Tuan 'Singa' Milikku
RUNSING! Itulah yang buat aku pening kepala sekarang
ini. Tidak ada masalah, tapi aku cari masalah. Elok Asad tengah berjiwa
romantika dengan aku. Tup! Tup! Tak nak cakap terus. Aduh!!! Pening pula kepala
aku fikirkan cara untuk memujuk ‘singa’ manja ini.
Masuk
hari ini, bukan sehari dua. Tapi hampir seminggu dah. Apa yang aku hendak buat?
Semuanya seakan tak jalan. Kalau gaya main bowling itu, pasti semua bola masuk
longkang. Satu pun tidak dapat menjatuhkan pin. Betul-betul merajuk ini Tuan
singa.
Pintu
bilik yang terkuak, membuatkan aku tersentak. Terintai-intai mata aku dekat
pintu. Kononnya hendak tengok, siapa itu. Walhal, dalam rumah ini ada dua
manusia sahaja pun! Macam bodoh pula aksi aku ini.
Asad
tanpa kata sudah melabuhkan punggung di birai katil. Aku yang dekat sebelah
ini, dia pandang sebelah mata pun tidak. Hurm… sepatutnya aku mengandung, aku
yang merajuk. Ini kenapa dia pula yang
terlebih emosi?! Musykil betul…
“Abang…”
panggilku. Aku sudah tidak tahan dengan keadaan begini. Duduk rumah berdua,
tapi yang bernyawanya seperti aku seorang sahaja. Iyalah, kalau yang
bercakapnya aku seorang, mana hendak rasa duanya!
Dia
statik. Aku sudah mengetap bibir. Kejam sungguh singa ini! Ini dia sudah nekad
hendak menunjukkan taring ‘singa’nya dengan aku! Aku rasalah… itulah agenda
yang tersembunyi. Tuan singa seorang ini begitu bersemangat agaknya hendak
mendera jiwa ragaku. Semuanya gara-gara mulut aku yang kurang insurans ini
juga. Siapa suruh aku pandai-pandai bercakap pasal rancangan singa itu? Kan tak
pasal, suami aku sudah merajuk begini.
“Abang…”
aku panggil lagi. Kali ini aku sudah merapatkan diri dengannya. Kalau dia
beremosi buat-buat bergerak ke kiri, aku akan tidur terus. Tapi dia statik
juga. Jadi aku assume, dia seronok juga dapat duduk sebelah aku.
“Abang…
I’m sorry.”
Tanpa
kata, Asad membaringkan tubuhnya. Aku pula terkaku, tidak tercapai dek akal.
Marahnya dia!!! Sampai langsung tak nak cakap sepatah pun dengan aku.
Aku
masih begitu. Duduk memandang tepat ke wajahnya yang membelakangiku. Sedih pula
rasa hati ini. Kami masih berada di bawah bumbung yang sama, tapi macam tinggal
asing-asing juga.
Tanpa
dapat dikawal. Air mata aku sudah mula menitis. Biasalah, aku kan drama queen! Scene
biasa pun aku boleh menangis, apatah lagi kalau scene sebegini. Lebih daripada
perlu untuk aku menangis!
“AKU
tengok… kau dengan abang singa, macam ada konflik aje. Iya ke?” hampir sahaja
aku tersembur air sirap yang sedang dihirup pada saat ini. Sampai semua orang
boleh nampak? Ketara sangatkah konflik aku dengan Asad?
“Tak
ada apalah… biasalah, suami isteri… siapa yang tak pernah ada konflik.” Aku
balas sekadar hendak menutup hati yang sudah mula banjir. Haih! Jangan aku
silap buat babak tangkap leleh dekat sini pula.
“Tapi
macam lain sangatlah… dulu, dia marah jugak kau dalam ofis. Tapi sekarang, nak
jeling pun tak nak… apatah lagi nak marah.”
Hati
aku sudah mula resah. Adila ini kan… cuba jangan buat aku rasa gelisah tidak
kena gaya. Sudahlah aku risau, suami aku tidak melayan aku seperti biasa.
Sekarang ini, sudah ada yang perasan pula. Lagi aku rasa tidak senang duduk.
“Tak
ada apalah…” hanya itu yang mampu aku luahkan pada saat ini. Hatiku sudah
mengeluh panjang. Entah apa yang aku kena buat untuk menormalkan semula
hubungan kami. Sham… Sham… kenapalah suka sangat buat perangai orang gila.
Tidak cukup dengan gila-gila zaman kolej dulu. Sekarang pun aku hendak jadi
gila juga ke???
BEBERAPA tahun lepas….
Aku dah lambat! Aku dah lambat! Kelam kabut sangat
aku bersiap pagi itu. Seperti biasa, baju kegemaran yang elok bersidai pada
penyangkut aku rembat laju. Tudung yang sememangnya penuh dengan garisan
simetri, latitud dan longitud aku sarung tanpa sebarang rasa malu. Aku memang
macam ini. Orang kutuk selekeh bagai nak rak pun, belum tentu aku berubah.
Dengan
muka tidak bertempek bedak walau seinci, aku keluar juga dari bilik dengan
keadaan begini. Selipar jepun sahaja aku sarung di kaki dan laju sekali aku
melangkah keluar dari hostel.
Bus
stop yang agak lengang itu membuatkan aku resah. Waktu-waktu aku terlalu
perlukan kehadiran bas… sebiji pun tidak akan muncul. Sakit hati! Aku terpacak
lagak tiang bendera dekat situ dengan penuh kesabaran. Sabar sahaja la… takkan
aku hendak berjalan kaki pula. Bukannya dekat. Mahu esok baru aku sampai kalau
berjalan kaki.
Elok
aku sedang meninjau-ninjau bas dari sebelah kanan, bunyi seretan tayar yang
begitu kuat membuatkan aku tersentak. Huish! Excident ke? Mataku laju mencari
punca bunyi. Sudah gaya hendak buat laporan berita pula. Hendak tulis berita
apanya, aku tengok jiran bilik sebelah fikirkan slug berita pun macam nak pecah
kepala! Ish… susah… susah… aku hanya layak bermain dengan akaun sahaja. Itulah
minat aku. Itulah jiwa aku.
Sebut
sahaja jiwa… dengan tiba-tiba aku rasa berdebar. Seakan terasa, ada sepasang
mata yang melekap dengan kemas pada wajahku. Err… siapa pula yang boleh
mengusha minah selekeh macam aku ini?
Rasa
hati yang begitu mendesak, membuatkan aku perlahan-lahan mengalihkan mata.
Ingin tahu… siapa dia?! Sekali… terkedu aku dibuatnya. Weh… kacak gila mamat
seorang ini. Tapi, mukanya serius tanpa senyuman walau seinci. Walau apapun,
aku rasa… aku sudah cair dengan renungan mata itu. Tajam dan beku. Mata itu
juga seolah memberitahu aku… betapa selekehnya aku di saat ini. Tiba-tiba
sahaja aku rasa malu.
Akhirnya…
setelah berusia 22 tahun di atas muka bumi ini. Aku berjaya discover perkataan
malu dalam diri aku.
“SHAMINA!!!”
laung emak aku, gaya termakan speaker dua ketul! Kuatnya macam nak bagi satu
rukun tetangga. Sedangkan aku tengah elok bersimpuh depan mata dia sahaja.
“Ya
mak…” malas-malas aku sambut panggilan emak.
“Ni
ha… baju yang Sham tempah, dah siap. Cuba dulu… kalau rasa ada yang tak kena,
mak bagi balik dekat Kak Ton balik suruh ubah.”
Baju?!
Oh ya… baru aku teringat. Entah hantu mana yang merasuk masuk dalam kepala, sejak
aku ‘terjatuh’ hati secara tidak sengaja dengan mamat yang aku tak tahu siapa…
tiba-tiba sahaja, aku telefon mak. Bukan cakap yang aku sudah jatuh cinta. Tapi
aku minta emak tempahkan baju kurung untuk aku. Err… macam pelik. Shamina
dengan baju kurung tapi aku okeykan juga. Bila lagi aku hendak berubah jadi
ayu?
“Yang
Sham tiba-tiba minat dengan baju kurung ni, sebab apa? Dulu tu… bukan main
susah. Kalau buka aje mulut… cakap nak beli kain ela, hilang terus dari
pandangan mata,” bebel emak. Aku tersengih. Dulu lain… sekarang lain mak.
Dulu,
orang pandang aku dengan pandangan yang macam mana pun aku tidak pernah kisah.
Terus kekal jadi selekeh walau ke mana sahaja. Tapi sekarang… cukup satu
pandangan tajam itu untuk menyedarkan kepala gila aku ini. Aduh! Malu pula
kalau hendak dikenangkan babak itu. Sudahlah orang itu kacak… dan imej aku,
argh! Tercemar!
“Tak
ada apalah mak… anak mak jadi ayu sikit, senanglah mak nak promosi cari suami
untuk Sham nanti.” Selamba aku cakap macam itu dan terus mencicit masuk ke
dalam bilik.
“ZUL…
Sham mana?” tersedak aku yang sedang duduk elok belakang Zulfahmi. Muka Sani
aku pandang tidak berkelip. Buta ke pak cik seorang itu. Aku tengah duduk elok
dekat belakang Zul, boleh pula dia cari melilau satu dewan kuliah.
“Aku
pun tak nampak dia dari tadi!” ini lagi aku rasa hendak terbatuk besar. Kiranya
Zul yang dari tadi duduk depan aku, langsung tidak perasan… aku ada di belakangnya?!
“Aku
ada ni!” sahut aku menyedarkan kedua lelaki yang sedang duduk elok di depan
ini. Keduanya kalih serentak. Tergamam wajah mereka. Erk!!! Kenapa pula dah?
“Sham!!!”
ucap Zul.
“Wei!!!”
Sani pula.
“Kenapa?”
celah aku laju.
“Kau…
jadi apa ni?” soal Sani. Berkerut-kerut dahinya. Aku ikut pelik sekali. Jadi
apa? Kenapa?
“Kenapa?”
aku soal lagi tanpa memberi jawapan. Jujurnya, aku sangat pelik dengan soalan
itu.
“Aku
tak pernah tau… kawan aku lawa macam ni!” sambung Zulfahmi dengan mata yang
masih tidak berkelip. Aku tersengih kelat. Lawa ke? Aku rasa macam biasa
sahaja. Okey… bukan biasa Sham! Tapi ini luar biasa.
Aku
bangun awal hari ini. Dengan rajinnya aku seterika baju kurung bercorak bunga.
Dipadankan dengan tudung bawal dengan rona yang sepadan dengan baju. Yang
pasti, segalanya dari hujung kepala ke hujung kaki, bergosok hari ini. Dan yang
pasti juga, aku berwarna-warni hari ini.
“Sham!
Sham! Sham!” Sani panggil aku laju sebaik sahaja tamat kuliah. Aku membrekkan
langkah walaupun gaya aku seperti ada perjumpaan terbesar selepas ini.
“Laju
betullah kau ni. Nak pergi meeting kan? Jomlah gerak sekali.” Ucapnya dengan
suara yang termengah-mengah. Penat kejar aku agaknya.
“Jomlah!”
“Mana
pergi Sham serba hitam?” soalnya tanpa bertangguh. Aku menjeling. Nama tak
glamour langsung. Ada ke patut dilabelkan aku dengan panggilan Sham serba
hitam?!
“Saja…
nak tukar angin. Asyik hitam aje… sampai tak ada siapa pun nampak aku!”
Sani
sudah tersenyum-senyum. “Cewah!!! Untuk siapa ni? Diam-diam ubi berisi ya Sham…
tak cakap pun dengan member. Siapa? Senior sini ke? Degree? Master? Siapa Sham?”
bertubi-tubi soalan yang diajukan pada aku. Aku sudah pening!
“Siapa-siapa
pulak? Tak ada siapalah.” Jujur jawapan yang aku bagi, tapi Sani tetap tidak
mahu percaya dengan jawapan aku yang sangat jujur ini.
“Malas
nak layan kau!” akhirnya aku mengalah. Andaikan apa sahaja. Aku tidak kisah.
Asalkan aku bahagia… cukup dengan pandangan mata yang tajam itu.
Pintu
bilik mesyuarat untuk kelab usahawan itu kutolak dari luar. Tidak sampai
sesaat, jantungku sudah berdegup kencang. Aku jadi statue dekat tempat yang aku
sedang berpijak di saat ini. Jodoh ke? Mata tajam itu kembali mencairkan hati
aku. Arghhh… boleh jatuh cinta kalau begini gayanya.
___________
Sudi-sudi komen. Kalau tak sempat, tinggalkan aje rating anda :)
Buat beberapa bab, kita imbau kenangan. Boleh ya?
Terima kasih semua.
OMG!best22..huhu..nak lagi~~
ReplyDeletetuan sunga masa tu jadi presiden kelab usahawan agaknya.....
ReplyDelete...tp, awal2 td mmg sedih, bergenang jgak air mata....mcm sham lah!
bole la wat bab imbasan ni sis umi..tp,jgn la panjang sgt ea..ringkas dan padat!!he2,tn singa still merajuk ke?alolo,ciannye syamina..
ReplyDeleteyupp,betul tu..sokong blinkalltheday.bestttt
ReplyDeletetuan singa still merajuk,,lama tul rajuknya
ReplyDeletebest gak imbas percintaan dorang tuh
takut la,,tgh merajuk2 neh tuan singa mntak pmpuan lain pujuk hehe..
ReplyDeletemerajuk ke? kang ade yg ambik kesempatan....
ReplyDeletetakot...takottt...
adoi tuan singa ni..merajuk lame2 sat g jd pape kt sham sapa nk jwb..time tu bru nk menyesal mmg xdak makna la...jdik pape kt sham da tentu mamtuan singa menangkan sham kn...kn...
ReplyDeletebest3... cpt2 smbg eh... jgnla merajuk lme2 wahai tuan singa.......heheheh
ReplyDeleteyayyy!!!...ni lah yg aku tggu!!syg ko umi!!
ReplyDeletesufi (",)
hihihi..
ReplyDeleteabang janganla ngajuk lelama..
sian sham
Tuan Singa merajuk...nak n3 br...jgn la Tuan singa ni merajuk lama2.
ReplyDeletehui lamanya singa merajuk. huhuhu mesti sham stress tu. sabar je la sham. kerana pulut santan binasa, kerana mulut hati terasa. huhuhu.
ReplyDeleteowh cmtu kisah perkenalan dorg...
xpe2..nak tau jgak kisah sham dgn asad sblum ni..bleh tahan jgak tuan singa ni merajuk.. cpt2 smbg ye :)
ReplyDeletewaaa imbau balek pknalan sham ngn tuan singa... ni yg best ni... kt dlm tu mst tuan singa en...
ReplyDeletehuishh..dh seminggu lebey tu tuan singa mcm tu..lme tu tuk husband n wife berkonflik..klau couple tu laen cita laaa..xmo la gaduh2 asad..lgpun,asad ni,xde besa mne pun slh sham tu..just gurau2 je kot..trime la maaf sham tu asad ooii..
ReplyDelete