Bab
7
TERASA
aneh sekali perasaannya
hari ini. Terasa diekori sejak dari tadi. Tapi siapa pula yang nak buat kerja
tak berfaedah mengekor dirinya?
Mata
itu mula mengerling ke kiri dan ke kanan. Sengaja nak puaskan hati sendiri
walaupun terasa juga, ada juga part yang
tidak logik dengan andaian mindanya itu.
“Siapa
pulak kan yang nak stalk aku.
Macamlah kita ni artis!”
Bibir
itu tergelak sendiri. Tanpa berlengah, dia meneruskan kerjanya. Menyusun stok
baru seperti yang diarahkan oleh penyelia. Dua kotak yang penuh berisi paket susu
tepung dibuka. Laju sahaja dia menyusun barang tersebut di rak yang sudah
mempamerkan kelopongan di situ. Kalau lambat buat kerja, nanti adalah murai
yang hendak menyerang pula.
Selesai
sahaja menyusun, Adila terus berpaling. Bukannya habis kerja lagi, ada stok
lain lagi yang perlu disusun lagi. Kerja di pasaraya besar macam ini, memang
mencabar kudrat yang dia ada. Terasa sakit badan-badan bila seharian dikerah
menguruskan stok-stok yang baru tiba. Ini belum masuk part untuk menyemak dan melabel barangan di stor. Naik pusing
kepala.
Dan
realitinya, hampir terpusing kepala apabila dirinya bertembung dengan jasad
yang berdiri tegak di hadapannya kini.
“Aduh!!!”
Bahu yang terasa sengal itu digosok. Sakit betul. Wajah insan yang sedang
memandangnya dijeling geram.
“Awak
ni kenapa???” Suara Adila terus menaik. Langsung tidak fikir dengan orang yang
ada di sekeliling. Tetapi riak wajah insan di depannya ini, tiada langsung
seperti peduli dengan intonasi tingginya. Tersenyum pula. Eh, suka ke???
“Kalau
memang hajat di hati, nak berdiri jadi pak pacak dekat sini... berdirilah
sampai esok pagi. Tapi mohon, beri laluan. Saya ada kerja nak buat.”
Adila
sudah bergerak ke kiri sedikit untuk melangkah. Tetapi dihalang. Bila dia ke
kanan, juga dihalang. Sekali lagi, aksi itu juga yang berulang.
“Hisy,
awak ni kenapa???”
Bengang
pula Adila bila melihat wajah ceria si Anas yang tercegat di depan matanya.
Lelaki itu bolehlah beraksi ceria. Yang kecewanya, hanya dia! Oh, sungguh...
Adila pun menyampah dengan diri sendiri yang sesenang kacang kuda boleh jatuh
suka dengan tunang orang pula.
“Saya
saja datang... nak tengok keadaan awak. Okey ke... tak okey ke. Salah ke?” Soal
Anas dengan nada bergurau. Sememangnya dia pun tidak mahu bertekak dengan gadis
mentah macam Adila. Dan itu memang bukan sikapnya.
Adila
pada mulanya terasa hendak marah. Tetapi, ada rasa lucu yang menggeletak hati.
Senyum sinis mula berkuntum. Wajah si kacak Anas, dipandang seketika. Didesak
rasa geram yang bertapa dalam hati, terasa ingin menyakitkan hati manusia di
depan matanya ini.
“Kenapa
nak peduli dengan hal saya? Saya okey atau tak okey, tak ada kena mengena
dengan awak. Kenapa? Jangan cakap... hati awak pun terbabas ke bila tengok
saya?”
Senyuman
sinis terus terukir. Adila melangkah setelah menoktah bicara. Namun, beberapa
ketika kemudian, terasa seram sejuk pula badannya.
“Macam
mana aku boleh cakap macam tu???” Seakan baru tersedar, apa yang telah
dibicarakan sebentar tadi. Itu memang sah, nak cari nahas namanya!
Spontan
badannya berpaling, hendak melihat reaksi Anas yang tidak diamati tadi. Dan
Adila terkelu sendiri. Anas berada betul-betul di belakang. Reaksi di wajah
itu... benar-benar membuatkan hati muda itu makin keliru.
“Do you really wish for that to happen?”
soal Anas serius.
Adila
terkelu. Terasa degupan jantung mulai berubah rentak. Apa hendak dijawab pula?
Mata Anas yang tajam menikam wajah, hanya menambahkan rasa gementar. Tidak
pernah dia melihat pandangan itu sebelum ini.
“Answer me Adila.”
Tidak
tertelan liur Adila. Terketar bibirnya. Dia tidak rela untuk berdepan dengan
Anas dalam situasi begini. Kalau dia jawab ya? Langsung tidak berfaedah, kerana
lelaki itu tunangan orang. Dan Adila tidak mahu menerima sumpah seranah kerana
menjadi penyebab berlakunya perkara buruk ke atas tali pertunangan pasangan
itu. Kalau dijawab tidak? Tidak sanggup juga untuk berbohong dengan perasaan
sendiri.
Lantas,
apa sahaja jawapan yang perlu diberi?
“Saya
ada kerja, nak kena semak stok.” Jawab Adila gugup. Jantungnya masih berdegup
laju. Tanpa berpaling ke belakang, laju langkah diatur. Dia benar-benar
berharap, tidak akan bertemu lagi dengan insan yang bernama Anas itu.
ANAS masih berdiri di situ. Memandang
sahaja ke mana arah tujunya Adila. Biarpun gadis itu sudah hilang daripada
pandangan mata, namun matanya masih tertunak ke arah itu.
‘Kau
ni dah gila Anas!’ bisik hatinya.
Ya,
betul! Dia memang dah gila dan disebabkan itu juga dia seakan tidak sedar
dengan kerja gila yang dilakukan ini. Kejar anak gadis orang walaupun dia sudah
bergelar tunang orang lain. Mencari nahas namanya.
Bibirnya
diketap seketika sebelum dia berpaling dan melangkah untuk keluar dari pasaraya
Giant itu. Sambil melangkah, mindanya cuba bekerja. Apa yang perlu dilakukan
untuk menghentikan semua kerja gila ini?
Nenek.
Tanpa
berlengah, Anas sudah mendail nombor rumah. Suara nenek yang menyambut
panggilan menghadirkan rasa lega.
“Anas...
kenapa?” Pertanyaan daripada nenek disambut dengan tenang.
“Anas
nak bagitau, yang Anas setuju dengan cadangan nenek.”
“Betul
ni???” Kedengaran nenek seperti terkejut.
Mestilah
terkejut, sedangkan dia juga membantah sebelum ini.
“Tapi
kenapa tiba-tiba?”
Dan soalan itu, hanya mengkakukan lidah
Anas. Terasa gugup pula. Bimbang kalau nenek dapat menghidu hal sebenar. Nenek
yang membesarkannya. Nenek lebih mudah mengetahui apa yang tersirat dalam
hatinya. Lebih daripada mama dan papa.
“Jangan nak sembunyikan apa-apa pun
dengan nenek, Anas...”
“Anas datang jumpa Adila.” Akhirnya,
Anas memilih untuk berterus-terang. Serentak itu terdengar keluhan daripada
neneknya.
“Kenapa Anas? Kenapa buat macam tu, Anas
dah ada tunang. Tak elok kalau Liyana tau pasal ni.”
Nasihat daripada nenek itu tidak mampu
Anas sangkal. Tetapi, dia sendiri tidak faham akan permainan yang cuba
dipamerkan ini.
“Anas jadi tak sampai hati bila dengar
dia cakap yang dia kecewa, nenek. Anas langsung tak sangka, dia betul-betul
sukakan Anas.” Bibirnya diketap lagi. Aduh, dia pula yang rasa kecewa sekali.
“Jadi, sebab tu setuju dengan cadangan
nenek? Takkan menyesal?”
“Nenek tahu apa yang lebih baik...”
Anas, konon hendak memberi jawapan selamat.
“Yang tu yang nenek tak berapa suka nak
dengar... konon nenek tau apa yang lebih baik. Cuba jadinya, tak macam yang
kamu suka... silap-silap, Anas salahkan nenek. Cakap nenek pula yang
pandai-pandai mengatur hidup cucu.” Balas nenek seolah berjauh hati.
“Nenek... Anas nak buat apa ni?” Anas
mengeluh. Pandangan meliar di kawasan itu. Hati mula terasa sesak. Hendak
meninggalkan si gadis itu pun terasa payah. Padahal, bukan bercinta. Sungguh,
parah!
“Anas perlu jujur dengan diri sendiri.
Itu aje... tapi, Liyana tu baik budaknya. Tak elok juga kalau Anas bersikap tak
adil dengan dia. Anas jugak yang cakap dengan nenek, Adila masih muda. Masih
jauh perjalanan. Masih ada yang menanti dia. Bukannya Anas...”
Kata-kata yang diungkapkan neneknya itu
hanyalah peringatan. Peringatan yang pernah dibicarakan kepada Adila. Dan kini,
ia dilagukan kembali kepada dirinya sendiri.
“Anas, setuju ke, atau nak tarik semula
persetujuan yang kamu dah bagi tadi?” Nenek menyoal kembali.
Anas menyepi.
“Nenek rasa, Liyana boleh jadi isteri
yang baik. Boleh sayang Anas, sampai Anas tak fikirkan pasal Adila. Adila masih
mentah... masih jauh perjalanan hidup dia.”
“Kalau... Anas tak boleh serasi dengan
Liyana? Kalau dah kahwin, Anas tiba-tiba terfikir pasal Adila... errr... Anas
boleh kahwin dengan Adila jugak kan, nenek?” Tiba-tiba saja, Anas muncul dengan
idea gila. Hati yang resah sejak tadi, mulai reda. Bibir mula tersenyum nakal.
“Hah???”
“Jadi bini nombor dua.” Balas Anas
dengan tawa galak.
Dan nenek sudah mendengus kasar. “Batang
penyapu nenek nanti sampai dekat muka Anas! Beranilah buat macam tu dengan anak
orang... ingat mak bapak dia tu suka ke nak tengok anak-anak hidup bermadu.”
Nenek sudah mula membebel.
“Anas melawak aje nenek...”
“Jangan nak melawak... silap-silap, kena
makan penampar pulak. Hisy! Jadi ke tidak ni...” Nenek kembali menyoal. Kembali
kepada topik asal perbincangan.
Anas menghela nafas panjang. Gelodak di
hati cuba ditenangkan. Dia pun tidak mahu mempermainkan perasaan orang lain.
Apa lagi, perasaan anak gadis orang.
“Jadi, nenek...”
“Empat bulan lagi... setuju?”
“Empat minggu lagi pun, Anas setuju aje
nek...” Balasnya lemah.
“Tak boleh sengaja cari alasan untuk
jumpa Adila!”
“Ya nenek...”
“Dengan Liyana pun, jangan kerap sangat
keluar. Tak elok sangat. Kalau nak keluar jugak, ajak nenek teman. Biar
terhindar dari segala maksiat dan godaan syaitan...” Ketawa nenek meletus di
hujung kata.
“Iyalah nek...” Akur juga dengan kata itu,
Anas bersetuju sahaja. Kalau mengajak nenek, dia tahu sangatlah bagaimana rupa
Liyana. Tahu sangat!
Bab
8
SERABUT. Kepalanya terasa berserabut
sama seperti rumput dan lalang yang mula meninggi di halaman taska itu. Lantas
dirajinkan diri, dicapai cangkul yang diletakkan di stor. Kawasan sekeliling
harus dikemaskan supaya rapi dan tiada kotoran.
Nahas
juga kalau kawasan rumah ini kotor. Silap haribulan, JKM buat lawatan, mahu
kena pula benda yang tidak sepatutnya.
Sedang
Hanina asyik dengan kerjanya sendiri, ternampak sepasang kaki yang mula berdiri
di sisi. Wajah Asma yang tersenyum nipis menyapa. Siap dengan segelas air sejuk
di tangannya.
“Susah-susah
aje, Asma...” Balas Hanina menghargai.
“Akak
lagi penat, buat kerja-kerja macam ni sendiri.”
Asma
sudah mengambil tempat duduk di bangku luar. Duduk sambil memerhatikan Hanina
yang tidak ubah gayanya seperti seorang pekebun. Siapa sangka, gadis secantik
itu pun, tidak kisah untuk buat kerja-kerja kasar macam ini. Peluh yang mula
memercik di dahi pun seakan tidak dipeduli.
“Nak
buat macam mana... bukannya ada adik-beradik lelaki untuk nak minta tolong.
Abah dah berumur, sakit-sakit belakang selalu. Kena guna kudrat sendiri ajelah.
Lagipun, bukannya hutan belantara... depan taska aje pun.” Hanina melepaskan
tawa. Cuba mencuit hati Asma, dalam masa yang menghiburkan hatinya juga.
Asma
terus tersenyum. Pandangan masih ditala ke wajah Hanina. Tangannya pula mula
mengusap perut yang sudah terlalu menonjol itu.
“Baby macam dah tak sabar nak keluar kan,
Asma...” Hanina berkata. Kakinya melangkah mendekati Asma. Punggung dilabuhkan
di sisi gadis itu. Matanya terus tunak pada wajah itu. Seakan ada sesuatu yang
ingin ditanyakan, namun tidak terluah.
“Saya
pun dah tak sabar dah, Kak Nina...”
Hanina melebarkan senyuman.
“Asma...” Nama itu diseru lembut. Mata
Asma bertemu dengannya. Dengan renungan saja, ia seolah bertanya, kenapa.
“Nanti, saya teman awak... balik Taiping.”
Wajah Asma berubah riak. Terkejut.
“Kenapa?”
Kenapa itu lebih kepada hendak bertanya,
kenapa Hanina perlu temankan dirinya. Bukankah Qaiser sudah berjanji untuk
menjemputnya nanti. Apakah perancangan yang disediakan itu sudah tidak selari?
Jemari Asma digenggam erat oleh Hanina.
Merenung jauh ke dalam mata itu, dia merasakan sesuatu. Ada sesuatu dalam hati
Asma dan dia tahu, dia juga merasakan itu. Satu perasaan yang sama hadir dalam
hati mereka buat lelaki bernama Qaiser itu. Tapi apakan daya... siapa saja yang
mampu mengetahui apa yang ada dalam hati Qaiser itu.
“Tolong saya, hantarkan Asma balik ke
Taiping. Saya akan tolong uruskan flight untuk
awak dengan dia. You just have to
accompany her...” Rayu Qaiser dengan riak serba salah.
“Bukan awak ke yang selalu uruskan hal
dia sebelum ni?” Soal Hanina. Ada rasa aneh yang menjentik di ruang hati. Mata
Qaiser itu cuba berbicara. Tetapi dia tidak memahaminya.
“Not
anymore.”
“Tapi kenapa?”
“She
likes me, don’t she?” Qaiser menyoal Hanina pula. Dan Hanina tersentak.
Qaiser nampak akan perasaan itu? Bibirnya tersenyum pedih.
“Siapa yang tak akan suka, kalau ada
seorang lelaki yang betul-betul prihatin tentang diri dia. Kenapa? Awak rasa,
salah Asma ke kalau dia sukakan awak? Kalau dulu, masa saya kejar awak... awak
marah, awak tak suka, awak cakap depan saya, awak tak nak saya ganggu awak.
Tapi dengan Asma, awak beri dia kasih sayang, perhatian yang selama ni saya tak
pernah nampak pun... that is you, Qaiser
and that’s why she can easily fell for you.”
“But
I didn’t wish it to be this way.” Qaiser meraup wajahnya pedih.
Hanina yang melihat keadaan Qaiser itu
terasa tenggelam dibawa emosi bersama. Keceriaan yang selama ini sentiasa
dipamer di wajah itu, seakan hilang dalam sekelip mata.
“Awak tak suka dia ke?” soal Hanina
ingin mengetahui jawapan.
Dan saat telinganya menangkap jawapan
daripada bibir Qaiser, Hanina hanya menguntum senyuman nipis. Qaiser tidak
tahu, apa yang sedang dilakukan!
“Abang Qaiser marahkan saya ke akak?”
soalan Asma begitu cemas.
Hanina kembali fokus pada diri gadis
itu. Simpati mula mengambil tempat di hati. Sedih melihat nasib Asma yang
sebegini. Sudahlah ditinggalkan oleh bapa kepada anak dalam kandungannya itu.
Muncul pula seorang lelaki, yang kononnya menjadi sandaran kasih. Tetapi
akhirnya, lelaki itu juga hendak mengundur diri. Tidak wajar sungguh tindakan
itu!
“Akak...” panggil Asma lagi.
Hanina menggeleng. “Dia marahkan diri
sendiri.” Itu sahaja jawapan yang mampu Hanina beri. Semakin lama merenung ke
dalam anak mata Asma, semakin terluka hatinya. Biarpun hatinya menyukai Qaiser,
tapi dia tidak tergamak untuk melukakan hati lain yang turut terbias dengan
rasa suka itu. Lebih-lebih lagi gadis lemah seperti Asma.
“Kita balik lusa.”
Hanina sudah bangkit semula daripada
duduk. Lantas terus disambung kerja yang terbengkalai tadi. Dibiarkan Asma
sendiri melayan rasa hati. Hanina tahu, kuasa memujuk itu bukan berada di
tangannya. Asma hanya akan terus bersedih jika terus menerima layanan begini
daripada Qaiser.
“Dia bencikan saya.”
Hanina tersentak bila menangkap ayat
itu.
Namun untuk membalas, bibirnya kelu
pula. Lantas pandangannya menurut sahaja langkah berat Asma masuk ke dalam
rumah.
Hanina mengeluh berat.
“The
truth is... he don’t even hate you!” Bibirnya mengungkap perlahan.
DIA baru sahaja keluar dari tandas dan
melangkah masuk ke bilik. Kipas yang dimatikan tadi, kembali dihidupkan.
Kelajuan dilaras pada sederhana. Cuaca di luar terasa begitu berbahang. Mungkin
sekejap lagi akan hujan agaknya.
Hanina
terus saja mencapai tuala kecil yang biasa digunakan untuk mengelap rambutnya.
Seakan dinikmati aktiviti itu, sehingga terpejam matanya. Sampailah dia
dikejutkan dengan suatu bunyi yang tidak asing buat pendengaran telinga.
Melihat
nama yang tertera di skrin segera dia menekan kekunci untuk menjawab panggilan.
“Assalamualaikum.
Ada apa telefon? Rasa tak selesa ke?” Risau juga Hanina kalau-kalau Asma
mengadu sakit apa-apa. Takut, dia pula yang gelabah.
“Tak
selesa...”
“Hah?
Tak selesa? Sekejap... sekarang jugak akak sampai. Minta Aqila duduk dengan
Asma.” Kalut Hanina berkata. Sudah dijangka, dia yang akan terlebih kalut.
Tetapi ayat daripada Asma, menghentikan kekalutan yang melanda.
“Hati
yang tak selesa...” Bicara Asma dengan nada yang merendah.
“Asma...”
Dan Hanina tahu, topik mengenai Qaiser tidak akan menemui noktah dengan begitu
mudah.
“Kak
Nina rasa saya ada buat salah ke? Saya tak kisah Abang Qaiser suruh akak
temankan saya. Saya pun tak nak kacau hidup dia. Cukuplah dengan semua
perhatian yang dia dah berikan. Saya dah cukup berterima kasih. Tapi... bila
dia tiba-tiba ubah perancangan, dan sedihnya... dia langsung tak cakap dengan
saya, saya... saya...” Sudah tersekat bicara Asma. Teresak pula dihujung kata.
Hanina
pula yang rasa tersepit. Qaiser pun satu, kalau iya pun hendak melarikan diri,
usahlah begitu drastik.
“Asma...
mungkin ada sebab yang terbaik untuk dia buat macam tu. Kita fikir yang
baik-baik aje...” Hanina cuba untuk memujuk. Hakikatnya, dia benar-benar
mengerti, Asma hanya akan terpujuk bila yang berbicara itu adalah Qaiser. Tapi
hendak dibuat bagaimana, Qaiser sudah mengikat janji, untuk tidak menghubungi
Asma lagi. Dan Asma, langsung tidak mengetahui akan janji yang diberi.
“Dah,
sekarang ni awak pergi tidur. Esok pagi, saya ajak awak jalan-jalan. Kita ambil
angin dulu sebelum balik rumah awak, lusa. Okey...” Hanina sudah tersenyum
kecil. Bicara Asma yang mengiakan katanya sudah cukup buat masa ini.
Talian
dimatikan. Dan Hanina sudah bersandar di atas katilnya. Minda sudah mula
berencana. Entah ke mana saja hendak dibawa Asma dalam keadaan yang sarat itu.
Tapi memikirkan untuk menenangkan jiwa gadis itu, lantas idea cuba dimunculkan
juga.
Telefonnya
kembali berdering. Minda yang masih diketuk dengan nama Asma, membangkitkan
senyum di bibir. Dia tahu sangat, Asma takkan sesenang itu saja hendak
melelapkan mata.
“Saya
pesan apa dekat awak, tidur kan...” Ucap Hanina dengan nada bersenda.
Namun
suara lelaki yang menyapa, hanya menyentakkan akal. Hampir terketar bibirnya.
“Saya
baru aje call awak. Awak dah nak
tidur ke?” Suara itu kedengaran serba-salah.
“Err...”
“Tak
apalah... saya call esok.”
Hanina
pantas bersuara. “Eh, kejap... Saya ada perkara nak bagitau awak.”
“Ya,
Hanina...” Nama Hanina diseru begitu indah buat pendengarannya. Hanina sangat
pasti, kalau bukan kerana gadis bernama Asma itu, dia tidak akan menerima
panggilan daripada Qaiser. Dia sangat pasti akan itu.
“Saya
dah bagitau Asma... Dia nampak kecewa. Why
not you call her, just one last call.” Hanina sekadar mencuba. Sekadar
hendak memulihkan kedua hati yang pasti sedang berduka. Duka yang dia sebagai
orang ketiga pun mampu menghidunya.
“Nina...
tak perlu rasanya. Awak boleh kan selesaikan satu amanat tu untuk saya, itu pun
dah cukup. Lepas ni, kalau ada apa-apa, saya tanya awak aje. Boleh kan?”
Hanina
mengetap bibir. Kehilangan idea untuk mengubah keputusan Qaiser. Disuruh hubungi
Asma pun, lelaki itu tidak mahu. Hendak diseru bagaimana lagi. Namun, jika
mereka saling berhubung lagi, Hanina bimbang pula akan keadaan hatinya. Hati
yang sudah sedia menyukai pasti akan mencambahkan kasih yang tidak pernah surut
pergi.
“Boleh
kan?” Sekali lagi Qaiser bertanya.
Hanina
mengeluh kecil. “Dah tak perlu rasanya...” diungkap juga ayat itu dengan rasa
yang memberat. Ya, Qaiser itu harus dilepaskan. Jika ditakdirkan buat Asma,
Hanina pasti tidak kisah. Dia rela Qaiser memilih untuk membela ibu tunggal
itu.
“Kenapa
pulak?”
“Lusa,
Asma dah balik Taiping. Apa-apa hal, awak boleh aje terus pergi ke rumah dia. That will make her happy, atleast...”
Hanina masih ingin memujuk Qaiser bagi pihak Asma. Dengan cara itu, dia juga
berasa puas.
Dan
Hanina menangkap ketawa kecil Qaiser untuk ayat yang telah diungkapkan itu. Ada
yang salah ke dengan ayatnya itu?
“You really different now, Nina... And that’s
good.”
“Good for what?” Tak faham betul Hanina
dengan bicara Qaiser ini. Selama ini dia tidak cukup ‘good’ ke untuk pandangan Qaiser?
“Good to make me smile.”
Hanina
terkedu.
_______________
i wish if everyone could have a happy ending... mungkinkah
Karya umi kali ni, mcm sentap je...Adila anas, hanina-qaiser-asma, hmm mcm nk sedih je...ntah2 asma akn mati bsalin, n qaiser hanina jg bb, cmtu ke?
ReplyDeleteoh sadisnya... kita tgk, apa yg kita boleh buat. but, Asma tak selemah yg disangka Hanina. she can survive. well, she already survive :)
Deletex nak la asma mati..t sedey...apa kata wt Asma survive without man in her life...and Qaiser yg cari dia balik...
ReplyDeletemungkin...happy ending xsemestinya bersama org yg disukai...
ReplyDeleteboleh dapat happy ending. if everyone have faith in Allah. redha la kan. tu je boleh buat hati tenang and hppy. insyaallah :)
ReplyDeleteSentap je bca cita umi kali ni..rasa je along kt tmpt adila n asma ni..cinta pd yg x sudi
ReplyDeleteRasanya karya Umi kali ni macam kaum Adamnya suka mainkan perasaan kaum Hawa dan kaum Adam ni pengecut x berani berterus terang .... bukan idaman hati kak sue lah kalau macam ni... best lagi Abang Anas yang macam singa... tu tapi pandai SETIA ...hehehe...
ReplyDeletehehe... kak sue, mungkin abang anas yg kena bg lecture kat adam2 yg lain tu.
Deletenak (adila dgn anas), (qaiser dgn hanina), (asma dgn kembar anas balik) dan (anis dah semestinya dgn iman anasnya)...jd semua akan dpt happy endingnya masing-masing tanpa perlu mengecewakan sape sape pon kecuali tunang anas si liyana tu hik3 ~~~nurul~~~
ReplyDeletesedihla pula..tp biler qaiser dgn asma kesian hanina..
ReplyDeletetp biler qaiser dgn hanina,, kesian pula dekat asma..walaupun rasanya ni mcm balasan yg bgus untuk asma..mungkin adik anas akan kembali pada asma..lagipun anak dlm kandungan asma tu anaknya kan..
good job umi..good2..
Mungkinkah bapa anak yg dikandung Asma (lupa nama dia) telah bertaubat dan kembali mencarinya
ReplyDeletebest nya.. sambung lah lagi, kak umi :) btw ni mini novel je ke atau ada rancangan nak hanta manuskrip utk diterbitkan? hope ni just mini novel sebab my parents dah tak kasi beli novel *sobs* btw, can't wait for the next entry :) -soffia
ReplyDeleteWahhh :'( x ada sambungan lg ke....afida
ReplyDeleteAnas ni kalau da bertunang tu xyah la kacau adila lagi. kesian kat adila tersuka kat tunang orang. kat asma pun kesian jugak tapi nak buat macam mana kalau tu yang Qaiser nak.
ReplyDeleteanas mengalami konflik jiwa raga yang kronik. agagagaga..
DeleteEhy gha seiz.mr.datuk pimpin barahang.pos kods.mile 3 jalan masak kampung ulu patikang,locked.13.sm.88.89008.keningau sabah malaysia.fhon hp.60102655815,
ReplyDelete