BAB 15 “AWAT buat keputusan langsung tak cakap dengan mak? Jelita tu siapa, bukan cucu mak jugak ke? Perlu sangat nak hantar sampai jauh macam tu!” marah benar Puan Kamariah dengan anak lelakinya. Namun, anaknya seakan tidak mempedulikan kemarahan yang dilemparkan itu. Selamba sahaja Encik Johan menyelak akhbar Berita Harian tanpa mengerling sedikit pun ke arah Puan Kamariah. “Johan!!!” Menaik suara Puan Kamariah. Terasa mendidih darahnya dengan gaya selamba yang dihidangkan di depan mata. Tenang sahaja Encik Johan menutup helaian akhbar yang dibaca sejak setengah jam lalu. Seperti biasa, apa yang menghiasi dada akhbar, kalau tidak berkenaan dengan politik selainnya lebih kepada jenayah yang menunjukkan betapa rendahnya moral manusia. Jenayah rogol, buang anak, zina… semua itu seakan sudah menjadi perkara remeh. Walaupun ...
Ceritaku;Imaginasiku.