BAB 8 SEKEPING coklat Cadbury yang diletakkan atas fail kuningnya secara tiba-tiba, menyebabkan dia menolak dengan spontan. Tiada senyuman di bibir Jelita Suria biarpun Putra Azad sejak tadi asyik menyengih sampai ke telinga. Entah kenapa dengan lelaki itu, sudah dapat sawan senyum agaknya! “Aku tak nak la… Azad!” Tegas suara Jelita Suria. Entah apa lagi yang perlu dikatakan kepada Putra Azad supaya lelaki itu faham. Faham bahawa Jelita Suria tidak suka diberi perhatian yang sebegini. Tetapi Putra Azad, harus dikategorikan sebagai lelaki yang keras kepala. Kalau minggu lepas dia sudah berhenti buat perangai pelik bagi coklat ini, minggu ini dia mulakan kembali. Jelita Suria pula naik pening. “Janganlah macam ni… Azad bagi ikhlas. Coklat aja pun...” pujuk Putra Azad bersungguh. Riak kecewa cuba disembunyikan daripada wajah dengan jayanya. Tet...
Ceritaku;Imaginasiku.