Skip to main content

Jangan biar aku pergi 3

Bab 7
TERASA aneh sekali perasaannya hari ini. Terasa diekori sejak dari tadi. Tapi siapa pula yang nak buat kerja tak berfaedah mengekor dirinya?
            Mata itu mula mengerling ke kiri dan ke kanan. Sengaja nak puaskan hati sendiri walaupun terasa juga, ada juga part yang tidak logik dengan andaian mindanya itu.
            “Siapa pulak kan yang nak stalk aku. Macamlah kita ni artis!”
            Bibir itu tergelak sendiri. Tanpa berlengah, dia meneruskan kerjanya. Menyusun stok baru seperti yang diarahkan oleh penyelia. Dua kotak yang penuh berisi paket susu tepung dibuka. Laju sahaja dia menyusun barang tersebut di rak yang sudah mempamerkan kelopongan di situ. Kalau lambat buat kerja, nanti adalah murai yang hendak menyerang pula.
            Selesai sahaja menyusun, Adila terus berpaling. Bukannya habis kerja lagi, ada stok lain lagi yang perlu disusun lagi. Kerja di pasaraya besar macam ini, memang mencabar kudrat yang dia ada. Terasa sakit badan-badan bila seharian dikerah menguruskan stok-stok yang baru tiba. Ini belum masuk part untuk menyemak dan melabel barangan di stor. Naik pusing kepala.
            Dan realitinya, hampir terpusing kepala apabila dirinya bertembung dengan jasad yang berdiri tegak di hadapannya kini.
            “Aduh!!!” Bahu yang terasa sengal itu digosok. Sakit betul. Wajah insan yang sedang memandangnya dijeling geram.
            “Awak ni kenapa???” Suara Adila terus menaik. Langsung tidak fikir dengan orang yang ada di sekeliling. Tetapi riak wajah insan di depannya ini, tiada langsung seperti peduli dengan intonasi tingginya. Tersenyum pula. Eh, suka ke???
            “Kalau memang hajat di hati, nak berdiri jadi pak pacak dekat sini... berdirilah sampai esok pagi. Tapi mohon, beri laluan. Saya ada kerja nak buat.”
            Adila sudah bergerak ke kiri sedikit untuk melangkah. Tetapi dihalang. Bila dia ke kanan, juga dihalang. Sekali lagi, aksi itu juga yang berulang.
            “Hisy, awak ni kenapa???”
            Bengang pula Adila bila melihat wajah ceria si Anas yang tercegat di depan matanya. Lelaki itu bolehlah beraksi ceria. Yang kecewanya, hanya dia! Oh, sungguh... Adila pun menyampah dengan diri sendiri yang sesenang kacang kuda boleh jatuh suka dengan tunang orang pula.
            “Saya saja datang... nak tengok keadaan awak. Okey ke... tak okey ke. Salah ke?” Soal Anas dengan nada bergurau. Sememangnya dia pun tidak mahu bertekak dengan gadis mentah macam Adila. Dan itu memang bukan sikapnya.
            Adila pada mulanya terasa hendak marah. Tetapi, ada rasa lucu yang menggeletak hati. Senyum sinis mula berkuntum. Wajah si kacak Anas, dipandang seketika. Didesak rasa geram yang bertapa dalam hati, terasa ingin menyakitkan hati manusia di depan matanya ini.
            “Kenapa nak peduli dengan hal saya? Saya okey atau tak okey, tak ada kena mengena dengan awak. Kenapa? Jangan cakap... hati awak pun terbabas ke bila tengok saya?”
            Senyuman sinis terus terukir. Adila melangkah setelah menoktah bicara. Namun, beberapa ketika kemudian, terasa seram sejuk pula badannya.
            “Macam mana aku boleh cakap macam tu???” Seakan baru tersedar, apa yang telah dibicarakan sebentar tadi. Itu memang sah, nak cari nahas namanya!
            Spontan badannya berpaling, hendak melihat reaksi Anas yang tidak diamati tadi. Dan Adila terkelu sendiri. Anas berada betul-betul di belakang. Reaksi di wajah itu... benar-benar membuatkan hati muda itu makin keliru.
            “Do you really wish for that to happen?” soal Anas serius.
            Adila terkelu. Terasa degupan jantung mulai berubah rentak. Apa hendak dijawab pula? Mata Anas yang tajam menikam wajah, hanya menambahkan rasa gementar. Tidak pernah dia melihat pandangan itu sebelum ini.
            “Answer me Adila.”
            Tidak tertelan liur Adila. Terketar bibirnya. Dia tidak rela untuk berdepan dengan Anas dalam situasi begini. Kalau dia jawab ya? Langsung tidak berfaedah, kerana lelaki itu tunangan orang. Dan Adila tidak mahu menerima sumpah seranah kerana menjadi penyebab berlakunya perkara buruk ke atas tali pertunangan pasangan itu. Kalau dijawab tidak? Tidak sanggup juga untuk berbohong dengan perasaan sendiri.
            Lantas, apa sahaja jawapan yang perlu diberi?
            “Saya ada kerja, nak kena semak stok.” Jawab Adila gugup. Jantungnya masih berdegup laju. Tanpa berpaling ke belakang, laju langkah diatur. Dia benar-benar berharap, tidak akan bertemu lagi dengan insan yang bernama Anas itu.

ANAS masih berdiri di situ. Memandang sahaja ke mana arah tujunya Adila. Biarpun gadis itu sudah hilang daripada pandangan mata, namun matanya masih tertunak ke arah itu.
            ‘Kau ni dah gila Anas!’ bisik hatinya.
            Ya, betul! Dia memang dah gila dan disebabkan itu juga dia seakan tidak sedar dengan kerja gila yang dilakukan ini. Kejar anak gadis orang walaupun dia sudah bergelar tunang orang lain. Mencari nahas namanya.
            Bibirnya diketap seketika sebelum dia berpaling dan melangkah untuk keluar dari pasaraya Giant itu. Sambil melangkah, mindanya cuba bekerja. Apa yang perlu dilakukan untuk menghentikan semua kerja gila ini?
            Nenek.
            Tanpa berlengah, Anas sudah mendail nombor rumah. Suara nenek yang menyambut panggilan menghadirkan rasa lega.
            “Anas... kenapa?” Pertanyaan daripada nenek disambut dengan tenang.
            “Anas nak bagitau, yang Anas setuju dengan cadangan nenek.”
            “Betul ni???” Kedengaran nenek seperti terkejut.
            Mestilah terkejut, sedangkan dia juga membantah sebelum ini.
            “Tapi kenapa tiba-tiba?”
Dan soalan itu, hanya mengkakukan lidah Anas. Terasa gugup pula. Bimbang kalau nenek dapat menghidu hal sebenar. Nenek yang membesarkannya. Nenek lebih mudah mengetahui apa yang tersirat dalam hatinya. Lebih daripada mama dan papa.
“Jangan nak sembunyikan apa-apa pun dengan nenek, Anas...”
“Anas datang jumpa Adila.” Akhirnya, Anas memilih untuk berterus-terang. Serentak itu terdengar keluhan daripada neneknya.
“Kenapa Anas? Kenapa buat macam tu, Anas dah ada tunang. Tak elok kalau Liyana tau pasal ni.”
Nasihat daripada nenek itu tidak mampu Anas sangkal. Tetapi, dia sendiri tidak faham akan permainan yang cuba dipamerkan ini.
“Anas jadi tak sampai hati bila dengar dia cakap yang dia kecewa, nenek. Anas langsung tak sangka, dia betul-betul sukakan Anas.” Bibirnya diketap lagi. Aduh, dia pula yang rasa kecewa sekali.
“Jadi, sebab tu setuju dengan cadangan nenek? Takkan menyesal?”
“Nenek tahu apa yang lebih baik...” Anas, konon hendak memberi jawapan selamat.
“Yang tu yang nenek tak berapa suka nak dengar... konon nenek tau apa yang lebih baik. Cuba jadinya, tak macam yang kamu suka... silap-silap, Anas salahkan nenek. Cakap nenek pula yang pandai-pandai mengatur hidup cucu.” Balas nenek seolah berjauh hati.
“Nenek... Anas nak buat apa ni?” Anas mengeluh. Pandangan meliar di kawasan itu. Hati mula terasa sesak. Hendak meninggalkan si gadis itu pun terasa payah. Padahal, bukan bercinta. Sungguh, parah!
“Anas perlu jujur dengan diri sendiri. Itu aje... tapi, Liyana tu baik budaknya. Tak elok juga kalau Anas bersikap tak adil dengan dia. Anas jugak yang cakap dengan nenek, Adila masih muda. Masih jauh perjalanan. Masih ada yang menanti dia. Bukannya Anas...”
Kata-kata yang diungkapkan neneknya itu hanyalah peringatan. Peringatan yang pernah dibicarakan kepada Adila. Dan kini, ia dilagukan kembali kepada dirinya sendiri.
“Anas, setuju ke, atau nak tarik semula persetujuan yang kamu dah bagi tadi?” Nenek menyoal kembali.
Anas menyepi.
“Nenek rasa, Liyana boleh jadi isteri yang baik. Boleh sayang Anas, sampai Anas tak fikirkan pasal Adila. Adila masih mentah... masih jauh perjalanan hidup dia.”
“Kalau... Anas tak boleh serasi dengan Liyana? Kalau dah kahwin, Anas tiba-tiba terfikir pasal Adila... errr... Anas boleh kahwin dengan Adila jugak kan, nenek?” Tiba-tiba saja, Anas muncul dengan idea gila. Hati yang resah sejak tadi, mulai reda. Bibir mula tersenyum nakal.
“Hah???”
“Jadi bini nombor dua.” Balas Anas dengan tawa galak.
Dan nenek sudah mendengus kasar. “Batang penyapu nenek nanti sampai dekat muka Anas! Beranilah buat macam tu dengan anak orang... ingat mak bapak dia tu suka ke nak tengok anak-anak hidup bermadu.” Nenek sudah mula membebel.
“Anas melawak aje nenek...”
“Jangan nak melawak... silap-silap, kena makan penampar pulak. Hisy! Jadi ke tidak ni...” Nenek kembali menyoal. Kembali kepada topik asal perbincangan.
Anas menghela nafas panjang. Gelodak di hati cuba ditenangkan. Dia pun tidak mahu mempermainkan perasaan orang lain. Apa lagi, perasaan anak gadis orang.
“Jadi, nenek...”
“Empat bulan lagi... setuju?”
“Empat minggu lagi pun, Anas setuju aje nek...” Balasnya lemah.
“Tak boleh sengaja cari alasan untuk jumpa Adila!”
“Ya nenek...”
“Dengan Liyana pun, jangan kerap sangat keluar. Tak elok sangat. Kalau nak keluar jugak, ajak nenek teman. Biar terhindar dari segala maksiat dan godaan syaitan...” Ketawa nenek meletus di hujung kata.
“Iyalah nek...” Akur juga dengan kata itu, Anas bersetuju sahaja. Kalau mengajak nenek, dia tahu sangatlah bagaimana rupa Liyana. Tahu sangat!



Bab 8
SERABUT. Kepalanya terasa berserabut sama seperti rumput dan lalang yang mula meninggi di halaman taska itu. Lantas dirajinkan diri, dicapai cangkul yang diletakkan di stor. Kawasan sekeliling harus dikemaskan supaya rapi dan tiada kotoran.
            Nahas juga kalau kawasan rumah ini kotor. Silap haribulan, JKM buat lawatan, mahu kena pula benda yang tidak sepatutnya.
            Sedang Hanina asyik dengan kerjanya sendiri, ternampak sepasang kaki yang mula berdiri di sisi. Wajah Asma yang tersenyum nipis menyapa. Siap dengan segelas air sejuk di tangannya.
            “Susah-susah aje, Asma...” Balas Hanina menghargai.
            “Akak lagi penat, buat kerja-kerja macam ni sendiri.”
            Asma sudah mengambil tempat duduk di bangku luar. Duduk sambil memerhatikan Hanina yang tidak ubah gayanya seperti seorang pekebun. Siapa sangka, gadis secantik itu pun, tidak kisah untuk buat kerja-kerja kasar macam ini. Peluh yang mula memercik di dahi pun seakan tidak dipeduli.
            “Nak buat macam mana... bukannya ada adik-beradik lelaki untuk nak minta tolong. Abah dah berumur, sakit-sakit belakang selalu. Kena guna kudrat sendiri ajelah. Lagipun, bukannya hutan belantara... depan taska aje pun.” Hanina melepaskan tawa. Cuba mencuit hati Asma, dalam masa yang menghiburkan hatinya juga.
            Asma terus tersenyum. Pandangan masih ditala ke wajah Hanina. Tangannya pula mula mengusap perut yang sudah terlalu menonjol itu.
            “Baby macam dah tak sabar nak keluar kan, Asma...” Hanina berkata. Kakinya melangkah mendekati Asma. Punggung dilabuhkan di sisi gadis itu. Matanya terus tunak pada wajah itu. Seakan ada sesuatu yang ingin ditanyakan, namun tidak terluah.
            “Saya pun dah tak sabar dah, Kak Nina...”
Hanina melebarkan senyuman.
“Asma...” Nama itu diseru lembut. Mata Asma bertemu dengannya. Dengan renungan saja, ia seolah bertanya, kenapa. “Nanti, saya teman awak... balik Taiping.”
Wajah Asma berubah riak. Terkejut.
“Kenapa?”
Kenapa itu lebih kepada hendak bertanya, kenapa Hanina perlu temankan dirinya. Bukankah Qaiser sudah berjanji untuk menjemputnya nanti. Apakah perancangan yang disediakan itu sudah tidak selari?
Jemari Asma digenggam erat oleh Hanina. Merenung jauh ke dalam mata itu, dia merasakan sesuatu. Ada sesuatu dalam hati Asma dan dia tahu, dia juga merasakan itu. Satu perasaan yang sama hadir dalam hati mereka buat lelaki bernama Qaiser itu. Tapi apakan daya... siapa saja yang mampu mengetahui apa yang ada dalam hati Qaiser itu.
“Tolong saya, hantarkan Asma balik ke Taiping. Saya akan tolong uruskan flight untuk awak dengan dia. You just have to accompany her...” Rayu Qaiser dengan riak serba salah.
“Bukan awak ke yang selalu uruskan hal dia sebelum ni?” Soal Hanina. Ada rasa aneh yang menjentik di ruang hati. Mata Qaiser itu cuba berbicara. Tetapi dia tidak memahaminya.
Not anymore.
“Tapi kenapa?”
She likes me, don’t she?” Qaiser menyoal Hanina pula. Dan Hanina tersentak. Qaiser nampak akan perasaan itu? Bibirnya tersenyum pedih.
“Siapa yang tak akan suka, kalau ada seorang lelaki yang betul-betul prihatin tentang diri dia. Kenapa? Awak rasa, salah Asma ke kalau dia sukakan awak? Kalau dulu, masa saya kejar awak... awak marah, awak tak suka, awak cakap depan saya, awak tak nak saya ganggu awak. Tapi dengan Asma, awak beri dia kasih sayang, perhatian yang selama ni saya tak pernah nampak pun... that is you, Qaiser and that’s why she can easily fell for you.
But I didn’t wish it to be this way.” Qaiser meraup wajahnya pedih.
Hanina yang melihat keadaan Qaiser itu terasa tenggelam dibawa emosi bersama. Keceriaan yang selama ini sentiasa dipamer di wajah itu, seakan hilang dalam sekelip mata.
“Awak tak suka dia ke?” soal Hanina ingin mengetahui jawapan.
Dan saat telinganya menangkap jawapan daripada bibir Qaiser, Hanina hanya menguntum senyuman nipis. Qaiser tidak tahu, apa yang sedang dilakukan!
“Abang Qaiser marahkan saya ke akak?” soalan Asma begitu cemas.
Hanina kembali fokus pada diri gadis itu. Simpati mula mengambil tempat di hati. Sedih melihat nasib Asma yang sebegini. Sudahlah ditinggalkan oleh bapa kepada anak dalam kandungannya itu. Muncul pula seorang lelaki, yang kononnya menjadi sandaran kasih. Tetapi akhirnya, lelaki itu juga hendak mengundur diri. Tidak wajar sungguh tindakan itu!
“Akak...” panggil Asma lagi.
Hanina menggeleng. “Dia marahkan diri sendiri.” Itu sahaja jawapan yang mampu Hanina beri. Semakin lama merenung ke dalam anak mata Asma, semakin terluka hatinya. Biarpun hatinya menyukai Qaiser, tapi dia tidak tergamak untuk melukakan hati lain yang turut terbias dengan rasa suka itu. Lebih-lebih lagi gadis lemah seperti Asma.
“Kita balik lusa.”
Hanina sudah bangkit semula daripada duduk. Lantas terus disambung kerja yang terbengkalai tadi. Dibiarkan Asma sendiri melayan rasa hati. Hanina tahu, kuasa memujuk itu bukan berada di tangannya. Asma hanya akan terus bersedih jika terus menerima layanan begini daripada Qaiser.
“Dia bencikan saya.”
Hanina tersentak bila menangkap ayat itu.
Namun untuk membalas, bibirnya kelu pula. Lantas pandangannya menurut sahaja langkah berat Asma masuk ke dalam rumah.
Hanina mengeluh berat.
The truth is... he don’t even hate you!” Bibirnya mengungkap perlahan.

DIA baru sahaja keluar dari tandas dan melangkah masuk ke bilik. Kipas yang dimatikan tadi, kembali dihidupkan. Kelajuan dilaras pada sederhana. Cuaca di luar terasa begitu berbahang. Mungkin sekejap lagi akan hujan agaknya.
            Hanina terus saja mencapai tuala kecil yang biasa digunakan untuk mengelap rambutnya. Seakan dinikmati aktiviti itu, sehingga terpejam matanya. Sampailah dia dikejutkan dengan suatu bunyi yang tidak asing buat pendengaran telinga.
            Melihat nama yang tertera di skrin segera dia menekan kekunci untuk menjawab panggilan.
            “Assalamualaikum. Ada apa telefon? Rasa tak selesa ke?” Risau juga Hanina kalau-kalau Asma mengadu sakit apa-apa. Takut, dia pula yang gelabah.
            “Tak selesa...”
            “Hah? Tak selesa? Sekejap... sekarang jugak akak sampai. Minta Aqila duduk dengan Asma.” Kalut Hanina berkata. Sudah dijangka, dia yang akan terlebih kalut. Tetapi ayat daripada Asma, menghentikan kekalutan yang melanda.
            “Hati yang tak selesa...” Bicara Asma dengan nada yang merendah.
            “Asma...” Dan Hanina tahu, topik mengenai Qaiser tidak akan menemui noktah dengan begitu mudah.
            “Kak Nina rasa saya ada buat salah ke? Saya tak kisah Abang Qaiser suruh akak temankan saya. Saya pun tak nak kacau hidup dia. Cukuplah dengan semua perhatian yang dia dah berikan. Saya dah cukup berterima kasih. Tapi... bila dia tiba-tiba ubah perancangan, dan sedihnya... dia langsung tak cakap dengan saya, saya... saya...” Sudah tersekat bicara Asma. Teresak pula dihujung kata.
            Hanina pula yang rasa tersepit. Qaiser pun satu, kalau iya pun hendak melarikan diri, usahlah begitu drastik.
            “Asma... mungkin ada sebab yang terbaik untuk dia buat macam tu. Kita fikir yang baik-baik aje...” Hanina cuba untuk memujuk. Hakikatnya, dia benar-benar mengerti, Asma hanya akan terpujuk bila yang berbicara itu adalah Qaiser. Tapi hendak dibuat bagaimana, Qaiser sudah mengikat janji, untuk tidak menghubungi Asma lagi. Dan Asma, langsung tidak mengetahui akan janji yang diberi.
            “Dah, sekarang ni awak pergi tidur. Esok pagi, saya ajak awak jalan-jalan. Kita ambil angin dulu sebelum balik rumah awak, lusa. Okey...” Hanina sudah tersenyum kecil. Bicara Asma yang mengiakan katanya sudah cukup buat masa ini.
            Talian dimatikan. Dan Hanina sudah bersandar di atas katilnya. Minda sudah mula berencana. Entah ke mana saja hendak dibawa Asma dalam keadaan yang sarat itu. Tapi memikirkan untuk menenangkan jiwa gadis itu, lantas idea cuba dimunculkan juga.
            Telefonnya kembali berdering. Minda yang masih diketuk dengan nama Asma, membangkitkan senyum di bibir. Dia tahu sangat, Asma takkan sesenang itu saja hendak melelapkan mata.
            “Saya pesan apa dekat awak, tidur kan...” Ucap Hanina dengan nada bersenda.
            Namun suara lelaki yang menyapa, hanya menyentakkan akal. Hampir terketar bibirnya.
            “Saya baru aje call awak. Awak dah nak tidur ke?” Suara itu kedengaran serba-salah.
            “Err...”
            “Tak apalah... saya call esok.”
            Hanina pantas bersuara. “Eh, kejap... Saya ada perkara nak bagitau awak.”
            “Ya, Hanina...” Nama Hanina diseru begitu indah buat pendengarannya. Hanina sangat pasti, kalau bukan kerana gadis bernama Asma itu, dia tidak akan menerima panggilan daripada Qaiser. Dia sangat pasti akan itu.
            “Saya dah bagitau Asma... Dia nampak kecewa. Why not you call her, just one last call.” Hanina sekadar mencuba. Sekadar hendak memulihkan kedua hati yang pasti sedang berduka. Duka yang dia sebagai orang ketiga pun mampu menghidunya.
            “Nina... tak perlu rasanya. Awak boleh kan selesaikan satu amanat tu untuk saya, itu pun dah cukup. Lepas ni, kalau ada apa-apa, saya tanya awak aje. Boleh kan?”
            Hanina mengetap bibir. Kehilangan idea untuk mengubah keputusan Qaiser. Disuruh hubungi Asma pun, lelaki itu tidak mahu. Hendak diseru bagaimana lagi. Namun, jika mereka saling berhubung lagi, Hanina bimbang pula akan keadaan hatinya. Hati yang sudah sedia menyukai pasti akan mencambahkan kasih yang tidak pernah surut pergi.
            “Boleh kan?” Sekali lagi Qaiser bertanya.
            Hanina mengeluh kecil. “Dah tak perlu rasanya...” diungkap juga ayat itu dengan rasa yang memberat. Ya, Qaiser itu harus dilepaskan. Jika ditakdirkan buat Asma, Hanina pasti tidak kisah. Dia rela Qaiser memilih untuk membela ibu tunggal itu.
            “Kenapa pulak?”
            “Lusa, Asma dah balik Taiping. Apa-apa hal, awak boleh aje terus pergi ke rumah dia. That will make her happy, atleast...” Hanina masih ingin memujuk Qaiser bagi pihak Asma. Dengan cara itu, dia juga berasa puas.
            Dan Hanina menangkap ketawa kecil Qaiser untuk ayat yang telah diungkapkan itu. Ada yang salah ke dengan ayatnya itu?
            “You really different now, Nina... And that’s good.”
            “Good for what?” Tak faham betul Hanina dengan bicara Qaiser ini. Selama ini dia tidak cukup ‘good’ ke untuk pandangan Qaiser?
            “Good to make me smile.

            Hanina terkedu.

_______________
i wish if everyone could have a happy ending... mungkinkah

Comments

  1. Karya umi kali ni, mcm sentap je...Adila anas, hanina-qaiser-asma, hmm mcm nk sedih je...ntah2 asma akn mati bsalin, n qaiser hanina jg bb, cmtu ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh sadisnya... kita tgk, apa yg kita boleh buat. but, Asma tak selemah yg disangka Hanina. she can survive. well, she already survive :)

      Delete
  2. x nak la asma mati..t sedey...apa kata wt Asma survive without man in her life...and Qaiser yg cari dia balik...

    ReplyDelete
  3. mungkin...happy ending xsemestinya bersama org yg disukai...

    ReplyDelete
  4. boleh dapat happy ending. if everyone have faith in Allah. redha la kan. tu je boleh buat hati tenang and hppy. insyaallah :)

    ReplyDelete
  5. Sentap je bca cita umi kali ni..rasa je along kt tmpt adila n asma ni..cinta pd yg x sudi

    ReplyDelete
  6. Rasanya karya Umi kali ni macam kaum Adamnya suka mainkan perasaan kaum Hawa dan kaum Adam ni pengecut x berani berterus terang .... bukan idaman hati kak sue lah kalau macam ni... best lagi Abang Anas yang macam singa... tu tapi pandai SETIA ...hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe... kak sue, mungkin abang anas yg kena bg lecture kat adam2 yg lain tu.

      Delete
  7. nak (adila dgn anas), (qaiser dgn hanina), (asma dgn kembar anas balik) dan (anis dah semestinya dgn iman anasnya)...jd semua akan dpt happy endingnya masing-masing tanpa perlu mengecewakan sape sape pon kecuali tunang anas si liyana tu hik3 ~~~nurul~~~

    ReplyDelete
  8. sedihla pula..tp biler qaiser dgn asma kesian hanina..
    tp biler qaiser dgn hanina,, kesian pula dekat asma..walaupun rasanya ni mcm balasan yg bgus untuk asma..mungkin adik anas akan kembali pada asma..lagipun anak dlm kandungan asma tu anaknya kan..
    good job umi..good2..

    ReplyDelete
  9. Mungkinkah bapa anak yg dikandung Asma (lupa nama dia) telah bertaubat dan kembali mencarinya

    ReplyDelete
  10. best nya.. sambung lah lagi, kak umi :) btw ni mini novel je ke atau ada rancangan nak hanta manuskrip utk diterbitkan? hope ni just mini novel sebab my parents dah tak kasi beli novel *sobs* btw, can't wait for the next entry :) -soffia

    ReplyDelete
  11. Wahhh :'( x ada sambungan lg ke....afida

    ReplyDelete
  12. Anas ni kalau da bertunang tu xyah la kacau adila lagi. kesian kat adila tersuka kat tunang orang. kat asma pun kesian jugak tapi nak buat macam mana kalau tu yang Qaiser nak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. anas mengalami konflik jiwa raga yang kronik. agagagaga..

      Delete
  13. Ehy gha seiz.mr.datuk pimpin barahang.pos kods.mile 3 jalan masak kampung ulu patikang,locked.13.sm.88.89008.keningau sabah malaysia.fhon hp.60102655815,

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Cerpen: Lain di Mulut, Lain di Hati

JAMBANGAN bunga ros yang berada di atas mejanya itu dicapai. Tanpa melihat nama pengirim pun dia sudah boleh meneka, siapa pengirimnya. Terus dengusan tidak senang dilepaskan. Tanpa menunggu sesaat, jambangan bunga itu sudah terhumban ke dalam tong sampah di sudut bilik.             Huh! Apa dia fikir aku ni perempuan, nak cair kalau disogokkan dengan bunga. Kalau aku cakap benci, memang akan benci selamanya! rungutnya.             Serentak itu, pintu biliknya diketuk. Terjengul wajah Selina, setiausahanya.             “Encik Irfan, Puan Eryna nak jumpa.”             Sekali lagi dia melepaskan dengusan kasar. Tidak cukup dengan bunga yang merimaskan, sekarang, tuan punya badan pula muncul di depan mata. Ah, benci!             “Suruh dia balik! Saya tak nak jumpa dia.” Kuat dan lantang sekali suara Irfan sehingga begitu jelas buat pendengaran Eryna yang sedang duduk menunggu di luar bilik. Eryna tersentak. Riak wajahnya terus beruba

Cerpen: Hati ini [End]

BUNYI suara yang bertingkah dari ruang tamu mengkakukan langkah Ana di anak tangga terakhir. Dia yang turun ke bawah dengan niat untuk membasahkan tekak terkaku seketika. Tidak mahu menonjolkan diri di hadapan tetamu mama dan papa, tanpa berfikir panjang dia sudah memalingkan badan hendak bergerak ke atas semula. Namun sekali lagi, dirinya terus kaku di situ. Suara yang melaungkan namanya membuatkan badannya menjadi gementar secara tiba-tiba.             “Ana…” namanya dipanggil sekali lagi. Dia kenal suara itu. Terlalu kenal. Tetapi dia tidak mahu memalingkan wajahnya. Atas sebab apa, dia tidak pasti. Ikutkan sahaja kata hati.             Sentuhan di bahu membuatkan Ana tersentak. Pantas dia berpaling dengan wajah yang sudah berubah riak. Dia tidak suka dengan sentuhan itu. Sentuhan yang tidak menghormati dirinya sebagai seorang wanita muslim. Seketika mata mereka bertemu. Ana terkedu. Seakan tersedar dari mimpi… senyuman yang menghiasi

Cerpen: Dia yang aku cinta

Berdebar-debar rasanya saat menanti di ruang legar ini. Menanti kehadiran insan yang disayangi. Menanti saat yang ditunggu-tunggu selama ini. Disunting menjadi suri dalam hidup lelaki yang dicintai. Ah! Indah sungguh rasa…             “Tahulah nak tunggu insan tercinta. Kut iya pun… tak perlulah tayang riak wajah teruja, yang terlebih perisa pulak!” teguran berunsur perlian itu hanya membuatkan dia menjeling manja.             “Biarlah!” balasnya dengan menyampah.             Tiada siapa pun tahu apa yang dirasainya selama dua tahun ini. Hidup berjauhan dengan insan yang memenuhi ruang hatinya. Sungguh menyeksakan jiwa dan raga sahaja!             “Akak…” panggilan itu membuatkan dia melepaskan dengusan manja.             “Apa?!” soalnya geram. Geram saat khayalan indahnya dicantas dengan kejam. Sedangkan, hanya itu yang mampu dilakukan di saat ini.             “Tu…” mulut si adik sudah memuncung ke satu sudut.             Matanya turut berlari mencari. Seketika dia