Skip to main content

Kampung Girl [2]


Nantikan kemunculan novel ini di pasaran, pertengahan Januari 2012 terbitan KaryaSeni. :) Selamat Membaca.

Bab 2

SENYUMAN sudah menghiasi bibirnya saat kereta sudah melintasi Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Yan. Perasaannya begitu teruja dapat menjejakkan kaki ke kampung semula. Hampir bergenang air mata. Ainnur, don’t be emotional!
            Hampir sebulan lamanya dia tidak dapat pulang ke rumah gara-gara sibuk dengan urusan kerja. Nasib baik ada juga cuti seminggu ini, dapatlah dia melampiaskan segala rasa rindu yang diperap buat sebulan lamanya. Al-maklumlah… Ainnur kan, anak manja!
            Saat beranda di depan rumahnya sudah begitu jelas di pandangan mata, menitis juga setitik air mata. Ah, rindu! Bila nampak wajah emak dan abah yang setia menanti dirinya di beranda itu, lagilah dia rasa terharu.
            “Mak… abah…” Ainnur sudah melompat keluar dari kereta, gaya bertahun tidak berjumpa dengan mereka. Sedangkan baru sebulan yang lepas dia menjengukkan kepala di rumah untuk berjumpa emak dan abah.
            “Amboi!!! Macam tak balik bertahun ja! Bukan bulan lepas dah balik ka?” usik Mak Ngah yang kebetulan lalu di situ.
            Ainnur tersenyum manja tanpa membalas bicara Mak Ngah. Biarlah orang hendak berkata apa pun, dia tidak kisah. Yang dia kisahkan, hanya rasa rindunya pada kampung halaman yang sering menjadi kebanggaan diri. Ya, inilah kampungku. Kampung Titi Serong. Dan inilah dirinya… kampung girl, yang menjadi kebanggaan emak dan abah. Puan Masyita dan Encik Azmi.
            “Cuti berapa lama?” soal Encik Azmi yang sedang mengeluarkan beg dari bonet kereta Ainnur.
            “Seminggu ja abah… tapi minggu depan, Ain balik lagi kot,” balas Ainnur sambil tersengih. Abahnya sudah menjeling.
            “Minggu ni balik… minggu depan balik… bahaya tu Ain bawa kereta sorang-sorang!” bebel Encik Azmi. Ainnur sudah ketawa.
            “Abah cakap ni, macam Ain drive mai dari Johor Bharu pulak! Penang tu dua jam saja abah dari Kedah… Ain dah expert sangat bab-bab jalan Penang-Yan ni.”
            “Pasal dah perasan expert sangat, tu yang abah risau.”
            Ainnur terdiam. Tahu sangatlah… dia cakap macam mana pun, kerisauan abah itu bukanlah satu perkara yang dapat dihalang. Dari dia kecil sampailah sekarang, abah akan sentiasa berasa risau dengannya.
            Saat pertama kali Ainnur dihantar untuk menjejakkan kaki di Johor Bharu, tidak mungkin dia lupakan raut wajah emak dan abahnya yang begitu sayu. Namun dipujuk juga mereka dengan mengatakan hanya empat tahun saja. Dan bila dia diterbangkan ke New Zealand untuk menyambung program pengajian berkembar di sana, semakin risaulah kedua orang tuanya itu. Macam tak tahu, Ainnur Azmi kan anak kesayangan mereka. Mana boleh berpisah jauh-jauh. Tapi disebabkan atas nama pendidikan, Ainnur teruskan juga perjuangan. Berpisah jauh hanya sekejap tapi pulangnya membawa kejayaan yang membanggakan emak dan abah. Berbaloi kan?
            “Ain nak makan pekasam!”
            “Mak dah agak dah… Ain mesti minta. Tu yang dah masak siap…” sahut Puan Masyita. Mata Ainnur sudah bersinar dengan galak.
            “Sayang mak!!!” sebuah ciuman dihadiahkan ke pipi Puan Masyita.
            “Amboi! Sayang mak sorang… habis, tukang pergi cari ikan pekasam, Ain tak sayang?” sampuk Encik Azmi dari belakang. Ainnur sudah tersengih riang. Sungguh orang tidak akan percaya, dia sudah mencapai usia dua puluh enam tahun. Dengan lagak manja overdose ini, dia sentiasa nampak muda riang.
            “Sayang abah jugak!!!” sebuah ciuman singgah juga ke pipi Encik Azmi.

ALMARI di dalam bilik dibuka. Sehelai kain batik dan baju kurung kedah dicapai. Seperti biasa, itulah pakaian harian Ainnur sekiranya pulang ke kampung. Dia sudah ada aktiviti yang hendak dijalankan pada petang ini. Lantas baju kurung yang tersarung di tubuhnya sudah berganti dengan baju yang diambil dari almari.
            Tuala yang tersangkut di penyidai dicapai dan langkahnya terus diatur ke bilik air. Selesai menyegarkan badan dan berwuduk, Ainnur terus menunaikan solat dahulu.
            “Ain…” suara Puan Masyita sudah memanggil sebaik saja Ainnur selesai menunaikan tuntutan agama yang wajib itu.
            “Nak ke mana ni? Siap bertudung dengan kain batik lagi?” soal Puan Masyita pelik melihat Ainnur yang sedang merapikan tudung dihadapannya. Ainnur tersengih sendiri.
            Racing basikal,” jawab Ainnur dengan selamba.
            “Ain!!!” jegilan Puan Masyita terus mengundang tawa di bibirnya.
            “Ain nak jumpa Sakinah… dia ajak ke rumah tadi. Sekejap saja mak… nanti Ain balik.” Kaki Ainnur sudah melangkah ke depan pintu. “Sebelum… ayam berkokok…” sambungnya sambil ketawa.
            “Ain!!!”
            Ainnur sudah laju mengatur langkah apabila bibir Puan Masyita sudah menghadiahkan bebelan buat dirinya. Dalam pada itu, hatinya tidak berhenti-henti tersenyum teringatkan teman baiknya yang ditemui secara kebetulan tadi.
            “Sakinah!!!” jerit Ainnur yang sememangnya begitu mudah berasa teruja. Makin membulat biji matanya melihat sahabat baiknya itu yang sedang mengendong seorang anak kecil dan perutnya juga sudah makin maju ke depan.
            Wah!!! Dah mengandung anak kedua.
            “Ain… ingatkan siapa buat kecoh sebut nama aku. Hang ka? Bila balik?”
            “Baru ja balik… amboi! Dapat anak tak cakap dengan aku pun!” serang Ainnur dengan muncung di mulut. Sedih! Kawan dah ada anak pun, dia tak tahu.
            Sakinah tersenyum kecil. “Mana ada… mak Ita tau apa. Hang ada dekat oversea masa aku kahwin… takkan dah lupa, mak Ita bagitahu kan…” Ainnur pula yang terdiam mendengar jawapan dari bibir temannya itu.
            “Iyalah… mak ada bagitahu… tapi aku yang terlupa agaknya. Umur berapa ni?” soal Ainnur dengan tangan yang tidak mahu berhenti daripada mengusap pipi si kecil dalam dukungan Sakinah.
            “Empat tahun.” Sakinah tersenyum dan Ainnur… terlopong!
            “Serius???”
            “Iyalah… dah kahwin lima tahun, anak aku ni dah empat tahun. Yang nombor dua ni, Insya-Allah, dalam empat bulan lagi…”
            Jealous aku!” ucap Ainnur tanpa sedar. Sakinah sudah ketawa.
            “Aku tak minat nak sambung belajaq macam hang dengan Nisa… dah sampai jodoh, kahwin sajalah…”
            “Nisa mana?” soal Ainnur laju.
            “Kerja dekat Kuala Lumpur… dia pun dah jarang sangat balik sini. Mak dengan abah dia pun dah pindah pergi Kepala Batas. Memang susahlah nak jumpa dia.”
            Bunyi hon kereta menyentakkan perbualan mereka berdua. Kelihatan suami Sakinah sedang memberi isyarat supaya menyegerakan urusan.
            “Datanglah rumah…” pelawa Sakinah dalam keadaan tergesa-gesa.
            “Iyalah…”
            “Wajib datang! Mak mesti seronok tengok hang…” pelawa Sakinah bersungguh-sungguh.
            Ainnur tersenyum kecil. “Iya, aku datang…” balasnya sambil melambai ke arah Sakinah yang sudah masuk ke dalam proton Saga berwarna putih itu.

Comments

Popular posts from this blog

Cerpen: Lain di Mulut, Lain di Hati

JAMBANGAN bunga ros yang berada di atas mejanya itu dicapai. Tanpa melihat nama pengirim pun dia sudah boleh meneka, siapa pengirimnya. Terus dengusan tidak senang dilepaskan. Tanpa menunggu sesaat, jambangan bunga itu sudah terhumban ke dalam tong sampah di sudut bilik.             Huh! Apa dia fikir aku ni perempuan, nak cair kalau disogokkan dengan bunga. Kalau aku cakap benci, memang akan benci selamanya! rungutnya.             Serentak itu, pintu biliknya diketuk. Terjengul wajah Selina, setiausahanya.             “Encik Irfan, Puan Eryna nak jumpa.”             Sekali lagi dia melepaskan dengusan kasar. Tidak cukup dengan bunga yang merimaskan, sekarang, tuan punya badan pula muncul di depan mata. Ah, benci!             “Suruh dia balik! Saya tak nak jumpa dia.” Kuat dan lantang sekali suara Irfan sehingga begitu jelas buat pendengaran Eryna yang sedang duduk menunggu di luar bilik. Eryna tersentak. Riak wajahnya terus beruba

Cerpen: Dia yang aku cinta

Berdebar-debar rasanya saat menanti di ruang legar ini. Menanti kehadiran insan yang disayangi. Menanti saat yang ditunggu-tunggu selama ini. Disunting menjadi suri dalam hidup lelaki yang dicintai. Ah! Indah sungguh rasa…             “Tahulah nak tunggu insan tercinta. Kut iya pun… tak perlulah tayang riak wajah teruja, yang terlebih perisa pulak!” teguran berunsur perlian itu hanya membuatkan dia menjeling manja.             “Biarlah!” balasnya dengan menyampah.             Tiada siapa pun tahu apa yang dirasainya selama dua tahun ini. Hidup berjauhan dengan insan yang memenuhi ruang hatinya. Sungguh menyeksakan jiwa dan raga sahaja!             “Akak…” panggilan itu membuatkan dia melepaskan dengusan manja.             “Apa?!” soalnya geram. Geram saat khayalan indahnya dicantas dengan kejam. Sedangkan, hanya itu yang mampu dilakukan di saat ini.             “Tu…” mulut si adik sudah memuncung ke satu sudut.             Matanya turut berlari mencari. Seketika dia

Cerpen: Hati ini [End]

BUNYI suara yang bertingkah dari ruang tamu mengkakukan langkah Ana di anak tangga terakhir. Dia yang turun ke bawah dengan niat untuk membasahkan tekak terkaku seketika. Tidak mahu menonjolkan diri di hadapan tetamu mama dan papa, tanpa berfikir panjang dia sudah memalingkan badan hendak bergerak ke atas semula. Namun sekali lagi, dirinya terus kaku di situ. Suara yang melaungkan namanya membuatkan badannya menjadi gementar secara tiba-tiba.             “Ana…” namanya dipanggil sekali lagi. Dia kenal suara itu. Terlalu kenal. Tetapi dia tidak mahu memalingkan wajahnya. Atas sebab apa, dia tidak pasti. Ikutkan sahaja kata hati.             Sentuhan di bahu membuatkan Ana tersentak. Pantas dia berpaling dengan wajah yang sudah berubah riak. Dia tidak suka dengan sentuhan itu. Sentuhan yang tidak menghormati dirinya sebagai seorang wanita muslim. Seketika mata mereka bertemu. Ana terkedu. Seakan tersedar dari mimpi… senyuman yang menghiasi