Skip to main content

pilihan aku vs pilihan mak aku 15

"Dah prepare ke semua benda?," Khairul mengangguk. Tinggal tepat lagi tiga minggu.


"Tapi aku risau la bro!," bahu Razin ditepuknya. Razin angkat kening.


"Risau pasal apa?," Razin mengerutkan dahi pula. Rasanya semua dah settle. Mana tidaknya, semua warga veteran dalam rumah turun padang selesaikan urusan untuk majlis akad nikah Khairul dengan Mira yang akan berlangsung lagi tiga minggu.


"Mira tak tau lagi tarikh nikah. Aku pelik betul dengan planning warga veteran dalam rumah kita ni... interview dekat pejabat kadi pun dia tak pergi lagi," Khairul meluahkan kerisauan yang bertandang di hatinya saban hari. Razin spontan melepaskan tawa. Ingatkan risau pasal apa.


"Dah, dah... kau tak payah nak risau lebih-lebih. Malam ni cadangnya mak nak bagi tahu Mira, sebab minggu depan appointment untuk Mira kat pejabat kadi," mendengarkan jawapan itu, Khairul menghela nafas lega. Senyuman puas tersungging di bibir. Lagi tiga minggu.


"Kau apa cerita?," terus saja Khairul mengalihkan topik perbincangan mereka. Razin sekadar tersenyum kelat. Tahu apa yang ditanya oleh Khairul.


"Negatif!,"


"Langsung no response?," soal Khairul tidak percaya. Razin geleng bersungguh-sungguh.


"Aku tumpang simpati bro!," ucap Khairul dengan nada serius. Namun riak wajahnya tak dapat ditahan dari tersenyum simpul.


"Ni bukan nak bagi simpati, macam nak perli je," Razin menghadiahkan jelingan. Dalam masa yang sama otak sedang ligat berfikir, apa yang patut dilakukan untuk memenangi hati seorang yang bernama Sarah itu.


Khairul melepaskan tawa. "Rileks bro! InsyaAllah, kalau ada jodoh tak ke mana," kata-kata seolah semangat yang meresap ke dalam hati Razin. Betul tu. Kalau ada jodoh, even dia lari ke UK pun aku akan cari jugak. Tapi kenapa UK? Yela, mak cik tu tengah planning nak sambung master dalam masa terdekat ni. Apa-apa pun, aku kena tambahkan usaha, semoga berjaya!


"Dia nak terbang ke UK tak lama lagi," membulat biji mata Khairul.


"UK?," ulangnya tidak percaya.


"Nak sambung belajar. Mira la yang bagi tahu," balas Razin lemah.


"Kau kenapa tak minta tolong Mira," cadang Khairul. Razin mencebik.


"Tunang kau tu, bab-bab nak rekomen orang satu sen pun tak boleh pakai!," Khairul dah tersenyum-senyum. Tau la sangat kemahiran Mira dalam bab-bab macam ni.


"Takde talent langsung!," sambung Razin lagi.


"Kau tak cakap pun aku dah tau," Khairul senyum lagi.


"Nanti dah nikah, kau latih dia banyak sikit bab-bab ni," ucap Razin bersungguh-sungguh. Adikku yang sengal. Nak rekomen abang sendiri pun takde skill. Hampeh!




******


Lagi tiga minggu. Terasa sesak nafas. Macam tak percaya, tapi betul! Macam tak nak percaya, interview kat pejabat kadi menanti minggu depan. Aduh! Kenapa orang dalam rumah ni buat lawak macam ni. Sekurang-kurangnya cakap la awal-awal. Aku boleh la nak prepare secara mental, fizikal, jasmani... dan apalagi?


"Akak betul ke ni?," soal Mira lagi meminta kepastian dari Sarah. Otak masih tak dapat nak cerna kata-kata yang diucapkan oleh mak dan ayah sebentar tadi.


"Betul la... apa yang tak betulnya. Mira dengar kan mak dengan ayah cakap. Semuanya dah ready. Tinggal nak akad nikah je....," jawapan dari Sarah makin menambahkan sesak di dada Mira. Takut! Takut! Macam mustahil je aku nak kena akad nikah lagi tiga minggu.


"Baju Mira?,"


"Dah settle. Akak pilih design. Ukuran baju minta kat mak cik Halimah yang selalu jahit baju kita. Cantik Mira baju akad nikah. Mesti cun punyalah kalau Mira pakai. Nanti minggu depan pergi test, kalau ada nak ubah apa-apa boleh bagi tahu terus dekat tailor tu, dia boleh adjustkan..," jawab Sarah yakin. Wajah Mira dah makin cuak. Ditelan liur berkali-kali.


"Akak....," rengeknya. Sarah cuma memandang Mira yang kelihatan resah. "Mira takut....," ucapnya lagi. Sekejap cuma, ketawa Sarah sudah memenuhi ruang kamar.


"Hei, apalah. Patutlah dari tadi muka pucat semacam. Relaks la... kalau lambat-lambat pun, still kena kahwin jugak kan....," pujuk Sarah. Nak nasihat lebih-lebih, dia pun takde pengalaman. So, bagi kata-kata perangsang jela.


"Tiga minggu...cepatnya!," luah Mira lagi.


"Lagi cepat, lagi bagus Mira," Mira dah kehilangan kata-kata.




******


"Tok kadi tu, serius gila! Takut Mira nak tengok muka dia. Benda yang ada dalam kepala ni, semua boleh hilang dalam sekelip mata!," rungut Mira tak sudah-sudah sejak pulang dari pejabat kadi. Puan Juriah tersenyum. Begitu juga dengan encik Rahim.


"Kalau dia senyum sikit tadi, Mira mesti bersemangat sikit nak jawab soalan yang dia bagi," bebelnya lagi. Puan Juriah pandang encik Rahim. Masing-masing berpandangan sesama sendiri. Akhirnya, kedua-duanya geleng kepala. Layan saja bebelan dari mulut Mira.


"Ju perasan tak, sejak beberapa hari ni... hobi si Mira ni asyik membebel je," perlahan encik Rahim berkata. Puan Juriah tersenyum dan mengangguk kecil.


"Dia dah risau fikir kahwin agaknya. Tu yang ada saja benda yang nak dibebelkan," sokong puan Juriah.


"Tak sangka Mira yang kahwin dulu sebelum Sarah....," tanpa sedar ayat itu dituturkan oleh encik Rahim. Namun, puan Juriah tersenyum penuh makna. Berbeza dengan reaksi encik Rahim yang kelihatan pelik dengan senyuman tersebut.


"Yang awak senyum kenapa pulak?," soal encik Rahim pelik.


"Abang tak tahu ke?,"


"Tahu apa?,"


"Ada orang yang tengah berkenankan anak abang... tapi dia ni, buat jual mahal sangat!," terang puan Juriah. Senyuman terus lekang di bibirnya.


"Sapa Ju?," soal encik Rahim gopoh. Tetapi, puan Juriah tidak memberikan jawapan sebaliknya berdiam dan terus menghadiahkan senyuman manis buat suaminya.




******


Dari tiga minggu jadi dua minggu, sekarang tinggal lagi beberapa hari untuk majlis pernikahan Khairul dan Mira. Mira termenung di birai katil. Dia dah apply cuti seminggu. Cukuplah seminggu. Baru je mula kerja, dah ambil cuti lama-lama. Nak kena dengan bos gamaknya. Mak pula dah ambil alih hobinya, cakap kenapa cuti sekejap sangat.


Pintu diketuk dari luar. Kedengaran suara Sarah memberi salam.


"Masuklah kak...," pelawanya. Suara lemah, gaya macam orang tak makan sepuluh hari.


Sarah melangkah masuk ke bilik dengan senyuman. Namun wajah Mira tidak menghadap ke arahnya.


"Taraaaa......," baju akad nikah Mira ditayangkan depan mata. "Dah siap sepenuhnya, suka tak?," soal Sarah ceria. Mira tersenyum kecil. Sarah terus saja melabuhkan punggung di sebelah Mira. Dicapai tangan Mira dan digenggam erat.


"Happy la pengantin! Apa monyok ni....," Sarah cuba menceriakan keadaan. Mira meneruskan aktiviti termenungnya.


"Mira risaukan apa ni?," soal Sarah lagi. Mira diam. Wajah masih mantain. Namun otak sudah ligat berfikir. Nak mainkan ayat apa. Niatnya ikhlas, nak tolong abang Razin.


"Risaukan akak la.....," Mira mula mencucuk jarum. Terangkat kening Sarah.


"Akak... Kenapa pulak?,"


"Mira langkah bendul! Akak pula tak nak kahwin lagi...."


"Mira tak payah nak pening-pening pasal hal akak... Akak ada masa lagi nak fikir pasal perkara ni," ucap Sarah tanpa mengesyaki apa-apa.


"Akak takde calon ke?," Mira masih mencari peluang. Sarah diam. Calon?


"Mira ada calon untuk akak ke?," mata Mira dah bercahaya. Pucuk dicita ulam mendatang. Mira memang ada calon terbaik untuk akak.


"Akak berminat nak kenal?,"


"Akak dah agak dah! Saja je kan acting macam tak sedap hati, tapi sebenarnya Mira nak perangkap akak dalam soalan yang tak berapa nak professional tu. Kenapa? Ada hati nak jadi broker perkahwinan?," Mira geleng pantas. Aduh. Aku memang tak pro bab-bab ni. Belum apa-apa, kak Sarah dah dapat detect.


"Mana ada akak......," langkah selamat.


"Betul takde niat apa-apa?," soal Sarah.


"Betul akak! Takde!," tekan Mira. Dalam hati dah cuak. Nak kena sound dengan kak Sarah, baik jangan buat benda pelik-pelik yang boleh mengundang kemarahan dia.


"Kalau akak dapat tahu benda pelik-pelik. Siap Mira!,"


"Janji takde!," janji Mira. Nafas lega dihembuskan sebaik saja Sarah melangkah keluar dari bilik. Tak perlu aku sibukkan diri fikir tentang kak Sarah. Baik aku risaukan majlis akad nikah aku jumaat malam ni. Yang tu lagi penting buat masa sekarang.




******


Nak pusing ke kanan atau kiri? Kenapa complicated sangat nak pakai sampin ni? Ke mana pulak pergi si Razin ni. Dari tadi ada temankan aku, sekarang dah lesap.


Khairul masih lagi berusaha mengikat sampin berwarna hitam bersulam benang emas yang dipadankan dengan baju melayu warna krim. Masih tidak berjaya. Semalam dah tengok betul-betul step yang abang Firdaus tunjukkan, tapi tak jadi pula. Nak ikat macam biasa, macam-macam pulak komen yang lain. Hari bahagia ni, pakailah gaya istimewa sikit.


Mana Razin? Matanya melilau mencari kelibat Razin. Sekilas, dia dapat menampak kelibat razin yang sedang sedap meneguk air sejuk. Amboi! Aku dari tadi seteguk air pun tak minum. Dia pulak yang dahaga lebih.


"Razin," laungnya kuat. Razin hanya membalas isyarat sekejap.


"Cepatlah!," Razin berlari-lari anak mendapatkan Khairul.


"Kenapa ni? Tak siap-siap lagi?," soal Razin pelik. Khairul masih lagi memegang kain sampin seperti keadaan asal. Tadi cakap boleh ikat sendiri. Sengihan kelat dari Khairul menjawab segalanya.


"Itulah, berlagak sangat! Aku offer nak tolong tadi, tak nak. Padan muka!," sambil menyindir, tangan Razin pantas mengikat dan mengemaskan sampin di pinggang Khairul.


"Pandai kau ikat sampin gaya macam ni. Dah boleh kahwin dah ni...," pujinya ikhlas. Namun mendapat jelingan tajam dari Razin.


"Puji ke perli?,"


"Dua-dua," selamba Khairul menuturkan jawapan. Serentak mereka lepas tawa.


"Aku bagi kau selesai dulu. Lepas tu aku ambil langkah kanan," ucap Razin tersenyum-senyum.


"Aku doakan kau," balas Khairul ikhlas. Razin tersenyum. "Insya Allah".




******







Comments

  1. yeah yeah..
    jadi gak khairul kawin ngan mira..
    adeh.. kak sarah ni kan..
    gud luck sis..
    slamat berpraktikal

    ReplyDelete
  2. slmt berpraktikal..moga lebih bersemangat ngan n3 baru......sweet sgt ceta ni..

    ReplyDelete
  3. suke2
    da nk kawen da mira...
    pas tu cmt berjaya kat razin!
    mge berjaya menawan ati sarah

    ps: all the best ya! slmt berpraktikal

    ReplyDelete
  4. eheh.. klau leh ikat sampin..dah leh kawen ka??
    *blur*

    hahahaha

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Cerpen: Lain di Mulut, Lain di Hati

JAMBANGAN bunga ros yang berada di atas mejanya itu dicapai. Tanpa melihat nama pengirim pun dia sudah boleh meneka, siapa pengirimnya. Terus dengusan tidak senang dilepaskan. Tanpa menunggu sesaat, jambangan bunga itu sudah terhumban ke dalam tong sampah di sudut bilik.             Huh! Apa dia fikir aku ni perempuan, nak cair kalau disogokkan dengan bunga. Kalau aku cakap benci, memang akan benci selamanya! rungutnya.             Serentak itu, pintu biliknya diketuk. Terjengul wajah Selina, setiausahanya.             “Encik Irfan, Puan Eryna nak jumpa.”             Sekali lagi dia melepaskan dengusan kasar. Tidak cukup dengan bunga yang merimaskan, sekarang, tuan punya badan pula muncul di depan mata. Ah, benci!             “Suruh dia balik! Saya tak nak jumpa dia.” Kuat dan lantang sekali suara Irfan sehingga begitu jelas buat pendengaran Eryna yang sedang duduk menunggu di luar bilik. Eryna tersentak. Riak wajahnya terus beruba

Cerpen: Hati ini [End]

BUNYI suara yang bertingkah dari ruang tamu mengkakukan langkah Ana di anak tangga terakhir. Dia yang turun ke bawah dengan niat untuk membasahkan tekak terkaku seketika. Tidak mahu menonjolkan diri di hadapan tetamu mama dan papa, tanpa berfikir panjang dia sudah memalingkan badan hendak bergerak ke atas semula. Namun sekali lagi, dirinya terus kaku di situ. Suara yang melaungkan namanya membuatkan badannya menjadi gementar secara tiba-tiba.             “Ana…” namanya dipanggil sekali lagi. Dia kenal suara itu. Terlalu kenal. Tetapi dia tidak mahu memalingkan wajahnya. Atas sebab apa, dia tidak pasti. Ikutkan sahaja kata hati.             Sentuhan di bahu membuatkan Ana tersentak. Pantas dia berpaling dengan wajah yang sudah berubah riak. Dia tidak suka dengan sentuhan itu. Sentuhan yang tidak menghormati dirinya sebagai seorang wanita muslim. Seketika mata mereka bertemu. Ana terkedu. Seakan tersedar dari mimpi… senyuman yang menghiasi

Cerpen: Dia yang aku cinta

Berdebar-debar rasanya saat menanti di ruang legar ini. Menanti kehadiran insan yang disayangi. Menanti saat yang ditunggu-tunggu selama ini. Disunting menjadi suri dalam hidup lelaki yang dicintai. Ah! Indah sungguh rasa…             “Tahulah nak tunggu insan tercinta. Kut iya pun… tak perlulah tayang riak wajah teruja, yang terlebih perisa pulak!” teguran berunsur perlian itu hanya membuatkan dia menjeling manja.             “Biarlah!” balasnya dengan menyampah.             Tiada siapa pun tahu apa yang dirasainya selama dua tahun ini. Hidup berjauhan dengan insan yang memenuhi ruang hatinya. Sungguh menyeksakan jiwa dan raga sahaja!             “Akak…” panggilan itu membuatkan dia melepaskan dengusan manja.             “Apa?!” soalnya geram. Geram saat khayalan indahnya dicantas dengan kejam. Sedangkan, hanya itu yang mampu dilakukan di saat ini.             “Tu…” mulut si adik sudah memuncung ke satu sudut.             Matanya turut berlari mencari. Seketika dia