Nantikan kemunculan novel ini di pasaran, pertengahan Januari 2012 terbitan KaryaSeni. :) Selamat Membaca.
Bab
3
SEJAK
pulang dari rumah Sakinah, mindanya asyik terimbau kenangan lama. Kenangan
zaman kanak-kanak. Kakinya terus saja melangkah ke kawasan sawah padi di
belakang rumah. Warna hijau padi itu sangat mendamaikan pandangan mata. Tepat
dari tempat berdirinya, dia dapat merakamkan kedudukan Gunung Jerai yang
terletak tidak jauh dari situ.
Inilah
kampungnya. Desa tercinta seperti nyanyian lagu Nora pada satu ketika dahulu.
Kedamaian yang dapat dirasakan pada suasana kampung ini nyata tidak sama walau
ke mana pun kakinya melangkah.
Puas
dia cari kedamaian itu semasa menuntut di Johor. Namun tiada. Puas juga dia
cari kegembiraan semasa menuntut di New Zealand. Namun hatinya tetap di sini.
Dan kini, walaupun jauh mana pun dia melangkah pergi, hatinya tetap di sini.
Yan, Kedah sentiasa dekat di hati.
Matanya
terus dilarikan pada bangau yang sedang berterbangan dalam kumpulan. Cantik
sekali. Indah buat pandangan mata. Indah juga kalau dirakamkan pada lensa
kamera. Tapi sayang, dia tidak ada minat untuk merakamkan panorama
disekelilingnya. Sekadar memandang dan menghayati dengan mata hati serta
mengucapkan syukur pada Ilahi yang menganugerahkan keindahan di dunia ini.
Duduk
berseorangan dalam keadaan yang sunyi dan mendamaikan membawa mindanya jauh
dari kesibukan tugasan di Pulau Pinang. Mindanya seakan dijemput untuk
berseronok di dalam lamunan. Berkhayal dengan kenangan. Manis atau tidak, dia tidak
pasti. Yang dia tahu, kenangan itu pasti akan manis juga jika dikenang di saat
hati ini merindu.
LENGAN baju kedah sudah disenteng ke paras siku.
Dengan penuh gaya dan lagak seperti pemain professional, batu sejumlah tujuh
biji dilemparkan ke atas lantai. Tangannya dengan penuh seni digerakkan untuk
memenangi pertandingan tidak rasmi ini. Pertandingan apa ya? Pasti tidak susah untuk
meneka kan? Batu serembanlah!
Ainnur
semangat sekali meneruskan balingan batu. Pelbagai aksi yang dipamerkan bagi
menipiskan semangat pihak lawan. Hatinya sudah mahu gelak besar melihat wajah
Samihah yang sudah jadi kelabu asap. Mesti tidak puas hati. Iyalah sejak
bermula permainan tadi, batu itu belum beralih ke tangan orang lain lagi.
“Wei…
sikit-sikit dah la… hang nak kumpul sampai berapa ratus pula!” bentak Samihah tidak
puas hati.
Ainnur
menjungkit kening lagak samseng. Amboi, marah benar cik Samihah kita ini.
Kenapa perlu marah sedangkan waktu nak undi giliran, dia setakat dapat dua
markah saja.
“Biarlah…
aku terror main, bukan macam hang!”
balas Ainnur dengan keselambaan tahap maksima. Tidak dihiraukan langsung wajah
Samihah yang sudah tidak serupa orang.
“Hang
ni nak main ka… nak cari gaduh?” suara Samihah sudah berubah nada. Daripada
duduk bersimpuh, gadis itu sudah bangun berdiri. Lengan baju kurungnya turut
dilipat sekali seolah sudah bersedia hendak memulakan peperangan ala-ala
kampung di situ.
Ainnur
memandang Samihah atas bawah. Ini apa halnya? Elok orang ajak bermain,
tiba-tiba lagaknya seakan dirasuk jin saja. Hendak mencari gaduh pula!
Inilah
salah satu sebab Ainnur malas nak bercampur dengan Samihah ini atau lebih suka
dikenali dengan nama yang tak berapa terkenalnya iaitu Samy.
“Ni
awat yang macam orang terencat ja aku tengok.” Ainnur dalam keadaan begini,
mulalah tidak mampu mengawal lidahnya daripada mengucapkan ayat-ayat yang dapat
memarakkan api kemarahan orang yang sedang marah membara pada dirinya.
“Hang
tulah, gila kuasa. Gila publisiti. Gila popular,” tanpa tujuan saja Samihah
melontarkan kata-kata.
Ainnur
menghela nafas panjang.
Hai…
orang gila, kalau dah nak masuk bulan mengambang, beginilah jadinya. Suka
bercakap tak tentu hala. Suka bercakap tak pakai otak. Apa dia ingat telinga
aku ini, tong sampah ke? Nak kena dengar semua ayat-ayat dia yang langsung tidak
bermotivasi itu.
“Hang…
kalau setakat nak merepek tak kena gaya, sila… out of my sight!” tegas nada Ainnur dengan jelas menghalau Samihah
daripada kumpulan kecil mereka yang terbentuk di atas beranda rumahnya.
Samihah
yang mendengar potongan ayat bahasa Inggeris itu, terus saja mencebik.
“Perasan
anak mat saleh… budak kampung, buat cara kampung… nak ber-english bagai! Huh! Bukannya terrar mana pun… nak berlagak saja
lebih!” balas Samihah sambil menjuihkan mulutnya.
Ainnur
tersenyum. Sinis sekali. Wajah temannya, Annisa dan Sakinah dikerling sekilas.
Mereka hanya menjungkitkan bahu. Masing-masing tidak mahu menyampuk kerana
tahu, mahunya tersilap sampuk, ada juga yang nanti kena hempuk.
“Hoi…
mangkuk tingkat Samy…! Awat… ada hang baca kat mana-mana, forbidden for village people to speak in English! Kalau ada, tunjuk
mai kat aku… then I’ll stop…! Memang
sesuai sangat dengan kain bertingkat yang hang pakai ni… mangkuk tingkat… umuq
dah mula meningkat tapi ilmu masih singkat,” tanpa noktah, Ainnur berkata-kata.
Annisa
dan Sakinah, masing-masing sudah menelan liur sambil menjeling pada Samihah
yang sudah berubah kelat. Siapa suruh cari pasal dengan Ainnur.
“Hang
kurang ajaq!” marah Samihah. Ainnur menjungkit kening sebelah.
“Hanya
tu saja yang hang mampu cakap kat aku… kurang ajar! Hang tu yang kurang ajar,
malas nak belajar asyik fikir nak main kejar-kejar sampaikan tak terkejar benda
yang sepatutnya,” dengan satu nafas Ainnur berkata. Dirinya sudah berdiri
bertentang mata dengan Samihah. Kacau mood saja si mangkuk ini. Baru saja dia
nak bermain dengan riangnya bersama kawan-kawan.
Tanpa
kata, Ainnur sudah mula mengatur langkah hendak masuk ke dalam rumah. Namun
langkahnya terhenti. Seolah teringatkan sesuatu. Dia berpaling.
“Lain
kali kalau rasa nak buat bisnes pulut kacau, tak payah mai mengacau tang sini…
rimas aku tengok muka hang yang macam jiwa kacau tu!” dengan jelingan yang
mengakhiri kata, Ainnur sudah masuk ke dalam rumah.
Samihah
menghentakkan kakinya tanda geram.
“Tau
nak menang ja!” bentaknya kuat.
“Hang
tu lain kali toksah duk cari pasal dengan orang yang memang akan menang… buat
malu ja! Dah la… malas nak layan hang… Jom balik Kinah!” Annisa sudah menarik
tangan Sakinah untuk menuruti langkahnya. Permainan sudah tamat sebelum
waktunya. Semua ini gara-gara mak cik tidak cukup akal ini.
Balingan
batu kecil yang tepat mengenai bahunya membuatkan Ainnur tersentak. Mangkuk
mana pula dah yang mahu cari pasal di saat aku tengah memungut memori daun
pisang.
Kepalanya
sudah beralih ke kiri. Tanpa menunggu lama, matanya sudah menjeling. Panjang
umur! Baru teringat, sudah muncul di depan mata.
“Hai
Ain…” tegur Samihah dengan ceria. “How
wow you?” sambungnya lagi sambil menghampiri Ainnur.
Ainnur
menahan tawa. Sekalipun dia tahu berbahasa Inggeris dengan sempurna dan sudah
memiliki Ijazah TESL, tapi itu tidak bermakna dia boleh ketawakan orang lain
dengan sewenangnya.
“Hai…
bukan hawau bunyinya cik Samihah. How are
you.” Ainnur membetulkan. Samihah sudah tersenyum, tersipu-sipu malu.
“Yang
hang malu-malu macam nak cakap dengan pengantin laki ni, awatnya?” soal Ainnur
pelik. Tiba-tiba pula malu-malu kambing depan aku, mahu aku tak pelik!
“No… it just. Aku nak… habaq dekat you… next…
next… bulan apa dalam inggeris?” soal Samihah. Berkerut dahi Ainnur melihat
aksinya.
“Month…”
“Hah…
next month, I wedding…” ujar Samihah
dengan senyuman yang melebar. Ainnur pun sudah ikut tersenyum sekali. Dalam
hati sudah berdoa banyak-banyak, janganlah terhambur ketawanya di sini.
“Okay… I got it, next month is your wedding.
Aku dijemput ke?”
“Of course. I invite…!”
“Amboi…
bukan main lagi hang! Dulu aku cakap Inggeris, hang marah. Sekarang ni tengok…”
sengaja Ainnur hendak mengusik. Tapi, agak dalam maksudnya. Harap-harap ada
orang itu, fahamlah.
“Old is old. Now is now… English very… very
important!”
Ainnur
tersenyum kecil. Bukan yang itu juga ke aku cakap dari dulu. Dalam dunia masa
kini, bahasa Inggeris itu sangat penting. Bukan hendak melupakan bahasa ibunda,
tetapi mempelajari bahasa asing adalah satu kelebihan yang harus dikuasai
bersama-sama. Pernah baca artikel, bilingual-boost
brain power?
Menurut artikel
tersebut, bilingual is an advantage for
our communication skill and at the same time it is also good for our brain.
Because when the brain shifting to understand two language at the same time,
the brain development will be very active. And the advantages of bilingualism
may be due to more than just “mental fitness”. Kesimpulannya, memahami
lebih daripada satu bahasa adalah salah satu kebaikan yang dapat memberi impak
positif untuk perkembangan otak.
“Betul
tak aku cakap ni? Ayat aku betul tak?” soal Samihah lagi.
“Struktur
ayat tu salahlah. Tapi pandangan ayat tu, betul sangat… belajar bahasa asing,
tak semestinya bahasa Inggeris saja. Bahasa lain pun penting juga. Kalau ada
minat dan usaha nak belajar… teruskan. Tapi… jangan lepas hang dah terror cakap bahasa Inggeris, hang
main-main perli orang ikut sedap mulut…” perli Ainnur dengan jelingan sekilas.
“Eh…
takkanlah! Hang tak perli aku… takkan aku nak perli orang lain pulak!” ucap
Samihah bersungguh. Ainnur sekadar mengiakan saja.
Comments
Post a Comment