Tuan 'Singa' Milikku
PUFFHHH!!!
Hanya
dengan seteguk air ‘fresh orange’ hasil tangan aku, perempuan itu sudah
menyemburkan semuanya keluar dari mulutnya. Terus aku tersenyum senang dan
perlahan-lahan hendak melangkah keluar dari bilik Asad.
Namun
langkahku terbantut apabila perempuan itu naik angin dan mula memanggil aku.
Amboi! Ingat aku takut…
“Hey
stupid! Air apa yang kau buat ni? Buat air pun tak reti ke?” marahnya padaku.
Aku sekadar menayangkan wajah tidak berperasaan.
Bodoh!
Dia itu yang bodoh, dikatanya aku pula yang bodoh. Ikutkan hati, hendak sahaja
aku sediakan racun tikus yang terselit di bawah sinki pantry. Tapi aku waraskan
juga fikiran, tidak mahu sandang gelaran pembunuh terhormat, jadi aku ringankan
sedikit rancangan aku itu. Sebaliknya, aku cuma sediakan air ‘fresh orange’
dengan menambahkan sedikit perisa MSG ke dalam airnya. Satu sudu penuh… sikit
aje kan?
“Darling...
you tengok perempuan ni. Entah apa yang dia letakkan dalam air I ni.” Adu
perempuan itu pada Asad pula. Aku menjeling menyampah.
Yang
Asad ini pun satu… sudah hilang suarakah? Cuba buka mulut itu dan mengaku
tentang status kami. Aku isteri dia. Satu pejabat mengetahuinya. Perempuan ini
sahaja yang ketinggalan berita agaknya.
“You
buat air lain! Sekarang!” aku mencebik. Geram aku dengan tingkah perempuan ini.
“Kalau
nak… pergi buat sendiri. I bukan tukang bancuh air dekat sini!” ucapku sambil
menjeling sekilas ke arah Asad. Biar dia pun terasa sekali dengan ayat aku.
“She’s
one of the financial department assistant.”
Ha…
ada juga suara suami aku ini. Kufikir sudah bisu.
“Assistant
aje kan? Not the boss right?” sindir perempuan itu.
Aku
sudah geram tahap maksima. Dulang minuman yang berada di tangan aku sejak tadi
ku pandang sekejap sebelum melampiaskan rasa marahku. Dulang itu kuhempas laju
pada meja kopi di depan Asad dan perempuan itu. Tergamam keduanya.
Aku
rasa marah aku tidak begitu berkepuk sangat untuk perempuan itu. Tetapi
kemarahan lebih marak buat Tuan singa yang asyik diam sahaja. Aku rasa macam
nak hempuk dulang itu atas kepala dia!
“Sham…”
hah! Baru nak buka mulut.
Asad
sudah bangun berdiri bertentang dengan aku. Aku marah! Laju aku berpusing
hendak keluar dari bilik itu.
Baru
selangkah, lenganku ditarik.
“Asad…
why?” soal perempuan itu dengan nada terkejut. Reaksi muka dia, aku tidak mahu
ambil tahu. Hendak pandang pun aku tidak berminat.
“Jangan
marah okey.” Asad pujuk aku tanpa mempedulikan perempuan itu. Sekarang ini aku
rasa macam kami berdua pula sedang berdrama.
“Sham
keluar dulu… nanti abang bagi tahu dia. Okey sayang…” Asad membisik pada
telingaku. Aku menjeling lagi.
Kenapa
kena tunggu aku keluar dulu? Kalau cakap sekarang jatuh hukum berdosa ke? Tak
faham aku dengan Asad ini. Aku tengah panas membahang, dia boleh buat main
dengan perasaan aku.
“Cakap
sekarang!” arahku dengan selamba. Aku sudah lupa, ini adalah pejabat. Dan di
pejabat, watak utama Asad ialah sebagai Tuan singa. Disebabkan terlalu marah
dengan situasi panas ini membuatkan aku lupa akan semua itu. Yang aku tahu, aku
nak perempuan gedik itu tahu akan status suami-isteri kami. Sekarang juga!
Asad
mengeluh kecil dan keluhan itu begitu jelas pada cuping telingaku. Aku
memandang Asad dengan pandangan yang begitu aneh.
Kenapa
susah sangat Asad hendak mengaku di depan perempuan ini tentang status kami?
Siapa perempuan ini sebenarnya? Hati
kecilku sudah mula tertanya-tanya. Dalam masa yang sama, ada rasa tidak enak
yang menyusup ke dalam hati apabila mataku menangkap pandangan mata perempuan
itu yang jatuh tepat ke wajah Asad. Aku benar-benar ingin tahu, siapa perempuan
itu!!!
“JADI,
inilah isteri you?” soal Elisa dengan riak tidak percaya. Lupa aku nak
beritahu, perempuan cantik lagi seksi di depan aku ini, namanya Elisa.
Kedudukan dia dalam syarikat ini, jangan ditanya. Anak pemilik syer terbesar
dalam syarikat ini. Ikutkan hati, hendak sahaja aku berkurang ajar. Tapi
difikirkan semula status dia dan status aku, terpaksa aku menikus di tepi Tuan
singa ini.
“Yes…
this the one and only, my lovely Shamina.”
Kembang
kempis jadinya hidung aku bila Asad menuturkan ayat itu. Tadi aku rasa panas
membahang. Sekarang aku rasa macam baru dikeluarkan dari peti sejuk beku. Sejuk
hingga ke hujung kuku. Aku tersenyum nipis. Sambil itu, sempat lagi aku
menghadiahkan jelingan buat Elisa. Tak faham-faham lagi akan status suami
isteri kami? Pelik betul aku dengan manusia macam ini.
“Tapi
Asad, awak lelaki! Awak boleh kahwin lebih daripada seorang. Kenapa awak tak
boleh berkahwin dengan saya?!” soal Elisa dengan penuh perasaan. Saat itu
jantungku seakan berhenti berdetak. Jadi, inilah perempuan yang sudi menjadi
maduku. Perempuan yang begitu tegar mengejar suamiku. Inilah dia. Elisa Datuk
Mokhtar.
Genggaman
erat daripada jemari Asad langsung tidak menghilangkan resah dalam hatiku. Aku
sudah mula risau. Dengan pangkat dan kedudukan yang ada pada perempuan itu, aku
yakin sekali… dia pasti akan melakukan apa sahaja untuk memiliki Asad. Aku
menjadi gentar untuk berada di situ. Seakan terlupa seketika tentang status aku
yang lebih kukuh daripada apa yang perempuan itu miliki. Aku isteri Asad. Sah
pada hukum agama dan syarak. Maka, aku lebih berhak ke atas suamiku.
“Elisa…
listen!” suara Asad sudah berubah kepada nada tegas. Aku pula yang menelan liur
walaupun nama Elisa yang disebut.
“She
is my only wife. And will remain as one and only, forever. Hope you understand
and don’t talk about this second wife topic with me anymore!” serius sekali
ayat yang diucapkan Asad. Dan aku harap Elisa faham sama seperti aku memahami
nada Asad pada ketika ini. Nada serius menunjukkan Asad tidak akan berkompromi
walaupun ada rayuan susulan tentang perkara ini.
“But
I love you!” degil pula perempuan ini.
Mata
aku laju sekali meluncur pada dulang yang setia berada di atas meja. Boleh tak,
aku ambil dan hempuk ke atas kepala Elisa? Rasanya tidak ada salahnya sebab dia
sedang cuba lakukan sesi perampasan suami secara terang-terangan di depan mata
aku. How dare her!!!
“She
loves me, more than you do!”
Sekali
lagi aku rasa hendak kembang setaman. Kacak pula suami aku bila bercakap
tentang perasaan aku. Hatiku tersenyum sendiri tanpa menyedari, si gila Elisa
itu sedang menjelingku dengan tajam sekali. Semuanya sebab, Asad memeluk bahuku
dengan erat sekali.
Mata
kami berdua bersabung. Aku dapat merasakan api yang sedang marak di anak
matanya. Aku menelan liur berkali-kali.
Rasanya,
kalau Asad tiada di sisi, sudah lama aku sudah makan pelempang daripada
perempuan ini. Gerun pula kalau hendak dibayangkan keadaan itu. Tapi kenapa
pula dia yang hendak marah-marah? Suami aku, hak aku! Kalau sudah suami aku pun
tidak rela memadukan isterinya apatah lagi aku.
“JANGAN
fikir sangat pasal Elisa. Tak elok untuk kesihatan Sham. Sometimes stress also
can cause miscarriage sayang…” Ayat itu sudah berulang berkali-kali di bibir
Asad sejak dari tadi. Jujurnya, aku tidak berapa risau dengan fakta itu. Sebab
tiada kajian yang membuktikan tekanan semata-mata boleh menyebabkan keguguran.
Stress cuma disebabkan perubahan hormon. Sudah aku terangkan perkara itu kepada
Asad, tetapi suamiku itu tetap hendak mempertahankan tentang fakta itu.
“Kenapa
dia macam tu?” soal aku dengan nada yang agak risau. Siapa yang tidak risau,
kalau diugutnya aku depan suami aku sendiri.
“You…
jangan ingat I akan senang-senang lepaskan Asad!”
Tergamam
aku mendengar ayat yang diucapkan dengan lantang itu di hadapan Asad. Berubah
terus persepsi aku tentang diri Elisa yang aku labelkan sebagai cantik di awal
tadi. Dengan perangai serupa itu, aku langsung tidak merasakan dia seorang yang
cantik. Cantik rupa tapi akhlak hancur. Lebih elok serikan kecantikan peribadi
daripada kecantikan luaran yang akan pudar ditelan seiring dengan peredaran
zaman.
“Obsession
sayang. Manusia kalau dah terlalu obses dengan suatu benda, dia akan buat apa
je sampai dia dapat,” tenang sekali Asad menuturkan ayat itu. Sedangkan aku,
makin meletup-letup degupan jantungku.
“Obses
dengan abang… jadi dia akan buat apa je untuk dapatkan abang. If the only way
the get you is by killing me, she’ll do so…” menggeletar bibirku mengucapkan
ayat itu. Bila terbayangkan wajah Elisa yang sedang mengugutku di hadapan Asad,
hanya itu yang berlayar dalam kepala. Aku
akan dibunuh ke? Boleh jadi juga.
“Astaghfirullahalazim...”
Asad sudah beristighfar panjang. Matanya tajam sekali menikam wajahku. “Kenapa
nak fikir yang bukan-bukan? Kenapa nak fikir sampai dia nak bunuh Sham?
Kalaupun dia dah ada plan nak buat macam tu dengan isteri abang… takkan abang
nak duduk dan tengok je? Cuba jangan fikirkan perempuan tu… nanti Sham jugak
yang sakit.”
“Tapi…”
“Tapi
apa lagi Shamina?” aku menelan liur.
“Abang
janganlah marah Sham,” balasku dengan nada yang merajuk. Sepatutnya dia marah
Elisa itu, bukannya aku. Muncungku tidak menunggu sesaat untuk terbentuk di
bibir.
“Cantik
sangatlah… buat muncung itik tu!” dia marah lagi. Makin panjang muncungku.
Cuppp!!!
Membulat
mataku bila bibir Asad mengenai muncungku. Langsung tiada amaran pula itu.
Pandai sungguh lelaki ini bermain dengan taktik. Aku lihat Asad sudah
tersenyum-senyum melihat wajahku yang sudah merona merah.
“Abang!!!”
“Janganlah
marah… janganlah muncung je. Nanti baby keluar dengan mulut muncung.” Usiknya
dengan selamba.
“Macam
betul sangat fakta tu…” perliku.
Asad
lepas ketawa. Topik yang tadinya agak menegangkan keadaan seakan reda dengan
sendirinya. Gelak tawa Asad seperti memulihkan moodku. Senyuman dia sudah cukup
untuk memikat hatiku yang bercelaru memikirkan perempuan yang bernama Elisa
itu.
“Abang…”
perlahan aku memanggil Asad.
“Ya
sayang,” manja sekali dia menyahut dengan senyuman melebar di bibir. Aku ikut
tersenyum kecil.
“Belikan
char kuey teow Pak cik Sani.” Mati terus senyuman di bibir Asad. Matanya terus
mengerling ke arah jam di dinding.
“You’re
kidding right? At this time, Sham nak abang pergi beli char kuey teow Pak cik
Sani?” soalnya tidak percaya.
Mata
aku ikut berlari ke arah jam di dinding. Melihatkan jarum yang sudah berdetik
ke angka satu membuatkan aku tersenyum kelat. Sudah pukul satu pagi, aku dan
Asad belum tidur lagi. Takkan sebab aku teringin nak makan char kuey teow, Pak
cik Sani kena buka kedai pukul satu pagi pula. Tapi… tekak ini teringin hendak
makan char kuey teow. Teringin sangat.
Mataku
sudah mula bersinar dengan cahaya menagih simpati daripada Asad. Aku kelipkan
kelopak mata dua, tiga kali dengan harapan ‘singa’ ini akan cair. Dan bila Asad
bangun sambil mencapai kunci kereta dan dompet, aku sudah bersorak riang.
Sayang betullah aku dengan Asad.
“Abang,
dua bungkus!” sempat lagi aku menaikkan angka pesanan.
Biji
matanya yang sudah membulat tidak aku pedulikan. Dengan gelengan berpanjangan di
kepala, dia sudah melangkah keluar.
___________________
Susun sepuluh jari, sorry.
Agak lambat update sekarang ni. Hope anda tak bosan menanti, InsyaAllah... I'll try to update soon. :)
best...syg sngguh asad kat istri dia ya...heehe
ReplyDeleteoho..
ReplyDeletegerek seh..
ni yang sayang asad lebih ni..
Elisa ni xphm bahasa kn... org dah tak nk lg nk terhegeh2...
ReplyDeleteWahaha Sham dah mula mengidam.. baeknye Asad, sggup p beli char kuey teow tgh2 mlm...
hehehe bagus asad. cm tu la suami mithali.
ReplyDeletepatutnya sham hempuk terus gan dulang tu. lagi kelakar n meriah. hahaha
wahh..best33
ReplyDeletenext3...
Best
ReplyDeletesuke, suke;)
Asad sayang sangat dengan Syam sebab Syam seorang ja yang faham perangai Asad kan... so sweet....
ReplyDeleteEh, xsenonoh yer si elisa tu!
ReplyDeletewah...dua bungkus..dasat...gile seram ngn elisa...kalau sy kene ugut cm tu pn sy risau meh...yelah ade org terang2 kate nk rampas suami sy(wpn xde suami lg)...haha..uih2....ngeri2...
ReplyDeletewah! bahagianya pasangan suami isteri ni..hahaha..
ReplyDeletesuka sangat cerita ni.. =)
padan muka Elisa.dah tau org suami org pun msh nak t'gedik2.nasib la Asad syg sgt dgn Shamina.Harap2 mereka kekal bahagia.
ReplyDeleteNasib baik Tuan Singa betul2 pertahankan cinta dia pada isteri tersayang.... jgnlah si Elisa tu buat yg bukan2 kat Shamina...
ReplyDeletePukul 1 pagi cari kueh tiow? mujurlah dapat suami mithali macam Asad... :-)
Comel lah cerita ni . Hehe suka2
ReplyDelete