Advs

Followers

January 24, 2013

#update 3

Assalamualaikum dan Salam Maulidur Rasul kepada semua. :)

Apa habaq semua? Semoga sihat dengan rahmat dan keberkatanNya.

Alhamdulillah, sekali lagi berjaya jugak umi biarkan blog bersawang berbulan. *sangat seronok bila tak perlu update blog* muehehe... jangan marah. Biasalah kalau dah jadi student full time. Masa lebih untuk tugasan belajar. (tapi baca novel orang lain, sempat pulak... uhuk, tersedak)

Just want to share a few things yang mungkin ada antara readers terlepas pandang... kita tengok satu persatu.

1) Pesta Buku 1Malaysia.

InsyaAllah, dengan izinNya, umi akan berada di booth Karya Seni pada 2hb Februari 2013, dari jam 1 hingga 3 petang (Kalau ada dekat situ, mai la jumpa kami) :)
Tapi, maaflah... umi tak ada buku baru lagi. Setakat nak mai tayang muka ja... sebab sejak buku Kampung Girl publish, tak pernah umi join sesi2 ala-ala macam ni... maklumlah, tak pernah selari dengan masa free umi. Kebetulan, sekarang ni tengah cuti sem, jadi boleh la ON.

2) Kampung Girl adaptasi ke drama (Slot Lestary TV3)

Mungkin dah ada yang tahu, dan ada yang tak tahu... Alhamdulillah, baru setahun jagung si "Kampung Girl" ni di pasaran dah ada yang merisik untuk adaptasi. Dan khabarnya... slot Lestary la. Bulan berapa akan ditayangkan di TV, umi tak pasti. Tapi yang pastinya, umi dah tau siapa Ainnur... muehehe... and I like her! Pengumuman ni belum dicanangkan lagi, jadi nantikan dengan penuh debaran. Cumanya, umi pun berdebar nak tengok siapa yang akan bawa watak Ashraf.

Kalau nak tanya siapa yang umi nak untuk bawa watak tu.... baik tak usah tanyalah. Sebab umi ni fail bab2 nak bayangkan pelakon untuk watak novel yang dikarang. kalau ada pun letak2 muka, setakat tu ajelah. Tak adalah sampai berangan sakan. Jadi, sama-sama kita nantikan.... ;)

3) Buku baru?

Sekarang ni memang tengah berusaha keras untuk siapkan manuskrip kedua. Alhamdulillah, sikit ja lagi umi nak touch up apa-apa yang patut, dan lepas tu bolehlah send pada editor.

Cerita pasal apa? Tentang cinta, kasih sayang, benci dan iri hati. Cerita ni is totally different daripada Kampung Girl. Kampung Girl tu boleh dikategorikan komedi. Tapi this is one... lain. Tak taulah nak kata genre apa... melodrama? Setakat bergenang air mata jelah kot. Romantik? Hurm... tak la sampai ke tahap tu bahasa cinta yang umi karang... Thiller? memang jauh panggang dari apilah!

Apa-apa pun, umi sangat mengharapkan semua akan suka dengan gist cerita 2nd manuskrip. Akan dipaparkan tentang kisahnya bila sudah tiba masa. :)

Jadi, setakat ini ja pengumuman umi.

Jangan lupa temujanji kita, 2 FEBRUARI 2013. Kalau ada rezeki, insyaAllah, dapatlah umi kenal-kenal dengan pembaca yang sentiasa sapot my karya ni. :)   

9 comments:

  1. Salam Maulidur Rasul...
    xsabar nk tunggu drama Kampung Girl...

    ReplyDelete
  2. Salam Maulidur Rasul kak Umi.
    Wah, bestnya dapat pergi pesta buku tu. huhu. saya tak berkesempatan nak ke sana. kalau tidak boleh jumpa kak Umi.
    Alhamdullilah dan tahniah untuk adaptasi novel KG. Siapakah Ainnur? jeng,jeng,jeng... hehehe.
    Dah ada novel baru nanti jangan lupa beritahu. Love u kak Umi. :)

    ReplyDelete
  3. WC: umi pun... hehe. infact, duk baca2 balik scene Kampung Girl yang umi suka sambil duk berlakon pelakon yang akn bawa watak Ain n Ash. hehehe...

    Afifah: InsyaAllah, ada rezeki kita akn jumpa jugak. & jeng... jeng... jeng... rasa mcm ramai ja yg dh tau watak utama dlm drama KG. ;)

    ReplyDelete
  4. boleh pla missing word. * sambil duk bayang pelakon! muehehe...

    ReplyDelete
  5. tahniah kak umi! sure saya tengok dari mula hingga akhir drama tu. :) siapa ya watak Ainnur tu? takleh bisik kat saya? kihkih >__<

    ReplyDelete
  6. Ainaa: cuba skodeng2 kat page FB penulisan2u ;) hehe. berita bergerak lbih pantas drpd yg dijangka.

    ReplyDelete
  7. Sy org indonesia tapi sy dah lama dok malaysia n suka baca novel karya novelis malaysia syg nya selepas sy balik indonesia sy nak cari novel karya2 penulis malaysia xjumpa kat sini....apa memang novel2 tu xdipasarkan kat indonesia....

    ReplyDelete
  8. Sy org indonesia tapi sy dah lama dok malaysia n suka baca novel karya novelis malaysia syg nya selepas sy balik indonesia sy nak cari novel karya2 penulis malaysia xjumpa kat sini....apa memang novel2 tu xdipasarkan kat indonesia....

    ReplyDelete