Skip to main content

[18]

Tuan 'Singa' Milikku

WAJAH Asad yang terlena itu kutatap dengan penuh kasih. Ombak di dadanya membangkitkan ketenangan pada jiwaku. Setelah lebih sejam berbual dan mengimbau kenangan lama, akhirnya Asad terlena juga dek kerana kesan ubat yang masih bersisa.
            Jemariku berlari perlahan menyentuh hujung kening Asad. Kemudian bergerak ke hidungnya pula. Kemudian melurut ke bibirnya yang terbuka sedikit.
            Spontan aku sudah tersenyum. Banyak pula cakap tuan singa ini tadi. Tak nampak langsung seperti orang yang dilanda stress. Namun aku bersyukur juga, sekurang-kurangnya Asad sudah tidak memikirkan perihal Elisa buat beberapa ketika ini. Imbauan kenangan kami berdua berjaya membungakan senyuman tanpa henti di bibirnya.
            “Ingat tak… bila first time kita ‘dating’?” soalan Asad dengan nada mengusik itu kembali menjengah mindaku. Aku tersenyum ketika itu.
            Ada ke patut, meeting diistilahkan sebagai dating!
            Cuma bezanya, meeting itu hanya perjumpaan kami berdua. Entah-entah dia sengaja aturkan begitu? Aku tak pernah bertanya pula tentang hal itu.
            “First date kita yang Sham kena sound teruk tu… abang nak suruh Sham ingat?” aku soalnya kembali. Dia tergelak.
            “Bukan sengaja nak sound, dah apa yang abang minta Sham tak siapkan… siapa yang takkan naik angin…” jawabnya selamba. Aku mencebik. Bolehlah dia cakap macam itu, bukan dia yang kena marah.
            “Abang ingat lagi… muka Sham dah jadi macam ayam berak kapur. Hahaha…” tawanya meletus dengan galak. Aku menjeling. Eeeiii… kalau bagi peluang untuk tuan singa ini mengusik, nyata tidak akan disia-siakan peluang itu.
            “Tapi abang suka sangat…” sambungnya lagi setelah puas ketawa.
            “Abang marah Sham, abang sukalah ya?” soalku dengan jelingan tidak puas hati.
            “Bukan suka dapat marah… suka dapat jumpa. Siapa tak suka kalau dapat jumpa orang yang kita suka…”
            “Bukan abang cakap, abang pernah terfikir siapa lelaki malang yang kena kahwin dengan Sham ke?”
            Dia tersenyum masa aku tanya soalan tu. Senyum punya lebar sampaikan aku pula terkebil-kebil memandangnya.
            “Abang tak cakap ke… perempuan tu, walaupun selekeh yang amat tapi…” Asad berhenti. Sengaja!
            Aku pula sudah tidak sabar hendak mendengar luahan jiwanya itu.
            “.. tak dapat nak hilang dari fikiran abang walau sesaat. Tak pernah abang jadi gila bayang dengan mana-mana perempuan sebelum ni. Abang betul-betul tak sangka… abang angau sakan dengan perempuan selekeh dekat bus stop tu, sampaikan kawan abang cakap apa… kau pergilah tunggu dekat bus stop tu hari-hari, ada jodoh boleh jumpa.”
            “Iyalah sangat kan!” aku sudah menjuihkan bibir tanda tidak percaya.
            Ada ke orang nak jatuh suka pada penampilan buruk aku itu?! Mustahil. Aku sangka Asad jatuh cinta setelah aku muncul sebagai Sham versi ayu. Rupanya tidak.
            “Tak percaya sayang… nanti Sham boleh tanya dengan Mat, Saiful, Kamal… dia orang tahu, macam mana keadaan abang masa angaukan Sham…”
            Aku mencebik lagi. Konon tidak percaya.
            “Jatuh cinta, tidak semestinya sebab rupa… ada sesuatu yang mungkin kita tak tahu. Itulah jodoh yang telah Allah aturkan dalam hidup kita. Abang pun tak sangka… dalam pada abang berdoa fikirkan siapa lelaki malang yang akan kahwin dengan Sham, alih-alih… abang pulak yang tak boleh nak hilangkan bayang Sham dalam kepala,” ucap Asad dengan penuh perasaan. Berlagu-lagu pula aku mendengar ayatnya itu.
            “Shamina…” panggilan bernada lembut itu, menyentakkan minda aku. Pandanganku terus beralih pada wajah Asad yang masih terlena. Mungkin dia masih mamai dan tersebut namaku. Matanya masih terpejam dengan rapat.
            “Ingin saya dedikasikan lagu istimewa ini… buat insan teristimewa yang bertakhta dalam hati ini…” seakan terlayar kembali ucapan bertahun sudah. Keadaan bilik yang semakin sepi, mengheret mindaku untuk berkhayalkan kenangan lalu. Kenangan yang begitu indah buat diri kami.

BILIK mesyuarat kelab kewangan agak riuh daripada biasa. Aku pula sampai lebih awal daripada presiden kelab. Fuhhh!!! Lega. Kalau tidak, mampus aku kena sound dengan dia.
            “Awak ni selalu sangat datang lambat! Tak ada disiplin langsung!!!” tidak mungkin sama sekali aku lupakan jerkahan itu. Nada suara yang begitu tegas membuatkan air mataku mengalir dengan laju. Nasib aku sempat cover. Kalau tidak, bertambah-tambah malu.
            Sejak daripada peristiwa itu, aku sudah menanamkan azam untuk sentiasa tampil paling awal di bilik mesyuarat. Biarlah kadang-kadang aku tidak ikhlas sekalipun, asalkan aku bebas daripada terkena ‘ngauman’ singa itu.
            “Ini adalah perjumpaan terakhir kita untuk sesi ini…” mukadimah yang dimulakan oleh Asad pada tika itu, benar-benar menyentakkan jiwaku.
            Perjumpaan terakhir?! Hatiku sudah mula dirundung pilu. Bagaimana aku boleh tidak sedar, begitu cepat sekali masa berlalu mencoretkan satu persatu kenangan di dalam jiwaku. Dan kini, aku akan bakal terpisah daripada Asad. Aduh… aku tidak sanggup!
            Wajahnya yang begitu segak mengucapkan setiap patah kata, kutatap tanpa rasa jemu. Sebenarnya aku takut… aku takut dan bimbang jika sudah tiada lagi peluang untuk menatap wajahnya. Aku takut dan bimbang kerana aku tahu, aku bakal kecewa melayan duka. Aku sayangkan dirinya tetapi untuk bersuara, pasti tidak! Perpisahan ini bakal meresahkan jiwaku yang sedia gelisah.
            “Sham… apa yang awak menungkan dari tadi?” sekali lagi aku tersentak. Merah wajahku bila disergah dengan soalan sedemikian rupa. Nampak sangat yang aku tidak menjalankan tugas aku sebagai setiausaha dengan sempurna.
            “Dan kepada ahli jawatankuasa yang lain… untuk sesi akan datang, jangan pula pilih setiausaha yang suka berkhayal…” selamba sahaja Asad berkata.
            Mendengarkan ayat itu, pantas sahaja aku menjeling. Amboi!
            “Sebelum saya terlupa… majlis makan malam kelab kewangan, dah confirm!” Seiring dengan ayat itu, sorakan sudah mula memenuhi ruang bilik. Wajah Asad sudah tersenyum. Sorakan yang begitu kuat sudah tidak kupeduli. Hanya wajahnya yang memenuhi ruang mataku.
            Ketika semua teman sudah berlalu meninggalkan ruang bilik itu, tinggallah aku dan Asad. Entah kenapa, kakiku sudah terasa berat untuk melangkah. Wajahnya yang begitu tenang membuatkan aku pasrah. Biarlah aku pendam sahaja rasa ini. Aku tidak ingin menjadi perigi mencari timba. Tidak mungkin untuk aku meluahkan rasa.
            “Awak ada nak cakap apa-apa ke dengan saya?” soalan Asad membuatkan aku tersentak. Sudah berapa kali dalam hari ini, aku asyik tersentak sahaja.
            Laju aku menggelengkan kepala. Dengan langkah yang berat, aku keluar juga meninggalkan bilik itu. Dan atas desakan hati, aku berpaling untuk menatap wajahnya lagi. Pandangan kami berlaga. Degupan jantungku menjadi pantas. Aku berdebar-debar menatap renungannya yang seakan memberi makna kepada hatiku.
           
PANDANGANKU tidak berkelip. Betul ke apa yang aku lihat pada ketika ini?
            “Sham… wah! Cantiknya makwe pengerusi kita…” pujian Sani benar-benar mengusik jiwaku. Makwe Asad?            
            “Cantik…” aku mengiakan sahaja ayat itu. Memang benar kata Sani, cantik sangat.
            “Kau ni… kenapa nampak sedih?” soal Sani lagi. Aku menjeling sekilas pada wajahnya yang bertanya.
            “Kan ni majlis jamuan terakhir… lepas ni, dah susah kita nak jumpa…” ujarku beralasan. Sedangkan, bukan susah mana pun kalau aku hendak berjumpa dengan Sani. Kami senegeri. Pasti sahaja tidak akan ada masalah untuk berjumpa selepas ini.
            “Alah… buat macam kita ni duduk jauh mana sangat! Kau call aje, aku pecut datang depan rumah kau…” Sani pula cuba memujukku. Aku tersenyum nipis. Bukan itu pun masalahku.
            “Dah… jom makan! Aku dah lapar ni…” Sani sudah mula menarik baju kurung moden yang tersarung di badanku. Jelinganku sudah tidak dipedulikannya. Macam dia tak tahu sahaja, aku bukan suka bab-bab sentuh-menyentuh macam ini. Mujur dia sentuh baju, kalau dia sentuh aku, siaplah dia!
            “Jangan marahlah… jom makan,” ajak Sani lagi.
            Melihatkan mimik mukanya yang begitu lucu membuatkan aku tersenyum juga. Lantas aku bangun dari dudukku dan mengikut langkahnya.
            “Sham… janganlah ambil sikit sangat. Ambil lebih sikit… tak habis tak apa, aku ada untuk habiskan…” ujar Sani dengan selamba. Sengih begitu lebar di wajahnya. Aku tersenyum sahaja sambil menggelengkan kepala. Apa-apa sajalah kawan aku yang seorang ini.
            “Ambil ni… tak nak yang tu…” ucap Sani buat kesekian kali.
            Aku sudah menjeling geram. “Sebenarnya siapa yang nak makan sekarang ni?!” soalku geram. Apa yang aku nak makan, dia tak nak. Disuruh pula aku ambil semua yang dia nak makan sahaja. Mana boleh… perutku ikut selera aku la!
            Sani tersengih lagi.
            “Kenapa ni…?” suara itu.
            Tiba-tiba sahaja aku menjadi serba tidak kena. Asad sudah berdiri di sisiku. Gadis cantik itu juga ada bersamanya. Wajahku segera kupaling ke arah Sani.
            “Tak ada apalah abang Presiden… Sham ni, saja nak bermanja dengan saya…” balas Sani dengan nada mengusik. Aku sudah menjegilkan biji mata.
            “Banyaklah kau punya manja!” balasku geram. Tanpa menunggu Sani, aku sudah berlalu ke meja makan. Dengan perasaan marah yang sudah membengkak di hati, aku jamah juga makanan yang terhidang dalam pingganku.
            “Sham… marah sangat ke dengan aku? Kenapa sampai macam tu sekali makannya…” teguran Sani sudah tidak diendahkan. Aku pekakkan sahaja telinga. Entah apa yang aku marahkan sangat. Rasanya bukan pada Sani marahku. Tetapi pada adegan yang telah bersiaran langsung di depan mataku sebentar tadi.
            Sempat mataku menangkap aksi perempuan cantik di sisi Asad membetulkan kolar bajunya. Ah! Setakat betulkan kolar baju pun aku hendak kecoh. Bukannya Asad itu kekasih aku sampaikan aku hendak cemburu ke tahap ini.
            “Sham… marah dengan aku ke?” takut-takut sahaja suara Sani menyoal.
            Aku masih memasamkan muka. “Tak!” tanpa perasaan juga aku menjawab.
            Terkulat-kulat wajah Sani merenungku. Pasti sahaja dia pun tidak mengerti dengan tingkahku ini.
            “Shamina…” namaku disebut lagi.
            “Apa ni Sani?! Kau tak faham ke aku cakap tak marah!” marahku.
            “Apa Sham…? Bukan aku panggil…” wajah Sani sudah berubah riak.
            Erk! Aku pula yang terpinga. Bukan Sani yang panggil? Habis, siapa yang panggil?
            “Shamina...” namaku diulang sebut sekali lagi. Ketika ini baru aku sedar, namaku disebut menggunakan pembesar suara. Dan siapakah gerangan yang mengalunkan namaku dengan  nada yang begitu membuai jiwa?
           “Ingin saya dedikasikan lagu istimewa ini… buat insan teristimewa yang bertakhta dalam hati ini…” suara itu. Aku menjadi berdebar menanti butir bicara yang seterusnya.
            “Khas buat si gadis yang bernama… Shamina…” serentak dengan itu, tepukan sudah mula bergema, meriuhkan keadaan. Aku tergamam. Lagu Nur Kasih berkumandang selepas itu. Dan tanpa menunggu lama, air mata sudah mula membasahi pipiku.

“SHAMINA… dah ke mana sayang?” suara itu kembali menarik lamunanku.
            Wajah Asad yang sudah terjaga singgah di ruang mata. Begitu segar sekali wajahnya. Tangannya sudah mula bergerak mencuit pipiku.
            “Berangankan siapa sepanjang abang tidur tadi?” soalnya.
            Aku tersenyum kecil. Timbul niat nakal di dalam hati. “Boyfriend lama…” jawabku selamba. Asad sudah mencebik dan aku ketawa.
            “Boyfriend lama yang mana satu?” soalnya lagi.
            “Yang satu tu la… yang mana lagi…”
            “Nama?” Asad nampaknya begitu berminat untuk tahu tentang ‘boyfriend’ lamaku itu.
            “Presiden kelab kewangan…”
            Aku nampak, Asad sudah tersenyum simpul.
            “Sayang dengan dia?” soalnya dengan senyuman meleret.
            “Mestilah sayang…” jawabku dengan penuh perasaan.
            “Kalau sayang… tolong, buatkan milo panas untuk abang.”
            “Abang!!!” Asad sudah ketawa gembira.
            Sangkaku, dia akan mengucapkan perkara yang sama. Rupanya nak request air pula. Potong mood romantik aku aje!

___________
Update yang lambat, saya tahu. Tapi nak buat macam mana, baru nak biasakan diri dengan jadual baru. Insya-Allah, TSM akan disambung lagi. Harap semua akan terhibur. Terima kasih atas sokongan anda :)

Comments

  1. best sesangat.....
    suka10x... ^_^

    ReplyDelete
  2. terbaik...
    best kak umi..
    sambung lagi...

    ReplyDelete
  3. sweetnya percintaan dorang ni,,
    best umi,,thumbs up

    ReplyDelete
  4. so sweet la cerita cinta mereka...sambung lagi ye... hope cinta asad and sham tetap teguh altho whatever problems come in their life ;)

    ReplyDelete
  5. ape la agknye plan si elisa tu smpai jd stress dibuatnye si asad tu..comey je mereka ni..tp xckp plak spe girl yg bikin sham hangat hati waktu dinner kelab tu..nk tau gak..mesti sesje je asad tu..heheh

    next2 ^_^

    ReplyDelete
  6. sukanya ada n3 br...semoga Asad cpt sembuh dan mslh Elisa psiko cpt selesai...kesian Asad dgn Sham...

    ReplyDelete
  7. wah2...romantik asad...patot sham cair:)

    ReplyDelete
  8. mcm biasa..thumbs up! hehehe mmg lawak n surprise gan asad ni ya. best sgt cara olah, kira kita boleh tau apa yg belaku sepanjang kisah pertemuan sebelum ni.tahniah kerana kebijaksanaan umi.

    ReplyDelete
  9. Hehehe.. layan feeling, dapat milo panas satu! Best bangat.. thanks Umi, dlm kesibukan sempat lagi hiburkan hati pembaca Tuan Singa & Sham ni... sweet couple... :-)

    ReplyDelete
  10. umi, mula2 tgk tajuk ni kat p2u mmg tak berminat nak baca pun, tp mlm ni i kebosanan yg amat sgt...tak tau kenapa terklik baca dan terus search your blog dan akhirnya marathon sampai episode terakhir ni...

    menyesal pula tak baca awal2 dulu kalau tak boleh feeling2 dgn pembaca2 lain yg komen disini...kelakar baca komen diorg..berbagai perasaan...hihi

    cerita ni mmg terbaiklah...tahniah umi...

    ps: kampung girl mmg i baca nak tunggu versi cetak mesti akan beli.

    ReplyDelete
  11. best la umi....ko mmg superp rrr!!!!syg ko!!heh

    sufi (",)

    ReplyDelete
  12. best sesangat..
    cepatla sambung...
    plizz33!!

    ReplyDelete
  13. bestnya..sampai tak tidur lagi semata-mata nak baca TSM bab 1-18. nice sgt2. buat kak umi, thnkz sbb buat e-novel nie.nak lagi.... please..^_^

    ReplyDelete
  14. perrgghhh!!! romantik btol asad... wat dedikasi lagu utk sham tu...

    ReplyDelete
  15. saya nk sokong coment nina......

    sayaa pon bru je maraton cerita kak umi nie...sebab bru je terigt cerita kampung girl...so cari karya akk umi...

    jumpe cerita nie....2 yg baca.... tp serius mmg best la kak...terkesan kat hati baca....best sgt3...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Cerpen: Lain di Mulut, Lain di Hati

JAMBANGAN bunga ros yang berada di atas mejanya itu dicapai. Tanpa melihat nama pengirim pun dia sudah boleh meneka, siapa pengirimnya. Terus dengusan tidak senang dilepaskan. Tanpa menunggu sesaat, jambangan bunga itu sudah terhumban ke dalam tong sampah di sudut bilik.             Huh! Apa dia fikir aku ni perempuan, nak cair kalau disogokkan dengan bunga. Kalau aku cakap benci, memang akan benci selamanya! rungutnya.             Serentak itu, pintu biliknya diketuk. Terjengul wajah Selina, setiausahanya.             “Encik Irfan, Puan Eryna nak jumpa.”             Sekali lagi dia melepaskan dengusan kasar. Tidak cukup dengan bunga yang merimaskan, sekarang, tuan punya badan pula muncul di depan mata. Ah, benci!             “Suruh dia balik! Saya tak nak jumpa dia.” Kuat dan lantang sekali suara Irfan sehingga begitu jelas buat pendengaran Eryna yang sedang duduk menunggu di luar bilik. Eryna tersentak. Riak wajahnya terus beruba

Cerpen: Hati ini [End]

BUNYI suara yang bertingkah dari ruang tamu mengkakukan langkah Ana di anak tangga terakhir. Dia yang turun ke bawah dengan niat untuk membasahkan tekak terkaku seketika. Tidak mahu menonjolkan diri di hadapan tetamu mama dan papa, tanpa berfikir panjang dia sudah memalingkan badan hendak bergerak ke atas semula. Namun sekali lagi, dirinya terus kaku di situ. Suara yang melaungkan namanya membuatkan badannya menjadi gementar secara tiba-tiba.             “Ana…” namanya dipanggil sekali lagi. Dia kenal suara itu. Terlalu kenal. Tetapi dia tidak mahu memalingkan wajahnya. Atas sebab apa, dia tidak pasti. Ikutkan sahaja kata hati.             Sentuhan di bahu membuatkan Ana tersentak. Pantas dia berpaling dengan wajah yang sudah berubah riak. Dia tidak suka dengan sentuhan itu. Sentuhan yang tidak menghormati dirinya sebagai seorang wanita muslim. Seketika mata mereka bertemu. Ana terkedu. Seakan tersedar dari mimpi… senyuman yang menghiasi

Cerpen: Dia yang aku cinta

Berdebar-debar rasanya saat menanti di ruang legar ini. Menanti kehadiran insan yang disayangi. Menanti saat yang ditunggu-tunggu selama ini. Disunting menjadi suri dalam hidup lelaki yang dicintai. Ah! Indah sungguh rasa…             “Tahulah nak tunggu insan tercinta. Kut iya pun… tak perlulah tayang riak wajah teruja, yang terlebih perisa pulak!” teguran berunsur perlian itu hanya membuatkan dia menjeling manja.             “Biarlah!” balasnya dengan menyampah.             Tiada siapa pun tahu apa yang dirasainya selama dua tahun ini. Hidup berjauhan dengan insan yang memenuhi ruang hatinya. Sungguh menyeksakan jiwa dan raga sahaja!             “Akak…” panggilan itu membuatkan dia melepaskan dengusan manja.             “Apa?!” soalnya geram. Geram saat khayalan indahnya dicantas dengan kejam. Sedangkan, hanya itu yang mampu dilakukan di saat ini.             “Tu…” mulut si adik sudah memuncung ke satu sudut.             Matanya turut berlari mencari. Seketika dia