Advs

Followers

May 01, 2011

Cerpen: Si cantik Jelita & Si gagah Perkasa



SUASANA meriah di ruang tamu teres dua tingkat itu. Upacara berbalas pantun telah pun bermula. Anak dara terintai-intai di balik tirai. Anak teruna tercari-cari wajah si idaman hati. Suasana sungguh mempesonakan setiap hadirin di petang yang mulia ini.
            “Ribu-ribu batang terpanggung,
            Akan duduk batang rumbia,
            Walau beribu hutangku tanggung,
            Akanku pinang idaman dara,” wakil lelaki bersuara.
            “Sapu tangan jatuh ke laut,
            Jatuh dengan kalas-kalasnya,
            Panjang tangan sahaya menyambut,
            Satu tidak dengan balasnya.” Sebaik saja pantun bersambut, semua sudah menghela nafas lega. Upacara peminangan yang sudah dicapai kata putus diteruskan dengan upacara pertunangan yang dijalankan dengan penuh adat sekali.
            Si gadis yang sudah dirias cantik mula dibawa turun ke ruang tamu. Cantik dan anggun dengan persalinan berwarna putih susu. Selendang dengan rona yang sama menaikkan seri pakaiannya.
            “InsyaAllah… kalau diizinkan Allah, majlis pernikahan akan diadakan pada satu haribulan Julai di masjid Umar Al-Khattab.” Suara wakil perempuan berbicara. Kata sepakat dicapai. Cincin tunang tersarung indah di jari manis si pemakai. Dengan rasminya, Jelita Suria binti Muhammad Johan telah menjadi tunangan orang. Senyuman yang terukir indah di bibir mengambarkan keindahan perasaan pada ketika itu. Alhamdulillah.
****
FAIL yang tersusun elok di atas meja dicapai satu-persatu. Semuanya memerlukan pengesahan dan tandatangannya. Laju saja penanya menari dengan alunan dan rentak dari tangannya.  Interkom yang berbunyi ditekan.
            “Yes Aimy.” Suaranya tegas sekali.
            “Encik, the interior designer is here.” Baru dia teringat, dia ada meminta Aimy menghubungi Farhan, temannya yang menjalankan syarikat rekaan dalaman untuk mengubah suai ruangan dalam pejabatnya. Mungkin saja Farhan telah menghantar salah seorang pekerjanya di situ. Teringat pula kata Farhan, pekerja yang dihantar ini antara yang paling cekap dan mantap hasilnya. Mari kita lihat saja, hebat sangatkah gerangan yang disebutkan oleh Farhan itu.
            “Suruh di tunggu sekejap ya Aimy. I ada benda yang nak kena settle.” Matanya kembali ditala pada fail yang sedang ditelitinya.
            Sementara itu, di luar bilik…
            “Wah!!! Cantiknya you ni Cik Jelita Suria. Boleh buat bos I tak tidur lena ni,” Aimy sudah mula memperkenalkan mulut murainya pada Jelita. Jelita tertawa saja.
            “I ni biasa sajalah.”
            “Biasa apanya… ini memang betul-betul bakal mencairkan hati teruna bos I tu. You tunggu sajalah…  I tahu taste bos I,” mata Aimy terpegun sejenak melihat Jelita yang sedari tadi tersenyum saja. Pandangan tiba-tiba terhenti pada jemari Jelita yang membimbit fail. Kilauan dari cincin di jari manis itu menimbulkan persoalan.
            “You dah tunang ke?” nada Aimy sudah kecewa. Baru saja nak kenankan dengan bos dia.
            “Yes.”
            “Bertuahnya lelaki tu… melepaslah bos I,” Aimy mengeluh hampa.
            “Berapa tahun bercinta Cik Jelita?” Aimy sudah menjadi wartawan Melodi pula. Mengorek-korek tentang rahsia peribadi Jelita. Jelita ketawa lagi. Senang dengan sikap Aimy yang ramah.
            “Arrange by family… baru tengah belajar bercinta dengan tunang saya.” Aimy terlopong. Arrange marriage.
            “Kena paksa ke?”
            “Ada pulak. Sama-sama rela… tak ada yang kena paksa pun.” Tenang saja suara Jelita. Aimy sudah memandangnya dengan pandangan tidak percaya.
            “You tak takut ke… kalau-kalau you terjatuh cinta dengan orang lain. Contohnya… bos I yang kacak ni.” Aimy masih lagi dalam usaha mempromosi bosnya. Jelita ketawa lagi.
            “Tak adanya nak jadi macam tu. Apa, kacak sangat ke bos you tu?”
            “Eh… Cik Jelita, you tak tengok lagi, you jangan cakap. I warn you siap-siap… pasang penghadang dekat mata, takut you nanti tangkap cintan dengan bos I pula. Kalau jadi macam tu, I suka saja… tapi kesian dengan tunang you la.”
            Interkom yang berbunyi menganggu perbualan mereka. Arahan sudah diberi untuk mengajak tetamu ke dalam bilik.
            “Jom, I kenalkan you dengan bos I yang kacak bergaya, hero idaman Malaya.” Ceria suara Aimy yang sudah mengorak langkah ke pintu bilik di sebelah itu.
            Fail di pegangan tangan dikatup kembali. Dia sudah bangun untuk membetulkan duduknya supaya lebih selesa. Pintu diketuk dan ditolak dari luar. Terjengul wajah Aimy dan... tergamam sudah wajahnya. Si cantik jelita. Inikah si hebat yang digembar-gemburkan oleh Farhan?
            Wajah Aimy yang sudah tersenyum lebar tidak kelihatan di ruang mata. Fokusnya hanya pada si cantik di sebelahnya.
            “Encik Armana… this is Miss Jelita…” Aimy sudah memulakan bicara.
            “Jelita Suria,” sahut Jelita dengan suaranya yang lembut sekali. Armana menjungkitkan keningnya tanda terpesona. Aduh! Dengar suara lembut begini, boleh membuatkan hatinya cair tanpa kawalan.
            “Armana.” Ringkas saja perkenalan Armana.
            “Encik Perkasa Armana.” Sambung Aimy tanpa disuruh. Jegilan dari Armana tidak dipedulikan. Suka sangat setiausahanya yang seorang ini menyampaikan nama penuhnya yang tidak pernah melekat di hati. Perkasa. Argh!!! Rasa nak menjerit saja. Dari mana entah muncul idea mama dan papa untuk menamakan nama itu padanya. Tak pernah dibuat orang rasanya. Zaman makin moden, tapi boleh pula nama dia jadi ala-ala pelakon dalam teater klasik. Mujur saja nama papanya, Muaz. Bukan Khamis ke, Isnin ke. Cuba bayangkan, Perkasa Armana Bin Isnin… mahu kena bahan saja sepanjang zaman.
            “Encik Armana… Cik Jelita ni dah bertunang, kalau you terfikir nak mengurat dia, lupakan sajalah.” Kata-kata Aimy yang tersengih nakal itu menyentakkan khayalan Armana. Aduh! Potong stim saja.
            “Boleh kita mulakan sekarang?” soal Jelita.
            “Oh, tentu! Aimy… make us two cup of tea. Cik Jelita… come.” Armana sudah bangun mengiringi Jelita ke sudut sofa dalam bilik itu. Duduk mereka bertentangan antara satu sama lain membuatkan wajah Jelita jelas sekali pada pandangan mata Armana. Jelita tersenyum kecil.
            “Saya dah create satu design berdasarkan apa yang Encik Perkasa request pada bos saya.” Jelita memulakan penerangannya. Berkali-kali bibir merah jambu itu memanggil Encik Perkasa yang membuatkan Armana rasa seperti kembali ke zaman silam saja.
            “Call me Armana.” Sempat lagi Armana mencelah.
            “Why? Saya lagi suka Perkasa.” Selamba saja Jelita menjawab dan jawapan yang membuatkan Armana menarik jelingan. Konon-konon jelingan manja. Cumanya tak kena dengan gaya saja.
            “Macam mana Encik Perkasa? You suka tak dengan konsep yang saya tunjukkan ni,” nada Jelita serius sekali. Bila aura kerja yang merasuk badan, segala perkara lain seperti melayan khayalan akan ditolak tepi sama sekali. Dilihatnya wajah Armana sejak tadi seperti asyik sangat berkhayalkan sesuatu.
            Ketukan di pintu membuatkan dia dan Armana mengalihkan pandangan serentak. Wajah Aimy yang tersenyum kelat muncul di antara mereka.
            “Encik Armana… Cik Farah dah berulang-ulang kali call nak cakap dengan encik. I cakap encik ada discussion, dimarahnya I sampai rasa macam nak pekak dah. Kalau dia call lagi sekali, boleh encik tolong jawabkan… I tak nak jadi pekak.”
            Dengusan Armana jelas kedengaran di ruang itu. Menyampah sungguh dengan sikap Farah. Gadis yang tak pernah faham bahasa. Kenal dengannya secara kebetulan saja. Tapi meminta layanan gaya macam aku ini suami dia pula. Tak pernah serik walaupun ditolak berkali-kali. Cara halus, cara kasar, semua Armana dah guna. Tapi perempuan itu tak pernah makan saman juga. Dikacaunya sampai dia rasa nak muntah hijau saja.
            “Okey… nanti sambungkan,” ucap Armana separa rela. Kesian pula bila tengok wajah Aimy yang terkulat di situ. Baru saja Aimy keluar dari bilik itu, terus telefon di meja kecil itu terpekik sekali. Dengan rasa yang sangat malas, gagang dicapai.
            “Yes, you nak apa?” malas saja Armana menyoal.
            “I’m sorry… I’m really busy right now… tak ada masa nak layan your call.”
            Seketika dia mengiakan saja setiap patah yang keluar dari bibir Farah.
            “Suka hati you lah… Assalamualaikum.” Gagang sudah diletak. Pandangannya kembali bertaut dengan seorang yang merenungnya dengan tajam sekali. Dengan renungan yang tajam begitu, rasanya semakin tertusuk dan terpaut hatinya.
            “Encik Perkasa…” serius sekali suara Jelita. Segarit senyuman pun tidak terukir di bibir. “No personal matter while we’re discussing business here. Harap awak faham dan jangan buang masa saya dengan sia-sia.” Membulat biji mata Armana. Tidak percaya si cantik Jelita itu menuturkan ayat berbau amaran untuknya. Sedangkan dia adalah klien mereka. Mana boleh cakap dengan nada sebegitu. Ikutkan hati, akan di sound saja si Jelita itu. Tapi, ikutkan hati juga… tengok wajah cantik itu, tak jadi nak marah.
            “I setuju dengan semua konsep yang you bentangkan ni.” Akhirnya, Armana memberikan kata putus.
            Jelita menghembuskan nafas lega. Setelah hampir dua jam berbincang, baru lelaki itu meringankan mulutnya untuk bersetuju. Aduh! Cerewet juga Encik Perkasa Armana ini!
            “Jelita…” gaya Armana macam nak panggil girlfriend dia saja. Dengan senyuman kacak di bibir, pandangan sudah ditala pada wajah Jelita.
            “Dah lunch hour ni… lunch dengan I sekali,” pelawa Armana yang nyata tidak mahu melepaskan peluang keemasan. Jelita tersenyum.
            “Sorry… I have lunch date.”
            Spontan senyuman di bibir Armana mati. Lunch date? Dengan siapa? Hatinya geram. Dia menjadi cemburu. Baru saja ingat nak teruskan keramahan dengan si Jelita ini.
            “Dengan siapa?” soal Armana gopoh. Jelita tersenyum lagi. Manis sangat.
            “Someone special.” Armana mengetap bibir. Special sangatkah orang itu daripada aku sampaikan si cantik Jelita ini asyik tersenyum lebar hingga ke telinga.
            “Jumpa lagi Encik Perkasa.” Jelita sudah berpamitan untuk mengundur diri. Dia masih ada destinasi seterusnya untuk dikunjungi.
****
HILAI tawa yang berpadu dari pintu lif yang terbuka menggamit perhatian Armana. Dia baru saja hendak melangkah masuk ke dalam pejabat, terus saja membantutkan langkahnya. Tambah-tambah lagi hilai tawa itu dari suara yang amat dirinduinya. Siapa lagi kalau bukan Cik Jelita yang sungguh jelita bagai puteri kayangan itu.
            Armana yang sudah memusingkan badan terasa bagai direntap jantungnya. Melihatkan Jelita yang cantik sekali bergandingan dengan Farhan membuatkan jiwanya berdebar begitu kencang sekali. Dia cemburu. Terlalu cemburu. Bukan sebab gandingan itu saja, tetapi ditambah dengan warna sedondon yang dikenakan oleh kedua itu seolah mereka berdua merpati sejoli yang begitu serasi.
            Saat wajah Jelita dan Farhan yang asyik tersenyum menyapa matanya, dia tidak mampu untuk menyembunyikan reaksi di wajah. Dia cemburu dan marah. Dan nyata senyuman manis dari bibir Jelita tidak mampu menyejukkan hatinya.
            “Hai bro… lama tak jumpa.”
            “Kau buat apa kat sini?” tanpa ditahan-tahan, laju soalan itu meluncur di bibir Armana.
            “Amboi! Aku nak datang jumpa kawan pun tak boleh…” dahi Farhan sudah berkerut. Pelik pula dengan tingkah Armana hari ini. Selalu kalau berjumpa dengannya, akan melompat girang. Hari ini, macam nak menghalau pulang pula.
            “Tak adalah… aku tanya saja. Kau pun dah lama tak datang.” Ayat cover balik. Armana tersenyum kelat. Matanya sudah beralih pada wajah Farhan. Namun sekejap-sekejap dia mencuri pandang pada Jelita yang masih dengan senyuman manisnya di sebelah Farhan. Argh!!! Dia geram lagi.
            “Kebetulan… kereta Jelita buat hal. Jadi aku pun dengan rasa bahagianya offer kan diri nak tumpangkan dia sampai sini. Dia cakap boleh naik teksi sendiri… tapi kau tahu kan, bahaya lepaskan si cantik Jelita ni naik teksi sorang-sorang… aku temankan sampai sini, rasa selamat. Hati aku pun senang.” Makin berapi saja wajah Armana mendengar jawapan dari bibir Farhan. Menyesal pula aku tanya. Nampak sangat Farhan rasa bahagia bila dapat berdua-duaan dengan Cik Jelita Suria.
            “Kau tak ada kerja ke?” sedaya boleh, Armana hendak melupuskan Farhan dari situ. Kalau tidak masa untuk berduaan dengan Jelita akan punah begitu saja. Sudahlah dia begitu ternanti-nanti saat ini. Sejak beberapa kali pertemuan mereka yang dijalankan sebelum ini, makin menggunung rasa hatinya buat Jelita Suria. Rasanya lebih tinggi daripada apa yang Farhan rasa. Dia boleh beri jaminan.
            “Kut iya pun nak menghalau aku, janganlah terang lagi benderang macam ni. Aku ada kerja nak singgah bangunan sebelah ni.” Jawapan itu membuatkan Armana menarik senyuman secara spontan. Lega! Hatinya sudah bertempik gembira.
            “Jelita… nanti dah sudah, call saya ya. Jangan nak naik teksi semua, bahaya.” Amanat tulus dari bibir Farhan sekali lagi merentap kegirangan di hati Armana. Dia sudah menjeling ke arah yang tersenyum dan menganggukkan kepala. Argh!!! Dia geram lagi. Boleh pula kan si cantik jelita ini memandang Farhan dengan pandangan yang istimewa sedangkan aku, si gagah perkasa ada di sebelahnya. Cemburu buta! Ah, cakaplah apa sekalipun, dia sudah malas hendak menafikan rasa hatinya.
            “Seronok dapat dating dengan Encik Farhan?” sinis saja soalan Armana sebaik saja dia dan Jelita ditinggalkan berdua.
            “Encik Perkasa… working hour is working hour. No personal matter.” Lembut dan tegas kata-kata dari Jelita. Hilang sudah senyuman manis yang terpamer di hadapan Farhan sejak tadi. Armana mendengus kecil. Untuk aku, dia tak nak senyum pula. Kalau untuk Farhan tu, senyum lebar bukan main.
            “Dalam dua tiga hari lagi semua kerja akan mula, I akan datang pantau apa-apa yang patut. Kalau boleh Encik Perkasa kosongkan ruang yang nak digubah tu dengan seberapa segera, kalau tak makin lambat kerjanya.” Bibir Jelita serius berkata sambil tangannya mencatitkan perkara-perkara yang hendak dilaksanakannya.
            Armana tidak begitu berminat untuk mengetahui tentang butiran kerja rekaan dalaman yang akan bermula dalam beberapa hari lagi. Dalam mindanya cuma ada Jelita saja. Jelita Suria. Wajah gadis itu serius sekali mencatitkan sesuatu. Entah apa, dia tidak mahu ambil tahu. Yang dia tahu, hanya satu. Dia hendak keluar. Sekarang juga! Dengan Cik  Jelita Suria.
            “Jelita… jom!” selamba saja Armana menarik lengan Jelita yang dilitupi baju kurung moden berwarna maroon itu.
             Jelita terpinga. Jom?
            “Jom ke mana pula Encik Perkasa? I ada benda yang nak kena discuss dengan you ni! Kan I dah cakap… no personal matter during business hour!” sedikit tinggi nada Jelita. Namun Armana tidak peduli.
            “I just don’t care. Sekarang… you ikut I.” Tanpa mempedulikan wajah Jelita yang sudah berubah riak, Armana terus saja menarik lengan gadis itu mengikuti langkahnya ke basement.  Langkah terus dipanjangkan mendekati kereta Nissan Murano berwarna Super Black yang terparkir di situ. Pintu tempat duduk penumpang sudah dibukakan. Namun Jelita masih tercegat dengan wajah yang mencuka.
            “Jelita… please. Masuklah.” Lembut saja Armana bersuara. Konon hendak mencairkan hati Jelita. Dengan jelingan yang begitu tajam sekali, Jelita sudah melangkah ke dalam kereta. Belum sempat Armana hendak menutup pintu untuk Jelita, gadis tu sudah menarik pintu dan menutupnya dengan kasar sekali. Benar-benar marah Jelita Suria pada saat ini.
            Sepanjang dalam kereta, sepatah suara pun tidak terluah. Armana diam. Jelita lebih dari itu. Diam, kaku dan beku. Dia benar-benar panas hati dengan Armana pada saat ini.
            “Call Farhan.” Arah Armana sepatah. Jelita buat-buat tak dengar. Nak tunjuk protes.
            “Jelita… call Farhan. Nanti dia tertunggu-tunggu you pula. Call and tell him, I’ll send you back later.”
            “Now you send me back to my office, I have work to do!” marah Jelita. Sudahlah dia memang cukup pantang kalau-kalau ada yang menganggu waktu kerjanya. Nah! Sudah ada yang berjaya menaikkan darahnya untuk perkara sebegitu. Encik Perkasa Armana. Huh!
            “Tak payah masuk office. Temankan I pergi jalan-jalan,” selamba saja Armana mengeluarkan arahan. Terlupa mungkin, Jelita bukanlah pekerjanya untuk dia berikan arahan gaya suka hati datuk nenek dia.
            “Encik Perkasa, you’re too much! Saya nak balik office sekarang. Kalau you nak orang lain yang deal dengan you, you boleh dengan senang hatinya ajak I berjalan. Tapi ingat… starting tomorrow, orang lain yang akan sampai di office you dan bukan I.” Jelita mengugut. Bukan boleh dilayan sangat kehendak Armana yang seperti orang kena sawan saja. Boleh pula waktu-waktu kerja, dia hendak ajak berjalan makan angin pula. Apa, dia ingat aku ini bos macam dia. Sudahlah kuli makan gaji saja. Hal periuk nasi aku pun dia nak masuk campur.
            “Jelita… you ni nak melawak dengan I pun janganlah extreme sangat.” Armana cuba untuk bergurau. Tetapi hampa. Jelita tak nampak macam berlawak pandai pun. Apatah lagi lawak bodoh. Serius benar gayanya. Bimbang tak dapat melihat wajah itu untuk hari-hari seterusnya membuatkan Armana terus saja memusingkan kereta untuk menghantar Jelita ke pejabat.
            Senyuman puas di bibir Jelita hanya menaburkan garam di hatinya. Sampai hati Jelita. Mengecewakan kehendak hatinya.
            “Balik nanti, I datang ambil. I hantar you balik.” Sekali lagi, Armana cuba berlagak ditaktor. Dengan si cantik Jelita ini, kaedah yang digunakannya terasa susah saja.
            “Tak perlu. Dah ada orang yang nanti jemput I.” Bertambah keruh wajah Armana di saat itu.
            “Siapa?” soalnya tanpa bertangguh. Kenapa ada saja line yang mengacau flow perhubungan dia dan Jelita Suria.
            “Someone special, of course.” Jelita sudah tersenyum bahagia. Armana mengeluh hampa.
****
TELEFON yang diletakkan di atas meja menyanyi dengan nyaring sekali. Sekilas dikerling ke arah jam di dinding. Awal lagi. Desisnya sendiri. Telefon dicapai. Keningnya sudah bertaut, pelik melihat nombor yang tertera di skrin. Namun ditekan juga punat menjawab.
            “Ya Encik Perkasa, ada apa yang boleh saya bantu?” soal Jelita sopan.
            Armana tertawa girang.
            “Bantu… bantu dengan berbual dengan saya sepanjang malam. Boleh?” Jelita tersenyum kecil dengan permintaan itu. Dikerling ke arah jam di dinding.
            “Tak boleh.”
            “Kenapa?” soal Armana tidak sabar.
            “Ini waktu untuk personal life I… Encik Perkasa tak boleh kacau. Sekarang bukan working hour dah.”
            “Waiting for somebody’s call?” soal Armana. Jelita tersenyum lagi.
            “Tunang I.”
            “Apa salahnya malam ni berbual dengan I.” Pujuk Armana. Mana tahu boleh jalan.
            “Eh… mana boleh. Sekarang ni waktu special untuk kami berdua. Encik Perkasa, jangan nak kacau daun ya!” Armana tertawa.
            “Ala… bolehlah, I gantikan call dia malam ni. Rasanya menurut firasat I, dia ada hal penting dan maybe lambat lagi nak call you.” Dengan nada bersenda Armana mengucapkan kata. Jelita menyambutnya juga dengan tawa bahagia.
            “You jangan nak merepek ya. Sudahlah sepanjang hari mengacau I nak buat kerja. Malam-malam macam ni pun nak cabul hak privasi I pula. I saman you nanti Armana.” Armana ketawa riang dengan panggilan jelita.
            “Why Armana? I like Perkasa,” kali ini Jelita pula yang terkena. Tersasul pula dengan panggilan Armana.
            “Call me Perkasa… Jelita.” Jelita tersenyum simpul.
            “Iyalah Encik gagah Perkasa… now, will you hang up the phone.”
            “Menghalau?”
            “Eh… mesti! Kacau daun saja.” Selamba saja Jelita menuturkan kata, namun dia sendiri ikut tertawa.
            “Iyalah… I tak kacau daun. Good night.”
            “Good night.” Sambut Jelita dengan ceria. Sekilas dia mengerling ke arah jam di dinding dan kembali tersenyum ceria. Bahagianya rasa hati bila ternanti-nanti panggilan orang yang dikasihi. Seakan tidak percaya, sudah hampir empat bulan dia sudah bergelar tunangan orang. Tinggal lagi dua bulan saja untuk majlis pernikahan mereka. Hatinya semakin berdebar. Ditambah dengan wajah tunang yang sering menganggu ruang matanya hanya menambahkan paluan di dadanya.
****
“MAJLIS siapa ni Encik Farhan?” soal Jelita apabila kakinya sudah melangkah ke ruang dewan itu. Terang-benderang dengan lampu di sana sini.
            “You dah lupa ke… Datin yang fussy gila tu.”
            “Dia?” Jelita terkejut. Huh! Mana boleh lupa kalau dapat klien yang menaikkan tekanan darahnya. Memang akan ku kenang sampai bila-bila.
            “Tunang you tak kisah ke, you ikut ke majlis ni?” soal Farhan. Jelita tersenyum.
            “I datang dengan bos, InsyaAllah, dia tak kisah.” Yakin saja jawapan Jelita.
            “Hai… what a pleasant surprise.” Suara yang begitu dikenali menyapa Jelita dan Farhan yang sedang bergandingan bersama.
            “Cik Jelita… datang berdua dengan bos?” soal Armana. Dia cemburu lagi dan lagi. Wajah Jelita yang cantik itu dipandangnya besar, kecil saja.
            “Yes… and why?” potong Farhan.
            “Tak ada apa… tanya pun salah ke? Aku ingatkan Jelita tak suka datang majlis-majlis makan malam macam ni… kalau tak, aku dah offer nak ajak dia jadi teman aku.” Armana menjeling sekilas pada Jelita yang tidak berganjak sedikit pun dari sisi Farhan.
            “Tak apa… hari ni, Jelita jadi teman aku. Kau… seorang saja ke?” baru saja Armana hendak membuka mulut menjawab. Tiba-tiba saja lengannya dipeluk erat. Armana tersentak. Farhan merenungnya dengan pandangan tidak percaya. Jelita… merah sudah wajahnya. Tiba-tiba saja dadanya terasa dicucuk-cucuk. Sakitnya hati.
            “And this is?” Farhan menyoal sinis. Rasanya dia tidak pernah mengenali perempuan yang sedang meliuk lintuk di sisi Armana pada ketika ini. Dan Armana juga, bukanlah spesies kasanova, main ikut suka hati saja keluar dengan mana-mana perempuan tak kena gaya.
            “Bakal isteri Armana.” Selamba saja jawapan yang lahir dari bibir Farah membuatkan Armana menjadi sesak. Pandangan tertala pada wajah Jelita yang sudah berubah riak. Kenapa perlu ada watak seperti Farah untuk mengeruhkan keadaan yang sedia ada.
            “I balik dulu.” Tanpa menunggu balasan, Jelita sudah mengatur langkah bergegas hendak keluar dari situ.
            Armana merentap tangannya laju. “You, jangan melampau! I dengan you, tak ada apa-apa hubungan. Tak ada dan takkan ada pun!” tegas Armana bersuara dengan jelingan tajam yang menyiat wajah Farah. Biar kecut perut perempuan itu. Suka hati tok moyang dia saja mengaku aku bakal suami. Bila masanya aku masuk meminang. Tak ada hari!
            Kakinya sudah melangkah laju hendak mengejar Jelita yang keluar secara tiba-tiba. Hatinya sudah resah. Gelisah macam ular sawa kelaparan saja.
            “Jelita…” jeritan Armana tidak dipedulikan. Dia sudah berlari menuruni tangga. Dia rasa panas. Dia rasa sakit hati. Semua yang dia rasa itu buat diri Perkasa Armana.
            “Jelita.” Armana sudah beriak risau. Mana tidaknya dia sendiri pun terkejut dengan kehadiran Farah secara tiba-tiba. Siap dipeluk erat lengannya dan mengeluarkan kenyataan yang tak boleh blah! Pasti saja Jelita sudah menyangka yang bukan-bukan. Lihat sajalah riak yang tertera di wajah cantik itu.
            “Jelita…” suara Armana makin mendekat. Jelita melajukan langkahnya.
            “Jelita… jangan salah faham okey.” Kali ini Jelita tidak mampu mengelak lagi. Armana sudah tercegat di depannya. Pandangan lelaki itu risau sekali.
            “Kenapa you lari macam tu saja? I jerit-jerit panggil nama you… buat tak tahu juga. Kenapa nak marah sangat ni?” tersentap dengan soalan itu. Terus saja api kemarahan Jelita menggelegak.
            “Mestilah I kena marah! Siapa perempuan tak tahu malu tu? Sesedap bantal peluk saja dia peluk you! Siap mengaku bakal isteri lagi. Huh!” luah Jelita dengan kemarahan yang meluap-luap. Nafasnya turun naik. Mengah turun tangga tak habis lagi, ditambah dengan adegan Armana dipeluk buat dia rasa celaru saja. Jiwa kacau.
            “You cemburu? Kenapa pula?” Armana sudah tersenyum nakal. Seronok dapat melahirkan soalan ini buat pendengaran Cik Jelita Suria. Wajah Jelita yang merah menyala begitu menarik pada pandangannya.
            “Of course I am! You tu tunang I… perempuan tu tak tau ke, you tu bakal jadi hak I seorang dalam beberapa minggu lagi,” marah Jelita. Dia tidak mampu mengawal emosinya. Dia tidak pernah merasakan perasaan ini. Cemburu? Langsung tak pernah. Beginikah rasanya? Kalau ya… sungguh dia tak suka. Rasa macam nak pecah dada saja.
            “You mengaku ke I ni tunang you? Sejak hari pertama you jejak kaki dekat office I, you lebih suka dikenali sebagai Jelita Suria bukan berbanding dengan status tunang Perkasa Armana. Am I right Jelita?” sengaja Armana mengajukan soalan itu, hendak menguji. Wajahnya serius sekali. Sedangkan dalam hati sudah bersorak gembira. Kali pertama melihat Cik Jelita Suria cemburu. Baru dia tahu, tunangnya itu pun reti juga nak rasa cemburu. Selalunya dia saja yang diamuk rasa cemburu nak gila. Sekarang ini biar, fair and square jadinya.
            “Sampai hati you tanya macam tu! You memang tak sayangkan I dah kan… sudahlah dekat dua minggu tak call I. I tunggu you call, tunggu you mesej, tapi langsung tak ada. Bila I call pula, asyik mesin saja sambut. Mesti you dah jatuh cinta dengan perempuan tu kan. Iyalah, orang cantik, seksi macam tu, siapa yang tak suka.” Jelita menghamburkan segala rasa. Air matanya sudah jatuh tumpah di pipi. Armana terkedu. Dia hendak menguji saja, tapi tak sangka sampai berlaku pertumpahan air mata pada insan yang dicintainya.
            “Hei… janganlah menangis.” Pujuk Armana. Namun Jelita sudah menggeleng kepalanya laju.
            “Kalau you dah tak suka dengan I, kita putus!” laju Jelita mengatur langkah meninggalkan Armana yang sudah termangu dengan ayat terakhir dari bibir Jelita Suria. Putus? Rasa macam black out terus pandangan Armana pada tika itu.
****
“APA dah jadi, sampai boleh pengsan dekat basement hotel? Nasib ada Farhan.” Soal papa Armana, Encik Muaz dengan wajah yang risau. Armana berusaha mencelikkan matanya. Kepalanya masih berpusing lagi. Dalam mindanya hanya terbayang satu benda. Putus tunang! Mana mungkin.
            “Jelita… Armana nak jumpa Jelita.” Pantas dia bangkit dari pembaringan. Dia perlu segera meleraikan kekusutan. Aduh! Gawat sudah.
            Kenapa flow pertunangan mereka jadi begini pula. Sebelum ini elok saja bercinta pagi, petang, siang, malam. Sampaikan Jelita merungut-rungut dengan nada bersenda, sudah naik bosan melihat wajahnya. Sampaikan dia sendiri rasa, Jelita sudah tak ada perasaan bila mellihat wajahnya. Tapi dia yang silap. Marah-marah Jelita pun hanya waktu kerja saja. Marah-marah Jelita pun, masih terselit kasih yang begitu istimewa buat dirinya.
            “Apa yang jadi Armana?” soal Puan Zaidah, mama Armana.
            “Jelita… dia nak minta putus.”
            “Apa? Kenapa pula dah?” cemas saja suara Puan Zaidah. Macam kena attack dengan tsunami saja. Tiba-tiba hendak batalkan pertunangan pula.
            “Armana yang salah ma… dia salah faham dengan seorang perempuan yang selalu kacau Armana tu,” luah Armana kesal. Kalaulah dia bertegas dengan Farah sejak awal perkenalan lagi, takkan jadi perkara begini. Takkan terluka insan yang dicintainya.
            “Kamu ni pun satu Armana… mama dah pesan, perempuan macam si Farah tu jangan dilayan. Kamu degil. Asal mama tanya saja, kamu cakap kawan saja ma… tengok apa dah jadi. Hah! Memang padan dengan muka kamu, si Jelita tu minta putus.” Armana terus disembur dengan peluru berpandu dari mamanya sebaik saja bibirnya menceritakan perihal tadi.
            “Mama… janganlah marah Armana. Armana nak kahwin dengan Jelita. Tak nak orang lain. Mama tolonglah…” rengek Armana manja. Badannya rasa lemah saja. Fikir perkataan putus itu boleh membuatkan dia rebah berkali-kali. Si gagah perkasa pun boleh kecundang bila sampai dalam hal bercinta.
****
“JELITA… please. Sekali ni saja. Let me explain.” Sepi. Tiada sahutan langsung dari Jelita yang sudah mengurungkan diri di dalam kamar. Armana mengagahkan juga diri untuk mengetuk pintu beberapa kali. Kalau tak selesai hari ini mahu makin kronik keadaannya.
            “Jelita.” Masih diam juga.
            “Jelita Suria, buka pintu ni,” suara Armana sedikit meninggi bila Jelita masih beku di dalam bilik.
            Akhirnya, pintu terkuak sedikit. Armana menghela nafas lega. Namun sekejap saja, seakan terhenti degupan jantungnya apabila cincin pertunangan ditinggalkan di depan pintu dan Jelita kembali menguncikan diri.
            “Jelita… apa semua ni? Boleh bagi I cakap tak? You janganlah nak terburu-buru ambil keputusan macam ni.” Armana sudah makin cuak. Takkan putus. Tidak mungkin. Ini tidak termasuk dalam senarai aktiviti tahunan. Putus tunang! Tak boleh. Tak sanggup!
            “Jelita…” suara Armana sudah berubah serak. Sedihnya kalau macam ini sudahnya.
            “Armana…” bahunya ditepuk perlahan. Wajah Encik Johan berada di sisinya.
            “Jelita dah buka cincin tunang. Dia memang nekad nak putus rasanya.” Usai saja mengucapkan sebaris ayat itu, sekali lagi pandangan Armana black out. Kejutan yang tanpa dipinta boleh membuatkannya pitam tak kira di mana.
****
“ARMANA.” Suara lembut itu menusuk ke gegendangnya. Perlahan-lahan matanya dicelikkan. Cahaya yang sedikit menyilau membuatkan matanya terkatup kembali. Sekali lagi dia mencuba. Kali ini, wajah si cantik Jelita sudah memenuhi ruang mata. Mata gadis itu sembab sekali. Menangis terluka atau menangis risaukan dirinya?
            “You okey?” soal Jelita risau.
            “Hhmmm…” dingin saja reaksi Armana. Semalam dia punya berusaha nak memujuk Jelita, tapi tak dihargai langsung. Hari ini biarkan saja gadis itu pula yang berusaha.
            “Encik Perkasa Armana… I am so sorry.” Sebaris ayat dengan alunan yang begitu lembut sekali, sudah cukup untuk menjentik perasaan lelakinya. Dia tahu, kalau dengan Jelita, dia takkan boleh nak merajuk punya.
            “Tunggu I terlantar dekat hospital macam ni, baru you nak percayakan I.” Sengaja Armana hendak menguji lagi. Bayangkan pengsan sampai terlantar di hospital pula. Gaya macam kena serang penyakit serius saja. Sedangkan… pengsan saja pun.
            “Kalau I mati…” uji Armana lagi. Jelas sekali mata Jelita sudah berkaca.
            “I minta maaf. I tak boleh nak control rasa marah I pada you… you pun lain macam saja semenjak beberapa minggu ni. Itu yang I fikir you dah tak suka… dah bosan layan I. Iyalah, I tak reti nak manja-manja macam perempuan tu. I tak reti nak cemburu.”
            Mulut Jelita yang comel sudah tidak berhenti merungut tentang diri sendiri.
            “Tapi you saja si cantik Jelita yang dapat berdampingan dengan I… InsyaAllah, hingga ke akhir hayat nanti.” Potong Armana dengan pantas apabila dilihat Jelita sudah meleret-leret dengan kata-katanya.
            “Kita kahwin ya… tak nak batal-batal tunang, okey?” pinta Armana dengan penuh mengharap. Jelita sudah menarik senyuman. Buang masa rajuknya semalam sampai sembab kedua biji mata sebab menangis macam orang gila.
            “You buat I terkejut saja tau.” Sungut Armana yang sudah bangkit dari pembaringan.
            “You pun sama saja, siap uji-uji I pasal hal tunang tu kenapa?”
            “I ingatkan you tak reti cemburu, sebab selama ni I seorang saja yang selalu cemburu tengok you berkepit dengan bos you, si Farhan.” Jelita ketawa.
            “Encik Farhan tahulah, Jelita tunang dengan Perkasa.” Membulat mata Armana. Kenapa dia tak pernah tahu?
            “Jelita yang cakap?” Jelita mengangguk.
            “Ramai saja kawan-kawan Jelita yang tahu, Perkasa tunang Jelita…” makin membulat mata Armana. Rasa macam ketinggalan zaman saja. Seingatnya mereka bersetuju untuk maklumkan pertunangan pada kerabat terdekat saja.
            “Habis kenapa masa datang office I, Jelita buat macam tak kenal… boleh saja kan beritahu Aimy, Jelita ni tunang Perkasa. Lepas tu, jual mahal bukan main. Ajak lunch tak nak, kononnya ada lunch date. Ajak date tak nak. Sampaikan orang call guna nombor Armana pun dia tak nak layan… nak juga I call pakai sim ‘tunang’ you tu.”
            Jelita menjeling sekilas.
            “Jelita tak selesa nanti… bekerja dengan tunang sendiri, nanti tak boleh fokus. Lagipun…” meleret sedikit suara Jelita. “Macam Jelita tak tahu saja… kalau mengaku tunang dekat office tu, lagilah Perkasa nak menempel dua puluh empat jam dengan Jelita. Pasal lunch date, Jelita bukan sengajalah, memang betul ada lunch date. Yang bab call, sudahlah pagi petang Perkasa call Jelita guna working nombor, tak ada feel macam tunang langsung. Sebab tu orang tak layan!” kejujuran dari bibir Jelita membuatkan riak wajah Armana berubah rentak.
            “Siapa someone special yang selalu lunch dengan Jelita?” soal Armana gopoh. Biar hari ini jelas semuanya. Jelita tersenyum nakal.
            “Mama dengan papalah.” Erk! Armana tersengih kelat. Dengan mama dan papa pun dia aci redah, main cemburu saja.
            “Someone special yang hantar Jelita balik rumah masa Perkasa offer nak hantar balik?” dua someone special yang begitu menggegarkan jiwanya dengan badai cemburu. Satu dah terjawab, lagi satu… takkan mama dengan papa juga kot.
            “Encik Farhan.” Jelita tersengih. “Encik Farhan sengaja tak bagi Jelita balik dengan Perkasa. Saja nak mengusik sebenarnya. Cemburu ke?”
            “Mana boleh tak cemburu. Cemburu bagai nak gila.”
            “Tak elok kuat cemburu sangat,” nasihat Jelita ikhlas.
            “Eleh… cakap orang, awak tu apa kurangnya. Sampai nak putus tunang. At least Perkasa cemburu pun, tak adalah sampai tahap tu…” perli Armana selamba. Memerah terus wajah Jelita. Makin cantik saja di melihatnya.
            Tangan Armana sudah bergerak untuk mencuit gadis manis itu. Namun pantas saja Jelita mengelak. Pandangannya tajam.
            “Apa? Gerakan tangan melebihi had biasa nampaknya?” Armana pula yang kena perli.
            “Nak cuit saja.”
            “Masih belum halal. Cuit guna hujung jari pun belum boleh dibenarkan. Harap bersabar ya Encik gagah Perkasa.”
            “Baiklah Cik cantik Jelita. I tunggu satu Julai ni.” Akhirnya keduanya tersenyum bahagia.
****
“WAH!!!” Aimy sudah teruja apabila mendapat kad jemputan dari Jelita. Tanpa menunggu sesaat pun, dia sudah mengeluarkan isi dari sampulnya. Terserlah kad berwarna silver dengan tulisan hitam pekat. Seketika matanya dilarikan pada nama pasangan pengantin. Terus saja dia melopong. Sungguh dia tak sangka.
            “Cik Jelita… takkan you betul-betul tinggalkan tunang you untuk Encik Armana?” Aimy benar-benar tak percaya. Dulu dia cakap, bukanlah mendoakan Jelita putuskan pertunangannya. Tapi kad yang ada digenggamannya ini, sudah membuktikan segalanya.
            Jelita tertawa kecil. Boleh pula Aimy fikirkan kemungkinan itu. Sebab perkataan putus tunang, tunangnya jatuh pengsan sampai admitted di hospital.
            “Cik Aimy Rahmi, Cik Jelita Suria memang tunang Perkasa Armana dari mula lagi.” Suara Armana sudah muncul dari belakang. Dengan penuh bergaya dia sudah berdiri di sisi Jelita yang sudah melepaskan tawa melihat wajah Aimy yang terkulat-kulat di situ.
            “Kiranya dari awal, I kena tipulah?” soal Aimy yang masih blur.
            “Bukan kena tipulah… cuma you tak tahu cerita saja,” balas Jelita.
            “I dah agak dah! Mesti you berdua ni tunang… cuma I tak nak tanya saja.”  Serentak Jelita dan Armana melepaskan tawa. Pandai betul si Aimy memutarkan cerita, sedangkan dari awal, dia memang langsung tak tahu apa. Siap nak jadi broker perkahwinan yang berjaya lagi.
            “Jemput datang ya Aimy.”
            “I mesti datang punyalah… nak tengok si cantik Jelita dengan si gagah Perkasa disandingkan, takkan I nak lepaskan peluang pula.” Suara Aimy ceria sekali.
            Jelita dan Armana saling berpandangan. Hanya senyuman menghiasi bibir melampiaskan rasa hati yang bahagia. Semoga bahagia akan sentiasa mewarnai kehidupan mereka. InsyaAllah.
___________________
PROMO CERPEN NEXT WEEK:


Sorry. Sorry. Sorry. Mood cerpen tak dapat dikawal. But I can promise, KG 15 akan masuk dalam masa yang terdekat. InsyaAllah. TQ =)

 

9 comments:

  1. aaa.menarek menarek.hihi.tak sabar nak tunggu sambungan.^^

    ReplyDelete
  2. cerita ni tak ada sambungan... :)
    boleh baca di P2U dah ada link dekat atas. TQ

    ReplyDelete
  3. adeh...
    naper pendek sgt...
    x puas bc lg nie..

    ReplyDelete
  4. pendek sangat ke?
    dah 25 page saya karang... huhu...
    sorry la kalau pendek sangat. sorry juga kalau tak berapa nak best

    ReplyDelete
  5. hehe, best..de tertipu ckit pd awalnyer..hehe

    ReplyDelete
  6. i like it...bermula dgn cerpen TJBD saya terus menyukai karya2 Umi. Menarik dan segar. X sbr nak tunggu Kampung Girl. Keep it up Umi.

    ReplyDelete
  7. hahaha.. tetipu jugak pada awainyaa.. ehheheeh

    ReplyDelete