Skip to main content

pilihan aku vs pilihan mak aku 14

Mira baring longlai atas sofa. Hari ni dah masuk dua minggu dia mula kerja. Penat jugak bila dah bergelar pekerja ni. Macam mana la kak Sarah boleh tahan. Akak tu lagi la.. dah la doktor, kerjanya tak menentu. Sekejap-sekejap ada oncall pulak. Kalau aku kat tempat dia, dah pengsan dah gamaknya.


Baru je nak lelapkan mata, terdengar bunyi kereta di luar rumah. Dikerling ke arah jam di dinding, dah pukul dua belas tengah hari. Apa punya anak dara la aku ni, tengah-tengah hari fikir nak membuta je. Dialih pandang ke pintu rumah, wajah Sarah yang letih lesu menyapa pandangan. Baru habis kerja.


Sarah tersenyum nipis sambil melangkah ke arahnya. Perlahan dia merebahkan punggung di atas sofa. Ditarik keluar tudung dan spontan mata dah bertutup.


"Akak...pergilah tidur kat bilik...," tegur Mira. Dia dah penat sakan, boleh pulak main tidur atas sofa je. Sarah menggeleng perlahan. Dah tak larat nak naik atas. "Kejap je Mira...nanti kejut akak ye...," sempat lagi dia berpesan dengan mata yang tertutup rapat.


"Mak dengan ayah mana?," soal Sarah seolah bergumam. Mira tepuk dahi sendiri. Patutlah rumah sunyi sepi. Aku boleh tak perasan mak dengan ayah keluar. Lupa pulak, hari ni kata mak ada kenduri kahwin anak kawan lama. Dekat mana, langsung tak ingat.


Sekejap sahaja, kemudian sepi di antara mereka. Terdengar dengkuran halus. Hai, sampai berdengkur, perlahan Mira mengomel. Bosannya. Dah ada orang dalam rumah pun, macam takde orang jugak. Bosan.


Dia bangun menuju ke dapur. Tadi pagi dah santap nasi lemak. Makan tengah hari nak santap apa pulak. Nak masak ke? Aduh, malas! Apa ke buruk sangat perangai anak dara. Silalah berubah cik Mira. Kalau dah kahwin buat-buat malas macam ni, mahunya Khairul ceraikan aku. Huh! Cerai sebab malas, tak masuk logik akal. Tapi tak mustahil. Sudah! Jangan nak merepek...


Bunyi deringan telefon bimbit mematikan langkah Mira untuk bergerak ke arah peti sejuk. Aiseh. Sapa telefon time-time perut tengah berkeroncong ni. Langkah kaki diatur berat kembali ke ruang tamu. Namun, deringan dah mati. Diketap bibir geram. Takdelah slow motion sangat langkah aku, tunggu la sampai orang jawab. Tak sabar betul. Bebelnya sendiri. Dilihat nama yang tertera di skrin. Abang aku ke...


Telefon berkelip-kelip sekali lagi. Mesej masuk.


+ Jom lunch sekali. Abang ada dekat2 area rumah ayah.


Terus Mira tarik senyum. Pucuk dicita ulam mendatang. Sayang lebih banyak-banyak kat abang. Tahu je adik dia tengah lapar.


- oh sangatlah boleh.Tunggu setengah jam, Mira siap!


Pandangannya tertancap pada Sarah yang lena kepenatan. Mira berfikir sejenak, takkan nak tinggal kak Sarah. Nak ajak, kesian. Dia kan letih. How?


Sejam kemudian....


"Mira pergi jela dengan abang Mira. Akak penat sangatlah dik...," Sarah masih lagi menolak. Muka dah tak tahu nak tayang kat mana. Razin ada depan mata. Muka Sarah pula sememeh baru bangun tidur. Adikku yang sangat cerdik, jemput masuk Razin time aku tengah elok tidur kat sofa. Nasib dia dah pakaikan tudung.


"Ala jomlah kak... abang yang drive. Akak boleh je sambung tidur lagi dalam kereta...," pujuk Mira. Sekejap-sekejap ditoleh ke arah Razin yang tersenyum nipis. Mira ketap bibir geram. Main senyum-senyum pulak. Bukan nak tolong aku memujuk. Tadi dia yang beria sangat suruh ajak kak Sarah sekali. Sekarang jadi statue pulak kat sofa.


"Mata pun dah tak terbuka Mira...akak nak kena siap lagi. Lambat nanti. Mira jela yang pergi... tolong jangan paksa akak ikut...," mata Sarah dah separuh terkatup. Kesian pula Mira tengok. Dialih pandang ke wajah Razin. Diangkat kening seolah bertanya. 'Nak paksa ikut jugak ke?,'


Razin mengangguk. Mira dah membulatkan biji mata. Apa kejam sangat ni. Dah terang lagi bersuluh kak Sarah gila penat. Nak paksa-paksa ikut pulak.


Mata Sarah kembali tertutup. Mira tak jadi nak kejut. Dia mengatur langkah ke arah Razin, terus ditarik tangan keluar ke depan rumah.


"Kita pergi dua je!," Mira dah bagi kata putus. Razin buat-buat pandang pelik.


"Kesian kan kat Sarah dia sorang-sorang kat rumah...," saja nak buat ayat memancing. Mira jungkit kening.


"Mira lagi kesian nak kejut dia... Dia baru je balik tau. Nak paksa-paksa dia keluar pulak. Dah la orang tu dari semalam kat hospital..," Mira dah mula membebel. Razin hanya mampu tarik senyum hambar. Melepas peluang!


"Yela...yela... kita pergi dua je," ucap Razin mengalah. Mira tersenyum senang. Dalam diam dapat pula dia perhatikan riak wajah Razin yang dah berubah kelat. Dia tersenyum dalam hati. Ada hati ye abangku...




******



"Sarah suka makan apa ye? Kita tapaukan untuk dia....," ucap Razin sambil membelek-belek menu makanan. Mira dah mula tarik senyum. Tapi dalam hati dah rancang, nak pekena abang.


"Tak payahlah nak tapau-tapau. Pandailah kak Sarah cari makan sendiri...," sengaja jawapan itu diberikan. Terus bersabung kedua mata Razin dengan mata Mira. Mira tayang riak selamba. Razin dah jegil tak puas hati.


"Ada ke cakap macam tu... kesian dia, penat! cakap mak dengan ayah takde kat rumah. Dia nak makan apa nanti...kita tapaukan untuk dia," ucap Razin tegas. Mira dah terasa nak ketawa. Aduhai. Concern sungguh!


"Yang abang ni sibuk sangat nak jaga kebajikan perut kak Sarah tu kenapa? Dia bukannya budak-budak lagi. Pandai-pandailah dia nak cari makan... tak pun pakwe dia boleh belikan kot...," ditekan perkataan di hujung. Sekali lagi berubah riak wajah Razin.


"err..er...dia...dah...ada pakwe?," tergagap-gagap Razin menyoal. Mira yang menahan wajah serius dari tadi terlepas tawa. Hahaha. Wajah Razin dah kelat macam cuka. Razin mengetap bibir tanda geram. Kenakan aku rupanya.


"Hai abang... sejak bila berminat kat akak saya ni?," soal Mira meleret. Razin dah menjeling-jeling. Menyampah! Boleh pulak dia ketawakan aku. "Dah pandai jeling-jeling dengan Mira pulak...," sambung Mira lagi apabila Razin diam tidak menjawab. Dia masih melepaskan tawanya. "Nak Mira tolong sampaikan hasrat murni abang pada kak Sarah ke?".


"Tak payah! Abang boleh buat sendiri!," jawab Razin berlagak. Mira mencebik. Tahap berlagak dah mula tunjuk tocang.


"Yakin ke? Susah tau nak tackle kak Sarah...," sengaja Mira melepaskan ayat yang merundumkan semangat. Namun reaksi yang diterima lain. Razin tersenyum penuh makna.


"Macam senang sangat nak tackle Mira, tapi Khairul boleh buat jugak kan... so, jangan nak pandang lekeh kat kemampuan abang ye... I have the skill," Razin terus tersenyum. Teringat pada kata-kata Khairul ketika dia mengutarakan cadangannya.


"Kau gila! Adik pun punya susah nak tackle..ni pulak si kakak.. I bet, bergandalah kesusahan tu...," kedua-duanya ketawa. "Dulu dia setuju dengan aku pun, mungkin sebab pilihan keluarga kot. So, kau kena pandai guna main suis. Ayah dengan mak...," tambah Khairul sambil tersenyum nakal. Razin dah mengangguk-angguk.


Tamparan di lengan mengejutkan Razin. Spontan dia tarik sengih. Mira mengancingkan gigi. Berangan tahap tak ingat. Boleh pulak dia tersenyum sorang-sorang. Fikir apa pun tak tahulah. Wajah Razin yang masih tersenyum terus menyapa pandangan Mira. Mira dah pening. Orang kalau dah mula angau memang macam ni kot. Eleh Mira, kau pun bukan sama je ke. Mira tersenyum dalam hati. Yela tu!




******




"Abang belikan untuk akak....," Mira meletakkan bungkus makanan di atas meja makan. Wajah Sarah yang baru lepas mandi terus disapu riak terkejut.


"Bukan Mira yang belikan? Razin yang belikan?," soalnya untuk kepastian. Dahi dah berkerut-kerut. Apasal nak beramal jariah dengan aku pulak. Belanja adik dia makan cukuplah. Aku adik dia ke?


"Abang tu yang risau sangat fikir kak Sarah tak makan apa-apa lagi... sebab tu dia beli," jawab Mira sambil melangkah ke arah singki. Dicapai pinggan dan gelas. Langkah diatur ke arah Sarah yang terdiam kata.


Sarah hanya memandang Mira yang bergerak sana-sini dengan ekor mata. Wayang apa ni? Nak tunjuk-tunjuk ambil berat kat orang. Sarah melepaskan keluhan. "Mira makanlah... akak dah kenyang!," terus Sarah bangun dan berlalu.


Mira dah jadi statik. Aik! Silap cakap ke? Takkan sampai tak nak jamah makanan ni langsung. Kesian kat abang Razin yang beli makanan. Kesian kat kak Sarah yang kemungkinan besar tengah lapar tahap Giga! Aku punya dialog nak bagi dia touching tak jadi ke? Nampak sangat kau takde skill nak rekomenkan orang.


- Abg, macam takde harapan!


Laju tangannya menaip pesanan ringkas.


+ Kenapa?


Laju juga dia mendapat jawapan.


- Dia xnak jamah langsung. Dia tak suka abg la agknya...


+ Ada ke bt conclusion mcm tu...
Slow and steady Mira. Kita xbleh gelabah... :)


Mira tersenyum membaca mesej itu. Slow and steady. Baiklah. Usaha tangga kejayaan. Maka berusahalah abangku.




******




Jam dah menunjukkan sembilan malam. Mira pusing-pusing dalam bilik. Novel yang berada di tangan sejak tadi diletakkan atas meja. Langkah diatur keluar menuju ke bilik Sarah. Agaknya masih berjaga tak mak cik ni. Selalunya Sarah memang akan tidur awal, tambah-tambah esok dia kerja lagi.


Dilihatnya lampu masih terpasang. Mira tersenyum. Tombol pintu dipulas. Sarah sedang duduk bersila atas lantai sambil membelek fail tebal. Haiya. Balik rumah pun, ada kerja dari hospital jugak ke.


"Buat apa kak?," soalnya sambil melangkah masuk ke bilik.


"Study case... nak kena buat summary. Kenapa?," perlahan Sarah menutup fail di atas ribanya. Kelihatan Mira tersengih-sengih macam tak cukup gigi.


"Saja," Mira dah melabuhkan punggung di sisi Sarah. Pandangan meliar di sekeliling bilik Sarah yang tersusun rapi segala barangan. Mira kalih pandang ke wajah Sarah. Pandangan Sarah masih tertancap pada wajah Mira yang kelihatan ceria.


"Apasal ni? Nak minta apa kat akak?," soal Sarah. Mira yang sejak tadi masuk asyik tersengih panjang je. Tak nampak macam nak cakap benda yang penting pun.


"Akak tak nak kahwin ke?," soal Mira selamba. Wajah Sarah tidak beriak. Lepas hal pinangan Khairul dia tidak pernah terfikir lagi nak kahwin dalam masa terdekat ni. Mungkin belum tiba jodoh. Hanya itu difikirnya.


Soalan Mira dibiarkan sepi tidak berjawab. Dia kembali menyelak fail di tangannya. Nak fikir pasal nak kena buat summary ke, nak fikir pasal nak kahwin? Summary lagi penting... tolak tepi pasal kahwin dulu. Dia beralih pandang pada wajah Mira yang masih merenungnya.


"Akak nak study case... nak buat summary. Esok-esok la kita cakap pasal ni...okey...," soft refusal. Mira mendengus lembut. Baru ingat nak cungkil rahsia. Apa-apa yang tak dia tak tahu ke. Latest news ke. Caj berbayar ni, bukan saja-saja nak buat kerja-kerja ni.


"tolong abang dapat info terkini....," ucap Razin dalam telefon sebentar tadi.


Eceh, abang aku tu. Bukan main lagi... tapi nampak gaya macam Mira tak boleh nak tolong je. Kak Sarah macam takde mood nak bersembang, tambah pula fail gedabak atas riba dia dah nampak macam buah hati dunia akhirat. Mata tak lepas pandang kat setiap baris ayat yang tercatit atas kertas.


Minta maaf la abang Razin. Tak dapat Mira nak bantu malam ni.




*****





Comments

  1. amboi abang razin..
    nak takel kak sarah ye..
    bagi tau mak..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Cerpen: Lain di Mulut, Lain di Hati

JAMBANGAN bunga ros yang berada di atas mejanya itu dicapai. Tanpa melihat nama pengirim pun dia sudah boleh meneka, siapa pengirimnya. Terus dengusan tidak senang dilepaskan. Tanpa menunggu sesaat, jambangan bunga itu sudah terhumban ke dalam tong sampah di sudut bilik.             Huh! Apa dia fikir aku ni perempuan, nak cair kalau disogokkan dengan bunga. Kalau aku cakap benci, memang akan benci selamanya! rungutnya.             Serentak itu, pintu biliknya diketuk. Terjengul wajah Selina, setiausahanya.             “Encik Irfan, Puan Eryna nak jumpa.”             Sekali lagi dia melepaskan dengusan kasar. Tidak cukup dengan bunga yang merimaskan, sekarang, tuan punya badan pula muncul di depan mata. Ah, benci!             “Suruh dia balik! Saya tak nak jumpa dia.” Kuat dan lantang sekali suara Irfan sehingga begitu jelas buat pendengaran Eryna yang sedang duduk menunggu di luar bilik. Eryna tersentak. Riak wajahnya terus beruba

Cerpen: Hati ini [End]

BUNYI suara yang bertingkah dari ruang tamu mengkakukan langkah Ana di anak tangga terakhir. Dia yang turun ke bawah dengan niat untuk membasahkan tekak terkaku seketika. Tidak mahu menonjolkan diri di hadapan tetamu mama dan papa, tanpa berfikir panjang dia sudah memalingkan badan hendak bergerak ke atas semula. Namun sekali lagi, dirinya terus kaku di situ. Suara yang melaungkan namanya membuatkan badannya menjadi gementar secara tiba-tiba.             “Ana…” namanya dipanggil sekali lagi. Dia kenal suara itu. Terlalu kenal. Tetapi dia tidak mahu memalingkan wajahnya. Atas sebab apa, dia tidak pasti. Ikutkan sahaja kata hati.             Sentuhan di bahu membuatkan Ana tersentak. Pantas dia berpaling dengan wajah yang sudah berubah riak. Dia tidak suka dengan sentuhan itu. Sentuhan yang tidak menghormati dirinya sebagai seorang wanita muslim. Seketika mata mereka bertemu. Ana terkedu. Seakan tersedar dari mimpi… senyuman yang menghiasi

Cerpen: Dia yang aku cinta

Berdebar-debar rasanya saat menanti di ruang legar ini. Menanti kehadiran insan yang disayangi. Menanti saat yang ditunggu-tunggu selama ini. Disunting menjadi suri dalam hidup lelaki yang dicintai. Ah! Indah sungguh rasa…             “Tahulah nak tunggu insan tercinta. Kut iya pun… tak perlulah tayang riak wajah teruja, yang terlebih perisa pulak!” teguran berunsur perlian itu hanya membuatkan dia menjeling manja.             “Biarlah!” balasnya dengan menyampah.             Tiada siapa pun tahu apa yang dirasainya selama dua tahun ini. Hidup berjauhan dengan insan yang memenuhi ruang hatinya. Sungguh menyeksakan jiwa dan raga sahaja!             “Akak…” panggilan itu membuatkan dia melepaskan dengusan manja.             “Apa?!” soalnya geram. Geram saat khayalan indahnya dicantas dengan kejam. Sedangkan, hanya itu yang mampu dilakukan di saat ini.             “Tu…” mulut si adik sudah memuncung ke satu sudut.             Matanya turut berlari mencari. Seketika dia