Yang telah di edit. Mungkin ada penambahan dan perubahan serba sedikit. Mungkin juga tak ada. Selamat Membaca :) Nantikan kemunculan novel ini, pertengahan Januari 2012.
Bab
1
PANGGILAN
telefon yang diterima sebentar tadi seolah mampu membuatkan nafasnya terhenti.
Perkara yang begitu dielak selama ini akan terjadi juga dalam hidupnya.
Argh!!!
Rasa nak menjerit hingga terkeluar anak tekak. Mummy tak patut! Sahut hatinya.
Pantas
saja dia mencapai telefon yang dicampakkan ke atas sofa tadi. Nombor telefon
seseorang didail dan talian telah disambungkan. Hatinya resah dan gelisah.
Siapa yang hendak mendengar keluh dan kesah di bibirnya?
“Hello…
Adam!” ucapnya gopoh.
“Ini
akak, Ash… abang Adam tertinggal handphone.
Kenapa? Ada benda penting ke?” suara kakak iparnya, Latifah menampar cuping
telinga.
Alahai
Adam! Kenapa waktu ini juga yang kau nak tertinggal telefon. Sungutnya dalam
hati. Sudah mula ada rasa tidak tenteram di situ.
“Oh…
kak Pah… tak apalah, nanti Ash telefon balik. Aiman tengah buat apa kak?”
sempat lagi dia merisik tentang anak buahnya yang lincah itu.
“Tidur…
penat sangat bermain. Tak apa, nanti akak bagitahu abang, Ash call… okey.”
“Thanks kak…” talian sudah dimatikan.
Badannya sudah disandarkan lesu atas sofa dalam pejabat itu.
Aduh!
Masalah sungguh. Siapa yang minta carikan calon isteri? Aku tak ada buka mulut
pun pasal isu perkahwinan ini. Mummy memang sengaja tau! Mana yang dia tidak
suka, yang itulah mummy hendak. Bikin hati gua resah, gelisah saja. Mana nak
lena tidur malam macam ni!
Ainnur…
Nama
gadis yang meniti corong telinganya. Ainnur?! Aduh. Lagilah rasa hendak lari
berekar jauhnya. Dalam banyak-banyak perempuan dalam Malaysia ini, kenapa budak
kampung itu juga yang jadi pilihan hati mummy?! Aku tak nak! Aku tak suka!
“MUMMY, this
is seriously unfair! Kenapa abang Adam boleh kahwin dengan pilihan sendiri
tapi Ash tak boleh!” suara Ashraf bergema dalam banglo tiga tingkat itu. Sedaya
yang boleh dia hendak menidakkan keputusan yang telah dibuat oleh mummynya,
Puan Mazlin.
“Kenapa
pula tak boleh? Mummy berkenan dengan budak tu… lagipun, bukannya orang lain,
sepupu kamu juga… kenapa pula tak nak dengan budak Ainnur tu? Ashraf… budak tu
baik tau!”
“Orang
tak nak kahwin dengan budak kampung tu… mummy jangan paksa Ash!” buat sekian
kalinya Ashraf menghamburkan jawapan yang sama dari bibirnya.
“Nak
ke… tak nak ke… kena nak juga! Mummy dah pergi meminang pun. Kamu jangan nak
banyak bunyi. Suruh cari sendiri, tak nak… sekarang ni, kamu ikut saja cakap
mummy.” Puan Mazlin menoktahkan bebelan.
Wajah
Ashraf yang sudah terkedu itu dipandangnya lama. Entah apa masalah anak
bongsunya ini, disuruh berkawan dengan budak perempuan… seribu satu alasan dia
bagi. Tersilap hormon ke? Nak kata minat kaum sejenis… hisy! Nauzubillah… Insya-Allah,
anak aku masih straight orangnya.
Tapi kenapa susah sangat nak ngam dengan perempuan? Muskyil sungguh Puan
Mazlin.
“Daddy…
tengoklah mummy ni…” Ashraf yang lama terdiam, tiba-tiba bersuara dan cuba
meraih simpati daddynya, Tuan Shahir.
“Ikut
sajalah cakap mummy. Daddy pun dah tengok Ainnur tu… nampak padan dengan kamu
Ash…” jawapan Tuan Shahir hanya membuatkan Ashraf makin tercekik. Mereka laki
bini sudah berpakat hendak membinikan aku dengan budak kampung itu. Mana
keadilan dalam dunia ini kalau aku dipaksa rela untuk melakukan sesuatu di luar
hasrat dan keinginan hati sendiri.
“Ash
tak nak!” Ashraf masih lagi dengan degilnya.
“Ashraf
Khairi!!!” naik terus pitch suara
Puan Mazlin. Budak seorang ini benar-benar menguji kesabarannya.
“Mummy
tak nak dengar perkataan tak nak dari mulut kamu. Esok kita nak pergi tengok Ainnur…
and that’s it!”
Ashraf
sekali lagi mati kata-kata. Mummy tidak pernah bertindak sesuka hati dalam
halnya. Tidak pernah sama sekali mummy memaksa anak-anak melakukan perkara yang
mereka tidak suka. Mummy seorang ibu yang sangat memahami jiwa muda anak-anak,
tapi sekarang apa sudah jadi?
“Mummy…
Ash tak nak!” rayunya lagi.
“Jangan
degil mummy kata.”
Sekali
lagi jawapan Puan Mazlin mengecewakan Ashraf.
Susah nak bercakap kalau tiada sokongan yang kukuh. Adam! Dialah
satu-satunya harapan yang Ashraf ada. Dia perlukan sumbangan ikhlas berbentuk
pujukan daripada Adam supaya mengubah keputusan Puan Mazlin.
Gila!
Takkan mungkin aku berkahwin dengan budak kampung itu.
‘Persidangan’
kecil yang dihadiri tiga orang manusia itu dibubarkan. Puan Mazlin dengan Tuan
Shahir awal lagi sudah memanjat tangga ke bilik mereka. Tinggallah Ashraf
sendirian yang sedang berteleku di ruang tamu. Bila otak tengah stress macam ini, terasa hendak
melakukan yoga pula. Mungkin boleh tenangkan sedikit mindanya.
‘Dei!
Nak tenang pergi ambil wuduk dan solatlah.’
Mata
Ashraf yang baru saja hendak terkatup untuk memulakan sesi yoga, kembali
terbuka luas. Solat. Hajat! Terus dia berdiri tegak dan memulakan langkah untuk
sampai ke bilik. Ujian apakah yang ditulis buat dirinya? Seawal usia dua puluh
lapan tahun, dia sudah dipaksa untuk menamatkan zaman bujangnya.
‘Awal
ke dua puluh lapan tahun tu?’ desis hatinya sendiri.
‘Awal
la! Aku belum puas hidup membujang!’ sahutnya laju.
“Mummy
dah bagi berapa tahun untuk Ash cari calon sendiri… tapi apa yang Ash bawa
balik rumah? Hari-hari fail tebal. Hari-hari sibuk meeting sana-sini. Dah mengalahkan daddy pula busy kamu ni… bilanya nak kahwin kalau macam ni?” bebelan Puan
Mazlin terngiang-ngiang di telinga. Huish! Tidak tenang langsung telinganya.
Dah macam tape rosak, asyik
mengulang-ulang ayat itu saja dalam kepalanya.
Niat
asal untuk menunaikan solat hajat seakan terbantut. Terus saja langkahnya
dipanjangkan ke arah katil. Dapat baring atas tilam yang empuk ini pun best juga. Tangannya didepakan luas
memenuhi ruang katil itu.
Kalau
kahwin, kena kongsi bilik. Kongsi katil. Kongsi… err… terkelu lidah Ashraf
sebentar. Macam-macam nak kena kongsi. Salah satu sikapnya yang terbawa-bawa
dari kecil, dia tidak suka berkongsi barang miliknya, lebih-lebih lagi dengan
si budak kampung itu. Selalu, kalau mereka balik kampung untuk beraya, ada saja
barangan miliknya yang akan menjadi igauan Ainnur.
Tak
faham betul aku! Barang aku, kenapa yang dia suka sangat! Aku tak suka orang
suka-suka kat barang yang aku suka.
‘Dei!
Berapa banyak suka daa…’
‘Suka
hatilah!’
Minda
Ashraf sudah berselirat. Badannya yang tergolek-golek atas katil tidak membantu
untuk menyelesaikan apa-apa masalah. Bertambah sesak adalah.
“Esok
kita tengok Ainnur!” ayat Puan Mazlin kembali menyapa mindanya. Eh, tunggu
sebentar! Kenapa ayat itu seolah tidak tercerna dalam otak aku tadi? Esok…
Seakan
tersedar tentang sesuatu. Esok pergi tengok Ainnur?! Esok nak pergi utara?! Apa
yang mummy aku tengah fikir ini? Jangan nak buat gila. Aku takkan ikut sebab
esok aku ada appointment dengan klien
penting syarikat. Tak ada maknanya aku nak buang masa pergi ke utara
semata-mata nak kena tengok si budak kampung tu. Kampung girl yang sememeh. Mesti habis saja SPM dah praktis siap
untuk jadi calon isteri mana-mana lelaki. Budak kampung yang tipikal.
Hanya
kutukan lahir dalam hatinya. Foto yang dihulurkan oleh Puan Mazlin tadi tidak
dialihkan langsung. Dibiarkan saja terkubur dalam sampul putih itu. Disebabkan
hatinya tidak ingin dengan budak kampung itu, langsung dia pun tidak teringin hendak
menatap wajah yang sudah lama hilang dari bayangan mindanya.
Ainnur!
Aku tak tengok pun dah boleh agak sikit-sikit macam mana rupa kau. Mesti macam
nenek kebayan! Dengan kain batik dan baju kurung kedah yang seringkali
tersarung di tubuh Ainnur, sedikit pun tak ada beza dengan nenek tua, muka
budak kampung itu.
Sedar
tak sedar, dalam mengutuk mengata Ainnur… akhirnya Ashraf terlena dibawa mimpi
jauh nun ke utara.
salam umi..akak da nampak kat karyaseni tu..tapi tak boleh nak order lagi..tak sabar nak baca kesudahan citer ini..tahniah..ya..nanti akak harap dapat signature adik kat buku tu..
ReplyDeletethanks kak ida sbb sokong KG. InsyaAllah, will be honour to give the signature for my readers :)
ReplyDeleteharap ending KG takkan mengecewakan kak ida dan semua pembaca lain ^^
x sbr nak baca n beli.. ;)
ReplyDeletet bolehla sis signkn tok kira ^^
Wah...
ReplyDeleteTak sabar nak dapatkan...
januari kan...
Nak tahu penyudah hubungan antara Ash dan Ainnur...
cant wait for the novel.. nanti turun KS sign kan? insyaallah nanti kita jumpa yea :-) ...
ReplyDeleteniway, congratulations!!!!
Kira: Thanks :) insyaAllah, ada rezeki boleh sign kan.
ReplyDeleteSyafarina: TQ. Januari, lagi beberapa minggu aje lagi :)
Kak Rohaida: Thanks kak... insyaAllah, kalau berkesempatan, boleh la turun KS. 19 Januari baru habis final exam... :)
xsabar nk tgk version drama . hehehee
ReplyDeleteha...nk bli novel ni..! >,< mesty bes kalu jd drama....xsbar nak tonton..
ReplyDelete