AKU sangat bersemangat
untuk buat kerja. Aku perasan benda tu. Dan aku pun tak tahu kenapa, sekarang
ni aku kurangkan secara perlahan-lahan perangai selekeh dan serabai aku.
Walaupun tak bergaya sangat, tapi aku pastikan aku nampak bersih dan kemas.
Johan pun selalu sangat perli sebab aku makin wangi lebih daripada biasa.
Malam ni, aku nak keluar makan dengan Mawardi. Aduh,
kembang hati! Seronok aje aku rasa sejak dia tukar kerja ke Pulau Pinang. Rasa
macam penuh hidup aku ini. Happy sentiasa. Kalau hari-hari dapat pergi buat
assignment dengan dia, lagi bahagia. Tapi itulah, dia selalu dihantar ke
Seberang Perai. Alih-alih aku kena menghadap muka Johan jugak. Bosan!
Bunyi telefon dah buat aku rasa happy. Cepat-cepat aku
capai dan lekapkan ke telinga. Belum sempat Mawardi bersuara, aku dah potong
laju.
“Wardi, aku dah siap.”
Senyap.
“Hang dah keluar ke?”
Nafas dihela.
“Aku, Johan.”
Klik, talian terputus.
Aku terpinga-pinga seketika. Bukan Mawardi yang call?
Kenapa aku bodoh sangat? Kenapa tak tengok dulu nombor dekat skrin tadi? Aku
cepat-cepat telefon Johan semula. Risau pula kalau dia nak cover story. Aku tak
kisah kalau tak dapat ikut sekali, tapi aku tak mahu bos bising pulak. Ada
berita tapi tak sampai kepada pemberita. Itu memang dah kes tak ada sensitiviti
untuk dapatkan berita. Memang tak payah jadi wartawanlah kalau begitu.
“Awat Wawa?” soal Johan malas sebaik sahaja jawab
panggilan aku.
“Ingatkan ada story?” aku soal dia.
“Jadi… aku boleh call, hanya bila ada story?”
Aku terdiam. Alamak! Kenapa kawan aku yang seorang ini
macam agak beremosi pula? Aku baru perasan, sejak Mawardi ada dekat sini, mana
ada aku lepak dengan Johan macam dulu-dulu. Maknanya sudah lebih dua bulan aku
abaikan kerja kebajikan dekat kawan aku ini. Sibuk sangat melayan perasaan
dengan Mawardi, aku terlupa tentang Johan.
“Bukan macam tulah…” aku sengaja meleretkan suara. Johan
mengeluh lagi. “Boleh aje nak call. Nak keluar makan ke. Nak minum ke. Boleh
aje…” kononnya ceria, aku tergelak sorang-sorang. Tapi Johan sepi aje dihujung
talian. Rasa macam bodoh pula gelak seorang diri.
“Tak apalah Wawa… hang sibuk. Dah ada life sendiri. Aku
tak nak kacau.” Sudah macam berjauh hati pula pak cik ni.
“Janganlah cakap tu… you are my bestfriend! BBFF!!!”
“BBFF???”
“Best Boy Friend Forever.” Aku tersenyum.
“Iya ke?” suara Johan seakan sudah ceria sedikit.
“Mestilah… eh…” tiba-tiba ada waiting call daripada
Mawardi. “Johan, Wardi call… nanti aku call hang balik, okey.” Tanpa tunggu
balasan daripada Johan, aku terus sambut panggilan Mawardi.
“Hey Mawar… dah ready?”
Aku tersenyum lebar. “Of course dah!”
MASALAH besar bila
Mawardi minta aku pakai baju kurung sebab dia nak ajak pergi kenduri kahwin
sepupu dia. Lagi masalah bila aku tak ada satu pun baju kurung dalam stok
simpanan peribadi. Takkan aku nak cakap dekat Mawardi dengan jujurnya??? Memang
taklah kan… jadi, hanya seorang ini yang aku boleh cari. Untuk selesaikan
masalah yang memeningkan kepala ini.
“I need your help. Urgent!!!” aku pekik
kuat. Pak cik depan aku sudah mengeluh. Nampak sangat bosan dan tidak sudi.
“Kalau tak nak tolong, tak apalah.” Balasku berjauh hati.
“Tolong apa?” dia berespon. Aku tersengih.
“Teman cari kain buat baju kurung.”
Dia pandang aku dengan begitu pelik sekali. “Baju kurung?
What for?”
“Adalah… nak teman atau tak?” aku buat sedih balik.
Dengan Johan ajelah aku boleh minta tolong, sebab dia sorang aje faham perangai
buruk aku. Taste aku macam mana. Hanya dia yang boleh tolong dalam keadaan
desparate macam ini.
“Iyalah… aku teman.” Johan mengalah.
“Macam tulah my BBFF.” Aku tersenyum ceria. Johan
menjeling, malas.
Dan setelah sejam berpusing dalam shopping mall. Sekarang
aku dan Johan tengah berdiri depan lima gulung kain yang sudah finalise untuk
pilihan. Johan sengaja macam nak mendera aku, bila dia suruh aku pick one
daripada lima kain ini.
“Aku mana reti… hang la pilih. Please…” Sangat memalukan kaum perempuan jawapan yang aku bagi.
Teruk betul sense memilih kain untuk dibuat baju kurung. Sebab selama ini pun,
emak aje yang belikan untuk aku. Nasib sebab emak belikan, jadi adalah beberapa
helai baju kurung dalam almari dekat kampung. Dekat sini, kirim salam ajelah.
Tak mungkin aku nak berbaju kurung dan apa-apa yang sewaktu dengannya.
“Boleh aku tahu tak, hang nak pakai bila?” soal Johan
yang sedang membelek kain-kain ela itu.
“Lusa.”
“What???”
“Why???”
“Hang nak pakai lusa? And
what are we doing here?” soalnya terkejut.
“Beli kain ela la… silly.”
Aku pula capai kain berwarna merah jambu di depan mata.
“Wawa oi… nak pakai lusa, baik beli baju siap. Mana
sempat orang nak jahit.”
“Tak sempat ke?” aku macam tak percaya. Emak boleh aje
jahit baju aku dalam sehari. Johan ini, nak kelentong aku tak agak-agak. Aku ini
ada experience la. Anak tukang jahit
okey!
“Aku tahu hang fikir apa… mak hang lain okey. Dia jahit
baju untuk family, memanglah akan sempat. Dekat Penang ni, hang ada kenai
mana-mana orang ke yang boleh siapkan dengan segera?”
Dan untuk soalan mengejut itu, aku hanya menggeleng.
Tapi, takkan tak sempat?
“Jangan duk tercegat dekat situ lagi, jom pi butik.”
Johan sudah melaung kuat.
“Tapi mahaiii…” dasar kedekut. Aku dengan tidak rela,
melangkah juga mengikuti Johan.
TENGOK harga aje, aku
rasa macam nak pengsan. Mana mungkin aku laburkan semahal ini untuk baju yang
mungkin aku pakai bagi tempoh sejam dua sahaja? Tak masuk akal.
“Johan… kita beli kain ela aje la… murah sikit. Sini
semua mahal…” bebelku.
“Cuba jangan buat perangai macam papa kedana. Aku tau
hang banyak duit. Cuba jangan nak berkira untuk melawa. Sekali-sekala jadilah
cantik sikit…” Johan pun ikut bebel. Sempat dia capai baju kurung moden warna
merah jambu dan disuakan pada aku.
“Comel…” komennya dengan senyuman. “Try this… mesti cantik.”
“Mahal.” Aku buat muka.
Johan mengeluh. Cermin mata hitam yang tersarung elok di
wajah, terus dia tanggalkan. Aku menelan liur. Aku ini sudah masuk kategori
mencari nahas. Sudahlah ajak Johan teman, lepas tu banyak sangat songeh tak
masuk akal. Kalau orang lain, entah-entah dah dapat tamparan percuma.
Mata Johan tepat memandang mata aku. Fuhhh… renungan
tajam yang mengancam. Menggerunkan.
“Pergi try sayang… baby nak tengok.”
Eeeiii… dia buat lagi ayat yang aku geli nak dengar! Tak
mahu dengar baby tu lagi, aku terus sambut baju yang dihulurkan pada aku.
Baju yang Johan pilih ini muat elok aje dengan badan aku.
Aku pun suka sebab warnanya. Wardah itu kan bunga mawar. Mawar berwarna merah
jambu sememangnya sangat cantik. Aku tersenyum sendiri. Pandai aku berangan
dengan jiwa sastera pula sekarang ni.
“Wawa… aku nak tengok.” Panggil Johan. “Pakai dengan
tudung ni, okey.” Sehelai tudung dihulurkan dari atas. Amboi, sempat aje dia
memilih! Cepat-cepat aku sarung sebab badan dah mula rasa gatal. Mana biasa aku
berbaju kurung dengan labuci dan manik. Selalu suruh emak jahit, baju kurung
yang paling biasa aje.
Aku buka pintu fitting room, Johan terus snap gambar. Dia
tak cakap apa pun, cuma tersenyum.
“Cantik abang pilih tudung… kena sangat dengan girlfriend
abang. Nampak cantik.” Puji jurujual dekat sebelah. Aku rasa kembang tekak.
Bila pula aku jadi girlfriend Johan???
“Dia memang sentiasa cantik. Even pakai baju kuning, tudung
hijau dan seluar merah pun dia nampak cantik.”
Aku ternganga. Bengong punya kawan! Tak patut betul
menggambarkan keterukan deria fesyen aku. “Perli nampak…” aku ketap bibir
geram.
“No sayang… baby hanya cakap benda betul. Sayang selalu
nampak cantik.” Dia senyum.
Aku menjeling menyampah bila dia masih dengan mood baby
sayang dia tu.
“So, hang nak pakai pergi mana ni?” soalnya setelah
menyepi seketika. Aku rasa mood baby sayang tu sudah hilang akhirnya.
Aku pula tersenyum ceria. “Nak pergi kenduri dengan
Wardi.”
Wajah Johan berubah riak. “Oh… okey. Cepatlah bayar… aku
dah nak balik, ada kerja.”
“Aik, bukan hang nak belanja?” aku cuba melawak.
“Lebih proper kalau minta Wardi yang belanja.” Balasnya
tanpa memandang wajah aku. Lepas tu dia mula sibuk dengan telefon bimbit dia.
Macam tak hairan dengan aku dekat sebelah. Benci!
“WOW… sangat lain.
Mawar nampak cantik sangat.” Ayat pertama yang mengalir dari bibir Mawardi.
“Aku tak makan pujian. Aku makan nasi aje. Cepat sikit,
dah lapar!” balasku laju. Geram sebenarnya. Dia janji nak datang ambil aku
pukul berapa? Sekarang dah pukul berapa? Mati kelaparan aku semata-mata
menunggu mamat bernama Mawardi ni. Tapi disebabkan dia nampak handsome dan
bergaya dengan baju melayu, aku rasa bolehlah untuk kenyangkan perut buat
seketika.
“Sorry… aku tak sengaja, lambat. Hantar adik pergi make
up.” Terangnya walaupun aku tak pinta. Daripada penerangan itu juga aku tahu,
adik dia jadi pengapit untuk sepupu mereka.
“Tahu tak, sebelum ni mak pernah nak jodohkan aku dengan
cousin aku yang nak kahwin ni…” Mawardi seakan nak memancing reaksi aku.
“Iya ke? Habis kenapa tak kahwin?” soalku pura-pura
teruja. Sedangkan perut dah lapar sangat. Hilang mood untuk bercerita.
“Sebab aku tunggu Mawar,” balasnya selamba.
“Wardi!!!”
“Wardah!!!” dia perli aku.
“Jangan main-main boleh tak. Cuba serius! Aku lapar
sekarang… so cuba kau fokus, dan bawa kereta selaju mungkin… sebab aku lapar,
sangat!”
Mawardi mengeluh. “Aku baru nak feeling-feeling… kau dah
potong.” Suara itu seakan merungut.
“Feeling lepas makan, please…”
Mawardi tidak berkata apa. Dia sekadar memecut kereta
sehingga masuk ke simpang jalan menuju Sungai Ara. Nampak sahaja khemah, aku
menjadi teruja.
“Wardi… I can smell the nasi minyak. Sangat wangi dan
sedap.”
“Gelojoh la hang ni… depan parents aku, tolong control
sikit.” Arahnya serius. Aku buat tak hairan. Satu lagi tabiat buruk aku, mudah
melupakan diri dan situasi apabila kelaparan berada di tahap kronik.
Aku harapkan Mawardi bawa aku ke meja buffet terus. Tapi
sangkaan aku meleset bila aku dikerahkan untuk bersalam dengan semua mak cik dia.
Of course dia perkenalkan aku dengan parents dia. Dan tiba-tiba datang seorang
mak cik yang aku tidak kenali, hulurkan bakul cenderahati untuk bagi dekat
tetamu yang datang kenduri.
Aku laparlah!!! Dia tak dengar ke perut aku sudah
menangis keperitan. Mawardi pula tak cakap apa, dia pun macam sibuk layan
tetamu. Geram aku. Bukan aku ni malas nak tolong dekat kenduri ni, tapi
pelawalah aku makan dulu.
“Wardah…” aku berpaling. Emak Mawardi panggil aku. Bakul
dekat tangan pun dia ambil. “Pergi makan dulu. Wardi bagitahu, Wardah tak makan
lagi.”
Aku melepaskan nafas lega. Ingatkan Mawardi sudah tidak
perasan dengan aku.
Pinggan yang berisi nasi, ayam, daging, sayur dan buah,
aku bawa ke meja. Emak Mawardi sudah menunggu aku. Aku pelawa suruh makan, dia menolak. Dah dia
tolak, aku assume dia sudah kenyang.
Jadi, aku teruskan aje sesi melantak tanpa sebarang adegan covering segala kelemahan.
“Wardah memang macam ni ke?” soalan pertama yang aku
dapat.
Mulut penuh, tak boleh nak cakap. Aku telan dulu sebelum
tanya, “Macam mana tu mak cik?” aku suap lagi nasi dengan ayam.
“Makan… macam gelojoh.”
Aku telan lagi. “Bukan gelojoh, tapi dah lapar sangat…
saya tunggu Wardi dua jam, tak makan. Itu yang perut rasa pedih.”
“Wardi kata… Wardah lemah lembut.”
Aku tersedak. Aku terlupa terus yang kalau depan Mawardi,
hampir keseluruhan masanya aku control tak kira. Oh, suka punya pasal
membuatkan aku lupa daratan. Aku bukan Wawa… aku Mawar. Mawar yang cantik dan
penuh kelembutan. Tapi sekarang…
“Perempuan ni kalau kasar sangat, susah…” komen emak
Mawardi. Aku diam. Teruskan aje suapan dengan speed yang dikurangkan.
“Tak cantik tak apa… asal dari sudut lain, sedap
dipandang mata.”
Adakah mak cik tengah mengutuk saya? Soal hatiku kuat.
Air sirap aku teguk dengan rakus. Kalaulah emak tahu aku sedang berdepan dengan
“bakal mak mentua” dan aku pula dengan jayanya mempamerkan perangai macam
hantu, mesti dia kejar aku satu kampung.
“Adik beradik semua laki ke?”
“Semua perempuan mak cik…” aku jawab. Dan seketika, aku
tersendawa. Kuat. Dan entah kenapa, waktu itu juga keadaan sepi seketika
sehingga sudah ada mata-mata yang memandang dengan peliknya. Alamak!!!
Saat itu juga aku menangkap kelibat Mawardi yang menepuk
dahinya. Aku dah agak, mesti FAIL!
Dalam perjalanan pulang ke rumah, aku diam sahaja. Aku
tahu, aku dah buat kesalahan besar. Sendawa dengan besar depan “bakal mak
mentua” yang baru sahaja declare tidak jadi sebentar tadi. Memalukan.
“Mawar… Mawar…” Mawardi seakan mengeluh.
“Aku tak kisah sekuat mana pun hang nak sendawa depan aku.
Sebab sayang, semua pun nampak cantik aje. Cuma aku minta cover depan parents
aku aje… mungkin salah aku jugak, tak ingatkan hang untuk cover depan semua
tetamu yang hadir. Itu yang kejadian macam ni boleh jadi…” keluhnya.
“Wardi…
aku tak sengaja.”
“Dah tak ada harapan, Mawar.”
“Kenapa?”
“Mak aku… memang takkan approve la menantu sendawa besar macam hang.”
“Wardi!!!”
“What? Don’t tell
me that I didn’t remind you?” dia seakan menyindir.
Dan aku rasa ini adalah detik yang akan kekal terpahat di
minda. Dengan ini, secara rasminya… aku tidak akan dipinang oleh mana-mana ibu
mentua sebab tadi bila aku sendawa, semua mak cik pandang aku dengan gaya… mata
terbeliak, jari telunjuk tepat di hidung mereka. Sangat… sangat memalukan!
“SO how was the function? Mesti dah jumpa bakal-bakal mentua?” soal
Johan yang sedang sibuk memilih udang dalam tray buffet. Pagi Isnin lagi dah
ada assignment dan kena menghadap muka dia pula.
“Disaster.” Itu
aje aku boleh cakap. Memang sangat disaster.
“Kenapa?” soalnya sambil mengambil tempat di depan aku.
Disebabkan depan aku ini adalah lelaki bernama Johan,
jadi aku tanpa rasa malu menceritakan segala yang terjadi. Dari A to Z tanpa
tercicir sebarang babak. Terasa panas pula muka aku.
“Kalau aku jadi mak dia pun, aku reject.” Sambut Johan dengan ketawa besar.
“Hang ni kan, keji!”
Johan tidak ambil pusing. Dia teruskan suapan nasi ke
dalam mulut. Bila tengok dia makan, aku pun rasa lapar sangat. Lapar yang didorong
rasa kecewa. Aku makan dengan gelojoh. Masih tidak insaf rupanya.
Sedang asyik aku menyuap, tiba-tiba rasa pelik. Terasa
diperhatikan. Mata Johan tepat ke wajah aku. Terus terhenti suapan. Refleks
membuatkan aku menyapu pipi, takut comot. Dan Johan ketawa sebelum
mengungkapkan kata.
“Walaupun hang ni perempuan paling gelojoh yang pernah
aku kenal tapi aku still rasa gelojoh dan Wawa adalah satu perkara yang sangat
comel dan sangat fascinating bila diamati dengan jiwa penuh kasih sayang.”
“Apa tu?” aku macam blur.
“Tak ada apalah Wawa…” balasnya dengan suara yang
meleret. Senyuman masih tersungging di bibir Johan.
JABATAN kebajikan
masyarakat dengan kerjasama badan bukan kerajaan menganjurkan aktiviti untuk
kumpul dana. Jadi semua wartawan di Pulau Pinang dijemput untuk turut serta
memeriahkan majlis. Alkisah hati aku yang tidak ceria semenjak dua menjak ini,
jadi aku paksakan hati untuk join
sekali. Takdir agaknya, Mawardi pun hadir sekali. Kami berdua senyap aje.
Masing-masing macam tak tahu nak cakap apa. Aku ambil keputusan, duduk jauh
daripada dia. Tapi, dia datang juga duduk di sebelah aku.
“Mawar… I’m so sorry.” Ucapnya perlahan.
“Aku tahu, tidak wajar mengharapkan kesempurnaan bila
mana diri aku pun tidak sempurna. Tapi bila ketidaksempurnaan itu sampai ke
penglihatan orang lain, itu yang menyebabkan masalah yang berantai macam ni.”
“Aku faham… no need to convince,” balasku laju. Emak
Mawardi pun dah telefon cakap direct dengan aku, yang dia langsung tak berkenan
dengan perangai aku. Siap nasihat suruh ubah perangai-perangai buruk aku. Tapi
dengan peringatan bahawasanya aku tak boleh jadi menantu dia. Aku pasrah. Kalau
dulu emak membebel, aku malas nak dengar. Sekarang ni, aku macam nak suruh emak
bebel selalu biar aku ubah perangai jadi molek sikit.
“Aku tak harap kita end up macam ni… aku nak dan aku
memang nak Mawar aku.” Ayat itu diulang untuk dua, tiga kali. Daripada jumlah
itu, aku nampak kesungguhan Mawardi. Tapi… what
to do, his mother don’t like me!
“Restu ibu bapa tu penting Wardi… hang tak boleh berdegil
kalau mak hang tak suka.”
Macam bagus sangat aku mengeluarkan nasihat. Sedangkan
segala masalah ini takkan terjadi kalau aku lebih berhati-hati menjaga adab
depan tetamu.
“Tapi mak Mawar dah setuju nak pujuk mak aku. Please
Mawar, jangan cakap tak.”
Membulat mata aku bila Mawardi sebut emak. Emak siapa?
Emak aku ke? Bila dan di mana dia menghubungi emak aku? Tanpa pengetahuan aku
pula tu.
“Bila hang call mak?” soalku terkejut. Nasib baik, aku
tak ada sejarah lemah jantung. Kalau tidak, mahu aku collapse di sini. Patutlah! Aku baru teringat, Jasmin hantar mesej
beberapa hari yang lepas. Tapi disebabkan mesej itu daripada Jasmin, aku
ingatkan tak penting dan aku terus terlupa nak baca.
“Dua hari lepas.”
“Then? Apa jadi?” aku rasa cuak. Emak pasti akan
pelangkung aku bila dia dapat tahu aku jalinkan hubungan lelaki-perempuan di
luar pengetahuan dia. Emak aku sangat tidak berkenan dengan istilah berkawan
antara lelaki dan perempuan melainkan berkahwin. Johan itu, special kes. Sebab
emak langsung tak pernah marah aku kawan dengan dia.
“Emak hang cakap okey. Anggap aje dah beres.”
Makin membulat mata aku. “Apa yang beres?”
“Masalah kitalah. Mak Mawar akan cakap dengan mak aku…
tapi… Mawar kenalah cakap yes.” Dia pandang muka aku, lama. Gaya kucing hendak
meminta ikan. Sangat comel. Hati aku yang sekeras kuih bahulu pun boleh cair
kalau dimakan cicah dengan air teh.
“Tengoklah…”
“Aku tak nak tengok. Aku nak yes. Mawar, yes.” Pujuknya
bersungguh.
“Aku…” baru sahaja aku berkira-kira hendak cakap ya, telefon
bimbit aku yang ‘silent mode’ bergegar. Lambat-lambat aje aku sentuh skrin.
Sengaja hendak mendera Mawardi sedangkan hati aku sendiri sudah berkuntum
dengan bunga mawar…
Skrin aku tatap. Kemudian aku tatap wajah Mawardi lama.
Lidahku sudah kelu. Tidak pernah aku terfikirkan keadaan ini akan terjadi.
Tetapi hari ini, aku seakan mengalami mimpi di siang hari. Namun aku terpaksa
tolak mimpi ini. Wajarkah?
“Aku kena fikir dulu…” itu adalah jawapan terbaik yang
aku rasakan patut diberi.
Sekali aku tatap skrin yang bercahaya di tangan aku.
Please… jangan
cakap yes lagi. Bukan sekarang, Wawa. –Johan-
Mesej daripada Johan yang aku tidak tahu kenapa muncul di
saat ini. Dan ketika itu baru aku dapat menangkap kelibat tubuhnya yang sedang
berdiri di belakang Mawardi sambil membelakangi aku.
sambung2 cepat...uish teruja nak tahu pe jadi ni :)
ReplyDeletenk mawar ngn johan..
ReplyDeletehehe awat lah hang lagu tu mawar eh!duk sendawa depan bakal mak mentua lagu tu punya bunyi,memang patut lah hang kena reject.haha lawak gak lah wawa ne....tapi cute..
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletex payah lah Mawar terima Wardi.... kalau emak Wardi x boleh terima seadanya Mawar..... Biarlah dengan Johan sebab Johan melihat Mawar dengan Mata dan mata hati ..... tapi Johan ni labat sangatttt... cuba cakap tu cepat sikitttt....hehehe
ReplyDeletewawa n johan macam comel je....sian gak la kt wawa belom pape da kene reject ngan mak wardi...huhu...
ReplyDeleteBaek wawa pilih johan je coz johan boley terima sume kekurangan dia...
ReplyDelete