Nantikan kemunculan novel ini di pasaran, pertengahan Januari 2012 terbitan KaryaSeni. :) Selamat Membaca.
Bab
4
“PERGI
mana Ain?” soal Puan Masyita apabila kaki Ainnur melangkah masuk ke dalam
rumah.
“Saja…
ambil angin dekat belakang sawah. Awat mak?” soal Ainnur sambil membaringkan
badan di atas kusyen. Tangannya sudah menarik tudung yang tersarung di atas
kepala dan diletakkan pada sisi bahunya.
“Tak
ada apalah… saja mak tanya. Hah! Lupa mak nak bagitahu, Samihah ada duk cari
Ain tadi… dah jumpa?”
“Dah…
sembang dengan dialah tadi. Dia nak kahwin bulan depan mak,” maklum Ainnur.
Matanya sudah tertala pada televisyen yang memaparkan siaran berita. “Dengan
siapa ya mak?” soalnya sekadar ingin tahu.
“Dengan
budak tu… anak Haji Zakaria.”
Ainnur
sudah terlopong. Wah!!! “Abang Aslam?” soal Ainnur tidak percaya. Tetapi
anggukan Puan Masyita telah menjelaskan segalanya. “Idola Ain tu mak… suka
sangat tengok abang tu masa sekolah dulu. Dah la baik, pandai pulak tu!” tanpa
ditanya Ainnur sudah mula bercerita.
“Ain
sukakan dia ke?”
Erk!
Laju Ainnur menggeleng. Nampaknya Puan Masyita sudah ada sedikit salah faham di
situ.
“Bukan
suka macam yang mak fikir tu!” sanggah Ainnur laju. “Ni suka… macam, seronok
tengok sikap dia, sifat dia… macam tu la. Dulu masa Ain mula-mula masuk debat
dekat sekolah, abang Aslam la yang selalu tolong Ain. Dia tak lokek memberi…
suka berkongsi idea, ilmu… itu yang Ain suka…”
“Mak
ingatkan suka macam… kekasih.”
“Ada
pulak!” Ainnur sudah memasamkan wajah. Puan Masyita sudah melepaskan tawa.
“Senang
hati mak Samihah tu… anak dia kahwin orang dekat, tak gaduh fikir jauh untuk
pergi kenduri.”
“Ain
nak kahwin orang jauh mak!” sampuk Ainnur sambil tersengih.
Puan
Masyita menjeling. “Dulu ada orang jauh nak merisik, Ain tak nak!”
Ainnur
mengeluh kecil. Itu bukan sebab apa, sudah dia tidak berkenan. Apa lagi yang
boleh dibuat. “Dia bukan orang jauhlah mak… orang Malaysia jugak. Cuma belajar
saja dengan Ain dekat New Zealand. Bukannya mat salleh pun!”
“Kenapa
Ain tak nak dengan dia?”
Ain
suka orang lain mak… “Dia tu, Ain dah anggap macam abang Ain sendiri mak… Ain
tak pernah sukakan dia. Lagipun… dia anak orang kaya mak, manalah nak padan
dengan kita ni,” balas Ainnur dengan nada merendah.
Susah
untuk dijelaskan tentang perkara yang berkait dengan hati ini. Dia begitu
bersungguh menyukai orang lain, tetapi lain pula yang datang merisik.
“Itulah
budak-budak zaman sekarang ni, kalau berkawan tu… laki perempuan rapat bukan
main. Tak ingat batas. Bila dah rapat sangat, boleh jadi ada salah sorang tu
ada perasaan sayang. Tengok macam kawan Ain tu… dia sukakan Ain, tapi Ain kata
anggap dia macam abang pulak. Tiba-tiba ada hubungan darah kandung pulak ka?
Ain pakai hukum mana?”
Ainnur
terdiam. Tidak mampu untuk membalas kata-kata emaknya. Sebab itu orang selalu
berpesan, di antara lelaki dan perempuan pastikan ada batas dalam perhubungan.
“Dah
la mak… benda dah lama, janganlah cakap lagi.” Ainnur mengalah sendiri. Rasa
tidak sanggup untuk membuka semula hikayat lama diri ini.
“Mak
bukan apa… kawan-kawan Ain semua nak kahwin dah. Ain bila lagi? Kalau dah ada
orang yang nakkan Ain, jangan tolak-tolak lagi sayang…”
Uhuk!
Uhuk!
Terus
tersedak Ainnur mendengar ayat itu. Kahwin??? Bukan dia tak suka kalau cakap
pasal kahwin. Masalahnya, orang yang dia suka langsung tidak sukakan dirinya.
Dan kenapalah, otak Ainnur yang cerdik pandai ini boleh terjadi kurang cerdik
sedikit dalam perihal memilih calon peneman hidup?!
“Cakap
nak suruh kahwin, terus batuk!” perli Puan Masyita. Macam dia tak tahu saja apa
yang ada dalam kepala anak gadisnya itu. Dia tahu sangat!
Ainnur
diam saja sambil memerhatikan emaknya berlalu masuk ke dalam dapur. Kahwin?
Ainnur… ada ke orang yang nak kahwin dengan aku ini? Si budak kampung yang
tidak mungkin menjadi pilihan hati si jejaka yang dia idamkan sejak dari dulu
lagi.
Hatinya
sudah mengeluh sendiri. Dengan langkah yang berat kakinya diatur masuk ke dalam
bilik.
MUNCUNG Ainnur sudah sedepa. Puan Masyita tersenyum melihat
telatah anak tunggalnya itu. Sejak dari tadi macam cacing kepanasan saja. Ke
hulu dan ke hilir. Entah apa yang membuatkan gadis itu panas punggung sangat
sampai tidak boleh duduk setempat.
“Ain…
duduklah setempat. Naik rimas mak tengok hang duk ke hulu, ke hilir,” ucap Puan
Masyita dengan nada bersenda.
Terus
saja Ainnur mematikan langkahnya. Lantas dia duduk bersila di depan Puan Masyita
yang sejak tadi tidak sudah menyiapkan sulaman di hujung baju kurung.
“Mak…
betul ke abang Ashraf tak datang?” soal Ainnur dengan serius. Spontan Puan
Masyita melepaskan tawanya. Sebab itu ke Ainnur mundar-mandir gaya tidak cukup
tempat duduk. Fikirkan Ashraf yang takkan balik kampung sekali dengan Puan
Mazlin dan Tuan Shahir.
“Kenapa
kalau dia tak datang?” soal Puan Masyita pada Ainnur semula. Dilihatnya wajah Ainnur
yang sudah mencuka itu.
“Kenapa
dia tak nak datang? Ain kan dah janji, takkan kacau dia… mak suruhlah aunty Maz
pujuk suruh dia datang… Ain janji, takkan kacau barang-barang dia, Ain janji,
takkan kacau dia… mak tolonglah!” rayu Ainnur bersungguh-sungguh. Kening Puan
Masyita bertaut. Pelik benar dia mendengar rayuan Ainnur ini. Beria sangat.
“Kenapa?”
“Mak…
janganlah ditanya kenapa. Mak call la
aunty Maz… suruh ajak abang Ashraf sekali,” rayu Ainnur lagi.
Puan
Masyita merenung wajah anak daranya yang sudah berusia empat belas tahun itu.
Wajah yang memuncung itu begitu mengusik jiwanya untuk terus tertawa. Namun ada
satu perasaan aneh sudah bertandang di hatinya.
“Ashraf
takkan datang Ain…” ulang Puan Masyita tidak mahu memberi harapan kepada
Ainnur.
“Mak…”
Ainnur merengek panjang.
“Alah…
Mak Ita, orang tu dah rindu sangat kot. Pujuk sajalah aunty Maz untuk ajak Ash
ke sini… kalau tak, ada juga yang terjun kat dalam perigi buta sebelah rumah ni.”
Tiba-tiba saja sudah ada suara lain yang menyampuk. Wajah sepupu Ainnur, Amir
sudah tersengih di pintu rumah.
Pantas
Ainnur menjegilkan biji matanya. Suka-suka saja si Amir ini mengeluarkan statement bunga-bunga rindunya di depan
emak! Nak kena dengan akulah ini! Siap dia. Esok masa balik sekolah, akan kutolak
mu masuk ke dalam sawah Mir. Tekadnya dalam hati.
“Rindu
dengan Ashraf… Ain?”
Ainnur
mengigit bibir. Dihadiahkan jelingan sedas pada Amir yang masih bertenggek di
muka pintu rumah mereka sebelum berpaling menghadap wajah Puan Masyita.
“Sepupu
Ain juga kan? Tak boleh ke Ain rindukan dia. Mak pun mesti rindukan dia kan?
Kan mak… kan?” Ainnur sengaja memainkan ayat berpusing-pusing dengan emaknya.
Sedangkan, walau dipusing banyak kali pun pasti saja roda rindu itu berhenti
tepat di hidungnya. Sebab dialah yang sedang mengalunkan bisikan rindu itu.
“Mak
Ita… jangan terpedaya dengan kata-kata pendebat yang pandai berhelah.”
Ainnur
mengigit bibir, lebih kuat dari tadi. Cis! Tak lesap-lesap lagi si Amir ini.
Puan
Masyita hanya tersenyum melihat Ainnur yang menjeling tajam pada Amir.
Kedua-duanya nampak macam suka cari gaduh, tapi akrab sebenarnya. Amir sebaya
dengan Ainnur. Sekolah pun sama. Cuma kelas saja berbeza. Mungkin disebabkan
mereka sebaya, maka mereka lebih mesra. Lebih mesra daripada Ainnur dan Ashraf,
sepupu yang tinggal di kota Kuala Lumpur. Tetapi, aneh sekali… Ainnur tetap
setia mencari-cari kelibat sepupu yang tidak suka beramah mesra dengannya.
Kenapa?
Puan
Masyita terus tersenyum sendiri. Rasanya tidak susah untuk meneka, apa yang
sedang bermain dalam hati anak gadisnya itu. Kecil-kecil sudah pandai menyimpan
rasa dalam hati. Hai… tapi kenapa rasa itu disimpan buat yang tidak sudi.
Hati
seorang ibu ini sangat mengetahui, Ashraf sememangnya tidak pernah senang
dengan Ainnur. Dimana adanya Ainnur, sudah pastinya di situ dia tidak akan
jejakkan kaki. Buktinya, lihat sajalah… sudah berapa tahun Ashraf tidak pernah
berkunjung ke kampung walaupun Mazlin dan Shahir sering ke sini.
“Mak…
boleh kan? Pujuk aunty Maz… suruh abang Ashraf datang,” suara Ainnur yang
separuh merayu itu singgah lagi dalam pendengarannya. Puan Masyita hanya
tersenyum. Itu saja yang termampu daripada memberikan jawapan yang bakal melukakan
hati anak gadisnya itu.
“AINNUR!!!” laungan nama penuh Ainnur menyentakkan
fikirannya yang menerawang jauh. Teringatkan zaman dahulu kala. Kenangan yang
agak mengusik jiwa.
“Awat
mak?” laungnya dari dalam bilik.
“Mai
tolong mak sat…” Ainnur sudah bangkit dari katilnya. Buku karya Randa
Abdel-Fattah diletakkan di atas meja belajar. Sudah dua minggu dia menahan
hajat hati untuk menghabiskan bacaan buku Does My Head Look Big in This, tapi
belum terkejar juga dek kerana sibuk dengan tugasan mengajarnya.
Minggu
ini, cuti pertengahan sesi pertama sudah bermula. Dapatlah dia merehatkan minda
di rumah. Dalam masa yang sama hendak qadhakan segala benda-benda yang
tertinggal. Apa lagi, kalau bukan bahan-bahan bacaan kegemarannya.
“Nak
tolong apa mak?” soalnya apabila sudah bersimpuh di depan emaknya.
Puan
Masyita menarik senyuman manis.
“Tolong
kemaskan bilik dekat belakang tu.”
Kening
Ainnur bertaut. Bilik dekat belakang?
“Ada
orang nak mai ka mak?” soalnya pelik. Puan Masyita tersenyum lagi.
“Ashraf
nak mai…” terbuntang mata Ainnur yang tidak berapa besar itu. Dia tidak salah
dengar kan? Tetapi… hatinya tidak segirang dulu. Hatinya tidak teruja seperti
dulu. Hatinya tidak angau seperti dulu. Semuanya gara-gara sindiran pedas yang pernah
diucapkan oleh lelaki itu. Sindiran yang membuatkan Ainnur menyedarkan diri
yang selalu tidak tersedar akan kedudukannya.
“Mimpi
apa pula mak budak bandar tu nak jejak masuk dalam kampung kita ni? Nanti mak
juga yang susah… sikit-sikit nak complain
saja. Mak Ita… rumah tak ada heather
ke? Mak Ita… Ash nak kipas lebih, panas dekat sini… Mak Ita… Ash tak nak yang
pedas-pedas…” ajuk Ainnur sambil menyengetkan bibirnya. Menyampah!
“Hai…
lain macam bunyinya. Macam orang berjauh hati saja.”
Ainnur
tersentak.
“Nak
jauh hati apanya mak… orang tu langsung tak ada hati kat Ain,” ucap Ainnur
pura-pura bersemangat. Sedangkan, jauh di sudut hati… dia langsung tidak
bersetuju dengan ucapan bibirnya sendiri. Lain di mulut, lain di hati. Hati
kata masih nak menganyam rasa, mulut kata jangan duk buang masa.
“Eh…
tak ada hati apanya… ini datang nak ikat dua hatilah ni!” ucap Puan Masyita
dengan perasaan teruja.
Ainnur
menjadi pening. Tidak faham! Ikat hati. Ada yang tengah sakit hati ke?
nk lagi..sementara tggu dipublishkan,,hehe
ReplyDelete