Skip to main content

Nak Tanya Pendapat

Assalamualaikum...

Pertama sekali nak mohon maaf dulu, sebab minggu ini tak dapat nak sediakan lebih dari satu entry KLIK. Sebabnya, sibuk sedikit & kesihatan yang terganggu untuk beberapa hari ni. Harap-harap pembaca tak jemu menanti. :)

Entry ni bertujuan nak tanya pendapat pembaca tentang cerita Cintaku Milik Siapa. Bagi sesiapa yang belum pernah baca, bolehlah klik di side bar, link setiap episod yang disiarkan di P2u.

Cerita ini agak serius sikit daripada cerita-cerita yang aku pernah karang sebelum ni. Ceritanya yang tak berapa nak santai, tak berapa nak ada selingan lawak yang boleh buat pembaca tergelak-gelak sendiri. Entah orang suka ke tidak... aku pun tak boleh nak agak. Mungkin aku nak bermain dengan emosi, sebab tu cuba hasilkan cerita macam CMS ni.

Cumanya, aku ada niat di hati, ingin mencuba untuk hasilkan sebuah manuskrip. Sekadar nak mencuba nasib. Kalau ada rezeki, bolehlah kan... kalau tak ada rezeki, tak apa... sekurang-kurangnya aku dah berusaha.

Sekarang ni nak tanya pendapat pembaca-pembaca di luar sana, review anda setakat ini untuk cerita Cintaku Milik Siapa. Abaikan tajuk yang ter'serupa' dengan karya seorang lagi penulis terkenal, Alina Haizar. Sebab tajuk boleh berubah-ubah. Pasti saja cara penulisan aku takkan dapat capai tahap penulis yang berbakat tu walaupun tajuknya serupa.

Sila berikan pendapat anda, nak panjang pun boleh, nak pendek pun tak apa. Asalkan mesejnya sampai dengan jelas pada aku. Sama ada story ni boleh menarik hati pembaca untuk terus baca ataupun, tak sampai sepuluh entry lagi pembaca dah naik muak.

Terima kasih atas kesudian anda meluangkan masa membaca entry ini... :)
Have a nice weekend.

Comments

  1. well.. saya sokong usaha penulis untuk membukukan CMS!!!!

    pertama:
    CMS yang setakat n3 yang ke-10, taklah membosankan tapi lambat sangat tindakan yang diambil oleh watak berkenaan untuk merungkai masalah tu... so, jadi tak best lah kan sebab tiap kali ada n3 baru, asyik masalah yang sama sahaja.. pembaca pun kurang tertarik dengan konflik yang mono....

    kedua:
    dari segi gaya bahasa yang digunakan.. ya, saya mengaku ianya lain dari karya penulis yang lain... ceritanya lebih menggeramkan tapi tampak matang... unsur-unsur romantis pun ada diterapkan...

    Ketiga:
    jalan cerita pun menarik.... cuma berlaku kekeliruan dalam pemilihan pasangan.. iyalah..sememangnya tajuk pun ala-ala pemilihan kekasih haati... so, padaanlah....

    ReplyDelete
  2. thanks atas sokongan dan komen yang anda bagi. :)

    part konflik yang mono, saya kena agree juga, sebab bila menulis... rasa seronok nak elaborate keadaan saja... tapi tak terfikir part nak solve problem yang diwujudkan.

    sebab tu, saya dah ubah sikit pada bab2 seterusnya utk solve-kan masalah Fariz-Maria spy saya boleh cipta konflik lain pula.

    Disebabkan saya ni masih dalam proses nak belajar menulis dgn lebih baik, dgn adanya teguran yang membina mcm ni, hopefully akan membantu utk saya memperbaiki jalan cerita spy menjadi lebih menarik. :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Cerpen: Lain di Mulut, Lain di Hati

JAMBANGAN bunga ros yang berada di atas mejanya itu dicapai. Tanpa melihat nama pengirim pun dia sudah boleh meneka, siapa pengirimnya. Terus dengusan tidak senang dilepaskan. Tanpa menunggu sesaat, jambangan bunga itu sudah terhumban ke dalam tong sampah di sudut bilik.             Huh! Apa dia fikir aku ni perempuan, nak cair kalau disogokkan dengan bunga. Kalau aku cakap benci, memang akan benci selamanya! rungutnya.             Serentak itu, pintu biliknya diketuk. Terjengul wajah Selina, setiausahanya.             “Encik Irfan, Puan Eryna nak jumpa.”             Sekali lagi dia melepaskan dengusan kasar. Tidak cukup dengan bunga yang merimaskan, sekarang, tuan punya badan pula muncul di depan mata. Ah, benci!             “Suruh dia balik! Saya tak nak jumpa dia.” Kuat dan lantang sekali suara Irfan sehingga begitu jelas buat pendengaran Eryna yang sedang duduk menunggu di luar bilik. Eryna tersentak. Riak wajahnya terus beruba

Cerpen: Hati ini [End]

BUNYI suara yang bertingkah dari ruang tamu mengkakukan langkah Ana di anak tangga terakhir. Dia yang turun ke bawah dengan niat untuk membasahkan tekak terkaku seketika. Tidak mahu menonjolkan diri di hadapan tetamu mama dan papa, tanpa berfikir panjang dia sudah memalingkan badan hendak bergerak ke atas semula. Namun sekali lagi, dirinya terus kaku di situ. Suara yang melaungkan namanya membuatkan badannya menjadi gementar secara tiba-tiba.             “Ana…” namanya dipanggil sekali lagi. Dia kenal suara itu. Terlalu kenal. Tetapi dia tidak mahu memalingkan wajahnya. Atas sebab apa, dia tidak pasti. Ikutkan sahaja kata hati.             Sentuhan di bahu membuatkan Ana tersentak. Pantas dia berpaling dengan wajah yang sudah berubah riak. Dia tidak suka dengan sentuhan itu. Sentuhan yang tidak menghormati dirinya sebagai seorang wanita muslim. Seketika mata mereka bertemu. Ana terkedu. Seakan tersedar dari mimpi… senyuman yang menghiasi

Cerpen: Dia yang aku cinta

Berdebar-debar rasanya saat menanti di ruang legar ini. Menanti kehadiran insan yang disayangi. Menanti saat yang ditunggu-tunggu selama ini. Disunting menjadi suri dalam hidup lelaki yang dicintai. Ah! Indah sungguh rasa…             “Tahulah nak tunggu insan tercinta. Kut iya pun… tak perlulah tayang riak wajah teruja, yang terlebih perisa pulak!” teguran berunsur perlian itu hanya membuatkan dia menjeling manja.             “Biarlah!” balasnya dengan menyampah.             Tiada siapa pun tahu apa yang dirasainya selama dua tahun ini. Hidup berjauhan dengan insan yang memenuhi ruang hatinya. Sungguh menyeksakan jiwa dan raga sahaja!             “Akak…” panggilan itu membuatkan dia melepaskan dengusan manja.             “Apa?!” soalnya geram. Geram saat khayalan indahnya dicantas dengan kejam. Sedangkan, hanya itu yang mampu dilakukan di saat ini.             “Tu…” mulut si adik sudah memuncung ke satu sudut.             Matanya turut berlari mencari. Seketika dia