana…” namanya dipanggil sekali lagi. Dia kenal suara itu. Terlalu kenal. Tetapi dia tidak mahu memalingkan wajahnya. Atas sebab apa, dia tidak pasti. Ikutkan sahaja kata hati.             Sentuhan di bahu membuatkan Ana tersentak. Pantas dia berpaling dengan wajah yang sudah berubah riak. Dia tidak suka dengan sentuhan itu. Sentuhan yang tidak menghormati dirinya sebagai seorang wanita muslim. Seketika mata mereka bertemu. Ana terkedu. Seakan tersedar dari mimpi… senyuman yang menghiasi

Cerpen: Dia yang aku cinta

Berdebar-debar rasanya saat menanti di ruang legar ini. Menanti kehadiran insan yang disayangi. Menanti saat yang ditunggu-tunggu selama ini. Disunting menjadi suri dalam hidup lelaki yang dicintai. Ah! Indah sungguh rasa…             “Tahulah nak tunggu insan tercinta. Kut iya pun… tak perlulah tayang riak wajah teruja, yang terlebih perisa pulak!” teguran berunsur perlian itu hanya membuatkan dia menjeling manja.             “Biarlah!” balasnya dengan menyampah.             Tiada siapa pun tahu apa yang dirasainya selama dua tahun ini. Hidup berjauhan dengan insan yang memenuhi ruang hatinya. Sungguh menyeksakan jiwa dan raga sahaja!             “Akak…” panggilan itu membuatkan dia melepaskan dengusan manja.             “Apa?!” soalnya geram. Geram saat khayalan indahnya dicantas dengan kejam. Sedangkan, hanya itu yang mampu dilakukan di saat ini.             “Tu…” mulut si adik sudah memuncung ke satu sudut.             Matanya turut berlari mencari. Seketika dia