Skip to main content

klik [2]

Bab 6
“LATIFAH HASNAN,” namanya disebut lembut. Dituruti dengan sejambak bunga mawar merah. Pah mendengus geram. Lelaki tak faham bahasa, dah aku tak suka, masih mahu datang juga.
            “Jom, lunch dengan saya hari ni,” ajakkan yang dituruti bersama senyuman mesra. Pah menjeling tajam.
            “Sorry la, saya banyak kerja hari ni,” balasnya dingin. Hafiz hanya tersenyum sinis. Tahu sangat dengan sikap Pah yang suka sangat mengelak setiap kali dia mempelawa.
            “Takkan banyak kerja, sampai kena skip lunch?,” soal Hafiz tidak puas hati.
            Pah makin panas. Dah orang menolak, maknanya orang tak berminat. Lagi mau paksa ke?! Ikutkan rasa hati, nak saja dia menyembur si anak Tengku ni dengan ayat pedas-pedas. Tapi kerana rasa hati yang bimbang, disabarkan dan dirasionalkan segala tindakan yang hendak diambil.
            “Saya boleh makan, bila-bila yang saya nak makan. Tengku tak perlulah nak beria-ria ajak saya keluar lunch semua. Saya reti nak cari makan sendiri bila rasa lapar...,” tolaknya lagi. Renungan tidak puas hati dari Hafiz dibalas juga dengan jelingan tajam. Pandangan mata berkata-kata, ‘aku kata tak nak, tak naklah!’.
            “Saya ikhlas nak ajak awak lunch… awak ni kenapa asyik mengelak dari saya je. Tak suka saya ke Pah? Apa yang saya dah buat kat awak sampai awak sombong sangat dengan saya ni?,” Hafiz masih tidak mahu mengalah. Pah tidak menjawab, sebaliknya dia terus saja bergerak ke arah mikroskop untuk melihat dengan lebih jelas spesimen yang berada dalam tangannya. Mungkin dengan cara ini, Hafiz akan merasa bosan dan terus akan meninggalkannya sendirian dalam lab.
            Namun, lain yang disangka, lain pulak yang terjadi. Hafiz terus saja menarik pergelangan tangan Pah. Refleks membuatkan Pah menarik tangannya pantas. Geram diperlakukan sedemikian. Geram dengan Hafiz.
            “Apa ni Tengku?!,” soal Pah marah. Merah mukanya menahan marah. Ini sudah lebih, suka-suka hati dia sahaja nak tarik-tarik tangan aku.
            “Stop calling me Tengku!,” suara Hafiz ikut naik tinggi. Dia turut merasakan kepanasan di dalam makmal itu. Panas dengan sikap dingin yang terus-terusan ditunjukkan Pah. Apa salahnya kalau Pah menerima baik huluran persahabatannya. Tetapi, dia bukan setakat nak bersahabat, apa yang dipintanya lebih dari itu.
            “Dah nama awak Tengku, saya panggil Tengku la… takkan nak panggil Raja pulak!,” balas Pah sinis dan selamba. Gangguan yang akan menyebabkan dia lewat habiskan kerja sudah tiba. Sudahlah dia perlu submit laporan dalam minggu ni, tambah pula ‘orang gila’ asyik ganggu. Macam mana aku nak selesaikan kerja secepat mungkin? Kenapa makhluk Allah ini tak pernah nak faham.
            Hafiz cuba menenangkan fikirannya. Dia tahu Pah marah. Dia juga tahu, ini bukan cara terbaik untuk memenangi hati Pah. Tapi, dia buntu. Apalagi yang harus dilakukan untuk memenangi hati Latifah Hasnan. Dia bukannya lelaki yang tak cukup pakej, semuanya dia ada. Tapi, apa yang masih kurang di mata Pah.
            “Pah…,” suaranya sudah lembut. Perlahan dia menghampiri Pah. Pah terasa cuak. Dipandang sekelilingnya, tiada sesiapun di situ. Kak Yati pula off hari ini. Ya Allah, janganlah dia buat yang bukan-bukan pada aku! Doanya dalam hati.
“Awak jangan dekat dengan saya...,” bergetar suara Pah menuturkan kata. Hafiz tersenyum kecil. Melalui nada suara Pah, dapat dia tafsirkan wanita itu pasti diburu resah.
            “Saya takkan buat apa-apa… saya kan sayangkan awak…,” tutur Hafiz lagi, lembut. Namun, pada pendengaran Pah, ia hanya memualkan. Sayang, oh tidak!
            “Awak nak apa ni Tengku?!,” soalnya geram. Hafiz tersenyum. Pucuk dicita, ulam mendatang.
            “Just call me sayang la dear… tak lama lagi kan kita nak kahwin….,” argh!!!! Pah terasa hendak menjerit kuat saat itu jugak. Kenapa Hafiz berkelakuan macam ni. Peluh memercik di dahi Pah. Tangan Hafiz menghampirinya. Serentak itu kedengaran pintu ditolak dari luar.
            “Hafiz… buat apa kat sini?,” suara kak Yati. Pah bertahmid dalam hati. Syukur Ya Allah.
            Hafiz kelihatan terpinga-pinga. Namun pantas sekali dia mengawal riak wajahnya. Dia melemparkan senyuman buat kak Yati yang masih menanti jawapan.
            “Saja, datang nak kacau Pah…,” balasnya sambil tersenyum nakal. Sempat dikenyitkan mata buat pandangan Pah. Pah terasa mual.
            Kak Yati pula dah tersenyum-senyum.
            “Oh, rindu dengan buah hati ye. Sorry la akak kacau daun,” Pah rasa tercekik mendengar ucapan selamba kak Yati. Kalaulah kak Yati tahu betapa syukurnya hati ini kerana kak Yati sampai tepat pada waktunya. Boleh pula dia kata, kacau daun. Tawa Hafiz bertambah mengocakkan ketenangan jiwa Pah. Mungkin dia suka apabila kak Yati mengungkapkan perkataan buah hati. Oh, untuk pengetahuan kau Hafiz, aku langsung tak suka!
            “Tapi buah hati saya ni, jual mahal sangatlah kak Yati….,” balas Hafiz mesra. Suka benar rasanya apabila Pah dilabel sebagai buah hatinya. Kalau boleh biar semua tahu bahawa Pah itu hanya akan menjadi miliknya. Kata-kata Hafiz mendapat sambutan dari kak Yati.
            “Perempuan Hafiz, kenalah mahal. Kalau murah sangat, mana lelaki nak hargai. Betul kan Pah?,” disoal Pah pulak. Pah sekadar menjungkitkan bahu. Malas nak komen. Pokok pangkalnya, aku memang takkan suka pun dengan Hafiz ni! Kenapa tak ada siapa pun yang nak faham.
            “Akak bukan cuti ke hari ni?,” soal Pah, mengalihkan topik. Kalau terus-terusan berbincang mengenai topik dia dan Hafiz, memang akan membangkitkan rasa tidak senang di hati, jadi baik tak perlu cakap apa-apa.
            “Cuti.. datang hospital kejap, tu yang nak ambil barang,” jelasnya sambil mencari-cari barang yang nak dibawa pulang.
            “Akak datang sorang ke?,” soal Pah lagi. Dia sedaya upaya nak menimbulkan rasa bosan di hati Hafiz.
            “Dengan suami akak la… dia tengah tunggu kat bawah tu. Ha… Pah, tak turun lunch ke, kan Hafiz dah ada depan mata ni,” soalan yang kembali tidak menyenangkan hati Pah. Yang nak dielak, itu jugak yang muncul. Hafiz tersenyum. Seronok dia ada penyokong.
            “Jomlah, kita makan sekejap je. Saya janji, tak lama,” pujuknya bersungguh-sungguh. Pah merenungnya dengan pandangan tidak berminat. Aduh, apa nasib hari ni!
            “Pergilah Pah… sesekali makan dengan buah hati apa salahnya,” kak Yati turut masuk lorong memujuk Pah. Makin lebar senyuman Hafiz.
            “Jomlah Pah….,”
            “Pergilah Pah….,” suara kak Yati dan Hafiz silih berganti memujuknya. Aduh! Pah bosan. Bosan dengan suara yang mendesaknya. Kenapa manusia ni suka sangat dengan sikap memaksa-maksa orang. Biarkan aku dengan kerja aku. Bukannya aku ganggu perut dia pun! Hatinya membentak keras. Apa alasan yang hendak dicipta supaya dirinya dapat mengelak dari Hafiz.
            Tiba-tiba teringatkan perbualannya dengan Eja. Kau doa la banyak-banyak bagi prince Charming kau muncul cepat sikit. Baru si Hafiz tu takkan berani nak kacau. Bilalah nak muncul prince charming aku ni… takkan dia tak dapat hint, yang aku selalu kena ganggu dengan makhluk tak faham bahasa ni! Dalam hati, Pah pun dah turut berharapkan yang bukan-bukan. Dalam keadaan macam ni, macam-macam boleh muncul di benak fikiran.
            Deringan telefon menyentakkan lamunannya. Telefon aku. Dia buat tidak peduli pada Hafiz yang masih setia menanti, juga pada kak Yati yang masih sibuk dengan misi pencariannya.
            Tangannya pantas mencari-cari handphone yang diletak dalam beg sandangnya. Mana pula handphone ni, bunyi semakin kuat, tapi handphone tak jumpa-jumpa. Sempat juga dikerling ke arah Hafiz yang tekun memerhatikannya. Ah, gasaklah! Malas aku nak layan kau.
            Dah jumpa. Soraknya gembira dalam hati apabila tangan dah capai handphone. Namun, deringan sudah mati. Kekecewaan muncul kembali dalam hati. Baru tadi ingat nak buat drama ala-ala orang ajak dia pergi lunch. Sudah tak menjadi la pulak.
            Diangkat pandang ke wajah Hafiz. Takkan aku kena lunch jugak dengan mamat ni? Oh, tidak mungkin sama sekali.
            Deringan muncul lagi dari telefon bimbitnya. Pah tarik nafas lega. Mujur masih ada peluang untuk reka cipta drama. Dilihat ke arah skrin, ‘Adam Fotografi’. Ah, nasiblah siapa pun. Punat hijau ditekan. Salam bersambut.
            “Saya dah prepare schedule, nanti awak bagi e-mail, saya send. Kalau ada mana-mana waktu yang awak tak boleh, awak ubah, then send balik pada saya…,” lancar Adam menuturkan kata.
            “Ok,” sepatah Pah menjawab.
            “Awak tengah buat apa Pah?,” soalan Adam dah menyimpang. Pah sengaja mengukir senyuman. Ya Allah Pah, sejak bila aku apply jadi pelakon hebat ni.
            “Apa, nak ajak saya lunch? Ok…no problem,” Adam terkaku di talian. Apa yang Pah merapu ni! Dah mereng ke minah ni…
            “Pah, bilanya saya ajak awak lunch?,” Pah tidak pedulikan soalan dari Adam. Yang penting dia harus meloloskan diri dari Hafiz. Itu yang penting.
            “Apa…you dah ada kat bawah. Ok, sekarang juga I turun…,” Adam makin pening. Bawah apanya, aku tengah elok duduk dalam office kat Shah Alam.
            “Pah… awak ok ke?,” soal Adam pelik. Pah hanya mengucap panjang dalam hati. Tak apa, nanti boleh explain pada Adam, tapi sekarang peluang keemasan untuk aku escape. So, jom cabut. Pantas tangannya mencapai handbag. Barang-barang semua, dibiarkan sahaja macam tu. Malas nak kemas. Talian dimatikan tanpa sebarang kata. Lab kot dibuka dan digantung di tempat biasa.
            “Saya kena pergi, ada orang dah tunggu,” tanpa menunggu lama terus dia meninggalkan lab. Hafiz terpinga-pinga. Dia cakap telefon, tersenyum sorang-sorang, lepas tu, terus cabut. Siapa dalam telefon tu? Argh! Tiba-tiba dia berasa tergugat. Sudah ada pesaingkah dia. Aku takkan lepaskan Pah. Walau apapun yang terjadi.
            Kak Yati yang berada di antara mereka turut merasakan pelik. Erk! Melihatkan wajah kelat Hafiz, dia tak nak masuk campur, nanti lain pula jadinya.

            “PAH,” Adam menghubunginya lagi sekali.
            “Sorrylah tadi saya dah confiuskan awak… saya terdesak nak larikan diri dari someone,” balas Pah menyelesaikan segala tanda soal yang bermain-main di kepala Adam.
            “Oh…,” Adam tertawa kecil. “Saya ingatkan apalah tadi yang dah jadi kat awak… hampir-hampir ingat awak dah gila!,” selamba sahaja Adam berkata dan ketawa. Namun Pah hanya mendiamkan diri. Tidak sedikit pun kedengaran tawa dari bibir itu. Adam tepuk dahi! Lupa yang aku tengah bercakap dengan cold hearted person. Mana dia nak reti ketawa. Senyum pun sekali-sekala.
            “Thanks. You call me at the right time,” lembut suara Pah menyapa pendengarannya. Aduh, Adam makin terpesona. Ini baru dengar suara melalui telefon. Kalau dia ada depan mata, apa pulak ceritanya. Makin longgar lutut aku jawabnya.
            “You are always welcome,” Adam tersenyum. Dalam diam, dia mengharapkan balasan senyuman Pah akan menyinggah di tubir matanya. Senyuman yang dapat memukau mata. Dalam sekelip mata juga, Suzana hilang dari bayangan.
            “Got to go. Assalamualaikum,” talian diputuskan. Adam mengeluh kecewa. Bukan senang nak cakap dengan dia. Nada hari ni, soft gila. Makin lemah jantung aku dibuatnya. Adam tersenyum sendiri. Pandangan ditala ke arah kalendar yang terletak elok di sudut meja. Garisan berwarna merah mendebarkan hatinya. Garis yang ditanda mengikut schedule yang akan dihantar pada Pah. Pertemuan dengan Pah yang akan berlangsung tidak lama lagi. Bolehlah aku tatap wajah yang indah tu puas-puas.
            PAP! Tepukan di bahu membuatkan dahi Adam berkerut menahan sakit. Tanpa melihat wajah pun, dia dah dapat mengagak siapa gerangan budiman yang melibas bahunya. Wajah Faizul yang tersengih bak kerang busuk menyapa pandangan matanya. Argh! Potong stim betul. Waktu-waktu aku nak berangankan Latifah, ada saja gangguan dari pak cik Fai ni. Benci!
            “Berangan jauh nampak!,” usik Faizul. Adam mencebik. Nak berangan apanya, kau dah masuk line. Masuk line? Otak Adam semacam kembali refresh. Bukan ke Faizul ada hasrat untuk masuk line Pah. Terasa kelat liurnya memikirkan perkara itu. Kerana itu juga dia bersetuju untuk bertemu kembali dengan Suzana. Hal untuk break pun terkubur macam itu sahaja sebab dalam fikirannya takkan nak berebut perempuan dengan teman baik sendiri.
            “Kau ni tak ada kerja ke?,” dia pula menyoal Faizul. Faizul yang segak sedang elok bersandar di mejanya. Tangannya pula sedang memegang mug. Mesti tengah minum Milo, desis Adam sendiri.
            “Kau ni… aku yang keluar dari tadi pagi, baru je jejak balik office ni, terus-terus je kau cakap aku tak ada kerja ke.. memang tak patut betullah. Kau sorang je nampak macam pekerja berdedikasi, aku tak!,” balas Faizul seolah berjauh hati. Adam pandang pelik. Apa hal pulak yang pak cik tua Bangka sorang ni nak merajuk dengan soalan macam tu.
            Adam tersenyum kecil. “Yang kau tiba-tiba nak merajuk ni kenapa? Aku tanya macam biasa je kan…,” Faizul menjelir lidah. Mode nak menyakat dah masuk. Sengaja nak buat-buat merajuk, walaupun nampak macam tak kena dengan gaya. Euuwww, lelaki yang macho macam aku, merajuk dengan member baik sendiri, apa rupanya? Mesti buruk benar!
           “Jom makan.. aku laparlah!,” tiba-tiba Faizul dah tukar mode. Dari merajuk, terus lapar. Adam terkedu. Lapar. Cakap pasal makan, terus je Pah muncul kembali dalam ingatan. Aduh, hati, tolonglah sabar. Tak lama lagi aku dapatlah jumpa dengan Pah. Sabarlah. Adam memujuk sendiri.
            Faizul perasan perubahan riak wajah Adam. Tapi kenapa, tak dapat nak dipastikan.
            “Kau ni kenapa? Macam ada masalah je aku tengok…,” soal Faizul concern. Adam sekadar menggeleng. Takkan nak cakap kat Faizul yang aku teringin nak tengok cik Pah tu sekarang. Right now!
            “Jomlah… aku pun dah lapar,” terus sahaja dia mengalihkan topik. Faizul hanya menurut, sementelah perutnya juga sedang berkeroncong hebat. Tidak menjamah apa-apa dari tadi pagi sebab berkejar ke lokasi yang dah ada dalam schedule. Lantas, beriringan mereka berjalan meninggalkan office.

            EJA melopong besar. Pah dah menjeling tajam. Sebab tak nak berjumpa dengan Hafiz, sampai ke Shah Alam larinya. Selamat sikit kat sini. Habis terbengkalai segala kerja aku. Semuanya sebab mamat tak faham bahasa tulah!
            “Kau ni Pah, agak-agaklah nak lari dari dia sekalipun, takkan sampai cari aku…,” Eja melepaskan tawa. Punyalah cuak Latifah Hasnan sampai lari ke Shah Alam. Aku macam nak ketawa setahun je rasanya.
            “Aku dah tak tahan nak duduk situ. Kak Yati pulak dah join seangkatan dengan mamat tu, lagilah aku cuak. Nanti ditinggalkan aku berdua dengan si Hafiz tu, siapa nak tolong aku. Dah la hari ni dia react semacam je, takut tau tak…,” Pah meluahkan resah yang bertandang di hati. Mana tak takut, dalam lab yang bertutup tu, ah, tak dapat nak dibayangkan kalau apa-apa yang buruk berlaku. Bukannya ada orang yang akan tahu, sebab masing-masing sibuk dengan tugas sendiri.
            Tangannya dicapai Eja. Genggaman diperketatkan. Eja menghadiahkan senyuman buat pembekal semangat.
            “Jangan risau ok,” ucap Eja cuba mehilangkan resah di hati Pah. Wajah Pah yang sangat cuak itu turut meresahkan jiwanya. Semakin tidak tenang rasanya. Kalau dia dekat dengan Pah, tak apalah jugak. Tapi, mereka bukannya bertugas di bawah satu bumbung pun. Mata Pah bersabung dengan matanya, Eja makin tidak senang dengan renungan itu. Pah bukanlah gadis yang lemah. Tapi kenapa hari ni dia lain sangat.
            “Hei!!! kenapa kau ni? Jangan buat aku risaulah. Tengok muka kau ni… risau aku tengok ni Pah…janganlah react macam ni,” pujuk Eja. Sebenarnya dalam hati, dia pun ikut sama rasa cuak. Dia cakap sahaja nampak berani, sedangkan pada hakikat dia lagilah pengecut dari Pah. Pah memang berani pun.
            “Aku nak tukar tempat kerjalah!,” takkan sampai macam tu sekali.
            “Pah… bukan senang nak tukar. Kau lupa ke, kau kan ada perjanjian kontrak dengan HUKM,” Eja cuba mengingatkan Pah. Takut-takut dia terlupa. Dulu time study dapat biasiswa, UKM yang support, sekarang ni kenalah berkhidmat sampai tamat tempoh kontrak. Aduh, kesian pulak aku tengok my lovey dovey Pah ni. Tak pernah tengok muka Pah seteruk ni.
            Keluhan dari bibir Pah kedengaran jelas dipendengarannya. “Tak apalah. Aku nak balik dulu,” balas Pah dengan wajah tak beriak kembali. Eja merenungnya dalam.
            “You sure, you will be okay?,” soalnya meminta kepastian. Pah mengangguk. Eja masih tidak puas hati.
            “Cuba senyum sikit bagi aku relief tengok muka kau ni…,” pujuk Eja lembut. Pah maintain muka kayu. Eja geram.
            “Senyumlah!,” ugutnya. Demi Eja, Pah tarik bibir mengukir senyum segaris. Sekejap sahaja. Namun itu pun sudah cukup membuatkan Eja tersenyum puas. Lega sikit rasanya.
            “Aku balik dulu,” ucap Pah tetapi genggaman tangan Eja masih belum melepaskan tangannya. Keningnya terangkat. Takkan tak nak bagi aku balik pulak.
            “Jom, aku hantar sampai kereta,” ditarik tangan Pah menurut langkahnya. Pah tersenyum kecil. Senyum ikhlas melihat aksi teman baiknya yang berusaha keras untuk melindunginya. Aku sayangkan kau, Eja.
            “Aku pun sayangkan kau Pah,” balasan dari Eja membuatkan Pah terkebil-kebil.
            “Kau ambil mantik ke dulu tanpa pengetahuan aku?,” soalan Pah, dibalas dengan senyuman selamba dari Eja. Pah sekadar merenung Eja dengan pandangan tidak percaya. Bahaya!


Bab 7
“BILA kau nanti start buat photoshot dengan Pah?,” soalan yang meniti bibir Faizul membuatkan Adam tidak senang duduk. Hatinya kembali berdetak hebat. Kenapa dan sebab apa aku perlu cemburu bila orang lain bertanyakan Pah? Dia cuba untuk mengusir jauh-jauh perasaan cemburu yang tidak diundang itu. Dia tidak berhak. Dia amat jelas tentang perkara itu, tetapi apakan daya, hati ini seolah tidak mahu memahami hakikat hidup.
            “ Kalau tak ada apa-apa masalah, next week rasanya,” balas Adam seringkas mungkin. Debaran di hati tidak dapat dibendung. Nasi yang begitu menyelerakan tadi turut terasa kelat di tekaknya.
            “Kau dah bagi tahu dia… or nak aku tolong inform?,” soalan Faizul membuatkan Adam makin tidak tentu arah.
            “Err... kau nak inform?,” Adam soal kembali. Faizul mengangguk.
            “Yela, aku boleh saja nak tolong inform,” balas Faizul selamba tanpa mengesyaki sebarang perubahan di wajah Adam.
            “Tapi aku dah call dia tadi minta dia message alamat e-mail. Senang aku nak send schedule photoshot,” jawab Adam dengan gelebah. Faizul mula menangkap sesuatu yang tidak kena dengan nada suara Adam.
            “Kau ni kenapa? Gabra semacam je aku tengok…,” soalnya sambil membelek wajah Adam dengan tekun. Baru juga dia perasan, Adam telan nasi dalam pinggan macam terpaksa. Aik! Takkan dah tak lalu, tadi punya beria-ria buat pesanan hidangan ni.
            “Kau tak kisah ke aku contact dengan Pah?,” soal Adam dengan lurus. Faizul mula menayang wajahnya yang sangat pelik dengan soalan yang diajukan oleh Adam. Kenapa aku perlu kisah-kisah kalau dia contact Pah? Kenapa pak cik Adam boleh tanya soalan dengan gaya yang sangat bendul ni…
            Mata Faizul tidak sedikit pun beralih dari wajah Adam yang tertunduk menekur nasi di pinggan. Aiseh… banyak pelik la ini Adam. Apa pasal pulak dah?
            “Kau ni kenapa? Tanya soalan pelik-pelik dengan aku. Kau contact jela dengan Pah, kenapa perlu aku kisah… bukannya dia tu bini aku pun…,” balas Faizul selamba.
            Jawapan yang membuatkan semangat Adam bangkit sedikit demi sedikit. Matanya bersinar-sinar. Wajah Faizul ditenung lagi. Faizul pula menelan liur.
            “Yang kau tenung macam nak mengurat aku ni apa hal pulak dah?,” Faizul menyoal pula. Gaya renungan semacam dari Adam membuatkan dia terasa lain. Erk! Lain… macam pelik pulak ayat ni. Aku bukan gay! Disebut-sebut ayat itu dalam hati.
            “Kau betul tak kisah aku berhubung dengan Pah?,” Faizul melepaskan keluhan kecil. Soalan yang sama lagi meniti bibir Adam.
            “Wahai encik Adam Fahmi anak Tuan Shahir, kau ni kenapa? Pelik sangat aku tengok hari ni… dan kenapa pulak aku nak kena kisah kau berhubung dengan Pah… dia tu bukan bini aku! Ada faham brader?,” Faizul menuturkan kata sambil menekankan perkataan bini itu kepada Adam. Entah apa yang bermain di dalam fikiran Adam, dia tidak dapat hendak mengenal pasti.        
            “Err… tapi… hari tu…,” Adam masih lagi dengan nada gabra. Bercakap pun dengan gaya tersekat-sekat.
            Faizul diam. Hari itu? Dia diam dan berfikir sejenak. Aku ada cakap something ke dengan dia ni. Ada apa dengan hari itu? Faizul mengecilkan biji mata, berfikir dengan tekun. Hari itu… aha! Dia sudah ingat. Hari lunch dengan Pah. Idea nak tackle Pah. Penipuan semata-mata yang direka untuk main-mainkan perasaan si Adam Fahmi. Tak sangka dia ambil serius dan masih ingat tentang perkara tu.
            Wajah Adam yang kelat di hadapannya ditenung sekilas. Spontan akal mula berfikir jahat, bibir turut mengukir senyuman nakal. Aku nak gelak guling-guling tengok pak cik kasanova tiba-tiba dengan baiknya minta permission nak contact a lady dengan aku.
            “Aku tau hari tu…,” Faizul mula menyusun ayat. Fikiran nakal sudah mula menjalar… “dia memang bukan bini aku… tapi kau cuma nak berurusan dengan dia sebab hal kerja kan… takkan aku nak halang kot. Professional la bro! Aku takkan nak menyekat kerjaya orang yang tersayang kot…,” perkataan tersayang ditambah untuk menaikkan lagi seri ayat yang diucapkan. Faizul sudah tersenyum lebar melihat perubahan ketara di wajah Adam.
            “Kau dengan dia dah….,” ayat tergantung dari Adam. Faizul tersenyum sendiri. Tidak mahu menjawab lebih-lebih. Biarkan saja Adam dengan tafsirannya. Seronok pula main-mainkan mat romeo ni…
            “Tahniah…,” spontan Adam mengucapkannya. Faizul senyum lagi. Separuh hatinya seronok memainkan Adam, namun separuh lagi kasihankan jejaka itu kerana sering tidak pasti dengan rasa hatinya sendiri. Bilalah kau akan berjumpa dengan si dia? Aku doakan yang terbaik untuk kau Adam Fahmi…

            AL-QURAN KARIM diletakkan kembali ke atas rak buku setelah selesai membacanya. Semoga apa yang dibaca akan menjadi amalan dan pembimbing di kemudian hari. Itulah doa yang sering dialunkan setiap hari. Jam di dinding dilihat sekilas pandang. Jarum panjang sudah mencecah jam sembilan malam. Telekung dibuka dan disimpan di tempat biasa.          
            Langkah diatur keluar bilik. Kedengaran bunyi televisyen. Mungkin Eja sedang menonton apa-apa rancangan bersiri. Eja memang minat dengan rancangan sebegitu. Berbeza dengannya yang lebih gemarkan drama pendek yang dapat ditamatkan dalam tempoh sejam atau dua. Tidak sanggup rasanya nak layan serial lama-lama. Kalau yang jenis tayang hari-hari tak apalah juga, kalau seminggu sekali. Aduh! Jenuh nak menunggu.
            Sebelum ke ruang tamu, dia singgah ke dapur dulu menyediakan minuman buat mereka berdua. Sempat juga dia mengintai sama ada Eja sudah menyediakan minuman atau tidak.
            “Nah…,” hulurnya pada Eja yang sedang khusyuk dengan dramanya. Spontan Eja mengangkat wajah. Melihatkan mug di tangan Pah, terus saja dia melemparkan senyuman manis.
            “Ala my sweetheart… thank you so much la…,” Eja tersengih-sengih sambil mencapai mug dari huluran Pah.
            “Oh, mentang tolong buatkan air… sweetheart la ye! Tadi aku dengar… kau bukan main ber‘sweetheart’ dalam telefon… dengan siapa tu Eja? Tak cakap pun dengan aku…”.
            Puhhh!!! Tersembur sikit milo yang telah dihirup oleh Eja. Nasib tidak tersembur di muka Pah. Eja tersengih bak kerang busuk. Pah dengarkah? Alamak, sudah kantoi ke? Tapi, takkan… aku rasa dah cover line kasi clear betul punya…
            “Sweetheart… siapa lagi, Mak Ton la…,” ucapnya sekadar menutup rasa resah di hati. Namun melihatkan pandangan Pah, nampaknya dia tidak pandai nak mereka alasan kali ini.
            “Macamlah aku tak kenal nada suara kau bila bercakap dengan Mak Ton… bukan sekali dua aku dengar… dah berkali-kali aku dengar… takkan aku tak dapat bezakan antara Mak Ton dengan orang lain kot…,” Pah masih lagi dalam mode mencungkil rahsia. Walaupun wajahnya tidak mempamerkan sebarang riak. Namun nada suaranya kedengaran seperti hendak menyakat.
            Eja masih dengan sengihannya. Pah pula maintain muka kayu. Eja mengetap bibir. Macam mana nak mulakan cerita, saat pertemuan, detik perkenalan… Aduh! Gelabah la pulak aku ni…
            “Cerita jela macam biasa. Kau ni, jangan la buat macam aku ni anti-sosial sangat… sampai dah ada special friend pun tak nak bercerita… sampai hati kau Eja…,” nada suara Pah seolah-olah merajuk. Eja mengetap bibir lagi. Alamak! Bukan nak Pah merajuk… cuma tak tau nak cerita dari mana…
            “Pah, janganlah salah faham… aku memang nak cerita… tapi awal sangat. Segan pun ada…,” Eja sudah tersipu-sipu malu di situ. Pah menahan senyum, tetapi terukir juga senyuman nipis di wajah kebal itu.      
            “Siapa?,” soal Pah lembut. Eja senyum, malu-malu kucing.
            “Siapa Eja…,” masih lembut tone Pah. Eja pun masih bereaksi yang sama. Segan-segan kucing.
            Pah dah mula menjeling. Aku tanya lembut-lembut, dia asyik tersipu-sipu pulak. Karang suara aku naik, jangan terkejut pulak…
            “Siapa Eja??!!,” naik terus tone Latifah Hasnan.
            “Faizul Sulaiman…,” hah! Habis terpadam semua keayuan Eja. Pah dah melopong. Biar betul mak cik Eja ni!
            “Faizul…,” sebutnya tidak percaya. Pah cuba memikirkan logik perhubungan itu. Kemalangan kereta ada berlaku dalam tiga minggu sudah. Cepatnya progress hubungan orang utara ni.
            “Cepatnya dia make move…,” komen Pah. Eja tersenyum kecil.
            “Dia dah cakap dengan Mak Ton jugak,” ayat yang diucapkan Eja semakin membulatkan mata Pah.
            “Seriously???,” soalnya tidak percaya.
            “This is more than serious my dear… he really show the effort, yang dia betul-betul dia buat aku jadi teman hidup dia…,” ucap Eja dengan senyuman manis. Berseri-seri wajah yang manis itu.
            “Within 3 weeks kau kenal dia… kau yakin ke Eja?,” soal Pah ragu-ragu. Bukan dia tidak suka, tetapi itu merupakan kehidupan sahabat baiknya, teman dunia dan akhirat. Mestilah dia harus pastikan Eja meniti kehidupan yang terbaik.
            “Pah… jangan risau… HE knows the Best… InsyaAllah, yang ini adalah yang terbaik untuk aku…,” jawab Eja yakin dengan pilihannya. Tangan Pah dibawa ke dalam genggamannya.
            “ Kau jangan risaulah… Faizul akan jaga kawan kau ni baik-baik…,” tambahnya lagi apabila melihat Pah dengan raut wajah yang semakin risau.
            Pah melukiskan senyuman nipis. Rasa terharu pun ada. Eja sudah mula berfikirkan kehidupan yang lebih serius. Sudah semestinya dia akan melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi.
            “Bila kahwin?,” terus sahaja Pah menyoal. Eja melepaskan tawa kecil.
            “Mak Ton nak tunggu abang Long balik dari Jepun, lepas tu baru nak bincang pasal hal kahwin… mungkin dalam masa enam bulan lagi, abang Long akan balik… kena tunggu time tulah…,” ujar Eja tenang. Wajah Pah direnungnya dengan penuh minat. Entah apa yang dirisaukan oleh sahabatnya, dia tidak dapat mengagak.
            “Aku happy untuk kau… semoga berbahagia…,” ucapan ikhlas dari Pah terus-terusan menguntumkan senyuman di wajah Eja.
            “Kau bila pulak Pah?,” soal Eja cuba mengubah topik. Dalam masa yang sama hendak mengcungkil isi hati Pah.
            “Bila?,” Pah pura-pura bendul. Masakan dia tidak faham dengan soalan yang begitu mudah. Tetapi dia sengaja hendak mengelak kerana dia merasakan masih belum masanya.
            “Kura-kura dalam perahu, buat-buat tak tahu…,” kata-kata Eja tidak diendahkan. Dia terus saja mencapai gelas dan menghirup minuman. Jelingan tajam dari Eja tidak dipedulikan. Eja menjeling geram. Sengaja nak lari dari topik.
            “Aku ada jugak dengar-dengar…,” sengaja Eja meleretkan suara, nak mencuri tumpuan Pah. Mata Pah yang sedang fokus pada TV, tetapi Eja dapat memberi jaminan, mindanya bukan tertumpu pada siaran tersebut.
            Eja sengaja diam, hendak mendera perasaan Pah. Pah masih lagi setia menanti kata-kata yang bakal meniti bibir Eja walaupun dia berpura-pura fokus pada televisyen.
            “Eja… dengar apa?,” Eja tersenyum dalam hati. Menang!
            “Ada orang tu… tengah angau gila dengan kau…,” Eja tersenyum nakal. Pah sudah kelu lidah. Angau? Hafiz kah? Tidak mungkin…
            “Aku rasakan… prince charming kau, dah ada dekat sangat dengan kau Pah… cuma, kemungkinan besar… dia bukan taste kau…,” perlahan-lahan Pah mencerna ayat yang diucapkan Eja. Prince Charming ada dekat, tapi bukan taste aku… Siapa?
            “Kau ni kenapa cakap belit-belit… siapa prince yang angau tu?,” soal Pah tidak sabar. Sudahlah tak tahan kerenah Hafiz yang tengah angaukan dirinya, ini insan baru mana pulak?
            “Sudah semestinya bukan Hafiz… yang itu saja aku boleh bagi tahu dengan pasti…,” ucap Eja lalu mengangkat punggung dari situ.
            Pah makin terdera fikirannya. Bukan Hafiz? Dah rasa lega bertandang di hati, tapi siapa? Otaknya seolah-olah tersekat buat waktu itu. Tidak mampu untuk berfikir dengan lebih jauh. Bukan taste aku... apa yang boleh jadi bukan taste aku? Pah berfikir dengan begitu khusyuk sekali tanpa menyedari ada bibir yang sedang mengukir senyuman di sebalik pintu bilik melihatkan aksinya itu.
            Fikirlah Pah… Semoga kau dapat fikirkan siapa yang kau nak spend the rest of your life. Aku doakan yang terbaik untuk kau…


Bab 8
NAFAS lega dihembuskan setelah semua tugasannya telah berjaya diselesaikan tepat pada masanya. Terasa ringan kepalanya buat saat itu. Sepanjang minggu ini terasa berat saja fikirannya dengan bermacam-macam hal. Akhirnya, semua sudah selesai.
            "Dah habis kerja Pah?," mendengarkan suara itu, Pah mengangkat wajah. Spontan bibirnya melukiskan senyuman yang manis.
            "Settled!".
            Kak Yati terkaku di tempat berdirinya. Wah! Buat pertama kalinya, dia melihat senyuman manis Pah. Itu bukanlah sesuatu yang biasa baginya. Ia antara perkara yang luar biasa kerana jarang-jarang terjadi. Renungan terus-terusan dari Kak Yati, membuatkan Pah berasa pelik. Keningnya berkerut sedikit.
            "Why? Anything weird here?," soal Pah sambil matanya ligat menjeling-jeling ke arah sekeliling. Mana tahu, mungkin ada 'sesuatu' yang terlepas masuk dalam lab yang dihuni oleh mereka. Matanya kembali fokus pada Kak Yati yang masih tidak bergerak dari tempatnya. Keningnya dijungkit sedikit bertanya.
            Isyarat berbalas isyarat. Kak Yati mengukirkan senyuman di wajahnya menggunakan jari lalu ibu jari dinaikkan tanda bagus. Dia benar-benar suka kalau Pah selalu tersenyum manis begitu. Tapi pada hakikat yang sebenarnya, senyuman Pah terlalu mahal harganya. Terlalu sukar untuk melihatnya. Bila dah sekali-sekala tengok macam ni, terasa sejuk saja mata yang memandang.
            Pah melarikan jari di bibir. Dia tersenyum nipis. Patutlah Kak Yati terkaku macam tengok hantu. 'Agaknya buruk benar senyuman aku. Maklumlah, orang tak biasa senyum. Apalah ilmu yang kau aplikasi ni Pah. Sunnah Nabi S.A.W mengajar kita untuk senyum, sebab senyuman itu satu sedekah. Tapi kau... terlalu kedekut sangat nak laksanakan tuntutan itu. Kau sepatutnya malu'. Suara hati Pah berbisik keras.
            "Kak Yati... kenapa? Buruk sangat ke saya senyum?," soalan itu meniti juga bibir Pah. Wajahnya sudah kembali normal. Kembali tidak beriak. Gelengan laju dari Kak Yati membuatkan bibirnya tersenyum nipis.
            "Ada pulak cakap buruk, tau tak... sikit punya lawa Pah senyum... Lain kali senyumlah selalu Pah... nampak manis. Mata yang memandang ni rasa tak nak toleh ke tempat lain dah... sejuk saja rasa hati...," ucap Kak Yati bersungguh-sungguh. Mana tahu, boleh influence Pah untuk terus tersenyum selalu selepas ini. Itu lebih bagus daripada wajah serius Pah tanpa sebarang riak. Wajah yang tidak berperasaan, the best word to describe Pah.
            Pah hanya tersenyum nipis mendengar ulasan dari Kak Yati berkenaan senyuman di wajahnya. Kalau selalu sangat tersenyum, parahlah begini. Aku bukan jenis yang suka senyum ikut suka, dengan semua orang nak kena tersenyum mesra. Itu bukan Pah namanya.
            "Nak balik dah ke?," soal Kak Yati apabila Pah terus berdiam diri tidak memberi sebarang respon.
            "Nak balik dah... nak balik Hulu Langat terus," mendengarkan jawapan Pah, Kak Yati tersenyum. Teringatkan cerita yang dikongsi oleh Pah tempoh hari.

"Jaga hati ibu dengan abah ye...," Pah mengangguk kecil. Sebagai anak, dia perlu menjaga hati ibu dan abahnya. Dia terlalu mengharapkan mereka memahami jadual waktunya yang terlalu sibuk, tapi dia tidak fikirkan tentang perasaan mereka yang perlu menanggung rindu kerana tidak dapat meluangkan masa dengannya.
            "Pah nak jadi anak yang baik kak... Pah dah banyak sakitkan hati dia orang. Asyik kerja saja tak ingat dunia, sampai ibu dengan abah pun dah terabai...," luah Pah dengan nada terkilan.
            Dia akan cuba berusaha melakukan perubahan yang terbaik. Cuba untuk menjadi anak yang terbaik. Dalam surah Luqman juga ada berpesan supaya anak-anak berbakti pada ibu dan bapa mereka. Berbakti bukan setakat mengirimkan wang belanja bulan-bulan, berbakti dengan mencurahkan kasih sayang, sama seperti mereka membelainya dengan kasih sayang pada waktu dia masih belajar bertatih untuk mengenal apa itu erti sebenar dunia...
            "Macam tulah yang terbaik Pah. Mak dengan bapa selalu ingatkan anak-anak, tapi anak-anak... tak tahulah berapa detik dalam sehari dia ingatkan mak dengan bapa dia... buat baik selagi mereka ada saja. Nanti kalau tak sempat... menyesal tak sudah...," perlahan saja suara Kak Yati namun masih jelas di pendengarannya.
            Terkesan ayat itu di hati Pah. Wajahnya diraup perlahan. Buat baik selagi mereka ada saja, nanti tak sempat, menyesal tak sudah. InsyaAllah... Pah akan cuba jadi anak yang terbaik untuk ibu dan abah.
            Pah bangun dari tempat duduknya. Dikemaskan segala peralatannya yang berterabur atas meja. Kertas-kertas yang tidak digunakan dicapai. Matanya meneliti satu-persatu, mungkin ada yang perlu disimpan. Yang tak perlu, masuk dustbin. Semuanya dah tak perlu simpan, pantas saja tangannya merenyukkan kertas-kertas tersebut. Selesai!
            "Kak Yati... Pah balik dulu...," ucapnya sambil mencapai beg tangan di sudut meja. Dalam masa yang sama, matanya menangkap sekilas kertas yang terletak elok di atas printer. Kertas apa? Takkan ada helaian yang tertinggal? Soalnya sendiri.
            Kertas tersebut dicapai. Spontan mulutnya terbuka kecil. Aduh! Macam mana boleh lupa. Dahinya ditepuk perlahan. Hisy! Seronok sangat fikir nak jumpa ibu dengan abah... sampai terlupa pasal seseorang.
            "Kenapa Pah?," soal Kak Yati yang masih berada di situ.
            "Tak ada apalah kak... Pah gerak dulu. Assalamualaikum," terus saja Pah berlalu, sempat juga dia melipat kertas yang sehelai itu dan dimasukkan dalam poket beg tangan. Aku kena balas cepat. Kesian dia dah lama menunggu.
            Telefon bimbit dicapai, laju saja tangannya menaip pesanan. Pesanan buat si Eja.
            Aku balik Hulu Langat. Kalau nak join, drive trus ke situ saja. :)
            Send.
            Langkah kaki diayun pantas, sepantas jarinya yang masih setia menekan kekunci telefon bimbit.
            Saya akan reply schedule tu secepat mungkin. Sorry to keep u waiting.
            Butang ditekan, continue. Contact looks up, laju jemari scroll down butang telefon bimbit mencari nama itu. Dah jumpa. Sepantas kilat juga butang send ditekan. Tanpa disedari juga, bibirnya mengukir senyuman lega.

            DIA tersenyum sendiri sambil matanya tidak lepas-lepas merenung skrin handphone. Sebentar tadi, handphone berkelip-kelip dengan irama Nokia. Pada mulanya handphone dicapai dengan malas-malas kerana kerja editing belum selesai. Dalam fikirannya, mungkin Suzana yang menghantar pesanan ringkas. Mungkin juga dia hendak berjumpa.
            Namun, melihatkan nama yang tertera di skrin, terus sahaja senyuman lebar tersunging di bibir. 'Pah'. Laju juga jemarinya menekan butang read. Pesanannya biasa-biasa saja, tetapi mampu melonjakkan kegembiraannya.
            Argh!!! Dia mengeluh sendirian. Kenapa aku boleh jadi sekejam ini? Kalau mesej dari Suzana belum tentu dapat menyenangkan hati walaupun mesej-mesej yang dikirim oleh gadis itu terselit rasa kasih dan sayang buatnya. Tetapi, berlainan pula dengan Pah, yang langsung tidak mempunyai apa-apa hubungan jiwa dengannya... mampu membuatkan diri ini mengorak senyuman hingga ke telinga.
            Kenapa? Begitu kuat tarikan Pah... sedangkan belum tentu gadis itu akan memandangnya dengan sebelah mata sekalipun. Dia dan Pah umpama langit dan bumi. Bak kata Faizul... Kau? Jauh panggang dari api...
            Wajahnya diraup kasar. Faizul lebih baik darinya. Dia lebih berhak memiliki Pah. Cerita dari Faizul tempoh hari menguatkan lagi andaiannya. Lelaki itu benar-benar bersungguh untuk menjadikan Pah sebagai suri hidupnya.
            "Mak Jah dah cakap okay. Dia kata...perfect!," ucap Faizul dengan wajah yang girang. Seronok nampaknya kerana kekasih hati telah diterima oleh ahli keluarga. Kata-kata Faizul pada petang kelmarin masih terngiang-ngiang di telinga.
            "Berapa lama kau nak jadi macam ni? Kau sure tak dengan siapa yang kau sayang... dengan siapa yang kau bina keluarga bahagia?," soal Faizul dengan wajah yang serius. Itu semua gara-gara mulutnya yang tidak henti-henti merungut perihal Suzana pada lelaki itu. Sehinggakan, Faizul pula yang naik angin dengan perangainya.
            "Macam budak-budak... kau bukan muda lagi Adam... kau tak boleh terus-terusan permainkan perasaan anak orang. Anak orang Adam... berdosa tau, lukakan hati dia, bagi janji yang kau sendiri yakin, kau takkan dapat tunaikannya...," tambah Faizul. Dia hanya mendiamkan diri. Cuba membawa dirinya ke alam realiti, bukan lagi dalam alam romeonya, di mana hati-hati gadis sunti dipermainkan dengan sewenang-wenangnya.
            "Kau cuba cakap pada aku... terus-terang dan aku nak dengar jawapan yang betul-betul tulus dari kau...," Adam mengangguk kecil, menyuruh Faizul meneruskan kata-katanya.
            "Kau betul-betul sayangkan Suzana... seikhlas hati kau?," soalan itu membuatkan Adam terjerat. Kalau benar dia sayangkan Suzana, kenapa dia harus begitu teruja dengan Pah. Sepatutnya Pah tidak akan jadi masalah besar dalam perhubungannya dengan Suzana.
            Suzana tiada apa pun yang kurangnya dari Pah. Suzana lagi bergaya, lagi cantik, lagi pandai membuai jiwanya dengan kata-kata kasih. Senyuman mesra yang tidak pernah lekang dari bibir merekah itu membuatkan dia sangat-sangat berbeza dengan personaliti Pah. Tetapi kenapa kehadiran Pah yang tidak dikenali mampu mengoyahkan jiwa. Dia tidak dapat mencari jawapan. Hanya kekecewaan yang menghantui fikiran saat Faizul menyuarakan rasa hatinya terhadap Pah.
            PAP!!! Seperti biasa, tepukan di bahu melenyapkan semua lamunan Adam. Terpampar wajah Faizul yang sedang tersengih bak kerang busuk.
            Berkerut kening Adam. Kata Faizul tadi hendak pulang awal... hendak date katanya. Ah! Aku masih cemburu... bisik hati Adam.
            "Tak balik lagi... cakap nak date," soalnya sekadar menyedapkan hati sendiri.
            "Tak jadi... dia ada hal...," wajah Faizul tenang saja. Sebentar tadi baru dia menerima pesanan dari Eja, cakap nak ke Hulu Langat, rumah Pah. Makanya, tidak dapatlah hendak keluar makan sekali. Tapi, tak kisah. Macam tak boleh jumpa langsung. Rumah dia orang pun sekangkang kera saja.
            "Hal apa?," tiba-tiba Adam pula jadi berminat. Ada hal apa si Pah tu?
            "Tak tanya pun... biarlah ada kerja banyak kot. Takkan nak paksa jugak datang untuk date...," Faizul tersenyum kecil sambil membalas kata Adam. Adam masih tidak tahu akan perkara sebenar. Dia masih menyangka Faizul dengan Pah... sedangkan, yang aku berkenan dan merangkap my future wife, Shazriza Sahak, sahabat baik Latifah Hasnan. Kasihan Adam... masih tidak tahu akan perkara sebenar. Bila nak bagi tahu? Belum plan lagi...
            "Oh... baguslah, dia dapat kau yang understanding sebagai calon suami...," ucap Adam dengan nada yang lirih. Faizul menggeleng kecil. Aduhai Adam...
            "Kau ni... dah fikir belum apa yang aku cakap semalam?," terus saja Faizul mengubah topik perbualan. Berbalik pada soal hidup Adam yang masih terumbang-ambing tanpa keputusan yang jelas.
            Adam melepaskan keluhan. Dia belum bersedia untuk itu semua. Bagaimana harus dijelaskan pada Faizul. Dia buntu. Spontan dahinya berkerut.
            Tepukan perlahan di bahu, membuatkan Adam mengangkat mukanya bertentang mata dengan Faizul. Faizul tersenyum seolah-olah memberi semangat untuknya.
            "Ambil masa, fikirkan yang terbaik... Cadangan aku, buat masa ni... kau kurangkan sikit keluar atau luangkan masa dengan dia. Kau pastikan dulu, apa yang ada dalam hati ni... kalau kau betul nak teruskan dengan dia... Jangan biarkan dia tunggu lama-lama. Dia tu perempuan... kau kena faham... ," lembut saja kata-kata Faizul meresap ke dalam jiwa.
            Adam berdiam lama, sebelum perlahan-lahan mengangguk dan membalas senyuman yang sudah sedia terukir di wajah Faizul. Aura dan seri wajah itu sudah bangkit. Mungkin kerana hatinya yang sedang berbunga-bunga bahagia. Suara hati Adam berbisik kuat, kalau dia boleh pilih jalan bahagia, kenapa tidak aku... Buat keputusan yang terbaik Adam.


Bab 9
KERETA Suzuki Swift yang berwarna hitam itu diparkir betul-betul tepi Toyota Vios milik Adam Fahmi. Pertemuan pertama mereka akan berlangsung setelah beberapa minggu mereka berhubungan melalui telefon dan e-mail. Pah menarik pad lock. Tangannya hendak membuka pintu, namun perlahan terasa tangannya ditarik. Siapa lagi, kalau bukan assistant merangkap teman baiknya, Eja!
            "Sat-sat... perbetui bagi elok sikit tudung ni, kan dah lama tak jumpa prince Charming...," ucapnya sambil mengusik. Tangannya juga pantas memperkemaskan tudung yang tersarung elok di kepala Pah. Special request dari Eja untuk hari ini, tolong pakai tudungnya. Malas hendak mengeluarkan hujah yang akan menyebabkan Eja tayang wajah bosan, diturutkan juga memakai tudung yang jauh dari kebiasaannya.
            "Aku tau la... bakal suami orang penang ada kat sini, tak dan-dan... dah lupa habis aku yang berdarah Selangor kat sebelah hang ni na....," Pah juga membalas usikan Eja. Mungkin Eja tidak sedar, dia dah mula duk cakap Penang dia.
            "Pah...," untuk usikan itu, sau cubitan manja dihadiahkan di lengan Pah.
            "Eja...," Pah masih membalas usikan Eja.
            "Jom, jom... dah lambat...," Eja pula dah menarik tangan untuk keluar dari kereta.
            "Tau lah orang tu tak sabar-sabar nak jumpa... si dia...," Pah mengusik lagi sambil tersenyum kecil. Eja mengjegilkan biji mata. Malu bertimpa-timpa bila Pah yang macam tak ada perasaan sudah masuk mode mengusiknya. Boleh tahan si Pah ni. Aku blushing tak kira warna dengan dia.
            "Jom!," sekali lagi Eja bersuara tegas.
            "Okay dear," akhirnya Pah mengalah. Perlahan-lahan dia melangkah keluar dari keretanya. Alarm ditekan. Langkah kaki mula diatur mengekori Eja.
            Menurut kata Eja, Faizul dan Adam akan tunggu mereka di pondok. Pondok apa? Ada pondok ke kat sini. Matanya meliar di sekitar kawasan yang hampir keseluruhannya berwarna hijau. Sejuk mata memandang, indahnya alam ciptaan DIA. Kesejukan alam semula jadi mula mengigit deria kulit.
            "Mana Eja?," sempat juga dia menyoal Eja, apabila tiada seorang pun yang kelihatan di situ. Sunyi sepi kawasan ini, agak bahaya juga untuk datang ke sini sendirian.
            "Sekejap, aku try call Zul...," pantas sahaja tangan Eja mengeluarkan telefon bimbitnya, mencari-cari nama yang telah begitu dekat di hatinya, Faizul Sulaiman.
            Butang call ditekan. Lama menunggu baru kedengaran deringan dari talian sebelah sana. Tetapi, sekejap cuma, talian terputus dengan sendiri. Mungkin coverage tak berapa nak bagus di kawasan ini.
            "Tak dapat nak call... line problem...," ucap Eja pada Pah yang masih setia menanti di situ.
            "Kita nak tunggu kat sini saja ke?," Pah pula menyoal. Bukannya ada sesiapun di situ, melainkan dua kereta hitam yang elok terparkir sebelah menyebelah. Tetapi tuan kepada kereta Vios itu entah ke mana, tak dapat nak dikesan.
            "Tunggu sekejap lagi...," balas Eja sambil melangkah menuju ke kereta. Diikuti Pah dari belakang. Kedua-duanya menyandarkan badan di kedua-dua kereta yang berada di situ.
            "Cantikkan tempat ni...," ucap Pah teruja. Dari tadi, dia begitu ralit dan terpegun melihat keindahan alam yang sebegini rupa. Hidup di kota, mana nak terdedah dengan alam sekitar yang begini cantik. Matanya masih meliar, leka memerhati.
            Jeritan dari Eja benar-benar menyentakkannya. Apa yang dah jadi? Dengan pantas wajahnya dikalih dan...
            "Lawak sangat lah kan!!!," Eja dah mula marah. Hati terasa panas dengan kejutan yang diberikan oleh Faizul. Tiba-tiba saja muncul dengan topeng monyet. Ha! Padan sangatlah dengan perangai dia yang serupa monyet. Eja membebel geram.
            Faizul sekadar tersengih. Tidak sedikit pun bebelan Eja berkesan di hatinya. Makin comel adalah melihat mulut Eja yang tidak berhenti-henti bercakap dan memarahinya.
            "Janganlah marah-marah... orang saja nak menyakat...," Faizul menggunakan nada paling lembut. Tahu dan sangat pasti, Eja akan cair. Tak percaya tengoklah...
            "Kalau nak melawak pun, janganlah macam ni... kalau orang mati terkejut, Zul nak buat apa?," Eja sudah menoktahkan bebelan. Suara juga sudah makin lemah dan lembut. Faizul terus menarik sengih nakal. Tengok, kan dah cakap...
           "Jangan risau, orang tau lah, takkan sampai mati punya... janganlah hiperbola sangat...," pujuk Faizul perlahan. Suaranya sudah separuh berbisik, hanya untuk pendengaran dia dan Eja sahaja. Pah yang turut berdiri antara mereka tergamam melihat aksi kedua kekasih yang sedang bermadu kasih itu. Kenapa mereka sangat comel? Dia tersenyum nipis.
            "Adam mana?," suara Pah mencelah, membuatkan Eja dan Faizul mengangkat wajah, fokus pada Pah. Belum sempat Faizul menjawab, sudah ada suara yang mencelah...
            "Adam is here...," pemuda itu melangkah dari belakang Pah. Wajah Adam berlayar di tubir mata Pah. Buat pertama kalinya, Pah benar-benar terkedu. Pada pertemuan mereka yang pertama, dia membelek Adam dengan perasaan jengkel. Tetapi kini, buat kali keduanya, dia membelek Adam dengan penuh minat. Apa sudah jadi dengan dia? Totally transform...
            Mana pergi rambut yang karat itu? Tetapi rambut ini lebih menarik, lebih kemas dan lebih sesuai dengan personalitinya yang santai.
            Senyuman manis Adam berlayar di tubir mata Pah. Aduh! Kenapa lelaki ini suka sangat tersenyum? Tidak tahukah dia, senyuman itu benar-benar manis dan mampu mengoyahkan hati setiap yang memandangnya. Pah sudah melarikan matanya ke arah lain. Dia sudah tidak sanggup untuk merenung wajah Adam yang semakin menyejukkan pandangan mata.
            "So, shall we?," suara Adam memecahkan kesunyian di antara mereka. Faizul mengangguk dan berpaling pada Eja. Sempat lagi dia mengenyitkan matanya dan tersenyum nakal. Eja mencebik tidak melayan. Pantas saja tangannya mencapai jemari Pah ke dalam genggaman. Serentak itu dahinya berkerut. Kenapa sejuk sangat? Pah gabra?
            Wajah Pah direnung sekilas. Sempat juga dia menangkap lirikan mata Pah yang tidak seperti biasa hari ini. Spontan bibirnya mengukir senyuman nakal. Hai... Pah pun sudah maju! Pandai pula dia mengusha Adam, sampai tak ingat aku yang ada kat sebelah ni. Baguih punya dia duk usha, tak berkelip pula tu.
            Perlahan, Eja mendekatkan dirinya dengan Pah. Perlahan juga, bibirnya membisikkan sesuatu ke telinga Pah. Mendengarkan ayat itu, terus saja Pah menghadiahkan jelingan tajam buatnya. Namun, Eja peduli apa! Dia tersenyum riang. Seronok tengok Pah blushing. Selalu suka sangat nak menyakat aku... sekarang ini, biar giliran dia pula.
            Pah terus melarikan pandangan mata ke arah lain. Pura-pura tidak alert dengan kehadiran Adam di hadapannya. Bisikan Eja tadi... hisy! Geram dengan mak cik tu... aku bukannya sengaja pun. Tak sedar pun... bisikan hati mempertahankan diri sendiri.
            "Haish, tenung anak teruna orang macam nak makan... jaga-jaga Pah, nanti tersangkut...," bisikan Eja dengan sengihan nakal dari bibir itu. Malu! Malu! Malu!

            RENUNGAN dan lirikan mata Pah yang begitu berbeza pada hari ini hanya dipandang tanpa sebarang perasaan teruja. Dia perlu fokus pada tugasan. Dia hanya akan berurusan dengan Pah berkenaan hal kerja semata-mata. Bukan sebab lain. Yang paling penting, hati Faizul harus dijaga. Dia bukannya spesies romeo, kawan makan kawan!
            Namun buat beberapa ketika, dia menjadi hairan. Mengapa Faizul tidak sudah-sudah bergurau senda dengan Eja dan bukannya Pah. Apakah mereka mempunyai masalah. Tetapi, melihatkan wajah Pah yang begitu selamba, dia tidak merasakan mereka ada krisis tersembunyi. Ah, Adam! Jangan jadi penyibuk dan teruskan fokus pada kerja aku sahaja!
            "Pah...," selamba Adam memanggil. Namun sekejap cuma, dia sudah mengetap bibirnya. Agak-agaklah nak panggil Pah... dah bunyi senada macam Faizul panggil dia pulak. Baik aku berlagak formal saja.
            "Cik Latifah... tolong ke sini sebentar...," habis baku ayat yang diucapkan oleh Adam. Faizul yang mendengarnya serasa hendak tercekik. Baku gila!
            Pah sekadar menurut sambil melabuhkan punggung di hadapan Adam yang sedang sibuk melaraskan Canon 350D miliknya. Sekali-sekala dia menekan butang, bunyi klik kedengaran. Mungkin dia hendak melihat angle yang menarik. Desis Pah sendiri.
            "Cik Latifah...," Adam bersuara lagi.
            "You may call me Pah...," suara Pah sudah memintas. Adam terus mengangkat wajah, merenung tepat ke wajah Pah. Err... tiba-tiba suruh aku panggil dia dengan singkatan nama Pah. Something wrong somewhere?
            "Awak okay ke?," soal Adam. Pah pula mengerutkan dahi.
            "Kenapa?," soalan berjawab soalan.
            "Mula-mula jumpa, awak tak bagi saya panggil singkatan nama awak... suddenly, awak sendiri request suruh panggil...," ucap Adam sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
            "Ya Allah! Ingatkan apa lah sangat. Yang itu pun awak nak jadikan sebagai isu ke... panggil jela, apa susah...," Adam sekadar mengangguk kecil. Tidak mahu memanjangkan dialog antara mereka. Masih banyak kerja yang perlu diselesaikan secepat yang mungkin.
            "Ikut saya!," arah Adam. Suaranya sudah kedengaran serius. Faizul dan Eja menjadi pemerhati dari satu sudut.
            "Once dia dah masuk aura serius nak kerja... pesan pada Pah, kebalkan saja telinga dengan ayat-ayat berdesing oleh pak cik Adam tu...," sempat lagi Faizul mengingatkan Eja. Eja sekadar mendengar tanpa memberi sebarang komen.
            Sepuluh minit berlalu...
            "Kenapa awak ni kayu sangat...," ayat pertama yang menjadi halwa telinga Pah. Sedikit berasap juga mendengar ayat yang dituturkan Adam dengan wajah yang tidak berperasaan. Hilang sudah wajah manisnya yang gemar tersenyum ceria. Yang ada di hadapannya cuma wajah yang serius tanpa segarit senyuman.
            Eja yang berada tidak jauh di situ turut tersentak mendengar ayat itu. Bukan setakat telinga Pah yang berdesing rasanya, aku pun rasa macam nak lesing si Adam tu... Ada ke cakap Pah kayu?! Huh! Marahnya dalam hati.
            Faizul sudah pun bangun dan mendekati Adam. Wajah Pah yang tidak puas hati jelas kelihatan di ambang mata. Perlahan bahu Adam ditepuk lembut... "Ingat bro, kita minta tolong dia... bukannya dia yang beria nak jadi model kita. Tone kau tu, jangan kasar sangat...," bisiknya perlahan di telinga Adam.
            "Kayu tetap kayu! Muka dah okay, tapi tak boleh nak berposing langsung. Kau tengok la ni... not even a single photo is done yet...," rungut Adam kasar. Faizul dah menepuk dahi. Bukannya nak dibisik pada aku... dijeritnya kuat-kuat. Bagus betul...
            Pah yang masih berdiri di tempatnya terus berasap. Berdesing telinganya mendengar komen dari bibir Adam. Baru sepuluh minit, bagilah aku warm up dulu... ambil feel. Baru boleh nak berposing sakan, macam yang dia duk minta. Ini tidak. Terus-terus dia dilabel sebagai kayu!
            Mata Pah begitu tajam pada kedua-dua jejaka yang sedang berdiri sebelah-menyebelah itu. Faizul sekejap-sekejap dilihatnya seolah berbisik sesuatu pada Adam. Namun wajah Adam tetap serius. Mulutnya tetap berkata, kayu!
            Langkah kaki Pah mula mendekati jejaka itu. Adam kini benar-benar di hadapannya. Tiada lagi renungan lembut dari Pah, segalanya sudah dibawa pergi oleh angin monsun barat Daya yang dibebaskan oleh Adam Fahmi sebentar tadi.
            "Kalau awak nak ambil orang lain replace kan saya yang kayu ni... I'll be very happy to hear that. We should stop right away...," terus sahaja Pah berpaling dengan wajah serius. Hendak mengatur langkah menuju ke arah Eja. Namun langkahnya terhenti. Lengannya dicengkam kuat. Keningnya berkerut menahan sakit. Matanya bersabung dengan Adam, kedua-duanya menghamburkan api kemarahan di situ.
            Faizul sudah tergamam. Begitu juga dengan Eja. Dengan segera dia berlari mendekati Pah. Takut memikirkan apa yang akan jadi selepas ini.
            "Adam... let go her. Kau tengah sakitkan dia...," lembut saja Faizul bersuara. Wajah Adam sangat serius. Kenapa Adam marah sangat hari ini? Macam ada yang tak kena. Tadi, elok saja.
            "I am your boss here. Awak tak boleh sesuka hati nak quit! Awak kena dengar arahan saya...," suara Adam naik. Tangannya sudah pun terlerai dari menggengam lengan Pah. Sedikit sebanyak dia berasa bersalah dengan tindakan di luar kawalan itu. Dia tidak sengaja ekoran perasaan yang tidak menentu.
           "Dan awak pula tak boleh sesuka hati condemn saya... sekurang-kurangnya you need to show me the solution, bukan sesedap mulut melabel saya as kayu! Saya dah cakap ini bukan bidang saya... ini bukan jiwa saya... but you are the one yang beg bagai nak gila... sesuai dengan konseplah! Bukan main tangkap muatlah... I remember each and every word that you had said before...," marah Pah meluap-luap. Senang saja mindanya melabel Adam sebagai orang yang tak mengenang budi. Sikit punya bagus orang nak bantu dia... walaupun aku sendiri tidak pasti mengapa.
            Adam diam. Terkedu mendengar kata-kata Pah. Perasaan bersalah mula mencengkam hatinya. Bukan dia tidak mengingati semua itu. Tidak mungkin dia hendak lupakan semua yang berkaitan dengan Pah. Tetapi, memang ini caranya bekerja. Tengkingan dan komen pasti akan meniti bibir ini. Tidak mampu untuk mengubahnya...
            "Fai... I think, you better explain to her first. Aku pergi cari angle yang menarik...," terus saja Adam mengatur langkah menjauhi mereka. Faizul menarik nafas lega. Sepatutnya, begitulah!
            "Pah jom... we have a talk first...," Faizul bersuara lembut sambil mengisyaratkan mata pada Eja untuk turut sama membantu. Eja mengangguk kecil. Keluhan meniti bibirnya. Kenapa di tengah-tengah alam yang begitu indah permai, suasana di dalamnya sangat tegang. Terasa ketat pipi aku... nak senyum pun tak boleh. Lainlah Pah... dia sudah biasa. Sempat lagi Eja merungut dalam hati.
            Ketiga-tiganya duduk merenung antara satu sama lain. Sebentar tadi, hanya kedengaran suara Faizul yang bercakap. Sekarang, sudah sepi. Pah menekur lantai. Fikiran mencerna dan mengingati segala yang telah disampaikan oleh Faizul. Dia boleh faham akan hakikat itu, tetapi Adam tak sepatutnya berkata sedemikian rupa. Sudahlah dipujuknya kita untuk menolong tetapi dia seolah-olah telah melupakan semua itu.
            Yang sebenarnya, Pah sudah berkecil hati. Dia tahu, dia tak patut berperasaan begitu. Walaupun dia amat jelas, apa yang diperkatakan oleh Adam adalah hakikat yang paling tepat, tetapi hatinya terluka. Tidak bolehkah dia mengatakan dengan ayat yang lebih sopan.
            "Pah... please, tolong Adam ya. Dia memang tak berniat nak cakap macam tu. Lagipun, ini kan masa kerja, biasalah kalau dikutuk, dimarah... percayalah cakap saya. After working hours tamat, I can guarantee you... Adam akan layan awak dengan sepatutnya...," Pah yang mendengar dengan tekun tiba-tiba mengerutkan dahi.
           "Layan dengan sepatutnya?," diulang ayat itu dengan nada menyoal. Faizul mengetap bibir. What the rubbish! Apa yang aku merepek dengan Pah ni. Sudah melalut la pula...
            "Err... tak ada apa-apa...," pantas sahaja Faizul menggeleng kepala. Slip of tongue.
            "Kebalkan telinga Pah! I know, you can do it!," Eja yang lama mendiamkan diri sudah mula bersuara dengan wajah yang ceria. "Aja aja fighting," tambah Eja lagi, dialog yang kerap kali meniti drama Korea. Dengan gaya dan suaranya yang bersemangat membuatkan Pah kembali tersenyum kecil.
            "Ha... tengok. Nampak lovely tau kalau hang selalu senyum... jangan duk angin-angin tak tentu pasai dah na...," Eja pula dah mula memujuk Pah supaya terus untuk menolong Adam.
            "Dia dah mula angin utara dia dah...," tidak sampai berapa saat, berubah terus warna di wajah Eja. Pah ni sengaja tau! Orang bersemangat memujuk dia, boleh pula dia masuk trek nak mengusik aku.
            "Toksah duk cari pasai na...," balas Eja geram. Faizul sudah tersenyum-senyum nakal. Pandai juga Pah mengusik Eja. Fikirnya sendiri. Akhirnya, tawanya lepas melihatkan wajah Eja yang semakin blushing. Ekoran itu, dia dihadiakan satu libasan padat oleh Eja. Majalah yang ditangan digulung dan sekali layang saja, sudah tepat mengenai bahu Faizul. Berkerut-kerut keningnya menahan sakit. Jelingan tajam dari Eja, mematikan segala tingkah. Garang pula mak cik Eja ni! Jangan cari pasal... diam sudah.
            Tiga jam kemudian...
            "Terima kasih untuk hari ni... kalau ada apa-apa yang kurang, saya akan maklumkan... hope, awak dah tak serik nak menolong saya...," ucapnya dan terpantul sedikit pada Pah. Pah diam, tidak bereaksi. Sesi tiga jam sudah, telah pun tamat. Tetapi, debaran di hatinya tidak berhenti-henti lagi.
            "I am so sorry...," bisikan lembut dari bibir Adam ketika dia sedang leka melihat gambar-gambar yang telah di snap oleh lelaki tersebut. Dia benar-benar terkaku di tempatnya. Baru juga dia tersedar, Adam berdiri begitu rapat dengannya. Hanya dipisahkan dengan jarak beberapa inci sahaja.
            Haruman perfume sudah mula menusuk deria bau Pah. Dia semakin tidak senang. Debaran dalam hati yang seolah-olah hendak pecah saja. Matanya meliar mencari-cari Eja. Mana pula pergi Eja dengan Faizul? Langsung tak nampak kelibat.
           "Gambar yang ini cantikkan...," suara Adam masih hampir dengan telinganya. Suara yang seolah-olah berbisik, hanya untuk pendengaran mereka sahaja.
            Pah berpura-pura ralit dengan gambar yang dimaksudkan Adam. Cantikkah? Soalnya sendiri. Takkan aku hendak memuji gambar aku sendiri. Macam gila perasan la pulak!
            "Awak memang cantik Pah... cantik sangat untuk pandangan mata saya...," Adam turut hanyut dengan kebisuan Pah. Buat sesaat di terlupa, siapa itu Pah di sisi teman baiknya.
            "Err...," Pah mula menjarakkan diri. Tidak selesa. Tidak senang juga dengan debaran yang makin memuncak.
            "Awak memang talented, sebab tu gambar ni cantik...," balas Pah merendah diri. Sekaligus hendak menyembunyikan debarannya. Dia benar-benar terasa aneh! Kenapa? Soalnya sendiri, namun dia tidak dapat memberikan jawapan yang terbaik.
            Adam melemparkan senyuman manis apabila suara lembut Pah menyapa pendengarannya. Pah terus saja melarikan pandangan ke sudut lain, dia semakin tidak senang berada di situ...
            "Jom Pah...," suara Eja mengembalikan Pah dari alam lamunan. Wajah Eja direnung dengan dalam. Kalaulah Eja tahu... debaran hati ini... Eja, aku bingung!
            Sementara itu, dalam kereta Toyota Vios... Adam yang sedang menanti Faizul meraup wajahnya pedih. Takkan aku hendak sukakan bakal isteri sahabat baik aku... Tolonglah,pergi! Pergi jauh-jauh rasa hati yang tidak sepatutnya hadir ini... Kenapa perasaan ini tidak mahu mengerti? Fai, aku bingung!


Bab 10
"DIA memang fotogenik kan?," suara Faizul menyapanya yang sedang begitu khusyuk melakukan kerja-kerja editing gambar-gambar Pah yang diambil tempoh hari.
            "Hhmm," Adam membalas acuh tak acuh. Sehabis boleh dia tidak mahu berbicara dengan Faizul berkenaan hal Pah. Tidak mahu dihantui rasa bersalah dan tidak mahu juga untuk terus-terusan bingung dengan perasaan yang tidak pasti serta tidak akan menjadi realiti.
            Faizul terasa semacam melihatkan respon Adam yang terlalu hambar. Wajah Adam juga tidak begitu ceria sejak tamat sesi fotografi dengan Pah tempoh hari. Perlahan keluhan kecil meniti bibir Faizul. Dahinya dipicit perlahan. Aku nak mula dari mana ni?
            Adam melirik mata, melihat aksi Faizul yang masih setia duduk di sebelahnya. Dia juga turut melepaskan keluhan. Mungkin Faizul sudah terasa dengan sikapnya yang tidak begitu mesra sejak beberapa hari yang lepas. Entah kenapa, dia cuma tidak mahu Faizul berfikir yang bukan-bukan mengenainya. Mengenai perasaannya...
            "Adam...," suara Faizul menyapa lagi. Adam kini mengfokuskan mata pada wajah Faizul yang kelihatan seolah-olah hendak menyampaikan sesuatu yang penting buatnya.
            "Aku tahu apa yang kau rasa pada Pah...," kata-kata yang diucapkan oleh Faizul membuatkan Adam membulatkan biji matanya. Perasaan terkejut tidak dapat dikawal, terus saja refleks di wajah.
            "Eh... tak ada apalah, mana ada aku rasa apa-apa...," nafinya laju. Tidak mahu Faizul salah sangka. Dia bersungguh-sungguh hendak menjaga hati sahabat baiknya. Tidak kisah kalau dia kecewa. Tetapi, dia tahu... Faizul lebih layak untuk Pah jika hendak dibandingkan dengan dirinya yang perasan romeo!
            Tetapi senyuman di wajah Faizul hanya membuatkan dia terasa hairan. Dia tidak marahkah aku berperasaan pada bakal isteri dia?
            "Kau ni... nak gelabah sangat kenapa? Betullah kau rasa something-something dengan dia?," soal Faizul dengan nada mengusik. Adam makin bingung. Kenapa Faizul bereaksi macam ini. Tidak marah langsung. Tidak bengang langsung. Kalau aku di tempat dia... rasanya aku boleh bagi reaksi yang setenang inikah? Soalnya sendiri.
            Adam diam tidak berkutik. Rasa bersalah dan rasa pelik bercampur baur sekali. Runsing pula dia fikirkan respon Faizul yang dilihatnya sebagai tidak berapa nak normal.
            "Aku tanya ni... kau betul ke ada feeling dengan Pah?," Faizul menyoal lagi. Wajahnya sudah makin berseri dengan senyuman nakal. Dia tahu kenapa Adam mempamerkan wajah yang teramat pelik. Dia amat jelas tentang itu. Cuma Adam sahaja yang tidak tahu tentang suatu kebenaran yang disembunyikannya. Patut diberitahu ke?
            "Kau ni... kenapa tanya soalan pelik-pelik dengan aku? Karang aku ambil Pah betul-betul dari kau, baru kau nak menangis siang dan malam...," Adam membalas dengan geram. Kenapa Faizul asyik mengajukan soalan berkenaan Pah kepadanya. Tidak tahukah Faizul, aku sangat terseksa dengan soalan itu. Walaupun aku masih tidak pasti dengan apa sebenarnya kehendak hati, tetapi aku tidak dapat menolak rasa senang yang hadir dalam hati ketika bersama Pah. Insan itu mempunyai aura yang mampu membelai jiwanya.
            Faizul melepaskan tawa besar mendengarkan jawapan Adam. Wajah Adam kelihatan merah. Mungkin dia berasa marah dengan soalan aku. Mungkin dia fikir aku ni tak reti menghargai Pah... Wajah Adam yang semakin terpinga-pinga berlayar di pandangan Faizul.
            "Aku ada benda nak story pada kau...," kening Adam berkerut. Story apa? Dia bersoal sendiri.
            "Pasal aku... pasal Pah...," sambung Faizul lagi. Bertambah-tambah kerutan di wajah Adam. Musykil dengan apa yang hendak disampaikan oleh Faizul. Adakah mereka benar-benar bermasalah seperti yang aku jangka hari itu? Tetapi, macam tidak mungkin dan tidak logik. Faizul yang gila punya gentleman, takkanlah tidak pandai hendak memujuk Pah jika berlaku sebarang selisih faham antara mereka. Bermacam-macam andaian yang bermain di fikiran Adam walaupun dalam keadaan yang sebenar, dia lebih senang mendiamkan diri.
            "Tapi sebelum tu... aku nak dengar jawapan dari kau... tentang soalan aku tempoh hari, yang kau biarkan sepi tanpa kata...," Faizul sudah mula membuka hikayat Adam yang tergantung tak bertali. Keluhan kedengaran.
            Adam mengeluh lagi. Perkara itu... entah bagaimana hendak menyusun kata-kata. Bukannya dia hendak mempermainkan Suzana. Tetapi rasanya, dia sendiri tidak memahami kehendak hatinya yang sering berubah-ubah rentak. Dia bingung. Dia bukan tidak mahu berubah, dia mahu!
            "Aku tak dapat nak pastikan apa yang aku rasalah Fai... aku suka... aku sayang... tapi aku tak rasa aku akan dapat bahagiakan dia...," akhirnya dia meluahkan juga segala yang terpendam di hati.
            Faizul pula diam. Memberi peluang pada Adam untuk meneruskan kata. Dia faham, Adam keliru. Kekeliruan yang bukannya terjadi untuk sehari dua tetapi kekeliruan yang telah terjadi sejak bertahun lamanya.
            "Aku tahu... aku salah. Aku pandang remeh tentang perasaan orang lain... aku tak dapat nak yakinkan hati aku, yang dia adalah someone yang aku nak spend my life with... walaupun aku tahu, orang tu ikhlas terima aku. Ikhlas sayangkan aku... even aku marah-marah dia, tak layan call dia, tak balas mesej-mesej dia...," Adam berhenti sebentar. Terasa perit rasanya bila sedar akan hakikat yang dia sebenarnya membuatkan hati orang lain terluka. Hati insan yang menyayanginya.
            "Walaupun aku tahu dia sayangkan aku... aku boleh dengan senang hati melayan perasaan suka aku pada orang lain... dan orang itu pula... belum tentu akan sukakan aku...," ucap Adam dengan penuh perasaan lirih. Pandangannya sudah tidak pada wajah Faizul. Dia tidak mampu untuk berbuat begitu. Andainya Faizul tahu, siapa orang lain yang dimaksudkan...
            "Adam... kau kena tanya pada DIA, apa yang terbaik untuk kau... siapa yang patut kau tolak, siapa yang perlu kau pilih... mungkin apa yang ada dengan kita sekarang, bukan yang terbaik untuk kehidupan kita. Tiada siapa yang tahu apa yang terbaik untuk diri ni melainkan DIA...," Faizul dah mula bersuara. Aura ketua imam zaman sekolah sudah menyerlah kembali.
            Adam menadah telinga dengan tekun. Dia tahu... Faizul sering menasihatkan untuk kebaikan, cuma hatinya yang terlalu keras untuk mengubah diri sendiri.
            "... aku rasa... kau kena start dating dengan 'dia' semula. Berapa lama kau tak jumpa 'dia'?," dengan nada mengusik, sempat lagi Faizul memberikan ayat yang mengkakukan segala pergerakan Adam.
            Keluhan meniti tanpa henti di bibir Adam. Nasihat yang lahir dari bibir Faizul seolah-olah masuk ke telinga kanan dan keluar mengikut telinga kiri. Kenapa hati ini terlalu keras untuk dilenturkan?
            Faizul memerhatikan Adam yang berdiam tanpa sebarang kata. Dia tahu Adam kena diingatkan sebelum tersasar lebih jauh. Ini bukan kali pertama nasihat yang sama meniti bibirnya. Malah, sudah berkali-kali dia mengingatkan Adam tentang tanggungjawab yang telah lama terabai. Lebih dari itu, dia tidak mahu Adam kecewa dengan perasaan yang sedang mula berbunga-bunga dengan kehadiran Pah. Dia harus mengejar cinta hakiki dulu, itulah yang seharusnya dilakukan.
            Faizul juga tahu dan mengerti akan perasaan Adam yang telah mula menyukai Pah. Walaupun bibir lelaki itu pantas menafikan akan perkara itu tetapi pandangan matanya tidak tahu menipu. Tetapi, akan adakah kemungkinan untuk Pah tertarik pada Adam? Dia tidak pasti. Tidak dapat nak beri sebarang jaminan pun.
            "Adam...," perlahan Faizul memanggil namanya. Mungkin sudah sampai masanya aku beritahu... Mungkin lebih mudah dia hendak berfikir nanti... Mungkin ini yang dijanjikan buat dirinya. Faizul bermonolog sendiri.
            "Aku...sebenarnya ada benda nak confess...," ayat disusun dengan rapi. Wajah Adam yang tidak ceria benar-benar mengusik jiwanya. Tak sampai hati aku nak tipu dia lama-lama. Kesian. Dia juga perlu berusaha mencari kebahagiaan diri.
            "Apa... cakaplah...," Adam menanti dengan debaran. Adakah confession ini berkaitan dengan Pah? Pelbagai persoalan mengasak mindanya. Wajah Faizul yang begitu tenang, tidak dapat menenangkan fikirannya.

PERLAHAN-lahan punggung dilabuhkan di atas sofa. Jarum jam sudah menginjak ke jam sebelas malam. Baru saja dia pulang setelah menyelesaikan segala tugasan. Masih ada yang berbaki, tetapi akan disambung kemudian. Remote control dicapai, punat power ditekan. Siaran yang berlayar di hadapan mata tidak dapat menarik mindanya untuk fokus. Fikirannya semakin bercelaru.
            Pada siapa yang perlu aku tanya akan persoalan ini? Aku keliru dan semakin keliru! Kenapa perlu ada perasaan aneh sebegini walaupun pada hakikatnya aku tidak suka!
            Terasa bahunya dicuit perlahan. Dia tahu siapa itu. Wajah tidak diangkat, dia membiarkan pandangan tepat di televisyen.
            "Lambat balik hari ni... banyak sangat ke kerja?," soalan pertama yang ditanya.
            "Hhmm...," itu saja jawapan yang meniti bibir. Dengan fikiran yang bercelaru, dia tidak yakin dia mampu untuk memberi reaksi yang menyenangkan. Pergilah masuk dalam bilik sebelum kau disembur dengan pedas, desisnya sendiri.
            "Dah makan?," soalan lagi! Hatinya mendesis geram.
            "Hhmm...," jawapan yang sama meniti bibir. Hatinya mendongkol marah. Jangan kacau aku! Bentaknya tetapi hanya dalam hati. Kata-kata itu tidak diluahkan.
            "Esok kerja?," argh!!!
            "Shut up Eja!!!," jerit Pah geram. Tersentak Eja mendengarkan ayat yang meniti bibir Pah. Berubah terus riak di wajahnya. Wajah Pah yang sedang mengepung kemarahan singgah di tubir mata. Hatinya terasa sebak. Matanya sudah berkaca-kaca. Kenapa Pah cakap macam tu? Aku tanya elok saja kan.
            Tanpa sebarang kata, Eja terus berlalu masuk ke bilik meninggalkan Pah bersendirian di ruang tamu. Pintu bilik ditutup kuat. Sesudah pintu dikunci, terus saja air matanya menghambur keluar. Dia benar-benar terasa dengan Pah. Aku tahulah dia penat... tapi cakaplah elok-elok. Kenapa nak marah-marah?
            Wajahnya ditekup dengan bantal dan dia terus menangis tanpa henti.
            Pah melepaskan keluhan besar. Perasaan bersalah mengigit hati. Dia tahu, memang salahnya. Tapi, dia tidak sengaja. Sejak dari pagi tadi, Eja tidak berbicara walau sepatah pun. Demi untuk memujuk Eja, dia telah menyediakan hidangan kegemaran gadis itu. Tomyam campur serta telur bifstik. Tetapi, Eja langsung tidak menjamah makanan itu. Gadis itu lebih senang membungkus makanan dari kedai. Perasaan Pah makin tidak tentu.
            Kedengaran bunyi televisyen dipasang di ruang tamu. Eja! Desis Pah. Perlahan langkah di atur menuju ke depan. Dia mesti memujuk Eja! Tekadnya dalam hati.
            Eja kelihatan begitu khusyuk melayan cerita sehingga tidak sedar Pah yang telah mengambil tempat di sebelahnya. Pah cuba mencapai tangan Eja, tetapi dielak pantas. Kedengaran Eja mendengus kasar.
            "Eja... aku minta maaf," ayat itu terucap juga. Pah tidak mahu tunggu lama-lama, nanti makin lama, makin parah. Namun, Eja tidak memberi sebarang reaksi. Dia pura-pura khusyuk dengan peti televisyen di hadapannya.
            "Eja... aku tak sengaja," lembut suara Pah menyapa pendengaran Eja. Eja masih berdiam diri. Wajahnya tidak beriak.
            "Eja...,"
            "Tolong diam!," pendek saja balasan dari Eja membuatkan Pah mengetap bibir kuat. Aduh! Apa dugaan hari minggu ini. Sudahlah hari bekerja tidak tenteram jiwanya, di rumah juga ke?
            Pah bangun berdiri. Pandangannya masih melekat di wajah Eja. Perasaan bersalah tidak kurang walau seinci pun. Matanya sudah bergenang. Tunggu masa saja empangan air matanya akan pecah.
            "Aku minta maaf. Tak sengaja marah kau!," ucapnya dengan suara yang semakin serak. Tanpa menunggu sebarang kata dari Eja, dia terus melangkah ke bilik. Air mata yang mengalir dikesat perlahan.
            Eja hanya memerhatikan dari ekor mata. Hatinya turut sebak. Tetapi, dia masih terasa. Orang lain marah dia boleh terima, tetapi Pah... tak pernah! Namun berbeza pula kali ini. Tapi kan dia dah cakap tak sengaja. Bisik hatinya kuat.
            Ah! Biarkan saja dia. Separuh lagi makin kuat menghasut.
            Derapan kaki membuatkan Eja kembali pura-pura khusyuk dengan televisyen. Dia menjeling sekilas. Pah sedang mencapai kunci kereta. Nak pergi mana? Dikerling sekilas ke arah jam di dinding. Sudah mahu menginjak pukul tujuh. Cepatnya masa berlalu. Sudah hampir seharian aku tak bercakap dengan Pah.
            Matanya kembali tertancap pada pintu yang sudah bertutup rapat. Ke mana dia pergi? Senja-senja macam ni. Keluar seorang pula tu. Selalunya, kalau nak berjalan-jalan selain dari hari kerja mesti mereka akan keluar sekali. Eja pula mengetap bibir. Ah! Kenapa kebal sangat hati ini. Pah kan sudah minta maaf...
            Ah! Biarkan dia. Sekali lagi, ayat itu juga yang bergema di ruang hati.

            KERETA berpusing-pusing tanpa arah. Tak tahu hendak ke mana. Dia keluar pun sebab hendak beri ruang supaya Eja dapat memaafkannya. Aduh! Kenapalah aku ni bodoh sangat... kenapa harus lampiaskan kemarahan pada Eja, sedangkan selama ini pun dia yang banyak bagi semangat pada aku. Bodohnya kau Pah!!!
            Pedal minyak ditekan. Kereta makin laju membelah jalan raya. Tak tahu hendak menuju ke mana. Jam di dashboard sudah pukul sepuluh malam. Lamanya aku berkeliaran dekat luar ni.
            Pah makin leka dengan pemanduannya. Minyak makin ditekan walaupun kelajuan sudah melebihi had yang ditetapkan. Deringan telefon membuatkan Pah makin kurang fokus pada jalan raya. Tangannya cuba mencapai handphone yang terselit antara handbrake dan gear. Malang sekali, handphone sudah pun terjatuh. Hendak dibiarkan saja, tetapi deringan makin membingitkan telinga.
            Pah tunduk untuk mencapai telefon yang semakin kuat bergema. Pada masa yang sama bunyi hon kuat berpadu dengan bunyi deringan yang semakin membingitkan telinga. Pah tidak sempat mengawal. Hanya bunyi dentuman kuat yang singgah di pendengarannya sebelum dunia terasa gelap gelita....

Comments

  1. tu la adam..
    x ke pelik cik pah scanning cenggitu..

    ReplyDelete
  2. alahai sweetnya....
    adam fahmi la pulak...ai like..!!!
    nak lg bley cik penulis..???
    hehehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Cerpen: Lain di Mulut, Lain di Hati

JAMBANGAN bunga ros yang berada di atas mejanya itu dicapai. Tanpa melihat nama pengirim pun dia sudah boleh meneka, siapa pengirimnya. Terus dengusan tidak senang dilepaskan. Tanpa menunggu sesaat, jambangan bunga itu sudah terhumban ke dalam tong sampah di sudut bilik.             Huh! Apa dia fikir aku ni perempuan, nak cair kalau disogokkan dengan bunga. Kalau aku cakap benci, memang akan benci selamanya! rungutnya.             Serentak itu, pintu biliknya diketuk. Terjengul wajah Selina, setiausahanya.             “Encik Irfan, Puan Eryna nak jumpa.”             Sekali lagi dia melepaskan dengusan kasar. Tidak cukup dengan bunga yang merimaskan, sekarang, tuan punya badan pula muncul di depan mata. Ah, benci!             “Suruh dia balik! Saya tak nak jumpa dia.” Kuat dan lantang sekali suara Irfan sehingga begitu jelas buat pendengaran Eryna yang sedang duduk menunggu di luar bilik. Eryna tersentak. Riak wajahnya terus beruba

Cerpen: Hati ini [End]

BUNYI suara yang bertingkah dari ruang tamu mengkakukan langkah Ana di anak tangga terakhir. Dia yang turun ke bawah dengan niat untuk membasahkan tekak terkaku seketika. Tidak mahu menonjolkan diri di hadapan tetamu mama dan papa, tanpa berfikir panjang dia sudah memalingkan badan hendak bergerak ke atas semula. Namun sekali lagi, dirinya terus kaku di situ. Suara yang melaungkan namanya membuatkan badannya menjadi gementar secara tiba-tiba.             “Ana…” namanya dipanggil sekali lagi. Dia kenal suara itu. Terlalu kenal. Tetapi dia tidak mahu memalingkan wajahnya. Atas sebab apa, dia tidak pasti. Ikutkan sahaja kata hati.             Sentuhan di bahu membuatkan Ana tersentak. Pantas dia berpaling dengan wajah yang sudah berubah riak. Dia tidak suka dengan sentuhan itu. Sentuhan yang tidak menghormati dirinya sebagai seorang wanita muslim. Seketika mata mereka bertemu. Ana terkedu. Seakan tersedar dari mimpi… senyuman yang menghiasi

Cerpen: Dia yang aku cinta

Berdebar-debar rasanya saat menanti di ruang legar ini. Menanti kehadiran insan yang disayangi. Menanti saat yang ditunggu-tunggu selama ini. Disunting menjadi suri dalam hidup lelaki yang dicintai. Ah! Indah sungguh rasa…             “Tahulah nak tunggu insan tercinta. Kut iya pun… tak perlulah tayang riak wajah teruja, yang terlebih perisa pulak!” teguran berunsur perlian itu hanya membuatkan dia menjeling manja.             “Biarlah!” balasnya dengan menyampah.             Tiada siapa pun tahu apa yang dirasainya selama dua tahun ini. Hidup berjauhan dengan insan yang memenuhi ruang hatinya. Sungguh menyeksakan jiwa dan raga sahaja!             “Akak…” panggilan itu membuatkan dia melepaskan dengusan manja.             “Apa?!” soalnya geram. Geram saat khayalan indahnya dicantas dengan kejam. Sedangkan, hanya itu yang mampu dilakukan di saat ini.             “Tu…” mulut si adik sudah memuncung ke satu sudut.             Matanya turut berlari mencari. Seketika dia