BUNYI
suara yang bertingkah dari ruang tamu mengkakukan langkah Ana di anak tangga
terakhir. Dia yang turun ke bawah dengan niat untuk membasahkan tekak terkaku
seketika. Tidak mahu menonjolkan diri di hadapan tetamu mama dan papa, tanpa
berfikir panjang dia sudah memalingkan badan hendak bergerak ke atas semula.
Namun sekali lagi, dirinya terus kaku di situ. Suara yang melaungkan namanya
membuatkan badannya menjadi gementar secara tiba-tiba.
“Ana…” namanya dipanggil sekali
lagi. Dia kenal suara itu. Terlalu kenal. Tetapi dia tidak mahu memalingkan
wajahnya. Atas sebab apa, dia tidak pasti. Ikutkan sahaja kata hati.
Sentuhan di bahu membuatkan Ana
tersentak. Pantas dia berpaling dengan wajah yang sudah berubah riak. Dia tidak
suka dengan sentuhan itu. Sentuhan yang tidak menghormati dirinya sebagai
seorang wanita muslim. Seketika mata mereka bertemu. Ana terkedu. Seakan
tersedar dari mimpi… senyuman yang menghiasi bibir jejaka itu membuatkan wajahnya
disimbah darah. Ya Allah!
Tanpa sebarang kata, Ana sudah
meluru naik ke tingkat atas. Dikuncikan pintu biliknya, lantas badannya
bersandar lemah di balik pintu. Tangannya dengan sendiri melurut pada rambut
yang dilepaskan bebas. Mahkota yang dijaga rapi sudah menjadi tatapan mata
lelaki itu. Ana malu. Lebih terasa malu apabila mata yang menatap dirinya
seakan asyik sahaja melayan pemandangan di depan mata.
Bunyi mesej yang kedengaran
membuatkan pandangan Ana beralih pada meja di dalam biliknya. Dicapai telefon
bimbit yang berwarna putih itu. Tanpa sebarang rasa, dibuka peti masuk pesanan.
Namun, di saat mata meniti pesanan
yang tertera… hatinya mulai berdebar kembali.
Indahnya wahai bidadari pujaan
hati... -Faisal-
‘Bidadari pujaan hati.’ Ulang Ana
sendiri. Dalam pada dia merasakan pelik dengan kehadiran Faisal di kediaman
ini, hatinya turut menyelitkan satu rasa yang aneh. Sejak terdengar perbualan
antara Faisal dan Reza di restoran tempoh hari, hatinya seakan dibuai oleh bayu
indah. Dalam sedih, dia terasa gembira. Niat di hati untuk mengintai kekasih
yang meninggalkan dirinya tapi tidak disangka… lain pula yang sudah bermula
bertapak di hati.
“Ana… buka pintu ni nak…” suara mama
kedengaran dari luar. Pantas sahaja Ana menyarungkan tudung yang tersangkut di
penyidai. Pintu terkuak dan wajah mama yang tersenyum riang berlayar di mata.
Di sisi mama, berdiri seorang lagi wanita yang anggun penampilannya. Juga
tersenyum indah buat tatapan Ana.
“Kenalkan… auntie Fairuz.” Ana sudah
menghulurkan tangan untuk bersalaman. “Ni anak sulung saya… Suzana.” Ceria
suara mama memperkenalkan dua insan itu.
“Cantik sungguh… sopan.” Pujian
spontan auntie Fairuz membuatkan Ana tersenyum hambar. Apa gunanya cantik dan
sopan, kalau dia sudah kehilangan ‘sesuatu’ yang bermakna sebagai seorang
wanita.
“Patutlah anak teruna I tu serba tak
kena aje… asyik teringatkan bidadari nilah ya.” Usikan yang bersahaja itu
membuatkan debaran Ana kembali. Anak teruna auntie Fairuz? Faisalkah?
“Ana… pergilah ke ruang tamu, papa
dengan uncle Zaid tengah tunggu kamu.”
Arahan seterusnya membuatkan Ana
terkaku. Mindanya seakan lambat sahaja hendak mencerna setiap patah yang
diucapkan oleh bibir mama.
“Untuk apa ma?” soalnya tidak mahu
berteka-teki dengan perasaan sendiri.
“Jomlah Ana… kita berkenal-kenalan,”
auntie Fairuz sudah menarik lengan Ana untuk melangkah ke luar. Ana terkedu.
Saat matanya kembali bertembung dengan mata Faisal, dia semakin hilang tumpuan.
Tidak tentu arah dibuatnya dengan pandangan yang begitu mendamaikan jiwa.
*****
SEPI
seketika di ruang makan apabila semuanya begitu khusyuk menjamu selera.
Masing-masing begitu menikmati hidangan sehingga tidak perasan, ada satu jasad
yang begitu resah menghadap rezeki di depan mata.
“Ana… makanlah. Kenapa asyik pandang
pinggan aje dari tadi…” teguran uncle Zaid membuat Ana termalu sendiri.
Senyuman nipis tersungging di bibir. Namun senyuman itu mati dengan sendiri
saat matanya berlaga dengan pandangan tajam Suraya. Dia tahu kenapa. Tetapi
sungguh… ini bukan rancangannya. Dia tidak pernah sekalipun merencanakan
perkara ini.
“Maaf kalau saya terburu-buru…”
Faisal sudah mula bersuara apabila Ana kekal membisu. Selesai sahaja makan,
mereka ditinggalkan berdua di ruang makan ini. Biar berbincang dari hati ke
hati kata auntie Fairuz dan mama. Papa dan uncle Zaid menyokong.
“Ana… jangan diam macam ni. Cakap
aje apa yang terbuku dalam hati tu…” pujuk Faisal lagi.
Ana mengeluh kecil. Jelingan Suraya
yang seakan mencemuh dirinya dalam diam. Ditambah dengan keadaan diri yang
tidak sempurna membuatkan dia serba salah untuk menyatakan perkataan sudi
terhadap lamaran yang dibawa oleh auntie Fairuz.
“Kenapa saya? Su kan ada… dia lebih
layak.”
“Saya bukan minta cadangan… saya
minta jawapan. Minta awak kongsikan rasa hati.”
“Encik Faisal… encik pun tahu kan pasal
saya. Saya rasa tak layak…” balas Ana dengan nada yang rendah. Faisal tersenyum
tenang.
“Ana… saya ikhlas.”
“Fikirkan lagi sekali…” ucap Ana
seakan tidak yakin.
Faisal tersenyum terus. “Saya yakin
dan saya tak rasa perlu berfikir beratus-ratus kali lagi. Awak setuju?”
Ana terdiam. Senyuman di bibir
Faisal benar-benar mengoyahkan hati wanitanya. Senyuman itu sangat ikhlas
sehingga mampu membuatkan bibirnya berkata ya tanpa ragu-ragu. Tetapi dia masih
tidak bersuara. Masih mahu mengambil masa.
“Bagi saya masa…”
“Janji awak akan setuju?”
“Saya kena fikir dulu.”
“Setuju?”
“Encik Faisal!!!” tekan Ana geram.
Bibirnya sudah diketap. Geram rasanya bila Faisal asyik mendesak. Tetapi
senyuman di bibir lelaki itu lain pula riasnya. Lelaki itu kelihatan bahagia
apabila wajahnya sudah masam dan memuncung. Argh!!! Dia memang tidak pernah
berubah. Lelaki sarkastik yang selalu membuatkan Ana naik darah.
*****
“KALAU
Ana tanya mama… setujulah jawabnya. Mama suka…” jawapan mama hanya melemahkan
semangat Ana. Fikirnya hendak ditolak tetapi mama sudah berkenan pula.
“Tapi ma… Ana kan…” ayat Ana
terhenti.
“Faisal dah cakap dengan mama… dia
tahu semua pasal Ana.” Mama tersenyum. “Mama nampak dia ikhlas Ana… dia akan
jaga Ana dengan baik.”
“Suraya sukakan dia mama…”
Mama yang baru hendak membuka mulut
bersuara kelihatan terpempan mendengarkan ayat Ana. Lantas tanpa Ana sedari,
dia telah membuka kisah yang memalukan dirinya di pejabat Faisal. Peristiwa
yang telah membuka ruang pada Faisal mengetahui aib dirinya.
“Betul ke apa Ana cakap ni?” suara
mama menjadi berang. Riak wajahnya menunjukkan bahawa dia berang. Sungguh
biadap anaknya yang bernama Suraya itu. Sanggup mengaibkan maruah kakak
sendiri. Mama menjadi kesal dengan sikap Suraya yang makin menjadi-jadi.
“Mungkin dia tak sengaja.” Ana
bersuara perlahan. Bibirnya diketap laju. Kenapa pula mulut ini boleh terbuka
tentang kisah itu dengan mama? Pasti sahaja Suraya bertambah benci dengan
dirinya. Ah, sememangnya Suraya sentiasa bencikan dirinya!
“Ana bela budak tu! Ana pun sama
dengan papa… bagi sangat muka dekat dia. Dia buat apa pun tak kisah. Itu yang
naik lemak. Papa pun, manjakan sangat budak tu... mama dah tak boleh bersabar.
Hari ni jugak mama nak selesaikan semuanya.”
“Mama…” Ana menjadi kaget apabila mama
tiba-tiba bangun berdiri hendak keluar dari biliknya.
“Ana jangan halang mama… mama tak
kira, yang mama tahu sekarang ni… Ana dengan Faisal akan berkahwin. Suraya ke…
siapa ke, tak boleh jadi batu penghalang untuk perkara ni…” sebaik sahaja
menuturkan ayat itu, mama sudah melangkah laju meninggalkan ruang bilik Ana.
Sedangkan Ana… sudah terkedu. Mama sendiri sudah membuat keputusan untuknya.
*****
WAJAH
Suraya mencuka. Papa yang duduk di sisinya kelihatan tegang senada dengan riak
mama. Ana… huh! Betina itu masih wujud di antara mereka. Hatinya menjadi panas
saat tangan mama melayang ke pipinya. Keadaan dirinya tidak ubah seperti diri
Ana yang menerima penampar daripada papa lima tahun sudah. Tetapi yang
membezakan mereka, dia tidak berbuat apa-apa kesalahan sedangkan Ana… memalukan
keluarga aje! Bentaknya geram.
“Su memang keji kan, sanggup
burukkan nama kakak Su depan orang lain.” Marah mama. Suraya mencebik.
“Su burukkan nama dia? Nama dia
memang dah sedia buruk pun… tak perlu diburukkan lagi…”
“Suraya!!!” tengkingan mama
membuatkan Suraya terdiam. Gerun hatinya menghadapi kemarahan mama kali ini.
“Yang awak ni marah-marah Su kenapa?
Apa tak betul… si Ana tu, memang dah kotor pun!” ucap papa dengan sinis.
Wajah Ana sudah berubah riak.
Kata-kata papa bagaikan sembilu yang menusuk ke hati. Biarpun benar dirinya
kotor tetapi apa perlu papa berkata begitu? Hina sungguh dirinya pada pandangan
papa. Kiranya, sepanjang kehadiran keluarga Faisal, papa cuba sedaya upaya
mengawal diri untuk berlagak baik dengannya. Ah, sadis sungguh hidup ini! Tidak
sangka Ana, papa juga pandai bertalam dua muka.
“Abang!!!” suara mama meninggi dan
terkejut. “Abang tak patut cakap macam tu pada Ana… Ana bukan macam tu!”
“Habis… yang lima tahun lepas, kes
pelajar kena buang kolej sebab bersekedudukan dengan lelaki dalam hostel, itu
bukan si Ana ni ke?” suara papa pun meninggi sekali. Wajah papa dan mama tegang
dan memerah.
“Saya percayakan anak saya. Dia
bukan jenis perempuan yang senang-senang nak serahkan diri pada lelaki
sembarangan. Anak abang ni kena aniaya orang… tapi kenapa abang tetap nak
percayakan cakap orang lain? Kenapa abang tak nak percayakan Ana?”
Suraya tersenyum mengejek di kala
wajah Ana berubah warna. Wajah yang keruh itu hanya menambahkan gula dalam senyumannya.
Padan muka! Ada hati hendakkan si kacak Faisal… perempuan tak sedar diri!
Kutuknya dalam hati.
“Apa pun yang awak cakap… takkan
dapat mengubah kenyataan yang anak perempuan awak ni dah tak suci!!!” suara
papa melantun kuat di ruang tamu itu. “Saya hairan betullah… apalah yang si
Faisal nampak dekat dia ni, sampai datang ke rumah nak ajak kahwin… ke anak
awak ni ada ‘hubungan’ dengan dia… maklumlah, dia kan berpengalaman.”
“Papa!!!” Ana tergamam. Tidak
menyangka dia akan menaikkan suara pada papa. Tetapi, kata-kata papa sungguh
melampau. Dia bukan perempuan murahan. Apa yang berlaku sebelum ini pun bukan
salahnya. Dia tidak tahu! Dia cuma mangsa keadaan. Kenapa susah sangat papa nak
percayakan sebarang kata dari bibirnya?
“Ana tahu Ana dah tak ada apa-apa…
Ana tahu Ana ni jijik, kotor… perempuan tak bermaruah! Tapi… satu aje papa kena
ingat, Ana bukan perempuan murahan yang nak senang-senang serahkan diri pada
seorang laki. Mak dengan bapa Ana tak pernah mengajar Ana macam tu…” luah Ana
dengan rasa geram. Air mata yang sedang bergenang ditahan. Dia tidak boleh
menangis di kala ini.
“Eleh… cakap macam bagus aje…”
sindir Suraya.
“Kau diam!!!” bentak Ana keras.
Suraya terdiam. Wajah Ana yang tadinya kelihatan sugul, terus berubah seperti
singa kelaparan.
“Ana!!!”
“Papa pun diam!!!” Ana membentak
lagi. Kepalanya sudah kusut kembali. Emosi yang sudah berjaya dikawal sejak
lima tahun dulu, muncul kembali. Perasaannya sangat tertekan di kala ini.
“Ana…” mama pula cuba bersuara.
Reaksi Ana membimbangkan hatinya.
“Ana rasa macam nak mati… biar Ana
mati aje mama. Biar Ana mati kalau itu yang dapat bahagiakan papa dan Su…” Ana
sudah jatuh terjelopok di atas lantai. Kudratnya sudah tidak ada. Pertuduhan
papa tadi benar-benar melemahkan dirinya. Sampai hati papa…
*****
“KENAPA
keluar dari rumah?” soalan itu dibiarkan sahaja tanpa jawapan. Ana terus
melangkah ke arah perhentian bas berhampiran. Dia hendak membeli perkakas
rumah. Tawar sudah hatinya dengan pertuduhan papa. Disebabkan itu, ini
dirasakan keputusan yang terbaik. Keluar daripada rumah. Puas mama menghalang,
tetapi dia sudah tidak bisa. Pedih hati dan telingannya dengan ucapan sinis
papa dan Suraya. Mungkin papa tidak suka kerana Faisal melamar dirinya dan
bukan Suraya.
“Ana… I’m talking to you!” suara
Faisal di sisi membuatkan dia mengalihkan wajahnya ke sebelah.
“Baliklah… jangan cari saya.”
“Why???”
“Sebab…” Ana terdiam seketika.
Panahan mata yang penuh dengan harapan itu membuatkan dia kelu.
“Kita kahwin Ana!” ucap Faisal
tiba-tiba. Kebisuan Ana membuatkan jiwa mudanya terseksa. Dia tidak mahu
menunggu lebih lama. Bimbang akan kehilangan Ana. Dia tidak sanggup begitu.
Sedangkan Ana sudah tergamam.
Membulat matanya. “Hah!!!”
“Kahwin Ana… kita kahwin…” ulang
Faisal lagi.
“Sa… saya…” bibir Ana bergetar
sendiri.
“Say yes Ana… please. For me sayang…
please… please…”
Ana terlopong melihat aksi Faisal
yang seakan anak kecil meminta candy. Wajah lelaki itu comel sekali. Geli hati
dibuatnya.
“Please…” tekan Faisal. Di kala itu
Ana sudah melepaskan tawanya.
“I’ll take this as yes…” ucap Faisal
dengan senyuman yang melebar.
Ana masih tertawa. “Saya belum cakap
pun lagi…”
“Susah sangat ke nak cakap ya, saya
sudi jadi isteri Faisal…” keluh Faisal perlahan.
Ana tersenyum kecil. Setelah beberapa
hari memeruk rasa, akhirnya bibirnya berjaya tersenyum jua. Tidak sekali dia
menyangka, Faisal akan berjaya membungakan senyuman di wajahnya.
“Give me a reason, why should I marry
you?” soal Ana yang sudah berpeluk tubuh di hadapan Faisal. Faisal sudah tersenyum
kembali.
“I’ll give you thousand reason why
you shouldn’t reject me… but please, say yes first…” serentak itu tangan Faisal
sudah mencabut bunga raya yang kembang elok pada pokok berhampiran mereka.
Sungguh tidak beretika tetapi dalam keadaan darurat, halal aje.
“Be my wife… then I’ll be your love
forever.” Bunga raya itu sudah disuakan pada Ana. Ana kembali ketawa.
“Apa ni? Melamar dengan bunga raya…”
“Kira okeylah, daripada tak ada
apa-apa… cepat, cakap ya!”
“Tak naklah…” nada Ana seakan bergurau.
“Kenapa?” Faisal geram.
“Kuat mengarah. Sarkastik. Tak
romantik. Tak bestlah jadi suami.”
“Ana…!!!” Faisal sudah mengetap
bibir. Eeeiii… geram pula dengan si Ana ni. “Better you say yes… kalau tak,
menangis siang malam nanti tak dapat kahwin dengan lelaki sekacak ni.”
Ana tersenyum terus. Tanpa kata
jemarinya sudah mencapai bunga raya di pegangan Faisal. Serentak itu dia sudah
mengalihkan wajahnya yang mulai merah dengan tindakannya sendiri. Did I just
say yes?
“I love you Ana!!!” laung Faisal dengan
teruja.
“Ana!!!”
Faisal dan Ana beralih serentak pada
suara itu.
“Sampai hati Ana buat macam ni!”
Ana terkedu. Faisal pula yang
menjadi pelik dengan situasi ini.
*****
“KENAPA
baru sekarang?” soal Ana tanpa nada. Wajah Reza dengan pandangan penuh harapan
di hadapannya kini seolah tidak memberikan sebarang makna.
“Sepatutnya lima tahun sudah Reza
cakap benda ni dengan Ana… bukan sekarang!” sambung Ana lagi.
“Tapi, Reza sayangkan Ana… Ana pun
sayangkan Reza kan? Kita kahwin sayang… Reza akan jaga Ana.”
Ana melepaskan tawa dengan rasa
pedih. Permainan manusia apakah yang sedang menjerat dirinya? Dulu dia dibuang
seperti sampah. Dicaci dan dihina dek kerana keadaan diri yang tidak suci.
Tetapi apa yang sedang berlaku kini? Kenapa lelaki yang pernah tidak
mempercayai dirinya pada satu ketika itu, kembali untuk menjalin kasih?
“Reza pernah tak percayakan Ana…”
“Itu dulu sayang… Reza akan sentiasa
percayakan Ana. Percayalah.” Potong Reza dengan laju.
Mata Ana mengerling ke luar ruang
makan. Tubuh Faisal yang sedang bersandar pada dinding putih itu direnung
seketika. Matanya kembali bertaut dengan pandangan Reza yang sedang menanti
jawabnya.
“Jangan kecewakan Reza… Reza tak
sanggup kehilangan Ana.” Sambung Reza lagi tanpa bertangguh. Lirikan mata Ana
pada Faisal yang sedang membelakangi mereka menggusarkan jiwanya. Bimbang jika
jawapan tidak akan berpihak pada dirinya. Dia tidak sanggup.
“Ana…”
“Sayangkan Reza kan?” potong Reza
lagi. Ana sudah mengeluh kecil. Seperti dia tidak kenal dengan perangai Reza…
bila putih katanya, maka putihlah… tetapi hati Ana?
*****
SUDAH
lama dia tidak ke sini. Lima tahun dulu, sinilah tempat tinggalnya setelah
dibuang dari kolej. Pusat pemulihan akhlak yang banyak mengajar dirinya menjadi
lebih insaf. Menyedarkan diri tentang singkatnya hidup ini. Terbuka pintu
hatinya di kala mendengar bayan ustaz-ustaz tentang ujian dari Ilahi.
Setiap manusia akan diuji. Berat dan
ringan, pasti sahaja ada ujiannya. Di kala dia terasa hendak melenyapkan diri
dari atas muka bumi ini, adalah guru yang sanggup mencapai tangannya untuk
terus tabah dan meneruskan jalan. Ada sahabat yang berkongsi pengalaman seakan
dirinya. Ada mama yang sentiasa percayakan dirinya. Ada Allah yang sentiasa
menerima taubat hamba-Nya. Ana bersyukur dengan semua ini biarpun pengalaman
hidupnya tidak seindah mimpi.
“Ana… Suzana…” panggilan itu
membuatkan Ana berkalih. Spontan bibirnya sudah tersenyum. Insan yang paling
dikagumi, Umi Sarah sudah mendepakan tangan. Tanpa berfikir panjang, Ana sudah
meluru ke dalam pelukan Umi Sarah.
“Anak umi, sihat?” Ana mengangguk.
Tidak terkeluar suara di saat ini. Perasaan sebak menguasai hati. Air matanya
menitis jua tanpa dapat ditahan.
“Sayang… kenapa menangis ni? Siapa
yang buli anak umi? Cakap dengan umi sekarang?” soal Umi Sarah bertubi-tubi.
Ana sudah tersenyum kecil sambil menggelengkan kepala.
“Ana nak tidur sini… untuk beberapa
hari. Boleh umi?” soal Ana teragak-agak.
Umi Sarah sudah tersenyum. “Mestilah
boleh sayang… untuk anak umi ni, semua pun boleh.” Umi Sarah sudah menarik
jemari Ana. Dipimpin tangan gadis itu sehingga ke dalam kawasan asrama yang
dihuni oleh peserta pemulihan akhlak. Sama seperti Ana lima tahun sudah.
*****
“ANA
buatlah solat istikarah… pilih mana yang terbaik. Pada pandangan umi, dua-dua
juga nampak ikhlas…” nasihat Umi Sarah.
“Tapi Reza pernah tak percayakan Ana
umi. Sepatutnya dia percayakan diri Ana lebih pada orang lain… tapi tak. Dia
tinggalkan Ana terkontang-kanting seorang diri… Ana perlukan sokongan waktu tu
umi…”
Umi Sarah tersenyum. “Manusia Ana…
kita ni diuji bukan saja dari segi menerima musibah, kecelakaan, kematian… tapi
perasaan itu sendiri pun satu ujian yang perlu dihadapi Ana. Keadaan Reza waktu
tu… Ana pun tak tahu. Perasaan dia juga mungkin bercelaru. Fikiran logik manusia
Ana… siapa yang mampu menghalang. Dia mungkin sayang… tapi untuk katakan itu,
ada perkara yang menghalang. Musibah yang menimpa diri Ana.”
“Habis… Faisal?”
“Dia kelihatan seperti seorang anak
muda yang sangat budiman…” Ana sudah tersenyum sendiri dengan ulasan Umi Sarah.
“Amboi, senyum sampai ke telinga! Pasti sudah dicuri hati si gadis ni…” Ana
tersipu dengan usikan Umi Sarah.
“Umi rasa… Ana ni sudah ada jawapan.
Tapi kenapa masih hendak bertanya sayang?”
Ana mengeluh… “Ana risau. Bimbang
kalau diri Ana akan mengecewakan orang lain. Dah penat rasanya bila fikirkan
berapa hati yang dah Ana kecewakan hingga ke saat ini…” suara Ana makin
mengendur.
Usapan lembut di bahu membuatkan dia
menangkat kepala. Pandangan penuh kasih Umi Sarah bertaut dengannya. Senyuman
yang sering mewarnai hidupnya di kala dilema masih inda terukir di bibir wanita
itu. Ah, cekalnya Umi Sarah dalam melayari kehidupan ini meskipun dirinya
pernah berada dalam keadaan yang lebih teruk daripada diri aku pada suatu waktu
itu. Tapi aku… bisikan hati Ana terus bergema.
“Berdoalah Ana… doa itulah senjata
mukmin yang terbaik. Minta pada Dia yang mendengar. Dia akan mudahkan
segalanya… Ana jangan bimbang, apa pun pilihan Ana… umi pasti itu adalah yang
terbaik diaturkan oleh Dia.” Umi Sarah tersenyum lagi.
“Terima kasih umi… sebab sentiasa
ada untuk Ana.” Ana terus memeluk Umi Sarah. Sebak keduanya.
*****
“KAMU
ni kenapa hah? Mama betul-betul tak faham la dengan Su ni… apa yang Su tak puas
hati sangat dengan kak Ana… anak mama tu, dah keluar dari rumah ni tau tak???
Semua ni sebab Su!” bentak mama sekuat hati. Hilang sudah sifat tenangnya yang
cuba dibawa selama ini.
“Mama ni kenapa? Nak salahkan Su
pulak! Memang patut pun perempuan tu keluar dari rumah ni… memalukan aje!”
balas Suraya dengan kasar. Geram rasanya kerana asyik dimarahi kerana Ana. Ana
sudah tidak ada di depan mata pun, mama masih hendak mencari Ana. Ana! Ana!
Ana!
BOSAN!!! Jerit hatinya.
“Memang salah Su! Kalau bukan mulut
Su yang kurang ajar ni… anak mama takkan keluar dari rumah ni tau…”
“Balik-balik Ana… habis, Su ni bukan
anak mama… tolonglah mama… Su menyampah la mama asyik membebel pasal perempuan
tak tahu malu tu dengan Su!” bentak Suraya.
PANG!!!
Suraya tergamam. Sekali lagi pipinya
menjadi mangsa jemari mama. Merah wajah mama menahan marah.
“Mulut Su jangan celupar tau!
Perempuan tak tahu malu yang Su sebut-sebut tu… kakak kandung Su. Anak mama dan
papa… tolong hormat sikit!” tengking mama. Tertekan rasanya dengan mulut Suraya
yang terlalu kurang ajar itu. Bagaimana harus dijelaskan pada anaknya yang
seorang ini supaya lebih menghormati kakak kandungnya itu.
“Su benci dia!!!” jeritan Suraya
memenuhi ruang tamu.
“Suraya!!!” suara mama ikut
meninggi.
“Su benci Ana… Su benci dia!!! Mama
dengan papa tak pernah nak sayangkan Su macam Ana… kenapa??? Bukan Ana seorang
anak mama dengan papa… lepas dia dah conteng arang kat muka mama dan papa pun,
mama masih nak sanjung perempuan tak tahu malu tu. Kenapa??? Su benci dia! Su
benci dia… lepas dah macam-macam yang Su rancang, mama masih nak banggakan dia
tu kenapa???” bentak Suraya seakan dirasuk.
“Apa yang Su cakap ni?”
“Su benci dia!!!” tanpa menjawab
pertanyaan mama, Suraya terus melaungkan ayat benci itu sekuat hati.
“Apa yang Su buat pada Ana???” mama
menjerkah. “Cakap pada mama Su!!!”
Mata Suraya sudah tajam merenung
wajah mama yang senada dengannya. Matanya penuh dengan kebencian. Benci yang
sudah lama bertapak di hati. Sejak dari dulu lagi. Benci yang akhirnya menapak
dan membentuk dendam di hati buat insan yang dikatakan saudara kandung dirinya.
Sungguh dia benci perempuan yang selalu merampas kebahagiaan dirinya itu.
“Su yang ‘rosakkan’ Ana! Cukup… puas
hati mama!!!” suara Suraya melengking lagi.
“Suraya!!!”
PANG!!!
Mama terdiam. Suraya tergamam.
Pipinya terasa pijar. Air matanya terus mengalir keluar sambil tangannya pada
pipi yang terasa pedih. Matanya pula tidak berkedip jatuh pada pandangan yang
mengerunkan hatinya. Papa!
“Ana…” tiba-tiba mama bersuara
kembali. Tubuh Ana yang sudah terbaring di muka pintu membuatkan kakinya pantas
melangkah ke situ.
*****
AIR
mata mengalir tidak berhenti. Mengenangkan apa yang terjadi… tidak pernah dia
bermimpi untuk mengetahui kebenaran itu kerana apa yang benar itu lebih
memeritkan jiwanya. Sakit di hati ini hanya Allah sahaja yang tahu. Dia lebih
rela jika tidak tahu akan kebenaran itu buat selama-lamanya.
“Apa salah aku? Kau cakap Su… apa
salah aku?” air matanya laju mengalir di pipi. Wajah Suraya yang tertunduk
sebagai pesalah itu dipandang dengan rasa sayu. Apakah dosa yang telah
dilakukan sehingga dirinya menjadi mangsa kebencian adik sendiri?
“Kenapa kau sanggup buat macam tu?
Kau bukan malukan aku aje Su… kau dah malukan keluarga kita… papa… mama… kenapa
Su?” Ana bersuara lagi. Namun masih tiada balasan daripada Suraya.
Bibir Suraya seakan terkunci. Hilang
sudah keghairahan ketika melontarkan kata sejak penampar sulung papa melayang
ke muka. Dia sudah tidak berani hendak berkata apa-apa kerana kuasa besar yang
menyokongnya selama ini sudah tidak ada. Dan semuanya kerana… kebodohannya
sendiri. Kau memang bodoh Su! Hatinya mengejek.
“Kenapa Su…” mata Ana sudah hendak
terkatup namun bibirnya masih melontarkan suara. “Kalau kau tak buat macam tu…”
matanya sudah terkatup. “Reza takkan kecewa dengan aku…” kata Ana ternoktah.
Dia sudah terlena. Tetapi dia tidak sedar, ada jiwa lain yang sudah mula
merana.
*****
“AKU
faham… dia pilih kau.” Tergamam Reza mendengar kata-kata dari bibir Faisal.
Seakan tidak percaya. Separuh hatinya sudah melonjak gembira. Namun separuh lagi
seakan kaku. Kenapa air muka Faisal pada ketika ini begitu membuatkan dia
berasa bersalah?
“Dia cakap pada kau?” soal Reza.
Faisal menggeleng perlahan.
“Habis tu?”
“Aku terdengar… dia tak tahu pun aku
dengar.” Sambung Faisal dengan suara yang semakin lemah. Selemah hatinya di
kala ini. Hati ini sudah mula lemah. Merundum jatuh semangatnya ketika hendak
melawat Ana tempoh hari. Tidak sekali dia menyangka… seminggu Ana pergi mencari
jawapan namun kepulangannya membawa kepada perpisahan mutlak. Tetapi dia sedar,
dirinya hanya insan baru dalam diri Ana. Mungkin tidak sepenting Reza. Mungkin
tidak seistimewa mana.
“Aku…” baru sahaja Reza membuka
mulut hendak berbicara, pantas Faisal mencelah.
“Aku tak nak dengar kau cakap
apa-apa, melainkan janji… Ana akan bahagia.”
Reza terdiam.
“Janji dengan aku Reza…” gesa
Faisal.
“Aku janji!”
*****
PINTU
pejabatnya ditolak dari luar. Dengan langkah yang lemah kakinya menuju ke meja.
Perasaan kecewa yang sedang bertandang di hati cuba ditolak jauh-jauh. Dia
tidak mahu perasaan itu menjejaskan prestasi kerjanya. Biarlah Ana berbahagia
dengan pilihannya. Lagipun, mungkin itu yang terbaik untuk Ana. Bukan dirinya…
Sudah setahun berlalu sejak dia
bertemu dengan Reza. Sudah setahun juga dia tidak mengambil tahu apa-apa tentang
diri Ana. Segalanya dibuang begitu sahaja. Biarlah mimpinya terkubur sendiri.
Bunyi interkom membuatkan tangannya menekan
butang berwarna merah. Suara Fiqa kedengaran.
“Encik Faisal… cik Suraya nak
jumpa.”
Faisal mengeluh panjang. Apa hal
perempuan seorang ini hendak berjumpa dengannya? Fikiran yang tadi cuba
ditenangkan terasa berserabut kembali. Dia tidak mahu berbicara dengan sesiapa
pun yang mempunyai perkaitan dengan Ana!
“Maaf… kata aje saya sibuk.”
Seiring dengan balasan itu, tubuhnya
dihempaskan malas atas kerusi. Tie yang menjerut leher dilonggarkan sedikit.
Baru sahaja dia hendak menarik nafas untuk menenangkan minda, terbantut terus
bila pintu terkuak dengan kasar dari luar. Wajah Suraya yang menahan marah
singgah di ruang mata.
“Kau nak apa?” soalnya kasar. Malas
sudah hendak melayan tetamu di kala ini.
“Kenapa tak nak jumpa I?” marah
Suraya.
“Suka hati akulah! Sekarang ni.. kau
keluar dari bilik aku. Aku ada banyak lagi kerja yang nak dibuat.” Tanpa nada
Faisal membalas. Dia letih. Letih melayan perasaan.
“You!!!” tekan Suraya geram. Faisal
langsung tidak mahu menghadap wajahnya.
“Keluarlah…” Faisal bersuara dengan
nada yang sama. Rimas! Matanya sudah mula berlari pada fail yang berada di atas
meja. Lebih menarik rasanya daripada menghadap wajah Suraya.
Bunyi tapak kasut yang semakin
mendekat langsung tidak membangkitkan rasa di hati untuk mengangkat wajah.
Namun, saat fail di pegangannya direntap laju hatinya menjadi panas. Marah
sudah menguasai hati.
“Kau ni kan…” marahnya sambil
melangutkan wajah. Kata-kata itu mati dengan sendiri. Senyuman itu memukau
wajahnya. Ini bukan mimpi kan?
“Setahun saya tunggu… manalah orang
yang cakap nak kahwin dengan saya tu. Tak datang pun… hurm… tapi saya sedar
diri, dah orang tak suka nak buat macam mana kan.”
Faisal diam sahaja mendengar.
“Sekarang ni… saya dah tak boleh nak
tunggu. Mama dengan papa dah mula bising-bising… umur nak masuk 28, tapi tak
nak kahwin lagi… macam mana ni?”
Faisal diam lagi. Bibirnya sudah
hendak tersenyum melihat telatah itu, namun ditahankan saja.
“Tak apalah… orang tak sudi, saya
pun tak paksa… cuma…”
Cuma apa? Hati Faisal cuba meneka.
Dia akan seakan tergamam lagi saat matanya menangkap bayangan sesuatu di tangan
gadis itu. Dia tidak percaya? Adakah matanya berilusi?
“Awak… masih simpan?” bibirnya
menyoal.
“Mestilah… first time orang melamar
tanda pakai bunga… ini lambang hati saya, awak yang punya…”
“Ana…”
“Sekarang ni… awak ambil balik bunga
ni. Sebab, selagi ia ada pada saya… susah untuk saya nak lupakan awak. Nak
buang… sayang. Saya tak lah sekejam tu… nak buang pemberian orang yang penuh
makna ni.”
Ana sudah meletakkan bunga tersebut
di atas meja Faisal. Kakinya sudah berpusing hendak melangkah keluar. Tetapi
sengaja dilambat-lambatkan. Dalam hati sudah menjerit-jerit, kenapa Faisal
bereaksi agak pasif? Terasa bodoh pula melaksanakan rancangan yang direncanakan
oleh Suraya ini. Baik ikut sahaja cadangan mama dengan papa untuk menguruskan
tentang hal itu. Tetapi Suraya yang beria sangat, menghasut mindanya… ‘takkan
kau tak nak tengok reaksi dia depan mata.’
Disebabkan ayat itulah, dia berdiri
di sini pada hari ini. Tapi apa yang dia dapat? Apa pun tak dapat!
“Ana…”
Huh! At last… dia sebut juga nama
aku. Ana sudah bersorak riang dalam hati.
“Ya… ada apa Tengku?” Ana sudah
berkalih dengan riak wajahnya yang selamba.
“You left something…” ucap Faisal.
Ana sudah mula menarik senyuman
manis. Ya, saya tahu… apa yang saya tinggalkan dekat sini. Awaklah! Hatinya
sudah menyambung dengan riang. Namun angannya seakan tidak kesampaian apabila
mata Faisal elok sahaja melirik pada beg tangan berwarna khaki yang terletak
betul-betul di atas meja Faisal. Argh!!! Hampir sahaja dia menjerit menahan
kecewa. Namun ditahankan juga. Dengan wajah yang memuncung dia sudah melangkah
keluar dari pejabat Faisal. Kecewa sungguh rasanya.
*****
“BUAT
malu aje tau… dia buat dek aje dengan akak. Semua ni Su punya pasallah! Akak
malulah!!!” Ana sudah mula berpusing-pusing di ruang tamu sambil menutup
wajahnya. Pipinya masih terasa kebas.
“Akak ni… cuba duduk, bertenang.
Buat dek tak bermakna dia tak suka… suka sangat kan buat konklusi awal tak
releven macam ni…” Suraya sudah mengambil tempat di sisi mama. Mama pula
tersenyum sahaja dengan reaksi Ana. Dalam hati mama sudah mula bersyukur,
Suraya telah banyak berubah. Hubungan dengan Ana juga sudah makin baik.
Keluarga mereka makin bahagia. Alhamdulillah… syukur pada Dia.
“Mama…” Ana sudah mendapatkan mama.
“Ana malu ma…” sambungnya lagi. Wajahnya sudah ditelangkupkan pada riba mama.
“Akak ni… relaks la. Malu sangat
kenapa?” selamba Suraya mengusik. Ana sudah menjeling manja.
“Kau tak rasa malu la… dah ni
cadangan kau!”
“Berbaloi apa…” usik Suraya lagi
dengan senyuman lebar.
“Berbaloi apanya… bukannya dia
cakap, jom kahwin pun…” sungut Ana tidak puas hati. Sedih. Kecewa. Semuanya
bercampur dalam hati.
“Kut iya pun… sabarlah sayang. Nak
ajak kahwinlah ni… tapi kena tanda pakai cincin pula.”
Ana terpana. Tanpa melihat punca
suara pun, dia sudah tahu itu siapa. Panas sudah pipinya. Makin malu jadinya
melihat kehadiran seisi keluarga jejaka idaman hati di situ.
*****
LANGIT
begitu ceria dengan taburan bintang yang berkelipan cantik. Begitu indah sekali
menghiasi pandangan mata, seindah perasaannya kini. Tidak pernah dia menyangka,
hati ini akan diberikan peluang untuk merasakan bahagia.
Sentuhan lembut di hujung jari
membuatkan senyumannya makin cantik terukir. Tautan jemari yang masih merah
diwarnai inai itu menyerikan lagi suasana di antara mereka.
“Terima kasih sayang.”
Ana tersenyum. “Ana yang kena cakap
terima kasih, sebab sudi terima diri Ana yang serba kekurangan ni…” spontan Ana
tunduk mengucup jemari suaminya, Faisal.
“Jangan cakap macam tu sayang, abang
terima Ana ikhlas… sebab dalam hati ini, hanya ada Ana.”
“Tapi kenapa ya, masa mula-mula
kenal dengan Ana… abang ni sinisnya bukan main lagi?” soal Ana dengan cebikan.
Menyampah pula kalau teringat bahagian awal perkenalan mereka yang tidak begitu
indah itu.
Faisal tertawa galak. “Ana tu pun,
sombongnya bukan main! So, fair and square la…” tangan Faisal sudah mencuit
hujung hidung Ana. Ana sudah memuncung. Salah dia pulak!
Melihatkan reaksi Ana yang sudah
memuncung itu, Faisal terus ketawa. Ketawa yang mengambarkan hati ini
benar-benar bahagia. Syukur pada Dia!
_______________
Firstly, sorry sebab lambat post ending cerpen HI ni.
Second, MAAF kalau tak best... komen dan kritikan dialu-alukan :)
Lastly, thanks semua.
xpuasla ending dia umi..hahhaha..jgn marah
ReplyDeletenak lagiiiii
ReplyDeletestudent: best..b0leh ker aq buat cerpen macm niee????
ReplyDeletebest la, sapa kata tak best, awal2 episod sebelum ni lagi dapat teka ni kerja suraya. tapi kan lagi best klo elaborate sikit part macam mana suraya blh insaf. hehehe. saja nak suh lagi panjang, tp mmg seriously best cter ni. congrats! mmg suma karya umi mmg best. wink.
ReplyDeleteBest je Umi... Mula2 tu gram gak ngn Su tu... Jahat sangat.
ReplyDeleteakhirnye..ana dgn faizal..hehehe..best sgt..suke..
ReplyDeleteada special n3 pun best ni..haha..
thanx a lot cik writer =)
sweet....hehehe...
ReplyDeletehik3. aloh aloh. sian ana tunggu lama-lama. tapi takpe, berbaloi. :)
ReplyDeletegila kta xbest.. Best lah cerpen nie.. Penat taw tgu n3 nya... God job lah..
ReplyDeletebest3.......tapi apa yg jdi kat reza.............mesi ada yg berpunya jugakkn
ReplyDeletebest..!! tapi apa crita reza...dia pun kesian gak..tapi best la ana n faisal..
ReplyDeletebest! best!... nasib baik Ana dengan Faisal.. hehehe... ^_^
ReplyDeletefinally..suzana kepunyaan tengku faisal..best ending..gud job umi..
ReplyDeletebest...
ReplyDeletesp ckp x best..
karya kak umi sntiasa best je rasa..
hehe...
rindu la citer GK..
best la kak umi citer nie....setiap apa yg berlaku pasti ada hikmah........seronok baca sebab ade laki mcm faisal sanggup terima insan bernama suzana,,,,,,,,,
ReplyDeletesebab tiada manusia yg sempurna....good job..i like........
sokong ad_deen karya kak umi mmg best.......
sy suke sgt cerpen ni!!!!!!!!!bace la dua tiga kali pon...x jemu2...umi!!!i luv ur cerpen!!!!!!!!!!
ReplyDeletethums up dear!!!!!!!!!!!!!
sweet sgt time ana kantoi part ajak kahwin tu... hihi
ReplyDeleteummmi best sngtttt2...xboleh kersmbung lg ending dyer biar jd pnjng lagi...sweetttttt sngtttttt...hehehenk lagiiii...hahaha
ReplyDeleteSy suka sgt cara awk olah cerita. Simple and padat. Keep it up!
ReplyDeleteBuat pengetahuan umi, sy x pernah beli novel sebab sy rasa membazir.
Last2 novel KAMPUNG GIRL jadi 1st novel yg sy beli. hahaha. Tahniah umi, jalan cerita dia mmg menarik dan kelakar. I like!
p/s: bila next novel nk klua?
best2....tp ending die kurang ckit...huuhuhuh buat bnyak2 lg k cerita
ReplyDeleteSuka baca cerpen umi.... tulis byk2 lg ye😉
ReplyDelete
ReplyDeleteYuk segera join di KHARISMAPOKER situs poker terpercaya, teraman dan tercepat. Pelayan terbaik dan tercepat oleh CS yang berpengalaman dan ONLINE 24 jam.
PROMO TERBARU KHARISMA POKER:
* Bonus Referral 20% Seumur Hidup
* Bonus Turnover 0,5% Setiap Harinya
KEUNGGULAN KHARISMA POKER:
* SEMUA BANK KAMI ONLINE 24 JAM !!
* NO ROBOT & ADMIN
* 100% Fair Play Member Vs Member
* Proses Withdraw & Deposit Tercepat
* Customer Service yang baik, ramah dan cantik.
MELAYANI TRANSAKSI VIA BANK :
* BCA
* BNI
* BRI
* MANDIRI
* DANAMON
Dengan syarat minimal deposit hanya Rp 20.000 !!
PENDAFTARAN GRATIS HANYA DENGAN MENGISI DATA DI : http://www.kharismapoker.com/Register
SITUS POKER ONLINE TERPERCAYA
LIVE CHAT ; DISINI
Telp :+85587983703
BBM ; khpk02
WA : +85587983703
LINE ; khpk02
Link Alternatif Kharismapoker :
http://wwwkharismacash.com