AKU terpaksa menikus
sejak tadi apabila suara emak berdentum-dentum di ruang tamu ini. Atas arahan cumpolsary aku terpaksa balik kampung.
Emak marah bersungguh-sungguh sambil menyindir perangai aku yang tidak senonoh
itu. Aku malas hendak menyampuk sebab aku sedar, memang salah aku pun. Mana
mungkin ada manusia yang tidak reti jaga adab sopan seperti yang aku dah
lakukan depan emak Mawardi. Memang memalukan lagi mendukacitakan.
“Awatlah hang jadi macam tu Wawa? Malu mak bila dapat
kawan hang telefon cakap macam tu. Hang ni, langsung tak dak rasa malu ka?”
mata emak berhenti tepat di wajah aku.
“Malu.” Pendek sahaja jawapan yang aku beri.
“Tau malu… tapi awat yang buat perangai lagu tu?” emak
soal lagi. Kuat. Sampai aku ternampak kepala Acik Jannah terjenguk mengintai
dari jendela rumah. Busybody sungguh!
“Mak macam tak kenal Wawa… Wawa kan kalau dah lapaq
memang cepat lupa diri sikit.”
“Tu bukannya lupa diri sikit. Memang lupa diri terus.
Malu mak bila dapat tau, anak mak boleh kena reject on the spot!”
Mata aku membulat. Emak terus menjengil.
“Apa? Hang ingat aku tak reti cakap bahasa Inggeris?
Inggeris aku lagi power pada hang tau!” sambung emak. Aku diam kembali. Aku
tahu syarahan hari ini akan selesai selewat yang mungkin. Mujur esok dan lusa,
aku cuti. Memang sengaja aku apply
cuti untuk memudahkan waktu berkuliah dengan emak.
“Sekarang ni, mak nak tanya… Wawa ni suka dekat siapa
sebenarnya?”
Sekali lagi mata aku membulat. Berapa ramai orang yang
aku suka? Setahu aku, Mawardi seorang sahaja. Ada yang lain ke?
“Tak payahlah duk buat muka terkejut macam tu. Mak tanya
elok ni…” suara emak menurun. Emak pun dah datang duduk sebelah aku. “Jawab
dengan jujur dan ikhlas, Wawa suka dengan siapa sebenarnya? Mak ingatkan hang
dengan Johan selama ni. Tiba-tiba muncul pulak Wardi yang mak tak pernah kenal
pun…” emak teruskan berkata-kata. Namun minda aku seakan tidak mampu mencerna.
Ia seakan terhenti di saat emak menyebut nama Johan. Johan???
“Kenapa mak kata Wawa dengan Johan?”
Emak menjeling tajam. Aku salah cakapkah?
“Hampa ni dah kawan berapa lama?” soal emak serius.
Aku menelan liur. “Lama tu… lama jugaklah, sejak Wawa
kerja kat Penang tu.”
“Dah tu… tak ada cakap-cakap pasal hal ni?”
Emak tengah bercakap tentang hal apa? Aku kurang jelas
pula. Tapi emak masih menjeling tajam sehingga bibir aku terasa berat untuk
bertanya. Hal apa ya?
“Johan tak cakap dengan hang ka, Wawa?” suara emak
meninggi.
Aku menelan liur lagi. Apa bendalah yang Johan dah cakap
dengan emak aku? Dan kenapa aku boleh tak tahu tentang perkara itu?
Emak menggelengkan kepala. “Mak tak fahamlah dengan hampa
ni. Budak-budak zaman sekarang ni memang suka buat bagi jadi life complicated.”
Dan aku terdiam. Complicated?
Dari segi mana itu komplikasi dalam hal ini? Otak aku dah mula tersekat.
TELEFON yang berbunyi
dari petang tadi, aku pandang sahaja tanpa perasan. Hilang sudah mood aku. Rasa
macam tak nak balik ke Penang terus. Jadi pembantu bisnes emak dekat kampung ni
lagi bagus.
Telefon berbunyi lagi. Bingit kepala. Panjang tangan aku
mencapai dan menekan butang reject call.
Puas hati. Laju juga aku menaip pesanan ringkas, biar dia tahu yang aku marah.
Sangat marah.
Aku tak pernah tahu
yang hang ni, kawan makan kawan. Putus kawan! –Wawa-
Dah
macam budak-budak sangat mesej yang aku hantar. Tapi, itu yang terdetik dalam
hati. Rasa macam nak menangis pula bila difikirkan apa yang terjadi ini. Aku
terus menyembamkan muka ke atas bantal. Ketika itu telefon berbunyi lagi.
Pesanan ringkas masuk.
Tak kisah putus
kawan… -Johan-
Membulat
mata aku. Bodoh punya Johan. Nampak sangat tak pernah ikhlas berkawan dengan
aku. Kalau tadi aku rasa nak menangis, sekarang ini, aku menangis betul.
Berjurai-jurai pula air mata aku. Sedih sangat. Baru ingat nak matikan telefon,
pesanan ringkas masuk lagi. Dengan rasa geram, aku buka juga untuk membaca.
Putus kawan,
sambung balik… boleh kan?;) –Johan-
Dia ingat aku main-main!
Tak boleh! –Wawa-
Yeke? Tak boleh? Kalau macam tu aku
sambung kawan dengan Amira jelah. Dia pun baru putus kawan dengan Syam Kosmo.
She’s lonely right now. Sama kondisi dengan aku, jadi aku sambung kabel dekat
sana jela… -Johan-
Amira??? Amira yang suka menggedik tak tentu hala itu?
Jangan nak
menggatal okey! Kawan dengan aku cukup. Tak payah nak menggedik dengan Amira
gedik tu. Pandailah dia nak cari kawan lain. –Wawa-
Haha…tau pun takut. I sayang you la,
Wawa. –Johan-
Pesanan ringkas yang membuatkan aku mengeluh. Air mata
yang masih bersisa aku lap perlahan. Johan suka sangat bermain dengan
kata-kata. Sampaikan emak pun percaya dengan dia. Tapi kenapa dia cakap macam
itu dengan emak?
Emak cakap, Johan jujur. Johan ikhlas. Johan yang
terbaik. Yang terbaik? Aku terus lari masuk tandas. Termuntah. Memang suatu
refleks yang tidak terjangka, namun itu yang terjadi bila emak mula memuji
dengan lambungan yang tinggi untuk lelaki bernama Johan!
Malas hendak fikirkan hal itu, aku terus melelapkan mata.
Biar tidur ini dapat menghilangkan segala pening kepala.
“APA jawapan Wawa?”
soal emak terus sebaik sahaja sesuap nasi lemak masuk ke dalam mulut aku. Argh!
Potong mood.
“Mak… kita cakap lepas makan.” Emak mengangguk tanda
faham I’m not in the mood.
Selesai sahaja makan, emak terus soal semula. Emak ini
nampak gaya, sudah tidak sabar. Aku sebenarnya, fikir pun belum. Nak bagi
jawapan macam mana?
“Mak rasa macam mana?” aku pula soal emak. Dan aku rasa,
ini adalah soalan yang paling tidak selamat untuk diajukan kepada emak. Emak
sudah tersenyum gaya dapat bunga.
“Kalau emak, memang Wawa dah tahulah jawapannya. Tapi
yang mak nak tau, Wawa tu. Dalam hati Wawa duk pikiaq siapa. Nak dekat siapa?
Jangan main ikutkan sangat perasaan hati. Fikir dengan waras. Itu yang mak
pesan, jangan suka-suka nak berkawan dengan lelaki. Ni berkawan dengan Wardi
langsung tak maklum pada mak. Ikut suka hati dia ja pergi jumpa so called bakal
mak mentua.”
Amboi emak! Perli aku tak agak.
“Mak pun sama jugak macam Wawa. Langsung tak maklum bila
jumpa dengan so called besan depa.”
“Mak tak cakaplah, mak ingat hang tau. Nampak elok ja duk
berkawan dengan Johan. Mak telefon pun, mulut hang tak pernah tak bercerita
pasal Johan. Johan marah la. Johan merajuk la. Johan sakit la. Semua pun hang
bagi tau dekat mak. Pernah dak hang cerita pasal Wardi dengan mak? Mananya mak
takkan salah faham kalau macam tu…” emak mengeluh.
Oh my! Kiranya semua ini disebabkan salah aku. Salah aku
yang bersikap terlalu dungu. Dungukah aku sampai terlupa nak bercerita tentang
Mawardi pada emak? Kenapa aku tak pernah bercerita? Sebab aku takut emak tak
percaya. Tapi disebabkan itu, terjadi masalah lain pula. Emak dengan
senang-lenangnya sudah bersetuju dengan pinangan emak Johan yang langsung aku tak
tahu. Johan itu pun satu, tak pernah nak cakap pun dengan aku.
“Wawa dengan Johan, kawan baik la mak. Mak pun dah kenal
dia, sebab tu yang Wawa rajin cerita.” Aku cuba untuk berhujah. Tapi emak sudah
memotong.
“Kawan baik? Kalau dia tak sayang hang, Wawa… dia takkan
suruh emak, ayah dia mai minta izin mak untuk berkawan dengan hang.”
“Minta izin berkawan ja. Bukan berkahwin…” balasku
selamba. Satu ketukan terus singgah di kepala. Aduh!
“Berkawan lepas tu nak ajak kahwin la! Awatlah hang ni…”
emak sudah mengetap bibir. Tapi aku masih dengan niat hendak melawan.
“Itu sebab mak Johan belum kenal perangai Wawa… kalau mak
dia tengok, mesti jadi macam mak Wardi jugak. Reject on the spot.” Balasku
bangga. Macam dah suka pula bila kena reject.
Emak tersenyum memerli. “Hang ingat dak mak cik yang mai
duk bersembang dengan hang masa kenduri Jasmin? Yang hang duk puji-puji kata
lawa…”
Aku ternganga. Jangan cakap itu mak Johan. Alamak!
Memalukan dan mengharukan. Depan mak cik itu aku sudah mempamerkan segala
perangai ‘buruk’ aku.
“Mak… mak Johan cakap apa mak?” aku sudah tidak sabar
untuk mendengar komen pula. Terasa berdebar. Sebabnya emak Johan asyik
tersenyum aje sepanjang duduk bersama dengan aku. Entah apalah yang disumpahnya
tentang aku dalam hati. Ya Allah. Insaflah kau Wawa… sudah dua kali memalukan
diri depan mak cik yang boleh dipanggil sebagai mak mentua.
Emak tersenyum lebar. “Mak dia kata… bertuah orang yang
bermenantukan Wawa.”
Aku mengetap bibir. Malu. Itu pujian menyindir namanya.
Takkan emak tak perasan semua itu?
“Mak dia kata lagi... mana nak dapat menantu yang sayang
gila dekat anak dia yang perangai macam-macam jugak.”
Aku terdiam seketika. Macam mana emak Johan boleh jump into that kind of conclusion?
Kepala aku sudah mula terasa gatal. Aku berfikir lagi, selain daripada aku
makan berdiri, bercakap macam nak tersembur dan basuh pinggan macam nak retak,
dalam masa yang sama depan emak Johan, apa lagi benda memalukan yang aku buat?
Oh ya, macam
terlupa. Aku sedang asyik layan mesej daripada Johan, sampai tercerita dengan
emak dia pasal best friend aku yang
seorang tu. Aku memang begitu, dengan orang yang tak kenal pun aku boleh jadi
ramah-tamah terlebih perisa. Sampaikan aku terpuji-puji Johan depan emak dia
sendiri walaupun perangai Johan itu lebih banyak menyakitkan hati. Manalah
orang tua tak fikir yang aku sayang anak dia. Tapi iya ke aku sayang Johan?
“Dan bila mak
dengan ayah Johan mai nak meminang hang, mak apalagi, memang say yes terus la. Sebab mak tau, tak ada
orang lain dah yang nak menantu macam hang. Dan memang tekaan mak tu mengena.
Mak Wardi pun dah reject hang, sekali jumpa.” Tambah emak menjerukkan rasa hati
aku.
Teringatkan
Mawardi, aku jadi sedih kembali. “Wardi cakap mak boleh pujuk emak dia.” Aku
cuba ingatkan emak. Tapi emak menggeleng. Bahu aku mula jatuh, tidak
bersemangat. Takkan aku kena setuju dengan Johan?
“Kalau iya pun
mak boleh pujuk mak Wardi tu, hang ingat sama ka? Mak dia mungkin terima sebab
anak dia dah suka, tapi untuk mak dia nak buang persepsi pasal Wawa, hang ingat
senang ka? Mak tak maulah anak mak jadi menantu yang mentua tak suka… walaupun
perangai hang memang payah nak buat orang suka.” Emak dengan bangganya mengutuk
aku lagi.
“Wawa nak kahwin
dengan Wardi aje. Bukannya nak kahwin dengan mak dia.” Aku menjawab lagi.
Emak pandang aku
dengan tajam. Seakan hendak memberikan kefahaman kepada otak aku yang degil
ini.
“Wawa… anak mak…
yang paling mak sayang…” emak sebut dengan penuh lemah lembutnya, sampaikan
lemah lutut aku. “Wawa faham dak konsep berkahwin ni? Berkahwin bukan kena
ambil kira suka antara pasangan tu ja, tapi kena kira apa yang mak dan ayah dia
rasa sama. Kita kahwin satu keluarga… bukannya dengan pasangannya ja. Esok-esok
dah kahwin, kalau ada orang yang tak suka… banyak masalah, Wawa.”
Aku terdiam.
Habis, kalau hendak difikirkan suka semua orang, sampai ke sudah aku membujang
nampaknya.
Terasa pelukan
erat di bahu. Emak sudah rapat disisi aku. Mata aku terus bergenang. Sedih hendak
memikirkan siapa yang aku suka dan siapa yang aku sayang. Sedih juga
mengenangkan siapa yang suka aku dan siapa yang sayang aku.
“Mak takkan
halang kalau mak yakin Wawa akan bahagia dengan Wardi. Tapi mak tak nak Wawa
tersilap langkah… pilih yang betul-betul hargai diri Wawa… masa Wawa cantik pun
dia nampak Wawa. Masa Wawa buruk pun, dia nampak juga Wawa…” dan aku terus
memeluk emak. Berdrama sebabak di pagi Sabtu yang indah.
PUAS berfikir. Aku tahu
rasa hati aku ini untuk Mawardi. Aku memang sayangkan dia. Tapi macam yang emak
cakap, jangan fikirkan dua hati sahaja. Ada banyak lagi hati yang perlu diambil
kira. Maka, aku tidak boleh terburu-buru untuk buat keputusan. Tambahan pula,
aku secara tidak rasminya sudah menjadi tunang orang. Sakit kepala!
Telefon bimbit atas meja kopi aku capai. Terasa nak cakap
dengan Dahlia walaupun aku tidaklah mesra sangat dengan dia. Telefon berdering
dan suara Dahlia menyambut.
“Aku ni…” langsung tak adab bercakap. Sampai aku tersedak
bila Dahlia tegur aku suruh bagi salam. Memang payah nak insaf. Macam manalah
emak Johan boleh berkenan dengan aku. Mesti something
wrong somewhere ni.
“Lia…”
“Awat Wawa… hang ni tak pernah-pernah nak telefon aku. Ni
ada masalah apa?” lembut sangat suara Dahlia. Oh, how do I wish… aku boleh jadi selembut Dahlia. Silap emak bagi
nama Wardah dekat aku, memang mawar berduri sungguh!
“Masalah cinta.”
Dahlia ketawa. Tapi dengarnya macam irama, lembut dan
mengasyikkan. Aku jadi jakun pula. Macam kali pertama dengar perempuan ketawa
dengan lemah lembutnya. Baru aku sedar kenapa emak sangat berbangga dengan dia.
Biarpun tak pandai dan tak lawa, macam aku… ehem! Tapi dia sangatlah
menyejukkan hati orang tua dari segala aspek yang lain.
“Masalah apa sayang?” sangat terasa kasih sayang dengan
perkataan yang dituturkannya. Aku pun cuba bercerita dengan kasih sayang yang
melimpah ruah kepada seorang kakak. Walaupun nampak seakan tidak menjadi dengan
percubaan pertama, tapi aku hendak terus mencuba.
“Apa kata… Wawa test dua orang tu.”
“Test?” sudah blur pula aku.
“Iya, test… nak tengok mana yang asli, mana yang palsu,”
sahut Dahlia. Dan aku terasa ayatnya tersenyum pada aku.
“Contoh test?” Semua benda pun aku nak bertanya pada dia.
Seronok juga rupanya bersembang dengan kakak. Mana aku nak tahu seronok atau
tidak, tak pernah aku nak bersembang dengan dia melainkan kalau balik rumah.
“Wawa buat macam yang aku cakap ni. InsyaAllah, nanti
hang nilai ikut jawapan yang depa bagi. Kalau susah juga nak buat keputusan
lagi, share dengan aku… paling penting, jangan lupa minta permudah urusan
dengan Allah. Okey sayang?”
“Okey Lia.” Aku tersenyum lega.
Tanpa menunggu lama, aku kirimkan pesanan ringkas seperti
yang dicadangkan oleh Dahlia. Satu pesanan yang sama kepada dua orang yang
berbeza. Berdebar-debar aku menantikan jawapannya. Sementara menunggu, azan
sudah berkumandang. Aku terus bangun hendak bersolat. Emak yang sedang bergosip
panas dekat rumah Acik Jannah aku laung kuat, panggil balik solat.
BEBERAPA bulan lepas,
hatiku terasa kecamuk tidak menentu. Sekarang, aku rasa boleh tarik nafas dan
lepas dengan lancarnya. Alhamdulillah. Tanganku sudah mula mengemas meja
pejabat yang bakal ditinggalkan beberapa hari lagi. Macam tak percaya, aku akan
melangkah keluar daripada negeri Pulau Mutiara ini.
“Dah pergi tempat orang tu, jangan lupa kami dekat sini.”
Lili bersuara sedih. Aku tersenyum nipis.
“Iyalah, takkan mungkin kulupa.”
“Souvenir bulanan… tu penting.” Nisa pula menyampuk dari
belakang.
“Hang ingat aku ada mesin cetak duit peribadi ke?” aku
sudah mencekak pinggang. Masing-masing duk order barang gaya seperti aku ini
telah dinobatkan menjadi jutawan pula.
“Alah… susah apa. Laki hang kan ada…” serentak mereka
berdua berkata. Terjungkit kening aku.
“So?” Aku tak
nampak kepentingan laki aku dekat sini?
“Wawa semenjak dah berlaki ni, makin kedekut pula.”
Songeh Lili. Aku sengih terus. Mana ada aku kedekut. Jika dibandingkan dari
dulu, pemurah lagi sekarang.
“Iyalah, aku cuba dapatkan mana yang boleh.”
“Dah kemas?” satu suara bertanya dari belakang. Aku
tersenyum mengangguk. Rajin dia datang teman aku dekat pejabat ini semata-mata
hendak mengangkut barang yang tidak begitu banyak.
“Amboi cik abang… tak sampai setengah jam isteri dia
dalam ofis ni, dia dah tak senang duduk dalam kereta tu. Biarlah Wawa sekejap
dekat sini, malam nanti mailah ambil.” Lili bersenda. Aku dan Nisa sudah ketawa
melihatkan wajah itu berubah riak. Memang tidak mungkin dia hendak meninggalkan
aku sekejap dekat sini. Dia yang dulunya pemurah, sekarang sudah bertambah
kedekut hendak berkongsi aku dengan kawan-kawan.
“Memang takkanlah kan…” jawabnya bersahaja sambil menarik
lenganku untuk bergerak.
“Jom, cakap nak singgah rumah mak lagi.”
Aku terus menepuk dahi. Terlupa. Terus aku berpamit,
mengucapkan selamat pada Nisa dan Lili. Tidak tahu bila pula kami hendak
berjumpa lagi.
Masuk sahaja ke dalam kereta, dia sudah tersenyum seperti
biasa. “Jangan fikir nak lari daripada abang.” Ucapnya seakan mengugut. Ugutan
penuh kasih, kata hatiku. Aku tersengih riang.
“Kalau nak lari, dah lama dah Wawa buat. Tak payah tunggu
berserah diri dulu.”
“Berlagak.” Perlinya.
“Tengoklah isteri kepada siapa.” Balasku tidak mahu
mengalah. Dan tidak mungkin aku hendak mengaku kalah.
Keputusan yang tidak pernah aku jangka, aku akan menjadi
isteri kepada seorang lelaki seperti ini. Dan memang cadangan Dahlia adalah
yang terbaik. Teringatkan itu, aku terasa bahagia. Betul kata emak, jangan buat
keputusan dengan akal yang tidak waras. Impaknya mungkin tidak akan jadi begini
akhirnya.
“Percaya tak, Wawa pernah test abang sebelum kita kahwin?”
soalku tiba-tiba.
“Test? Test apa tu?”
“Di situlah terletak rahsianya…” balasku berahsia.
“Tak payah duk rahsia sangat, cepat cerita.”
“Ingat tak… Wawa tanya, lepas kahwin benda pertama yang
abang nak Wawa ubah?”
Dia mengangguk. Aku tersenyum.
“Abang nak Wawa ubah daripada Miss Wardah kepada Mrs
abang…” aku sebut tanpa dapat menahan tawa daripada terlepas. Memang masa itu,
aku tergelak berhari-hari sebab jawapan ini. Dan bila aku ceritakan pada
Dahlia, dia juga merasakan sama seperti aku. Dahlia cakap, itu yang asli.
Ada sebab kenapa Dahlia berkata begitu kerana jawapan lain
yang aku peroleh, sememangnya melukakan hati aku sendiri. Seseorang yang ingin
aku mengubah kebiasaan diri semata-mata untuk menyenangkan hati orang lain. Aku
tersenyum pedih ketika membaca ayat itu. Maknanya aku terpaksa hidup dalam
kepura-puraan demi memberikan bahagia kepada orang lain. Memang tidak salah,
tetapi aku risau tidak berjaya. Tambah pula, aku ini Wawa… yang emak kata payah
nak buat orang suka.
“Wawa… awat yang diam pulak?”
Aku menggeleng sambil memaling wajah ke sebelah.
Memandang dia yang sudi menerima segala kekurangan dan kelemahan diri aku ini
tanpa mengharapkan aku berubah untuk sesiapa pun.
“Kenapa abang tak balas mesej tu dengan harapan Wawa
berubah?” aku tanya juga biarpun sudah berlalu sekian bulan.
Dia tersenyum. “Tau tak konsep terima seadanya?”
Aku mengjungkitkan bahu.
“Saya terima awak seadanya. Saya suka awak seadanya.
Sayang awak seadanya. Bukan dengan harapan melihat awak yang lain depan saya…
tapi melihat awak yang sama seperti pada mula hati saya jatuh suka dan sayang
pada awak. Walaupun saya tak minta awak berubah… tapi awak dah berubah kan
sekarang? Awak berubah atas kesedaran diri awak sendiri… atas rasa
tanggungjawab awak sebagai seorang isteri… atas rasa kasih dan sayang awak pada
saya.” Dia mengenyitkan mata di hujung kata. Aku mencebik, menyampah. Tak
pernah bersaya-awak sebelum ni.
“Dah menyampah?”
Pandai dia meneka.
“Suka awak. Sayang awak…” dia sebut lagi dengan nada
mengusik. Aku menjeling tak suka. Macam sangat remaja dengan awak-awak tu.
“Cakaplah, suka Wawa… sayang Wawa.” Aku pula yang meminta
sengaja nak puaskan hati.
“Awak dan Wawa tu, bunyi dah dekat sama. Ejaan aje lain.”
Dalihnya.
“Alah… pokok pangkalnya, awak tu bukan Wawa. Cepatlah
sebut…” gesaku tidak sabar. Kepala sudah mula membayangkan wajahnya yang manis
bila bibirnya berkata dia sayangkan aku.
“Eh, abang hari-hari cakap tau. Wawa tu langsung tak
pernah cakap.”
Aku diam, memeluk tubuh. Tapi betul juga, hari-hari dia
yang cakap. Aku mana pernah cakap. Kedekut!
“Dalam kiraan 10, baik Wawa cakap. Kalau tak, abang mogok
tak bercakap seminggu.”
Eleh, main ugut pula. Ingat aku takut sangat.
“Satu…” dia memulakan kiraan dengan nada yang begitu
menggerunkan.
Aku main-main dengan telefon dekat tangan. Sampai kiraan
ke lima. Aku masih buat tak endah. Lapan sudah… aku berdebar, namun berusaha
cover juga. Sambil otak sudah ligat berfikir, kalau dia mogok… aku hendak
bercakap dengan siapa? Bahana usah ditempah. Sembilan. Aku menelan liur.
“Sepu…” baru dia hendak menyudahkan, aku potong laju.
“Suka Johan. Sayang Johan. I love you Johan.” Dah kelam
kabut sangat, semua aku sebut. Rasa semput. Fuhhh… aku sangat suka bermain
dengan risiko.
“That’s my girl.”
Johan mencuit hidung aku. Dan aku menghela nafas panjang. Lega bila
keputusannya aku tak perlu bermogok tak bercakap tanpa rela.
“Wawa jangan ingat abang tak tahu apa yang Wawa tengah
fikir.”
Johan bercakap dengan nada yang sungguh sarkastik dan aku
hanya mampu beralamak dalam hati. Mogok juga ke walaupun pada hakikatnya aku
memang sayang dia? Tidak!
Seakan mendengar bisikan hati aku, Johan ketawa dan
bergema suaranya dalam kereta sampai ke rumah emak. Bila Johan melangkah keluar
dari kereta, aku melihat langkahnya yang diatur dengan rasa gembira. Mungkin
perjalanan hidup ini tidak akan sama kalau aku pilih Mawardi sebagai teman
hidup kerana terlalu banyak perubahan yang didamba walaupun dia juga menyayangi
aku. Bukan Mawardi tidak kecewa bila aku katakan tidak tetapi aku pasti kecewa
itu beransur hilang seiring dengan waktu.
“SEBENARNYA, abang pun
hairan… kenapa Wawa setuju dengan abang sedangkan sukakan Wardi?” soal Johan
tiba-tiba. Aku yang sedang tersenyum lebar pada dia, terbatuk-batuk seketika.
Cuba mencari jawapan rasional tanpa tergelabah.
“Dah memang kita bertunang kan? Memang Wawa kena kahwin
dengan abanglah.”
“Itu jawapan mengelak. Tak mungkinlah you simply reject him for me…” dia soal
lagi dengan cubaan mendapatkan jawapan.
Aku diam seketika. Menyusun ayat.
“Memang Wawa sukakan Wardi… tapi bila dia dah cakap, bila
kahwin Wawa mesti ubah sekian-sekian perkara, Wawa rasa tak yakin. Kalau Wawa
tak boleh nak berubah… macam mak pernah cakap dengan Wawa, mesti ada masalah
lepas tu. Jadi… yang terbaiknya, abanglah.”
“Memang abang yang terbaik pun.” Sambutnya bangga
diiringi ketawa.
Aku sudah duduk di sebelahnya. Memandang Johan yang
kelihatan bahagia. “I’m happy because you
are happy.”
“I will always be
happy if you stay forever by my side, sayang. Kan baby dah kata…” balas
Johan.
Dengar sahaja baby tu, aku jadi geli semula. Sudah
diingatkan berkali-kali, tetapi Johan buat tidak peduli. Aku rasa dia hanya
akan peduli, bila aku muntah betul-betul depan dia nanti.
“Kalau muntah berisi… baby tak kisah sayang…”
Tekak aku menjadi kembang. Janganlah disebut lagi. Johan
dah standby tangan untuk menadah. Main-main nampaknya dia ini. Aku mun…
Dan memang aku termuntah betul. Johan tergamam. Padan
muka!
** Tamat **
Kihkihkihhh....
ReplyDeleteAmik muntah betui sudah..
Pilih yg sayang kita seadanya...
haha...akhirnya, lama dah tunggu ni
ReplyDeletebahagianya bila orang terima kita seadanya :)
Kelakar tul kan dh kena tadah muntah bini. Main2 lg....sweet tul laki bini cmni hari2 meriah hihi
ReplyDeletenk SE bole x ???
ReplyDeletesgt bhgia bile b'cnta dgn owg yg trma kta seadanya ...
best cter nie ...
xpuas lar.. nk SE.. ^_^
ReplyDeletetq dek umi...ending yg memuas kn ati...
ReplyDeleteWatak mak dia paling best! Haha
ReplyDeletewow best...
ReplyDeletebetul tu, terima org yg sayang kita seadanya bukan yg demand kita berubah & kita pulak kena pandai-pandai la nak berubah sendiri. saya kalau org lagi tegur, lagi saya buat... ha ha ha...
ReplyDeletehahaha , sekali muntah betul2 daa...
ReplyDeleteTerimalah orang yang sayang kita seadanya.. bukan orang yang nak kita berubah demi dia... itu namanya x ikhlas memberi dan menerima.... besttt
ReplyDeleteYesss heppy ending!!!
ReplyDeleteakhirnya jodoh wawa tetap dengan johan... Naseb baik dahlia bagi idea macam tu, kalau x mesti wawa masih konpius nak pilih sape yang betol2 terima dia seadanya...
Part yang paling lawak, wawa betul2 termuntah...
comel la !!!
ReplyDeleteTerima seadanya, setiap orang bukan sempurna. lelaki dan perempuan saling melengkapi..peace..lama x bca blog cik kalsom kita..time exam tiba2 tergerak nak bc..esok jwap exm dengan jaya..chayok2..i hbs exam esok..^_^
ReplyDeleteLawaklaaa... Suka3... Mmg itulah gayanya... Terima org yg kita sayang seadanya... Lagi pula, Pencipta kita terbaik... Dia ciptakan pasangan kita utk pelengkap kekurangan kita... ;)
ReplyDelete~ ifa ~